Anda di halaman 1dari 13

BAB 3: DAYA DAN TEKANAN 3.

1 Memahami Tekanan Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertindak secara normal pada seunit luas permukaan. Unit bagi tekanan ialah Pascal(Pa)

Semakin tinggi luas permukaan, semakin rendah tekanan. Semakin kurang luas permukaan, semakin tinggi tekanan Contoh: kasut tinggi dan kasut sukan, pisau,gunting,traktor menggunakan tayar yang besar SOALAN 1) Sistem rod dan pemberat yang manakah mengenakan tekanan yang paling tinggi ke atas tanah?

2) Rajah di bawah menunjukkan sebuah kuboid berjisim 0.8 kg. Berapakah tekanan maksimum yang dihasilkan?

A C

4200 N m-2 7666.66 N m-2

B D

5333.33 N m-2 5000 N m-2

3.2 TEKANAN DALAM CECAIR Ciri-ciri Tekanan dalam cecair a) Tekanan cecair bertindak pada semua arah dalam magnitud yang sama b) Magnitud tekanan dalam cecair tidak bergantung pada bentuk dan saiz bekas

c) Bergantung pada kedalaman cecair. Semakin tinggi kedalaman, semakin tinggi tekanan

Rumus tekanan dalam cecair

SOALAN 1) Berapakah tekanan pada 50 m di bawah permukaan laut? Ketumpatan air laut ialah 1150 kg m-3, kekuatan medan graviti 10 m s-2 dan tekanan atmosfera ialah 105 N m-2

3.3 Tekanan Gas dan Atmosfera Teori Kinetik Jirim bagi tekanan gas a) Gas terdiri daripada molekul-molekul yang sentiasa bergerak secara bebas, rawak dan mempunyai tenaga kinetik b) Pelanggaran molekul dengan dinding bekas akan menghasilkan tekanan. Semakin kerap pelanggaran semakin tinggi tekanan - Atmosfera ialah satu lapisan udara tebal. Tekanan atmosfera ialah tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas semua objek di permukaan bumi - Tekanan atmosfera berkurang dengan altitud. Semakin tinggi semakin kuran ketumpatan udara, oleh itu pelanggaran molekul adalah lebih rendah.Tekanan juga akan menjadi rendah. Tekanan atmosfera ialah 105 Pa. - Aplikasi tekanan atmosfera a) Penyedut minuman - Apabila penyedut minuman disedut, tekanan udara di dalam penyedut minuman akan menjadi rendah. Tekanan atmosfera di luar yang lebih besar bertindak ke atas permukaan air minuman dalam gelas akan memaksa minuman itu mengalir naik ke dalam penyedut minuman b) Sifon - Tekanan dalam tiub getah di hujung = tekanan atmosfera + Tekanan h cm. Oleh sebab tekanan di C lebih besar daripada tekanan atmosfera, air akan mengalir keluar dari hujung tiub. Tekanan di dalam tiub getah berkurangan menyebabkan tekanan atmosfera memaksa air memasuki tiub.

c) Pembersih vakum - Apabila suis dihidupkan, kipas menyedut udara keluar dari ruang menyebabkan tekanan dalam ruang tersebut menjadi separa vakum. Tekanan atmosfera yang lebih besar di luar memaksa udara dan zarah- zarah debu memasuki beg pengumpul debu -

- Alat pengukur Tekanan Atmosfera a) Barometer Merkuri

b) Barometer Aneroid

- Alat pengukur Tekanan Bendalir a) Manometer

b) Tolok Bourdon

SOALAN

3.4 Prinsip Pascal Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada satu bendalir yang pegun dan tertutup akan dipindahkan secara seragam dengn magnitud yang sama ke semua arah

Sistem hidraulik yang asas

- Aplikasi Prinsip Pascal dalam kehidupan a) Jek Hidraulik

b) Brek hidraulik

Apabila pedal brek ditekan oleh kaki pemandu, omboh silinder pengawal mengenakan satu tekanan ke atas bendalir brek dan tekanan ini dipindah ke setiap silinder roda. Silinder roda akan menggerakkan sepasang omboh yang akan menolak sepasang kepingan gesel. Gesel brek akan menekan ke atas cakera dan akan memperlahan kereta

b) Pam hidraulik

SOALAN

3.5 Prinsip Archimedes Daya tujah ke atas dan keapungan a) Satu objek yang berada dalam air mengalami dua daya, berat yang bertindak ke bawah dan daya tujah ke atas b) Daya tujah ke atas ialah daya yang bertindak ke arah atas sesuatu objek.

Prinsip Archimedes menyatakan bahawa objek yang rendam sepenuh atau separa rendam dalam bendalir mengalami satu daya tujah yang sama magnitud dengan berat bendalir yang disesarkan Daya tujah = g V = ketumpatan cecair g = 10 m s-2 V = isipadu objek

Aplikasi Prinsip Archimedes a) Kapal selam - Kapal selam mempunyai tangki balast. Apabila ia hendak menyelam, air akan dibenarkan masuk ke dalam tangki balast. Oleh itu, berat kapal selam melebihi daya apungan, ia akan tenggelam. b) Belon panas

SOALAN

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar? A Ketumpatan aisberg = ketumpatan air laut B Isipadu aisberg = isipadu air yang disesarkan C Berat aisberg= berat air laut yang disesarkan

3.6 Prinsip Bernoulli Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa tekanan bendalir rendah apabila laju pengaliran bendalir bertambah dan sebaliknya

- Aplikasi Prinsip Bernoulli a) Penunu Bunsen Aliran gas pada jet gas daripada bekalan gas mempunyai halaju tinggi. Oleh itu, tekanannya adalah rendah. Tekanan atmosfera adalah lebih tinggi di bahagian luar penunu Bunsen menyebabkan udara dipaksa masuk melalui lubang udara dan bercampur gas. Campuran gas menghasilkan pembakaran lengkap

b) Aerofoil Bahagian atas mempunyai halaju yang tinggi, oleh itu tekanannya adalah rendah. Bahagian bawah mempunyai halaju yang rendah,oleh itu tekanannya adalah tinggi. Perbezaan tekanan menyebabkan wujudnya satu daya angkat.

SOALAN

Anda mungkin juga menyukai