Anda di halaman 1dari 36

SEKTOR PERTANIAN DAN PEMBANGUNAN

MUHAMMAD FAHMI BIN MUSA AZIMAN BIN ABDUL ALI SYAFIQ BIN SHIKIR

Mimpi tidak akan menjadi kenyataan jika kita asyik tidur, dan tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana. Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

PERTANIAN DI MALAYSIA SEBELUM MERDEKA

Pertanian secara umumnya adalah satu bidang yang luas dan ianya bersifat dualisme iaitu: a. Pertanian secara kecil-kecilan (sektor pekebun kecil). b. Pertanian secara komersial dan intensif (sektor estet).

a. Pertanian secara kecil-kecilan (sektor pekebun kecil).


melibatkan petani kecil-kecilan yang bertani dalam kawasan kecil dan mengeluarkan produk untuk diri dan keluarga sendiri. terdiri daripada petani yang mempunyai modal yang lebih kecil dan sesetengah petani tergolong dalam kumpulan miskin. juga dikenali pertanian sara diri.

b. Pertanian secara komersial dan intensif (sektor estet).


Dijalankan oleh golongan penjajah British terhadap rakyat. Melibatkan tanah yang luas atau ternakan yang besar jumlahnya, memerlukan bahan yang banyak (benih, racun, baja, pekerja dsb) dan tahap kejenteraan yang tinggi bagi mengurangkan penggunaan pekerja. Merupakan sektor yang bercorak komersial, berorientasikan eksport dan diuruskan dengan baik. Operasinya selalu dikaitkan dengan operasi untuk memaksimakan keuntungan kewangan dari hasil jualan produk pengusaha tersebut. Contoh tanaman ialah getah untuk tujuan eksport.

KEPENTINGAN PERTANIAN KEPADA MALAYSIA

1. Membekalkan sumber makanan utama seperti padi, sayur-sayuran, buah-buahan, daging ternakan, telur dan susu. 2. Membekalkan bahan mentah kepada industri perkilangan untuk diproses menjadi barang siap dan barang separuh siap. 3. Sumber pendapatan negara melalui pengeksportan hasil tanaman saka seperti kelapa sawit, getah dan koko. 4. Menyediakan peluang pekerjaan pada banyak peringkat pengeluaran hasil pertanian.

PENGENALAN
Ekonomi negara selepas merdeka dimonopoli oleh aktiviti-aktiviti pertanian dan perlombongan sehinggakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada ketika itu menunjukkan sumbangan sektor petanian dan perlombongan mencecah angka 46 peratus. Inisiatif penubuhan institusi-institusi pembangunan kawasan, penyatuan dan pemulihan tanah seperti FELDA, FELCRA, RISDA dan agensi-agensi pembangunan wilayah pula telah mempergiatkan lagi pembukaan tanah baru untuk tanaman industri di samping mendokong matlamat membasmi kemiskinan yang termaktub di dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Sementara itu, penubuhan agensi-agensi khusus seperti FAMA (1965), Bank Malaysia (BPM) (1969), MARDI (1969), Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) (1971), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) (1971), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) (1970), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) (1972), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) (1973) dan beberapa agensi yang lain telah membantu dari segi kemudahan pemasaran, penyelidikan, kredit, dan khidmat sokongan kepada kumpulan sasar dan mempergiatkan lagi pembangunan sektor pertanian pada ketika itu.

PERKEMBANGAN SEKTOR PERTANIAN DI MALAYSIA SELEPAS MERDEKA


1. DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN) 2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL 3. RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)

1. DASAR PERTANIAN NEGARA (DPN)


Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada dasar expansionary (perluasan/pengembangan) yang mengutamakan tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko. Dengan kedudukan tanah dan tenaga buruh pertanian yang baik, melalui DPN1, Kerajaan telah melabur dengan banyak di dalam pembangunan infrastruktur, pembangunan in-situ dan pembukaan tanah-tanah baru bagi memajukan dua tanaman tersebut.

Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tanaman ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-usaha meluaskan kawasan penanamannya. Pelaksanaan DPN2 dibuat setelah mengambilkira kedudukan kekangan tanah, tenaga buruh yang kian tua dan produktiviti yang rendah.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010) untuk meningkatkan dayasaing sektor pertanian berikutan liberalisasi perdagangan antarabangsa.

Pendekatan DPN
Dua pendekatan utama diberi tumpuan:
1. Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach) 2. Pendekatan Berasaskan Produk (Product-Based Approach)

i.

Pendekatan Perhutanan Tani (Agroforestry Approach)

Pendekatan ini akan menghasilkan: a. menggalakkan aktiviti perhutanan tani yang boleh meningkatkan pulangan pelaburan perhutanan tani. b. membenarkan pengeluaran produk pertanian dan perhutanan diatas tanah yang sama; ini dapat mengurangkan tekanan permintaan tanah pertanian baru.

Samb:
c. menyokong usahasama pertanian perhutanan, umpamanya penanaman spesis perhutanan bersama tanaman industri sawit, getah, koko) bagi memaksimumkan pulangan pelaburan tanah. menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersil; ini akan menambahkan bekalan kayu bagi pembangunan industri asas kayu.

d.

ii.

Pendekatan Berasaskan Produk (ProductBased Approach)

Pendekatan ini menghasilkan: a. dapat menguatkan pembangunan sesebuah industri pertanian kerana ia berasaskan kepada pengenalpastian peluang pasaran dan cita rasa pengguna.

b.

menggalakkan produk yang berkualiti tinggi dan secara tidak langsung meningkatkan nilai-tambah (value added) sektor pertanian.
menguatkan aktiviti hiliran dan huluan bagi industri perhutanan dan pertanian, dan juga hubungannya dengan sektor ekonomi lain.

c.

Samb.
d. meluaskan skop pembangunan pertanian dan perhutanan, dan mengujudkan peluang perniagaan dan pelaburan. menggalakkan integrasi bagi aktiviti pengasingan (sorting), penggredan, pembungkusan, pemprosesan di peringkat ladang, yang secara tak langsung dapat meninggikan pendapatan ladang.

e.

TERAS DAN STRATEGI DASAR PERTANIAN NEGARA - akan memfokuskan kepada usaha menangani isu yang berkaitan dengan pertanian dan ekonomi secara keseluruhannya. Isu-isu adalah seperti berikut:(i) keselamatan makanan (food security) dan inflasi; (ii) produktiviti pertanian; (iii) penglibatan sektor swasta; (iv) eksport pertanian;

2.

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB. Menetapkan langkah permulaan ke arah membolahkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju menjelang 2020. Maju dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan.

Samb.
Kemajuan sepenuhnya akan dicapai dari segi perpaduan negara dan perpaduan sosial, ekonomi, keadilan sosial, kestabilan politik, sistem pemerintahan, mutu kehidupan, nilai sosial dan kerohanian, selain mempunyai rasa bangga dan keyakinan terhadap bangsa sendiri.

FOKUS Dasar Pembangunan Nasional (DPN):

i. Membasmi golongan miskin ii. Menyusun semula masyarakat

PROGRAM DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL


i. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat ii. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek iii. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi iv. Menerapkan nilia sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar. v. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

3.

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (2006-2010)

Memperkasa pertanian dan industri berasaskan pertanian. Pembangunan sektor pertanian dalam RMKe-9 akan ditumpukan kepada pembangunan Pertanian Baru. Pendekatan ini melibatkan perkembangan pertanian komersil berskala besar yang meluas dan penerokaan aktiviti pengeluaran dan pemprosesan berkualiti yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi serta memanfaatkan sepenuhnya potensi dalam bioteknologi.

Samb.
Produktiviti, kecekapan serta potensi dalam penjanaan pendapatan dan kekayaan akan dipertingkatkan melalui penggunaan kaedah pertanian moden dan ICT, pengukuhan R&D dan inovasi, peningkatan keupayaan pemasaran dan penggalakan penyertaan meluas sektor swasta termasuk usahawan tani dan tenaga kerja mahir. Penggunaan tanah secara optimum serta penyatuan dan pemulihan tanah akan diberi keutamaan. Sektor pertanian dijangka berkembang pada kadar tahunan purata yang lebih tinggi sebanyak 5.0 peratus. Kadar pertumbuhan industri berasaskan pertanian, dijangka meningkat kepada 5.2 peratus.

Samb
Isu berkaitan kewujudan kelompok kemiskinan di kalangan petani kecil, proses penukaran daripada kebun kecil kepada ladang moden yang perlahan dan kekangan tanah pertanian akan juga ditangani.

TERAS DASAR RM KE 9:
Berusaha mengorientasikan semula sektor ini ke arah pengkomersilan yang lebih meluas dan melahirkan petani berpendapatan tinggi serta menggalakkan pelaburan sektor swasta yang lebih besar termasuk pelaburan asing. Teras dasar adalah seperti yang berikut: i. meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar. ii. mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk.

Samb.

iii. iv. v.

memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global. meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan. menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan.

SEKTOR PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN


SYAFIQ SHIKIR AZIMAN ABD ALI MUHD FAHMI MUSA

Perkhidmatan sebelum merdeka


Hanya kaum Melayu diberi peluang sebagai pegawai perkhidmatan di pejabat kerajaan di bawah pentadbiran penjajah British.

Inggeris hanya memberi kuasa Jaksa Pendamai atau Majistret, tetapi masih di sanjung sebagai raja oleh orang Melayu, menggantikan jawatan Sultan yang sudah pupus di bumi Melaka.

Sebelum itu, kapitan Melayu Melaka sebagai ketua orang Melayu pada zaman penjajahan Portugis dan Belanda, tetapi berubah fungsinya oleh tindak-tanduk Inggeris.
Kapitan Melayu ini bukan sahaja bertindak ibarat sebagai ketua orang Melayu di Melaka, tetapi juga sebagai ketua agama untuk mempertahan akidah kaum melayu daripada pengaruh penjajah dengan membina Masjid Kampung Ulu di Melaka

Pengenalan
Secara umumnya, sektor perkhidmatan boleh dibahagikan kepada enam subsektor. 1. Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan 2. Perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran 3. Kewangan, insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan 4. Perkhidmatan kerajaan 5. Elektrik,gas dan air 6. Lain-lain

Perkembangan Selepas Merdeka


Sumbangan sektor perkhidmatan kepada KDNK mencatatkan kadar paling tinggi pada 1976, iaitu sebanyak 49.4 peratus. Nisbah yang tinggi ini yang berlaku sejak awal 1970an adalah disebabkan oleh pertambahan yang besar dalam subsektor perkhidmatan kerajaan. Perkembangan ini dikaitkan dengan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Mulai pertengahan 1980an, haluan perkembangan sektor perkhidmatan berubah kerana perkembangannya mulai menurun. Hal ini disebabkan kemelesetan ekonomi yang melanda sektor pembinaan,khususnya dan halangan atas pengembangan sektor kerajaan. Tetapi,berlaku peningkatan pada 1990 ekoran pelancaran kempen Tahun Melawat Malaysia 1990 telah membantu meningkatkan lagi pengembangan keluaran seperti perdangangan borong dan runcit, hotel dan restoran.

Mengikut Laporan Tahunan Bank Negara 1994, Malaysia telah mengikuti haluan yang telah dilalui oleh negara maju yang sektor perkhidmatannya menyumbangkan antara 60 peratus hingga 70 peratus daripada KDNK keseluruhan. Perkembangan sektor perkhidmatan yang sihat ini telah meningkatkan peluang pekerjaan. Boleh dikatakan pertumbuhan peluang pekerjaan dalam sektor ini hampir sama dengan pertumbuhan jumlah pekerjaan

Walaupun subsektor perkhimatan kerajaan meningkat sejak 1970 akibat DEB, pertumbuhannya agak sederhana.
Kesederhanaan ini adalah akibat penswastaan agensi-agensi utama kerajaan sejak pertengahan 1980an. Contoh perkhidmatan awam yang diswastakan ialah telekomunikasi dan elektrik seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad.

Secara tidak langsung, penswastaan menyebabkan sumbangan subsektor perkhidmatan kerajaan kepada KDNK menurun dengan ketara, terutamanya sejak tahun 1988. Di antara subsektor perkhidmatan, sektor perniagaan borong dan runcit, hotel dan restoran merupakan penyumbang terbesar dalam mewujudkan peluang pekerjaan. Secara keseluruhannya sektor ini telah mewujudkan 2.2 Juta peluang pekerjaan atau 26.4 peratus daripada keseluruhan tenaga.

BIBLIOGRAFI
BUKU RUJUKAN 1. Mohd.Rosli Mohamad dan Mohamed Aslam Gulam Hassan, (2003), Pembangunan Ekonomi Malaysia Era Globalisasi, Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

2. Malaysia Kita, (2007), International Law Book Services, Selangor.

Sekian,

Berharganya sesuatu itu apabila kita tahu menghargainya dan berharganya kita apabila ada orang tahu menghargai kelebihan yang kita ada. Oleh itu hargai lah akal kerana buah akal ialah ilmu pengetahuan, buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"

Anda mungkin juga menyukai