Anda di halaman 1dari 17

Peranan Agen Moral Dalam Proses Sosialisasi Individu Sosialisasi adalah proses di mana seseorang individu mempelajari dan

menerima nilai, sikap, kemahiran yang dipunyai oleh masyarakat bagi membentuk personalitinya yang tersendiri untuk menjadi ahli masyarakat tersebut. Sosialisasi adalah proses seumur hidup. Proses sosialisasi bertujuan a. mengajar asas-asas kehidupan dalam masyarakat b. menanamkan aspirasi-aspirasi masyarakat c. menyebarkan kemahiran-kemahiran yang penting dalam masyarakat d. mengajar untuk memenuhi peranan-peranan sosial.

Norma sosial Norma sosial merupakan kelakuan yang standard yang dimiliki oleh anggota sesuatu kumpulan dan anggota kumpulan itu dijangka akan mematuhinya. Sebagai tingkahlaku yang standard, norma sosial merupakan peraturan yang ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat dengan mengambil kira mengenai munasabah atau tidaknya tingkah laku itu. Contoh norma sosial Pelajar melafazkan ucapan salam Assalamualaikum atau Selamat Pagi atau Selamat Sejahtera atau Salam Satu Malaysia kepada guru dan sesiapa sahaja yang dikenali atau tidak dikenali. Beratur dan berbaris ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Beratur ketika hendak menaiki bas Menjaga kebersihan sekolah dan persekitarannya.

Kawalan sosial bermaksud cara-cara yang digunakan oleh masyarakat bagi mempengaruhi tingkah laku anggotanya supaya ahli-ahlinya menghargai nilainilai dan mematuhinya. Ada dua bentuk kawalan sosial iaitu kawalan positif dan kawalan negatif. Kawalan sosial positif boleh berbentuk pemberian ganjaran, hadiah dan pujian. Kawalan sosial negatif pula merupakan hukuman dan dendaan. Kedua-dua jenis kawalan ini boleh lahir dengan cara formal dan juga tidak formal. # Kawalan sosial secara formal berlaku secara perundangan, peraturan penguatkuasaan pasukan polis dan kehakiman merupakan badan yang mendidik masyarakat supaya akur kepada norma-norma sosial.

Crosbie (1975)- tidak formal ganjaran sosial seperti kenaikan pangkat hukuman atau kritikan pujukan norma yang ditakrif oleh individu yang berstatus tinggi.

Peranan Agen-agen Sosialisasi institusi keluarga institusi pendidikn/ sekolah *pengetahuan moral/ peraturan sekolah/ kegiatan ko-ko masyarakat/ rakan sebaya agama media massa

PEMADAM - Persatuan Mencegah Dadah Malaysia Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk. Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN LANJUTAN Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah

SALAM - Yayasan Salam Malaysia (1997) memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk berkhidmat sebagai sukarelawan di kalangan komuniti di dalam dan di luar negara yang memerlukan perkhidmatan Menganggap kerja sukarelawan adalah satu kerja yang bermakna dan berkesan untuk membantu masyarakat menjalani kehidupan yang lebih baik

Program SALAM Sukarelawan SALAM pernah bertugas di Aceh, pada tahun 2004. Nias, dan Sri Langka ketika Tsunami

Sukarelawan SALAM juga membuat kerja outreach untuk memujuk mangsa penyalahgunaan dadah agar kembali ke pangkal jalan. Yayasan SALAM juga telah mengendalikan dua buah rumah perlindungan yang bertempatdi Chow Kit iaitu Rumah Nur SALAM dan Rumah Sinar SALAM Sukarelawan SALAM juga memberikan bimbingan kepada ibu tunggal untuk menjadi usahawan kecil dengan kerjasama pelbagai pihak agar dapat meningkatkan ekonomi mereka

Konsep sukarelawan SALAM Suka membantu dan bekerja dengan orang lain Boleh berkomunikasi dan bergaul dengan orang ramai Sedia untuk menghadapi kesulitan dan kesukaran Sebaiknya mempunyai kemahiran dan pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain Sedia belajar dan Sedia untuk membuat komitmen penuh masa

Majlis AIDS Malaysia (1992) Majlis AIDS Malaysia (MAM) adalah satu pertubuhan yang berkomited untuk membuat satu persekitaran yang bebas daripada impak nagatif HIV/AIDS untuk Malaysia dan semua rakyatnya. Objektif pertubuhan ini dalam memerangi HIV/AIDS adalah; Meningkatkan kesedaran HIV/AIDS Mencegah penyebaran HIV Menghapuskan diskriminasi, stigma dan prejudis yang berkaitan dengan HIV/AIDS Menggalakkan dan melindungi hak asasi mereka yang terjejas oleh HIV/AIDS Memastikan kualiti kehidupan yang terbaik bagi mereka yang dijangkiti HIV/AIDS Menyediakan penjagaan dan sokongan kepada individu-individu yang dijangkiti HIV/AIDS

MERCY memberikan bantuan kemanusiaan secara sukarela kepada rakyat Kosovo yang sedang dalam peperangan pada tahun 1999.

MERCY telah menggunakan kaaedah Pengurusan Risiko Bencana Menyeluruh atau ,Total Disaster Risk Management, (TDRM) Respon Kecemasan berfungsi untuk memastikan respon yang efektif seperti usaha menyelamat, memadam kebakaran, pertolongan kecemasan dan evakuasi diberikan apabila sesuatu bencana terjadi. Secara mudahnya, ia adalah fasa menyelamatkan nyawa. Pemulihan melibatkan proses pemeliharaan dan pemuliharaan. Fasa ini bertujuan untuk menyediakan pembinaan khemah-khemah sementara, pemulihan, perancangan penggunaan kawasan bersesuaian dan perancangan pemulihan industri.

Usaha mengelakkan atau mengurangkan kemusnahan apabila bencana melanda. Contohnya, penanaman semula kawasan tadahan air untuk mengurangkan risiko berlakunya banjir. Kesediaan adalah penting untuk sentiasa bbersedia dengan alat-alat seperti peta kawasan bencana, peralatan kecemasan dan sebagainya untuk menghadapi masamasa kecemasan.

UNESCO- United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (1945) UNESCO adalah untuk mmeningkatkan pengetahuan, standard dan kooperasi intelektual dalam menggalakkan transformasi sosial yang kondusif kepada nilai keadilan, kebebasan dan maruah kemanusiaan secara universal. Beberapa tugas UNESCO yang penting adalah. Etika dan hak kemanusiaan

5 program UNESCO pendidikan sains sains sosial kebudayaan komunikasi dan informasi Contoh-contoh aktiviti dijalankan di Malaysia: Pengiktirafan UNESCO ke atas peranan Malaysia menjadi lebih menyerlah dengan penubuhan dua institut di bawah Pusat Kategori II unesco DI Kuala Lumpur iaitu Regional Humid Tripics Hydrology and Water Resources Centre for South-East Asia and the Pacific (HTC) pada tahun 1999 dan International Science, Technology and Innovation \centre for South-East Cooperation (ISTIC) pada tahun 2008. Malaysia juga turut berbangga dengan kejayaan Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak dan Taman Negara Kinabalu, Sabah mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia UNESCO bagi kategori Semulajadi; serta Melaka dan Georgetown, Pulau Pinang bagi kategori kebudayaan. UNESCO juga turut mengiktiraf Tasik Chini, Pahang sebagai tapak Rizab Biosfera UNESCO, manakala Langkawi diiktiraf sebagai geopark pertama di Malaysia dan Asia Tenggara.

ELEMEN MENCABAR NILAI MORAL Mementingkan kebendaan Sikap keterlaluan Tamakkan kuasa Tidak bertanggungjawab Perbezaan kelas dan status Jurang generasi

ELEMEN-ELEMEN YANG MENCABAR PENGHAYATAN NILAI-NILAI MURNI DI SEKOLAH 1. Budaya rumah dan sekolah yang berbeza

Para pelajar datang dari pelbagai latar belakang. Cara mereka dididik di rumah mungkin tidak sama dengan peraturan yang sedia ada di sekolah. Contohnya anak-anak yang datang daripada kalangan keluarga yang tiada peraturan/disiplin amat susah untuk dididik dengan nilai-nilai murni di sekolah kerana nilai-nilai tersebut tidak diamalkan di rumah mereka. 2. Cara melaksanakan peraturan yang keterlaluan

Terdapat di kalangan guru-guru disiplin atau pihak pentadbir di sekolah yang keterlaluan dalam mendenda para pelajar sebagai salah satu menjaga disiplin. Mungkin para pelajar ini tidak biasa dengan cara kekerasan begini. Ini menyebabkan mereka tertekan dan mengambil jalan untuk bertindak melawan kehendak peraturan sekolah. 3. Sesetangah peraturan yang ditetapkan berbeza di antara seorang guru dengan guru yang lain

Setiap guru mempunyai cara yang tersendiri dalam mengajar dan melaksanakan peraturan bagi mata pelajaran yang diajar. Sebagai contoh guru Bahasa Melayu tidak mengenakan sebarang denda kepada para pelajar yang tidak membuat kerja rumah mereka tetapi guru Matematik langsung tidak memberi peluang kepada pelajarnya yang tidak membuat kerja rumah yang disuruh. Ini menyebabkan para pelajar keliru untuk melaksanakan kerja rumah kerana ada guru yang tidak mendenda dan ada pula guru yang mendenda walau apa alasan yang diberikan sekalipun. 4. Perbezaan agama, bangsa, dan budaya

Didikan agama dan bangsa yang diamalkan di kalangan keluarga berlainan dengan yang diamalkan di sekolah. Terdapat guru yang langsung tidak mahu menerima alasan agama bagi sesuatu masalah yang berlaku. Contohnya pelajar tidak dibenarkan memakai gelang tangan ke sekolah tetapi bagi masyarakat Punjabi yang beragama Sikh mereka dikehendaki memakai gelang tangan logam sebagai tanda menjalankan kewajipan agama mereka. Ini menimbulkan antara kekangan daripada menerapkan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar. 5. Kekurangan kemudahan awam di sekolah

Terdapat beberapa kekangan untuk mengamalkan nilai-nilai murni di sekolah di sebabkan masalah kekurangan kemudahan awam di sekolah. Contohnya guru meminta murid-murid duduk ketika makan dan minum sewaktu rehat sedangkan tempat duduk tidak mencukupi di kantin menyebabkan murid-murid terpaksa berdiri atau makan sambil berjalan kerana hendak mengejar masa bagi memulakan sesi kelas yang seterusnya. 6. Guru sendiri tidak dapat menjadi contoh terbaik kepada para pelajar

Penerapan nilai-nilai murni ini biasanya dilakukan oleh guru-guru Pendidikan Moral. Oleh sebab itu jika hanya cikgu-cikgu Pendidikan Moral sahaja yang meminta murid-murid melaksanakan nilai-nilai murni maka peghayatan sepenuhnya tidak dapat dilakukan.

Contohnya terdapat guru-guru yang memarahi murid-murid dengan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar. Ini secara tidak langsung akan menjadi ikutan kepada murid-murid tanpa disedari. Oleh itu sepatutnya setiap guru sentiasa menjadi model terbaik kepada murid-murid dan ini bukan hanya terletak di bahu guru Pendidikan Moral sahaja. Kerjasama di antara semua guru akan meningkatkan penghayatan nilai-nilai murni di kalangan para pelajar.

BIBILIOGRAFI Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Namanya diambil sempena nama datuknya, Sheikh Abdullah Fahim (Abdullah bin Ibrahim), seorang ulama dan ahli falak berpengaruh lagi dihormati. Abdullah adalah anak sulung daripada empat adik beradik hasil perkongsian hidup Haji Ahmad Badawi bin Abdullah dengan Hajah Kailan Hassan. Bapanya adalah pejuang UMNO dan tokoh agama yang memainkan peranan penting ketika perjuangan menuntut kemerdekaan tanah air. Haji Ahmad pernah menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO semasa Hussein Onn menjadi Ketua Pemuda UMNO dan merupakan salah seorang tenaga muda menentang rancangan penubuhan Malayan Union. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Permatang Bertam, Kepala Batas, Abdullah kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Beliau juga menuntut di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Beliau lulus dengan kepujian dalam bidang Pengajian Islam pada tahun 1964. Abdullah turut mengikuti pendidikan agama di Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarif Wataniah, Kepala Batas, Pulau Pinang yang diasaskan oleh datuknya. Lebih mesra dengan panggilan Pak Lah, Abdullah telah mendirikan rumah tangga dengan Endon binti Mahmood pada tahun 1965. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Kamaluddin dan Nori dan enam cucu. Empat cucu adalah dari hasil perkahwinan Kamaluddin dengan Azrene Abdullah iaitu Alya, Arif, Amira dan Ahmad. Dua cucu lagi adalah anak kepada Nori dengan Khairy Jamaluddin Abu Bakar iaitu Jibreil Ali dan Timor Abdullah. Endon adalah anak kepada pasangan Mahmood Ambak dan Mariam Abdullah. Beliau menerima pendidikan di St. Mary Secondary Girls School, Kuala Lumpur sebelum berkhidmat dengan kerajaan hingga tahun 1976. Sifat penyayangnya mendorong beliau mencurahkan bakti dalam aktiviti kemasyarakatan khususnya kebajikan wanita dan kanak-kanak. Ketika menjadi isteri Perdana Menteri , Endon menerajui Yayasan Penyayang yang ditubuhkan bagi tujuan pendidikan, kebajikan masyarakat, penyelidikan, kesihatan dan perubatan. Beliau juga menerajui Kempen Pink Ribbon iaitu organisasi berkaitan pencegahan dan pengubatan kanser payudara. Beliau juga giat mempromosi batik, kebaya nyonya dan songket. Endon kembali ke Rahmatullah pada 20 Oktober 2005, dua tahun selepas dikesan menghidap kanser. Hampir dua tahun selepas Endon kembali ke Rahmatullah pada 9 Jun 2007, Abdullah diijabkabul dengan Jeanne Abdullah, ibu kepada Nadiah Kimie dan Nadene Kimie hasil dari perkahwinan pertama beliau. Bekas pelajar Sekolah Mnengah Assunta ini berpengalaman bekerja dalam bidang pentadbiran dan perhotelan. Ketika menjadi isteri Perdana Menteri, beliau aktif dalam Kempen Penghijauan Alam Sekitar yang mempromosikan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Tun Abdullah Ahmad Badawi PESONA DUA JIWA

PERJALANAN KARIER POLITIK Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan dari Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) untuk bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 1978 di kawasan Parlimen Kepala Batas. Beliau menewaskan calon PAS,

Musa Mohd Yatim dengan majority 5029 undi. Pada 27 Julai 1978, beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan. Pada 2 Februari 1979, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang. Pada September 1980, beliau diberi kepercayaan menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan. Pada pemilihan UMNO 1981, beliau terpilih buat pertama kali sebagai ahli Majlis Tertinggi parti. Beliau dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Julai 1981 di dalam kerajaan pimpinan Dr Mahathir bin Mohamad. Semasa Abdullah memegang potfolio tersebut sehingga Jun 1983, beliau bertanggungjawab melaksanakan kempen Kepimpinan Melalui Teladan dan Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Dr Mahathir. Setelah terpilih menduduki salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung pada tahun 1984, beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran. Dalam tahun 1986, beliau memegang jawatan Menteri Pertahanan, kemudiannya digugurkan daripada barisan Jemaah Menteri pada 7 Mei 1987. Pemilihan kepimpinan UMNO 1987 memperlihatkan UMNO berpecah kepada Team A di pihak Dr Mahathir dan Ghafar Baba sementara Team B diterajui oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam. Abdullah yang dikatakan memihak kepada Team B digugurkan dari Jemaah Menteri tetapi diberi kepercayaan semula oleh Dr Mahathir sebagai Menteri Luar Negeri pada tahun 1991. Walaupun Abdullah tidak terpilih dalam pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1993, Dr Mahathir melantiknya sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO. Pada pemilihan parti 1996, Abdullah terpilih semula menjadi Naib Presiden dengan memperolehi undi kedua tertinggi iaitu 1053. Abdullah mengekalkan kerusi Ahli Parlimen Kepala Batas selama enam penggal berturut-turut sejak Pilihan Raya Umum 1978. Beliau sekali lagi dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang pada November 1998 selepas Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dipecat dari parti pada September 1998. Pada 8 Januari 1999, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri oleh Dr Mahathir dan diamanahkan melaksanakan tugas Timbalan Presiden UMNO mulai 5 Februari tahun yang sama. Abdullah kemudian terpilih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO pada pemiliham parti Mei 2000. Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelima pada jam 3.30 petang, Jumaat, 31 Oktober 2003 bersamaan 5 Ramadan 1424 Hijrah setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Beliau menerajui Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum 2004 dan memperolehi kemenangan gemilang apabila BN memenangi 198 daripada 220 kerusi parlimen dan menawan semula negeri Terengganu daripada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan hanya kekurangan dua kerusi untuk menawan negeri Kelantan dari kerajaan PAS.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, BN hanya menang dengan majoriti mudah di peringkat parlimen sementara di peringkat negeri selain daripada Kelantan, kerajaan-kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti lawan. Pada Oktober 2008, Abdullah membuat ketetapan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO dan keputusan untuk beliau mengundur diri sebagai Perdana Menteri di buat selepas Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Mac 2009. Seperti mana dijanjikan, Abdullah mengumumkan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri dalam ucapan penangguhan Persidangan UMNO yang berlangsung pada 28 Mac 2009. Pada 2 April 2009, beliau menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyembahkan hasrat untuk meletak jawatan dan menyerahkan kepimpinan Negara kepada Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Kronologi jawatan politik Tun Abdullah Ahmad Badawi Tahun 2004-2009 2000 1998 1996 1993-1996 1984-1993 1981-1984 1980 1979 1978 1978 1977 Presiden UMNO Timbalan Presiden UMNO Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang Naib Presiden UMNO Ahli Majlis Tertinggi UMNO Naib Presiden UMNO Ahli Majlis tertinggi UMNO Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas Ahli Parlime Kepala Batas Ketua UMNO Cawangan Bertam Jawatan

SIFAT DAN SUMBANGAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI

1) PENTADBIRAN Abdullah Ahmad Badawi memberi penekanan terhadap pengukuhan budaya musyawarah, dialog, penerapan nilai-nilai murni serta memperbaiki sistem penyampaian dalam pentadbiran. Slogan Bekerja Bersama Saya, Bukan Untuk Saya yang diperkenalkan beliau sebaik sahaja mengambil al ih teraju kepimpinan negara disambut baik rakyat. Abdullah juga pada tahun yang sama melancarkan Portal Rasmi Kerajaan myGovernment. Beliau mengarahkan penambahbaikan laman web agensi-agensi kerajaan secara berterusan bagi mempelbagaikan dan memantapkan saluran perkhidmatan kerajaan. Dalam hasrat untuk memerangi rasuah, beliau menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Di samping itu, Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman dibentuk bagi mengembalikan integrity dan penghormatan kepada cabang kehakiman dan hakim-hakim. Pada Februari 2007, Abdullah juga mewujudkan Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH) untuk memperbaiki system penyampaian kerajaan Abdullah juga menerapkan nilai-nilai Islam yang progresif dan dinamik menerusi konsep Islam Hadhari untuk membawa umat Islam ke tahap lebih tinggi dalam pelbagai sudut kehidupan termasuk menguasai kemajuan teknologi di samping tidak mengamalkan amalan-amalan yang boleh mencetuskan kebimbangan dan pandangan negative orang bukan Islam terhadap Islam. Beliau juga memperkenalkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI-Key Performance Index) untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC-Government Link Company) selain membawa masuk tenaga muda bagi mengetuai syarikat-syarikat tersebut demi memastikan ia terus mempunyai daya saing yang tinggi. Bagi mempertingkatkan mutu perkhidmatan awam, beliau juga melaksanakan konsep Kerajaan Elektronik melalui perkhidmatan Kerajaan-kepada-Kerajaan (G2G), Kerajaan-kepada-Rakyat (G2C) dan Kerajaan-kepada-Komuniti Perniagaan (G2B). Menyedari kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi, beliau menitikberatkan penggunaan ICT dalam pentadbiran kerajaan. Bagi memantapkan konsep Kerajaan Elektronik, beliau melancarkan Projek ekl pada 1 Julai 2007. Ada beberapa inisiatif dalam Projek ekl ialah Projek myBayar dan Gerbang SMS Kerajaan. Abdullah juga memberi makna dan nafas baru kepada sector pertanian sebagai penjana ekonomi dengan menjenamakan dan merombak Kementerian Pertanian kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Beliau menganjurkan rakyat menceburi bidang pertanian komersial dengan memperkenalkan konsep K2K (Kebun ke Kilang) bagi memacu pertumbuhan sektor pertanian. Penekanan terhadap industri pertanian mencerminkan keprihatinan beliau untuk memajukan tahap sosio-ekonomi masyarakat luar bandar. Abdullah juga mewujudkan lima koridor ekonomi dengan sektor swasta diseur memainkan peranan utama dalam pelaburan dan pembangunan kawasan pertumbuhan ekonomi tersebut. Lima koridor itu ialah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Koridor Ekonomi Pantai Timur (ECER), Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak (SCORE) dan Koridor Pembangunan Sabah (SDC).

2) HUBUNGAN ANTARABANGSA Abdullah Ahmad Badawi memanfaat pengalaman luas sebagai Menteri Luar untuk meneruskan dasar luar negara yang aktif menerusi forum-forum utama termasuk ASEAN, Pertubuhan Persidangan Negara-Negara Islam (OIC), Pergerakkan Negara-Negara Berkecuali (NAM), Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sifat semula jadi beliau yang penuh diplomasi, bersahaja, mudah mesra dan gemar kepada pendekatan muafakat daripada konfrontasi, memudahkan beliau menjalin hubungan lebih akrab dengan Negara-negara sahabat. Abdullah mengemukakan cadangan penubuhan Majlis Dasar Luar Negara bagi memantapkan lagi hubungan luar serta diplomatik 3) MEDIA Abdullah Ahmad Badawi berpegang kepada prinsip kebebasan media. Di bawah kepimpinan beliau, pengamal media merasai kebebasan yang lebih luas. Kebetulan pada era beliau juga, media baru (internet) memainkan peranan sangat berpengaruh dalam membentuk pemikiran orang ramai termasuk persepsi mereka terhadap kerajaan. Abdullah berpegang kepada prinsip media memikul tanggungjawab sosial dan kawalan kendiri. Dalam menikmati keterbukaan dan kebebasan, media pada masa yang sama harus bersikap adil terhadap semua kaum, agama dan budaya, sentiasa peka terhadap sensitiviti pembaca atau pendengar dan bertanggungjawab menjaga keharmonian masyarakat. Beliau mengamalkan pendekatan menasihati daripada menghukum dalam hubungan kerajaan dengan pihak media. Lantaran itu, Abdullah adalah antara pemimpin yang sangat senang didekati oleh pemgamal media. Selaras dengan dasar tersebut, Abdullah menganggap media sebagai saluran maklum balas daripada rakyat kepada pentadbir. Media dikehendaki memainkan peranan semak dan imbang. Perdana Menteri yang Kelima itu pernah dipetik sebagai berkata bahawa beliau mempunyai telinga yang besar iaitu kesediaan untuk mendengar rintihan dan teguran orang ramai.

TOKOH MORAL PILIHAN : TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI BAPA PEMBANGUNAN MODAL INSAN Sifat semula jadi Abdullah Ahmad Badawi mendorong beliau untuk mengutamakan aktiviti kebajikan. Kebajikan masyarakat sentiasa mendapat perhatiannya dan beliau banyak meluangkan waktu untuk menghadiri majlis

berkaitan kebajikan di samping menggalakkan orang ramai melakukan kerja-kerja kebajikan. Sejajar dengan konsep Masyarakat Penyayang, beliau menggalakkan badan-badan sukarela supaya berganding bahu dengan agensi kerajaan bagi memperbanyak kegiatan kebajikan masyarakat. Beliau menggalakkan syarikat swasta menyokong aktiviti kebajikan terutama untuk golongan orang kurang upaya (OKU) bagi memenuhi tanggungjawab social korporat (Corporat Social Responsibility- CSR). Abdullah memperkenalkan konsep kebajikan produktif bagi membolehkan golongan kurang bernasib baik menerima bantuan asas untuk mempertingkatkan keupayaan berdikari. Beliau mengenalpasti OKU, warga emas, golongan fakir miskin dan mangsa bencana alam sebagai golongan sasaran untuk diberi bantuan di bawah program tersebut. Pelbagai dasar dan perundangan bagi menjamin kesejahteraan kumpulan sasaran tersebut dikaji semula dan dipermantapkan. Antaranya ialah Dasar Orang Kurang Upaya dan Dasar Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak. Beliau mengarahkan Kementerian berkaitan merangka Dasar Kanak-Kanak Negara serta mengkaji semula Dasar Warga Emas Negara dan Dasar Wanita Negara. Abdullah juga memastikan program latihan benar-benar bermutu tinggi supaya para peserta termasuk OKU mendapat kemahiran secukupnya untuk berdikari. Pendekatan membantu golongan tersebut dengan cara member bantuan kewangan diubah kepada pembinaan keupayaan. Nadi Komuniti merupakan salah satu inisiatif pembangunan masyarakat yang diilhamkan semasa pentadbiran Abdullah. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menjadi penggerak utama dalam memupuk masyarakat penyayang menjadikan kesukarelaan sebagai budaya hidup rakyat. Briged Kebajikan Perdana diwujud dan digerakkan semula di setiap kawasan parlimen. Selain itu, dua anugerah iaitu Anugerah CSR (tanggungjawab sosial korporat) Perdana Menteri dan Anugerah Mayang Sri Endon diwujudkan bagi mengiktiraf badan korporat, individu atau pihak yang cemerlang dalam aktiviti kebajikan masyarakat. MEMPERKENALKAN ISLAM HADHARI Semasa menjadi Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahamad Badawi juga telah memperkenalkan Islam Hadhari yang mana telah menarik perhatian dunia terutamanya negara-negara Islam. Usaha beliau dalam menekankan isu moral dalam masyarakat telah memnyebabkan beliau diberi gelaran sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan. Islam hadhari telah diperkenalkan dan telah menjadi salah satu dasar dalam negara.
Pengenalan

Islam Hadhari memberi tekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.

Islam Hadhari bukanlah agama baru. Islam Hadhari bukan ajaran baru. Islam Hadhari bukannya mazhab baru. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam. Islam Hadhari jika ditafsir secara ikhlas dan difahami secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas akidah. Sebagai sebuah Kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. Adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh, merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi, diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehensif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilainilai murni dan menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Prinsip Islam Hadhari Islam Hadhari akan memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama: I. Keimanan dan ketakwaan kepada ILAHI II. Kerajaan adil dan beramanah III. Rakyat berjiwa merdeka IV. Penguasaan ilmu pengetahuan V. Pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif VI. Kehidupan berkualiti

VII. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita VIII. Keutuhan budaya dan moral IX. Pemeliharaan alam semula jadi X. Kekuatan pertahanan Prinsip-prinsip ini adalah menurut acuan yang diadunkan supaya amalan dan pendekatannya tidak akan menimbulkan salah faham dan kebimbangan kepada mana-mana pihak dalam sebuah negara yang komposisi rakyatnya berbilang agama dan berbilang kaum. Pendekatan yang digariskan juga adalah untuk memperkasakan umat Islam supaya berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun yang menyeluruh berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing umat. Warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam dalam semua bidang perlu dijadikan rujukan dan sumber inspirasi memajukan masyarakat Malaysia. Perubahan minda umat memerlukan satu tindakan secara menyeluruh, secara drastik, secara sistematik, dan tidak bersifat sektor atau partisan. Ini memerlukan satu perubahan tasawur (pandangan global) seluruh masyarakat. Selaras dengan itu, konsep hidup sebagai pengabdian kepada Tuhan dan konsep kerja sebagai ibadah, manusia sebagai khalifah dan kewajipan mencapai kekuatan dalam semua bidang kehidupan perlu dititikberatkan, khususnya prinsip maqasid al Syariah adalah berkaitan dengan lima perkara seperti berikut: I. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama II. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan akal III. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan nyawa IV. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan harta V. Menjaga, memartabatkan dan memperkasakan keturunan Usaha yang konsisten hingga menghasilkan kejayaan yang berterusan perlu dirancang. Segala bentuk pemikiran yang mengelirukan dan tidak bersesuaian dengan kefahaman Islam perlu dikikis supaya pemikiran dan jati diri umat dapat dibentuk. Perubahan sikap dan budaya umat memerlukan peranan berijtihad dan berjihad. Konsep jihad perlu ditafsirkan secara lebih luas, meliputi aspek kehidupan manusia seperti menuntut ilmu, menguasai sains dan teknologi serta melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi. Peningkatan kualiti (itqan) dalam semua urusan dan kegiatan kehidupan merangkumi bidang pendidikan, penguasaan sains dan teknologi serta aktiviti-aktiviti ekonomi, hendaklah dijadikan budaya. Ijtihad membina ummah dalam zaman moden ini perlu diberikan perhatian dan diberikan pengiktirafan. Masyarakat Malaysia perlu diberikan kefahaman Islam yang membolehkan umat menghayati dan mewarisi wawasan ketamadunan global (Rahmatan Lilalamin) untuk membolehkan umat berperanan secara berkesan diperingkat global.

Semangat persaudaraan (ukhuwah Islamiah) perlu dipupuk dan disemarakkan bagi menghasilkan rangkaian sosial yang mantap sebagai satu strategi ke arah meningkatkan daya saing umat. Masyarakat Malaysia perlu menghargai dan menghayati sifat berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada pihak lain. Sikap dan nilai-nilai negatif masyarakat perlu diubah kepada nilai-nilai yang terkandung di dalam tasawwur Islam. Umat perlu dijadikan masyarakat iqra dalam hasrat mahu membina kemampuanbangsa dari segi peningkatan penguasaan ilmu, kemahiran dan kepakaran. Tuntutan Islam mewajibkan umat menguasai ilmu dalam semua bidang perlu dihayati. Perlu diperbetulkan sebarang salah faham terhadap konsep ilmu agar tidak berlaku pemisahan antara ilmu sekular dengan ilmu agama. Bahawa penguasaan sains dan teknologi serta peningkatan kemahiran dan kepakaran merupakan sebahagian dari tuntutan Islam. Begitu banyak ayat-ayat di dalam alQuran yang menyentuh soal penguasaan sains dan teknologi, yang perlu diberikan perhatian oleh umat. Sumbangan tamadun Islam dalam sains dan teknologi yang membawa kepada kelahiran renaissance di Eropah wajib diketahui oleh semua pelajar Islam. Usaha melahirkan saintis Islam yang dapat menghasilkan penemuanpenemuan baru perlu diperbanyakkan. Dunia adalah satu perjalanan yang harus dimanfaatkan dalam proses pengabdian manusia kepada Allah SWT dengan menyempurnakan tanggungjawab fardu kifayah secara sempurna, jujur, telus dan amanah. Manusia tidak mungkin berjaya memanfaatkan dunia ini dengan baik jika sikap dan pandangannya terhadap dunia tidak tepat sebagaimana mestinya, kerana alam dan fenomenanya diciptakan dan ditundukkan oleh Allah SWT untuk manusia diturunkan sebagai khalifah. Kerana itu, amatlah penting untuk umat manusia itu diperlengkap dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran, supaya membolehkan manusia menguasai dunia. Amatlah penting umat Islam dipimpin memahami dan menghayati Islam sebagai sistem kehidupan menyeluruh untuk menggerakkan pembinaan satu tamadun. Kehidupan menyeluruh yang bijak mengimbangkan tanggungjawab dunia dengan tanggungjawab akhirat. Islam bukanlah satu ritual kerana ritualisme memberi tumpuan kepada akhirat semata-mata. Kerajaan juga tidak pernah bersifat sekularisme yang menolak akhirat dan memberi tumpuan kepada dunia sematamata. Islam mestilah dihayati sebagai sistem yang mengintegrasikan kehidupan duniawi dan persiapan ukhrawi KESIMPULAN Bangsa yang mencipta tamadun agung adalah mereka yang pandai menghargai dan belajar daripada sejarah. Malaysia tidak terkecuali daripada hukum alam ini. Kemampuan kita mentransformasi masyarakat dan ekonomi amat bergantung kepada keupayaan kita mengiktiraf dan menghargai jasa bakti mereka yang terdahulu dari kita. Malaysia telah melalui pembangunan yang pesat pada laf baru ini dan era pentadbiran Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi telah memperkukuhkan lagi asas

sedia untuk kita mencapai kejayaan seterusnya. Setiap pemimpin negara adalah laksana bintang yang menghiasi langit zaman. Setiap jasa dan pengorbanan yang dicurahkan pasti kekal terpahat di sanubari rakyat zaman berzaman. Sesungguhnya Pak Lah telah meningkatkan pelbagai usaha untuk membina sebuah masyarakat yang lebih aman dan selamat.

RUJUKAN: Pak Lah: Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi: Perdana Menteri Malaysia ke 5, 31.10.2003-2.4.2009, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai