Anda di halaman 1dari 1

PERATURAN PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT KOKURIKULUM PULAU PINANG ( KEM MUTIARA )

A. PERATURAN PENGGUNAAN KHEMAH


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Pastikan bahagian-bahagian khemah mencukupi / lengkap sebelum mendirikan khemah. Tidak dibenarkan menyimpan makanan di dalam khemah. Tidak dibenarkan makan di dalam khemah. Tidak dibenarkan menyalakan lilin, lingkaran nyamuk, lampu gas atau sebarang bahan bakar dalam khemah. Kain lembab atau basah hendaklah dijemur di ampaian dan tidak dibenarkan disimpan atau disidai di dalam atau di atas khemah. Kasut dan stoking perlu diletakkan di luar atau di bawah khemah. Sebelum meninggalkan khemah pastikan pintu ditutup.

B. KESELAMATAN
1. 2. 3. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab semua. Penjagaan keselamatan dan kebersihan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab semua amnya dan ahli kumpulan khususnya. Jika berlaku kebakaran hendaklah bertindak segera dengan memanggil semua yang ada di sekitar ( berkumpul di padang kawat).

C. KEBERSIHAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Kebersihan kawasan perkhemahan dan sekitar Kem adalah tanggungjawab bersama. Peserta perkhemahan hendaklah memastikan tandas dan kawasan sekitarnya sentiasa berada dalam keadaan bersih. Dilarang membuang sampah di dalam tandas. Bungkusan / kotak sabun, ubat gigi dan sebagainya hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Tidak menyidai pakaian basah di dalam dan di luar tandas. Kain basahan hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di sekitar tandas. TUALA WANITA hendaklah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah.

D. PERATURAN AM
1. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan, laporkan segera kepada jurulatih atau penyelaras perkhemahan. 2. Peserta lelaki dilarang memasuki kawasan perkhemahan peserta perempuan dan sebaliknya. 3. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran bertulis. 4. Peserta ditegah melakukan aktiviti yang tidak terdapat dalam jadual atau melakukan aktiviti yang tidak mengikut jadual. 5. Semua pihak dalam perkhemahan DILARANG MEROKOK dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat. 6. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan perkhemahan. 7. Segala bentuk PERJUDIAN dan MINUMAN KERAS diharamkan sama sekali. 8. Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing selepas jam 12:00 tengah malam. 9. Penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian perlu diberi keutamaan. Pihak Kem Mutiara TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kehilangan atau kerosakan pada peralatan atau harta persendirian semasa perkhemahan diadakan di kem ini. 10. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak bertanggungjawab. 11. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari pihak penganjur atau penyelaras. 12. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan akan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Urus Setia.

SELAMAT BERKHEMAH

Anda mungkin juga menyukai