Anda di halaman 1dari 11

4571/1

Nama :……………………………………….. Kelas: ……………….

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2009

PENGETAHUAN SAINS SUKAN


TINGKATAN 5
Kertas 1
Satu Jam Lima Belas Minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti dengan empat pilihan jawapan yang berhuruf A, B, C dan D. Bagi tiap-tiap
soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas jawapan objektif
yang disediakan.

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak

1
[Lihat Sebelah
4571/1

Arahan: Bagi soalan 1 hingga 30, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan yang berhuruf A,
B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul bagi tiap-tiap soalan.

Pertandingan bola sepak 7 sebelah

• Melibatkan sistem pertandingan kalah mati


• Terdiri daripada 26 pasukan yang bertanding

1. Menerusi penyataan di atas, berapakah jumlah “bye” yang terlibat dalam pertandingan tersebut?

A. 2
B. 4
C. 6
D. 8

Perlawanan dalam sistem pertandingan ini boleh ditamatkan dalam masa yang
singkat. Ia boleh dilaksanakan dalam satu hari atau beberapa jam sahaja.

2. Kenyataan ini merujuk kepada

A. Liga Lombard
B. Liga Tiga Kumpulan
C. Liga Biasa
D. Cabar Mencabar

3. Apakah tujuan utama pelan tindakan pengelolaan sukan diadakan

A. Mengenalpasti perkara-perkara yang telah dilaksanakan dalam pengelolaan sukan dan


pertandingan.
B. Mengenalpasti perkara-perkara yang akan dilaksanakan dalam pengelolaan sukan dan
pertandingan.
C. Mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dalam pengelolaan sukan dan
pertandingan.
D. Mengenalpasti perkara-perkara yang tidak perlu dilaksanakan dalam pengelolaan sukan dan
pertandingan.

4. Setelah sesuatu kejohanan selesai, satu mesyuarat perlu dijalankan bagi melihat
kekuatan dan kelemahan sepanjang pengelolaan kejohanan tersebut.

Berdasarkan penyataan di atas, namakan mesyuarat tersebut.

A. Mesyuarat Agong
B. Post-mortem
C. Mesyuarat tergempar

2
[Lihat Sebelah
4571/1

D. Mesyuarat AJK Kecil


5. Definisi sosiologi sukan yang paling tepat ialah

A Interaksi antara kumpulan dengan individu dalam konteks sukan.


B Sesuatu yang teratur dan sistematik dan proses sosial dalam sukan.
C Kajian melibatkan psikologi dalam sukan.
D Mengaplikasikan konteks sosial dalam sukan.

6. Bagaimana mobiliti sosial berlaku dalam sukan?

A Mematuhi undang-undang dan peraturan serta keputusan pengadil dalam perlawanan.


B Peningkatan diri dari satu tahap kepada tahap yang lebih tinggi.
C Semangat kekitaan dan berpasukan yang tinggi bagi mencapai kemenangan.
D Peluang melepaskan tekanan menerusi cara yang dibenarkan.

7. Dengan melibatkan diri dalam sukan, secara tidak langsung Malisa telah meningkatkan dirinya dari
aspek bekerjasama, toleransi dan lebih berdisiplin. Ini bermakna proses sosialisasi sukan berlaku pada
Malisa. Nyatakan proses sosialisasi yang berlaku

A Perubahan sikap menerusi sukan.


B Kesan proses sosialisasi sukan.
C Sosialisasi ke dalam sukan.
D Sosialisasi menerusi sukan.

8. Yang manakah antara berikut merupakan proses yang bersifat dinamik dan sentiasa berubah untuk
memberi peluang kepada individu dalam meningkatkan prestasi sukan.

A Politik
B Integrasi
C Sosioemosi
D Mobiliti sosial

Rajah 1

3
[Lihat Sebelah
4571/1

9. Nyatakan bahagian yang bertanda X?

A Ventrikal kanan
B Ventrikal kiri
C Atrium kanan
D Atrium kiri

10. Terangkan maksud keluaran jantung.

A Amaun darah yang dipam oleh ventrikal kiri.


B Jumlah darah yang dipam keluar oleh ventrikal kiri dalam satu minit.
C Kekerapan penguncupan jantung dalam satu minit.
D Jumlah darah yang dipam keluar oleh ventrikal kanan dalam satu minit.

11. Tekanan darah tertinggi yang diukur semasa penguncupan ventrikal kanan dikenali sebagai

A Distolik
B Sistolik
C Metabolisme
D Tekanan darah tinggi

Rajah 2

12. Apakah kegunaan alat dalam rajah 2?

A Menyukat denyutan jantung


B Mengukur tekanan darah
C Mengukur komposisi badan
D Mengukur keluaran jantung

4
[Lihat Sebelah
4571/1

Darah yang melalui paru-paru memerangkap oksigen

Darah beroksigen dihantar ke jantung dan diagihkan


ke sel-sel tisu badan

13. Apakah nama proses yang terlibat berdasarkan penyataan di atas

A. Proses hipertrofi
B. Respirasi dalaman
C. Respirasi luaran
D. Proses atrofi

14. Apakah bahan kimia yang disintesis oleh sel tubuh dan berupaya mempercepatkan atau
memperlahankan fungsi biologi sesorang atlet?

A Hormon
B Implus
C Talamus
D Reseptor

15. Lebihan hormon epinefrin boleh merangsang sikap agresif kepada manusia. Namakan kelenjar yang
menghasilkan hormon apinefrin

A Pituitari
B Tiroid
C Pankreas
D Adrenal

• Mempercepatkan kadar pertumbuhan sel tisu badan


• Merangsang pengambilan asid amino oleh sel untuk tujuan sintesis protein
• Merangsang penguraian lemak untuk sumber tenaga

16. Pernyataan di atas merujuk kepada hormon tumbesaran. Namakan kelenjar yang
merembeskan hormon tersebut

A Pituitari
B Tiroid
C Pankreas
D Adrenal

5
[Lihat Sebelah
4571/1

17. “ Seorang pelari menggunakan sistem tenaga Anaerobik Laktik dalam acara 400meter “
Nyatakan acara yang menggunakan sistem tenaga yang sama?

A. Renang 100 meter


B. Marathon
C. Tenis
D. Badminton

18. Dalam acara larian 200 meter, seorang atlet terlalu letih sehingga merasa sukar untuk menghabiskan
larian ketika berada pada jarak 80 meter dari garisan penamat. Mengapakah keadaan ini boleh berlaku?

A Pengumpulan ATP pada otot.


B Pengumpulan fosfokreatin yang berlebihan.
C Pengumpulan asid laktik yang berlebihan.
D Pengumpulan ADP pada otot.

19. Apakah yang dimaksudkan dengan periodisasi latihan?

A. Proses pembahagian latihan harian


B. Proses pembahagian latihan mingguan
C. Proses pembahagian latihan bulanan
D. Proses pembahagian latihan tahunan

20. Dalam satu latihan permainan bola sepak menggunakan isipadu latihan 65-80% “
Berdasarkan pernyataan di atas apakah fasa latihan yang digunakan oleh pemain tersebut?

A. Fasa Persediaan Umum


B. Fasa Persediaan Khusus
C. Fasa Pertandingan
D. Fasa Transisi

P Fasa persediaan khusus


Q Fasa pertandingan
R Fasa pertandingan umum
S Fasa transisi
T Fasa pra-pertandingan

21. Pilih turutan fasa-fasa latihan yang betul dalam penyediaan program latihan tahunan.

A. P-Q-R-S-T
B. P-R-T-Q-S
C. R-P-T-Q-S
D. S-R-P-T-Q

6
[Lihat Sebelah
4571/1

22. Keseluruhan kuantiti aktiviti yang dilakukan semasa latihan atau sebagai jumlah kerja yang dilakukan
dalam satu sesi atau satu fasa latihan.

A. Intensiti
B. Isipadu
C. Prestasi
D. Super Compensation

23. Antara berikut yang manakah berkaitan dengan persediaan teknikal?

A. Satu aspek untuk meningkatkan potensi atlit dan memperkembangkan keupayaan biomotor
atlit ke tahap optimum.
B. Kaedah spesifik untuk menguasai dan meningkatkan sesuatu kemahiran.
C. Satu perancangan atau strategi yang akan digunakan semasa pertandingan
D. Melibatkan kemahiran seperti penetapan matlamat, mengawal kebimbangan, motivasi dan
simulasi.

Ujian ini mengukur keupayaan mengekalkan imbangan semasa


bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

24. Antara yang berikut, manakah ujian-ujian yang sesuai dengan pernyataan di atas.

A Ujian dirian imbangan statik


B Ujian lompat kuadran
C Ujian imbangan dinamik
D Ujian lompat menegak

Berat badan : 60kg


Ketinggian : 170 cm

25. Jadual di bawah menunjukkan maklumat seorang pemain bola sepak.


Kirakan B.M.I pemain di atas.

A. 2.83
B. 0.047
C. 35.29
D. 20.76

26. Semasa melakukan aktiviti sukan yang berpanjangan dan berintensiti tinggi, kehilangan cecair
badan yang tinggi akan berlaku.

Apakah cecair yang paling sesuai untuk menggantikan cecair badan itu?

A. Air suam
B. Minuman berais
C. Air sejuk

7
[Lihat Sebelah
4571/1

D. Minuman berkabonat

Selepas dirawat, doktor mendapati otot hamstring Zaiton Othman mengalami kecederaan
dan terkoyak menyebabkan dia tidak dapat bergerak cergas.

27. Apakah kecederaan tisu lembut yang di alami oleh Zaiton?

A. Ketegangan Otot
B. Kekejangan Otot
C. Sengal-sengal Otot
D. Kecederaan Tisu Keras

28. Berikut adalah tujuan memanaskan badan, kecuali

A. Meningkatkan suhu badan


B. Mengurangkan risiko kecederaan otot
C. Mengurangkan julat pergerakan
D. Meningkatkan kadar nadi

29. Apakah objektif utama fisioterapi?

A. Membantu mempercepatkan kadar penyembuhan


B. Merawat atlit yang cedera
C. Memberi rawatan bantu mula kepada atlit
D. Meningkatkan keyakinan atlit yang bermasalah

30. Apakah kaedah yang digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak
sedarkan diri ?

A. TOTAPS
B. DRABC
C. RICE
D. REST

8
[Lihat Sebelah
4571/1

Bagi soalan 31 hingga 40, tiap-tiap soalan mempunyai satu atau lebih daripada cadangan jawapan yang
betul. Tentukan cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu jawapan yang betul daripada
pilihan A, B, C dan D yang berikutnya.

31. Perkara yang perlu diambil kira oleh pengelola untuk menentukan sistem pertandingan ialah

I. Masa
II. Bilangan penyertaan, undang-undang dan peraturan
III. Acara yang dipertandingkan
IV. Tempat

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. II, III dan IV

32. Mengapa sukan dianggap sebagai satu institusi sosial?

I. Pemain-pemain payuh kepada undang-undang dan peraturan yang ada dengan tujuan
mengawal perjalanan sukan.
II. Semangat kekitaan menguatkan kesepaduan berpasukan.
III. Kebanyakan ahli politik menjadi pemimpin persatuan-persatuan sukan.
IV. Pemain berpeluang meningkatkan tahap permainan dari peringkat sekolah ke peringkat
yang lebih tinggi.

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

33. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan memberi kesan yang positif kepada pelajar tersebut. Di antara
kesan positif yang dimaksudkan ialah

A. pembentukan watak
B. semangat patriotisme
C. semangat setiakawan
D. kualiti kepimpinan

A. I dan II
B. I, II, dan III
C. I, II, III dan IV
D. II, III dan IV

9
[Lihat Sebelah
4571/1

34. Karbon dioksida diangkut melalui

I Pelarutan dalam plasma


II Bikarbonat
III Pembentukan karbominohemoglobin
IV Pelarutan oksihemoglobin

A. I dan II
B. II dan III
C. I, II dan III
D. I, II, III dan IV

35. Salah satu fungsi sistem endokrina ialah mengawal dan menyelaraskan fungsi tubuh melalui hormon
yang dirembeskan ke dalam aliran darah. Organ-organ yang terlibat dalam sistem ini adalah kelenjar
seperti

I Tiriod
II Adrenal
III Bronkus
IV Pituittari

A I dan II
B I, II dan III
C I , II dan IV
D I, II, III dan IV

36. Dalam melakukan latihan periodisasi, apakah yang berlaku pada jantung seorang atlit apabila
melakukan latihan yang berterusan dan konsisten

I. mengalami hipertrofi
II. bertambah besar
III. ketumpatan kapilari meningkat
IV. dinding ventrikel tebal

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

37. Berikut adalah faktor menyebabkan kelesuan otot apabila cuba menamatkan lariannya.

I. Pengumpulan asid laktik.


II. Kekurangan simpanan ATP dan PC.
III. Kekurangan simpanan glikogen otot.
IV. Kekejangan otot.

10
[Lihat Sebelah
4571/1

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

38. Sesi latihan adalah unit terkecil dalam perbincangan latihan sukan tahunan. Satu sesi latihan sukan
lazimnya memakan masa antara satu hingga 3 jam bergantung kepada objektif dan tahap latihan
tersebut.
Nyatakan ciri-ciri yang diperlukan dalam merancang sesi latihan.

I Pengenalan dan memanaskan badan


II Tumpuan utama iaitu objektif khusus latihan
III Menyejukkan badan dan perbincangan
IV Penetapan fasa-fasa persediaan

A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV

39. Air dan elektrolit merupakan elemen yang sangat penting untuk kehidupan. Kehilangan air dan
elektrolit boleh mengganggu penyelenggaraan suhu badan serta kegagalan beberapa fungsi
fisiologikal. Apakah yang menyebabkan kehilangan air dan elektrolit dalam badan?

I. Perpeluhan
II. Pernafasan
III. Air Kencing
IV. Cirit-birit

A. I, II dan III
B. I, III dan IV
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

40. “ Luka boleh melibatkan kecederaan di luar kulit dan juga dari dalam kulit “.
Apakah jenis-jenis luka?

I. Abrasi
II. Potongan
III. Tebukan
IV. Koyakan

A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV

11
[Lihat Sebelah

Anda mungkin juga menyukai