Anda di halaman 1dari 22

Pengajian Am Bhg C - SEM 3

2013 LRT Documents Copyrighted. All rights reserved.

TAJUK 1 :

Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dilaksanakan mulai 2003 banyak mendatangkan kesan positif kepada negara dan masyarakat. Bincangkan.

IDEA : 5 kepentingan perjanjian ini kepada negara dan rakyat Malaysia CONTOH KARANGAN LENGKAP: Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA) telah membuka ruang baharu kepada pengusaha tempatan dalam meluaskan pasaran. Banyak kesan positif diperoleh daripada perkembangan baharu perluasan pasaran serantau ini. Persaingan menguasai pasaran yang terbuka daripada kalangan negara ASEAN akan mempengaruhi pengeluar untuk meningkatkan mutu barangan atau akan meminimumkan kos. Keadaan ini mendorong syarikat atau pengeluar barangan lain yang ingin bertahan, bertindak dengan cara yang sama untuk menguasai pasaran. Persaingan antara pengeluar dalam negara dengan pengeluar barangan luar akan menguntungkan masyarakat dengan peningkatan mutu, penurunan harga dan banyak pilihan barang. Meningkatkan kecekapan pengeluaran merupakan kesan langsung kepada perjanjian ini. Skala pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk tenaga buruh, penggunaan jentera dan keupayaan kilang. Industri besar seperti sektor automotif akan meningkatkan kecekapan bidang, yang seterusnya akan meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran. Kemasukan teknologi baharu merupakan satu kesan positif kepada kewujudan kawasan perdagangan bebas ini. Dalam usaha mempertahankan pasaran, salah satu langkah yang akan diambil oleh pengusaha adalah dengan mendapatkan teknologi terkini. Kerjasama dengan pengusaha dari negara ASEAN lain sebagai satu langkah mengekalkan pasaran domestic dan menguasai pasaran negara ASEAN lain. Kerjasama ini termasuklah pemindahan teknologi dan kepakaran dari liar. Situasi ini meningkatkan perkembangan ekonomi negara. Perjanjian ini menyebabkan berlaku perluasan pasaran barangan. Gabungan pasaran antara negara ASEAN mewujudkan satu skala pasaran baharu yang cukup besar. Kira-kira 250 juta orang penduduk Indonesia dan 65 juta orang penduduk Thailand merupakan satu pasaran yang terbuka luas untuk ditakluki oleh pengusaha tempatan. Tiada cukai atau sekatan kemasukan, atau dengan pengenaan kadar cukai maksimum 5% dapat merangsang pengusaha tempatan meningkatkan keupayaan dan kapasiti pengeluaran. Pasaran yang luas merupakan satu tarikan pelaburan. AFTA merupakan satu promosi kepada Pelaburan Langsung Asing (FDI). Gabungan 10 buah negara ASEAN mewujudkan sejumlah 513 juta orang pengguna merupakan satu kawasan pasaran bersama yang amat besar. Situasi menjadikan AFTA turut mempromosikan wilayah ASEAN sebagai pusat pelaburan antarabangsa yang tentunya menjadi unsur tarikan kepada pelabur asing, yang turut mewujudkan tempias kepada Malaysia. Walaupun pengguna di negar China lebih ramai dengan kos upah yang lebih murah, tetapi daya beli masyarakat ASEAN yang lebih tinggi memberi ruang daya saing dalam menarik pelabur. Kesediaan dan kecekapan meminimumkan kesan negatif dan mengeksploitasi kesan positif daripada kewujudan AFTA akan mendatangkan keuntungan besar kepada negara.

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 1 drp 21

TAJUK 2 :

Malaysia bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan antarabangsa. Banyak kebaikan yang diperoleh dengan penglibatan tersebut. Jelaskan. IDEA : 5 idea keuntungan yang diperoleh oleh Malaysia ( 5+0)

Idea 1 : Mewujudkan hubungan dagangan Dengan melibatkan secara aktif dalam sebarang pertubuhan negara-negara membangun melalui G15, D8 dan ASEAN (AFTA), hubungan dagangan meningkat. Pasaran bagi produk negara meningkat. Penglibatan Malaysia merupakan satu langkah mempromosikan produk Malaysia ke luar negara. Ruang kepada syarikat Malaysia melabur dan mendapat ruang perniagaan di negara berkenaan. Melalui G15, pertubuhan ini telah merangka Mekanismae Kewangan Pembiayaan Perdagangan yang menghapuskan pengenaan cukai berganda antara negara anggota. G15 juga menganjurkan forum perniagaan dan pelaburan untuk ahlinya. Idea 2 : Melindungi keselamatan negara Malaysia menyokong kuat PBB bagi mendapt keselamatan selepas mendapat kemerdekaan. Penglibatan Malaysian dalam Pertubuhan Negara-negara Komanwel telah melindungi Malaysia daripada ancaman komunis dan ancaman konfrontasi dengan Indonesia melalui Perjanjian Pertahanan Anglo-Malaya dengan Britain. Idea 3 : Perkongsian maklumat dan data Penglibatan Malaysia, khususnya dalam G15 telah membolehkan pertukaran data dan maklumat antara negara membangun. Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan, Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) Dengan pertukaran maklumat dan data, membantu Malaysia meneroka peluang perniagaan dan pelaburan dalam kalangan negara membangun. Idea 4 : Kesepakatan dalam mempertahankan pasaran Melalui Kerjasama Selatan-selatan mewujudkan muafakat bagi mendesak negara utara melakukan penstabilan harga. Penstabilan harga komoditi (getah, bijih timah dan koko) melalui perjanjian antarabangsa dan penubuhan tabung bersama. Kejayaan ini menerusi beberapa siri Dialog Utara-Selatan yang menghasilkan perjanjian komoditi antarabangsa seperti Perjanjian Getah Asli Antarabangsa, Perjanjian Bijih Timah Antarabangsa dan Perjanjian Koko Antarabangsa. Idea 5 : Tajaan biasiswa dan peluang pendidikan Penglibatan aktif dalam Komanwel membolehkan Malaysia menikmati bantuan teknikal dan biasiswa daripada Rancangan Colombo. Rancangan ini juga menyediakan bantuan bantuan kewangan, teknikal dan biasiswa kepada negara anggota bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara. Membiayai projek-projek ekonomi negara anggota. Contohnya, pembiayaan Lebuh Raya Timur-Barat, jambatan serta beberapa institusi pendidikan di Sabah.

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 2 drp 21

TAJUK 3 :

Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) mempunyai kepentingan kepada banyak negara termasuk Malaysia. Namun, penguatkuasaannya juga mendatangkan masalah. Bincangkan. IDEA: Kepentingan dan masalah ZEE ( 3+2/ 2 +3)

KEPENTINGAN ZEE Idea 1 : Memberikan hak pengeksploitasian kawasan Dengan penguatkuasaan, ZEE meletakkan suatu kawasan perairan itu (meliputu jarak sejauh 320km atau 200 batu nautika dari pantai) di bawah penguasaan sesebuah negara. Dengan ini, memberikan hak kepada sesebuah negara mengekspoitasi suatu kawasan untuk projek cari gali minyak. Contohnya, dengan kewujudan ZEE, Malaysia berjaya meneroka kawasan di luar pesisir pantai Terengganu dalam lingkungan 170 batu nautika sehingga mendapatkan sumber minyak di situ. Idea 2 : Membolehkan pengendalian sumber Segala sumber yang terangkum dalam ZEE ini membolehkan aktiviti perikanan dijalankan di kawasan ini. Sebarang pencerobohan terhadap ZEE, oleh sesebuah negara boleh diambil tindakan oleh negara yang mengawal ZEE berkenaan. Segala sumber di kawasan berkenaan menjadi tanggungjawab dan di bawah penguasaan negara berkenaan. Idea 3 : Mengupayakan kawalan lanun Pelaksanaan ZEE memberi ruang kepada kawalan lanun antarabangsa. Perairan yang luas mewujudkan keupayaan memantau dan memintas kegiatan lanun sebelum mereka melepasi sempdan antarabangsa dan sempadan negara lain. MASALAH Idea 4 : Pertindihan sempadan laut Pelaksanaan ZEE telah mewujudkan pertindihan sempadan laut antara negara. Setiap negara akan mendapat penambahan kawasan kawalan laut yang menjadi kawasan perairan mereka. Peluasan ini mewujudkan pertindihan kawasan pertindihan sempadan seperti pertindihan sempadan Malaysia dengan Indonesia. Idea 5 : Konfik tuntutan ke atas pulau ZEE telah membawa kepada pertelingkahan antara banyak negara ke atas gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel. Tuntutan Malaysia, Filipina, Vietnam dan Brunei berasaskan ZEE. Kepulauan ini juga dituntut oleh China dan Taiwan yang dikatakan mempunyai hubungan sejarah dengan kepulauan berkenaan. Idea 6 : Pertindihan kawasan cari gali dan perikanan. ZEE juga mewujudkan pertindihan kawasan cari gali sebagaimana pertindihan kawasan cari gali antara Malaysia dengan Thailand. Pertembungan nelayan beberapa negara kerana peluasan sempadan negara masing-masing dengan penerimaan ZEE.

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 3 drp 21

Walaupun ASEAN yang turut didukungi Malaysia berjaya mewujudkan keamanan dan keharmonian di rantau ini, tetapi wujud situasi tertentu yang boleh menggugat keharmoniannya. Bincangkan situasi berkenaan IDEA : 5 situasi yang boleh menimbulkan konflik (5+0) Idea 1 : Wujud tuntutan pertindihan wilayah Singapura dengan Malaysia berhubung tuntutan ke atas Pulau Batu Pitih ( telah dirujuk ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa) Indonesia dengan Malaysia melibatkan kawasan Pulau Ambalat di Perairan Sulawesi (pertindihan sempadan) Tuntutan ini sekiranya tidak diurus dengan baik boleh mewujudkan konflik dua negara serantau. Idea 2 : Ancaman lanun Ancaman lanun sama ada di Selat Melaka mahupun di Laut China Selatan telah mengheret Amerika Syarikat untuk turut mengawal perairan sempit antarabangsa Selat Melaka. Insurans yang tinggi terpaksa dibayar oleh peniaga bagi penghantaran barangan dagangan dua benua yang melalui Selat Melaka. Kegagalan Malaysia dan Indonesia yang berkongsi selat berkenaan mengawal keselamatannya boleh mengundang kuasa dunia ke rantau ini. Idea 3 : Perluasan pengaruh kuasa besar Amerika yang cuba menyaingi kuasa China menempatkan pengaruhnya di rantau ini. Negara kuasa besar mencari peluang menempatkan kuasa dan penngaruh bagi mengimbangi kuasa dan pengaruh China. Kemudahan pangkalannya di Singapura masih tidak memadai bagi menempatkan kemudahan logistik lain. Idea 4 : Ancaman senjata nuklear Korea Utara Ancaman senjata nuklear Korea Utara telah berlarutan bertahun-tahun dan memuncak semula dengan kematian pemimpin utama negara berkenaan setelah diganti oleh anaknya Pertimbangan yang tidak rasional boleh menggugat kedudukan rantau ini yang tenang sebelum ini. Tekanan ke atas Korea Utara boleh membawa negara berkenaan bertindak melulu. Idea 5 : Konflik dua negara berjiran Konfik dua negara berjiran antara Kemboja dan Thailand berkaitan dengan ke atas sebuah kuil. Isu Kuil Preal Vihar yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa memberikan hak penguasaan ke atas Kemboja boleh mencetuskan konflik serantau. Kerajaan Thailand yang masih ingin menguasai kawasan sekitar kuil berkenaan telah menimbulkan kemarahan Kemboja.

TAJUK 4 :

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 4 drp 21

TAJUK 5: Malaysia mendukung kuat malah ada kalanya menjadi peneraju kepada pertubuhan ASEAN. Namun, pertubuhan seranntau ini juga menghadapi cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar ASEAN sendiri. Jelaskan cabaran tersebut. IDEA : Cabaran dalaman dan cabaran luaran (3+2/2+3) CABARAN DARI DALAM Idea 1 : Persaingan dalam pasaran komoditi Dengan iklim dan cuaca yang sama, negara anggota ASEAN mengeluarkan produk pertanian yang sama seperti getah yang menjadi komoditi kepa da banyak negara anggota ASEAN. Keadaan ini menjadikan negara anggota berusahan merebut pasaran yang sama pada peringkat antarabangsa. Tanpa kebijaksanaan pemimpin negara anggota, persaingan ini boleh mengeruhkan hubungan negara anggota. Idea 2 : Sikap bertentangan negara anggota Keputusan Singapura membenarkan kemudahan pangkalan ketenteraan kepada Amerika Syarikat bertentangan dengan dasar promosi ASEAN sebagai Kawasan Aman, Beabs dan Berkecuali. Sokongan Singapura kepada Israel dalam isu Palestin Singapura juga mendapat khidmat pakar ketenteraan Israel dalam mepersiapkan angkatan tenteranya. Idea 3 : Ketidakstabilan politik dalaman sebilangan negara anggota. Selatan Thailand telah lama menjadi onar kepada hubungan antara anggta ASEAN, khususnya dengan Malaysia. Selatan Filipina juga menghadapi masalah yang sama yang boleh mengeruhkan hubungan dengan Malaysia. Pelarian politik kaum Rohingya Myanmar memasuki sempadan Thailand juga mewujudkan ancaman kepada hubungan bernegara. Idea 4 : Faktor pengangguran yang kian meningkat Pengangguran yang tinggi di negara anggota menyebabkan limpahan tenaga kerja yang tidak diundang ke negara anggota lain. Malaysia menghadapi masalah dengan beberapa negara anggota lain berhubung dengan kemasukan pekerja asing yang menganggur di negara sendiri. Faktor ini sering mewujudkan kocakan kepada hubungan baik dua jiran ASEAN CABARAN LUAR ASEAN Idea 5 : Kemunculan kumpulan ekonomi serantau Kesatuan Eropah (EU) mengamalkan skim tarif mata wang yang sama (Euro) serta tidak menggalakkan pelaburan asing ke negara itu. Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico (NAFTA) merancang skim tarif yang sama. Kemunculan kumpulan ekonomi ini menjadikan ekonomi antara dua kumpulan negara akan lebih tertutup menjadi cabaran kepada memantapkan lagi kerjasama ekonomi dalam kalangan negara anggota. Idea 6 : Kegagalan Perjanjian Am tentang Tarif dan Perdagangan (GATT) Rundingan Pusinga Uruguay yang bertujuan menghapuskan halangan perdagangan antara negara maju dengan negara membangun gagal dimuktamadkan. ASEAN perlu berhadapan dengan sekatan dan tarif yang berterusan ole negara maju. Cabaran mendapatkan pasaran baharu yang lebih kompetitif.
Sharing Agent: LRT Documents M/S 5 drp 21

TAJUK 6 :

ASEAN yang turut dianggotai Malaysia telah menganjurkan gerakan dan slogan tertentu. Jelaskan usaha yang dilakukan ASEAN untuk meningkatkan tahap keselamatan serantau. IDEA : 5 usaha meningkatkan tahap keselamatan serantau

Idea 1 : Mewujudkan ZOPFAN Cetusan oleh Malaysia melalui Deklarasi Kuala Lumpur 1971. Bermatlamat untuk menjamin keamanan dan kestabilan politik serantau, menyelesaikan sebarang pertikaian secara aman. Untuk mengelakkan campur tangan kuasa besar ke atas negara Asia Tenggara dan mengelakkan daripada melibatkan diri dalam pertikaian kuasa besar di samping menyeru pengunduran tentera Amerika dari Teluk Subic dan Pangkalan Clarke di Filipina. Pegangan ASEAN bahawa setiap negara besar atau kecil, akan terus kekal tanpa pengaruh atau campur tangan pihak lain dalam hal ehwal negaranya supaya kebebasan, kedaulatan dan keutuhannya terpelihara. Idea 2 : Mewujudkan Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) Diterima dalam Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Singapura pada tahun 1987. Berjaya membebaskan Asia Tenggara daripada percaturan politik kuasa besar, mengelak sebarang perlumbaan senjata nuklear dan menjamin keselamatan perairan serantau. Idea 3 : Mengadakan Forum Serantau ASEAN (ARF) Ditubuhkan pada 1994, bertujuan untuk mengukuhkan hubungan diplomasi sedia ada dan menyelesaikan konflik bersama. Satu-satunya forum keselamatan pelbagai hala di Asia Pasifik yang diwakili oleh ASEAN, Jepun, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Kanada, Australia, India, New Zealand, Korea Utara, Papua New Guinea, Pakistan, Timor Leste dan Mongolia. Persidangan di Kuala Lumpur 2006 menekankan tumpuan kepada usaha mempromosikan pendekatan berteraskan rakyat bagi menangani keganasan, bukan sahaja secara fizikal bahkan melalui ruang siber. Setiap negara anggota perlu meningkatkan usaha mempromosikan sikap saling menghormati, persefahaman dan tolak ansur warga dunia. Pendirian tegas menteri liar ASEAN bahawa keganasan tidak patut dikaitkan dengan sebarang anutan agama, budaya, bangsa dan kewarganegaraan. Idea 4 : Bertukar maklumat dan risikan Pertukaran maklumat dan risikan telah membawa kepada penangkapan anggota pertubuhan yang berkaitan dengan keganasan sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Walaupun pendekatan berbeza antara negara dalam menangani keganasan, tetapi maklumat dan risikan membolehkan setiap negara melakukan tindakan sewajarnya. Kesepakatan juga menjadikan gerakan keganasan terbantut. Idea 5 : Mewujudkan Piagam ASEAN Piagam ASEAN akan didaftarkan di Sekretariat PBB apabila disahkan oleh semua negara anggota. Antara prinsip yang disepakati melindungi keselamatan bersama adalah untuk mengekalkandan meningkatkan keamanan dan keselamatan serta memastikan dapat mengukuhkan demokrasi dan mempromosikan hak asasi manusia. Bersepakat menghormati kemederkaan, kedaulatan dan integrasi kawasan serta identiti nasional semua negara anggota dan menolak sebarang bentuk agresif atau ancaman dalam sebarang bentuk yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa serta menggunakan penyelesaian diplomasi untuk sebarang percanggahan.
Sharing Agent: LRT Documents M/S 6 drp 21

TAJUK 7 :

Banyak kelemahan PBB dan agensinya dalam menjaga keamanan dunia. Malaysia telah mencadangkan beberapa langkah bagi meningkatkan keberkesanan PBB. Jelaskan. IDEA: Kelemahan dan cadangan ( 3+2/ 2+3)

KELEMAHAN Idea 1 : Kewujudan kuasa veto Kuasa mutlak negara yang memilikinya sama ada menerima atau menolak keputusan majority yang dibuat Majlis Keselamatan PBB. Kuasa pembatal ini membolehkan sebarang kritikan terhadap sesuatu isu diketepikan. Majlis Keselamatn sebagai majlis paling berkuasa PBB dipergunakan oleh kuasa besar dunia. Kegagalan Majlis Keselamatan menghalang kuasa besar melakukan suatu tindakan tanpa restu PBB seperti serangan Amerika terhadap Iraq. Gagal menghalang sikap suka campur tangan kuasa besar ke atas negara kecil. Idea 2 : Masalah kewangan. Hutang PBB yang besar sedangkan operasinya memerlukan belanja yang besar. Kegagalan negara anggota membayar sumbangan kepada badan berkenaan seperti Amerika yang melibatkan tunggakan hutang yang besar. Kos pengurusan yang tinggi bagi mengendalikan pejabat yang terletak di seluruh dunia serta operasi ynag berbangkit. PBB dilihat mengikut telunjuk kuasa besar, ada negara yang tidak berminat menyumbang. Idea 3 : Kelemahan pasukan tentera pengaman PBB Bertindak mengikut kepentingan Amerika kerana kebanyakan tentera pengaman merupakan tentera bersekutu dengan Amerika. Tindakan kejam Israel di Palestin dan Serbia di Bosnia-Herzegovina gagal dihalng oleh PBB Hilang keyakinan terhadap keupayaan PBB. CADANGAN MALAYSIA Idea 4 : Menambahkan bilangan anggota tetap Majlis Keselamtan Penambahan ini bagi mengimbangi kedudukan negara anggota yang tidak seimbang antara benua. Cadangan memasukkan Jepun dan Jerman sebagai anggota tetap bagi mewakili semua benua. Dapat mengimbangi kecenderungan dan keupayaan mempengaruhi anggota lain dalam membuat ketetapan Idea 5: Menghapuskan kuasa veto Kuasa veto ialah lambang kelemahan dan kerendahan tahap demokrasi PBB. Menjadi penghalang menegakkan suara majoriti Barat yang mendukung demokrasi seharusnya tidak mengekalkan kuasa veto dalam PBB yang melambangkan double standard mereka. Idea 6 : Menyusun semula struktur PBB Perkecilkan organisasi PBB dapat menjimatkan kos operasi. Perkecilkan pasukan pengaman dengan membuat tambahan dan perubahan dari semasa ke semasa. Menggabungkan unit dan organisasi PBB yang memperlihatkan pertindihan atau kurang perlu mengikut perkembangan semasa.

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 7 drp 21

TAJUK 8: Malaysia memainkan peranan yang penting dalam menyumbang kepada kestabilan di rantau ini. Jelaskan pernyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Kestabilan rantau ASEAN bermula dengan kestabilan negara anggota ASEAN sama ada dari segi politik mahupun ekonomi. Kestabilan Malaysia dan usaha negara telah mempengaruhi kestabilan rantau Asia Tenggara. Peranan Malaysia ini telah diiktiraf antarabangsa. Peranan Malaysia untuk Kestabilan Rantau ASEAN Idea 1 Mencetuskan konsep ZOPFAN Cetusan idea Malaysia ini diterima dan dimuafakatkan oleh ASEAN. Permuafakatan ini bermakna negara anggota ASEAN menguar-uarkan bahawa rantau Asia Tenggara tidak bersedia menerima kehadiran kuasa besar sama ada dalam bentuk peluasan pengaruh, atau cuba menyebelahi mana-mana negara dalam krisis yang wujud antara anggota ZOPFAN juga menjadi kawalan kepada negara anggota agar tidak berusaha mendapatkan bantuan negara luar yang akhirnya menyebabkan negara terpaksa 'berpihak' kepada kuasa besar yang memberi bantuan Situasi ini telah membuatkan anggota negara ASEAN berhati-hati dalam mengurus konflik agar tidak membelakangkan konsep ZOPFAN ini Idea 2 Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) Pengisytiharan Zon Bebas Nuklear (SEANWFZ) 'membebaskan' ASEAN daripada percaturan kuasa besar. Sekurang-kurang negara kuasa besar tidak menjadikan 'keupayaan dalam memiliki senjata nuklear' sebagai helah untuk menempatkan kepentingan peluasan pengaruh Ketegasan ASEAN dalam hal ini merendahkan risiko berlaku konflik berkaitan nuklear dan juga bebas daripada sebarang aktiviti dan penghasilan senjata nuklear. Risiko kemusnahan yang besar dapat dielakkan. Sehingga kini idea yang didukung kuat oleh Malaysia yang disepakati ASEAN ini belum tercabar Idea 3 Peningkatan amalan demokrasi di Myanmar Tan Sri Razali Ismail menjadi duta/pegawai khas Pertubuhan Bangsa Bersatu ke Myanmar bagi merundingkan peningkatan amalan demokrasi Ketegasan Malaysia dan negara anggota ASEAN membantah keras sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara lain telah melembutkan junta tentera Myanmar untuk terus berunding berhubung penerimaan demokrasi Bantuan semasa Taufan Nargis yang memusnahkan sebahagian besar kawasan sawah negara berkenaan menjadikan pemerintah Myanmar lebih terbuka dalam hubungan luar. Peranan Malaysia ini ternyata akhirnya menjadi sebahagian faktor kepada tegaknya demokrasi di negara tersebut

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 8 drp 21

Idea 4 Rundingan perjanjian damai di Selatan Filipina Menamatkan konflik berdarah selaraa 40 tahun di salah sebuah negara anggota ASEAN. Peranan Malaysia amat besar dalam rundingan ini Kedamaian yang terbentuk menjadikan kehidupan majoriti rakyataya lebih tersusun dan berpeluang menikmati masa depan yang lebih baik Idea 5 Gagasan Kesederhanaan Global Tidak mengundang simpati masyarakat kerana pendekatan kesederhanaan yang diambil. Sumbangan dalam bentuk pemikiran ini amat kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat sejagat Walaupun tidak dapat mempengaruhi pihak berkuasa sesebuah negara dalam mengambil tindakan dan keputusan, sekurang-kurangnya gagasan ini mempengaruhi pemikiran masyarakat untuk menolak atau 'membenci' perang Pemimpin yang terpilih dalam kalangan yang cenderung menggunakan pendekatan militeri akan tergugat dengan penolakan perang oleh rakyat Idea 6 Peranan di Aceh Malaysia turut berperanan sebagai perunding dan penasihat dalam konflik di Aceh. Tuntutan kumpulan radikal/pemisah Aceh telah menyebabkan ketidaktenteraman dalam kehidupan di wilayah berkenaan Keupayaan rundingan mempengaruhi penerimaan kuasa autonomi yang menjalankan kuasa perundangan syariah telah menamatkan konflik. Pembangunan selepas sengketa dan bencana tsunami telah menyediakan kehidupan yang lebih stabil kepada penduduk Aceh dan rantau Asia Tenggara Kesimpulan Usaha dan pendekatan Malaysia dihormati oleh banyak pihak sehingga idea dan saranan Malaysia tidak mudah diketepikan pada peringkat serantau dan antarabangsa. Format jawapan: Mana-mana lima idea

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 9 drp 21

Walaupun wujud masalah di sebalik pengisytiharan Undang-Undang Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE), namun pelaksanaan undang-undang ini menyelesaikan banyak perkara yang berbangkit. Jelaskan penyataan ini. RANGKA JAWAPAN Pengenalan Persidangan Undang-Undang Laut di Caracas, Venezuela (1974) telah membuat penetapan bahawa Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) meliputi jarak sejauh 320 km (200 batu) dari sempadan pantai yang sah bagi sesebuah negara. Penetapan ini telah membawa kepada usaha menetapkan sempadan baru kawasan perairan. Bahagaian A: Masalab yang Berbangkit Idea 1 Pertindihan tuntutan wilayah Penerimaan undang-undang ini telah mewujudkan konflik pertindihan sempadan perairan antara negara. Sebagai contoh, wujud tuntutan pertindihan kawasan perairan antara Malaysia dengan Indonesia. Tuntutan bertindih yang melibatkan Pulau Sipadan dan Ligitan ini telah mendapat penyelesaian melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ) Tuntutan ke atas Pulau Spratly dan Paracel antara Malaysia dengan beberapa buah negara ASEAN serta China juga berasaskan penetapan ZEE Idea 2 Boleh menjadi punca kepada konflik yang lebih besar Wujud pertindihan tuntutan wilayah dengan pelaksanaan ZEE. Pertindihan ini boleh mengundang konflik lebih besar apabila melibatkan kuasa besar Sebagai contoh, isu Pulau Scarborough Shoal yang jauhnya 220 km dituntut oleh Filipina. Setelah diuji oleh kapal perang China, Filipina terpaksa berundur. Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan peranannya di rantau ini apabila diminta meningkatkan peranan melindungi kepentingan negara berkenaan. Pertembungan dua kuasa besar ini berisiko kepada ketidakstabilan rantau ini. Idea 3 Risiko terlepas wilayah Sebahagian konflik pertindihan wilayah dibawa kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (1CJ). Penyelesaian oleh ICJ menentukan sama ada satu wilayah atau kawasan yang dituntut kekal atau terpaksa dilepaskan kepada negara lain Sebagai contoh, kes tuntutan Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura membawa kepada penyerahan pulau berkenaan kepada Singapura atas arahan ICJ berkenaan Begitu juga, konflik pertindihan Pulau Sipadan dan Ligitan antara Malaysia dengan Indonesia yang membawa pemilikan kepada Malaysia

TAJUK 9:

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 10 drp 21

Bahagian B: Manfaat ZEE Idea 4 Sempadan perairan yang jelas ZEE telah mewujudkan satu pengisytiharan sempadan perairan yang jelas bagi sesebuah negara Dengan jarak yang ditetapkan, sesebuah negara dapat mengukur dengan jelas jarak sempadan antara dua buah negara . Penetapan sempadan perairan yang jelas juga membolehkan kawalan sempadan dapat dilakukan termasuk kawalan ke atas kegiatan lanun Idea 5 Hak eksploitasi sumber marin . Dengan kawasan sempadan yang jelas, hak mengeksploitasi, sumber marin juga terbuka luas tanpa merasa bimbang pertembungan dengan nelayan negara lain Pihak negara lain j uga secara sedar tidak akan memasuki sempadan sesebuah negara untuk mendapatkan sumber marin Pengiktirafan hak ini dapat dikuatkuasakan sepenuh pada bahagian laut yang terbuka luas seperti di sebahagian kawasan laut China Selatan Idea 6 Hak penerokaan sumber galian petroleum Dengan kawasan perairan yang terbuka luas, ruang membuat penerokaan dan cari gali juga terbuka. Banyak penemuan sumber petroleum berlaku selepas pengisytiharan dan penguatkuasaan undang-undang ini Penemuan minyak di luar pantai Terengganu yang jaraknya sekitar 170 batu nautika dari kawasan pantai negeri berkenaan adalah kesan pelaksanaan ZEE Idea 7 Ruang mewujudkan perkongsian Walaupun wujud pertindihan sempadan dengan pelaksanaan ZEE, natnun pertindihan ini membawa kepada perkongsian pintar antara Malaysia dengan negara jiran Sebagai contoh, pertindihan sempadan antara Malaysia dengan Thailand di kawasan Teluk Siam telah mewujudkan perebutan ke atas kawasan yang ditemui sumber petroleum Akhirnya, wujud perkongsian pintar antara dua buah negara dengan melakukan usaha sama penerokaan dan penikmatan hasil cari gali secara bersama. Begitu juga dengan kawasan yang dikenali sebagai Blok 18 antara Malaysia dengan Brunei juga diselesaikan secara perkongsian pintar Kesimpulan Jelas ZEE mewujudkan konflik, tetapi di sebalik konflik, wujud manfaat yang besar dalam bentuk material mahupun ruang untuk meningkatkan kefahaman dan hubungan antara dua buah negara. Format jawapan: 3+2/2+3

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 11 drp 21

TAJUK 10:

Zon Aman Bebas Berkecuali (ZOPFAN) menjadi lambang muafakat penting kepada negara anggota ASEAN, namun wujud ancaman kepada cetusan idea Malaysia ini. Beri pendapat anda.

RANGKA JAWAPAN Pengenalan Deklarasi Kuala Lumpur membawa kepada termeterainya perjanjian Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) yang disepakati negara anggota ASEAN. Kepentingan perjanjian ini jelas kepada ASEAN dalam usaha mengekalkan kestabilan rantau tersebut walaupun wujud ancaman kepada pelaksanaannya. Bahagian A: Implikasi Buruk Idea 1 Menonjolkan pendirian ASEAN Slogan ini dengan jelas menonjolkan pendirian dan ketegasan ASEAN dalam usaha melindungi rantau ASEAN daripada pengaruh kuasa besar Dengan pendirian yang diuar-uarkan secara bersama, negara kuasa besar khususnya, lebih berhatihati atau tidak secara terbuka campur tangan dalam urusan dan konflik yang mungkin berlaku di rantau ASEAN Slogan ini seolah-olah menjadi 'sempadan' kepada negara kuasa besar dalam usaha memperluas pengaruh mereka Idea 2 Peringatan kepada negara anggota Permuafakatan dan pendirian ini juga menjadi batasan kepada negara anggota ASEAN dalam usaha melindungi kepentingan negara Negara ASEAN akan lebih berhati-hati dan wujud batasan dalam tindakan semasa membuat hubungan dengan negara kuasa besar agar tidak terperangkap dengan helah kuasa besar untuk menempatkan pengaruh mereka Negara anggota akan mengelak daripada mengheret negara kuasa besar dalam menyelesaikan konflik yang dihadapi Idea 3 Wujud garis panduan kepada kumpulan rakyat Untuk memberi kredit kepada kerajaan mereka dalam memberi sokongan terbuka atau menetapkan pendirian dalam isu membabitkan kuasa besar Rakyat yang menghormati dan memahami hasrat slogan berkenaan akan memberi reaksi kepada tindakan dan keputusan kerajaan mereka yang melanggar dasar dan keputusan bersama Situasi ini akan menjadikan sebuah negara akan berhemah dalam tindakan

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 12 drp 21

Bahagaian B: A n c a m a n kepada Kesepakatan Idea 4 Tindakan berpihak/condong negara anggota Dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel, Kemboja yang tidak terlibat dalam konflik dengan jelas berpihak kepada China dengan menolak kesepakatan ASEAN dalam menghadapi China Singapura yang sebelum ini telah mendahului negara anggota lain dengan membenarkan tentera Amerika Syarikat membina pangkalan untuk kemudahan logistik di negara berkenaan Thailand juga dalam banyak hal 'dilihat' berpihak kepada China Idea 5 Persaingan pengaruh kuasa besar China menunjukkan sifat agresif dalam mendapat tuntutannya ke atas beberapa pulau di Laut China Selatan dan China Timur Amerika Syarikat bertindak balas dengan melebarkan kekuatan tenteranya ke rantau Asia Pasifik bagi menyaingi pengaruh China Strategi Pangsi Pasifik Amerika Syarikat di kawasan Asia Pasifik mewujudkan pertembungan pengaruh yang secara tidak langsung telah merobek slogan ZOPFAN ASEAN Idea 6 Konflik tuntutan wilayah Tindakan Filipina yang meminta campur tangan Amerika Syarikat dalam melindungi kepentingannya apabila wujud konflik berkait dengan Pulau Scarborought. Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina telah menggandakan bantuan luar kepada negara berkenaan Amerika Syarikat yang telah mempunyai perjanjian dengan Singapura melalui kerangka strategik telah menempatkan kapal perangnya di Singapura dalam usaha mengekang 'kehadiran berlebihan' China di rantau ini Kesimpulan Sesungguhnya objektif dan semangat ZOPFAN telah berjaya sekian dekad untuk mengekalkan kestabilan rantau ini. Namun buat pertama kali ASEAN gagal mencapai kata sepakat dalam isu Kepulauan Spratly dan Paracel apabila tidak bersedia menghadapi China dalam kerangka kesepakatan ASEAN. Format jawapan: 3+2/2+3

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 13 drp 21

TAJUK 11:

Antara usaha kerajaan bagi menangani masalah pendatang tanpa izin ialah mengaplikasikan sistem biometrik. Namun kejayaan usaha ini turut dipengaruhi oleh faktor di luar negara. Huraikan pernyataan ini.

RANGKA JAWAPAN Pengenalan Kelebihan sistem biometrik telah membawa kepada cetusan penggunaannya dalam meningkatkan keupayaan negara dalam menangani kehadiran warga asing tanpa izin (PATI). Namun faktor di luar negara turut mempengaruhi kejayaan menangani kemasukan PATI ini.

Kajayaan Menangani Kemasukan PATI

Idea 1 Kelebihan sistem biometrik Sistem mykad menggunakan sistem ini. Diaplikasikan kepada pengenalan warga asing yang memasuki Malaysia Merekodkan pengenalan warga asing melalui cap jari yang dapai membezakan antara seseorang itu dengan individu lain. Dengar mempunyai rekod cap jari, dapat dikenal pasti kemasukan wargE asing ke negara ini sama ada melalui undang-undang yang sah atai sebaliknya Operasi ke atas warga asing dapat disusuli dengan tindakan segera Idea 2 Perkembangan ekonomi di negara jiran Perkembangan ekonomi yang pesat akan mewujudkan peluang pekerjaan. Dengan peluang pekerjaan yang wujud, kemiskinan dapa dielakkan yang akhirnya menurunkan desakan untuk berhijrah ke negara lain bagi membaiki taraf hidup Perkembangan ekonomi juga akan mewujudkan ruang mendapa pendidikan dengan lebih terbuka. Akses kepada tahap pendidikai yang lebih tinggi mewujudkan mobiliti sosial kepada rakyat sesebual negara Idea 3 Keupayaan mewujudkan kesepakatan antara negara Aktiviti pemerdagangan orang terus mencabar keupayaan mengawa sempadan negara. Keupayaan mengubah taktik oleh sindike pemerdagangan orang ini menjadikan sempadan negara terui tercabar Kerjasama risikan dan pertukaran maklumat antara dua bual negara khususnya melibatkan sindiket pemerdagangan orang akai meningkatkan keupayaan negara mengawal pencerobohan PATI

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 14 drp 21

Kerjasama antara negara akan dapat melemahkan keupayaan sindike ini memerangkap dan mempengaruhi individu untuk dipindah k< sesebuah negara bagi tujuan mengaut keuntungan melalui aktivit pemerdagangan orang Idea 4 Kestabilan politik negara jiran Kejayaan merundingkan Perjanjian Selatan Filipina telah berjayj mengurangi kemasukan rakyat Selatan Filipina ke Sabah Kedamaian di Acheh juga telah menurunkan kadar rentas sempadai secara haram ke Malaysia Kurangnya konflik di Selatan Thailand juga telah menguranj kemasukan rakyat Thailand ke negara ini kerana lari dari konflil di negara mereka Idea 5 Kerjasama agensi pencari kerja Tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga gagal dibayai oleh pencari kerja. Situasi ini menyebabkan sebahagian daripads pencari kerja ini lebih cenderung mengambil jalan pintas memasuk Malaysia secara haram Sebahagian agensi pencari kerja di negara jiran juga turui menyeleweng dengan membantu pencari kerja yang tidak mampt membolos diri tanpa melalui undang-undang yang sah Idea 6 Kawalan sempadan negara jiran Undang-undang kawalan sempadan negara jiran juga mempengaruhi kejayaan negara mengawal kemasukan PATI Ketegasan negara jiran dalam mengawal pergerakan keluar masuk sempadan negara turut mempengaruhi kejayaan negara Kecekapan sistem kawal masuk sempadan antara dua buah negara meningkatkan keupayaan negara dalam mengawal pergerakan PATI Kesimpulan Banyak faktor yang mempengaruhi kejayaan negara dalam mengawal kemasukan PATI sama ada faktor dalam negara mahupun faktor di luar negara. Kerjasama antara negara amat penting dalam menangani konflik merentas sempadan ini. Format jawapan: Idea 1 (wajib) + 4 idea lain

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 15 drp 21

TAJUK 12:

Mendukung kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) adaiah antara usaha un.uk memesatkan ekonomi negara. Namun usaha-usaha di luar negara terus digerakkan bagi mencapai hasrc tersebut. Bincangkan.

RANGKA JAWAPAN Pengenalan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) mewujudkan pasara yang luas kepada barangan Malaysia. Dengan lebih 558 juta pendudul peluang meluaskan pasaran amat terbuka. Namun, Malaysia tidak seharusnya bergantung kepada pasaran serantau semata-mata. Langkah-langkah Malaysia Idea 1 Perjanjian perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) Membuka seluasnya pasaran keluaran negara. Gabungan pasara antara negara ASEAN mewujudkan skala pasaran yang cukup besa 250 juta penduduk Indonesia dan 65 juta penduduk Thailan merupakan satu ruang pasaran yang cukup selesa, ditambah denga kadar cukai minimum 5% Wujud permintaan kepada barang tempatan, mengaktifkan ekonon pengeluaran Idea 2 Menarik pelabur asing Pelaburan langsung asing (FDI) amat penting dalam menggerakka projek-projek pembangunan berimpak tinggi Dengan kehadiran FDI, ekonomi berskala besar dapat digerakka yang akan memberi kesan besar kepada kemajuan ekonomi negar Kerajaan sentiasa mencari peluang dan ruang mempromosika Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menarik Idea 3 Meluaskan rakan dagang dua hala (FTA) Malaysia berusaha mensepakatkan pembukaan pasaran bagi memac pertumbuhan berterusan ekonomi. Sebanyak 62% dagangan Malaysi dengan negara rakan FTA, keupayaan menambah bilangan raka; dagang FTA akan meningkatkan lagi eksport Peluasan pasaran eksport merangsang pengeluaran dalam negara merangsang aktiviti ekonomi Kegagalan memeterai FTA dengan Amerika Syarikat tela! menjejaskan ruang memasuki pasaran di negara berkenaan secar terbuka Idea 4 Meningkatkan lagi kesepakatan serantau Kesepakatan membentuk pasaran saham berintegriti (ASEAN Trading Link) melibatkan Malaysia, Thailand dan Singapura Memudahkan urusan transaksi pasaran saham merentasi sempadai antara tiga negara. Mengelak pengaliran keluar modal oleh pelabu dengan akses mudah dan pantas ke atas ketiga-tiga pasaran

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 16 drp 21

Permuafakatan dalam menstabilkan harga getah melalui Persidangar Antarabangsa Tiga Negara Pengeluar Utama Getah Dunia yanj turut dihadiri negara China dan India. Idea 5 Meningkatkan lagi imej negara Meningkatkan penerimaan antarabangsa terhadap Malaysia Imej yang positif dari segi standard antarabangsa seperti kedudukan negara dalam penarafan amalan rasuah, kadar jenayah dan tahap keselamatan, kemudahan mengakses modal, sistem kewangan dan perbankan dan jaminan dalam sistem kehakiman yang kukuh membentuk aras keyakinan antarabangsa yang tinggi khususnya para pelabur Usaha mempromosi Malaysia di luar negara sebagaimana yang berlaku di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland amat berjaya atas imej positif yang sedia terbentuk Idea 6 Meningkatkan keamanan serantau Menggerakkan segala ruang bagi meningkatkan keamanan serantau termasuk melalui Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN), Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) dan Forum Serantau ASEAN (ARF). Keamanan ini akan menstabilkan politik serantau dan melancarkan kegiatan ekonomi Malaysia juga berjaya memuktamadkan rundingan konflik Selatan Filipina agar keamanan yang wujud merangsang lagi pertumbuhan ekonomi serantau Kesimpulan Usaha berterusan dan keupayaan diplomasi yang tinggi membantu negara untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi negara walaupun dunia masih tidak pulih sepenuhnya daripada kemelesetan. Format jawapan: Idea I wajib + 4 idea lain

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 17 drp 21

TAJUK 13:

Seiring dengan masyarakat antarabangsa, Malaysia turut mengambil pelbagai mekanisme dalam melindungi alam sekitar daripada kewujudan unsur karbon berlebihan. Bincangkan.

RANGKA JAWAPAN Pengenalan Isu pemanasan global bukan sekadar isu cuaca, tetapi melibatkan isu ekonomi, politik dan sosial. Seiring dengan tindakan masyarakat antarabangsa, Malaysia juga mengambil pendekatan tertentu bagi menangani isu ini. A) Langkah Masyarakat Antarabangsa Idea 1 Protokol Kyoto dan Montreal Langkah awal masyarakat antarabangsa untuk menangani perubahan suhu bumi dirangka menerusi Protokol Kyoto 1988 yang menetapkan kadar penurunan gas rumah hijau sekitar 12% menjelang tahun 2009 Protokol ini diteguhkan dengan mekanisme Protokol Montreal yang mengawal pelepasan gas kloroflorokarbon (CFC) dan bahan kimia lain Kedua-dua protokol ini membentuk mekanisme kawalan melalui insentif kewangan dan insentif teknologi mesra alam Idea 2 Persidangan inisiatif global Persidangan yang mengumpulkan negara dunia dalam menangani kesan pemanasan global. Kesepakatan negara yang terlibat untuk melindungi alam sekitar masing-masing dengan penekanan kepada pengaplikasian teknologi hijau Tabung hijau dengan dana sebanyak AS$1 bilion dilancarkan untuk membangunkan teknologi tenaga lestari Tumpuan tabung adalah untuk mencari langkah untuk mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, mengurangkan impak pencemaran dan mengurangkan peningkatan suhu bumi Idea 3 Inisiatif pengeluar kereta antarabangsa Pengangkutan dikatakan antara penyumbang besar kepada pelepasan gas karbon. Gas ini dikatakan sebagai gangguan awam yang banyak dilepaskan oleh kenderaan persendirian, iaitu kereta Pengeluar kereta mengeluarkan kenyataan secara kolektif untuk raemfokuskan pengeluaran model baru kenderaan kepada yang tidak menghasilkan gas rumah kaca dan mengeluarkan enjin yang lebih efisien dalam penggunaan bahan api

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 18 drp 21

B) Mekanisme Malaysia Idea 4 Mewartakan hutan simpan Hutan sebagai agen menyimbang gas dengan membekalkan oksigen dan menyerap unsur karbon Penyerapan karbon akan mengurangkan lebihan unsur ini sekali gus mengurangkan kuantiti gas pembentuk rumah hijau Dengan mengekalkan kawasan hutan, agen penyerap karbon akan terpelihara agar fungsinya tidak berkurang. Mengekalkan kawasan hutan sebagai sumbangan kepada usaha mengekalkan suhu agar tidak semakin serius Idea 5 Mempromosikan teknologi hijau Malaysia mula mempromosikan teknologi hijau sebagai satu cara hidup dan juga pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi baharu. Malaysia juga bersedia menjadi hab rantaian teknologi hijau memandangkan permintaan global bagi produk lestari semakin meningkat Industri teknologi hijau negara telah meningkat sebanyak enam peratus pada tahun 2010 daripada RM67 bilion tahun sebelumnya Dengan peningkatan penggunaan teknologi hijau ini, Malaysia bersama pihak antarabangsa berusaha mengurangkan pelepasan karbon sehingga 40% pada tahun 2012 sebagai kepatuhan kepada Sidang Kemuncak Copenhagen Idea 6 Menghasilkan biodisel Penghasilan biodisel sebagai sumber tenaga bagi menyahut seruan mengurangkan pelepasan karbon Biodisel daripada kelapa sawit contohnya lebih efisien berbanding penggunaan sumber tenaga petrol Penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini juga mesra alam kerana kandungan karbon yang dilepaskan terlalu kecil berbanding pembakaran menggunakan tenaga fuel Kesimpulan Isu peningkatan suhu ialah isu global. Oleh itu, tanpa kerjasama masyarakat antarabangsa, isu ini gagal ditangani hanya dengan tindakan beberapa buah negara. Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 19 drp 21

TAJUK 14:

Amerika Syarikat memberi isyarat yang jelas bahawa pengaruh China di rantau Asia Pasifik mesti berada pada tahap yang boleh dikawal. Pendirian ini menjadi cabaran kepada kestabilan ASEAN. Jelaskan pernyataan ini.

RANGKA JAWAPAN Pengenalan Amerika Syarikat (AS) meletak sasaran sendin dalam penglibatannya di Asm Pasifik khususnya diRantau ASEAN Sasaran AS mi boleh menimbu.kan ancaman besar kepada rantau in, sekiranya Lnina bertmdak melebihi standard yang ditetapkan oleh AS A) Mesej Penglibatan Amerika Syarikat (AS) Idea 1 Strategi Pangsi Pasifik Satu strategi untuk menjadikan Asia Pasifik sebagai pangkalan tumpuan kekuatan ketenteraan AS. Dengan strategi ini bermakna kekuatan tentera laut AS (USN) akan meningkat di Lautan Pasifik kepada 60:40 berbanding Lautan Atlantik Lebih separuh armada perang AS akan ditempatkan di Asia Pasifik dan kapal penggempur pesisir pantai akan ditempatkan di Singapura Idea 2 Penglibatan meluas dalam hal ehwal ASEAN Konflik China dan Filipina telah 'mengheret' AS secara tidak langsung. Tragedi Pulau Scarborough Shoal menunjukkan tentera laut Filipina terpaksa berundur setelah diuji oleh kapal perang China. Amerika Syarikat yang mempunyai perjanjian pertahanan bersama dengan Filipina, telah meningkatkan peranannya membantu pertahanan Filipina dengan meningkatkan bantuan ketenteraan kepada negara berkenaan Amerika Syarikat juga mempunyai hubungan dengan Singapura melalui persetujuan Singapura menyedia kemudahan logistik kepada tentera AS Idea 3 Kesanggupan mempertahankan sekutu AS juga melengkapkan pertahanan negara Jepun dengan radar berkuasa tinggi bagi meningkatkan pertahanan peluru berpandu negara berkenaan Radar X-band yang dibekalkan kepada Jepun dapat menangkis peluru berpandu China atau Korea

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 20 drp 21

B) Cabaran kepada ASEAN Idea 4 Ancaman kepada konsep ZOPFAN Perubahan dasar AS ini mengancam kestabilan ASEAN. Konsep ZOPFAN yang menjadi pegangan anggota ASEAN selama ini turut tercabar Tindakan Filipina dan Singapura jelas mencabul konsep yang dimuafakatkan dan menjadi pegangan ASEAN Kesediaan China 'berperang' dengan Filipina sebagaimana laporan akhbar utama China, akan meningkatkan ketegangan di rantau ini apabila AS sedia memainkan peranan mempertahankan kepentingan Filipina Idea 5 Zon bebas nuklear ASEAN ASEAN turut menghadapi cabaran apabila berlaku perubahan dasar luar AS sehingga berlaku perlumbaan senjata di rantau ini Memandangkan Korea Utara dan China juga memiliki senjata nuklear, AS pasti turut bersedia dengan keupayaan senjata berkenaan Pertembungan ini pastinya mencabar pegangan ASEAN agar rantau ini bebas daripada pengaruh senjata nuklear Idea 6 Kewujudan Zon Tentera Dengan kehadiran sejumlah besar tentera AS di rantau sebelah sini yang berpangkalan di Singapura, Filipina dan Australia, maka akan berlaku perubahan kepada komposisi kekuatan tentera di Laut China Selatan dan Selat Melaka China yang bergerak di sekitar Laut China Selatan bagi mengawal Pulau Spratly dan Paracel yang didakwa sebagai wilayahnya akan menjadikan persekitaran laut negara ASEAN sebagai zon pergerakan tentera. Satu yang amat ditolak oleh ASEAN Kesimpulan Pendekatan diplomasi dan bersederhana dalam tindakan mesti menjadi pegangan ASEAN. Negara ASEAN seharusnya tidak menunjukkan kedudukan 'terlalu berpihak' dan menuntut status quo dikekalkan sekiranya isu gagal disepakati. Format jawapan: 3A + 2B / 2A + 3B

Sharing Agent: LRT Documents

M/S 21 drp 21