Anda di halaman 1dari 3

Kesan Pemberontakan PKM

Pengenalan

Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. matlamat utama
penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu, seterusnya menubuhkan Republik
Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk menyelia gerakan
komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan
orang ramai. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menghentikan kegiatan anti British.
Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai
Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah
mulai berusaha mencapai matlamatnya melalui perlembagaan. Usaha ini gagal dan
menyebabkan PKM melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu sejak Jun 1948.
Namun, usaha ini juga gagal. Pemberontakan PKM telah membawa kesan kepada
perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu

Kesan-kesan sosial

1. Penubuhan kampung-kampung baru


Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh PKM, telah wujudnya banyak kampung baru. Pada
1954, terdapat 550 buah kampung baru yang menempatkan 550 ribu orang. Pada tahun 1964,
terdapat lebih 600 buah kampung bagi menempatkan 660 ribu penduduk. Penduduk-penduduk
kampung baru ini terdiri daripada 86% orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1%
bangsa-bangsa lain. Kampung-kampung baru ini kemudiannya mengalami proses urbanisasi
sehingga berkembang menjadi bandar-bandar.
2. Syarat kewarganegaraan
Semasa pemberontakan PKM, kerajaan juga berusaha untuk mendapat sokongan orang bukan
Melayu, terutamanya orang Cina. Akibatnya kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan
syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Sejak Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957, seramai 1.2
juta orang Cina dan 180 ribu orang India telah menjadi warganegara Tanah Melayu.
3. Perpecahan kaum
Pemberontakan PKM telah menyebabkan perpecahan kaum antara orang Melayu dan orang Cina.
Orang Melayu menganggap pemberontakan dan keganasan PKM merupakan percubaan orang Cina
untuk merampas Tanah Melayu. Pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan yang
majoriti terdiri daripada orang Melayu dengan anggota PKM seolah-olah menggambarkan
pertempuran di antara orang Melayu dan orang Cina.
4. Penderitaan
Keganasan melalui pemberontakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan penderitaan
kepada rakyat Tanah Melayu. Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong bijih timah
memberi penderitaan kepada rakyat dan juga negara. Undang-undang Darurat menyebabkan ramai
lagi yang tidak bersalah ditangkap kerana disyaki.
5. Usaha mengeratkan hubungan kaum
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipelopori
oleh Dato’ Onn bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk
mengeratkan hubungan antara kaum yakni di kalangan penduduk Tanah Melayu
6. Sistem perhubungan
Jalan raya dan jalan keretapi juga dimusnahkan akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM dalam
tempoh pemberontakan mereka.
7. Akta Pendaftaran 1948
Pada tahun 1948, Akta Pendaftaran telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini,
penduduk yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan kad
pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM.
8. Kesatuan sekerja
Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin politik tidak diberi peluang
memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. Ini bagi mengelakkan pengaruh dan kawalan PKM di
dalam kesatuan itu. Pada masa yang sama, kerajaan juga dapat mengawal secara langsung
kesatuan-kesatuan sekerja ini.
9. Guru
Guru-guru telah dihantar ke England untuk mendapat latihan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan guru-
guru ini dipengaruhi oleh fahaman serta ideology komunis.
Kesan-kesan Pendudukan Jepun
Pengenalan
Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh kira-kira
70 hari ia berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu apabila Ketua Turus Tentera Berikat
iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun iaitu
Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15 Februari 1942. Sejak itu,
Tanah Melayu ditadbir oleh pihak tentera Jepun sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun
pendudukan Jepun hanya selama 3 tahun 6 bulan tetapi ia telah meninggalkan beberapa
kesan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial

Sosial
Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada rakyat Tanah Melayu.
Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya Kempeitai telah menambahkan lagi penderitaan rakyat
Tanah Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun seperti orang Cina. Ramai orang Cina telah
dibunuh dan dizalimi oleh Jepun menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di
dalam hutan dan menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri. Tidakan orang Cina telah
membawa kepada permulaan wujudnya masalah setinggan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa
Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma
untuk membina jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan ramai meninggal
dunia sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai “Jalan Keretapi Maut”. Kekurangan makanan
terutamanya beras telah menimbulkan pelbagai penyakit. Di antara penyakit yang banyak
membawa maut ialah malaria dan beri-beri. Masalah penyakit semakin serius kerana kekurangan
ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera Jepun bagi keperluan mereka di
Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan kaum di antara orang
Melayu dengan orang Cina akibat daripada dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum tersebut.
Layanan baik Jepun kepada orang Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Malah Jepun
telah mengambil orang Melayu untuk dijadikan polis dan tentera dimana mereka digunakan oleh
Jepun untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Tindakan orang Melayu menjadi
pengintip Jepun telah menambah lagi kemarahan orang Cina. Akibatnya selepas pendudukan
Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak
dan Johor. Pendudukan Jepun telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang
Melayu seperti menghasilkan barang daripada daun nanas dan gula dari nira kelapa. Pendudukan
Jepun turut menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya pengajaran, dimana
selepas perang sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara

Zaman pendudukan Jepun telah membawa dua kesan utama ke atas perkembangan institusi 
Polis di Malaya: 
a. Pendudukan Jepun telah menunjukkan bahawa penduduk­penduduk tempatan 
berupaya menjalankan tugas­tugas kepolisan tanpa pimpinan pegawai­pegawai 
Inggeris. Sistem stratifikasi anggota­anggota polis berasaskan pemisahan di antara 
pegawai asing dan pegawai tempatan tidak dapat diteruskan selepas tamatnya 
pendudukan Jepun. 
b. Sifat benci pihak Jepun terhadap kaum Cina sedikit sebanyak telah menyebabkan 
konflik antara kaum Cina dan Melayu di Tanah Melayu. Pada masa itu penduduk 
kaum Cina yang tertindas melarikan diri ke hutan memasuki pasukan Malayan Peoples 
Anti Japanese Army (MPAJA) yang diasaskan oleh pihak komunis. Pasukan polis yang 
memburu gerila­gerila itu kebanyakan terdiri daripada orang Melayu. Kesan langsung 
dari keadaan ini tercetus selepas penyerahan tentera Jepun. Pihak British mengambil 
masa lebih dari dua minggu untuk bertapak semula di Malaya. Dalam tempoh masa 
peralihan ini pejuang­ pejuang gerila telah keluar dari hutan dan mengambil alih kuasa 
di beberapa tempat. Mereka telah mengambil kesempatan ini untuk membalas 
dendam.

Anda mungkin juga menyukai