Anda di halaman 1dari 2

BULI GEJALA TERBURUK DALAM KALANGAN PELAJAR

Pengerusi :Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Selamat datang saya ucapkan kepada hadirin
Sekalian.Alhamdullilah, bersyukur kita ke hadrat ilahi di atas kurnia dan hidayahNya
Dapat kita berkumpul di majlis yang penuh keberkatan ini. Insyaallah,saya Nurul
Hidayah bersama-sama dengan ahli panel yang diundang akan membincangkan tajuk
Forum kita iaitu Buli Gejala Terburuk Dalam Kalangan Pelajar. Sealiran dengan
Hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat madani,salah satu elemen negatif yang
Harus dikikis ialah kes buli.Seperti yang kita sedia maklum, isu buli dalam kalangan
Pelajar sekarang semakin menjadi-jadi seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Untuk
memperkatakan dengan lebih lanjut lagi tentang masalah ini,kita berpeluang
bersama-sama dengan dua orang ahli panel yang dijemput khas. Saudari yang ayu
wajahnya di sebelah kanan saya ialah ahli panel kita yang pertama iaitu saudari
Azrina. Yang di sebelah kiri saya pula ahli panel yang kedua iaitu saudari Siti
Syakirah yang sentiasa murah dengan senyuman. Tanpa membuang masa lagi,ingin
saya menjemput saudari Syakirah bagi menghuraikan kekusutan di sesawang fikiran
saya ini mengenai takrifan sebenar buli.
Syakirah :Terima kasih saudari pengerusi. Assalammualaikum dan selamat pagi. Mengikut
kamus dewan buli didefinisikan sebagai perilaku mempermain-mainkan orang yang
lemah dengan tujuan menggertak,mencederakan atau menakutkan.Jika mengikut
pandangan komuniti umum, buli ditafsirkan sebagai perbuatan kasar dan ganas yang
boleh mendatangkan kecederaan teruk sehingga ada yang membawa maut.
Pengerusi :Hadirin sekalian,di sini telah jelas maksud buli yang menjadi frasa penting
tajuk forum kita pada hari ini.Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada
puncanya.Mengikut pandangan saya,rancangan televisyen juga salah satu faktor
berlakunya kejadian buli.Hal ini kerana,pihak penyiaran media elektronik
terutanmanya televisyen banyak menyiarkan program-program yang berunsur ganas
seperti rancangan gusti WWF yang disiarkan setiap malam Khamis pada jam 11 :00
malam.Perkara ini sekaligus mempengaruhi jiwa remaja yang kebanyakannya terdiri
daripada pelajar sekolah untuk mencuba apa yang dilihat oleh mereka.Dengan ini,
bolehkah saudari Azrina menerangkan punca lain berlakunya buli ?
Azrina : Terima kasaih saudari pengerusi.Assalamualaikum dan selamat
pagi.Pda pandangan
saya,antara punca utama berlakunta kejadian buli ialah kerana perasaan hasad dengki,
stress dan sikap ingin membalas dendam.Saban hari, kita sering digemparkan dengan
berita yang berkaitan dengan kes-kes buli. Fenomena ini sering berlaku dalam
kalangan pelajar sekolah terutama sekali bagi yang tinggal di asrama.Kita boleh
merujuk pada kes yang berlaku apabila seorang pelajar yang diserang oleh pelajar
senior gara-gara tidak mahu meminjamkan cerek elektrik yang berharga
RM19.90.Kita juga sedia maklum bahawa kejadian buli seumpama ini bukanlah
perkara baru bagi pelajar-pelajar yang tinggal di asrama.Mereka terpaksa
mengamalkan sikap ‘alah bisa,tegal biasa’ bagi menyesuaika diri dengan keadaan
sekeliling.
Pengerusi :Terima kasih saudari Azrina.Saya ada terbaca dalam akhbar baru-baru ini yang
menyatakan bahawa sikap membuli ini lahir daripada rumah.Barangkali saudari
Syakirah dapat menjelaskan dengan lebih lanjut lagi.
Syakirah :Ada betulnya sikap membuli ini lahir daripada rumah. Hal ini berlaku apabila segala
kemahuan dan kehendak anak-anak terutamanya anak sulung sering dipenuhi oleh ibu
bapa sehingga kadangkala melampaui batas dan had yang sepatutnya. Perkara
seumpama ini tidak boleh dibiarkan daripada terus berlaku kerana akan menyebabkan
anak-anak besar kepala, umpama kaduk naik junjung setelah apa yang dihajati mereka
diperoleh. Dalam erti kata lainnya,mengada-ngada.
Pengerusi :Saya ingin mengemukakan soalan kepada ahli panel yang kedua. Pada pendapat
saudari Azrina, bagaimanakah sikap ibu bapa boleh mempengaruhi sikap membuli
dalam kalangan anak-anak ?
Azrina : Ya,saya amat bersetuju dengan pendapat Syakirah sebentar tadi. Ada segelintir ibu bapa
yang bersikap acuh tidak acuh akan perkara ini. Mereka menganggap bahawa perilaku
membuli hanyalah asam garam bagi anak-anak mereka yang sedang meningkat
remaja.Namun,mereka tidak tahu bahawa gejala buli ini memberikan banyak kesan
negatif terhadap anak-anak. Malah,boleh mendorong merka membunuh diri.