Anda di halaman 1dari 8

REFLEKSI MURID DAN ALAM BELAJAR

Pembelajaran dalam kelas melibatkan interaksi secara aktif dan berpusat kepada pelajar. Guru pula bertanggungjawab untuk mewujudkan minat para pelajar untuk menuntut ilmu semasa berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dalam tugasan EDU 3103, saya, Ahmad Fahmi bin Ahmad Fauzi dan Nazri Merikan telah melaksanakan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dalam kelas. Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti set induksi,

penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru. Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Pengajaran mikro membolehkan guru melatih diri dengan satu kemahiran pada satu masa, dan apabila satu kemahiran itu telah dikuasai, barulah dapat digabungjalinkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam pengajaran. Pengajaran mikro juga dapat meningkatkan latihan dan kesedaran terhadap teknik pengajaran. Dalam pelaksanaan Rancangan Pengajaran Harian yang telah kami laksanakan bagi murid Tahun 6, saya memainkan peranan sebagai guru yang menerangkan konsep BODMAS kepada murid-murid saya. Sebelum memulakan sesi pengajaran, saya telah membuat beberapa slide yang membuat huraian secara ringkas dan padat mengenai isi pengajaran yang melibatkan penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. Bagi memudahkan kefahaman murid-murid, saya menggunakan contoh yang muridmurid pernah nampak iaitu epal. Dalam penambahan, saya menekankan konsep beri dan terima. Untuk konsep penolakan, saya mengibaratkan epal yang rosak bagi mewajarkan bahagian penolakan. Secara kesimpulannya, slide yang saya paparkan adalah untuk memberikan pengetahuan asas dan pendedahan kepada para pelajar agar mereka lebih mudah menerima kandungan pengajaran saya.

Terdapat juga saya sertakan sedikit aktiviti. Pada awal kelas, secara statistiknya, muridmurid bukan sahaja terlibat dengan suasana pembelajaran tetapi juga suasana di rumah tak termasuk komuniti sosial kanak-kanak tersebut. Hal ini menyebabkan mereka berasa kurang bertenaga dan tidak bermaya untuk meneruskan sesi pembelajaran. Bagi menangani masalah ini, saya telah menyediakan suatu permainan yang melibatkan anggota badan murid. Disebabkan para murid yang saya ajar iaitu umur 12 tahun atau tahun 6, maka permainan merupakan salah satu bentuk pengajaran yang menarik kerana mereka cenderung untuk mencari hiburan di samping dapat menelaah ilmu. Oleh itu, saya telah membahagikan mereka kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai nama masing-masing seperti yang tertera pada jadual di bawah.

Nama Kumpulan Kurungan Bahagi Darab Tambah Tolak

Ahli-ahli Afif dan Fahmi Nazri Cetrawanda Nur Farhani Nur Hidayu

Berpandukan kepada setiap kumpulan, saya akan membawa mereka ke hadapan kelas dan mereka akan duduk dalam kumpulan. Apabila saya menuding jari ke arah kumpulan tersebut, mereka akan melaungkan nama kumpulan mereka sambil berdiri. Susunan tersebut bermula daripada kumpulan kurungan, bahagi, darab, tambah dan tolak. Proses ini akan diulang beberapa kali. Melalui aktiviti ini, mereka bukan sahaja merasa seronok, tetapi mereka juga akan merasa terlibat secara langsung dalam suasana pembelajaran. Hal ini akan memupuk tumpuan mereka terhadap apa yang diajarkan oleh guru dan pada masa yang sama mengukuhkan kefahaman mereka

dalam objektif pengajaran iaitu BODMAS. Demikianlah langkah pertama dalam Pengajaran Gagne iaitu menarik perhatian pelajar. Langkah yang kedua pula telah dilaksanakan bersama dengan langkah yang pertama iaitu membolehkan mereka mengetahui objektif pembelajaran, BODMAS. Melalui sedikit aktiviti, mereka dapat mengikuti apa yang diajar oleh guru dan pada masa yang sama dapat menghiburkan diri dengan aktiviti yang dibuat. Objektif yang saya ingin sampaikan melalui aktiviti tersebut adalah untuk membolehkan mereka mengingat aturan BODMAS secara langsung. Keberkesanan aktiviti tersebut akan saya terangkan dengan lebih lanjut kemudian. Langkah yang ketiga dalam pengajaran Gagne ialah mencungkil ilmu sedia ada berkaitan topik. Disebabkan saya menggunakan buah epal sebagai contoh untuk operasi bercampur, maka, saya memulakan sesi pengajaran dengan meminta pendapat para pelajar tentang epal. Terdapat pelbagai jawapan yang diberikan, daripada segi rasa, warna dan lain-lain. Setelah selesai mendengar pendapat daripada para pelajar, saya pun meneruskan slide pengajaran saya yang berkaitan dengan epal juga. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kelemahan di pihak saya. Untuk mengatasi kelemahan tersebut, saya seharusnya membawa barang maujud yang sebenar sebagai contohnya, beberapa biji epal. Dengan ini, demonstrasi akan menjadi lebih menarik dan murid-murid dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan gembira dan senang hati. Motivasi pelajar juga akan meningkat sekiranya mereka belajar tetapi pada masa yang sama mereka mendapat ganjaran iaitu buah epal. Mengemukakan bahan rangsangan adalah langkah keempat dalam proses

pembelajaran Gagne yang saya telah praktikkan dalam sesi pengajaran saya. Semasa melaksanakan sedikit pendedahan kepada murid-murid mengenai operasi bercampur, saya mengulang semula aktiviti pada awal pembelajaran tetapi pelajar tidak akan berada di hadapan kelas, sebaliknya mereka akan berada di tempat duduk masingmasing. Kemudian, saya akan menunjuk jari ke arah kumpulan tersebut dan mereka akan melaungkan nama kumpulan yang merupakan susunan kepada BODMAS. Dengan ini, saya akan dapat menyampaikan isi pembelajaran dan mereka akan memahami aturan operasi yang betul. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit kesilapan

dalam teknik penyampaian pengajaran saya. Seharusnya, saya boleh memperbaiki lagi kualiti pengajaran dengan menyebut istilah matematik, BODMAS berulang alik supaya pelajar akan mengetahui isi pembelajaran utama mereka. Hal ini membolehkan mereka untuk membuat memori ingatan jangka masa panjang apabila mereka menjalani peperiksaan UPSR kelak. Dengan demikian, mereka akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan kaedah yang betul dan berkesan. Langkah yang kelima pula dilaksanakan untuk mengukuhkan pembelajaran. Dengan memberikan panduan pembelajaran sebagai latihan yang berbentuk soalan dan kuiz yang dijalankan oleh rakan sekelas saya, pelajar akan lebih cekap akan

mengaplikasikan konsep. Dalam sesi pembelajaran yang dilaksanakan, kami telah menggunakan edaran soalan kepada semua murid, supaya mereka akan dapat menjawab sendiri soalan dan memahami sktruktur kandungan mata pelajaran. Namun, terdapat sedikit penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh kumpulan kami. Untuk menggantikan cara tradisional edaran kertas, kami boleh menggantikan aktiviti tersebut dengan sesuatu aktiviti yang lebih menarik lagi seperti permainan interaktif atau kuiz seperti hangman. Melalui permainan interaktif, kita akan sertakan soalan dan kemudian akan ada scoreboard yang membezakan antara satu kumpulan dengan yang lain. Disebabkan oleh semangat kompetitif yang tinggi antara rakan sekelas, mereka akan bermain dengan sepenuh hati untuk mendapatkan tempat yang pertama. Sekiranya diiringi dengan hadiah saguhati lagi sudah tentu mereka akan menjadi lebih kreatif dan lebih berdaya saing. Tambahan pula, menurut buku Perkembangan Kanak-Kanak, subjek kami semasa dalam 1PISMP Matematik, kanak-kanak dalam peringkat umur 12 tahun akan lebih cenderung untuk merasa seronok dalam aktiviti permainan dan alat muzik. Apabila mereka berasa seronok, mereka akan kurang berasa stress dan lebih bersemangat untuk terus mendapatkan ilmu di sekolah. Berdasarkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang saya laksanakan, kebanyakkan idea yang saya kemukakan dalam slide berbentuk langsung. Hal ini demikian kerana saya beranggapan bahawa murid-murid yang diajar telah mengetahui apakah hasil pembelajaran. Walaubagaimanapun, hal tersebut besar kemungkinan tidak berlaku dalam situasi pembelajaran yang sebenar kerana terdapat sekolah yang tergolong

dalam kumpulan yang pintar, manakala terdapat juga sekolah yang agak mundur dari segi ekonomi dan pembangunan. Oleh itu, guru seharusnya memainkan peranan dalam kelas untuk menjalankan perkembangan idea murid-murid. Guru-guru sepatutnya membantu pelajar untuk menjadi aktif berbanding daripada pasif semasa berada dalam kelas. Berdasarkan teori Konstruktivisme yang diperkenalkan oleh seorang tokoh yang terkenal dalam perkembangan kognitif dan bagaimana manusia membina ilmu pengetahuan, Jean Piaget (1986-1980) menyatakan bahawa keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Proses pembinaan maklumat bermula daripada pengetahuan sedia ada dan ditambah dengan input pembelajaran. Apabila kita mengajar sesuatu pengetahuan, kita seharusnya membuat soalan yang kreatif dan mencabar minda pelajar baharulah minda mereka dapat berkembang. Sebagai contohnya, dalam soalan yang pertama, Terdapat empat biji epal. Bagaimanakah caranya supaya epal tersebut dapat dibahagikan kepada 8 orang pelajar? Akan terdapat pelbagai respons daripada murid -murid yang akan datang menyusul. Sekiranya jawapan mereka kurang tepat, tunggu sehingga jawapan yang tepat sebelum meneruskan sesi pembelajaran. Setelah selesai, kemukakan pula soalan yang lebih berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis ) berbanding soalan akademik. Soalan tersebut seboleh-bolehnya berbentuk songsang dengan yang soalan sebelumnya. Sebagai contohnya, Terdapat 8 biji epal. Bagaimanakah caranya supaya kesemua 8 murid dapat bilangan yang sama? Soalan ini mungkin kelihatan ringkas, tetapi bagi murid tahun 6, mereka akan rasa mencabar. Di samping itu, setelah melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran ini juga, saya telah menyedari betapa pentingnya tugas sebagai seorang guru. Guru mendorong pelajar untuk terus meneroka bidang pendidikan dan bukannya terus mundur ke belakang. Peranan guru ini tidak dapat dinafikan lagi kerana guru merupakan sebab wujudnya perdana menteri pada hari ini. Kesemuanya adalah hasil didikan guru, apatah lagi kepada murid-murid darjah enam. Murid darjah enam sebenarnya berada dalam peringkat industri lawan rasa rendah diri. Mereka akan berasa teragak-agak apabila menjawab di hadapan kelas atau menjawab soalan guru kerana mereka bimbang jawapan mereka salah. Apabila hal tersebut terjadi, keyakinan yang mereka ada akan terhakis secara perlahan-lahan dan bukannya terbentuk. Oleh itu guru seharusnya

memainkan tanggungjawab mereka untuk membentuk estim diri murid. Melibatkan satu

teknik mengajar yang boleh mengubah perlakuan murid dalam beberapa cara yang positif seperti guru memberi peneguhan dengan senyuman, angguk kepala, memuji murid kerana memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis syabas dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada

perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif . Peneguhan ini boleh diberikan kepada individu, kumpulan atau seluruh kelas. Kajian telah menunjukkan bahawa peneguhan positif seperti pujian untuk jawapan yang belum selesai adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif seperti itu salah atau jawapan kamu tidak tepat. Murid akan lebih bersemangat sekiranya mendapat pujian. Ini adalah kerana mereka akan merasakan diri mereka dihargai oleh guru dan rakan-rakan mereka.
Di samping itu, dalam proses P& P yang kami laksanakan terdapat sedikit kelemahan iaitu tidak ada generalisasi atau kesimpulan. Kesimpulan ini digunakan untuk merangkumi keseluruhan ini pembelajaran dan selalunya dilakukan untuk memudahkan pelajar merumus topik yang dipelajari. Bagi mengatasi kelemahan ini, pada masa akan datang, saya dan rakan-rakan boleh meminta murid-murid untuk memberikan pendapat tentang apa yang telah mereka pelajari. Dengan ini, kita dapat menilai sejauh manakah tumpuan dan konsentrasi yang mereka berikan sepanjang tempoh P&P berjalan. Selain itu, kita juga boleh merumuskan sesi pembelajaran dengan memberikan sedikit kerja rumah yang ringkas. Dengan ini mereka akan dapat menilai prestasi mereka sendiri dan seterusnya tahap kemahiran mereka dalam subjek tersebut. Bagi memastikan muridmurid melaksanakan tugasan yang diberikan, guru boleh memberikan ganjaran atau hukuman bagi para pelajar. Hal ini akan merangsang mereka untuk membuat tugasan kerana mereka tidak hendak mendapat hukuman oleh guru. Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan

kelemahannya yang tersendiri sama ada disedari ataupun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu itu. Dengan adanya kita membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan pengajaran yang telah kita lakukan

berkesan atau tidak, maka dapatlah kita bertindak untuk memperbaiki kelemahan yang dapat dikesan untuk keberkesanan pengajaran seterusnya.Kesilapan menyemak jawapan di hadapan perlu diambil perhatian, sepatutnya kita sudah bersedia dengan jawapannya di mana kita perlu mencatatkan apakah jawapan bagi setiap soalan yang dikemukakan terutamanya untuk bahagian perbincangan seperti yang telah dibuat. Sepatutnya, apabila kita menyedari kesilapan jawapan tersebut, kita perlu maklumkan sekali lagi kepada murid tentang jawapan yang diberikan tersebut kurang tetap sebagai pengetahuan semua murid. Ketidakpetahan atau tidak lancar berkomunikasi masih boleh diperbaiki. Di sini, kita dari semasa ke semasa boleh melatih diri untuk berkomunikasi dengan lancar dan berkesan. Persediaan untuk menyampaikan isi pelajaran itu amat penting supaya apa yang diajar kepada murid dapat diterima dengan baik. Untuk mengelakkan murid daripada dibelenggu rasa takut dengan guru, maka kita hendaklah menunjukkan perwatakkan yang ceria di dalam kelas dan jangan kita terlalu menekan minda murid untuk memahami sesuatu yang disampai, biarlah mereka sendiri meneroka ilmu itu sendiri di samping guru berperanan sebagai pembimbing yang baik kepada murid-murid. Penggunaan masa ketika melaksanakan sesuatu pengajaran boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Ini bergantung bagaimana seseorang mengendalikan masa ketika melaksanakan pengajaran, kebijaksanaan guru perlu ada. Ini kerana kepelbagaian aras kebolehan murid menyumbang kepada terjejasnya masa pengajaran kita. Oleh itu, pengalaman yang lepas-lepas penting untuk membantu kita mengatasi masalah penggunaan masa dengan berkesan. Susunan meja ketika pembelajaran memang sesuai dengan bilangan murid yang sedikit. Semasa melakukan aktiviti perbincangan, kita boleh mengarahkan murid untuk bergerak menyusun semula meja mengikut keselesaan mereka. Ini memudahkan mereka bertindak. Kekuatan dan kekurangan dalam pengajaran yang telah dilaksanakan memang sudah menjadi kebiasaaan dalam dunia pengajaran. Dengan adanya pengesanan kekurang melalui aktiviti refleksi ekndiri sudah pasti sedikit sebanyak membantu kita sebagai guru bertindak untuk memperbaiki kelemahan tersebut supaya kita dapat melaksanakan pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang. Kita dapat merancang pengajaran yang dengan lebih baik berdasarkan tahap kebolehan murid

yang ada di dalam kelas tersebut untuk memboleh murid-murid kita memahami apa yang diajar dengan lebih mudah.

Anda mungkin juga menyukai