Anda di halaman 1dari 3

Program yang dirancang ini mempunyai banyak kelebihan seperti :

KELEBIHAN Memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain samaada para peserta mahupun guru-guru. Memberikan pengalaman baru kepada murid-murid seperti memasak dan membuat kraftangan daripada bahan terbuang. Membina keyakinan diri untuk melakukan tugasan tanpa rasa tertekan. Murid berpeluang belajar sesuatu yang baru. Memberi pendedahan awal kepada murid terutamanya murid perempuan dalam memasak. Murid tahu untuk mengurus diri sendiri jika berada sendirian.

KELEMAHAN

Berdasarkan kepada pemerhatian saya, sepanjang menjadi guru penasihat PPIM dan menjalankan aktiviti PPIM, terdapat jugak kelemahan yang perlu diperbaiki daripada semasa ke semasa. Antara kelemahan yang dapat dikenalpasti ialah Bahan-bahan yang digunakan oleh murid agak terhad. Kebanyakan kumpulan hanya menggunakan bekas tin seperti tin minuman dan bekas daripada kotak. Tiada hadiah disediakan untuk ahli. Kebanyakan murid dilihat bersemangat untuk membuat aktiviti yang dijalankan. Masa yang terlalu singkat untuk setiap aktiviti gubahan yang dijalankan. Murid tidak dapat menyiapkan gubahan mereka setelah selesai program yang dijalankan. Murid tidak mempunyai idea dalam melakukan gubahan dan kerana kurangnya pendedahan mengenai penggunaan bahan kitar semula.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah selesai menjalankan aktiviti ini, perbincangan telah dibuat antara guru-guru penasihat PPIM dan beberapa cadangan telah diambil untuk menambah baikkan program PPIM selepas ini. Antaranya ialah: Guru perlu lebih memberi info berkaitan aktiviti berkaitan dengan program kitar semula. Guru boleh memberi panduan awal kepada murid dengan menunjukkan contoh daripada buku, majalah dan internet supaya murid mempunyai idea untuk membuat gubahan. Memberikan hadiah kepada kumpulan yang membuat kraftangan dan memasak yang terbaik. Ini sebagai galakan untuk murid mencuba dengan lebih baik selepas ini.

Galakan kepada semua murid agar dapat melibatkan diri dengan aktiviti bukan hanya tertumpu kepada peserta. Masa yang lebih lama untuk setiap aktiviti yang dilakukan supaya murid dapat menyiapkan tugasan dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai