Anda di halaman 1dari 2

Karnival Sains dan Matematik IPG Kampus Kota Bharu

Oleh Shafiq Azli Mohd Salleh

KOTA BHARU- Pada 1 Julai hinga 3 Julai yang lalu, telah berlangsung satu Karnival Sains dan Matematik bertempat di IPG Kampus Kota Bharu. Karnival ini telah dirasmikan oleh Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr Lee Bon Chua disaksikan sendiri oleh Pengarah IPG Kampus Kota Bharu, Tuan Haji Hashim bin Deraman. Karnival yang berlangsung dengan meriah ini dihadiri oleh masyarakat setempat termasuk pelajar-pelajar sekolah sekitar Kelantan. Menurut Dr Lee Bon Chua, Karnival ini sebenarnya dapat memberi nilai tambah kepada para guru pelatih kerana melalui karnival ini mereka dapat memberi pendedahan baru kepada mereka tentang pameran dan inovasi. Kata beliau lagi, setiap inovasi yang berjaya mendapat anugerah emas akan mewakili IPG Kota Bharu pada Karnival Inovasi Zon Timur yang bakal berlangsung di IPG Sultan Mizan kelak. Inovasi yang mereka hasilkan dapat membantu para murid dalam menguasai sesuatu mata pelajaran serta menjadi alat bantu mengajar (ABM) di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( P&P). Banyak pertandingan dan pameran telah diadakan antaranya pameran inovasi, pertandingan abakus, Kuiz Sains, Kuiz Kesihatan, dan banyak lagi. Pada masa yang sama, banyak agensi-agensi luar yang menyertai pameran ini antaranya Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSM), Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) , serta banyak lagi agensi-agensi awam yang lain. Diharap dengan penganjuran Karnival Sains dan Matematik ini dapat menjadikan warga IPG Kampus Kota Bharu sebagai warga yang kreatif dan inovatif selaras dengan usaha

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam menantarabangsakan pendidikan Malaysia di mata dunia.

Anda mungkin juga menyukai