Anda di halaman 1dari 2

7.

Rumusan

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein, kesusasteraan Melayu tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis tetapi tidak bercetak.. Sebagaimana penyataan Profesor Ismail, kesusasteraan adalah

merangkumi bahan-bahan yang mudah didapati hari ini iaitu melalui lisan mahupun tulisan. Justeru, penyerapan unsur kesusasteraan dalam pendidikan bukanlah suatu perkara yang janggal untuk dilaksanakan hari ini. Namun perkara ini tidak banyak diperkatakan mahupun dilaksanakan dalam bidang pendidikan hari ini. Namun dapat dilihat bahawa sastera kanak-kanak sememangnya memainkan peranan yang besar di dalam pendidikan kanak-kanak.

Sebagaimana definisi yang dikemukakan oleh Clynch-Brown dan Tomlinson (1999), sastera kanak-kanak adalah buku berkualiti yang terdapat di pasaran yang ditujukan kepada kanak-kanak sejak usia kelahiran sehinglah usia dewasa. Bukubuku yang boleh dimaksudkan adalah yang berkisar kepada dunia kanak-kanak, serta dinukilkan dalam bentuk prosa, puisi, fiksyen dan bukan fiksyen. Selain dijual dipasaran, bahan-bahan ini banyak dipamerkan di pusat sumber setiap sekolah di negara ini. Glazer (2000) pula menyatakan, buku kanak-kanak adalah buku-buku yang ditulis bagi tujuan pembacaan kanak-kanak ataupun buku yang menjadi bacaan kanak-kanak, tidak kira apa jua bentuk penulisannya sama ada ianya buku cerita fiksyen dan bukan fiksyen yang ditulis untuk memberi maklumat, atau pun buku yang menggunakan bahasa berirama seperti sajak, pantun dan sebagainya.

Pendefinisian yang diberikan menunjukkan bahawa seni dan sastera sebenarnya telah bertapak dalam pendidikan iaitu melalui penggunaan bahan-bahan bertulis yang sekian lama diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah. Namun, apa yang perlu ditingkatkan hari ini adalah dalam mempromosikan perkara ini kepada muridmurid di sekolah agar bahan-bahan ini menjadi pemerhatian dan kefahaman mereka. Pelaksanaan dalam pendidikan pemulihan misalnya merupakan pendekatan yang baik. Hal ini demikian adalah disebabkan melalui pengajaran kemahiran, murid dapat berhibur dan mengalami keseronokkan dengan penggunaan pelbagai BBB.

Tambahan lagi, menerusi penghasilan tugasan ini, dapatlah dinyatakan secara kasarnya bahawa kesusteraan Melayu terbahagi kepada dua jenis iaitu jenis prosa tradisional dan puisi tradisional. Kedua-dua jenis kesusasteraan ini pula dapat diperincikan untuk mengetahui secara lebih mendalam. Prosa dan puisi tradisional dipecahkan pula kepada dua iaitu berbentuk naratif dan bukan naratif setiap satunya. Prosa tradisional naratif merujuk pula kepada cerita mitos, cerita lagenda dan cerita rakyat. Manakala prosa tradisional bukan naratif termasuklah sastera sejarah, sastera hikayat, sastera panji dan sastera kepahlawanan (epik). Prosa bukan naratif tergolong daripada sastera undang-undang, sastera agama, sastera kitab dan sastera ketatanegaraan. Kesemua pembahagian ini mempunyai kelebihan, ciri-ciri, fungsi, gaya bahasa yang berbeza setiap satunya.

Kesimpulannya, menerusi pembikinan tugasan KKBI ini, semua pembahagian tugas adalah menjurus kepada aspek bahasa, kesusasteraan dan perkaitannya dengan pendidikan pemulihan. Sebagai bakal guru, pemahaman yang jelas dan utuh perlu untuk memastikan segala maklumat dan pengetahuan mengenai hal yang dinyatakan ini mampu diketengahkan dan digunapakai tatkala berada di lapangan kerja sebenar kelak. Justeru, bagi memastikan perkara ini benar-benar dapat dipraktikkan, langkah pelaksanaan dan kendalian terhadap usaha menyebarkan seni kesusasteraan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu dimulakan.

Anda mungkin juga menyukai