Anda di halaman 1dari 12

NORAZERINA BT YAKUP

TUGASAN 1 ________________________________________________________________ FAKULTI:BAHASA DAN PENDIDKAN KOD KURSUS : HBEF3503 TAJUK KURSUS : PENDIDIKAN INKLUSIF SEMESTER : JANUARY 2013 ________________________________________________________________
NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL NAMA TUTOR PUSAT PEMBELAJARAN : : : : : : NORAZERINA BT YAKUP 810326135402001 : 810326135402 013-8115402 norazerina.yakup@yahoo.com EN.MURALI A/L MURUGASEN SIBU LEARNING CENTRE

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
KERTAS KONSEP PELAKSANAAN PENDIDIKAN INKLUSIF DI SEKOLAH 1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar bersama-sama dengan muridmurid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh guru biasa. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada murid yang berpotensi untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Murid akan di inklusifkan secara sepenuh masa atau separa masa. Murid akan diinklusifkan di dalam kelas yang dirasakan sesuai dengan kebolehan mereka. Sekolah Kebangsaan Ulu Sungai Sengan menyimpan hasrat dalam

membantu sistem pendidikan bagi murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja cemerlang dari segi sahsiah tetapi cemerlang dalam segala aspek agar mereka ini dibentuk dari liabiliti menjadi satu aset yang penting dan berguna kepada masyarakat dan negara.Mereka boleh menjadi modal insan yang gemilang satu hari nanti. Bagi Hallahan dan Kauffman,(1977) menyatakan Pendidikan Khas bermakna pengajaran yang di reka khas untuk memenuhi keperluan-keperluan yang luar biasa untuk kanak-kanak luar biasa. Bahan-bahan khas,teknik-teknik pengajaran atau peralatan dan kemudahankemudahan diperlukan. Menurut Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif melibatkan pelajar dengan berkeperluan khas di dalam kelas biasa. Bantuan yang sesuai akan diberikan kepada mereka bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Selain itu,menurut Bowe (1995): an approach in wich children with disabilities (including those with severe disabilities) are placed in rooms with and receive services side by sidewith children who have no disabilities. 2.0 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN INKLUSIF Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1986 mengeluarkan Falsafah Pendidikan Khas iaitu Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai individu

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (Sabilah, 2006). Menurut Najib, (2006) menyatakan Deklerasi Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi 1948 dan ikrar masyarakat dunia di Persidangan Dunia mengenai pendidikan Untuk Semua 1990, menegaskan hak untuk semua mendapat pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan kemampuannya. Oleh yang demikian Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil satu langkah positif iaitu menyediakan satu program bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah untuk belajar secara biasa mengikut kemampuan mereka dengan menitik beratkan aspek-aspek berikut: a) Intelek b) Rohani c) Jasmani d) Emosi e) Sosial f) Bakat g) Nilai-nilai moral h) Estetika

3.0 RASIONAL
Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan : i. ii. iii. iv. v. vi. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan kanak-kanak lain.

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
4.0 OBJEKTIF
4.1 Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran,

pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama- sama pelajar normal. 4.2 Supaya pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal

lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat. 4.3 Menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota

masyarakat yang menyumbang. 4.4 Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.

5.0 MATLAMAT
Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti dan kualiti dapat ditingkatkan.

6.0 KEPERLUAN PENDIDIKAN INKLUSIF


Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanakkanak berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

6.1 Keperluan Kesamarataan hak asasi Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H, Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain. Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial,ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

6.2 Keperluan Pendidikan Berkualiti Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
seharusnya memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan kepada golongan bekeperluan khas . Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita. 6.3 Keperluan Sosial Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanakkanak tidak didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan jangkamasa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan kepada orang lain.

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
7.0 KUMPULAN SASARAN
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti murid-murid autistik di sebuah sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data-data. Seramai dua puluh orang respoden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada seorang Guru Besar yang kemudiannya digantikan oleh Guru Penolong Kanan, PenyelarasProgram Integrasi Pendidikan Khas Pembelajaran, dua orang Guru Pendamping dari Persatuan Autistik Kebangsaan Malaysia atau The National Autism Society Of Malaysia (NASOM), tiga orang guru mata pelajaran, tiga orang murid autistik dan sepuluh orang murid normal.Istimewanya program ini ialah setiap kelas yang mempunyai murid autistik akan disertai oleh seorang guru pendamping dari (NASOM) yang akan membantu murid-murid tersebut.Semua guru kelas dan guru mata pelajaran telah diberi kursus pendedahan berkaitan dengan murid-murid autistik dan Program Pendidikan Inklusif oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan (NASOM). Muridmurid ini mampu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersama-sama rakan sekelas yang lain dan berdikari sekiranya guru pendamping tidak hadir. Maksud Kecelaruan Spektrum Autistik ( Autistic Spectrum Disorder ) lebih mudah dicirikan melalui aspek tiada perkembangan atau secara luar biasanya perkembanganya tertangguh. Autisme biasanya juga dirujuk sebagai satu gangguan yang berbentuk spektrum di mana ciri-cirinya boleh wujud dalam mana-mana kombinasi dan dalam keadaan keterukan yang berbeza.Sifat autistik tidak dapat dikesan pada kanak-kanak berumur antara setahun hingga dua tahun, tetapi biasanya menjadi ketara pada usia dua tahun hingga enam tahun.Mengikut Ketidakupayaan Tiga Segi Wing, individu autistik menunjukkan ketidakupayaan dalam tiga bidang, yaitu komunikasi, sosial, dan tingkah laku.

8.0 PERANAN SEMUA PIHAK Di samping itu, Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif amat bergantung kepada pemahaman,penerimaan dan kolaborasi dari semua pihak termasuk pentadbir, guru-guru, murid-murid normal dan ibu bapa.Perancangan yang teliti adalah kunci utama kerana program ini tidak akan berjaya jika tidak dirancang dan dibuat persediaan teliti termasuk menyelesaikan masalah yang timbul sebelum memulakan program. (Weishaar & Borsa,2001).

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
8.1 Peranan ibu bapa Murid-murid autistik yang terpilih ini mendapat bantuan dan kerjasama daripada ibu bapa masing-masing. Ibu bapa mereka telah bersetuju untuk mematuhi setiap peraturan yang telah dikeluarkan oleh semua pihak seperti NASOM, Jabatan Pendidikan Khas, Unit Pendidikan Khas dan pihak sekolah . Mereka turut memberi kerjasama dalam semua perkara berkaitan pendaftaran anak-anak mereka dengan program PKBP sekolah dan membayar semua yuran dan bayaran tambahan yang diperlukan. Mengikut Cross, Traub, Shelton et.al 2004 dalam melaksanakan program inklusif yang berkesan,ibubapa perlu :
I.

Sentiasa berfikiran positif Menjalin hubungan yang erat dengan guru Mengenalpasti program intervensi yang bersesuaian Menjalin hubungan sesame ibubapa murid khas yang lain Berkolaborasi bersama guru khas, guru aliran perdana, pentadbir sekolah dan pihak luar

II.

III.

IV.

V.

8.2 Pihak sekolah Program Pendidikan Inklusif di sekolah berjaya dan mendapat kerjasama warga sekolah kerana penglibatan semua guru.Guru Besar, guru-guru penolong kanan hingga guru-guru mata pelajaran telah memainkan peranan yang penting. Semua guru telah diberi kursus dan penerangan sebelum murid-murid autistik memulakan program ini.Kursus yang dihadiri telah menaikkan keyakinan mereka untuk menghadapi dan mengajar murid-murid autistik.Di samping itu mereka telah diberikan garis panduan pelaksanaan program ini dan menyebabkan mereka tahu bidang tugas masing-masing. Sikap toleransi dan prihatin guru-guru mata pelajaran telah memberi impak yang positif kepada tabiat pembelajaran murid-murid autistik.Seterusnya ini telah meningkatkan kejayaan Program Pendidikan Inklusif di sekolah.

8.3 Pihak Luar Walau bagaimanapun, kewujudan guru-guru pendamping dari NASOM yang seakan guru pembantu telah menjadi kunci kepada kejayaan program ini. Wujudnya kerjasama dari segi

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
kerja dan tanggungjawab antara guru-guru mata pelajaran dan guru-guru pendamping sangat membantu program ini.Kadang kala guru-guru ini bertindak seperti mengajar bersamasama atau co-teaching bersama-sama guru mata pelajaran semasa di dalam bilik darjah.Guru-guru pendamping memberi bantuan dan penerangan tambahan yang diperlukan kepada murid-murid autistik semasa guru mata pelajaran mengajar di dalam kelas.Ini amat membantu dan meringankan tanggungjawab guru mata pelajaran. Sungguhpun demikian penerangan guru-guru pendamping akan beransur-ansur kurang dari masa ke semasa.

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
9.0 AHLI JAWATAN KUASA
PENGERUSI PUAN KONG SIU MEE (GURU BESAR SK ULU SUNGAI SENGAN)

NAIB PENGERUSI PN. RUBITA BT MOHD ISA (PENYELARAS PROGRAM INKLUSIF)

SETIAUSAHA PN. NORAZERINA BT YAKUP (GURU BAHASA MALAYSIA)

BENDAHARI PN FELICIA JULIS (GURU MATEMATIK )

AJK PN. HELEN GARA ( GURU BAHASA MELAYU & SAINS ) CIK VERONICA ( GURU BAHASA INGGERIS ) EN. LAWRANCE ( GURU MATEMATIK ) EN.CHRISTOPHER (GURU PENDIDIKAN SENI) EN.HILLARY TIKOK (GURU BAHASA IBAN)

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
10.0 PENUTUP
Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara atau tugasan yang sangat diminatinya.Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan meminimumkan ketidak upayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Ini adalah supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran semula jadi.

KECEMERLANGAN INSAN ISTIMEWA KEGEMILANGAN BERSAMA

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

________________________ (PUAN NORAZERINA BT YAKUP)

_______________________ (PUAN KONG SIU MEE)

810326135402001

NORAZERINA BT YAKUP
11.0 RUJUKAN 1.Akta Pendidikan 1996 2.Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6) 3.Culatta, R.A. & Tompkins, JR., Fundamentals of Special Education , 1999. 4.Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87. 5.Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33. 6.Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education. 7.Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan Pendekatan Pendidikan nklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. 8.Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia

810326135402001

Anda mungkin juga menyukai