Anda di halaman 1dari 19

HBEF3503

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

JANUARI 2013

HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI

830504105141002

NO. KAD PENGENALAN

830504105141

NO. TELEFON

0125044940

E-MEL

zalie09@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN PERAK

HBEF3503

HBEF3503

ISI KANDUNGAN

1.0

Muqadimah

2.0

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

3.0

Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran

4.0

Mengenalpasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid


Bermasalah Pembelajaran

5.0

Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif

6.0

Laporan Program Pendidikan Inklusif

7.0

Rumusan

8.0

Rujukan

HBEF3503

1.0

Muqadimah

Kini usaha untuk memberi peluang pendidikan murid-murid berkeperluan khas di


kelas aliran perdana juga mengalami perubahan positif. Ini selaras dengan konsep
pendidikan untuk semua dengan menyediakan peluang dan perkhidmatan pendidikan
untuk semua murid berkeperluan khas seperti bermasalah penglihatan, bermasalah
pendengaran dan bermasalah pembelajaran termasuk murid-murid autistik. Program
Pendidikan Inklusif telah menjadi matlamat kepada usaha murni untuk memberi peluang
pendidikan yang sama kepada semua murid tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan
mereka. Matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) adalah untuk memastikan semua sekolah dan murid mempunyai
peluang dan keupayaan yang sama untuk cemerlang. Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) telah mengenal pasti jurang pendidikan yang perlu dirapatkan supaya akses, ekuiti
dan kualiti dapat ditingkatkan

HBEF3503

2.0

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada
perkataan bahasa Greek iaitu autos yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos
merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi
dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943
berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon
yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang
tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa.
Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam
jurnalnya yang bertajuk Does Television Cause Autism? menyatakan bahawa 1
daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in
which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus
Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah
a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli,
interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established
and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan
gangguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap,
emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk Pencegahan
Autis Pada Anak, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara,
penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya
mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung
tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung
memberi apa-apa reaksi.

HBEF3503

3.0

Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran

Pemerhati: Ahmad Razali Bin Baharan


Tarikh pemerhatian : 19 Jun 2013
Masa pemerhatian : 9.00 pg 12.00 tgh
Nama pelajar : Sufian b. Manaf
Penerangan tentang kejadian:
Sufian tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam

dan luar kelas. Suka bersendiri,

bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorok ditempattempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktiviti tetapi pada
guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru dan seakan berkepit
dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahan pengajaran yang guru
sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalam aktiviti tetapi dengan
kehadiran guru. Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri
seperti bermain bola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari
rakan.
Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :
Pemerhatian pertama dijalankan di dalam kelas dalam mata pelajaran Kemahiran
Manipulatif, Kemahiran Hidup dan Bahasa Malaysia.Pemerhatian kedua dijalankan di
luar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta aktiviti
kokurikulum.
Nota, cadangan dan langkah:
Hasil pemerhatian saya dapati Sufian

tidak mempunyai kemahiran interaksi dan

kemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan diri
sendiri.
Langkah:
1. Menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas.
2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi.
3

HBEF3503

3. Memberi ganjaran kepada penglibatan yang aktif.


4. Mesra dan mudah didekati
5. Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini
6. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya
7. Buat perancangan perubahan tingkah laku
8. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya
9. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya
10. Jangan menghukum murid dengan sikap negatif

HBEF3503

4.0

Mengenal pasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid

Bermasalah Pembelajaran

Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku,


pemerhatian akan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut
secara semula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpurapura di mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanak
secara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuat semasa
individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalam
kumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya.
David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan,
menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada
tugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkan
pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas
berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan
penenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah proses pengumpulan
data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan
megenai pelajar.
Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpul
maklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanak
khas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuat
keputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan
perkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah
dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.
Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagi
merekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequency
recording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dan sekil
kadar.
45

HBEF3503

Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Sufian didapati mempunyai


pelbagai tingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang
dominan dimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Sufian iaitu dia suka bersendirian
atau mengasingkan diri

semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Sufian tidak

menunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahan
beberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian. Bermula
dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Dia kerap kali
keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masih meneruskan tingkah
laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru.
MODEFIKASI TINGKAH LAKU
Berikut adalah beberapa cadangan

yang dikemukakan bagi mengurangkan masalah

tingkah laku sasaran:


Ganjaran
Ganjaran terdiri daripada 3 jenis iaitu:
a) Ganjaran primer
b) Ganjaran sosial
c) Ganjaran sekunder
Pembentukan
Juga dikenali sebagai shaping yang bermaksud pemberian pengukuhan kepada perlakuanperlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukan perlakuan
yang dikehendaki.
Pengasingan (time-out)
Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktiviti
kumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah.
Dendaan / hukuman
Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yang telah
dilakukan.

HBEF3503

Penghapusan
Salah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yang
bermasalah.
Modelling
Menggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid.
Kejelakan (satiation)
Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya dan
berhenti sendiri daripada melakukannya.
Bimbingan dan Kaunselling
Pendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid yang menghadapi dan
menangani masalah tingkah laku.
Terapi.
Menggunakan muzik atau seni untuk ketenteraman emosi,anxiety dan melepaskan
perasaan yang tertekan.
Desensitization
Tindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atau takut
yang berlebihan.
Fading.
Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan.
Prompting
Digunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klu kepada
murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerak badan dan
fizikal.
7

HBEF3503

Penamatan/Pelupusan
Memberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif
secara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif.

Kontrak Perjanjian
Persetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Murid
bertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjaya
sekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya.
Token Ekonomi
Token diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan juga
sukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya. Dalam kajian ini saya
cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkah laku bermasalah terhadap
Sufian iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.

HBEF3503

5.0

Perlaksanaan Program Pendidikan Inklusif

RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU


Nama Murid

: Sufian B Manaf

Tarikh Mula

: 26hb Jun 2013

Masalah Tingkah Laku

: Suka menyendiri/menyepikan diri

Tarikh Lahir

: 20/8/2000

Umur

: 10 tahun

Pengetahun sedia ada

: Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut


arahan guru
: Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh
berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran
dengan tanpa rasa rendah diri

Matlamat

Pemerhatian

Suka menyendiri dan menyepikan diri semasa


aktiviti

pembelajaran

dijalankan.

Tidak

berminat berinteraksi dengan rakan dan bahan


Tingkah laku yang hendak

pembelajaran.
Suka menyendiri

diuruskan
Tingkah laku sasaran

Boleh berinterkasi dan berkolaborasi dalam


aktiviti pembelajaran berkumpulan tanpa rasa
rendah diri.

Masa tingkah laku dilakukan

semasa tiada sebarang aktiviti

semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

semasa di kantin
Murid tidak menunjukan minat berinteraksi
Sebab keutamaan

dengan rakan dan guru.

Murid

tidak

menunjukkan

minat

dalam

sebarang aktiviti pembelajaran.

Murid kadangkala membuat tindakan luar


jangka contoh merayau-rayau sendiri.
9

HBEF3503

Murid tidak yakin dengan kebolehan diri dan


rasa rendah diri

Strategi atau kaedah

Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut.


melaksanakan aktiviti yang diminatinya
contoh sewaktu aktiviti terapi lokomotor
kasar.

Memberi

peneguhan

negatif

untuk

mengurangkan tingkah laku tersebut.

menasihati murid supaya tidak mengulangi


tingkah laku tersebut

memberi ganjaran seperti pujian jika berjaya


menghentikan tingkah laku tersebut.

Menggalakkan

mereka

belajar

secara

berkumpulan supaya rakan lain berasa selesa


dan selamat dengannya.

memperbanyakkan penggunaan bahan bantu


belajar supaya murid tidak berasa bosan.

Mempelbagaikan

aktiviti

dan

kaedah

mengajar yang boleh motivasikan murid.

Personaliti guru boleh mengurangkan rasa


rendah diri murid dengan selalu berdamping

Peneguhan

dan berbual dengan murid.


Positif
memberikan ganjaran
memberikan pujian seperti bagus atau
baik.
Menggalakan penglibatan dalam aktiviti
kumpulan
Selalu bertanya khabar dan berbual dengan
10

HBEF3503

murid.
Selalu berdampingan dengan murid

Negatif
Tindakan tanpa lisan
Ketegasan guru

Daripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan dan
menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antara
cadangan yang saya jalankan ialah.
1) Terapi Muzik
2) Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif
3) Tindakan tanpa lisan
4) Token Ekonomi
5) Pengurusan bilik darjah.
6) Personaliti guru
7) Aktiviti dan bahan pembelajaran.

11

HBEF3503

6.0

Laporan Program Pendidikan Inklusif

Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam


bidang tersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dan
dipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil

perhatian ialah prinsip

peneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.


Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedah
pengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positive
reinforcement), shaping, token, modelling dan ganjaran. Manakala kaedah pengurangan
pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman atau dendaan dan
disensitisasi (desenstization).
Peneguhan
Peneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yang diberikan
hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atau situasi yang
dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan pada masa kini atau
memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang. Peneguhan yang diberi
seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapat meransang penglibatan dalam
aktiviti.
Jenis-jenis Pemerhatian
Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikut tujuan
dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpa membuat
tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yang dilihat sahaja
dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa

tetapi

membuat

hipotesis

yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan.


Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dan secara
open-ended iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan, perlakuan
atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpa dijangka atau
di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaian tersebut.
12

HBEF3503

Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.
Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkat supaya
mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembangan proses atau
peristiwa terhadap sesuatu tugasan.

13

HBEF3503

7.0

Rumusan

Kajian yang telah dijalankan memberikan satu kesimpulan bahawa Pengurusan


Tingkah Laku sangat penting ke atas seorang kanak-kanak bagi meningkat lagi tahap
keupayaan dan kebolehan mereka. Cadangan intervensi yang telah dikemukakan
memerlukan ulangan beberapa kali untuk menampakkan keberkesanannya terhadap
perubahan tingkah laku muird. Ada kemungkinan teknik dan bahan yang digunakan tidak
sesuai dan perlu digantikan dengan yang lain supaya dapat menarik minat murid
meneruskan aktiviti yang telah dicadangkan. Secara keseluruhannya domain tingkah laku
yang telah saya kemukakan mempunyai sebab yang munasabah kenapa ianya berlaku.
Antaranya ialah:
a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain
kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya
tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya.
b) Perkembangan sosialisasi sangat terhad kerana sebab di atas, banyak
menghabiskan masa dirumah dan menonton television.
c) Jarang datang ke sekolah kerana masalah kesukaran bangun pagi.
d) Sekiranya datang ke sekolah suka memencilkan diri sukar untuk berbual
dengan rakan kerana masalah pertuturan yang di hadapinya.
e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu
sebab masalah tingkah laku.
Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea
kepada penggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai
satu petunjuk kepada masalah tingka laku tersebut. Hasil daripada semua catatan rekod
tersebut mengesahkan lagi kebarangkalian melakukan tingkah laku bermasalah seperti
yang dibincangkan sangat tinggi sekiranya
berkesan.

14

usaha intervensi yang dijalankan tidak

HBEF3503

Antara cadangan cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah


tingkah laku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan ,
Token Ekonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran
yang digunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha
itu perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satu
pelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran. Perubahan
tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpa sokongan guru.
Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkan semasa aktiviti
dijalankan bersama guru.
Pada keseluruhannya saya berpendapat murid ini boleh menunjukkan perubahan
tingkah laku sekiranya latihtubi yang berterusan dijalankan. Sokongan ibubapa dan guru
sangat penting sebagai satu motivasi yang berterusan. Sesungguhnya kejayaan itu
bergantung kepada keikhlasan menjalankan sesi terapi tersebut. Ini kerana adalah sangat
sukar untuk menyakinkan seorang anak istimewa untuk menerima orang yang tidak
dikenali dalam kehidupan mereka.
Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah
laku yang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah
laku ini hendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka
sudah tentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua
tingkah laku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai
himpunan tingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989).

15

HBEF3503

RUJUKAN / REFERENSI
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan
Inklusif. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu
Tinjauan Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak
berumur 4-9 tahun. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai