Anda di halaman 1dari 65

PERGERAKAN ASAS

By Mr. Rayner B. Anjumal IPG. Kampus Gaya, Kota Kinabalu

PENGENALAN
Melalui pendidikan pergerakan, kanak-kanak dapat mencuba sesuatu kegiatan dan perlahan-lahan pengalaman itu akan membawa kepada perkembangan fizikal, intelek, sosial dan sebagainya. Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu bidang di dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR (1999). Ia terbahagi kepada empat komponen iaitu gimnastik pendidikan, gimnastik artistik, gimnastik irama dan pergerakan kreatif. Salah satu bidang di dalam Pendidikan Jasmani iaitu Pendidikan Pergerakan. Melalui Pendidikan Pergerakan, murid-murid dapat mengenali potensi tubuh badan mereka dalam melakukan berbagai-bagai pergerakan. Sehubungan dengan itu secara tidak langsung, pelajar akan memperoleh pemahaman tentang keadaan alam fizikal yang melibatkan perkara abstrak seperti masa, jarak, hala, bentuk, saiz, kepantasan dan hubungannya dengan pergerakan yang dilakukan. Secara amnya, pergerakan asas terbahagi kepada tiga bahagian iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manupulatif alat.

PERGERAKAN LOKOMOTOR
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor menyokong perilaku pergerakan yang dirancang. Konsep Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan lokomotor digunakan dalam persembahan, kita akan dapat melihat arah gerakan dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam gerakan lokomotor; gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

ARAH
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke depan atau ke kiri atau ke kanan.

HALUAN
Haluan melibatkan corak gerakan, contohnya samada dalam bentuk lurus, bengkangbengkok, zig-zag dan lain-lain.

MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa boleh dalam keadaan cepat atau perlahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

Pergerakan Lokomotor
BERjalan
Di antara aktiviti berjalan yang selalu di lakukan ialah seperti berikut: Jalan berundur dan kemudian ke hadapan Berjalan dengan melakunkan gaya robot atau askar permainan berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya gergasi berjalan Berjalan dengan melakunkan gaya cara gorila berjalan

BERJALAN
Merupakan asas bagi berbagai corak langkah. Pemindahan badan dari satu kaki ke satu kaki yang lain / melangkah dari satu kaki ke kaki yang lain. Kaki akan sentiasa berada di atas permukaan lantai. Cth, permainan keretapi

BERLARI
Pergerakan yang lebih pantas daripada berjalan dan memerlukan lonjakan. Lebih laju, menolak lantai dengan lebih kuat, berada di udara seketika. Cth, lari 100 meter

MELOMPAT

Berat badan adalah di atas keduadua belah kaki. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki dengan serentak.

LOMPAT SKIP
Gabungan berjalan dan melompat ketingting. Langkah satu kaki ke depan, kemudian ketingting yang sama. Corak pergerakan adalah memindah berat badan di atas kaki berselang-seli.

LOMPAT KETINGTING
Merupakan gaya melompat di atas satu kaki. Berat badan adalah di atas kaki dan badan berada di uadara seketika. Lonjakan kaki daripada lantai dan mendarat di atas kaki yang sama.

LOMPAT GALOP
Lompat galop adalah bergerak ke depan dengan satu kaki mendahului pergerakan secara tepat.

LAIN-LAIN PERGERAKAN

LAIN-LAIN PERGERAKAN

PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR


Pergerakan bukan lokomotor dilakukan dalam keadaan tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan bukan lokomotor juga di ertikan sebagai keupayaan mengerakan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat.

DUDUK

Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: Duduk dalam keadaan bersila Duduk dalam keadaan melunjur

DUDUK
Duduk dalam keadaan mengilas kekiri dan kekanan Duduk dengan mengangkat kaki keatas sedikit Duduk dalam keadaan kaki ke atas dengan gaya mengayuh basikal Duduk dengan tangan menyentuh jari kaki Duduk melutut Duduk mendekam

BERDIRI

Di antara aktiviti berdiri yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut: Berdiri lurus Berdiri dengan membongkok kehadapan

BERDIRI

Berdiri sambil menghayun kaki kiri ke kiri dan kanan serta diulang caranya dengan kaki kanan

BERDIRI
Berdiri dengan memusing pada paras pinggang Berdiri dengan mengilas kekiri dan kekanan Berdiri dengan keadaan tangan kanan lurus menyentuh sisi lutut kanan seterusnya berdiri dengan keadaan tangan kiri lurus menyentuh sisi lutut kiri Berdiri membongkok sambil jari tangan menyentuh jari kaki

BERDIRI

Berdiri dengan memusing tangan kekiri dan kekanan

AKTIVITI BERPASANGAN
GUSTI TANGAN

TURUN NAIK PASANGAN

ENJIT-ENJIT SEMUT

TEPUK AMAI-AMAI

MENARIK SETEMPAT

MENGILAS SAMBIL MENEPUK TANGAN

MENARIK DAN MENAHAN RAKAN

TEKAN TUBI

MANIPULASI ALATAN
Konsep Manupulasi alat ialah bagaimana cara kita mengayakan atau mempergunakan alatan dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk gerakan. Kemahiran manipulasi alat hendaklah dibina di peringkat umur pra sekolah atau sekolah rendah. Kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek. Kemahiran manipulasi alat merupakan asas kepada kemahiran sukan yang perlu dibina daripada peringkat kanak-kanak. Kemahiran asas manipulasi alat dapat meningkatkan kordinasi angota badan contohnya tangan mata, kakimata dan lain-lain.

Pergerakan Manipulasi Alat


MEMBALING DAN MELAMBUNG

MEMBALING DAN MELAMBUNG

Melambung sebiji bola ke udara dan menyambut semula Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula Melambung bola serendah yang boleh dan menyambut semula Meleretkan bola ke dinding dan menahan semula

Meleretkan bola kesasaran

Menggolek relung

Membaling pundi kacang ke pasangan Membaling pundi kacang melintasi satu garisan

Membaling pundi kacang kedalam gelung rotan atau sasaran lain

MENYAMBUT
Melambung pundi kacang ke udara dan menyambut semula Melambung bola setinggi yang boleh dan menyambut semula Melantunkan bola di dinding dan menangkap semula Menyambut pundi kacang yang dilempar oleh pasangan Membaling dan menangkap bola bergilir dengan pasangan

MEMUKUL
Memukul alatan dengan tangan Memukul alatan dengan genggaman Memukul alatan kearah pasangan atau sasaran Melambung belon keudara dan kemudian memukul

Jatuhkan bola kemudian pukul ketika bola itu melantun dengan alatan Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A lambungkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu Minta pelajar menjalankan aktiviti secara berpasangan. Minta A leretkan bola kemudian B akan memukul bola dengan kayu

LAIN-LAIN AKTIVITI
MENYEPAK BOLA

MENAHAN BOLA

MENGELECEK

KEPENTINGAN PERGERAKAN
Pergerakan merupakan aktiviti yang memenuhi aktiviti kanak-kanak untuk penglibatan yang aktif dalam situasi pembelajaran muzik . ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk melibatkan diri sepenuhnya dan meluahkan perasaan mereka, imaginasi dan menginterpretasi melalui muzik secara pergerakan fizikal yang bersifat non verbal .Oleh itu respon kepada muzik merupakan pelengkap kepada pelbagai aktiviti pengajaran pembelajaran di bilik darjah kerana dalam dunia kanak-kanak muzik dan gerakan tidak boleh dipisahkan kerana sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bergerak.

Emosi - Aktiviti muzik memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan perasaan dan emosi yang tidak menyenangkan. Mendengar dan terlibat dalam aktiviti dapat menenangkan perasaan kanak-kanak. Kognitif - Meningkatkan daya pendengaran - Kemahiran membezakan nada bunyi tinggi dan rendah. Kegembiraan - Aktiviti muzik merupakan salah satu cara untuk menyediakan suasana riang kepada kanak-kanak. Irama dan rentak muzik yang ceria dapat menarik perhatian kanakkanak.

KEPENTINGAN MUZIK dan PERGERAKAN TERHADAP:

Fizikal - Muzik juga melibatkan pergerakan. Kanak-kanak membuat pergerakan secara bebas dan kreatif mengikut rentak muzik yang didengar. - Meningkatkan kemahiran motor. - Menggalakkan koordinasi anggota badan, mata dan tangan. Keyakinan diri. - Aktiviti muzik dan pergerakan kreatif dapat memupuk keyakinan diri dalam kalangan kanak-kanak. Bermula dengan menyanyi secara berkumpulan diikuti menyanyi secara solo adalah asas latihan keyakinan diri. Kreativiti - Aktiviti muzik dan pergerakan dapat mendorong kanak-kanak mengubah suai seni kata lagu dan pergerakan kreatif mengikut ciptaan sendiri.

5 jenis pergerakan mengikut perkembangan dari mudah ke kompleks


Gerakan mengikut lirik lagu Gerakan asas dengan muzik Interpretasi muzik dengan gerakan Gerakan bebas dengan muzik Gerakan yang menunjukkan cerita atau tema

BAHAN ASAS UNTUK GERAKAN

REBEN SELENDANG

BEANBAGS

GELUNG

Mulakan dengan aktiviti yang mudah kepada yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak. Memilih tajuk dan tema yang bersesuaian dengan aktiviti. Contohnya tema anggota badan. Sediakan aktiviti yang fleksibel Memahami keperluan dan kebolehan kanak-kanak mengikut tahap umur dan tahap kebolehan mereka. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Gunakan pelbagai muzik sama ada muzik daripada kaset ataupun muzik yang dipersembahkan oleh guru ataupun pemuzik supaya dapat merangsang lagi kanak-kanak bergerak bersama muzik.

PANDUAN MENYEDIAKAN AKTIVITI MUZIK & PERGERAKAN

Sediakan ruang bagi aktiviti pergerakan. Jika ruang kelas terlalu sempit, maka adalah lebih sesuai menggunakan pergerakan bukan lokomotor seperti:

Menepuk tangan

Memetik jari

Menghentak kaki

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 3 TAHUN

Muzik & Pergerakan Untuk KanakKanak 3 Tahun


Telah mengalami perkembangan dari segi fizikal, kognitif, emosi dan sosial yang memberangsangkan. Mampu menggolek, membaling dan menyepak yang boleh diaplikasikan dengan muzik. Mestilah merangkumi nyanyian, tarian, pendengaran dan permainan alat muzik

Tindak Balas Kanak-kanak Terhadap Bunyi & Pergerakan


Akan menggerakkan badan, bertepuk tangan, membengkokkan lutut mereka, memusingkan lengan dan menganggukkan kepala dalam keadaan bertenaga. Sangat aktif dan menyukai muzik yang rancak. Mampu menyanyikan beberapa patah perkataan, menyukai permainan drama dan khayalan. Mula minat untuk bermain alat muzik seperti drum, tamborin dan kayu stick.

Panduan Mengajar Muzik Untuk Kanak-kanak 3 Tahun


Muzik yang dipilih mestilah bersesuai dengan perkembangan mereka. Mengajar dalam kumpulan yang kecil . Ketika mengajar muzik, cuba selitkan dengan nyanyian spontan seketika. Memperkenalkan alatan muzik satu persatu kanak-kanak dan membunyikan alat tersebut.

MUZIK DAN PERGERAKAN UNTUK KANAK-KANAK 4 8 TAHUN (KINDERGARTEN AND EARLY PRIMARY)

Kanak-kanak melakukan pergerakan mengikut muzik Terdapat beberapa tahap perkembangan kanak-kanak dalam melakukan pergerakan mengikut muzik Antaranya ialah Tahap rendah, Tahap tengah, Tahap tinggi

Tahap perkembangan (Low level)


Antara akitiviti yang dilakukan ialah
Berguling Meniarap Mengesot Berjalan sambil mengheret kaki Bergerak ke belakang dan depan

Tahap perkembangan (Middle level)


Merangkak Duduk mencangkung Lompat katak Berjalan dengan empat kaki

Tahap perkembangan (High level)


Langkah seperti raksaksa Dapat menggunaka tongkat Pogo Berjalan sambil memegang bendera Berjalan menggunakan lutut Dapat melompat dan berlari Berlari dan berhenti

Muzik dan pergerakan sebagai bahasa komunikasi


Pergerakan dapar menggambarkan perwatakan kanak-kanak Pergerakan juga dapat melahirkan imaginasi kanak-kanak (spt, berfantasi) Kanak-kanak dapat meluahkan rasa melalui muzik dan gerakan yang mereka lakukan Mempengaruhi perkembangan motor kanakkanak, bila kanak-kanak bergerak, tubuh badan mereka turut melakukan pergerakan Kanak-kanak juga bergerak mengikut temponya

Pergerakan dan muzik sebagai satu permainan


Meningkatkan perkembangan motor kanakkanak melalui pergerakan Contohnya, apabila muzik dimainkan kanakkanak akan menari secara spontan

Muzik dan pergerakan dan bahasa seni


Perkembangan bahasa
Muzik nyanyian sangat baik untuk mengembangkan bahasa kanak-kanak Dapat membantu kanak-kanak membezakan antara perkatan, huruf dan suku kata Kanak-kanak juga akan mudah memahami frasa dan seni kata dalam lagu, kanak-kanak akan mudah belajar mengenai bahasa Muzik dan pergerakan merupakan satu cara kanakkanak meningkatkan penguasaan bahasa mereka

Muzik dan kemahiran membaca


Melalui mendengar muzik dan menyanyi kanak-kanak dapat menerokai perkataan baru dan dapat menambah kosa kata mereka

Muzik dan pergerakan adalah elemen penting yang perlu ada dalam aktiviti dan program pra sekolah. Pembelajaran dan pengajaran serta pengalaman muzik dan nyanyian perlu dipelbagaikan. Kepelbagaian ini termasuklah memberi peluang kepada kanak-kanak mengambil bahagian dan kemahiran mendengar. Melalui muzik, kanak-kanak dapat keseronokkan, luahan perasaan, keseimbangan emosi, konsep diri yang positif, menghargai seni muzik dan kemahiran muzik.

KESIMPULAN

Anda mungkin juga menyukai