Anda di halaman 1dari 8

BAB 1 : PENDUDUKAN JEPUN DI NEGARA KITA

1.1 Pemerintahan Tentera Jepun Pemerintahan tentera Jepun yang bercorak ketenteraan berlangsung selama kira-kira tiga tahun setengah iaitu antara 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945. Kedatangan Jepun ( m.s. 3 ) Kebangkitan Jepun sebagai kuasa imperialis bermula dengan pemerintahan Maharaja Mikado . Baginda telah melakukan gerakan Pemulihan Meiji. Apakah langkah baginda? Melakukan pemodenan Memajukan bidang industri Mencontohi Barat sebagai model atau contoh untuk memajukan Jepun Apakah tindakan selanjutnya yang baginda lakukan? 1941- Jepun menyerang Asia Tenggara 1941- Jepun menduduki Indo-China 1937- Jepun memenangi Perang China-Jepun Kedua 1932- Jepun menduduki Manchuria 1910-Jepun menguasai Korea 1905- Jepun memenangi Perang Rusia-Jepun 1895- Jepun memenangi Perang China-Jepun Pertama Nyatakan faktor atau sebab yang mendorong Jepun meluaskan kuasanya? (m.s. 4) Masalah ekonomi di Jepun. Keperluan bahan mentah Keperluan kepada pasaran baru Sekatan ekonomi oleh Amerika Syarikat Kesan dari dasar pemodenan Jepun Apakah propaganda yang digunakan oleh Jepun untuk mendapat sokongan penduduk tempatan di Asia Tenggara ? ( m.s. 5 ) Asia Untuk Orang Asia Semangat Asia Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya Kesan penggunaan slogan ialah. ( m.s. 5 ) Jepun mendapat sokongan penduduk tempatan Muncul rasa antipenjajah dan menjadikan Jepun sebagai pembela negara Timur Kehadiran tentera Jepun tidak dirasai sebsgai penjajah baru menggantikan British (m.s. 3)

KegunaanGuruT3Bab1

Berikan empat cara kemaraan tentera Jepun ( m.s. 9 ) Kapal terbang perang Menggunakan kereta kebal penggempur Menggunakan bot Menggunakan basikal

Apakah tindakan British lakukan di negara kita?( m.s 11 ) Menggunakan taktik bumi hangus iaitu memusnahkan jambatan, jalan kereta api, jalan raya, ladang-ladang dan kawasan perlombongan British juga memusnahkan dokumen-dokumen kerajaan

Tidak mempertahankan Tanah Melayu dengan bersungguh-sungguh kecuali di Singapura. British lebih menumpukan usaha untuk mempertahankan negara Britain daripada serangan tentera Paksi

Berikan tujuh faktor kejayaan Jepun mengalahkan British di Tanah Melayu.( m.s. 13) 1. Perancangan awal perang 2. Kelengkapan perang tentera Jepun 3. Pakatan Jepun-Thailand 4. Taktik serangan Jepun 5. Peranan Kesatuan Melayu Muda (KMM) 6. Semangat tentera Jepun 7. Kelemahan tentera British.

KegunaanGuruT3Bab1

Dasar Pemerintahan Lakarkan struktur pentadbiran Jepun di Tanah Melayu serta di Sarawak dan Sabah ( m.s. 15-16) Struktur Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
Pentadbiran Pusat

Pejabat Perang (di Tokyo) Pengarah Agung (di Singapura)

Mahkamah Majlis Pusat Biro-biro pentadbiran Pentadbiran Wilayah. Gabenor Wilayah

Biro-biro pentadbiran

Datuk Bandar

Pegawai Daerah Penghulu

Struktur Pentadbiran Jepun di Sarawak dan Sabah Pejabat Perang (di Tokyo) Gabenor Jeneral (di Kuching) Gabenor Wilayah Kuching, Sibu, Miri, Jesselton, Sandakan
Residen

Pegawai Daerah ( 5 buah daerah)

Ketua Tempatan

KegunaanGuruT3Bab1

Nyatakan dasar pemerintahan tentera Jepun di Tanah Melayu dari segi politik, ekonomi dan sosial (Dasar Penjepunan - m.s. 18.) Politik Kedudukan sultan Tidak lagi menjadi pemerintah negeri Sultan hanya menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu Sultan diberi elaun seperti semasa pemerintahan British Status Tanah Melayu Dijadikan tanah jajahan Jepun Majlis Agama Islam Hanya ditubuhkan apabila Jepun hampir kalah Ekonomi Eksploitasi ekonomi o Ekonomi Tanah Melayu dieksploitasi untuk kegiatan perindustrian dan membiayai peperangan. Mata wang Jepun o Mata wang Jepun diperkenalkan. Pengenalan ekonomi kawalan o Mempergiatkan ekonomi sara diri untuk pengeluaran makanan harian. o Catuan makanan untuk mengatasi kekurangan bahan keperluan harian. o Layanan istimewa kepada kaisha (syarikat Jepun). Sosial Pengaruh Barat dan Cina Sekolah Inggeris dan Cina ditutup bagi menghapuskan pengaruh mereka. Kesetiaan terhadap Jepun Kesetiaan penduduk Tanah Melayu ditumpukan kepada Maharaja Jepun. Lagu Kimigayo, lagu kebangsaan Jepun dinyanyikan setiap pagi di sekolah. Penggalakan budaya Jepun Nippon-Go (bahasa Jepun) menjadi bahasa pengantar di sekolah. Cuti sempena hari perayaan negara Jepun diperkenalkan. Orang Melayu Dilayan baik untuk mendapat kerjasama bagi Jepun terus memerintah Orang Cina Dilayan kasar kerana menyokong China dalam Perang China-Jepun. Orang India Dilayan baik kerana inginkan kerjasama mereka mengusir British di India.

KegunaanGuruT3Bab1

Reaksi Penduduk (ms 22-24) Orang Melayu Sebahagian besar tidak menentang, malah mengalu-alukan kedatangan Jepun kerana: terpengaruh dengan slogan Jepun. Walau bagaimanapun, sokongan orang Melayu tidak kekal lama kerana i. dasar pemerintahan Jepun yang menyusahkan rakyat. ii. Orang Melayu menyedari slogan-slogan hanyalah muslihat Jepun iii. Jepun tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu seperti yang dijanjikan. Lagipun, kedudukan raja-raja Melayu tidak diiktiraf Jepun pada peringkat awalnya. Malah ,KMM sendiri dibubarkan oleh Jepun dan Jepun menunjukkan kekejaman terhadap sesiapa sahaja yang dianggap bersalah.

Orang Cina Mereka dipengaruhi oleh Perang China-Jepun (1937). Kebanyakan mereka terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Orang Cina telah i. memulaukan barangan Jepun ii. memungut derma untuk membantu negara China. Terdapat pemuda Cina yang balik ke China untuk menyertai perang menentang Jepun. Terdapat juga orang Cina yang menyokong Jepun demi kepentingan perniagaan mereka dan keselamatan nyawa mereka.

Orang India Orang India diberi layanan baik kerana Jepun inginkan kerjasama mereka untuk mengusir British di India. Sebahagian besar orang India menyertai Tentera Kebangsaan India. Malah Jepun telah menjadi pendorong penubuhan Liga Kemerdekaan India.

Gerakan Anti Jepun ( m.s. 25)

Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) Askar Melayu Setia (AMS) Force 136 Pasukan Wataniah Pahang Pasukan gerila di Sandakan Gerila Kinabalu Pasukan gerila Datu Mustapha Penentangan di pesisir pantai Sarawak

KegunaanGuruT3Bab1

Kesan Pemerintahan Tentera Jepun ( m.s. 29 -38) Politik ( m.s. 29- 32)
1. Jepun berjaya menyemarakkan semangat kebangsaan penduduk negara kita. 2. Slogan-slogan Jepun berjaya mempengaruhi pemikiran penduduk untuk menentang penjajah. 3.Jepun menubuhkan Koa Kunrenjo (Sekolah Latihan Kepimpinan) bagi mengatasi masalah kekurangan pegawai awam dan bagi melatih penduduk dalam pentadbiran awam. 4. Dasar Jepun untuk membela negara Asia tidak dilaksanakan seperti yang dijanjikan. 5. Kegitan politik diawasi Jepun. Jepun menyekat kebebasan bersuara. Akhbar yang mencurigakan diharamkan oleh Jepun. Hanya pertubuhan yang pro-Jepun dibenarkan aktif. Walau bagaimanapun, apabila menerima tekanan daripada tentera Bersekutu, Jepun mulai memberi kelonggaran pertubuhan politik untuk bergiat semula seperti KMM. 6. Tanah Melayu dijanjikan kemerdekaan bersama-sama dengan Indonesia. Untuk itu, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) ditubuhkan untuk mendapatkan kemerdekaan ini. Rancangan ini mengukuhkan konsep Melayu Raya yang diperjuangkan oleh KMM. 7. Semangat Kebangsaan semasa pemerintahan Jepun mempunyai haluan berbeza mengikut kaum dan berpaksi kepada negara asal. Contohnya, orang India ingin memerdekakan negara India manakala Cina bersikap anti-Jepun. 8. Parti Komunis Malaya menjadi semakin berpengaruh dengan bantuan Force 136. PKM menubuhkan MPAJA. Tentera MPAJA dikenali dengan nama Bintang Tiga yang melambangkan tiga kaum utama.

Ekonomi ( m.s. 33- 35)


1. Rancangan Jepun untuk mewujudkan Kawasan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya ternyata gagal kerana lebih menumpukan kepada peperangan.

2. Ekonomi Tanah Melayu merosot. Kadar pengangguran meningkat. 3. Sekatan ekonomi yang dikenakan oleh kuasa Bersekutu menyebabkan perdagangan antarabangsa terhenti. 4. Ekonomi kawalan oleh Jepun hanya menguntungkan Jepun. 5. Berlaku amalan rasuah, menyorok barang dan pasaran gelap. 6. Mata wang Jepun dicetak tanpa kawalan. Inflasi berlaku kerana wang terlalu banyak tetapi barangan di pasaran berkurangan. 7. Bekalan keperluan harian sukar diperoleh. Jika ada, harganya melambung tinggi.Jepun mengenakan catuan bekalan makanan. 9. Penduduk tempatan lebih kreatif akibat kesengsaraan hidup. Muncul ciptaan baru seperti kasut getah daripada getah keping, kain dari benang nanas, perusahaan tradisional dipergiatkan dan ubat tradisional menjadi penting. Muncul industri baru diusahakan oleh syarikat Jepun. Manakala industri yang tidak ekonomik dan kekurangan bahan mentah lenyap begitu saja.

KegunaanGuruT3Bab1

Sosial ( m.s. 36-37)


1. Penduduk berada dalam ketakutan dan kesengsaraan akibat peperangan. Mereka dikenakan perintah berkurung 2. Ada yang menjadi tali barut pihak Jepun.Ada juga yang menjadi mangsa kekejaman Jepun. 3. Timbul perasaan saling mencurigai. 4. Jepun mnubuhkan Kempeitai bagi mengintip sesiapa yang disyaki bersalah 5. Ada yang menjadi buruh membina Jalan Kereta Api Maut di sempadan ThailandBurma 6. Kemudahan kesihatan terjejas.Wabak penyakit merebak. Kebuluran berlaku. Bekalan ubat sukar diperolehi kerana tidak dapat diimport atau dirampas tentera Jepun .

()()()()()()()()()()()()()Sekian.Demi kecemerlangan semua.()()()()()()()()()()()()()()

KegunaanGuruT3Bab1

KegunaanGuruT3Bab1

Anda mungkin juga menyukai