Anda di halaman 1dari 21

Rasuah Dan Etika Serta Perlaksanaan Pembelajaran Dan Latihan Sebagai

Usaha Memerangi Gejala Tidak Beretika Dalam kalangan Masyarakat.

1.0 Pengenalan

Pembentangan rang undang-undang suruhanjaya Pencegahan Rasuah


Malaysia 2008 - bacaan pertama di Dewan Rakyat bagi menggantikan Akta
Pencegahan Rasuah 1997 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi telah membuka mata semua pihak di negara ini bahawa rasuah bukan
perkara remeh yang boleh kita pejamkan sebelah mata. Rasuah di negara kita
bukan isu baru, bahkan kanak-kanak seusia tujuh tahun pun tahu
menggunakan perkataan rasuah. Dari segi makna, Kamus Dewan Edisi 3
mendefinisikan rasuah atau corruption dalam bahasa latin sebagai kata kerja
melibatkan perbuatan menyogok, menyuap (wang, material atau
perkhidmatan) untuk tujuan kepentingan individu atau bertujuan memperoleh
kejayaan dengan mudah dan segera. Umpamanya seorang penguasa
kerajaan tempatan yang menerima sogokan wang yang banyak dan sebagai
imbalannya dia memberikan pula lesen perniagaan kepada pihak lain. Dengan
kata lain rasuah merupakan satu tingkahlaku tidak beretika yang merupakan
penyakit dalam masyarakat. Rasuah merupakan perilaku yang melibatkan
jabatan-jabatan kerajaan, syarikat-syarikat korperat, para pegawai bahkan
segelintir ahli politik yang secara tidak wajar atau menurut undang-undang,
mengayakan diri atau memperkayakan keluarga dan sahabat handai sehingga
menggugat kepercayaan awam yang diberi kepada mereka. Nama-nama
besar seperti Tan Sri Eric Chia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk V. K Linggam
adalah antara besar nama-nama yang pernah menggemparkan negara
dengan tuduhan rasuah ke atas mereka.
Sejauh mana kebenarannya ? Adakah hanya satu fitnah ? Apa yang pasti,
rasuah bukan perkara kecil tetapi “api yang bisa membakar negara”.

1
Dari sudut undang-undang, perbuatan rasuah mencakupi :
• Melanggar undang-undang yang dikuatkuasakan
• Penyalahgunaan harta negara
• Merugikan negara
• Memperkaya diri sendiri dan kerabat.

Pada masa ini, hampir semua bentuk pemerintahan dan organisasi


pasti terdapat perilaku rasuah, sama ada secara sedar atau sebaliknya, berat
atau ringan. Sama ada dalam bentuk penggunaan pengaruh atau sokongan
untuk memberi dan menerima sehingga rasuah sudah dianggap satu
“prosedur rasmi”. .Amat dikhuatiri pada satu tahap kita akan tiba pada
keadaan yang digelar “kleptoras”i atau secara tersiratnya pemerintahan oleh
pencuri; iaitu berpura-pura jujur.

Rasuah adalah musuh pembangunan. Rasuah dalam dunia politik pula


boleh meruntuhkan demokrasi. Manakala rasuah dalam badan perundangan
dan kehakiman akan mencabul ketinggian undang-undang dan rasuah dalam
pentadbiran awam akan menjejaskan keseimbangan dan kesaksamaan sosial.
Jenayah rasuah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang
akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga
akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan tidak
memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus
menghapuskan persaingan terbuka dan sihat.

Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana
ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan
amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli
atau pun projeknya diluluskan.
Gejala rasuah juga menimbulkan rasa tidak senang hati pada
sesetengah pihak kepada pihak lain kerana mereka percaya bahawa

2
mereka tidak mendapat layanan yang adil dalam sesuatu urusan yang
telah dijalankan.

Jelasnya dari segi ekonomi rasuah mempersulit kemajuan ekonomi .


Misalnya, pelabur asing perlukan kos yang lebih untuk memulakan perniagaan
di Malaysia. Hal ini kerana terdapat kos yang terlindung iaitu rasuah atau “duit
kopi” yang perlu diberikan kepada individu berkepentingan untuk memulakan
perniagaan. Oleh itu, ia telah mendatangkan fenomena negetif kepada para
pelabur sehingga mereka tidak berminat untuk melabur di Malaysia.

Pakar ekonomi beberapa buah negara Asia dan Afrika berpendapat


kelembapan ekonomi negara Asia dan Afrika adalah berpunca daripada
amalan tidak beretika iaitu rasuah.

Ke mana hendak kita bawa negara kita ini ? Menuju kejayaan atau
kemusnahan. Isu ini perlu dianalisa .

Justeru itu, esei ini akan membincangkan tentang peri pentingnya


Pengajaran Dan Pembelajaran Etika dalam usaha menangani amalan-
amalan yang tidak sihat . Sebagaimana pandangan seorang saintis sosial
yang mencadangkan pengajaran dan pembelajaran etika diajar dari bangku
sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi dan seterusnya
apabila seseorang individu mula menyertai pasaran kerja.

3
2.0 Pengajaran dan Pembelajaran Etika
2.1 Definisi etika, Pengajaran dan Pembelajaran Beretika

Etika dari segi didefinisikan sebagai prinsip-prinsip kelakuan seseorang


individu yang dapat diterima secara moral melibatkan kepercayaan tentang
betul atau salah sesuatu tingkah laku atau perbuatan. Bermakna etika
merupakan amalan-amalan murni yang menjadi pegangan seseorang
individu, kumpulan, persatuan, pekerjaan dan sebagainya yang diterima
masyarakat dan berupaya membentuk akhlak dan sahsiah diri serta kumpulan
atau organisasi dengan cemerlang.

Amalan etika yang baik akan menjadi amalan kakitangan organisasi


yang bekerja dengan jujur, amanah, menepati masa, cekap, berhemah dan
produktif Etika yang baik memberi gambaran atau imej positif kepada
organisasi, syarikat dan jabatan Etika ini juga mempunyai hubungan rapat
dengan tingkah laku kakitangan organisasi tersebut. Etika yang bersih,
menggambarkan kecekapan sesuatu organisasi dan begitu juga jika
sebaliknya yang berlaku. Etika kerja sering kali dibincangkan dalam konteks
nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam
menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap organisasi.

Terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang etika. Teori etika


telah mula diperkatakan sejak zaman purba Greek apabila ahli-ahli falsafah
memberikan tumpuan kepada kebaikan moral. Socrates (469 – 399 B.C) dan
anak muridnya Plato (428-348 B.C) umpamanya menggunakan pendekatan
yang mencabar dan menggalakkan rakan-rakannya berfikir tentang kebaikan
(virture) dan kesihatan roh (health of soul). Idea utama Socrates tentang etika
adalah berhubung dengan meyakinkan orang agar berakhlak mulia (virtuous).
Socrates berpandangan adalah mustahil seseorang dapat merasai
kebahagiaan tanpa memiliki etika atau moral yang baik. Manakala tindakan
tidak beretika akan memberi kesan mengganggu orang lain. Malah beliau juga

4
menganggap individu yang tidak beretika sebagai tidak mempunyai psikologi
yang sihat. Manakala Plato berpandangan kebaikan sejati hanya dapat dicapai
melalui pembelajaran falsafah dan peringkat pengetahuan yang tinggi. Oleh itu
mengikut Plato kebaikan moral adalah berada di bahagian dalaman
intelektual. Walaupun pandangan Socrates dan Plato disanggah oleh Aristotle
(384 – 322 B.C) yang melihat kebaikan moral mempunyai hubungan yang
sedikit dengan intelektual . Aristotle melihat etika bergantung kepada sifat
bukan perbuatan dan sifat itu dibentuk oleh setiap tindakan yang dipamerkan
oleh individu.

Walaupun terdapat perbezaan pandangan terhadap etika, namun


sesiapa pun tidak dapat menolak peranannya dan pengaruhnya dalam
menentukan tingkah laku dan tindakan seseorang individu. Sebagai contoh,
dalam keadaan ketiadaan wang untuk membeli makanan seseorang telah
terlihat seorang buta yang sedang mengambil wangnya yang terjatuh. Jika
jiwa individu itu tidak memiliki iman dan etika yang kuat sudah pasti dia
mengambil wang tersebut kerana si buta tidak mengetahuinya dan
mendahulukan keperluan peribadinya. Sebaliknya dia tidak berbuat demikian
malah membantu si buta mendapatkan wang yang terjatuh dan berasa puas
kerana dapat membantu.

Oleh yang demikian, sesuatu etika yang berasaskan kepada kebaikan


adalah bergantung kepada penilaian daripada beberapa tret sifat yang terpilih
dan seharusnya tidak terkeliru dengan prinsip atau kenyataan tentang apa
yang sepatutnya dilakukan. Dengan kata lain, kebaikan adalah berhubung
dengan kualiti dalaman yang dimiliki oleh seseorang dan dilihat menerusi
aktiviti dan tindakan dalam kehidupan hariannya.

Masalah-masalah etika dalam pengurusan sama ada dalam sektor


awam atau sektor swasta adalah kompleks disebabkan oleh kesan yang

5
berpanjangan, pilihan penyelesaian yang berganda, hasil yang bercampur-
campur, kejadian tidak menentu serta implikasi-implikasi peribadi.

Jelasnya, masalah etika terdapat di semua peringkat apabila adanya


individu yang mengambil tindakan bersifat mengutamakan kepentingan diri
sehingga memberi kesan negatif kepada orang lain. Sebagai contoh, rasuah
umpamanya telah mula meyusup ke peringkat pentadbiran negara. Berita
Harian pada 15 September 2007, menyiarkan laporan statistik oleh Bahagian
Siasatan Jenayah dan Nakotik Bukit Amam melaporkan 167 penjawat awam
terlibat dengan kesalahan mengedar dan memiliki dadah. Turut dilaporkan 39
daripada 167 penjawat awam terbabit adalah kakitangan Kementerian
Pelajaran. Manakala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri
Mohamed Nazri Abdul Aziz pada tahun 2007 dalam statistik beliau melaporkan
pada tahun 2007 seramai 217 kes rasuah adalah di kalangan anggota polis.
Inilah yang dikatakan “ Harapkan sokong, sokong membawa rebah ” .
Implikasi yang berterusan tanpa sebarang analisa akan meruntuhkan sistem
pentadbiran dan kepercayaan rakyat kepada pentadbir dan sistem yang ada.

Berpegang kepada prinsip “ mencegah lebih baik daripada merawat ” ,


maka amat tepat jika memilih saluran pendidikan sebagai ajen merubah etika
masyarakat yang kian hancur pada hari ini. Menteri Pelajaran Malaysia, dalam
Perutusan Sempena Sambutan Hari Guru 2005 mengatakan “ ……..guru
merupakan golongan di barisan paling hadapan dan merupakan pemangkin
untuk memastikan sesuatu hasrat itu menjadi kenyataan… “ . Justeru memilih
proses pemulihan menerusi bidang pendidikan adalah satu langkah bijak
mengekang kemerosotan etika generasi hari ini dan pada masa hadapan.
Oleh itu, Pengajaran dan Pembelajaran etika penting diberi bermula dari
peringkat awal lagi .

6
2.2 Kepentingan Pengajaran Dan Pembelajaran Etika Di Peringkat
Pendidikan Rendah, Menengah Dan Tinggi.

Satu kajian yang diperolehi oleh Institut Intergriti Malaysia (IIM), 31


peratus para pelajar sanggup menerima rasuah sekiranya mereka mempunyai
kuasa dan peluang untuk melakukannya. Menurut Presiden Institut Intergriti
Malaysia (IIM) Datuk Sulaiman Mahbob, laporan ini diperoleh berdasarkan
satu kajian persepsi awam terhadap amalan rasuah. Jika kita halusi, persepsi
ini menggambarkan kecerdikan intelek sahaja tidak dapat mengekang amalan
rasuah. Oleh itu, amat jelas akan kepentingan pengajaran dan pembelajaran
etika dalam pendidikan sabagai salah satu usaha terbaik membendung
permasalahan ini.

2.2.1 Di peringkat persekolahan:


2.2.2.1 Asas kukuh terhadap etika dan moral di awal usia

Pengajaran dan latihan etika seharusnya didedahkah sejak dari rumah hingga
ke bangku sekolah sesuai pendangan Slavin (1997) bahawa perkembangan
manusia adalah sepanjang hayat dan bermula dari peringkat awal kanak-
kanak . Oleh itu, pendidikan etika di negara ini harus dimulakan dari peringkat
prasekolah sebagai landasan kukuh terhadapat kehidupan beretika. Mengapa
pendidikan etika perlu bermula dari peringkat kanak-kanak? Kanak-kanak
ibarat kain putih, ibu bapa berperanan untuk mencorakkannya. Menerusi
penerapan nilai-nilai agama dan teladan yang ditunjukkan oleh ibu bapa
sendiri dan guru-guru di sekolah akan secara langsung menerapkan nilai
moral dan etika kepada anak-anak. Hasilnya, akan lahir golongan pelajar yang
berbudi pekerti mulia. Anak-anak ini akan terdidik agar menjauhi segala
perbuatan yang negatif dan mengamalkan amalan yang positif. Kurangnya
pendidikan agama dan moral akan menjerumuskan mereka kepada tingkah
laku tidak beretika. Malah hal ini dapat dikukuhkan melalui pendapat seorang
ahli akademis negara iaitu, Prof. Hussien Al-Attas yang mengatakan

7
“Kelemahan agama menjadi punca utama pelbagai tingkah laku yang
menyalahi etika seperti gejala rasuah" .

Dalam sistem pendidikan pada hari ini, nilai etika diserapkan secara
pengabungjalinan melalui penerapan nilai yang disampaikan secara langsung
atau tidak langsung di dalam bilik darjah oleh golongan pendidik. Proses
penerapan yang berterusan diharap dapat mengukuhkan nilai kepada pelajar
dalam menentukan betul atau salah dalam membuat sesuatu tindakan. Melalui
pendidikan Agama, Moral serta Sivik dan Kewarganegaraan di peringkat
sekolah rendah dan menengah, para pelajar di dedahkan tentang nilai dan
etika yang patut mereka amalkan mengikut perspektif agama dan Moral,
tentang dosa, pahala, halal dan haram sebagi usaha menanam asas diri yang
kukuh dalam melawan arus pembangunan di mana nilai-nilai moral dan etika
semakin terpinggir.

Namun, segala usaha seolah-olah mencurah air ke daun keladi. Gejala


tidak beretika seperti ponteng sekolah, merokok, peras ugut malahan rogol
masih berlaku. Adakah ini berlaku kerana kita tidak serius dalam mewujudkan
masyarakat yang bermoral dan beretika? Subjek Sivik dan Kewarganegaraan
sebenarnya merupakan satu medium yang paling tepat dalam menerapkan
nilai dan etika. Namun, subjek ini dianggap remeh dan tidak penting oleh ibu
bapa, pelajar mahupun guru. Hal ini berlaku ekoran sistem pendidikan
muktahir yang berorentasikan peperiksaan. Pelajar malah guru dan pentadbir
sekolah hanya mementingkan subjek yang dinilai di dalam peperiksaan
peringkat perdana. Hasilnya hasrat kerajaan melalui Pelan Induk
Pembangunan Pendidikan (PIPP) ke arah membangunkan modal insan yang
cemerlang akan terpinggir. Adakah sistem pendidikan hari ini terlalu menjurus
kepada peperiksaan sehingga mengabaikan unsur nilai dan etika? Perkara ini
sebenarnya perlukan analisa yang analitik oleh semua pihak yang berkenaan.

8
2.2.2.2 Mengatasi isu “kebejatan” disiplin dalam kalangan pelajar

Dewasa ini, isu kebejatan disiplin pelajar semakin ketara. Menurut kajian
kementerian Pelajaran malaysia pada tahun 2006, sebanyak 253 buah
sekolah menengah terlibat dalam pelbagai masalah disiplin. Hal ini
membuktikan para pelajar kini terutama di peringkat awal remaja berada
diambang keruntuhan moral. Hal ini terjadi disebabkan ketiadaan penghayatan
terhadap keperluan beretika dalam kehidupan. Oleh yang demikian
penghayatan terhadap pendidikan beretika perlu ditekankan secara serius.
Persepsi terhadap pendidikan sivik di sekolah harus dihayati bukan sekadar di
pelajari. Untuk tujuan itu, penekanan di peringkat nasional perlu sebagai
membuktikan kesungguhan usaha mengekang permasalahan disipilin dan
etika dalam kalangan pelajar.

2.2.3 Di peringkat universiti:


2.2.3.1 Usaha melahirkan golongan cerdik pandai yang
beretika

Pada peringkat universiti pula, pengajaran dan latihan etika amat penting
kerana mereka merupakan generasi pelapis yang akan menerajui kepimpinan
negara. Mahukah kita dipimpin oleh generasi yang korup dan lemah dari segi
moral dan etika ? Slogan “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”
yang sering diuar-uarkan akan menjadi omong kosong. Usaha yang ampuh
dan bersepadu pada peringkat ini sebagai salah satu “prakarsa” utama untuk
mewujudkan generasi yang berketrampilan malah bersahsiah tinggi. Mantan
Presiden Indonesia, Suharto pernah mengatakan “………..berikan saya 10
belia wajar, nescaya saya akan gegarkan dunia ini” . Hal ini menjelaskan peri
pentingnya generasi muda yang berbekalkan intelek yang cemerlang dan
keperibadian yang mulia dalam urusan mentadbir dan mengurus negara.

9
Menyedari kepentingan ini, salah sebuah institusi pengajian tinggi
awam (IPTA) iaitu UiTM telah menjadikan subjek Profesional Ehtics sebagai
subjek wajib di peringkat diploma. Usaha ini perlu dipuji dan seharusnya
dicontohi oleh semua IPTA dan IPTS.

2.2.3.2 Persediaan ke alam pekerjaan

Pada peringkat universiti juga pengajaran dan pembelajaran etika penting


sebagai satu persediaan menyediakan pelajar dengan situasi sebenar
pekerjaan dan seterusnya penerapan nilai-nilai beretika. Melalui ilmu etika
yang dipelajari dan difahami, para penuntut akan didedahkan dengan
sebarang bentuk konflik dunia pekerjaan yang akhirnya menuntut kejujuran
dalam melaksanakan tanggungjawab. Kepentingan ini juga diperkukuhkan
dengan kajian Institut Integriti Malaysia oleh Datuk Dr. Sulaiman Mahbob
bahawa 31 peratus pelajar IPTA sanggup menerima rasuah sekiranya mereka
mempunyai kuasa dan peluang. Hal ini bermakna pendidikan rendah dan
menengah masih belum sepenuhnya dapat menghasilakan insan yang
beretika. Oleh sebab itu, usaha seperti ini patut diteruskan dan diberi
keutamaan jika kita ingin melihat negara maju dan seterusnya melahirkan
modal insane yang cemerlang.

2.2.4 Peringkat pasaran kerja:


2.2.4.1 Melahirkan tenaga kerja yang berkualiti dan cemerlang

Pembelajaran dan latihan etika dapat memandu individu mengikut garis


panduan yang dikehendaki oleh agama dan kehendak sosial yang menuntut
mereka bertingkah laku sesuai dengan tahap akademik mereka. Individu yang
beretika dalam bidang pekerjaan akan menolak segala bentuk amalan yang
menyalahi etika seperti amalan rasuah. Tidak dapat dinafikan dalam senario
negara yang pesat membangun, amalan seperti rasuah amat mudah
“menggoda”. Ramai yang gagal dalam usaha menolak “godaan” rasuah.

10
Apatah lagi amalan rasuah dianggap jalan pintas dalam mengecap
kemewahan. Hanya segolongan kecil yang dapat menepis dugaan ini.
Bayangkan jika golongan kecil ini juga gagal menepis amalan tidak beretika ini
? Pekara yang pasti sudah tentulah organisasi semakin goyah dan produktiviti
yang tidak menepati piawai dan standart kualiti . Rentetan hal ini, jelas dilihat
betapa pentingnya pengajaran dan pembelajaran etika dalam bidang
pendidikan.

2.2.5 Peringkat Nasional :


2.2.5.1 Merealisasikan dasar kerajaan (wawasan 2020)

Dalam usaha mewujudkan sebuah negara maju menjelang tahun 2020, bekas
Perdana Menteri keempat Tun Dr Mahathir bin Mohamad telah
memperkenalkan Wawasan 2020 yang merangkumi 9 cabaran utama ke arah
bergelar negara maju. Salah satu cabaran yang perlu diatasi oleh rakyat
Malaysia berdasarkan cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu “membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dangan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh serta
ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur”. Maka jelaslah keperluan pembelajaran
dan pembelajaran etika disemua peringkat pendidikan sama ada di peringkat
rendah, menengah dan universiti amat perlu .

Jika dilihat daripada keperluan etika di dalam sesuatu profesion dan


juga kehidupan sosial. Maka dapatlah dirumuskan pengajaran dan
pembelajaran etika perlu bermula dari awal dan seterusnya diperkukuh lagi
sebelum individu tersebut keluar bekerja dan menghadapi realiti kehidupan
yang sebenarnya. Ini bersesuaian dengan pendapat Lieberman dlam Sufean
(1993) bahawa kesediaan dan latihan khusus amat perlu di dalam
menyediakan individu yang berjaya, yakin diri dan mempunyai kebolehan
dalam melaksanakan tugas.

11
2.3 Melahirkan individu beretika sebelum menceburi bidang kerjaya

2.3 1 Pegangan Agama Yang Kukuh

Pegangan agama adalah benteng bagi segala perbuatan yang keji dan
mungkar . Kekuatan iman akan dapat mengekang individu daripada perbuatan
tidak beretika serta menjadi panduan dalam menentukan sesuatu perbuatan
dan tingkah laku. Penghayataan terhadap agama mewujudkan budaya
mencintai kebenaran dan kesaksamaan. Dalam Islam, kefahaman dan
keyakinan adalah dua perkara yang berlainan tetapi saling memerlukan.
Sebagai contohnya, kita memahami bahawa ibadat solat adalah wajib, namum
kita seolah tidak yakin aka balasan tuhan ke atas kita, maka seolah kita
pincang dalam salah satu dualisme kefahaman dan keyakinan . Ada juga
orang yang faham bahawa rasuah adalah berdosa, boleh dikenakan azab
akibat perbuatannya. Namun demikian, mereka berani menerima dan memberi
rasuah kerana tidak sampai lagi tahap keyakinan mereka akan balasan yang
bakal diterima sekirannya mereka tetap merasuah dam bakal mendapat
ganjaran dan pujian sekiranya bertahan untuk tidak menerima rasuah.
Kefahaman dalam agama perlu disertai dengan keyakinan yang mendalam.
Jelaslah dengan pegangan agama yang kuat segala perbuatan tidak beretika
dapat dielakkan apabila mereka mula menceburi bidang pekerjaan.

2.3.2 Ketinggian Peribadi

Keberanian dan ketegasan mengatakan “tidak” kepada sesuatu yang salah di


sisi agama dan masyarakat merupakan elemen penting dalam disiplin diri
malah hal ini juga dapat menjadi “perisai” diri sebelum menceburi bidang
pekerjaan. Seseorang individu tidak perlu berasa takut terhadap pandangan
masyarakat seandainya yakin tindakan yang dipilih dan keputusan yang dibuat
adalah betul berlandaskan etika dan norma masyarakat.

12
2.3.3 Memilih Kerjaya Yang Diminati / Keseronokan Bekerja

Seseorang individu perlu memilih bidang yang disukai. Demikian juga halnya
di dalam bidang pekerjaan. Perasaan cinta dan menghargai kerjaya yang
dipilih dapat mengelakkan diri dari melakukan pelanggaran etika seperti
rasuah , ponteng kerja, pecah amanah dan sebagainya kerana sedar implikasi
yang akan diterima jika didapati melakukan kesalahan etika.

13
3.0 Etika dan rasuah

Malaysia kini menitik beratkan penghasilan modal insan yang berkualiti,


berdaya-saing dan juga memiliki etika dan berintergriti tinggi. Namun begitu,
masih terdapat kes-kes rasuah dan pecah amanah yang berlaku. Menurut
laporan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) terdapat sebanyak 580 tangkapan
kes rasuah sepanjang bulan Januari sehingga November 2008. Hal Ini
menunjukkan kes rasuah masih besar dan adakah ini juga menunjukkan
rakyat Malaysia masih belum memiliki etika dan nilai intergriti yang tinggi. Jika
di lihat pada statistik negara maju jelas menunjukkan jumlahnya lebih kecil jika
di bandingkan dengan negara membangun. Contohnya laporan daripada
Ireland Bisness News, Malaysia berada berada ditangga ke- 43 manakala
Singapura berada pada tangga ke- 4.

Senario ini jelas menunjukkan pendidikan etika adalah seiring dengan


pendidikan pencegahan rasuah. Hal ini kerana jika individu tersebut terlah
tersedia untuk menghadapi cabaran semasa bekerja, atau mempunyai
keyakinan dan juga nilai-nilai norma kehidupan serta kemasyarakatan
sebarang rintangan dan godaan yang mendatang tidak akan memberi
sebarang implikasi kepada individu tersebut. Sebagai contohnya, seseorang
yang telah di terapkan dengan nilai agama yang baik akan mempunyai nilai
dan etika yang baik di dalam kehidupannya. Oleh itu, jika ia melaksanakan
tugasannya maka tidaklah berlaku urusan rasuah. Selain itu juga boleh
dikatakan semua ajaran agama menolak rasuah.

Secara keseluruhannya, rasuah dan Pengajaran Pembelajaran Beretika


tidak dapat dipisahkan kerana jika pendidikan etika dapat dilaksanakan
dengan berkesan dan mencapai matlamat diharapkan kegiatan rasuah akan
berkurangan.

14
3.1 Strategi Menangani Rasuah

Peranan pencegahan rasuah tidak terletak pada tanggungjawab


kepada kerajaan sahaja, tetapi juga melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO)
masyarakat dan juga individu itu sendiri.

Kerajaan telah menjalankan beberapa kaedah antaranya ialah melalui


Pelan Intergriti Nasional (PIN). Pelaksanaan lapan strategi PIN yang
merangkumi institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, sosiobudaya,
agama, ekonomi, politik dan pentadbiran akan dipergiat. Dalam fasa pertama
pelaksanaan PIN, penekanan akan diberikan kepada lima bidang keutamaan,
iaitu mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa;
menambah baik kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam;
menambah baik tadbir urus korporat dan etika perniagaan; memantapkan
institusi keluarga dan komuniti; serta menambah baik kesejahteraan
masyarakat.

Seterusnya, melalui penubuhan satu badan suruhan jaya iaitu


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Penubuhan SPRM
kerana tugas tugas membanteras rasuah tidak mudah dan sarat dengan
prasangka serta persepsi biarpun BPR telah berusaha ke titik terakhir untuk
memerangi gejala rasuah. Paling penting SPRM bukan sekadar mengulangi
perkara-perkara yang melingkari BPR sebelum ini, kerana untuk menjadi lebih
berkesan semestinya perlu ada kelainan yang ditonjolkan supaya SPRM
benar-benar membawa pembaharuan untuk membasmi rasuah. Atas dasar
tersebut lah maka SPRM ditubuhkan bagi membentras gejala rasuah sehingga
keperingkat akar umbi lagi.

Selain itu juga dicadangkan agar kakitangan kerajaan atau pekerja


sesuatu agensi perlulah di gerakan setiap lima tahun sekali bertujuan

15
mengelakkan kaki tangan tersebut bertindak sebagai dominan dan seterus
mengakibatkan rasuah senang berlaku. Sebgai contohnya anggota polis
hendaklah berkhidmat di setiap balai atau daerah hanya dalam masa 5 tahun
sahaja dan akan bertugas di tempat lain.

Terdapat juga beberapa cadangan untuk pencegahan rasuah melalui


memberikan gaji yang lebih tinggi kepada kakitangan yang berisiko untuk
melalakukan rasuah dan juga memperketatkan undang-undang serta
mengiatkan lagi penguat-kuasaan terhadap rasuah.

Badan bukan kerajaan (NGO) pula bolehlah melaksanakan kempen


kesedaran dikalangan masyarakat terhadap rasuah melalui kaedah promosi ,
kempen kesedaran dan lain-lain lagi.

Selain itu , masyarakat dan individu itu sendiri perlu sedar supaya tidak
melakukan atau memberi peluang terhadap rasuah. Ini kerana rasuah hanya
akan berlaku jika melibatkan kedua-dua pihak.

16
4.0 Konklusi

Dapat dirumuskan bahawa pengajaran dan latihan etika tidak cukup


jika hanya berlaku di dalam bilik darjah sebalinya perlu di terapkan secara
bijaksana selaras dengan perkembangan globalisasi melalui pendekatan yang
kreatif dan menarik . Usaha sama antara Kementerian Pelajaran dan badan-
badan penguatkuasaan dan undang-undang perlu diterusan secara
terangcang. Pada peringkat kementerian pembelajaran dan latihan etika perlu
dirancang dan disampaikan secara menarik dan berkesan atau wujudnya
keperluan menjadikan etika sebagai satu mata pelajaran di peringkat sekolah
rendah dan menengah.

Pendidikan dan latihan dalam etika sememangnya diperlukan dalam


menangani segala bentuk pelanggaran etika seperti amalan rasuah. Malah,
ilmu pendidikan ini juga perlu dilaksanakan seawal mungkin kerana lebih awal
nilai-nilai itu diterapkan lebih hasil yang akan diterima . ini diperlukan kerana
rasuah ini memberikan pelbagai kesan negatif, malahan mampu meruntuhkan
negara dan juga sesebuah organisasi. Diharapkan apabila modal insan yang
dihasilkan beretika maka hasrat negara dalam membangunkan negara ke arah
negara maju akan terlaksana. Jika dilihat kejayaan Nabi Muhammad
menyampai ajaran-Nya adalah disebabkan baginda seorang yang beretika
tinggi dan meletakkan dirinya jauh dari rasuah. Ketika Rasulullah S.A.W
ditawarkan dengan pelbagai kesenangan hidup, harta dan takhta oleh kaum
Quraish mereka telah menetapkan beberapa syarat iaitu Rasulullah S.A.W
mestilah meninggalkan perjuangan untuk mendaulatkan idealisme Islam,
meninggalkan jihad, meninggalkan dakwah dan meninggalkan wawasan
baginda Rasulullah untuk membina masyarakat rabbani. Walau
bagaimanapun, Rasulullah S.A.W tidak tunduk dengan tawaran rasuah itu dan
tidak berganjak seinci pun dengan komitmen Baginda meskipun mereka

17
meminta bapa saudara Rasulullah, Abu Talib untuk memujuk namun
Rasulullah tetap masih dengan pendiriannya dan bersabda:
"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya
aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."

Berdasar cerita ini, seorang yang beretika tidak akan mengamalkan


perbuatan yang menyalahi etika seperti perbuatan menerima atau memberi
rasuah dan seterusnya akan mendapat segala yang dikehendakinya dan juga
yang dihasratkan. Sesungguhnya, sebaik-baik pekerjaan ialah ikhlas dalam
mencari keredaan-Nya, diperoleh dari hasil usaha sendiri dan tidak
mengkhianati orang lain.

18
Rujukan:

1. Leonard J. B (2006). Business & Professional Ethics for Directors,


Executives & Accountants, (4th Edition) ,Toronto,: Thomson
Higher Education.

2. Dr. Muhammad Diah Jurini (2008). “OUM320 Professional Ethics”,


(cetakan kelapan) Seri Kembangan Selangor: Open University
Malaysia (OUM).

3. Mok Soon Sang (2005),Siri Pendidikan PTK (Teras Dan


Profesional),Kuala Lumpur: Multimedia –ES Resources Sdn Bhd.

4. Abdul Rahim M. (2001) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI,. Sungai


Besi, Selangor: Sanon Printing Corporation Sdn Bhd.

5. Dewan Bahasa Dan Pustaka. (1992) Teknik Pengajaran Dan


Pembelajaran (cetakan kedua). Kuala Lumpur: Percetakan Rina
Sdn Bhd..

6. Mok Soon Sang (2005), Siri Pendidikan PTK (Pengurusan


Pengajaran dan Pembelajaran), Kuala Lumpur: Multimedia –ES
Resources Sdn Bhd.

7. Pelan Induk Pembangunan Persekutuan 2006 – 2010 –


Kementerian Pelajaran Malaysia.

8. Perutusan Khas Hari Guru 2007 YB. Dato Sri Hishammuddin


Tun Hussien, Menteri Pelajaran Malaysia

19
Sumber dari internet:

1. Akhbar Sinar Harian (2008)

http://www.Sinar

2. Akhbar Utusan Malaysia (2008)

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1211&pub=Utus

3. Sarenne Benchimol – Sutton (2007). Principle of Ethics

http://www.asha.org/about/ethics/2007seea2.htm

4. MyLMS Open University Malaysia

http://lms.oum.edu.my/modules/groupforum/showmesg.php?new=1

20
21