Anda di halaman 1dari 22

AHLI KUMPULAN

Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan bahagian tubuh badan. Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik. Bergerak secara kreatif dengan menyerapkan empat aspek pergerakan iaitu ruang, masa, beban dan aliran. Mengamalkan aktiviti fizikal sebagai rutin harian. Mengkoordinasi bahagian tubuh badan bagi memanipulasi alatan. Melahirkan perasaan dengan menginterpretasi idea secara simbolik melalui pergerakan. Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah.

Berkaitan

dengan gerakan atau aliran. Melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.
Arah:kehadapan

atau kedepan atau ke kiri

atau ke kanan. Aliran:corak gerakan ,cth:lurus, bengkang bengkok,zig zag Masa:untuk melengkapkan pergerakan,cepat atau perlahan dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

Memberi

pendedahan dan latihan kemahiran pergerakan lokomotor Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak Mendorong kanak-kanak untuk memahami pertalian antara pergerakan asas dengan elemen-elemen pergerakan (ruang, masa, kuasa). Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak.

Membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan cergas serta minda yang cerdas. Pelajar mendapat kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka. Pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan Dapat mengaplikasikan pergerakan asas dalam kehidupan seharian dengan berkesan Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi melaksanakan pergerakan asas dalam melakukan pelbagai jenis pergerakan. Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan. Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah

Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan di tempat tersebut. Pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretaapi. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

BERJALAN

Merupakan asas bagi berbagai corak langkah. Pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain / melangkah dari satu kaki ke kaki yang lain. Kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai. Cth, permainan keretapi

MELOMPAT

Berat badan adalah di atas kedua-dua belah kaki. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan serentak.

LOMPAT SKIP
Gabungan berjalan dan melompat ketingting. Langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting yang sama. Corak pergerakan adalah memindah berat badan di atas kaki berselang-seli.

LOMPAT GALOP
Lompat galop adalah bergerak ke depan dengan satu kaki mendahului pergerakan secara tepat.

Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat Pergerakan bukan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil. Lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar Pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Cth, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang) Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.

MENGHAYUN
Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang dilakukan dengan tubuh badan, tangan atau kaki Cth, bermain golf

MENUNDUK DAN MEREGANG


Menunduk dan meregang adalah pergerakan melentik dan mengendur. Apabila otot-otot memanjang, ia adalah meregang , dan apabila otot-otot memendek, ia adalah mengendur.

MENOLAK DAN MENARIK


Menolak dan menarik berlaku apabila daya dilakukan ke suatu arah daripada satu tempat yang khusus. Daya perlakuan menentang suatu objek menjadikan pergerakan menolak dan menarik berbeza daripada perlakuan menunduk dan meregang.

MENGILAS
Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya berada di satu tempat sahaja. Pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar di atas suatu tapak sahaja.

MENGGOYANG
Menggoyang

berlaku apabila otot-otot tegang dengan cepat dan berlanjutan

LOKOMOTOR
Kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat ,berjalan dan sebagainya (motor kasar) Pergerakan yang menyebabkan berubahnya kedudukan badan

BUKAN LOKOMOTOR
Kebolehan menggunakan otot-otot kecil seperti mencucuk manik , mengangkat tangan dan sebagainya (motor halus) Keupayaan pergerakan tanpa mengubah kedudukan badan(tanpa beralih tempat)

Pergerakan yang memerlukan Pergerakan yang tidak ruang memerlukan ruang

SeKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai