Anda di halaman 1dari 18

PEMARKAHAN

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2012/2013 SMU 3023 MATEMATIK ASAS


TUGASAN 2

KEPENTINGAN KEMAHIRAN MATEMATIK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

ATIFAH BINTI TUMIN


KUMPULAN

D20102043041

UPSI 39 (A122PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR NOR AIDA ZURAIMI BINTI MD NOAR TARIKH SERAH: 5 MEI 2013

SMU3023 MATEMATIK ASAS

PENGHARGAAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan rahmatNya, dapat saya menyiapkan tugasan 2 SMU 3023 Foundation Mathematics ini. Keupayaan yang terbatas selaku manusia biasa serta cabaran dan dugaan yang dihadapi telah dilalui, meskipun memerlukan ketabahan dan kesabaran. Setinggi tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada pensyarah (E-Learning) saya iaitu Dr. Nor Aida Zuraimi di atas sumbangan ilmu dan panduan yang diberikan oleh beliau sehingga saya selamat menyempurnakan tugasan ini. Semoga kebaikkan yang diberikan oleh beliau akan di rahmati olehNya.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada rakan-rakan di sekolah dan rakan-rakan di dalam kumpulan UPSI 39 yang sudi berkongsi maklumat untuk menyiapkan tugasan SMU 3023 ini. Penghargaan ini juga buat keluarga tercinta kerana memahami serta membantu saya di dalam meneruskan cabaran untuk membawa pulang segulung ijazah. Sesungguhnya segala kesabaran dan kesungguhan kejayaan yang cemerlang. pastinya akan memberikan

Terima Kasih.

SK AYER KEROH MELAKA.

SMU3023 MATEMATIK ASAS

ISI KANDUNGAN

Perkara

Halaman

1.0 2.0

Pengenalan Matematik Asas Kepentingan dan Aplikasi Matematik Asas 2.1 INDEKS 2.1.1 Penerangan 2.1.2 Aplikasi dan kepentingan 2.2 LOGARITMA 2.2.1 Penerangan 2.2.2 Aplikasi dan kepentingan 2.3 TRIGONOMETRI 2.3.1 Penerangan 2.3.2 Aplikasi dan kepentingan 2.4 GEOMETRI KOORDINAT 2.4.1 Penerangan 2.4.2 Aplikasi dan kepentingan 2.5 NOMBOR KOMPLEKS 2.5.1 Penerangan 2.5.2 Aplikasi dan kepentingan

6 7 8 8

10 11

12 12

14 14

3.0

Penutup Rujukan

15 16

SMU3023 MATEMATIK ASAS

1.0 PENGENALAN ASAS MATEMATIK

Matematik Asas terdiri daripada beberapa bidang pengiraan seperti set, sistem nombor nyata, indeks, logaritma & surd, geometri koordinat, trigonometri, vektor dan nombor kompleks di mana ia penting dalam kehidupan seharian kita. Skop Matematik Asas ini dipelajari oleh pelajar sekolah menengah melalui penglibatan aktif daripada situasi pelbagai amalan.

Set merangkumi gambarajah Venn dan beberapa operasi seperti persilangan, kesatuan, beza antara dua set dan pelengkap. Dalam tajuk ini juga penekanan kepada takrifan mengenai istilah seperti set semesta, set kosong dan menentukan bilangan unsure yang terdapat dalam suatu set. Terdapat juga hukum aljabar seperti tukar tertib, sekutuan, taburan, identiti dan songsangan. Takrif hasil darab Cartesan untuk menyelesaikan masalah melibatkan set juga diperkenalkan.

Bidang sistem nombor nyata adalah mengenai set nombor tabii Nombor Tabii , Nombor Bulat W, Integer , Nombor Nisbah Q, Nombor Tak Nisbah H dan Nombor Nyata R serta perkaitan diantaranya . Dalam tajuk ini juga pelajar perlu mempelajari teknik melakar garis nombor dan mencari set nilai yang tertakrifbagi suatu kesamaan. Terdapat juga kemahiran menggunakan operasi asas dalam nombor nyata seperti tutupan, aksiom kesamaan dan aksiom nombor nyata. Dalam kemahiran sistem nombor nyata ini, teorem sifat ketaksamaan dan jenis-jenis selang diajarkan kepada pelajar.

Dalam tajuk indeks pula, pembelajaran adalah merangkumi indeks integer positif dan negatif serta beberapa hukum indeks. Dalam indeks juga, takrifan mengenai logaritma asas 10 dan asas e di perkenalkan kepada pelajar. Pendedahan juga diberikan mengenai cara mengubah asas logaritma dengan menggunakan rumus tertentu . Penekanan juga diberikan kepada kemahiran dengan persamaan indeks . penyelesaian masalah berkaitan persamaan logaritma

SMU3023 MATEMATIK ASAS

Terdapat dua jenis logaritma dalam tajuk ini iaitu logaritma asas 10 dan logaritma e seperti yang dipelajari dalam tajuk indeks. Selepas pelajar diperkenalkan dengan kaedah mengubah asas pada sesuatu logaritma, pelajar perlu mempelajari penyelesaian persamaan logaritma dan persamaan indeks. Pelajar juga akan diajar mengenai surd, penggunaan operasi asas yang melibatkan surd. Selain itu, menisbahkan surd, menisbahkan pembilang dan penyebut juga diperkenalkan kepada pelajar.

Sistem koordinat Cartesan diperkenalkan dalam tajuk geometri koordinat. Pelajar juga akan mempelajari kemahiran mencari jarak antara dua titik, titik tengah, mengira titik pembahagian dengan nisbah, kecerunan garisan dan membina persamaan garis lurus .Dalam kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan sistem geometri koordinat, pelajar diajar untuk menyelesaikan masalah berkaitan jarak terdekat titik ke garisan lurus, jarak antara dua garis selari dan persilangan garis lurus. Rumus untuk mencari luas segitiga dan segiempat juga diperkenalkan dalam tajuk geometri koordinat.

Terdapat dua tajuk trigonometri yang akan dipelajari iaitu trigonometri 1 dan trigonometri 2. Trigonometri 1 mengenai mencari sudut dalam radian dan dalam darjah serta perkaitan diantaranya. Rumus mengenai panjang lengkok, luas tembereng dan luas sector sesuatu bulatan diperkenalkan. Kita juga diajar bagaimana untuk mencari nisbah trigonometribagi sebarang sudut. Dalam trigonometri 1, terdapat beberapa sudut seperti sudut khas yang perlu dikira mnggunakan segitiga , sudut am, sudut sepadan , sudut positif dan sudut negative. Perkara lain yang turut dibincangkan dalam tajuk ini ialah mencari fungsi salingan , mencari nisbah trigonometri bagi sudut tirus dan sudut negative.

Trogonometri 2 pula mengenai penyelesaian masalah persamaan identiti trigonometri asas , menyelesaikan persamaan trigonometri dan membuktikan persamaan trigonometri. Beberapa identity trigonometri seperti sudut majmuk, sudut gandaan dan sudut separuh diperkenalkan dalam trigonometri 2.Terdapat juga penyelesaian masalah yang melibatkan persamaan trigonometri. Beberapa takrifan diperkenalkan di akhir tajuk ini seperti masalah tiga matra yang melibatkan petua sinus, petua kosinus dan rumus luar segitiga. 4

SMU3023 MATEMATIK ASAS

Dalam topik vektor, murid diperkenalkan dengan perwakilan vektor, magnitud vektor, vektor unit, vektor negatif, vektor sifar, vektor sama. Terdapat operasi asas yang melibatkan vektor seperti operasi tambah, tolak dan darab . Pelajar juga perlu mempelajari vektor dua dimensi dan vektor tiga dimensi , vektor kedudukan, vektor unit arah paksi x dan y, vektor dalam bentuk komponen dan vektor unit dalam arah yang sama dengan sesuatu vektor. Dalam tajuk ini juga terdapat operasi darab melibatkan hasil darab skalar, hasil darab skalar dalam bentuk komponen dan hasil darab vektor yang berserenjang dan selari yang mesti dipelajari.

Nombor kompleks merupakan salah satu bidang dalam matematik asas dimana kita didedahkan dengan kaedah bagaimana untuk memahami dan membezakan antara nombor khayalan dan nombor kompleks. Terdapat penggunaan operasi asas seperti penambahan penolakkan , pendaraban dan bahagi yang melibatkan nombor kompleks. Kita juga mesti mengetahui konjugat bagi nombor kompleks hasil daripada penggunaan operasi asas matematik. Seperti biasa terdapat penyelesaian masalah yang melibatkan persamaan nombor kompleks yang mesti dipelajari bersama.

SMU3023 MATEMATIK ASAS

2.0 KEPENTINGAN DAN APLIKASI MATEMATIK ASAS DALAM KEHIDUPAN

2.1 INDEKS 2.1.1 PENERANGAN

Nombor indeks ialah satu nisbah bagi ukuran yang diambil untuk satu tempoh masa yang dibandingkan dengan ukuran sama yang diambil dalam tempoh masa yang lain, biasanya dinyatakan sebagai tahun asas. Satu cara yang khusus bagi ukuran deskriptif yang sangat berguna dalam membenarkan perbandingan antara data ialah nombor indeks. Selalunya nisbah ini akan didarabkan dengan 100 dan dinyatakan dalam peratusan. Sebagai peratusan, nombor indeks manjadi satu altenatif untuk membandingkan nombor mentah. Pengguna nombor indeks membiasakan diri mereka untuk mentafsir ukuran bagi tempoh masa yang diberi berasakan tahun asas atas skala dimana tahun asas mempunyai indeks 100%. Nombor indeks digunakan untuk membandingkan fenomena dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain dan khususnya sangat membantu dalam menerangkan perbezaan antara tempoh. Indek merupakan suatu perantaraan yang merujuk kepada sesuatu dokumen . Walaubagaimana pun indek yang ditekankan disini adalah indek yang terdapat di belakang buku atau dalam bahasa inggeris di sebut BOB - back of the book. Indek buku adalah suatu senarai daftar kata- kata kunci yang di susun secara abjad dari A hingga ke Z yang mewakili perkataan-perkataan yang terdapat di dalam buku tersebut. Setiap perkataan yang dijadikan indek mempunyai tanda nombor muka surat yang bermaksud maklumat perkataan tersebut bolah di cari didalam buku tersebut sekiranya pengguna membuka nombor lembaran muka surat tersebut. Indeks terbahagi kepada dua jenis iaitu indeks yang menyatukan dengan buku iaitu didalam sebuah buku mempunyai indeks di belakang lembarannya. Jenis yang kedua ialah indeks yang terpisah daripada buku iaitu dikenali sebagai buku indeks. Pengindeksan merupakan satu cara/metod menonjolkan maklumat kepermukaan. Kalau 6

SMU3023 MATEMATIK ASAS

tidak, maklumat tersebut akan tersembunyi di dalam buku-buku dan susah diketahui oleh orang ramai. Dengan adanya indek, membuat pengetahuan lebih mudah dicapai .

2.1.2

Aplikasi dan kepentingan

Nombor indeks digunakan secara meluas di seluruh negara untuk mengaitkan maklumat tentang pasaran saham, inflasi, jualan, eksport dan import, pertanian dan pelbagai lagi. Antara contohnya ialah indeks kos gunatenaga, harag indeks bagi pembinaan, indeks kapasiti pengeluaran, indeks harga pengeluar, indeks harga pengguna,purata

perindustrian Dow Jones,indeks output,purata 225 Nikkei. Walaupun begitu, nombor indeks juga difokuskan kepada harga,kuantiti dan nilai indeks, dengan penekanan khusus kepada indeks harga. Nombor indeks digunakan untuk mengukur perubahan relatif dalam harga, kuantitu, nilai atau beberapa perkara lain dalam satu tempoh masa.

Indeks adalah cara yang mudah untuk menyatakan perubahan dalam kumpulan pelbagai barangan. Contonhya dalam Indeks Harga Pengguna, harga yang dinyatakan merangkumi beberapa item barang , perkhidmatan , urusan kesihatan dan keperluan hidup. Sesetengah harga dinyatak mengikut nilai matawang sesebuah tempat seperti negara luar. Hanya dengan menukar harga ini banyak barangan dan perkhidmatan yang pelbagai untuk satu nombor indeks yang boleh dilakukan oleh kerajaan dan lain-lain yang berkenaan dengan kadar inflasi yang terus dimaklumkan mengenai pergerakan keseluruhan harga pengguna.

SMU3023 MATEMATIK ASAS

2.2 LOGARITMA 2.2.1 PENERANGAN

Logaritma adalah operasi matematik yang merupakan songsangan eksponen atau kuasa. Asas yang sering dipakai atau paling banyak dipakai adalah asas 10, e 2.71828... dan 2. Beberapa orang menulis ln a sebagai ganti loge a, log a sebagai ganti log10 a dan ld a sebagai ganti log2 a. Pada kebanyakan kalkulator, LOG menunjuk kepada logaritma berasaskan 10 dan LN menunjuk kepada logaritma berasaskan e. Pada beberapa bahasa pemprograman komputer seperti C,C++,Java dan BASIC, LOG menunjuk kepada logaritma berasaskan e. Kadang-kala Log x (huruf besar L) menunjuk kepada log10 x dan log x (huruf kecil L) menunjuk kepada loge x. Cara untuk mencari nilai logaritma antara lain dengan menggunakan jadual dan kalkulator saintifik.

Logaritma memindahkan fokus pengiraan dari bilangan normal kepada kuasa dan eksponen. Apabila asas logaritmanya sama, maka beberapa jenis pengiraan menjadi lebih mudah dengan menggunakan logaritma. Sifat-sifat di atas menjadikan pengiraan dengan eksponen menjadi lebih mudah, dan penggunaan logaritma sangat penting, terutama sebelum kewujudan kalkulator sebagai hasil perkembangan teknologi moden. Untuk mengkali dua angka, yang diperlukan adalah melihat logaritma masing-masing angka dalam tabel, menjumlahkannya, dan melihat antilog jumlah tersebut dalam tabel. Untuk mengitung pangkat atau akar dari sebuah bilangan, logaritma bilangan tersebut dapat dilihat di tabel, lalu hanya mengkali atau membagi dengan radix pangkat atau akar tersebut.

2.2.2

Aplikasi dan kepentingan

Logaritma sering digunakan untuk memecahkan persamaan yang kuasanya tidak diketahui. Tertibnya mudah dicari, maka, logaritma sering digunakan sebagai penyelesaian pengkamiran. Dalam persamaan bn = x, b dapat dicari dengan mencari punca, n dengan logaritma, dan x dengan fungsi eksponen.

SMU3023 MATEMATIK ASAS

Dalam sains, terdapat banyak bidang yang umumnya dinyatakan dengan logaritma. Logaritma diaplikasikan dalam bidang sains kimia dimana negatif logaritma berasaskan 10 digunakan dalam kimia untuk menyatakan kepekatan ion hidronium (pH). Contohnya, kepekatan ion hidronium dalam air adalah 107 pada suhu 25 C, sehingga pH-nya 7.

Unit bel (dengan simbol B) adalah unit pengukur perbandingan (nisbah), seperti perbandingan nilai daya dan ketegangan. Kebanyakan digunakan dalam bidang telekomunikasi, elektronik, dan akustik. Salah satu sebab digunakannya logaritma adalah kerana telinga manusia mentafsirkan suara yang didengari secara logaritmik. Unit Bel dinamakan untuk mengenang jasa Alexander Graham Bell, seorang pencipta dalam bidang telekomunikasi. Unit desibel (dB), yang sama dengan 0.1 bel, lebih sering digunakan.

Logaritma juga berkepentingan dalam masalah bencana alam seperti unit pengukuran Skala Richter mengukur kekuatan gempa bumi dengan menggunakan skala logaritma berasaskan 10. Dalam astronomi, magnitud yang mengukur keamatan bintang menggunakan skala logaritma, kerana mata manusia melihat kecerahan keamatan secara logaritmik.

SMU3023 MATEMATIK ASAS

2.3 TRIGONOMETRI 2.3.1 PENERANGAN

Trigonometri atau ilmu ukur segitiga merupakan salah satu cabang Matematik yang paling terkenal sejak ribuan tahun dahulu. Trigonometri memiliki peranan yang sangat penting dalam membongkar rahsia alam semesta.Idea asas trigonometri ialah pengukuran jarak secara tidak langsung. Secara fizikal adalah mustahil mengukur secara langsung tinggi piramid terbesar di Mesir atau lebar jurang antara gunung-gunung yang tidak dapat dicapai. Inilah antara beberapa masalah yang lain dalam bidang ukur dan pelayaran yang bergantung kepada penyelesaian segitiga. Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang sangat penting.

Dua segitiga dikatakan serupa jika satu daripadanya boleh diperolehi dengan mengembangkan yang lagi satu secara seragam. Kes ini adalah kes jika dan hanya jika sudut sepadan adalah sama dan berlaku sebagai contoh dua segi tiga berkongsi satu sudut dan sisi yang bertentangan kepada sudut itu adalah selari. Fakta penting tentang segi tiga serupa adalah panjang sisinya adalah sama atau berkadaran. Maksudnya, katakan jika sisi terpanjang satu segi tiga adalah dua kali kepanjangan sisi terpanjang segi tiga yang serupa, maka sisi terpendek juga dua kali ganda kepanjangan sisi terpendek segi tiga yang lagi satu, dan median sisi juga dua kali ganda dengan segi tiga yang lagi satu.

Dengan menggunakan fakta ini, U boleh ditakrifkan fungsi trigonometri, bermula dengan segi tiga tegak, segi tiga yang mempunyai satu sudut tegak (90 darjah atau /2 radian). Sisi terpanjang bagi mana-mana segi tiga pula adalah yang bertentangan dengan sudut terbesar. Sisi terpanjang bagi suatu segi tiga yang betentangan dengan sudut tegak dipanggil hipotenus. Pilihlah dua segi tiga bersudut tepat yang berkongsi sudut A. Segi tiga tersebut perlulah serupa, maka nisbah bagi sisi yang bertentangan A kepada hipotenus akan sama bagi kedua-dua segi tiga tersebut. Ia haruslah di antara nombor 0 dan 1, kerana hipotenus sentiasa lebih besar dari dua sisi yang lain yang bergantung kepada A; kita memanggilnya sin bagi A dan menulisnya sebagai sin(A), atau hanya sin A.

10

SMU3023 MATEMATIK ASAS

Begitu juga untuk mentakrifkan kosin bagi A adalah nisbah bagi sisi yang bersebelahan A kepada hipotenus.

2.3.2

Aplikasi dan Kepentingan

Ahli astronomi menggunakan rumus trigonometri untuk mengukur jarak antara bintang terdekat. Dalam ilmu geografi , rumus trigonometri digunakan untuk mengukur jarak antara tanda tempat. Trigonometri juga berfingsi sebagai arah pandu satelit dimana ISS mengaplikasikannya kini. Bidang-bidang lain yang menggunakan trigonometri termasuk pandu arah (di lautan dan angkasa luar, serta untuk kapal terbang), teori muzik, analisis pasaran kewangan, elektronik, teori kebarangkalian, statistik, biologi, pengimejan perubatan (imbas tomografi berkomputer dan ultrabunyi), farmasi, kimia, teori nombor (dan oleh itu, kriptologi), seismologi, meteorologi, oseanografi, banyak jenis sains fizikal, ukur tanah dan geodesi, seni bina, fonetik, ekonomi, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan jentera, kejuruteraan awam, grafik komputer, kartografi, kristalografi dan pembangunan permainan.

Selain di bidang ilmu astronomi, trigonometri juga sangat erat kaitannya dengan pekerjaan seorang ahli ilmu ukur tanah. Pengukuran tanah adalah suatu cabang ilmu alam untuk menentukan posisi ruang dimensi tiga dari suatu tempat pada permukaan bumi. Hasil pengukuran tanah yang diperoleh antara lain digunakan untuk membuat peta topografi dari bumi untuk menentukan luas wilayah suatu daerah. Trigonometri juga penting pada Geografi dan Navigasi untuk perhitungan dalam astronomi. Bintang-bintang dianggap tetap pada bola kristal dengan ukuran besar, dan model yang sempurna untuk tujuan praktis. Satu aplikasi dari trigonometri adalah astronomi. Seperti bumi juga bola, trigonometri digunakan dalam geografi dan navigasi. Ptolemy (100-178) yang digunakan trigonometri pada geografi dan menggunakan tabel trigonometri dalam karya-karyanya. Columbus membawa salinan dari Regiomontanus Ephemerides Astronomicae pada perjalanan ke Dunia Baru dan menggunakannya untuk keuntungannya.

11

SMU3023 MATEMATIK ASAS

2.4 GEOMETRI KOORDINAT 2.4.1 PENERANGAN

Geometri Analitis, juga disebut geometri koordinat dan dahulu disebut geometri Kartesius. Geometri menghubungkan manusia dengan dunia seharian. Semua aspek praktikal dan estetik geometri boleh ditemui dalam bidang seni dan pembinaan, penerokaan ruang, perancangan perumahan, serta rekaan fesyen dan kenderaan. Topik-topik ini sebenarnya memberikan persepsi yang berbeza kepada kanak-kanak dan akan menarik minat mereka untuk melibatkan diri dengan ilmu geomteri. Hubungan yang terbentuk dengan alam sekeliling dengan ilmu geomteri akan membentuk dan mengembangkan pengetahuan dan kemhiran geometri, kemahiran memvisualisasi ruang, atau boleh ditakrifkan sebagai celik ruang, serta keupayaan menyelesai masalah.

2.4.2

Aplikasi dan Kepentingan

Geometri koordinat berfungsi untuk mencari jarak antara dua titik, titik tengah suatu garis lurus. Geometri koordinat juga digunakan untuk mengenal pasti luas bagi bentuk segitiga dan segiempat. Geometri koordinat atau Geometri Analitik digunakan untuk menyelesaikan persamaan bidang, garis, garis lurus, dan persegi, yang sering dalam 2 atau kadang dalam 3 dimensi pengukuran. Seperti yang diajarkan di buku pelajaran sekolah, geometri analitik dapat dijelaskan dengan sederhana: terfokus pada pendefinisian bentuk bangun dalam bilangan dan menjadikan sebagai sebuah hasil perhitungan. Hasil perhitungan, bagaimanapun dimungkinkan juga sebagai sebuah vektor atau bangun.

Geometri koordinat juga diaplikasikan dalam pentafsiran peta dan grid bagi pelayaran . Bumi mempunyai beberapa garisan seperti longitude dan latitude bagi memudahkan pengesanan sesuatu lokasi dengan menggunakan perkhidmatan GPS. Selain itu, geometri koordinat juga digunakan oleh satelit pesawat. Dalam bidang pembinaan pula, geometri koordinat diaplikasikan dalam pembinaan sesebuah bangunan atau rumah oleh para 12

SMU3023 MATEMATIK ASAS

arkitek atau interior designer. Konsep ini digunakan secara software bagi membuat pelan lantai sebelum proses pembinaan dimulakan.

Sebenarnya ramai dikalangan kita terlibat dengan bidang geometri koordinat dalam kehidupan seharian tanpa disedari. Contohnya dalam menentukan lokasi tujuan samada untuk membeli belah atau mengunjungi sesuatu destinasi. Ada juga mengatakan geometri koordinat boleh digunakan untuk menghubungkan dua pembolehubah bagi kaitan dengan jarak dan kelajuan. Konsep koordinat pada satah atau permukaan lain yang digunakan dalam banyak aplikasi. Ia digunakan di dalam komputer dalam menentukan yang grafik lokasi. Ia digunakan dalam peta untuk mengenal pasti lokasi sesuatu jalan (biasanya terdapat "beberapa grid" yang mengenal pasti lokasi). Dan ia boleh digunakan untuk mengira jarak yang sukar untuk menentukan sebaliknya, seperti panjang diagnonal.

13

SMU3023 MATEMATIK ASAS

2.5 NOMBOR KOMPLEKS 2.5.1 PENERANGAN

Nombor kompleks merupakan salah satu bidang dalam matematik asas dimana kita didedahkan dengan kaedah bagaimana untuk memahami dan membezakan antara nombor khayalan dan nombor kompleks. Terdapat penggunaan operasi asas seperti penambahan penolakkan , pendaraban dan bahagi yang melibatkan nombor kompleks. Kita juga mesti mengetahui konjugat bagi nombor kompleks hasil daripada penggunaan operasi asas matematik. Seperti biasa terdapat penyelesaian masalah yang melibatkan persamaan nombor kompleks yang mesti dipelajari bersama.

Nombor kompleks ialah gabungan nombor nyata dan nombor khayalan. Nombor kompleks diungkapkan sebagai a + bi dimana a dan b adalah nombor nyata dan i ialah nombor khayalan. Dua nombor kompleks adalah sama jika dan hanya jika bahagianbahagian nyatanya sama dan bahagian-bahagian khayalannya sama. Dalam kata lain, jika dua nombor komples ditulis sebagai dan dengan , , , dan dan adalah .

nyata, maka kedua-dua nombor itu adalah sama jika dan hanya jika

Nombor kompleks boleh dicampur, ditolak, didarab dan dibahagi seperti nombor nyata, tetapi dengan sifat lain. Contohnya, nombor nyata sendiri tidak boleh memberi jawapan untuk semua persamaan polinomial, manakala nombor khayalan boleh. Set nombor kompleks juga terdiri daripada dua dimensi dan menggunakah satah koordinat untuk digambarkan secara grafik. Nombor nyata pula dinyatakan dalam bentuk garisan.

2.5.2

Aplikasi dan kepentingan

Dalam kehidupan sebenar, nombor kompleks yang digunakan dalam bidang kejuruteraan fizik untuk mengukur arus elektrik, menganalisis tegasan dalam struktur seperti jambatan dan bangunan dan mengkaji aliran cecair. Selain itu , para saintis yang melakukan kajian mengenai cara-cara untuk membuat tenaga menggunakan sel bahan api, bateri, dan selsel solar dengan menggunakan nombor kompleks. Nombor kompleks juga digunakan untuk mencipta Fractals, sebuah bentuk objek geometri yang wujud dalam corak yang 14

SMU3023 MATEMATIK ASAS

berulang. Nombor kompleks digunakan dalam bidang kejuruteraan, terutamanya dalam elektronik. Nombor nyata digunakan untuk menunjukkan rintangan elektrik, nombor khayalan digunakan untuk menunjukkan reaktif, dan nombor kompleks digunakan untuk mewakili impedans.

3.0 PENUTUP

Matematik merupakan salah satu matapelajaran teras dalam Kurikulum Sekolah samada sekolah rendah atau sekolah menengah . Matematik diajar secara susunan yang merangkumi tiga bidang iaitu Nombor, Bentuk dan Perkaitan. Selain daripada itu, terdapat beberapa aspek sokongan lain yang terdiri daripada penyelesaian masalah, penakulan serta pemikiran mantik, nilai-nilai sejagat dan sejarah matematik. Secara tidak langsung aspek- aspek ini memberi kesan kepada pemahaman proses matematik di kalangan pelajar.

Konsep-konsep dan rumus matematik seperti nombor nyata, trigonometri , geometri koordinat dan lain-lain lagi mempunyai kepentingan dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Matematik mempunyai banyak peranannya dalam kehidupan seharian kita. Tanpa matematik, mungkin kita tidak dapat menikmati hidup yang berteknologi tinggi seperti sekarang. Ada pendapat yang mengatakan bahawa matematik adalah sebagai jalan untuk memodelkan dunia. Manakala ada juga yang berpendapat, aplikasi matematik merupakan isu sosial, dimana matematik digunakan oleh setiap insan dalam kehidupan seharian. Ini boleh disimpulkan bahawa aplikasi matematik sangat diperlukan oleh setiap individu. Oleh itu, kita haruslah pelajari matematik dalam pelbagai bidang, supaya kita dapat menikmati kehidupan d dunia ini. Sebagai contoh, kita boleh mengaplikasikan matematik dalam bidang sukan, ketenteraan, politik, kesenian, dan sebagainya.

Tidak dapat dinafikan bahwa kefahaman konsep di dalam matematik adalah amat penting dalam proses pembelajaran. Kaedah pemahaman konsep dalam pengajaran matematik pada masa kini telah memberi keutamaan kepada pemben tukan konsep matematik yang 15

SMU3023 MATEMATIK ASAS

dikaitkan dengan pengalaman murid dan pelajar di dalam bilik darjah maupun di luar bilik darjah. Sebagai guru, kita juga maklum bahawa pengetahuan merupakan sesuatu yang tidak boleh dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain sebali knya ia hanya boleh dibina ol eh pelajar itu sendiri melalui proses berinteraksi dengan

persekitaran pembelajaran. Persekitaran boleh dijadikan sebagai alat perhubungan yang dapat mengaitkan idea matematik dengan pengalaman harian. Ia juga dapat memberi pengertian baru kepada konsep pembelajaran .

Pembentukan konsep pembelajaran yang betul dalam matematik amatlah sukar untuk dicapai. Kesukaran ini adalah disebabkan oleh ciri-ciri matematik yang kebanyakkan konsepnya saling berkait di mana pemahaman sesuatu konsep adalah bersandar kepada pemahaman konsep-konsep sokongan yang lain. Penekanan diberikan kepada pembelajaran matematik bercorak pengembangan pemikiran pelajar, iaitu kemahiran menyelesaikan masalah yang merangkumi proses penyelesaian masalah contohnya seperti memahami masalah, merancang strategi, melaksanakan rancangan dan menyemak kesudahannya.

Dengan ini, jelaslah bahawa tujuan

utama pendidikan matematik ialah untuk

membolehkan pelajar membentuk kefahaman yang betul terhadap setiap konsep yang dipelajarinya justeru mampu memperbaiki dan mempertingkatkan mutu pendidikan negara untuk menghasilkan generasi Malaysia yang bukan sahaja kreatif dan inovatif dalam pemikiran mereka malah berketerampilan dan berintelek tinggi.

16

SMU3023 MATEMATIK ASAS

RUJUKAN

Modul SMU 3023 Matematik Asas . UPSI

Lytton Lee, Thomas Bond, Chris Hughes .(1994) SPM MATHEMATICS Critical Guide. New Edition : Kuala Limpur

Dr. Pumadevi S , P.W.Wong , Lee Chin Choy .(2013) SUCCESS MATHEMATICS SPM. Oxford Fajar : Shah Alam

Akademik Journal MPPM Melaka.(1994). Jil. 4, Tn. 4. Miratra Communications Sdn. Bhd.
KBSM Spesifikasi Kurikulum Matematik Tingkatan 5,

http://www.moe.gov.my/bpk/v2/download/kbsm/math/SK_Matematik_Tg5.PDF : 9:16 pm (24 Mac 2013)

http://mathideasinprimaryschool-sarmiza.blogspot.com/2011/04/penulisanpembentangan-geometri.html : 8:14 pm( 25 April 2013)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Logaritma : 8:14 pm(25 April 2013)

17