Anda di halaman 1dari 72

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

CERPEN Set 1 Cerpen Hutan Rimba Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dalam seketika sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang polos, sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya berkacakaca. Beribu-ribu dan mungkin berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi. Tetapi dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak tua semakin melebat. Pak Tua cuba meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya. Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun. Kata Pak Tua sendirian sambil memejamkan mata. Dalam layar gelap yang nampak hanya lori-lori balak yang mengaum sombong sambil mengangkut batang-batang kayu sebesar sepemeluk hingga dua pemeluk orang dewasa. Timbunan batang-batang kayu itu terikat kemas di atas tubuh sang lori. Sesekali tubuh lori-lori balak itu terhenjut-henjut ketika lapan biji rodanya melalui jalan tanah merah yang berdebu dan tidak rata. Musim hujan antara bulan Oktober dan Disember sering membina lopak yang akan menghiasi sepanjang jalan tanah merah itu. (Dipetik daripada Cerpen Hutan Rimba Oleh Sasjira Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah maksud rangkai kata segala-galanya sirna dalam sekelip mata? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu diambil untuk memastikan kawasan hutan terus kekal di negara ini? [3 markah]

(iii)

Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 2 Cerpen Hutan Rimba Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pak Tua tergamam. Hairan bercampur bingung. Dia seperti tidak percaya menyaksikan kehadiran anak-anaknya yang secara tiba-tiba di tengah rimba yang sudah tiada hutan rimbanya itu. Terbersit juga rasa bangga. Bagai mimpi menyaksikan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik. Ahli perniagaan, pengurus ladang, pensyarah, dan guru yang bertauliah. Pak Tua memanjatkan syukur. Syukur kerana dapat membesarkan dan kemudian menyekolahkan anak-anaknya sehingga mereka berhasil dalam usaha mencapai cita-cita masing-masing. Pak Tua mengukir senyum bangga. Kelihatan gagah sekali keempat-empat orang anak-anaknya itu dengan pakaian profesion masing-masing. Segagah pohon-pohon belian, salangan batu, keruing, dan seraya yang dahulu pernah ditumbangkan oleh Pak Tua dengan terjahan jentolaknya. Sememangnya pendapatan Pak Tua sebagai pemandu traktor yang mencecah ribuan ringgit dalam sebulan memang cukup untuk membiayai perbelanjaan keluarga dan persekolahan anak-anaknya. Ya, pokok-pokok dalam hutan inilah yang banyak berjasa kepadaku. Secara suka atau tidak pohonpohon ini telah banyak berkorban untukku. Barangkali inilah yang dimaksudkan oleh Melati bahawa dalam setiap pembangunan sesebuah negara selalu ada sisi lain daripada kehidupan ini yang perlu dikorbankan, gumam Pak Tua bagai baru tersedar daripada mimpi. Pak Tua mengurut dada. Dia cuba memahami erti pengorbanan yang sebenarnya, tetapi rasa sesalnya masih belum mahu menerima hakikat bahawa kayukayan di rimba yang menjadi korban. (Dipetik daripada Cerpen Hutan Rimba Oleh Sasjira Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah perkara-perkara yang menyebabkan Pak Tua berasa bangga dan bersyukur? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang anak dapat membalas jasa ibu bapa yang telah banyak berkorban untuk membesarkan dan mendidik mereka? [3 markah]

(iii)

Nyatakan satu pengajaran yang diperoleh dalam petikan dan tiga pengajaran yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Cerpen Hutan Rimba Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pak Tua hanya mendengar perbincangan keempat-empat orang anaknya itu sambil disampuk oleh menantu-menantunya. Dia lantas mendapatkan Mak Tua yang sibuk melayan kerenah cucu-cucu mereka. Hari itu mereka sekeluarga bermalam di rumah kebun dekat hutan simpan Pak Tua. Mak Tua dengan dibantu oleh Melati dan ketiga-tiga orang menantunya sudahpun menyiapkan hidangan makan malam yang sangat menyelerakan. Goreng ikan lais, sambal belacan, ulam pucuk lamiding dan masak lemak pedas ikan tapa. Malam itu, Pak Tua tidur di ruang utama dengan dikelilingi oleh cucu-cucunya sambil dia bercerita tentang kehidupan sebuah hutan rimba yang indah dan damai. Pepohonan merimbun dan kayu-kayan menjulang perkasa ditingkah aneka tumbuhan menjalar dan melata. Bunga-bunga anggerik liar yang cantik. Pelbagai hidupan liar bebas menikmati santapan dan buah-buahan dalam hutan itu. Sebatang sungai kecil dihiasi batu-batan mengalir jernih tempat hidupan hutan menghilangkan dahaga. Semua tampak indah dan harmoni. Pak Tua terus mendongeng sambil membelai manja seorang cucu lelakinya yang paling kecil dan sudah pun terlelap di lengannya. Sesekali Pak Tua merujuk pada nyanyian cengkerik dan aneka bunyibunyian unggas malam yang menghuni hutan simpan itu. (Dipetik daripada Cerpen Hutan Rimba Oleh Sasjira Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud rangkai kata terus mendongeng. [2 markah]

(ii)

Pada pandangan anda, apakah faedah yang diperoleh sekiranya kerajaan mengekalkan banyak kawasan hutan di negara ini? [3 markah]

(iii)

Huraikan satu perwatakan Pak Tua dalam petikan dan satu perwatakan Pak Tua yang lain dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Cerpen Idola Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero, bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan. Malam semakin merapat ke pagi, bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahk u di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana? Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya. Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! (Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Mengapakan si penjaga panggung kagum dengan watak hero dalam sesuatu pementasan? [2 markah] Bagaimanakah cara untuk menarik orang ramai datang menonton sandiwara dalam pementasan sesebuah panggung? [3 markah] Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 2 Cerpen Idola Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu. Memang hebat lakonan saudara. Biasa saja, sambut si hero, merendah diri. Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya. Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero. Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendir i. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu, sambung si hero. Tapi ... tapi saudara memang benar-benar hebat. Err ... maksud saya, hebat sebagai pelakon. Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya. Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini. (Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Apakah maksud rangkai kata para pelakon bubar? [2 markah] Jika anda si penjaga panggung, bagaimanakah cara untuk anda merealisasikan impian untuk memegang watak hero dalam sesebuah pementasan? [3 markah] Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Cerpen Idola Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sau ... saudara seperti tidak suka dipuji. Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa, kata si hero, seperti menyindir. Saya ... saya ikhlas, saudara. Bukan sengaja saya reka pujian itu untuk saudara. Maafkan saya. Mungkin bahasa saya sedikit keras. Ya, saya merasakan pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada ribuan penonton yang lain. Tidak ada bezanya, dan ... dan sebenarnya setiap kali merecupnya pujian, maka setiap kali itulah juga saya harus bersiap sedia untuk berperang. Berperang? Ya, berperang dengan diri saya sendiri. Maksud saudara? Si hero melepaskan dengusan kecil lalu menggaru-garu dagu. Saya harus melembutkan sukma saya yang ada kalanya serakah untuk meleburkan diri ke kawah lupa diri. Si penjaga panggung terkulat-kulat, merenung muka si hero dengan seliratan tanda tanya. Maafkan saya, saudara. Kita jumpa lagi malam nanti. Saudara dengan tugas saudara, saya dengan tugas saya, ucap si hero, mengangguk-angguk, lalu tunduk ke arah si penjaga panggung. (Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii) Mengapakah si hero tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung? [2 markah] Apakah cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan prestasi dalam sesuatu pekerjaan? [3 markah] Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Cerpen Pahlawan Buntung Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kehadiran Pak Husain menjadi jambatan kepada ingatanku untuk menyeberang bagi menemui detik-detik peristiwa yang berlaku lebih daripada tiga puluh tahun yang lalu. Kakinya yang buntung, terkulai dalam kain sarungnya yang kelihatan singkat. Kaki kayunya sudah usang. Kepala kakinya sudah berjabu-jabu di bawah ketiaknya. Kalau tidaklah kerana parut yang memanjang di atas dahinya, yang separuh telah ditutup oleh semutar kain batik Kelantan, aku akan kehilangan wajahnya. Kehilangan itu akan membuatkan aku tidak melihat peristiwa sejarah tanah air. Kebisingan dan kehiruk-pikukan yang berbaur daripada ramainya orang yang menghadiri temasya kota (menyambut ulang tahun kemerdekaan), seolah-olah tidak masuk dalam telingaku. Tidak. Wajah Pak Husain memanjat kepalaku. Menerkam dan menggigitku. Berlari-lari dalam ingatanku. Dia pahlawan yang tidak pernah difikirkannya bahawa dia telah menyelamatkan kami. Ketika dia tersiuksiuk melangkah dengan kaki tiganya melewati orang ramai, dalam kumpulan yang lebih merupakan sampah sarap yang disongsong oleh pasang penuh, aku tepuk belakangnya. Pak Husain berhenti mendadak. Menikam wajahku dengan pandangannya yang berkaca-kaca. Aku menaburkan senyumanku. Kuduga ingatannya. Ingatkah ia? Kau, kau, Khalid? Ya, Khalid, kataku membenarkan dugaannya. (Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung, oleh S. Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Bagaimanakah keadaan Pak Husain ketika aku menemuinya di temasya kota sempena ulang tahun kemerdekaan? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah peranan yang boleh dilakukan oleh seorang pelajar untuk menghargai kemerdekaan negara? [3 markah] Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(ii)

(iii)

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 2 Cerpen Pahlawan Buntung Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pak Husain mencengkam tanganku. Cengkamannya kuat seperti tidak mahu dilepaskannya. Matanya menajam menembusi wajahku. Terasa berdetak-detak dalam hatiku. Tidak ada yang kudengar di sekitarnya, kecuali detak hati Pak Husain yang merenungku. Pada wajahnya terlukis gambaran keriangan yang beriakriak pada bibirnya yang kelihatan separuh tertutup oleh misainya yang seperti kapas. Janggutnya jarangjarang, juga seperti kapas. Pakaiannya sederhana, membayangkan keperibadian desa yang suci murni. Kugeser ia ke tepi. Kami berlabuh dalam sebuah warung. Kami minum-minum. Ayahmu masih sihat? tanyanya. Memang Pak Husain sangat saayang akan ayahku. Meninggal, jawabku perlahan. Ayah meninggal kira-kira setahun yang lalu. Meninggal? sepatah pertanyaan engkarnya. Mulutnya kumat-kamit. Dia membaca ayat suci tentunya, fikirku. Ayah selalu menyebut nama Pak Sin, kataku. Tapi kerana keuzurannya, kami tidak dapat membawanya untuk menmui Pak Sin. Pak Husain merenung orang ramai. Dalam riak matanya dapat kubayangkan wajah ayahku terdiri di dalamnya. Dia melihatku kembali. Kemudian, dia menghidup kopi. Memang lama tak bertemu, kata Pak Husain kemudian. Ya, lama, bisik hatiku. (Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung, oleh S. Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Apakah maksud rangkai kata beriak-riak pada bibirnya? [2 markah] Apakah cara-cara yang boleh anda lakukan untuk menghargai jasa seorang sahabat yang banyak berjasa kepada anda? [3 markah] Huraikan satu perwatakan Pak Husain dalam petikan dan satu lagi perwatakan daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Cerpen Pahlawan Buntung Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sesungguhnya kami telah lama berpisah dalam tahun-tahun pendudukan BMA. Keluargaku pindah ke kota. Ketika bunga-bunga politik memercup tumbuh dalam tahun-tahun empat puluhan, kami telah melupai satu sama lain. Ketika permulaan perpindahan kami, ayahku sering ke desa peninggalannya, tetapi apabila api politik membakar seluruh tanah air, ayahku larut di dalamnya. Sejak itu perpisahan tidak rasmi itu saling melupai. Kira-kira lebih tiga puluh tahun yang lalu, Pak Husain masih sepertiku. Usianya baru kira-kira tiga puluh tahun. Aku berusia lebih sedikit empat belas tahun. Pak Husain tegap sasa. Dia berani. Dia banyak dicintai oleh gadis-gadis kampungnya. Aku sering mengekorinya untuk memancing dan menyadak. Kampung kami damai. Deburan ombak Laut China Selatan saban detik menyiulkan lagu nelayan yang penuh duka nestapa. Kerana kedudukannya agak terpencil oleh sungai dan laut yang mengelilinginya, kampung itu disebut Kampung Pulau Pak Amat. Inilah Pulau Pak Amat yang gamat! Ketika kusedar oleh hentakan dan siulan bunyi yang bergemetuk, aku seperti diselimuti oleh gebar kebingungan yang menakjubkan. Memang gendang-gendang telingaku dapat menangkap bunyi siulan yang ajaib itu. Siulan peluru dan bunyi gegaran. (Dipetik daripada cerpen Pahlawan Buntung, oleh S.Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Apakah kelebihan yang dimiliki oleh Pak Husain ketika umurnya kira-kira tiga puluh tahun? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan untuk menarik anak-anak muda tinggal di kampung? [3 markah] Jelaskan satu pengajaran dalam petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi dia nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut kata doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segalagalanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati. Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, fikir Mak Timah. Mungkin tuhan nak banyakkan dosa aku, fikir Mak Timah lagi. (Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii) Apakah perkara yang menimbulkan kehairan kepada Mak Timah? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu anda lakukan jika memiliki anak istimewa? [3 markah] Jelaskan satu perwatakan Mak Timah dalam petikan dan satu perwatakannya daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Set 2 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

10

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak, Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah berfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu. Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit. Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul. Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik! Katijah merengek, meminta dia mengambil anak Siew Lan. (Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Apakah yang menyebabkan Mak Timah ingin memelihara Pungut anak Siew Lan? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan anak dalam kalangan masyarakat sekarang? [3 markah] Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

Set 3 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pungut mengeluarkan suara yang Mak Timah kenal betul. Itu tandanya Pungut sedang lapar. Mak Timah merenung Pungut lama-lama. Semasa dia mengambil Pungut, dia tidak menyangka yang Pungut tidak akan besar-besar seperti sekarang ini. Mak Timah tidak menyangka yang Pungut akan bisu dan pekak. Mak Timah tidak tergambar atau terfikir yang Pungut akan secacat ini. Pendeknya Pungut cacat segalagalanya. Harapan Mak Timah, Pungut akan besar seperti manusia lain, seperti gadis-gadis lain. Sangkaan Mak Timah, Pungut akan besar seperti gadis-gadis lain kerana Mak Timah pernah melihat anak orang yang lahirnya kecil, tidak cukup bulan dan sebagainya, tetapi boleh membesar seperti manusia biasa. Harapan Mak Timah supaya Pungut besar dan bekerja untuk membantunya, menjaganya apabila dia telah tua, hampa. Sebaliknya Mak Timah yang menjaga Pungut.
11

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Pungut bangun, dia berjalan sambil mengeluarkan suara menandakan dia sedang lapar. Kepalanya digeleng-gelengkan, ke kiri dan ke kanan dengan amat pantas dan cepat. Budak ini terkenan patung, dia tak boleh besar, kata Bomoh Dollah semasa Mak Timah membawa Pungut berjumpa dengannya kira-kira dua puluh tahun lalu. (Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii) Apakah yang diharapkan oleh Mak Timah dengan memelihara Pungut? [2 markah] Apakah peranan yang boleh anda lakukan terhadap kanak-kanak kurang upaya? [3 markah] Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Set 1 Cerpen Idola Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Apakan daya aku hanya si penjaga panggung, bukan si hero dalam cerita yang dipersembahkan itu. Aku hanya penonton yang hanya diperuntukkan dengan segumpal rasa kekaguman terhadap si hero, bidik si penjaga panggung lagi, membiarkan sejenak fikirannya menerawang, mengingat-ingat kembali babak demi babak cerita yang mengisahkan perjalanan si hero ke istana impian lalu bertarung dengan dugaan demi dugaan, dan segala yang berantakan itu dapat dipatahkan dengan semangat kekar dan nyali pejal hingga benar-benar menampilkan kejantanan. Malam semakin merapat ke pagi, bisiknya lagi, hampir tidak dapat didengarnya sendiri apa-apa yang dibisikkan itu. Apa khabar isteri dan sepuluh putera puteriku? Apa khabar rumahku di sebatang lorong sempit dengan bau longkang dan dengingan nyamuk menakluki suasana? Si penjaga panggung memerhatikan kerusi-kerusi yang telah disusunnya. Setiap malam aku menyusun mimpi demi mimpi wangi yang anehnya kerap bertukar hanyir dan meloyakan. Setiap malam aku berdaya menyusun kamu, namun setiap detik aku masih belum berjaya menyusun hidupku sendiri. Kalaulah aku dapat menjadi seperti si hero dalam setiap pementasan di sini, alangkah bahagianya anak isteriku, wahai kerusi! (Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

12

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iv) (v)

Mengapakan si penjaga panggung kagum dengan watak hero dalam sesuatu pementasan? [2 markah] Bagaimanakah cara untuk menarik orang ramai datang menonton sandiwara dalam pementasan sesebuah panggung? [3 markah] Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(vi)

Set 2 Cerpen Idola Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Nasib si penjaga panggung memang ternyata baik. Dia sampai di panggung itu ketika para pelakon sudah selesai menjalani latihan. Sewaktu para pelakon bubar dan bersiap sedia untuk pulang, si penjaga panggung mendekati si hero, lalu berjabat salam dengan si hero pujaannya itu. Memang hebat lakonan saudara. Biasa saja, sambut si hero, merendah diri. Hebat di atas pentas tidak semestinya saya juga hebat dalam kehidupan yang sebenarnya. Si penjaga panggung sedikit tertunduk, seolah-olah malu menatap wajah si hero. Memang saya hero dalam sandiwara ini, tetapi hero bikinan orang. Bukan hero bikinan saya sendiri. Saya menjadi hero kerana sutradara mempercayai saya untuk membawakan watak itu. Tidak lebih daripada itu, sambung si hero. Tapi ... tapi saudara memang benar-benar hebat. Err ... maksud saya, hebat sebagai pelakon. Ya, mungkin juga. Sebagai pelakon, saya harus menunjukkan keterampilan saya yang sebenarnya. Meski ini hanya lakonan, bukan kehidupan saya yang sebenarnya, namun saya bertanggungjawab dalam
13

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

memikul amanah ini. Ya, amanah sutradara, juga harga beberapa helai wang kertas yang dikeluarkan oleh penonton untuk menyaksikan sandiwara ini. (Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (iv) (v) Apakah maksud rangkai kata para pelakon bubar? [2 markah] Jika anda si penjaga panggung, bagaimanakah cara untuk anda merealisasikan impian untuk memegang watak hero dalam sesebuah pementasan? [3 markah] Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(vi)

Set 3 Cerpen Idola Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Sau ... saudara seperti tidak suka dipuji. Ya, kadangkala pujian itu merupakan racun paling berbisa, kata si hero, seperti menyindir. Saya ... saya ikhlas, saudara. Bukan sengaja saya reka pujian itu untuk saudara. Maafkan saya. Mungkin bahasa saya sedikit keras. Ya, saya merasakan pujian saudara itu sama saja dengan pujian yang saya terima daripada ribuan penonton yang lain. Tidak ada bezanya, dan ... dan sebenarnya setiap kali merecupnya pujian, maka setiap kali itulah juga saya harus bersiap sedia untuk berperang. Berperang? Ya, berperang dengan diri saya sendiri. Maksud saudara?
14

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Si hero melepaskan dengusan kecil lalu menggaru-garu dagu. Saya harus melembutkan sukma saya yang ada kalanya serakah untuk meleburkan diri ke kawah lupa diri. Si penjaga panggung terkulat-kulat, merenung muka si hero dengan seliratan tanda tanya. Maafkan saya, saudara. Kita jumpa lagi malam nanti. Saudara dengan tugas saudara, saya dengan tugas saya, ucap si hero, mengangguk-angguk, lalu tunduk ke arah si penjaga panggung. (Dipetik daripada cerpen Idola, oleh Zaen Kasturi dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (iv) (v) (vi) Mengapakah si hero tidak suka dipuji oleh si penjaga panggung? [2 markah] Apakah cara yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan prestasi dalam sesuatu pekerjaan? [3 markah] Jelaskan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Set 1 Cerpen Penanggungan Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kalau begitu baik pergi berjumpa doktor. Engkau jangan malu menyatakan sakit itu. Siapa juga manusianya sama saja. Merah warna darah masing-masing, tanda adik-beradik belaka. Malangnya masingmasing ada dengan penyakitnya. Tidak seorangpun yang terlepas daripada penyakit, sampuk isterinya. Hakikat itu tidak dapat ditolak, Kapten Mamat memberi kuliah selanjutnya. Dalam kapal ada penyakit, di mana-mana ada penyakit. Namanya ganjil-ganjil benar, penyakit kuning, penyakit macammacam lagi. Dunia penyakit, sahut isterinya. Kapten Mamat menahan senyumnya. Dia hendak bercakap banyak mengeluarkan perkataan bertentangan satu sama lain, tetapi dia melihat isterinya begitu kasih kepada Masnah. Dibiarkan dia memicit kepala Masnah. Dia mengelamun mengingat kapal. Kalau sampai perintah, kapal mesti belayar mengikut jadual. Bertolak dari satu pelabuhan dan singgah di pelabuhan lain. Biar berkecamuk hujan ribut, petir halilintar. Gelombang dan laut bergelora.
15

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Kewajipannya tetap mengangkut dan memunggah barang-barang keperluan beribu-ribu manusia. Dengan menjalankan tugas serupa itulah Baharum dikenangnya. Tetapi Baharum mati awal, sama seperti kematian berjuta-juta manusia. Sesiapa yang meninggalkan kesan kepada dunia, disebut-sebut di bibir sebagai suatu kenangan. Kapten Mamat mengeluarkan celepa rokoknya. Tangannya mengeluarkan rokok dan memasang apinya. (Dipetik daripada Cerpen Penanggungan Oleh Wijaya Mala Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah perkara yang mengingatkan Kapten Mamat kepada Baharum? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda apakah cabaran-cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pekerja yang berkhidmat di dalam kapal? [3 markah] Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan dan satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

Set 2 Cerpen Penanggungan Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mereka sibuk memberikan pertolongan cemas. Jika dia sedar semula. Beri minum air panas ini, kata Kapten Mamat. Bila akan sedarnya? Baik kita jemput bomoh. Kapten Mamat mengerutkan keningnya. Isterinya memandang retak mukanya berjalur-jalur seperti kulit gajah. Beberapa minit kemudian, mereka terpegun melihat Masnah mengerang. Dia bergerak dan sedar semula. Kemudian dia bersungut tidak tentu hujung pangkal, hanya dapat difaham, sakit kepala, katanya. Mukanya terlalu pucat tetapi matanya liar. Sangka isteri Kapten Mamat, dia dirasuk polong. Dirasanya nadi
16

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Masnah berdenyut lebih cepat, nafas pendek-pendek, badannya sejuk berpeluh. Kapten Mamat menyuruh isterinya memberi air panas. Lama-lama Masnah pulih seperti sediakala. Kapten Mamat berkata, Engkau jangan susah, Masnah. Selagi aku masih hidup, engkau dan anak-anak engkau tidak akan disia-siakan. Engkau mesti banyak rehat. Saya akan balik ke kampung, Abang Mat. Dia memeluk anaknya Bahar kemanja-manjaan. Bagus. Di sana engkau akan menempuh hidup baharu. Sekarang orang kampung sedang membangun. Tetapi saya rasa penyakit saya tidak akan pulih. Sejak beberapa hari ini, rasanya ngilu tulang -tulang saya dan jantung saya terasa bagi ditikam-tikam.

(Dipetik daripada Cerpen Penanggungan Oleh Wijaya Mala Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Apakah maksud rangkai kata bersungut tidak tentu hujung pangkal? [2 markah]

(ii)

Sekiranya anda sahabat Masnah, apakah yang perlu dilakukan untuk membantu Masnah dalam kehidupannya? [3 markah] Jelaskan satu perwatakan Kapten Mamat dalam petikan dan satu perwatakan Kapten Mamat yang lain dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

Set 3 Cerpen Penanggungan Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Isteri Kapten Mamat menghidangkan teh, tetapi ruang itu berada dalam suasana sedih. Sekarang, pada perasaannya timbul satu kebimbangan. Dia melihat Masnah sudah melupakan kesedihannya. Ruang itu pada pandangan isteri kepada Kapten Mamat bertukar kepada satu babak drama. Dilihatnya anak mata Masnah liar sekali. Percakapannya susah difahamkannya.
17

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Jemput minum airnya, Mas! katanya membenamkan perasaan, dengan maksud meringankan percakapan yang berat-berat. Engakau takut Mas, jangan takut, Kapten Mamat melihat Masnah menjadi pucat. Hidup jangan takut. Apa engkau sakit, Mas? Erti hidup bagi saya , tidak ada. Masnah berkata lancar. Abang Mat, lama-lama akan gilakah saya? Saya rasa di luar kesanggupan saya melihat anak-anak kesayangan bertempiaran. Bagaimana kalau mereka teraniaya? Percubaan isteri Kapten Mamat untuk mengendurkan keadaan tidak berjaya. Keadaan Masnah sangat mencemaskannya. Dia merasakan beban yang ditanggung oleh Masnah. Dia tidak sabar lagi lalu menghadapkan kata-kata pada suaminya. Abang tau. Dalam keadaan sempit sekarang, abang bercakap begitu tinggi dan besar. Abang tidak mahu beralah sedikit pun. Mentang-mentang abang kapten, mati di laut saja yang berjasa. Dia mengenyitkan mata kepada suaminya. Kapten Mamat menangkap isyarat itu dengan erti berjaga-jaga mengeluarkan percakapan yang mungkin membangkitkan kerusuhan. (Dipetik daripada Cerpen Penanggungan Oleh Wijaya Mala Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan perkara-perkara yang ditakuti oleh Masnah? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah nasihat yang perlu diberikan kepada orang yang menghadapi tekanan perasaan seperti Masnah? [3 markah] Nyatakan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan tiga pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

Set 1 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong

18

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mak Timah yang sedang sakit, terpaksa membersihkannya. Dengan termengah-mengah, Mak Timah menguruskan juga tugasnya menjaga dia yang tidak dapat bertindak apa-apa. Jika tidak dibersihkan akan sehari suntuklah dia dalam kekotoran. Sehari suntuklah dia akan berendam dengan air kencing, bergelumang dengan najisnya sendiri. Kadang-kadang Mak Timah hairan memikirkan nasib dia. Mak Timah memberi dia nama gelarannya Pungut. Nama sebenarnya ialah Zahara, manakala nama asalnya ialah Yap Siew Hong. Mak Timah hairan memikirkan keadaan bentuk fizikal Pungut. Sangat kecil, sangat halus. Menurut kata doktor, semasa Pungut masih bayi dahulu, Pungut hanya boleh hidup dalam jangka masa satu atau dua tahun. Pungut tidak boleh hidup lama, kata doktor, kerana seluruh organ dalam tubuhnya amat halus dan kecil. Jantungnya kecil, perutnya kecil, seluruh pernafasannya kecil, tetapi kuasa Tuhan, doktor bukan Tuhan, ramalan doktor salah. Kini Pungut telah berusia dua puluh empat tahun. Tuhan berkuasa atas segalagalanya. Pungut tidak mati-mati. Mak Timah hairan, orang sihat, orang kaya, semuanya mati. Tetapi Pungut tidak juga mati-mati. Mungkin Tuhan nak uji kesabaran aku, menjaga dia, fikir Mak Timah. Mungkin tuhan nak banyakkan dosa aku, fikir Mak Timah lagi.

(Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (iv) (v) (vi) Apakah perkara yang menimbulkan kehairan kepada Mak Timah? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah tindakan yang perlu anda lakukan jika memiliki anak istimewa? [3 markah] Jelaskan satu perwatakan Mak Timah dalam petikan dan satu perwatakannya daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

19

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 2 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dia mahu kasi orang, tak ada orang mahu. Kalau tak ada orang mahu dia mahu buang itu budak, Bibik menerangkannya lagi. Mak Timah terperanjat mendengar penerangan Bibik. Anaknya Katijah dan Munah, merengek-rengek lalu menyuruh Mak Timah mengambil budak itu. Timbul rasa kasihan mendengar nasib bayi yang tidak berdosa itu. Munah dan Katijah terus meminta dia mengambil anak Siew Lan. Sementara itu, hati Mak Timah bertambah belas mengenangkan budak itu akan dibuang. Dia belas pada kanak-kanak yang tidak berdosa. Mak Timah berfikir, dia akan mendapat pahala jika mengambil budak itu. Pada Mak Timah, jika pandai dibela akan besar juga nanti budak itu. Lu, mahu anak Siew Lan, ambillah. Kita kasi, kalau lu mahu. Semua duit angkat sumpah, kita kasi. Kita kasi lagi lu duit satu ratus lima puluh ringgit. Bibik membuat tawaran seolah-olah menjual beli barang-barang lagaknya. Mak Timah terfikirkan hutang yang sedang ditanggung oleh suaminya. Duit seratus lima puluh ringgit pada masa itu, lumayan betul. Ambillah mak, ambillah. Jah nak adik, Jah nak adik! Katijah merengek, meminta dia mengambil anak Siew Lan. (Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (iv) (v) Apakah yang menyebabkan Mak Timah ingin memelihara Pungut anak Siew Lan? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pembuangan anak dalam kalangan masyarakat sekarang? [3 markah] Jelaskan satu nilai yang terdapat dalam petikan dan satu nilai daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(vi)

20

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pungut mengeluarkan suara yang Mak Timah kenal betul. Itu tandanya Pungut sedang lapar. Mak Timah merenung Pungut lama-lama. Semasa dia mengambil Pungut, dia tidak menyangka yang Pungut tidak akan besar-besar seperti sekarang ini. Mak Timah tidak menyangka yang Pungut akan bisu dan pekak. Mak Timah tidak tergambar atau terfikir yang Pungut akan secacat ini. Pendeknya Pungut cacat segalagalanya. Harapan Mak Timah, Pungut akan besar seperti manusia lain, seperti gadis-gadis lain. Sangkaan Mak Timah, Pungut akan besar seperti gadis-gadis lain kerana Mak Timah pernah melihat anak orang yang lahirnya kecil, tidak cukup bulan dan sebagainya, tetapi boleh membesar seperti manusia biasa. Harapan Mak Timah supaya Pungut besar dan bekerja untuk membantunya, menjaganya apabila dia telah tua, hampa. Sebaliknya Mak Timah yang menjaga Pungut. Pungut bangun, dia berjalan sambil mengeluarkan suara menandakan dia sedang lapar. Kepalanya digeleng-gelengkan, ke kiri dan ke kanan dengan amat pantas dan cepat. Budak ini terkenan patung, dia tak boleh besar, kata Bomoh Dollah semasa Mak Timah membawa Pungut berjumpa dengannya kira-kira dua puluh tahun lalu. (Dipetik daripada cerpen Pungut Alias Zahara Alias Yap Siew Hong, oleh Mohamed Latiff Mohamed dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(iv) (v) (vi)

Apakah yang diharapkan oleh Mak Timah dengan memelihara Pungut? [2 markah] Apakah peranan yang boleh anda lakukan terhadap kanak-kanak kurang upaya? [3 markah] Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

21

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 1 Cerpen Tanggar Amanat Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kita tidak mungkin berkubur di Yellowstone. Barangkali ke Boston, entah-entah ke Miami, mungkin juga ke lain. Kaki terpelanting ke timur, kepala tercampak ke barat. Astaghfirullahalazim. Kecut perutnya membayangkan kata-kata Adam. Itulah risiko tertinggi untuk terus mempertahankan hak warisan Ahmad Abdullah di atas Taman Nasional Yellowstone, berkawahkan gunung berapi di dasarnya. Magmanya menunggu masa menceratkan lava dalam waktu terdekat. Allah minta kita berusaha. Lari daripada musibah juga satu usaha. Kita pulang ke kampung saya. Hawa boleh menjejak waris Ahmad Abdullah di sana. Pipinya bergerak-gerak mendengar saranan itu. Ikut pulang ke Malaysia? Tinggalkan usaha Ahmad Abdulah turun-temurun begitu saja? Tidak mungkin. Di bahunya tertanggar amanat warisan. Tidakkah kedengaran penakut? Adam menggeleng. lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir yang lain bukanlah sikap pengecut, Hawa Mempertahankan usaha moyang zaman-berzaman juga memerlukan keberanian dan kekuatan yang bukan sedikit. Adam sekali lagi menggeleng. Apa lagi yang dapat Hawa pertahankan sekiranya taman ini benarbenar meletus, lebur dan tenggelam. Di tangan Allah tidak ada suatupun yang mustahil. Kun fayakun. Jadi kata-Nya, maka jadilah.

(Dipetik daripada Cerpen Tanggar Amanat Oleh Amaruszati Noor Rahim Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan maksud rangkai kata lari daripada musibah. [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mempertahankan sesuatu yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu? [3 markah]
22

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii)

Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

Set 2 Cerpen Tanggar Amanat Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dia dimercupi bahagia, menerima pujian anakanda. Tapi bonda patuhilah pujukan ayahanda. Kembalilah ke Malaysia. Perusahaan turun-temurun di Yellowstone ini? Bonda boleh usahakan yang lain, di tempat lain meski cabaran dan tentangannya berbeza. Kenapa bonda masih mahu alirkan keuntungan ke dalam peti negara angkuh itu? Bukankah dolar itu digunakan untuk membiayai Israel memusnahkan negara-negara islam. Bonda membiayai penumpasan saudara seagama sendiri! Dia terdiam menerima bangkangan anaknya. Yellowstone akan meledakkan kemarahannya bonda. Lari dari Yellowstone belum pasti selamat. Kenapa, bonda? Kerana jangkaan geologis bahawa letupan itu akan menyebabkan suhu dunia tidak tentu hala? Awan debu tebal menghalang pancaran matahari ke bumi? Hujan asid akan melanda dunia? Dia terperangan menerima soalan bertalu-talu. Siapa tahu kita antara yang bakal selamat daripada bahana hujan asid? Benar kata ayahanda, lari daripada satu takdir untuk mendepani takdir adalah satu usaha. Allah menggesa umatnya berikhtiar, bonda. Kalau Ahmad Abdullah masih hidup, barangkali dia akan memberitahu bonda Beritahu apa? Selamatkan keturunan Ahmad Abdullah. Dia tertampar.

(Dipetik daripada Cerpen Tanggar Amanat Oleh Amaruszati Noor Rahim Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

23

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i)

Apakah yang akan terjadi di Yellowstone mengikut jangkaan geologis? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda apakah masalah yang dihadapi oleh rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara? [3 markah] Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

Set 3 Cerpen Tanggar Amanat Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Assalamualaikum, bonda. Dia menjawab antara sedar dengan tidak. Takjub sebentar mendengar suara daripada ketulan 12 sentimeter yang terapung sepertinya. Dia menguak gerak, merapati objek melengkung itu. Ada tangan. Ada jari. Ada kaki. Urat-geramatnya jelas. Kepalanya berambut sedikit. Anak manusia? Bonda. Bonda? dia digoncang tanya. Lapan tahun dia menunggu panggilan keramat itu dengan sabar yang menekan resah naluri. Sekian hari, dia berharap dapat mengembangkan waris keturunan Ahmad Abdullah daripada rahimnya sendiri. Baru kali ini dia hamil dan berharap hampir lima bulan lagi, zuriatnya selamat menembusi pintu rahim ke alam dunia. Dengan menolak kecelaruannya, dia menguak merapati janin itu. Bibirnya terkatup rapat. Inikah yang bersuara dengan bibir terkunci? Itulah istimewa pertalian kita. Bonda boleh mendengar suara hati dan suara akal anakanda. Sebaliknya juga. O? Satu keistimewaan? Percayalah, ini zuriat bonda. Waris perkasihan bonda Hawa dan ayahanda Adam. Generasi kelapan Ahmad Abdullah yang bonda tunggu selama ini. Tapi mustahil. Bonda mengembara di dalam tubuh bonda sendiri. Kasih bonda membawa bonda ke alam ini.

(Dipetik daripada Cerpen Tanggar Amanat Oleh Amaruszati Noor Rahim


24

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Mengapakah Hawa menantikan kelahiran zuriatnya? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda bagaimanakah sesorang ibu dapat mengeratkan hubungan dengan anakanaknya. Nyatakan tiga cara. [3 markah] Huraikan satu nilai murni dalam petikan dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]

(iii)

DRAMA Set 1 Drama 1400 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SOUD DOLAH SOUD DOLAH : Engkau tolong orang, Allah tentu tolong kau. : Bila? : Dolah, mana imanmu? : Kau tahu, kerana kaki ini, mesyuarat tak pilih aku jadi wakil? Ada yang berkata, Dolah memang banyak berjasa pada kampong ni, tapi takkanlah nak pilih dia jadi wakil? Wakil capik, malulah kita. Ya, mereka malu. Tetapi, meminta tolong daripada aku tak malu. : Kita menolong harus kerana Allah, Dolah. : Cuba tengok keadaan aku. Meminang, siapa pun tak mahu. Dahlah capik, miskin pula. Aku hina, Soud. Tolong sana, tolong sini, bila sampai masa aku,siapa pun tak peduli.
25

SOUD DOLAH

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

SOUD DOLAH SOUD DOLAH

: Engkau sembahyang, bukan? : Apa ada kena-mengena dengan sembahyang? : Engkau sembahyang tak? : Aku akan berusaha sendiri, Soud. Kau tengoklah. Dolah capik ya! Kau tengok Soud, kau tengok. (Dipetik daripada 400 dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Nyatakan perkara yang menjadi Dolah berkecil hati? [2 markah]

(ii)

Wajarkah Dolah menyalahkan akan takdir tuhan kepadanya? Nyatakan sebabnya. [4 markah]

(iii)

Huraikan satu latar masyarakat daripada petikan dan satu latar masyarakat daripada keseluruhan petikan. [3 markah]

Set 2 Drama 1400 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. MAULANA : Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan sembahyang, kerana Allah berserta dengan orang-orang yang sabar.(Kumpulan bertasbih seperti tadi). : Apabila capik disuruh sabar Emak sakit dikata takdir Cakap,cakap,cakap,cakap Lidah tak bertulang, bolehlah. : Katakanlah kebenaran telah tiba, yang batil akan hancur, kerana yang batil itu memang akan lebur. : (Agak nyaring) Tuan, bukalah mata kepada hal yang sedang berlaku. Yang batil
26

DOLAH

MAULANA

DOLAH

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

bertambah kuat. Yang batil bertambah maju. Yang batil bertambah makmur. Bukalah mata, pandanglah sekeliling. MAULANA : Tidak usah pandang sekeliling, tidak usah buka mata. Tetapi pandanglah kepada petunjuk al-Quran, dan bukalah hati. Luruskan pendirian sebagaimana yang diperintahkan; jangan turut kehendak nafsu (kepada DOLAH). Allah ialah kepada sekalian orang yang beriman bagi mengeluarkan mereka daripada kegelapan kepada cahaya. Sesungguhnya barang siapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memberikan hidayat dalam kalbunya. (Digarhayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii) (iii)

Berikan maksud rangkai kata Yang batil bertambah makmur. [2 markah] Apakah tindakan MAULANA setelah mendengar kata-kata DOLAH? [3 markah] Pada pandangan anda, wajarkah manusia dalam dunia mempunyai agama? Mengapa? [4 markah]

Set 3 Drama 1400 Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. INTAN SITI RAHIMAH : Siang tadi Intan ke surau. Orang-orang kampung masih mengatakan kekotoran daripada kandang kuda mencemarkan air sungai. Anak-anak mereka sakit-sakit belaka, dan macam-macam lagi. : Itulah dah dikatakan. Intan jangan ke surau mereka. Mengapa pergi mencemar kaki ke sana? : Mereka datang sendiri menjemput. Takkanlah Intan tak
27

PAK TUAN DOLAH

INTAN SITI RAHIMAH

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

pergi? PAK TUAN DOLAH INTAN SITI RAHIMAH : Lain kali kata sibuk, tak usah pergi. : Tetapi mereka ini isteri dan ibu kepada orang-orang yang Bekerja dengan kita. Mereka besar hati datang menjemput. Itu pun takut-takut pula. : Ya, mereka harus takut pada kita. Jika tidak naik kepala nanti. Intan harus sedar dengan siapa hendak bercampur gaul ? : Intan sedih melihat keadaan hidup setengah-setengah daripada mereka. Makanan anjing kita lebih baik daripada makanan mereka. (Dipetik daripada 1400 dalam antologi Dirgahayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka.

PAK TUAN DOLAH

INTAN SITI RAHIMAH

(i)

Mengapa PAK TUAN DOLAH melarang INTAN SITI RAHIMAH ke surau? Berikan dua alasan. [3 markah] Pada pandangan anda, apakah cirri-ciri suami yang disayangi isteri? Nyataka tiga ciri. [3 markah]

(ii)

(iii)

Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan drama tersebut dan satu persoalan lain daripada keseluruhan drama. [3 markah]

Set 1 Drama Dato Onn Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. HALIMAH :Abang, saya fikir eloklah saya pergi dari sini. Suami saya Muhammad pun sudah tiada lagi. Anak-anak ini biar saya bawa bersama-sama. Ke mana-mana sahaja nasib menentukan hidup kami sekeluarga. :Tidak, Halimah. Kawan tidak akan melepaskan awak pergi dengan budak-budak ini. Mereka ialah anak-anak saudara kawan. Anak-anak adik kawan sendiri.
28

ONN

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

HALIMAH

:Sudah tiada siapa lagi tempat kami bergantung harapan. Sepi rasa dunia ini, kami tinggal keseorangan. Biar kami pulang ke kampung. Di sana kami ingin membina hidup ini semula. :Tidak mungkin, oh, Halimah! Awak pergi, bermakna kami mengabaikan nasib awak setelah awak kehilangan sebahagian daripada kami. Halimah, dan anak-anak awak ialah kerabat dan darah daging kami.

ONN

HALIMAH tertunduk menangis. Dia lantas memeluk ONN. DATO JAAFAR masuk. DATO JAAFAR : Bagaimana kalau ayah cadangkan awak ambil sahaja Halimah ini sebagai isteri awak Onn? Awak pun selama ini hidup tak menentu. Sekejap menikah dengan Seri Panggung, biarpun tidak bersetuju, awak nak kahwin juga dengan dia. Tapi sekarang ini tidak berapa lama awak ceraikan dia. Hidup ini kenalah rancang dengan baik, Onn. Keluargalah yang akan membentuk peribadi seseorang. Awak kenalah berkeluarga. Kena ada orang yang benar-benar jujur di sisi awak...

ONN tertunduk berfikir. DATO JAAFAR : Awak fikirlah semasak-masaknya. pertahankan kedudukannya itu. Halimah tetap keluarga kita... Kita mesti

(i)

Apakah tindakan yang ingin diambil oleh Halimah setelah ketiadaan suaminya? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, mengapakah Dato Jaafar menganggap keluarga sebagai pembentuk peribadi seseorang? [4markah] Berikan satu persoalan daripada petikan dan dua persoalan lain daripada keseluruhan drama tersebut. [3 markah]

(iii)

Set 2 Drama Dato Onn Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ONN naik ke pangkalan dengan membawa pukat dan ikan di dalam bakul. Orang ramai di pangkalan itu. Isterinya, HALIMAH menjual kuih di warung. ONN masuk ke warung dan duduk. HALIMAH mendekati ONN.
29

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

HALIMAH ONN

: Banyak dapat ikan hari ini, bang? : Inilah sahaja yang ada. Nelayan yang tak bertauliah seperti aku ini, apa yang boleh dibuat? Tak tahu memasang jaring, apalagi nak memasang pukat. :(Menghidangkan air dan kuih) Belajarlah kita menjadi orang kebanyakan. Rasanya hidup begini, kita lebih aman... . Minumlah dulu dan kuih itu dijamah. Lebih kita jual pagi tadi. Pendapatannya agak lumayan.

HALIMAH

ONN memandang isterinya. Dia kelihatan sedih. ONN menyanyi ONN : Janganlah kaucuba sembunyikan Apa yang tersirat di hatimu Hidup ini sungguh menyeksakan Derita terbayang di wajahmu. HALIMAH menyanyi. HALIMAH : Tapi aku bangga keranamu Sikapmu membuat aku gembira Patah sayap bertongkat paruh Gunung tinggi didaki juga. :Dan, tahukah kau, Halimah? Hatiku ini selalu gelisah. Melihat bangsaku yang mundur dan tertekan... . Di bawah penjajahan yang menjadikan mereka suram. Kaulihatlah sendiri nelayan-nelayan nan miskin, hidup tak tentu haluan. Menangkap ikan sekadar cukup makan. Bagaikan ayam kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

ONN

(i)

Mengapakah hati ONN sentiasa gelisah? [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah nelayan yang hidup dalam kemiskinan dapat dibantu?

[4 markah] (iii) Huraikan satu nilai murni dalam petikan dan dua nilai murni dalam keseluruhan drama ini. [3 markah]

Set 1 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
30

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

SHAHRUL terdengar suara SABARIAH. Dia meninjau dari tingkap dan kemudian turun. SHAHRUL membawa beg pakaiannya sekali. SABARIAH : Alang hendak pergi mana ini? SHAHRUL jadi serba salah. SHAHRUL : Balik KL, angah.

SABARIAH memandang SABRI, kemudian kembali kepada SHAHRUL. SABRI : Cutinya sudah habis. Kenalah balik.

SABARIAH : (Marah) Apa ni, alang? Mayat bapa belum jumpa. Alang pula hendak balik? Apa ini? Angah dari London balik, alang di Kuala Lumpur tak sanggup tunggu? SHAHRUL : (Merayu) Alang hanya dapat cuti tiga hari. Kerja, hendak buat macam mana?

SABARIAH : Ini kan soal hidup dan mati ketua keluarga kita. Angah kerja juga. Kalau inilah caranya bos alang buat, tidak berperikemanusiaan namanya. Apa, emak dan ba;pa itu tidak pentingkah? Takkan dalam bencana sebesar ini bos tidak ambil berat? Ohh, fasal tidak kena pada kaum keluarganya! Kalau angahlah, 24 jam angah letak jawatan. ( Dipetik daripada Tiang Cengal Dinding Sayung, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berdasarkan petikan drama tersebut di atas, nyatakan masalah yang dihadapi oleh Sharul [2 markah] Jelaskan apakah usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk memberi sokongan moral kepada keluarga anda yang ditimpa musibah? [4 markah]

(ii)

(iii)

Pada pendapat anda, mengapakah watak SABARIAH begitu marah, apabila SHAHRUL ingin balik ke Kuala Lumpur. [3 markah]

31

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 2 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SHAHRUL tidak mahu turut campur dalam hal sensitive ini. SABRI : Fasal apa tidak adil? Bukankah sudah jadi kelaziman, orang perempuan buat kerja rumah. Menguruskan rumah. Jaga emak bapa. : Itu zaman bila? Zaman batu. : Zaman mana sekalipun, lazim tetap lazim. : Abang tidak kesian pada Salmah? : Salmah? Fasal apa? Fasal dia tidak kahwin lagi. : Huh, tidak kahwin dan dia tu businesswoman! Bila dia hendak jaga emak? Tengok! Bapa hilang di laut sudah tiga hari, baru hendak menjengah. Hendak suruh jaga emak? : (Ketawa) Eh-eh, kenapa pula Salmah yang menjaga? Engkau kakak, engkaulah yang kena jaga. : Bawa emak ke London? Tidak .tidak. Jangan buat kerja gila ini, bang. ( Dipetik daripada Tiang Cengal Dinding Sayung, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

SABARIAH SABRI SABARIAH SABRI SABARIAH

SABRI

SABARIAH

(i)

Mengapa anak-anak Jimah berselisih faham seperti petikan tersebut di atas? [2 markah]

(ii)

Jikalau anda anak-anak Jimah, apakah tindakan yang perlu anda lakukan kepada ibu anda yang sedang ditimpa musibah? [3 markah] Jelaskan mesej yang ingin disampaikan pengarang dalam petikan tersebut di atas. [4 markah]

(iii)

32

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Drama Tiang Cengal Dinding Sayung Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. JIMAH melemparkan pandangannya ke arah lain. SANI Cuma mampu memandang telatah abang dan kakaknya. SALMAH : Emak, Sal minta ampun, minta maaf banyak-banyak. Sal bersalah emak. Sal pentingkan perniagaan daripada tanggungjawab pada emak, pada bapa.

Semua mata tertumpu kepada JIMAH.JIMAH menahan sebak. Terketar-ketar bibirnya menahan kedukaannya. Setelah dia dapat mengawal diri, baru JIMAH bercakap. JIMAH : Sepatutnya kehadiran kamu pada kala aku dan bapa kamu ditimpa musibah, menggembirakan hati aku. Bantu semangat aku yang sudah luntur. Bantu ringankan beban derita yang aku tanggung. Tapi meleset sekali sangkaan aku. Kamu Cuma fikirkan kerja, fikir duit, fikir kerugian, fikir suami, ingat isteri. Berapa duit kamu habis berbelanja? Ratus ribu? Huh, tiada belas kasihan langsung! Kamu ingat duit ringgit yang kamu beri tiap-tiap bulan itu cukup untuk gembirakan kami? Duit ringgit bukan ukuran untuk membalas budi orang tua. Kami tidak perlu duit ringgit kamu. (Berhenti seketika, menahan sebak di dada) Kamu tidak malu pada Sani itu? Dia tu anak pungut. Anak pungut. Bukan anak aku, tetapi dia lebih dekat dengan aku, dengan bapa kamu, daripada kamu semua ini. Wan bukan anak aku. Dia menantu aku, tetapi dia hambakan dirinya untuk aku. Dia dan Sani tahu membalas kasih saying dan budi yang selama ini aku dan bapa kamu beri. : Emak, cukuplah itu, emak. Emak penat.

SANI

SANI cuba mengendurkan ketegangan emaknya. ( Dipetik daripada Tiang Cengal Dinding Sayung, dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) Berikan maksud Bantu semangat aku yang sudah luntur. [2markah] Berdasarkan petikan di atas, nyatakan sebab-sebab Jimah meluahkan perasaan kepada anakanaknya. [3 markah]

(i)

(ii)

(iii)

Pada pandangan anda, sekiranya Sani tidak ada disamping Jimah, bagaimanakah anak-anak kandung Jimah menenangkan Jimah?
33

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

[4 markah] PROSA TRADISIONAL Set 1 Hikayat Dua Geliga Hikmat

Set 2 Hikayat Dua Geliga Hikmat Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah malam bulan itu pun belum lagi terang dan bintang pun belum padam cahayanya dan segala mergastua pun belum lagi mencari mangsanya maka Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran mengenakan baju antakesuma dan memakai pakaian yang indah-indah. Maka tabak itu pun dibubuhnya hikmat oleh tuan puteri. Maka tuan puteri dengan bidadari yang tujuh orang itu pun melayanglah. Maka tabak itu pun mengikut Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran itu seperti anak panah keluar daripada busarnya dan rupanya itu terlalu amat tangkas ia melayang. Hatta, kalakian maka tersebutlah perkataannya Inderaputera tatkala duduk di rumah peri itu, maka ujarnya Inderaputera kepada peri itu, Hai nenekku, esok genaplah tiga hari hamba duduk di sini! Dan berkata peri itu, Hai cucuku, pergilah cucuku pada tengah malam ini duduk pada tepi tasik itu dan cucuku duduk bersembunyi baik-baik jangan kelihatan kepadanya! Syahadan barang siapa menanggalkan bajunya dulu itu maka ditaruhnya pada sajian perak itu, dan yang berlangir dahulu itulah tuan puteri, dan barang tipu daya pun cucuku ambil juga bajunya itu. Setelah sudah peri itu berpesan kepada Inderaputera maka Inderaputera pun pergilah kepada tasik itu seraya ia menambangkan geliga Mayan Bedi. Maka dicitanya nama peri itu.

(Dipetik daripada Dua Geliga Hikmat dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii)

Berikan maksud segala mergastua.

[ 2 markah ]

Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah cara Inderaputera hendak mengenali tuan puteri? [ 3 markah ]
34

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(iii)

Pada pandangan anda, apakah yang akan berlaku sekiranya Inderaputera berjaya mengambil baju tuan puteri? [ 3 markah ]

Set 3 Hikayat Dua Geliga Hikmat Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka diambil oleh Inderaputera baju itu lalu diberikan kepada tuan puteri. Maka kata tuan puteri. Hai kakanda, jikalau hendak akan hikmat itu marilah kakanda pergi ke mahligai hamba itu! Maka ujar Inderaputera, Bagaimana kakanda pergi ke mahligai mengikut adinda kerana kakanda tiadalah tahu terbang, kerana adinda terbang di udara dan kakanda berjalan di bumi? Maka kata Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran, Hai kakanda Inderaputera, duduklah kakanda di atas tabak itu! Jangan kakanda memandang ke belakang nescaya gugur ke bumi. Hatta maka Inderaputera pun duduklah di atas tabak. Setelah sudah duduk maka Inderaputera pun berkata kepada tuan puteri, Maka janganlah adinda tuan mengubahi janjian dengan kakanda. Maka sahut tuan puteri, Tiada demikian kerana sudah hamba bersumpah. Maka tuan puteri pun kembali dari tasik serta segala bidadari melayang mengiringkan tuan puteri. Maka tabak itu pun mengikut dari belakang dan dilihat oleh Inderaputera, dunia ini seperti bukit juga besarnya kelihatan. Arkian maka datanglah ke Padang Belantara Hairani. Maka hairanlah Inderaputera. Maka ia pun sampailah kepada tempat mahligai tuan puteri dan dilihat oleh tuan puteri Inderaputera lagi di Padang Hairani itu. Maka dicita oleh tuan puteri akan tabak itu. Maka tabak itu pun terletaklah di Padang Hairani. Maka Inderaputera pun hairan melihat tabah itu tidak melayang lagi. (Dipetik daripada Dua Geliga Hikmat dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
35

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii)

Berikan maksud mengubahi janjian.

[ 2 markah ]

Berdasarkan petikan di atas, bagaimanakah cara Inderaputera boleh sampai ke mahligai tuan puteri? [ 3 markah ]

(iii)

Pada pandangan anda, mengapakah tuan puteri ingin pulang ke mahligai? [ 3 markah ]

Set 1 Prosa Hikayat Opu Daeng Menambun Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. SYAHADAN sudah tentu muafakat mesyuarat berlima bersaudara serta Inderaguru Tujarapok dan panglima dan serta dengan juak-juak sekalian, maka Naiklah ke darat Opu Daeng yang berlima bersaudara mengkhabarkan telah selesai Muafakat saudara-bersaudara mengatakan Adinda Opu Menambun yang hendak beristeri, jikalau ada ampun serta kurnia. Lalu dijawab oleh Sultan, Pilihlah anak saya yang bertiga. Maka disahuti, Jikalau ada ampun kurnia, itulah paduka anakanda Puteri Kesumba dikahwinkan dengan saudara saya Daeng Menambun. Syahadan maka ketika harij yang baik, bekerjalah memulai berjaga-jaga. Lalu beraraklah kahwin. Serta sudah pengantin tgelah sampai tiga harinya, lalu bekerja pula mandi-manda, serta berarak, kumpulan anak buah sekaliannya seperti orang Bugis dan berserta orang Matan. Lalu Sultan Muhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng yang berlima bersaudara minta langgarkan Panembahan Agung. (Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Mengapa Sultan Muhammad Zainjuddin ingin mengahwinkan Daeng berlima bersaudara dengan anak-anak perempuannya? [2 markah] Berikan tanda-tanda menunjukkan keakraban Daeng berlima bersaudara. [3 markah] (iii) Apakah mesej yang ingin disampaikan pengarang kepada pembaca berdasarkan petikan tersebut.

(ii)

36

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

[4 markah]

Set 2 Prosa Hikayat Opu Daeng Menambun Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Maka sampailah perang itu delapan hari. Maka banyak pula orang negeri yang masuk kepada Yang Amtuan. Maka sampai sebulan perang, menanglah orang Bugis. Serta selesai daripada pekerjaan perang, maka dikahwinkannya Opu Daeng Perani itu oleh Yang Amtuan yang baharu digelar itu; dikahwinkannyalah dengan saudaranya yang perempuan. Maka beranak seorang perempuan dengan saudaranya Yang Amtuan Raja kedah itu. Maka lalu dibayarnya seperti perjanjian yang lima belas bahara itu. Maka baharu dibayarnya tiga bahara ringgit, dia berkhabar bertangguhlah dahulu yang selaginya. Maka menerima yang tiga bahara ringgit itu, dibahagi-bahagi dengan sekalian dagang yang datang dari Bugis dan dagang dari Timur wang yang tiga bahara ringgit itu. Kemudian, setelah selesailah daripada itu, maka bermohonlah balik ke Riau. ( Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Buktikan kebijaksanaan Yang Amtuan menarik minat Daeng berlima bersaudara menguasai Kedah. Nyatakan dua bukti. [2 markah] (i) Mengapa Daeng berlima bersaudara bersetuju untuk memerangi Kedah? [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara pemerintah supaya menarik minat pedagang asing datang ke negara kita untuk membuat pelaburan?
37

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

[4 markah]

Set 3 Prosa Hikayat Opu Daeng Menambun Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Ini ada adik saya Daeng Kemasi, belum berumah-rumah. Jikalau suka Sultan Adil memeliharakan, saya pun turut suka juga, sama-sama mencarikannya jalan yang kebajikan. Jikalau ada diberi Allah, diterimalah seperti kehendak Sultan itu. Kemudian pengeran serta dengan kiai yang bertujuh itu bermohon baliklah. Serta sampai lalu menghadap Sultan Adil, mengkhabarkan salam doa takzim daripada kakanda Opu Daeng Menambun, serta sembah daripada adinda Opu Daeng Kemasi akan hal seperti perintah duli Sultan itu, diikutilah beberapa syukur alhamdulillah. Maka Sultan Adil pun sukalah. Maka tiada berapa lama antara harinya, lalu dikahwinkanlah Opu Daeng kemasi itu dengan adiknya yang perempuan yang bernama Raden Tengah itu. Serta sampai tujuh harinya, maka digelarnyalah oleh Sultan Adil Opu Daeng kemasi itu Pengeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas. ( Dipetik daripada Hikayat Opu Daeng Menambun Dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) Apakah maksud belum berumah-rumah? [2 markah]

(i)

38

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(ii)

Apakah cara-cara pemerintah yang ingin meluaskan empayar pemerintahannya tanpa partumpahan darah? [3 markah ]

(iii)

Huraikan satu pengajaran daripada petikan tersebut dan satu pengajaran daripada keseluruhan prosa. [4 markah]

Set 1 Hikayat Siak Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dan sampailah di Kuala Johor. Maka orang Johor pun gegerlah, mengatakan, Tuan kita sudah datang! Dan mana suku Laksamana, semuanya datang, menghadap baginda. Maka kata orang Johor, Jikalau betul asal tuan kami, minta tawarkan air yang masin. Dan titah baginda, Baiklah. Dan lalu diambil rotan, dilingkar, dimasukkan ke dalam air. Maka baginda beryang-yang, Jikalau betul asal dari raja Johor, hendaklah Allah Taala tawarkan air yang masin, menjadi tawarlah. Lalu dimasukkan ke dalam lingkaran rotan itu. Maka segera diambilnya air itu. Dan, masing-masing minum air itu, sangat tawarnya, lagi sejuk rasanya. Maka segala orang Johor pun bersoraklah, Ialah, tuanku patik, Tuanku Yang Maha Mulia ini! Dan banyaklah yang mengikut baginda. Dan baginda pun bertitah kepada segala rakyat, Hendaklah kamu mengatakan daulat. Maka baginda pun masuk ke Negeri Johor. Maka dibedil orang dari kubu Johor. Maka segala meriam pun keluar air kepada mulut meriam. Satu pun tiada berbunyi. Maka baginda pun mudik, didayungkan oleh segala rakyat, sambil bertimang, berakung, lalu ke Pangkalan Rama, di jambatan dalam. Maka baginda pun melompat naik ke atas jambatan. Baginda memegang pedang kerajaan yang bernama Sepurejab, telah terhunus dari sarungnya. (Dipetik daripada Hikayat Siak dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
39

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Berikan maksud beryang-yang. . [ 2 markah ]

Berdasarkan petikan di atas, nyatakan cara baginda menukarkan air masin menjadi tawar. [ 3 markah ] Pada pandangan anda, bagaimanakah cara rakyat menunjukkan taat setia kepada pemerintah? [ 3 markah ]

(iii)

Set 2 Hikayat Siak Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Hatta, pada waktu itu Raja Bugis pun datang ke Mengkalis, Daeng Parani, dan Daeng Celak, dan Raja Tuha. Lalu ia mendapatkan baginda, kerana sudah berkenalan dengan baginda, tatkala di Bangkah Kota; baginda duduk dengan Sultan Palembang. Dan serta bertemu dengan baginda, lalu berbicara, hendak melanggar Johor. Daeng Parani pun meminta perjanjian, jikalau dapat Johor, baginda menjadi Yang Dipertuan Besar; Daeng Parani menjadi Yang Dipertuan Muda. Sudah putus muafakat , dan Daeng Parani minta hendak pergi ke Langat, dan mengambil segala Bugis yang ada di sana. Dan barang bila esok, hendak pergi menyuruh membawa surat ke Johor kepada Yang Dipertuan Johor mengatakan, paduka anakanda hendak menuntut kematian Marhum Mangkat Dijulang. Dan jikalau kota yang buruk, suruh baiki kota; yang parit tohor, suruh dalamkan. Dan serta sampai surat itu ke Johor, maka Yang Dipertuan Johor pun mengampungkan segala orang besar-besar, muafakat, menyuruh membaiki kota, parit. Dan sudah masyhur khabar itu, mengatakan anak Marhum Mangkat Dijulang sudah keluarlah; segala rakyat pun datang, dibawa oleh Raja Negara Selat. Dan serta sampai, bertemu dengan Yang Dipertuan di Mengkalis, mengatakan tuan dari Johor. Dan segala Minangkabau mengatakan tuan dia, datang dari Minangkabau. Hatta, lalu berkelahi. Maka titah baginda, Janganlah engkau berkelahi, sama-sama bekerjalah. Dan baginda pun menyiapkan perahu, kecil besar. Setelah sudah, sampailah ketika yang sempurna, maka baginda pun berangkat ke Johor. Dan segala rakyat Selat, dan segala yang di lahut, semuanya mengiringkan baginda. (Dipetik daripada Hikayat Siak dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
40

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii)

Berikan maksud mengampungkan segala orang besar-besar. Apakah perjanjian yang dibuat antara baginda dengan Daeng Parani?

[ 2 markah ]

[ 2 markah ] (iii) Pada pandangan anda, mengapakah kita perlu bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan? [ 4 markah ]

Set 3 Hikayat Siak Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syahadan, akan Yamtuan Muda pun mengamuk. Anak bininya habislah mati dibunuhnya. Tinggal seorang anaknya, perempuan. Niat hatinya, sudah habis mati anak bininya, hendak mengamuk ke dalam kota. Serta sudah ia membunuh anak isterinya, datanglah takut hatinya, lalu ia terjun, lari ke hutan kayu onak. Ia bersembunyi. Akan Yang Dipertuan Besar, Tiada aku mahu lari, kerana besar sangat dosaku membunuh ayahanda baginda. Dan baiklah aku serahkan nyawaku, mana dengan perintah Yang Dipertuan. Maka ia pun datang, dengan tiada berbulang dan tiada berkeris, persembahkan nyawa. Maka titah baginda kepada hulubalang baginda, Tiada patut, orang sudah menyerahkan nyawanya kepada kita, tiada patut kita bunuh. Dan tiada dibunuh baginda. Maka orang pun datang membawa khabar, mengatakan Yamtuan Muda sudah membunuh anak isterinya. Maka titah baginda kepada Bendahara, Akan sekarang bagaimana bicara ayah, mahukah mengikut bicara sahaya? Maka sembah Bendahara, Mana titah patik junjung. Titah Raja Kecil, Dan kepada fikir sahaya, ayah hendak sahaya jadikan ayah kembali, jadi Bendahara. Akan Yamtuan Muda, disuruh bunuh oleh Bendahara, sebab derhaka membunuh anak isterinya, tiada dengan izin baginda. Dan akan bonda baginda, Encik Apung, kembali ke rahmatullah taala, tiada sempat berpandangan dengan baginda. (Dipetik daripada Hikayat Siak dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
41

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) (ii)

Berikan maksud kembali ke rahmatullah taala. Mengapa baginda tidak membunuh Yang Dipertuan Besar?

[ 2 markah ]

[ 3 markah ] (iii) Pada pandangan anda, mengapakah pemerintah perlu bersikap adil terhadap rakyatnya? [ 3 markah ]

Set 1 Hikayat Langlang Buana Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Empat orang menteri dan empat orang hulubalang memegang senjata dan berbaju rantai berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu. Setelah didengar oleh hulubalang suara orang tertawa di atas mahligai tuan puteri itu maka katanya, Apalah bicara tuan hamba sekalian? Maka kata seorang lagi, Pada bicara hamba baiklah kita persembahkan ke bawah duli dahulu. Apalah juga titah Yang Dipertuan kita kerjakan. Setelah sudah ia mesyuarat itu maka menteri keempat itu pun masuklah menghadap Raja Bahrum Dewa. Maka katanya kepada biduanda itu, Pergilah persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan katakan, pada malam tadi kami berkawal di bawah mahligai tuan puteri itu kami dengar suara laki-laki tertawa di atas mahligai tuan puteri itu, hendak disegerakan pekerjaan itu kerana belum kami persembahkan ke bawah Duli Yang Dipertuan. Setelah demikian kata menteri itu maka biduanda pun pergilah menghadap Raja Bahrum Dewa itu serta dipersembahkannyalah perkataan segala menteri yang berkawal di bawah mahligai itu. Setelah didengar oleh baginda akan sembah biduanda itu maka Raja Bahrum Dewa pun terlalu marahnya, api bernyala-nyala merah padam muka baginda itu seperti bunga raya yang baharu kembang rupanya. Serta baginda bertitah kepada empat puluh hulubalang dan rakyat sekalian, Pergilah kamu lihat anak celaka itu
42

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

memberi malu kita. Setelah itu maka pada malam itu juga hulubalang dan rakyat dititahkan oleh Raja Bahrum Dewa mengepung laki-laki di atas mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi itu.

(Dipetik daripada Hikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i)

Berikan maksud hendak disegerakan pekerjaan itu.

[ 2 markah ]

(ii)

Nyatakan reaksi Raja Bahrum Dewa apabila mengetahui bahawa ada suara lelaki ketawa di atas mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. [ 3 markah ] Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengawal perasaan marah? [ 3 markah ]

(iii)

Set 2 Hikayat Langlang Buana Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syahadan dengan tempik soraknya maka dian pelita pun dipasang oranglah seperti siang hari rupanya. Setelah dilihat oleh segala dayang-dayang tuan puteri itu orang banyak datang maka ia pun terkejutlah. Lalu datang menyembah kepada Raja Indera Bumaya, Ya tuanku, orang banyak datang mengepung kita. Sekaliannya pun menangis dan menampar-nampar dadanya. Maka kata inangda, Wahai tuan puteri, apalah jadinya kita ini? Sekarang orang mengepung sudah banyak. Setelah didengar oleh Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi dan Raja Indera Bumaya sembah segala dayang-dayang itu maka ia pun tersenyum seraya berpantun, demikian bunyinya: Rumbia banyak di tanjung, Puan di mana sahaya dihempaskan;
43

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Meski seribu orang mengepung, Tuan tidak abang lepaskan. Maka Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi pun seraya turun dari atas pangkuan Raja Indera Bumaya maka dipegang oleh baginda tangan tuan puteri seraya katanya, Hai tuan puteri, hendak ke mana tuan pergi? Tiadakah tuan mahu melihat kematian kakanda ini? Adinda nyawa kakanda, dengar juga kata kakanda. Sudah mati kelak baharu tuan kembali pada ayahanda bonda tuan. Maka tuan puteri pun terkenangkan kasih sayang Raja Indera Bumaya itu. Maka tuan puteri pun makin sangat menangis. Di dalam hatinya, Sungguhlah juga mati Raja Indera Bumaya ini. Aku pun tiada mahu hidup lagi. (Dipetik daripada Hikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) Berikan maksud seperti siang hari rupanya . [ 2 markah ]

Nyatakan reaksi dayang-dayang apabila melihat mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi telah dikepung. [ 3 markah ] Pada pandangan anda, mengapakah Raja Indera Bumaya tidak wajar berada di Mahligai Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi. Berikan ulasan anda. [ 3 markah ]

(iii)

Set 3 Hikayat Langlang Buana Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Setelah hari malam maka bayan itu pun dikeluarkan dari dalam sangkarnya itu. Maka ia pun datang ke hadapan tuan puteri. Maka Dang Siti Mengerna pun berdatang sembah kepada tuan puteri, Ya tuanku tuan puteri, lihatlah bayan ini jinak kepada tuan puteri. Maka sahut bayan itu, Hai Dang Siti Mengerna, di manakah tiada jinak kerana beta beroleh tuan yang baik parasnya. Maka dayang-dayang pun sekalian ramai-ramai tertawa mendengar kata bayan itu. Maka kata bayan, Ya tuanku puteri, hampirlah tuan beta itu akan datang menghadap tuan. Maka kata tuan puteri, Manakah kala tuanmu itu akan datang ke mari? Maka sahut bayan itu, Pada bulan ini dan ketika ini juga tuan patik akan datang ke mari. Setelah tuan puteri mendengar kata bayan itu maka terlalu sukacita hendak melihat Raja Indera Bumaya itu. Setelah ketika itu maka bayan itu pun menjadi nuri datang ke atas ribaan tuan puteri itu seraya berpantun, demikian bunyinya; Pergi ke padang membakar puan, Ikat timba bertali-tali; Datang dagang menghadap tuan, Minta perhamba sekali-kali.

44

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Setelah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi mendengar serta dayang-dayang dan inang pengasuh melihat nuri itu berpantun, maka asuh sekalian itu pun hairanlah di dalam hatinya. Maka kata tuan puteri di dalam hati, Bijaksana sekali Raja Indera Bumaya itu. (Dipetik daripada Hikayat Langlang Buana dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) (ii) (iii) Berikan maksud baik parasnya . [ 2 markah ] [ 3 markah ]

Nyatakan keistimewaan yang dimiliki oleh bayan. Pada pandangan anda, mengapakah Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi hendak berjumpa dengan Raja Indera Bumaya?

[ 3 markah ]

PUISI TRADISIONAL Set 1 Gurindam Tonggak Dua Belas Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Tonggak Dua Belas

Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif.

45

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Apakah saranan penulis dalam rangkap keempat gurindam ini? [2 markah]

(ii)

Pada pandangan anda, apakah faedah yang akan diperolehi jika kita tekun bekerja? [3 markah]

(iii)

Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam ini. [4 markah]

Set 2 Gurindam Tonggak Dua Belas Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Tonggak Dua Belas Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

46

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i)

Nyatakan sikap yang perlu diamalkan oleh ketua seperti yang diterangkan dalam syair tersebut. [2 markah] Rangkap ketiga gurindam menerangkan keceriaan sewaktu bekerja. Pada Pendapat anda, mengapakah kita perlu ceria sewaktu bekerja? [3 markah] Huraikan dua pengajaran yang boleh diambil daripada gurindam tersebut. [4 markah]

(ii)

(iii)

Set 3 Gurindam Tonggak Dua Belas Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Gurindam Tonggak Dua Belas Hendak pandai menghargai masa, Jangan dinanti esok lusa. Ketekunan akan membawa kejayaan, Kegigihan bekerja dengan keupayaan. Wajah ceria keseronokan bekerja, Usah berduka bermuram durja. Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan, Bertindak dengan penuh kebijaksanaan. Ketinggian peribadi jadi amalan, Ketelusan hati jadi bekalan. Kekuatan sifat baik hati, Bertimbang rasa dan bersimpati. Pengaruh kepimpinan melalui teladan, Baik buruk jadikan sempadan. Menjadi kewajipan menjalan tugas, Walaupun sederhana tetapi tegas. Kebijaksanaan berhemat perlu diutama, Tidak membazir teliti saksama. Keutamaan kesabaran fikiran tenang, Perkara susah menjadi senang. Peningkatan bakat diberi sokongan, Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. Nikmat mencipta budaya kreatif, Kembangkan bakat semoga aktif.

Antalogi Digarhayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

47

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i)

Mengapakah kita perlu mengutamakan sifat sabar seperti yang dinyatakan dalam gurindam tersebut? [2 markah] Rangkap kesebelas gurindam menunjukkan pentingnya memberi sokongan kepada orang yang berbakat. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memberi sokongan kepada orang yang berbakat? [3 markah] Huraikan nilai yang terdapat dalam gurindam tersebut. [4 markah]

(ii)

(iii)

Set 1 Pantun Lapan Kerat Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, DI tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; BIarlah bersabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.
48

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Apakah akibat sikap lalai seperti yang dinyatakan dalam pantun di atas? [2 markah] Sebagai khalifah Allah, manusia pasti akan menghadapi pelbagai masalah dalam membimbing manusia ke jalan benar. Jelaskan masalah-masalah yang mungkin dihadapi. [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

(ii)

(iii)

Set 2 Pantun Lapan Kerat Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, DI tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; BIarlah bersabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar.
49

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Terangkan kebaikan-kebaikan yang kita perolehi jika kita mengamalkan sifat sabar seperti yang ditonjolkan dalam pantun di atas. [2 markah] Rangkap kedua pantun menyatakan bahawa manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Pada pandangan anda, apakah yang harus kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini? [3 markah] Huraikan dua nilai yang terdapat dalam pantun di atas. [4 markah]

(ii)

(iii)

Set 3 Pantun Lapan Kerat Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, DI tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; BIarlah bersabar dengan perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar;

50

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar. Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010 (i) (ii) Berdasarkan pantun, apakah sikap yang boleh menyebabkan negara kita musnah? [2 markah] Rangkap ketiga pantun di atas memaparkan kebudayaan dan bahasa kita telah tercemar. Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya kita menjaga kebudayaan dan bahasa kita agar tidak tercemar? [3 markah] Huraikan tema pantun ini. [4 markah]

(iii)

Set 1 Seloka Si Luncai Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Seloka Si Luncai Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tidak mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan! Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

51

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Berikan maksud ada kuat tiada buat. [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah keburukan jika kita tidak menuntut ilmu dengan sempurna? [3 markah] Huraikan dua pengajaran seloka ini. [4 markah]

(iii)

Set 2 Seloka Si Luncai Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Seloka Si Luncai Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tidak mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan!
52

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Nyatakan contoh-contoh Si Luncai mengabaikan keluarganya. [2 markah]

(ii)

Seloka ini menyindir sikap Si Luncai yang tidak serius dalam kehidupannya dan sikap seperti ini memang terdapat dalam kalangan masyarakat kita. Bagaimanakah caranya kita dapat membantu orang yang bersikap demikian agar lebih serius dalam kehidupan? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut. [4 markah]

(iii)

Set 3 Seloka Si Luncai Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Si Luncai Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan Ada rumah tidak dijaga, Ada anak tidak dilatih, Ada ternakan tidak dibela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tidak selidik, Ada belajar kepalang ajar,
53

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Ada mengaji tidak mengkaji, Ada mata tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan! Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Nyatakan sikap-sikap negatif Si Luncai seperti yang terdapat dalam seloka tersebut. [2 markah] Seloka ini menegur orang yang berilmu tetapi tidak digunakan dengan sewajarnya. Pada pandangan anda, apakah yang wajar dilakukan oleh seseorang dalam menimba ilmu? [3 markah] Huraikan dua nilai yang terdapat dalam seloka ini. [4 markah]

(ii)

(iii)

Set 1 Syair Makna Riak Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syair Makna Riak Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali.
54

Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan,

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Apakah maksud Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu. [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda bagaimanakah cara kita mengelakkan diri daripada bersifat riak? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

(iii)

Set 2 Syair Makna Riak Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syair Makna Riak Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali,
55

Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu.

Terkadang bercakap ilmunya mantik,

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan. Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak.

56

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Nyatakan sikap riak yang harus dijauhi seperti yang terdapat dalam rangkap kedua syair. [2 markah] Rangkap pertama syair menerangkan sikap seseorang yang riak menunjukkan amal ibadat yang dilakukan. Pada pandangan anda, mengapakah kita dilarang menunjuk-nunjukkan amal ibadat yang telah dilakukan kepada manusia? [3 markah] Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

(ii)

(iii)

Set 3 Syair Makna Riak Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Syair Makna Riak Kemudian dinyatakan makna riak, Amal ibadat kerana manusia, Inilah kebencian Tuhan yang sedaya, Sebab kerana syirikkan Dia. Terkadang riak pula dilakukan, Mengiringkan beberapa puasa tak makan, Bertutur itu suara diperlahankan, Tubuh dan badan tidak dihiraukan. Supaya disangka ianya wali, Akan dunia tidak peduli, Hemahnya itu sangatlah ali, Tetapi hatinya ke dunia bertali. Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, Berkata-kata tidaklah jemu, Nahu dan sarap habis diramu. Terkadang bercakap ilmunya mantik, Bicara alhayat konon diselidik, Supaya disangka ianya cerdik, Sukalah orang memberinya gundik. Terkadang riak dengan pakaian, Berserban lilit ekor berhambayan, Sejadah di bahu bersampaian, Tasbih di tangan beruitan Pejamkan mata duduk bersila, Lidah berzikir Allah Taala, Terkadang jazbah seperti gila, Kasadnya hendak jadi kepala. Riak demikian menjadi balak, Amal itu tentu ditolak, Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak, Allah Taala sualak.
57

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Digarhayu Bahasaku

(i)

Apakah maksud Terkadang riakkan ia berilmu, Bersurah ketika orang berjamu, [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah keburukan-keburukan sifat riak seperti dalam syair di atas? [3 markah] Jelaskan maksud rangkap ketiga syair tersebut. [4 markah]

(iii)

Set 1 Syair Pemberontakan Patani Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapatkan cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera. Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan. Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara. Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira. Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli hadirat,
58

Bimbang dan masyghul disuruh kerat. Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuslah hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata. Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri. Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa, Kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa. Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas diri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliputi negeri. Jadilah dititahkan Seri Betara,

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Tiadalah lagi terkira-kira, Berjalanlah pergi bersegera-segera,

Mendapat cogan Raja Senggora.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Berdasarkan rangkap keenam syair, apakah reaksi Laksamana setelah mendengar titah Betara? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah akibatnya jika Laksamana gagal memerangi musuh? [3 markah] Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

(ii)

(iii)

Set 2 Syair Pemberontakan Patani Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapatkan cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera. Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan. Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara. Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira. Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli hadirat, Bimbang dan masyghul disuruh kerat.
59

Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuslah hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata. Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri. Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa, Kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa. Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas diri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliputi negeri. Jadilah dititahkan Seri Betara, Tiadalah lagi terkira-kira, Berjalanlah pergi bersegera-segera,

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Mendapat cogan Raja Senggora.

60

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010

(i)

Jelaskan masalah yang dihadapi oleh Laksamana dalam syair ini. [2 markah]

(ii)

Jika anda Laksamana, adakah anda akan menurut titah Betara? Berikan sebabsebabnya. [3 markah] Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]

(iii)

Set 3 Syair Pemberontakan Patani Syair Pemberontakan Patani Laksamana dititahkan Betara, Ke negeri Patani berjalan segera, Mendapatkan cogan Raja Senggora, Akan menerima hukum dan dera. Barang yang hendak dihukumkan, Sekalian tidak boleh disalahkan, Kesalahan pinta dimaafkan, Pegawai yang dipegang itu dipohonkan. Setelah demikian titah Betara, Laksamana tiada berani dura, Kerana negeri hendak dipelihara, Kelak menjadi huru-hara. Bonda Duli Mahkota Indera, Pada Laksamana emak saudara, Sakit terlantar hampir bermara, Meninggalkan dia tiada terkira. Daripada kerja terlalu berat, Ke atas negeri hendak mudarat, Jadilah dititahkan duli hadirat, Bimbang dan masyghul disuruh kerat. Tiadalah lagi terkata-kata, Sudah dengan titah Sang Nata, Diputuslah hati yang bercinta, Kepada Allah diserah semata. Niat Laksamana yang pegari, Daulat baginda barang berdiri, Jika selamat sentosa negeri, Biarlah susah di atas diri. Berjalan ia berhati hampa, Bonda yang sakit tiada dilupa, Kerana sakit berat menimpa, Yakin hatinya tiada berjumpa. Daripada sudah demikian peri, Keberatan tertanggung di atas diri, Yang sakit itu seorang diri, Bala yang datang meliputi negeri. Jadilah dititahkan Seri Betara, Tiadalah lagi terkira-kira, Berjalanlah pergi bersegera-segera, Mendapat cogan Raja Senggora.

61

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Antologi Digarhayu Bahasaku Dewan Bahasa dan Pustaka 2010 (i) Apakah tujuan Laksamana dititahkan oleh Betara ke Patani? [2 markah] (ii) Rangkap keenam syair menunjukkan Laksamana menyerahkan takdir hidupnya kepada tuhan. Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana menyerahkan takdir hidupnya kepada tuhan? [3 markah] Huraikan nilai yang terdapat dalam syair tersebut. [4 markah]

(iii)

62

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

PUISI MODEN Set 1 Sajak Arkitek Kota Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ARKITEK KOTA Muhammad Haji Salleh Hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, Alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota. kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagaibagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan. dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. Dari Seberang Diri.

(i) (ii) (iii)

Siapakah yang berhak membina kota ? [ 2 markah ] Pada pendapat anda apakah ciri seorang perancang bandar yang berjaya. [ 3 markah ] Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas. [ 4 markah ]

63

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 2 Sajak Arkitek Kota Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ARKITEK KOTA (Muhammad Haji Salleh) Hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, Alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota. kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagaibagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan. dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. Dari Seberang Diri. (i) (ii) Siapakah pencipta kota ? [ 2 markah ] Pada pendapat anda, apakah kesan yang dihadapi jika tiada perancangan teliti dibuat sebelum membangunkan sebuah kota ? [ 3 markah ] Huraikan dua persoalan dalam sajak di atas. [ 4 markah ]

(iii)

64

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Set 3 Sajak Arkitek Kota Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. ARKITEK KOTA (Muhammad Haji Salleh) Hanya seniman peka, yang faham akan jiwa laut, kenal lambung gelombangnya, Alur sungai serta diam batu, perasaan musim, fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota. kerana arkitek matang itu anak di taman, perenung di perpustakaan, orang muda pulang bertandang di lorong malam, pemunggah barang pasar di subuh hari, pengadil di bangku bijaksana, dan datuk bandar yang bangga. dia harus sayangkan lagu burung, pemancing di teduh pohon, pemerhati tasik, pengawas bintang, dan bunga menjalar di beranda. pencipta kota ialah pendekar muda dengan langkah berbagaibagai, kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan. dia pengukir ruang hidup, penghias suasana sempurna, membenarkan penemuan, memungkinkan kemungkinan. Dari Seberang Diri.

(i) (ii) (iii)

Nyatakan maksud rangkai kata memungkinkan kemungkinan. [2 markah] Pada pendapat anda, apakah ciri sebuah kota idaman pada abad ke-21 ? [3 markah] Nyatakan tiga nilai kemanusiaan dalam sajak di atas. [4 markah]

Set 1 Dirgahayu Bahasaku Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dirgahayu Bahasaku Ahmad Sarju Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan
65

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

setia dan amanah. Bangsa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi.

ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. (September 2000)

1. Berikan maksud menggilap mutiara silam dalam rangkap ke-4 sajak di atas? [2 markah] 2. Pada pendapat anda, mengapakah penyair menganggap bahawa bahasa merupakan maruah bangsa? [3 markah] 3. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Set 2 Dirgahayu Bahasaku Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dirgahayu Bahasaku Ahmad Sarju Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bangsa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu
66

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi.

bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu menempa kejayaan di alaf baru. (September 2000)

(i)

Berikan maksud dua baris sajak dalam rangkap ke-3 di bawah ini. hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu [2 markah]

(ii) (iii)

Bagaimanakah cara untuk kita mendaulatkan bahasa kebangsaan kita? [3 markah] Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut. [4 markah]

Set 3 Dirgahayu Bahasaku Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dirgahayu Bahasaku Ahmad Sarju Tempatmu di singgahsana hati nurani bangsaku warga yang berbudi setia dan amanah. Bangsa itu maruah bangsa yang mesti dipelihara martabatnya agar tetap kukuh dan ampuh melayari lautan bijaksana salam ikatan mesra dan teguh. Cekal dan waja semangat pejuangku hak bangsaku memilikimu hak bangsaku mendaulatkanmu Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan gagah pelautku membelah lautan ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam. Dirgahayu bahasaku di arena antarabangsa suaramu tumbuh menusuk kalbu lagu bahasamu bahasamu bahasa minda mudah akrab dan bertatasusila daripada bangsa yang bernama Melayu
67

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

di bumi bertuah ini merentas dunia tak bertepi.

menempa kejayaan di alaf baru. (September 2000)

(i) (ii)

Di manakah tempat sesuatu bahasa itu wajar diletakkan? [2 markah] Bahasa kebangsaan kita juga mampu menjadi bahasa ilmu. Pada pendapat anda, apakah langkah untuk merealisasikannya? [3 markah] Berikan empat nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas? [4 markah]

(iii)

Set 1 Sajak Kecek (V) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kecek (V) Awang Abdullah 1 seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah.
68

2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi. 3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain

ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya. 4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. (Dewan Sastera, Mac 1989)

(i)

Apakah maksud baris sajak dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah [2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membantu golongan petani dan nelayan yang miskin di negara kita dapat dibantu? [4 markah]

(iii)

Huraikan tiga pengajaran dalam sajak tersebut. [3 markah]

Set 2 Sajak Kecek (V) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kecek (V) Awang Abdullah tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah.
69

1 seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi. 3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya. 4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. (Dewan Sastera, Mac 1989)

70

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) (ii)

Berikan dua persamaan antara petani dan nelayan. [2 markah] Mengapakah sering berlaku amalan pecah amanah dalam kalangan masyarakat kita? [3 markah] Jelaskan empat nilai kemanusiaan dalam sajak tersebut. [4 markah]

(iii)

Set 3 Sajak Kecek (V) Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Kecek (V) Awang Abdullah 1 seorang pengarah membuka akaun semasanya di sebuah bank ternama tetapi dalam diam dia mencantum kemiskinan orang lain ke dalam amanahnya yang telah lama pecah. 2 di kampung seorang petani membuka akaun kemiskinannya di ruang kedaifan dan mengunci sedozen anak-anaknya di dalam pagar sengsara tetapi dia tidak pernah mencantum kekayaan orang lain ke dalam getirnya yang sudah lama berumbi. 3 di pantai seorang nelayan membuka akaun sengsaranya di rahang laut ternganga dan mengurung sederet anak-anaknya di bawah pusaran nasib tapi dia tidak pernah mengumpul kesenangan orang lain ke dalam kegusarannya yang telah sekian musim berlumut di papan hidupnya.

4 Tuhan tidak pernah mungkir mencatatkan setiap angka dan nilai hitungan paling kecil ke dalam akaun-Nya di rumah keadilan. (Dewan Sastera, Mac 1989)

71

KOMSAS DIGARHAYU BAHASAKU-TINGKATAN 5

(i) (ii) (iii)

Bagaimanakah kehidupan pengarah jika dibandingkan dengan kehidupan petani dan nelayan? [2 markah] Pada pendapat anda, apakah punca nelayan dan petani di negara kita dibelenggu kemiskinan? [4 markah] Nyatakan tiga persoalan yang terdapat bahasa dalam sajak di atas. [3 markah]

72