Anda di halaman 1dari 13

MAY /2011

NO. MATRIKULASI

<NO MATRIKULASI>

NO. KAD PENGNEALAN

<NO. KAD PENGENALAN>

NO. TELEFON

<TELEFON>

E-MEL

<EMEL ID>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN>

HBAE2103

1.0 PENGENALAN
Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan
lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak
langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan
penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu
dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil
daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu
produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.
Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen
penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam
seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan
ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap
muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna
kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak
menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen
Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan
sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.
Pendidikan Seni Visual adalah satu mata pelajaran yang dapat mencungkil dan menanam minat
serta memupuk dan kebolehan pelajar dalam menghasilkan atau semasa berinterkasi dengan
sesuatu produk seni.Para pendidik telah mengetahui bahawa setiap individu mempunyai cara dan
keupayaan tersendiri dalam pernyataan dirinya menerusi kerja-kerja seni (art work) Laura
Chapman (1978) menyatakan bahawa karya seni bukan satu mod tingkahlaku semulajadi sematamata tetapi adalah asas kepada matlamat kematangan individu.Pendidikan Seni Visual
merupakan satu mata pelajaran yang amat mementingkan kaedah. Sebelum seseorang guru itu
memilih sesuatu kaedah, mereka harus mempunyai pertimbangan-pertimbangan tertentu
terhadap pelajar, kandungan pelajaran, objektif pelajaran dan persekitaran.
Dalam hal ini, peranan dan tanggungjawab guru Seni Pendidikan Visual (PSV) boleh dikatakan
lebih menyerlah dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain.
2

HBAE2103

Dalam usaha menggerakkan pelajar menghasilkan karya-karya seni visual, guru PSV sebenarnya
perlu terlebih dahulu mengenal pasti minat pelajar kerana kecintaan mereka kepada sesuatu
adalah motivasi utama untuk pelajar. Sekalipun pelajar tidak berminat dengan mata pelajaran
PSV, mereka tidak harus terus dimarahi apatah lagi dihukum. Sebaliknya, guru PSV perlu bijak
dan kreatif dalam menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya seni yang berkait rapat
dengan minat atau kecintaan mereka. Pelajar tidak perlu dipaksa atau digesa agar mereka tidak
berasa tertekan atau terkongkong. Memadailah andai guru dapat mengenal pasti minat mereka
sebagai permulaan.
Berdasarkan pengetahuan guru PSV tentang minat pelajar, guru PSV perlu bijak dan kreatif
dalam mengolah set induksi sesebuah pelajaran. Set induksi seperti yang difahamkan oleh Syed
Ismail Bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki Bin Maskon (2010: 112) dalam buku mereka yang
berjudul Budaya dan Pembelajaran merujuk kepada beberapa minit pertama suatu perkara itu
diperkenalkan kepada para pelajar dengan tujuan menarik perhatian dan menimbulkan minat
mereka terhadap isi pengajaran. Lantas, kejayaan pertama yang penting bagi guru PSV terletak
pada set induksi yang pelbagai dan berkesan. Guru PSV boleh menayangkan klip video,
memperdengarkan lagu, memperlihatkan gambar, menyediakan kuiz atau permainan, membuat
persembahan dan sebagainya. Tentulah bahan yang digunakan sebagai set induksi perlu
berhubungan rapat dengan minat pelajar dan berkaitan dengan isi pelajaran.
Pengetahuan guru PSV tentang Teori Kecerdasan Pelbagai yang dipelopori oleh Howard
Gardner pasti akan membantu guru yang mempunyai khalayak yang ramai dan berbeza-beza
minat dan kecerdasan. Set induksi yang menarik tentulah perlu menggabungkan beberapa
perkara yang diminati pelajar dan beberapa kecerdasan yang dimiliki pelajar. Lachlan E.D.
Crawford (2002: 2) dalam artikel beliau yang berjudul Towards an Ability Driven Education
System in Singapore: Problems and Opportunities memaparkan lapan dimensi kecerdasan iaitu
kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan
kinestetik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan
naturalis.

HBAE2103

Isi pelajaran yang disampaikan oleh guru PSV hendaklah memperkayakan lagi minda dan emosi
pelajar dengan ilmu, pengetahuan dan pengalaman bermula daripada yang mudah kepada yang
lebih kompleks bersesuaian dengan keupayaan pelajar. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ini, hubungan dua hala antara guru PSV dan pelajar haruslah berlaku agar minat
murid yang telah berjaya ditarik melalui set induksi dapat dikekalkan. Dalam proses
menyampaikan isi pelajaran, kemahiran guru dalam berinteraksi amat perlu dan sebaik-baiknya,
proses ini seharusnya berpusatkan pelajar dan bukan guru semata-mata. Guru harus membuka
ruang dan peluang kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu kerja seni berdasarkan minat dan
kreativiti mereka. Guru PSV tidak harus menjadikan kerja seni sebagai alat untuk menghukum
atau mendenda. Di samping melibatkan pelajar dalam interaksi dan aktiviti yang dijalankan,
galakan dan pujian hendaklah diberikan kepada pelajar agar mereka rasa dihargai. Perkara ini
adalah peneguhan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

HBAE2103

2.0 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA DAN MATLAMAT PSV


Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan
warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif, kreatif, intelek, inovatif dan afektif
terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis.
Di samping untuk meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai alam sekitar,
keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Jika di lihat matlamat Kurikulum Pendidikan Seni sama ada McFee
(melalui penerokaan), Lansing(domain utama), Feldman (pengajian), Efland (ekspresi dan
respon) dan Kementerian Pelajaran Malaysia-KPM (aktiviti-aktiviti kreatif), semua membawa
harapan yang sama iaitu untuk melahirkan golongan pelajar seterusnya masyarakat yang
seimbang dari aspek kemahiran berkarya dan juga penguasaan pengetahuan seni. Dalam banyak
perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu melahirkan individu
yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di samping boleh menggunakan pengetahuan
seni dalam kehidupan seharian (seni sebagai cara hidup).
Dalam kandungan Kurikulum Pendidikan Seni Visual pula telah menegaskan kegiatan dalam
proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini
menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi,
persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.
Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi
pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai
positif. Secara tidak langsung menerap budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang
diperolehi.
Penyataan falsafah ini menggariskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan
kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan
insan yang baik berdasar kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna
Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada
agama supaya dapat melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik (berkualiti)
memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut:

HBAE2103

a) Percaya serta patuh kepada Tuhan


b) Berilmu pengetahuan
c) Berakhlak mulia
d) Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
e) Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara
f) Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
Berdasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, sukatan pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual telah digubal bersesuaian dan selaras
dengan hasrat tersebut. Matlamat Pendidikan Seni Visual Sekolah Menengah adalah untuk
membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik
yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif,inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya
membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
sekitar, keindahan seni dan warisan bangsa serta menyumbang ke arah pembangunan diri,
keluarga, masyarakat dan negara.
Objektif Pendidikan Seni Visual di Sekolah Rendah / Menengah bertujuan untuk:
a) Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
b) Memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual
c) Meningkatkan pengetahuan, daya kreatif,inovasi, disiplin serta mengguna kemahiran dalam
bidang seni visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.
d) Menggunakan pelbagai kemahiran media, teknik dan teknologi untuk merekacipta barangan
kraf dan produk seni yang berkualiti.
e) Membuat diskripsi, analisis, inerpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual.
f) Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks perkembangan
sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa.
g) Menjadikan seni visual sebagai prospek kejayaan
h) Menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan keselesaan
hidup.
i) Membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

HBAE2103

Matlamat sebenar Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang
harmonis,kritis,kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.Kandungan
kurikulum

berupaya

membantu

murid

meningkatkan

rasa

kesyukuran

terhadap

Tuhan,menghargai keindahan alam persekitaran,keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat
menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga,masyarakat dan negara,selaras dengan Falsafah
Pendidikan

Kebangsaan.Pendidikan

Seni

Visual

memainkan

peranan

penting

dalam

pembangunan manusia. Malah seni itu sendiri boleh dianggap sebagai agen perubahan
masyarakat.Seni wajar diletakkan pada landasan yang betul dalam arena pembangunan
manusiawi.
Kefahaman yang cetek yang mengatakan seni tidak menjanjikan kerjaya yang baik perlu
dikikis.Pendidikan yang diterima oleh manusia sama ada kita sedari atau tidak sebenarnya telah
meletakkan seni di tempat yang sewajarnya.Contohnya pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa
iaitu pada zaman

kanak-kanak.Ibu bapa tanpa disedari telah mendidik anak-anak mereka

mengenal alat-lat permainan yang mempunyai pelbagai warna dan beraneka jenis rupa
bentuk.Kanak-kanak juga suka menconteng dan kesempatan ini digunakan untuk melahirkan
ideanya.Bakatmelukis ini jika dipupuk dengan sebaiknya,dibimbing dan diberi galakan akan
menjadikan kanak-kanak itu seorang pereka seni yang baik.

HBAE2103

2.0 PSV DAN KOGNITIF, PSIKOMOTOR DAN AFEKTIF


Penilaian dalam Pendidikan Seni Visual bukan hanya melibatkan pengujian dan pengukuran
tetapi penilaian secara keseluruhan. Penilaian secara keseluruhan membolehkan murid
mengabungkan kefahaman kognitif, psikomotor dan afektif mereka.
Aspek kognitif meliputi kefahaman tentang unsur seni, prinsip rekaan, pengetahuan tentang alat
serta teknologi bahan, bentuk gubahan serta kemasan dan pemahaman dan penghargaan. Aspek
psikomotor pula melibatkan penilaian proses dalam penghasilan bahan. Penilaian aspek afektif
pula dijalankan melalui pemerhatian, sikap dan perlakuan murid yang direkod. Keberkesanan
program mata pelajaran ini dapat diukur melalui Penilaian Kendalian Berasaskan Sekolah yang
dilaksanakan di peringkat sekolah. Penilaian berasaskan sekolah perlu dirancang dan
dikendalikan secara berterusan dan sistematik dari segi pembinaan alat penilaian dan
pentadbirannya.
Penilaian yang berkesan mengambilkira keperluan sekolah serta ciri murid itu sendiri dari segi
gaya pembelajaran dan kecerdasan murid. Terdapat tiga kaedah penilaian dalam Pendidikan Seni
Visual iaitu pemerhatian, lisan dan interaksi dan penulisan. Kaedah pemerhatian adalah proses
penilaian yang melibatkan guru secara aktif. Guru memerhati, membuat inerpretasi dan menilai
aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui kaedah ini, penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan
hasil kerja murid. Pemerhatian proses adalah penilaian yang menitikberatkan proses penghasilan
bahan. Guru perlu memerhati cara murid mentafsir, mengelola idea, pew ujudan idea dan cara
mereka menggunakan alat. Sekiranya proses tidak dilakukan dengan betul, guru perlu memberi
bimbingan yang sew ajarnya. Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan adalah pewujudan idea
di mana proses murid menentukan tema dan peningkatan idea mereka perlu diambil kira. Selain
daripad itu, pemilihan dan penyediaan alat dan bahan, proses dan teknik yang dipilih dan
kemasan adalah beberapa elemen yang perlu diperhatikan.
Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang
diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan,
interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai
oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan

HBAE2103

pembelajaran Pendidikan Seni Visual, nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan
keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan.
Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan
mur id untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi
dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan
yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar,
lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan
pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran
berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi,
perasaan dan perubahan sikap murid.
Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman
murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian
menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan
analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.
Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep,
proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.
Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara
keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan taxonomy Bloom seperti ingatan,
kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Selain daripada ujian berbentuk objektif dan subjektif, penyediaan folio murid juga boleh dinilai
menggunakan kaedah penilaian secara penulisan. Melalui penyediaan folio, murid dapat
meningkatkan

pengetahuan

dan

pemahaman

seni

mereka.

Murid

juga

berpeluang

memperlihatkan tahap pengetahuan, penguasan kemahiran, perkembangan minat dan daya


kreatif serta sikap mereka dalam penghasilan folio. Folio-folio dinilai mengikut kriteria seprti
kajian yang dijalankan oleh murid, perkembangan idea melalui lakaran, rangka sebenar yang
dihasilkan dan persembahan. Murid di sekolah menengah berupaya membuat penilaian kendiri.
Guru boleh mengalakkan murid menilai kekuatan dan kelemahan masing-masing dalam
pembelajaran serta menilai amalan dan sikap masing-masing bagi mempertingkatkan
pembelajaran masing-masing. Murid boleh menjalankan penilaian kendiri dengan menilai hasil
9

HBAE2103

kerja sendiri, mengadakan perbincangan dengan guru atau rakan sebaya, dengan membuat
perbandingan hasil kerja dan dengan mengisi borang penilaian kendiri. Penilaian kendiri lebih
bermakna sekiranya murid berupaya memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti.
2.1 Domain Kognitif dalam Pendidikan Seni Visual
Dalam Pendidikan Seni Visual, domain kognitif ini sebenarnya mempunyai hubungan dengan
kemampuan seseorang murid itu berfikir termasuk kemampuan memahami, menghafal,
mengaplikasi dan menganalsis. Menurut Taksonomi Bloom (Sax 1980), kemampuan kognitif
adalah kemampuan berfikir secara hirarki yang terdiri dari pengetahuan, pemahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan evaluasi.
Penghasilan lukisan oleh murid- murid di sekolah rendah mempunyai interpretasi yang berbeza
dengan yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi mereka, hasil seni yang dihasilkan lebih berupa
kepada hasil luahan dan expresif. Di sekolah rendah, hasil seni yang dihasilkan oleh kanakkanak dapat digunakan untuk melihat bagaimana caranya mereka berfikir dan menyelami
perasaan mereka selain melihat dan menguji keupayaan perkembangan kognitif mereka.
Jika kita lihat contoh aktiviti dalam membentuk dan membuat binaan iaiatu aktiviti mebina kad
ucapan, jelas menunjukkan bahawa murid- murid dapat mengaplikasikan apa yang telah
difahami dalam menghasilkan kad ucapan dengan menwarna kad tersebut. Murid mampu berfikir
tentang proses kerja seterusnya sehinggalah terhasilnya sebuah kad ucapan yang indah dan
kreatif berdasarkan kemampuan kognitif mereka sendiri. Ini menunjukkan bahawa, aktivitiaktiviti seni yang tersusun dan terancang dapat melahirkan murid yang mempunyai keupayaan
menyelesaikan masalah. Selain daripada itu, mereka juga akan mampu untuk membuat penilaian
dan bijak membuat keputusan. Perkembangan domain kognitif dalam proses kerja murid dalam
menghasilkan karya seni adalah selaras dengan matlamat membentuk generasi Malaysia yang
imaginatif, inovatif dan inventif. Dengan penghasilan karya- karya seni, murid dapat menghargai
keindahan alam sekitar, rasa kesyukuran kepada Tuhan di atas seni yang dihasilkan dan
meningkatkan keindahan seni yang dapat menyumbang kepada pembangunan diri seperti yang
dinyatakan dalam objektif kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah yang ketiga iaitu
meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni
visual yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya.
10

HBAE2103

2.2 Domain Psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual


Domain psikomotor dalam Pendidikan Seni Visual adalah merujuk kepada ketrampilan dan
kemampuan seseorang kanak- kanak itu bertindak setelah menerima pengalaman belajar. Dalam
mata pelajaran pendidikan seni visual, kanak- kanak diajar untuk mengawal dan melatih
psikomotor mereka dalam menghasilkan karya seni. Ini kita dapat lihat dalam aktiviti seni dalam
bidang yang diajar seperti aktiviti melukis, menganyam, membentuk dan membuat binaan,
membuat corak dan pelbagai lagi.
Aktiviti- aktiviti seni dalam ke empat- empat bidang banyak menggunakan psikomotor dalam
penghasilan seni. Kita ambil contoh aktiviti membina kad ucapan. Melukis pada kad dengan
teknik tulisan yang pelbagai dan dilukis berbunga adalah menunjukkan perkembangan
Psikomotor yang positif. Menurut Ibrahim Hassan (2001) Pendidikan Seni Visual sekolah rendah
memupuk pertumbuhan kemahiran dalam pergerakan atau gerak balas yang boleh terbentuk
melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan meningkatkan kualiti koordinasi
antara mata, tangan, otot dan mental. Domain Psikomotor ini adalah selaras dengan matlamat
Pendidikan Seni Visual ke arah pembangunan diri dan objektif Pendidikan Seni Visual yang ke
empat iaitu menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta
barangan kraf dan produk seni visual yang berkualiti. Kemahiran psikomotor yang ditunjukkan
dalam gambar 2 jelas terbukti menunjukkan perkembangan kecergasan, bersedia menjalankan
amalan menggunakan masa lapang secara berfaedah, memperolehi kemahiran-kemahiran asas
praktik dalam kehidupan seharian dan mempunyai asas kemahiran vokasional.
2.3 Domain Afektif dalam Pendidikan Seni Visual
Domain afektif merupakan sesuatu yang berkaitan dengan sikap dan nilai. Dalam Pendidikan
Seni Visual, aspek afektif ini mencakupi perasaan, minat, sikap, emosi dan nilai. Dalam
penghasilan karya, murid di sekolah rendah tidak kira peringkat umur akan mempunyai perasaan
terhadap sesuatu yang ingin dihasilkan. Minat akan menjadi fokus utama jenis karya yang bakal
dihasilkan. Manakala emosi pula banyak mempengaruhi semasa proses kerja karya tersebut dan
nilai yang dapat ditunjukkan adalah nilai menghargai warisan, sahsiah yang baik dan rasa
kesyukuran. Ini jelas menunjukkan bahawa domain afektif ini menekankan kepada kepentingan
emosi dan perasaan.
11

HBAE2103

Justeru itu, seseorang murid yang mempunyai domain afektif yang tinggi dalam Pendidikan Seni
Visual akan dapat dilihat menerusi berbagai tingkah laku. Antaranya adalah seperti, pemerhatian
murid tersebut terhadap mata pelajaran Pendidikan Seni Visual, disiplinnya dalam menyediakan
bahan seni yang diperlukan, mempunyai motivasi yang tinggi terhadap mata pelajaran seni dan
penghargaan terhadap alam sekitar dan kesyukuran ditunjukkan dalam karya yang dihasilkan.
Fokus utama murid-murid dalam aktiviti- aktiviti seni adalah meluahkan perasaan dalam karya
dan memiliki motivasi yang sangat tinggi sehingga tumpuan diberikan seratus peratus terhadap
karya yang ingin dihasilkan. Ini mempunyai perkaitan dengan matlamat Pendidikan Seni Visual
iaitu menghargai keindahan seni dan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual menunjukkan
penghargaan terhadap keindahan dan menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya.

12

HBAE2103

3.0 PSV DALAM PERANAN GURU PENYAYANG DAN BERKEBOLEHAN

13