Anda di halaman 1dari 2

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan di Istana Tiga Tingkat, Alor Star, Kedah pada 8 Februari 1903. Beliau adalah putera ketujuh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke 24. Ayahandanya mempunyai beberapa isteri termasuk bonda Tunku bernama Che Menjalara, berketurunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak, seorang pembesar di salah sebuah negeri Shan Utara Thailand.

Tunku memulakan persekolahan formal ketika berumur enam tahun, di sekolah Melayu di Alor Setar, kemudian di Government English School. Ketika berumur 10 tahun, Tunku telah dihantar ke Bangkok untuk tinggal bersama kekanda sulungnya Tunku Yusuf dan belajar di Sekolah Debsurin. Pada tahun 1915, setelah Yusuf pulang ke rahmatullah, Tunku telah kembali ke Kedah dan meneruskan persekolahannya di Penang Free School.

Tunku telah melanjutkan pengajian di St. Catherine College, Universiti Cambridge dalam bidang perundangan pada tahun 1920 dengan biasiswa Negeri Kedah. Beliau adalah orang Melayu yang pertama dari Kedah yang lulus dari sesebuah Universiti Inggeris pada tahun 1925 dengan mendapat ijazah B.A dalam Sastera. Beliau pulang ke Tanah Melayu dengan ijazah tetapi abang tuanya, menghantarnya kembali ke England supaya belajar undang-undang di Inner Temple. Tunku telah gagal dalam peperiksaan dan pulang ke Tanah Melayu pada tahun 1931.

Apabila kembali ke tanah air, Tunku bertugas dalam perkhidmatan Awam Negeri Kedah dan antara lainnya memegang jawatan sebagai Pegawai Daerah di Kulim dan Sungai Patani. Di waktu perang Jepun, Tunku memainkan peranan yang penting menyelamatkan keluarganya. Apabila ayahandanya Sultan Abdul Hamid cuba dibawa oleh British ke Pulau Pinang supaya terselamat dari serangan Jepun, Tunku menculiknya dan membawanya ke Kulim. Di sanalah ayahandanya tinggal bersama-sama rakyat di waktu pendudukan Jepun.

Pada tahun 1940, Tunku telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pertahanan Awam Kedah Selatan sebagai Penyelia Pendidikan pada tahun 1941. Pada tahun 1947, Tunku memasuki Inns of Court di England dan lulus dalam bidang undang-undang pada tahun 1949. Setelah pulang ke Kedah Tunku telah melangsungkan perkahwinan pertamanya dengan Meriam Chong dan dikurniakan dua orang anak iaitu Tungku Ahmad Nerang Putera dan Tungku Khadijah. Selepas kematian Meriam, Tunku Abdul Rahman telah berkahwin dengan Tun Syarifah Rodziah Syed Alwi Barakbah yang merupakan anak kepada seorang pegawai kerajaan yang terkenal di Alor Setar.

Anda mungkin juga menyukai