Anda di halaman 1dari 3

6.

0 Resensi Sebuah Buku Mengenai Ilmu Semantik

Buku : Teori Semantik Penulis : Jos Daniel Parera Editor : Yati Sumiharti, Ida Syafrida Tahun Terbit : 2004 Peresensi : Mohammad Ghazmil Akmal Bin Ghazali Buku Teori Semantik ini merupakan buku yang telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia dan telah diedit oleh dua editor iaitu Yati Sumiharti dan Ida Syafrida. Buku Teori Semantik ini telah dicetak buat kali kedua pada tahun 2004 dan diterbitkan oleh Gelora Aksara Pertama Sdn Bhd. Buku ini dicetak dengan muka surat setebal 278 muka surat. Walaupun buku ini diterjemahkan di dalam Bahasa Indonesia, namun tidak begitu sukar untuk kita sebagai rakyat Malaysia yang berbahasa Melayu untuk memahami intipati buku ini. Ada beberapa penggunaan kata yang boleh kita fahami sebagai contoh penggunaan perkataan bel yang dalam Bahasa Melayu Malaysia bermaksud loceng. Buku ini digunakan di banyak institusi pengajian ataupun perguruan tinggi di Indonesia sebagaimana yang dinyatakan pada pengantar buku. Bab 1 di dalam buku ini berkisarkan mengenai empat aras analsisis semantik. Aras analisis semantik ini diabahgikan kepada aras makna linguistik, aras makna proposisi dan aras makna pragmatik. Aras makna linguistik terbahagi kepada dua iaitu aras makna leksikal dan aras makna struktural. Turut disertakan jadual ringkas mengenai aras ini bagi memudahkan lagi para pembaca memahami topik ini. Pada bab 2, dengan tajuk Apa Kata Mereka? Berkisarkan mengenai tokoh yang dirujuk kajiannya iaitu dalam buku ini Charles Morris, Alfred Korzybski dan beberapa sarjana bahasa yang lain mengenai pendapat mereka bertumpukan ilmu semantik dan bahasa. Baba 3 pula membincangkan Batas Liput Studi Semantik yang bermaksud skop kajian bidang semantik yang melibatkan pelbagai aspek dan perkaitan. Bab 1, 2 dan 3 dibahagikan kepada bahagian 1 di dalam buku ini.

Seterusnya bahagian 2 terdiri bab 4 hingga bab 9 yang membincangkan mengenai analisisis hubungan antara makna. Yang terdapat dalam analisisi ini termasuklah hubungan denotatif dan leksikal, sinonim, perbezaan sinonim, antonim dan permasalahannya dan homonim dan polisemi. Turut dibincangkan ialah makna konotasi dan retorik seperti yang kami pelajari dalam subjek Ilmu Semantik dan Peristilahan. Selain itu, pada bahagian 2 turut

disertakan perubahan makna serta analisis medan makna dan komponen makna. Dalam Bab 6 dengan tajuk makna konotasi dan retorika membincangkan pertamanya hubungan antara denotasi dan konotasi. Turut disertakan ransangan yang melibatkan konotasi serta etika berkonotasi. Bab 7 pula berkait rapat dengan tugasan yang kami jalankan dalam penerangan pada awal tugasan iaitu pergeseran makna dan perubahan makna. Di dalam bab ini diterangkan faktor-faktor berlakunya perubahan makna dan kesan perubahan makna. Bab 8 dan bab 9 merupakan analisis medan makna dan analisis komponen makna. Analisis medan makna mengguna pakai pandangan daripada Ferdinand de Saussure dan Teori Medan Makna J. Trier. Analisisi komponen makna pula ada membincangkan mengenai manfaat analisis komponen. Bab 10, bab 11 dan bab 12 membawa kita ke bahagian 3 buka Teori Semantik yang bertajukkan Aras Makna Proposisi. Di dalam bab-bab ini terkandung mengenai masalah dan perkembangan kriteria tentang makna, logik dalam berbahasa dan pembahasaan difinisi. Bahagian 4 pula menerangkan mengenai aras makna pragmatik dan kontektual. Di dalam bahagian 4 ini turut disertakan analisi wacana, mkohesi dan koheren dalam wacana dan beberapa aspek lain lagi yang melibatkan wacana. Kemudian, pada bab 4 bertajuk analisis percakapan yang membincangkan mengenai analisis struktur percakapan, perbezaan wacana bertulis dan wacana lisan dan pelbagai lagi. Buku ini dilengkapkan dengan glosari untuk memudahkan pembaca memahami konsep-konsep asas dalam bidang pemaknaan. Senarai bibliografi mengandungi banyak

rujukan menunjukkan bahawa penulis telah melakukan kajian yang cukup mendalam semasa menghasilkan buku ini. Gaya penulisan buku ini mungkin agak sukar untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat namun buku ini sangat membantu dalam pembelajaran ilmu

semantik dan peristilahan Bahasa Melayu.

Anda mungkin juga menyukai