Anda di halaman 1dari 2

BAB 1 : PENGENALAN

1. LATIHAN INDUSTRI

1.1 Pendahuluan Latihan Industri merupakan satu komponen penting yang utama dalam kurikulum pembelajaran politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehan pasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan dan amalan kerja berpasukan. Pelajar disyaratkan lulus latihan industri sebelum diperakukan untuk penganugerahan sijil atau diploma politeknik KPTM. Tujuan laporan ini disiapkan adalah sebagai memenuhi salah satu kewajipan kepada pelajar dan sebagai satu syarat untuk lulus dalam kurikulum Latihan Industri. Diharapkan dengan adanya laporan ini dapat menjadikan suatu platform untuk meningkatkan lagi tahap kecemerlangan pencapaian seseorang pelajar yang sedang mengikuti pengajian di politeknik KPTM.

1.2 Objektif Latihan Industri Objektif Latihan Industri telah diwujudkan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk membolehkan para pelajar : a. membina personaliti diri yang baik. b. belajar cara berkomunikasi dengan baik dan berkesan sesama pekerja dan majikan. c. Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik semasa menjalani latihan industri. d. Membentuk sahsiah, siap dan kemahiran tenikal yang pelbagai situasi. e. Memberi pendedahan kepada alam pekerjaan. f. Menghasilkan laporan latihan industri. g. Menambahkan dan meluaskan pengetahuan para pelajar .

1.3 Objektif Laporan Objektif laporan adalah untuk membolehkan pelajar melatih diri untuk membuat laporan yang sebenar. Laporan ini juga dibuat untuk para penyelia mengetahui aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang Latihan Industri. Oleh itu, melalui penyediaan laporan ini para penyelia dapat menilai sejauh mana pembelajaran praktikal yang dilakukan oleh seseorang pelajar sekaligus dapat menilai bagaimana pelajar mempersembahkan pengalaman latihan mereka dengan lebih kemas, tepat dan menarik. Selain itu, pelajar juga dapat melahirkan sikap yang bertanggungjawab terhadap kerja yang dilakukan dengan menyediakan dokumen yang berkaitan kerja dan juga dapat mengetahui bagaimana untuk menyediakan dokumen dengan betul dan kemas. Pelajar juga dapat membina keyakinan diri semasa menyediakan dokumen. Oleh yang demikian , tujuan untuk pelajar membuat laporan ini adalah untuk melatih pelajar mengkaji, mencari dan menganalisis maklumat yang diinginkan untuk menyiapkan sebuah laporan kerana tanpa kajian dan pencarian sesebuah laporan tidak mungkin akan dapat disiapkan.

1.4 Kepentingan Latihan Industri Setiap pelajar yang mengikuti Pengajian di Politeknik Kementerian PengajianTinggi Malaysia (KPTM) telah diwajibkan untuk menjalani latihan industri selama satu semester. Bagi pelajar yang mengambil Diploma, mereka akan menjalani latihan industri pada semester ke empat, manakala bagi pelajar Sijil akan menjalani latihan industri pada semester ke tiga, latihan industri diwajibkan kepada setiap pelajar sebelum melayakkan mereka untuk dianugerahkan Sijil atau Diploma. Kepentingan latihan industri kepada pelajar ialah untuk mendedahkan kepada pelajar suasana kerja yang sebenar, sebelum mereka melangkah ke alam pekerjaan yang sebenar, pendedahan awal seperti menjalani latihan industri dapat memantapkan jati diri pelajar selain dapat memberi semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka sehingga tamat dan memperolehi sijil atau diploma. Setelah menjalani latihan industri, pelajar akan lebih yakin dan mengetahui pesekitaran kerja yang sebenar, ini dapat membantu pelajar untuk mempraktikan apa yang telah dipelajari di dalam bilik kuliah atau bengkel pada kehidupan yangsebenar. Dengan cara ini, pelajar akan dapat menambah pengetahuan dan pengalaman itu dengan sendiri.

Anda mungkin juga menyukai