Anda di halaman 1dari 8

PENDAHULUAN

Perbincangan tamadun dan ketamadunan oleh para sarjana tamadun banyak bertitik tolak daripada perbincangan istilah. Terdapat beberapa istilah yang dikaitkan dengan tamadun. Antara istilah yang sering digunakan ialah civilization dalam bahasa Inggeris, tamadun dan peradaban dalam bahasa Melayu, maddana, umran dan hadarah dalam bahasa Arab. Setiap istilah ini mempunyai maksud dan tafsirannya tersendiri. Peristilahan ini memberi kesan kepada definisi tamadun. Selain ini, definisi tamadun juga berbeza antara seorang sarjana dengan sarjana yang lain kerana mereka memberi tafsiran tamadun berdasarkan disiplin ilmu masing-masing. Ini menghasilkan definisi tamadun yang pelbagai berdasarkan dimensi yang berbeza. Bagi ahli antropologi, tamadun dikaitkan dengan kebudayaan. Ahli arkeologi pula menegaskan, tamadun dihubungkan dengan peninggalan bahan-bahan bukti (artifak) yang boleh digunakan oleh sejarawan dalam menyusun kisah sejarah masyarakat lampau.

Bagi para sarjana Muslim Islam, tamadun bermula dengan pengutusan para nabi dan rasul. Pembentukan masyarakat bertamadun menurut acuan Pencipta manusia adalah tujuan utama perutusan mereka. Para nabi dan rasul diberi amanat untuk meluruskan jalan kehidupan manusia dan menjadikan manusia umat yang bertamadun. Masyarakat yang bertamadun adalah masyarakat yang memiliki seluruh tingkat kemajuan kehidupan yang meliputi aspek spiritual dan material. Islam telah membekalkan asas-asas yang kukuh dan sumber yang mantap untuk manusia membina tamadun.

Menurut Islam, tamadun sesebuah bangsa itu akan terbina apabila wujudnya nilai-nilai baik dan mulia dalam sesebuah masyarakat. Seandainya sesebuah masyarakat mengabaikan nilai-nilai baik atau menyalahi matlamat utama pembinaan tamadun, maka masyarakat tersebut akan mengalami zaman keruntuhan.

DEFINISI TAMADUN

Dalam kamus dewan tamadun bermaksud kebudayaan, kemajuan atau peradaban. Perkataan tamadun dan peradaban itu adalah pinjaman dari perkataan Arab. Dalam bahasa Arab terdapat 5 istilah yang boleh dihubungkan dengan maksud tamadun iaitu umran, hadharah, tamaddun, madinah dan madaniah. Manakala dalam bahasa Inggeris pula, istilah civilization diambil daripada perkataan Latin Civitas yang bermakna bandar.

PENGENALAN TAMADUN MELAYU

Tamadun Melayu merujuk kepada satu rumpun bangsa atau budaya yang berasal daripada satu punca di mana ia juga mempunyai asas kehidupan yang sama. Tamadun Melayu juga adalah merupakan satu tamadun yang dibentuk. Ia dibentuk oleh sekelompok manusia yang secara meluas digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu dan bertempat di suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti gugusan Kepulauan Melayu Malay Archipelago, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu, dan Tanah Jawi. Ruang yang luas dan dipisahkan oleh laut serta selat telah membezakan istilah mengenai Tamadun Melayu itu sendiri.

Pada abad ke-15, kedatangan Islam telah merubah pandangan masyarakat Melayu mengenai Islam dan mereka ini kemudiannya tertarik dengan agama atau pegangan Islam itu sendiri. Hal ini kerana menurut Islam, setiap insan mempunyai taraf yang sama tanpa ada sebarang jurang perbezaan. Ketika kedatangan Islam, antara perkara yang paling mengubah pemikiran orang Melayu adalah konsep mereka ke arah tauhid yang lebih tinggi dan kepercayaan yang teguh kepada Allah S.W.T.

Dalam proses penyebaran Islam ke alam Melayu dua faktor penting yang mebawa kepada perkembangan Islam ke alam Melayu:

1. Peranan golongan-golongan penyebar Islam yang terdiri daripada golongan bangsawan, peranan kerajaan-kerajaan Islam, golongan mubaligh, golongan ulama dan ahli-ahli sufi serta pedagang-pedagang asing.

2. Ciri-ciri yang ada terdapat pada agama Islam itu sendiri, antaranya ialah: a) Islam tidak memaksa masyarakat Melayu supaya menerima kehadiran agama Islam itu sendiri. b) Islam merupakan agama yang bersederhana dan sifatnya ini telah mendapat tempat di hati dan jiwa di kalangan masyarakat Melayu khususnya. c) Agama baru ini juga boleh menyesuaikan ajarannya dengan budaya masyarakat melayu yang telah sebati dengan diri mereka.

Ketinggian daya penciptaan yang mencerminkan ketinggian pemikiran bangsa melayu pada ketika itu dapat dikesan melalui penghasilan pelbagai hasil kesusasteraan agama seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Nabi Wafat, Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah dan sebagainya. Hikayat Raja Pasai adalah merupakan hasil kesusasteraan sejarah yang menjadi sumber pemikiran Tamadun Melayu melalui beberapa dimensi iaitu:

a)

Sistem Kepercayaan: Agama Islam menjadi teras kepercayaan masyarakat Melayu

b)

Sistem Politik dan Pentadbiran: Sistem Feudal (bangsawan) merupakan bentuk sistem pentadbiran yang diamalkan di kebanyakan kerajaan Melayu Tradisi.

c)

Sistem Sosial dan Budaya: Masyarakat melayu mempunyai hierarki sosialnya yang mana Raja mempunyai kedudukan yang tinggi dalam kerajaan dan diikuti oleh golongan pegawai, pemimpin-pemimpin tempatan dan seterusnya rakyat biasa. Dari aspek kebudayaan ditonjolkan adat istiadat melayu seperti adapt menyambut kelahiran putera raja, adapt pertabalan raja dan sebagainya.

d)

Sistem Ekonomi: Hikayat Raja Pasai telah melukiskan kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisi seperti memungut hasil hutan, memburu dan menternak binatang serta bertani (padi huma). Masyarakat Melayu juga pada ketika itu telah ada aktiviti perdagangan dan perlombongan emas.

Dapatlah kita lihat atau renungkan bahawa Pasai merupakan pusat intelektual Melayu-Islam yang terus berkembangan biarpun Melaka mengambil alih sebagai pusat Tamadun Melayu. Namun begitu Pasai masih tetap menjadi salah satu sumber rujukan utama kepada Kerajaan Melaka mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam.

PRINSIP-PRINSIP DALAM ISLAM

PRINSIP PERTAMA: Alam ini adalah hasil ciptaan dan tadbiran Allah S.W.T yang mencakupi alam primordial, alam dunia dan alam akhirat.

PRINSIP KEDUA: Islam itu sendiri adalah merupakan panduan dari Allah sebagai al-Din yang mengandungi segala peraturan dan panduan bagi segala perkara kehidupan di dunia dan di akhirat untuk individu mahupun masyarakat demi kejayaan hakiki mereka.

PRINSIP KETIGA: Keyakinan kepada pembalasan baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya adalah pembalasan yang buruk bagi amalan yang jahat di dunia.

PRINSIP KEEMPAT: Wawasan, objektif, niat, strategi, dan operasi segala bidang kerja hendaklah sahih, benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi, keingkaran, dan penafian terhadap sebarang hukum yang wajib, sunat, haram mahupun makruh.

PRINSIP KELIMA: Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia. Prinsip ini sangat penting bagi menjana insan dan juga rakyat sesebuah negara yang berketerampilan di samping mempunyai nilai-nilai murni supaya menjadi orang yang berwibawa dan beretika.

Secara umumnya, tamadun Islam dan tamadun Melayu merupakan teras kepada pembinaan tamadun Malaysia. Penglibatan kedua-dua tamadun ini telah memberi banyak kesan kepada alam Melayu terutamanya dengan kedatangan tamadun Islam. Menurut Prof. S.M. Naquib al-Attas, Islam telah membawa zaman baru di Nusantara kerana berjaya mengubah jiwa dan wajah alam Melayu. Terdapat banyak aspek perubahan terutamanya dari segi agama dan kepercayaan, sosial dan budaya, ekonomi, politik dan perhubungan dan pendidikan. Walaupun banyak perubahan yang berlaku, namun untuk menuju kedewasaan pembinaan tamadun Malaysia ini mempunyai banyak cabaran dan rintangannya. Cabaran dalam usaha untuk mengekalkan keupayaan tamadun ini boleh dilihat dari sudut dalaman dan luaran.

PENGARUH PEMIKIRAN

ISLAM KE

ATAS

MASYARAKAT

MELAYU

DARI SUDUT

Menurut pandangan salah seorang sarjana Islam yang terkemuka, Syed Naquibb al-Attas berkata bahawa pandangan semesta Islam merangkumi aspek dunia dan akhirat yang di mana aspek dunia adalah merupakan persediaan bagi aspek akhirat kelak.

Oleh itu pandangan semesta dari prespektif Islam ialah pandangan tentang realiti atau hakikat yang menjelma dari mata hati manusia mengenai kewujudan seluruh alam. Islam cenderung kepada menyuburkan dirinya kepada seluruh alam manusia. Sebagaimana yang disebutkan tadi, ialah kepercayaan ketuhanan yang tunggal dan ini terkandung dalam satu konsepsi tersendiri tentang keEsaan Tuhan atau Tauhid. Dari segi pandangan falsafah menerusi ilmu kalam dan tasawwuf, Tauhid mengemukakan suatu ontologi, kosmologi dan psikologi tersendiri dalam satu konsep agung yang biasa dinamai dengan istilah keEsaan Wujud atau Wahdat al-Wujud.

Ontologi dan psikologi demikian itu tiadalah boleh sewenang-wenangnya disamakan dengan falsafah Neo-Platonisme dan falsafah Hindu sebagaimana yang dihuraikan mengikut pandangan Vedant. Ini kerana pada umumnya konsep-konsep itu berdiri tegak atas dasardasar terdapat yang terkandung dalam al-Quran yang berkesan mendalam bagi tiap segi dan kaedah, tiap aspek kehidupan orang Islam.

KEHIDUPAN MASYARAKAT MELAYU

Perubahan dalam kehidupan masyarakat melayu amat jelas kelihatan setelah kedatangan Islam ke alam Melayu. Pada umumnya perubahan penting sememangnya telah berlaku dalam kehidupan masyarakat Melayu berikutan penerimaan Islam oleh mereka. Tidaklah keterlaluan untuk mengatakan bahawa gabungan antara kepercayaan yang terbentuk oleh rukun Iman dengan kehidupan yang direncana oleh institusi Islam telah mewujudkan batasan budayanya yang tersendiri. Tetapi apakah dalam semua segi kehidupan mereka perubahan redikal telah benar-benar berlaku atau perubahan seumpama itu hanya berlaku dalam aspek tertentu dalam kehidupan tersebut, umpamanya dalam aqidah mereka, sehingga pandangan hidup masyarakat Melayu mengalami transformasi, daripada kepercayaan animisme kepada kepercayaan tauhid.

Dalam institusi kesultanan umpamanya sultan dianggap sebagai amanah Allah yang mana Sultan dibantu oleh para ulama dan agama Islam telah menjadikan agama rasmi kerajaan-kerajaan Melayu. Sesungguhnya agama Islam telah merubah kehidupan masyarakat melayu melalui pelbagai demensi kehidupan. Namun begitu adat-adat lama masyarakat Melayu yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu masih dipraktikkan tetapi tidak merosakkan aqidah masyarakat Melayu.

KESIMPULAN

Kedatangan Islam ke Alam Melayu sememangnya membawa banyak perubahan dan pengharapan baru dalam keagungan Tamadun Melayu. Tidak dapat dinafikan bahawa wujudnya pusat-pusat tamadun unggul didunia amnya dan di Asia Tenggara khasnya adalah kesan daripada pengaruh Islam yang meresap masuk kedalam tamadun itu.

Sememangnya tamadun Melayu dan Islam adalah teras kepada tamadun Malaysia, namun sikap Melayu yang terdahulu telah semakin hilang dekglobalisasi yang sedang maju ke hadapan kini .Oleh itu pelbagai langkah harus diambil bagi memelihara khazanah budaya dalam tamadun Malaysia. Kerjasama dan perpaduan sangat penting untuk mewujudkan gandingan kuasa ekonomi, politik dan sosial, terutama bagi negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik, kaum dan agama ini.

Daripada apa yang dibincangkan diatas kedatangan Islam bukan sahaja mewujudkan pusat-pusat Tamadun Melayu yang unggul tetapi Islam juga telah menyebabkan perubahan yang besar kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat melayu termasuklah pandangan semesta dan kehidupan masyarakat Melayu itu sendiri.

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

BUKU RUJUKAN: a) Universiti Teknologi MARA. Unit TITAS. Ke arah pengajaran TITAS & hubungan etnik yang holistik. 23 Aug 2008 Pusat Penerbitan Universiti, Universiti Teknologi MARA, 2005 ISBN: 9679582108, 9789679582109

b) Hasuria Che Omar, Noriah Mohamed, Radiah Yusoff. Bahasa Verbal dan Bukan Verbal II, Jilid 2. ITBM, 2009. ISBN: 9830684660, 9789830684666

RUJUKAN WEBSITE: a) http://protajdid.blogspot.com/2008/03/pengaruh-fiqh-shafii-dalampemikiran.html?m=1 b) http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/pandangan-semesta-tamadun-melayu.html c) http://www.scribd.com/doc/133340927/titas d) http://unititasmap.blogspot.com/search?updated-min=2012-0101T00:00:00%2B08:00&updated-max=2013-01-01T00:00:00%2B08:00&maxresults=8 e) http://citu551a.blogspot.com/ f) http://www.slideshare.net/mamarock/titas-11961359

Anda mungkin juga menyukai