Anda di halaman 1dari 6

Peranan ( Tugas )

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid


dan
Guru Biasa Sebagai Guru Disiplin
1. Senarai Tugas Pengetua / Guru Besar

1.1 Pengurus Kurikulum

1.2 Pembangunan Diri Murid

1.3 Pengurusan dan Pembangunan

1.3.1 Murid

1.3.2 Pengurusan Personel

1.3.3 Kewangan

1.3.4 Kemudahan Fizikal

1.4 Pembangunan Organisasi.

1.5 Pembangunan Kendiri

1.6 Polisi Sekolah Selamat

Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaraan secara


berterusan dengan sokongan keluarga dan komuniti setempat:

1.6.1 Mewujudkan Jawatankuasa Sekolah Selamat.


1.6.2 Menyediakan Buku Panduan Sekolah Selamat untuk diedar
kepada warga sekolah.
1.6.3 Menguatkuasakan semua peraturan sekolah dengan bersungguh
dan tegas.
1.6.4 Memberi penerangan dan salinan peraturan sekolah kepada
semua pihak yang memerlukannya.

PerananGPKHEM(Men) 1
1.6.5 Menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah
keselamatan.
1.6.6 Mewujudkan pelan pengurusan krisis.
1.6.7 Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan
pembelajaran.
1.6.8 Memastikan wujudnya unsur-unsur keselamatan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, kegiatan luar murid serta aktiviti
kokurikulum dan sukan.

2. Senarai Tugas Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Sekolah Menengah

Mukadimah

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid bertanggungjawab kepada Pengetua untuk


mencapai Dasar Pendidikan Kebangsaan. Penolong kanan Hal Ehwal Murid
bertanggungjawab mempertingkatkan kebajikan murid dan penerapan nilai-nilai
murni.

2.1. Bidang Tugas

2.1.1 Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaan Pengetua


dan Penolong Kanan
2.1.2 Mengajar sekurang-kurangnya 12 waktu mengikut arahan
Pengetua.
2.1.3 Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal-hal Disiplin dan
Kaunseling, Keselamatan dan Kebajikan Murid, Buku Teks,
Biasiswa dan Bantuan Kewangan, Penerbitan dan Percetakan,
Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah dan Pengawasan Asrama (jika
ada)
2.1.4 Membantu Pengetua dalam pentadbiran Hal Ehwal Murid sesi
petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sesi petang
2.1.5 Membantu Pengetua menyelia dan menilai seperti dalam 2.1.3 di
atas
2.1.6 Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan
pengurusan Hal Ehwal Murid di sekolah.

2.2. Senarai Tugas

2.2.1 Disiplin

2.2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai


yang murni
2.2.1.2 Memastikan undang-undang dan peraturan-peraturan
sekolah dikuatkuasakan
2.2.1.3 Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah
2.2.1.4 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid
yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan
salahlaku

PerananGPKHEM(Men) 2
2.2.1.5 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan
murid contohnya SSDM.
2.2.1.6 Menjadi Naib Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Murid.
2.2.1.7 Merancang dan melaksanakan program peningkatan
disiplin dan sahsiah murid.

2.2.2 Bimbingan dan Kaunseling

2.2.2.1Merancang dan menyelaras pelaksanaan Perkhidmatan


Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama guru-guru
bimbingan dan kaunseling.
2.2.2.2Menyelaras dan memastikan rekod bimbingan dan
kaunseling murid serta laporan disediakan oleh Guru
Kaunseling.
2.2.2.3Merancang dan melaksanakan program–program
pengembangan, pencegahan dan pemulihan murid.

2.2.3 Program Pelindungan Murid

2.2.3.1Merancang dan menyelaras program mencegah


penyalahgunaan dadah dan program-program lain di peringkat
sekolah
2.2.3.2Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa
berada di sekolah dilaksanakan
2.2.3.3Mengurus Skim Takaful Pelajar Sekolah Malaysia.

2.2.4 Pentadbiran

2.2.4.1Mengurus dan mengemaskini Buku Rekod Pendaftaran


Murid
2.2.4.2Mengurus kemasukan dan penempatan murid
2.2.4.3Mengurus pertukaran murid
2.2.4.4Menyemak Buku Kedatangan Harian murid.
2.2.4.5Mengurus surat akaun, sijil-sijil murid, pengesahan dan
pengedaran sijil berhenti sekolah
2.2.4.6Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah
2.2.4.7Membantu merancang Takwin Sekolah

2.2.5 Kesihatan

2.2.5.1Menguruskan kemudahan rawatan murid


2.2.5.2Memastikan program kesihatan murid dijalankan dengan
sempurna seperti menguruskan Kad 001 / 002 dan PKS 1 /
PKS 2
2.2.5.3Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin
sekolah
2.2.5.4Menyelaras segala aktiviti kesihatan dan kebersihan murid

2.2.6 Skim Pinjaman Buku Teks

PerananGPKHEM(Men) 3
2.2.6.1Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan
dan hapuskira
2.2.6.2Menguruskan kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku
stok dan mengawal Bilik Buku Bantuan
2.2.6.3Menyediakan anggaran belanjawan mengurus Skim
Pinjaman Buku Teks
2.2.6.4Menyelaras kelulusan permohonan Skim Pinjaman Buku
Teks.

2.2.7 Biasiswa dan Bantuan

2.2.7.1Menyelaras perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan


2.2.7.2Mengemaskini rekod-rekod biasiswa dan bantuan
2.2.7.3Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid
2.2.7.4Mengurus permohonan biasiswa dan bantuan

2.2.8 Polisi Sekolah Selamat

2.2.8.1 Menjadi naib pengerusi Jawatankuasa Sekolah Selamat.


2.2.8.2 Membantu Pengetua dan Jawatankuasa Sekolah Selamat
menyediakan Buku Panduan Polisi Sekolah Selamat.
2.2.8.3 Membantu menguatkuasakan semua peraturan sekolah.
2.2.8.4 Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi
masalah keselamatan.
2.2.8.5 Membantu mewujudkan pelan pengurusan krisis.
2.2.8.6 Mengenalpasti amaran awal kes-kes keselamatan dan
bagaimana menanganinya.
2.2.8.7 Menggalakkan murid melaporkan sebarang kes yang
berkaitan dengan keselamatan
2.2.8.8 Menyelaras rekod peristiwa mengenai keselamatan.

2.3. Pengawasan Asrama (jika ada)

2.3.1 Menentukan sistem kemasukan dan penempatan murid ke


asrama
2.3.2 Membantu dalam pemilihan dan penyeliaan warden-warden
asrama
2.3.3 Menyelaras hal-hal pembelajaran dan menentukan langkah-
langkah keselamatan asrama
2.3.4 Menyelaras penyeliaan kebersihan dan mewujudkan keceriaan
asrama
2.3.5 Menyelaras penyeliaan hal makanan dan dapur
2.3.6 Menyelaraskan pengawasan hal-hal kesihatan penghuni asrama
2.3.7 Membantu dalam urusan sebutharga / tender makanan asrama
sekolah
2.3.8 Mempastikan bahawa kemudahan dan penyertaan penghuni
asrama dalam aktiviti riadah
2.3.9 Menyelaras segala jenis pungutan wang dan pembayaran yang
berkaitan dengan asrama
2.3.10 Penasihat Lembaga Pengawas Asrama
2.3.11 Mengurus pemilihan penghuni asrama.

PerananGPKHEM(Men) 4
2.4. Tugas-tugas lain

2.4.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh


Pengetua dari semasa ke semasa
2.4.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang
berkaitan dengan tugas rasmi diberikan oleh Pengetua dari
semasa ke semasa.

4. Senarai Tugas Guru Disiplin

Mukadimah

Walaupun setiap orang guru bertanggungjawab melaksanakan disiplin sekolah,


guru disiplin adalah diharapkan dapat memainkan peranan dalam melaksanakan
tugas-tugas mendisiplinkan murid.

4.1 Bidang Tugas

4.1.1 Menjalankan tugas-tugas pengajaran dan pembelajaran (Purata


30 waktu seminggu).
4.1.2 Menjadi Guru Panitia Matapelajaran,Guru Penasihat Unit
Beruniform,Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan.
4.1.3 Menjadi guru ganti ketika ketiadaan guru.
4.1.4Membantu Pengetua/Guru Besar merangka atau membuat
peraturan-peraturan sekolah.
4.1.5Menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi sepanjang masa
kegiatan dijalankan sama ada di dalam atau di luar sekolah.
4.1.6Menjadi penyelaras di antara guru-guru dan Pengetua/Guru Besar
dalam hal disiplin murid-murid.
4.1.7Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan ibu
bapa/penjaga di dalam masalah disiplin.
4.1.8Membantu Pengetua/Guru Besar menimbulkan semangat kesetiaan
dan kekitaan di kalangan murid-murid dan guru-guru.

4.2 Senarai Tugas Disiplin.

4.2.1Menjadi Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.


4.2.2Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Disiplin Murid.
4.2.3Menyedia dan mengemaskinikan rekod disiplin dan laporan murid
( SSDM ).
4.2.4Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh
Pengetua/Guru Besar.
4.2.5Merangka program/aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan diri
murid.
4.2.6Merangka program/aktiviti dari segi pencegahan, pemulihan dan
pengayaan sahsiah murid-murid yang bermasalah disiplin.
4.2.7Melaporkan kes pelanggaran disiplin yang berlaku dan tindakan
kepada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

PerananGPKHEM(Men) 5
4.2.8Mendapatkan maklumat daripada komuniti yang berkaitan salahlaku
murid di luar kawasan sekolah.
4.2.9Mengelolakan mesyuarat kes dan mesyuarat Jawatankuasa Disiplin
Sekolah.
4.2.10Menjadi Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah (Sekolah
Menengah)
4.2.11Menyediakan surat-surat tindakan disiplin.

4.3 Asrama

4.3.1Menjadi Ahli Jawatankuasa Pengurusan Asrama Sekolah.


4.3.2Melaksanakan peraturan-peraturan disiplin di asrama.
4.3.3Membantu melaksanakan program/aktiviti pembangunan diri murid
penghuni asrama.
4.3.4Melaksanakan tindakan terhadap murid-murid yang melanggar
peraturan asrama.

4.4 Polisi Sekolah Selamat

4.4.1Menjadi Ahli Jawatankuasa Sekolah Selamat.


4.4.2Membantu Jawatankuasa menyediakan Buku Panduan Polisi
Sekolah Selamat.
4.4.3Menguatkuasakan semua peraturan sekolah.
4.4.4Membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengatasi masalah
keselamatan.
4.4.5Membantu mewujudkan pelan pengurusan krisis
4.4.6Mengenalpasti amaran awal kes-kes keselamatan dan bagaimana
menanganinya.
4.4.7Menggalakkan semua murid melaporkan sebarang kes yang
berkaitan keselamatan .
4.4.8Merekodkan semua peristiwa mengenai keselamatan.

4.5 Tugas-Tugas Lain

4.5.1Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh


Pengetua/Guru Besar dari semasa ke semasa.
4.5.2Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang
berkaitan dengan tugas rasmi oleh Pengetua/Guru Besar.

PerananGPKHEM(Men) 6

Anda mungkin juga menyukai