Anda di halaman 1dari 31

-942Kaedah Menjawab Soalan Konsep

Kaedah MJK (Mudah Jawab Soalan Konsep)

Contoh Soalan Konsep (kertas 1)


Apakah yang dimaksudkan dengan sistem suria? Jelaskan secara ringkas konsep hanyutan benua? Takrifkan tekanan udara. Apakah yang dimaksudkan dengan kerpasan? Apakah yang dimaksudkan dengan solstis musim sejuk?

Contoh soalan Konsep (kertas 1)


Apakah yang dimaksudkan dengan pemendapan sungai? Apakah yang dimaksudkan dengan atmosfera? Apakah yang dimaksudkan dengan pemanasan global?

Contoh soalan konsep (kertas 2)


Apakah yang dimaksudkan dengan industri asas tani? Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan alam sekitar? Apakah yang dimaksudkan dengan migrasi antarabangsa? Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk? Takrifkan transformasi desa?

Soalan Konsep
Calon sering kali tidak menjawab dengan tepat dan ringkas. Acap kali calon menjawab dengan panjang lebar meliputi beberapa perenggan tetapi markah yang diperolehi hanya 1 atau 2 markah sahaja atau tidak ada markah langsung.

Empat Kaedah MJK


ABC ABS ABK ACC

Kaedah MJK
ABC Apa, Bagaimana dan Contoh ABS Apa, Bagaimana dan Sebab ABK Apa, Bagaimana dan Kesan ACC Apa, Ciri dan Contoh

Kaedah MJK
Apa membawa maksud apa yang ditanya tentang sesuatu perkara atau kejadian itu secara tepat. Bagaimana cara apa perkara dan kejadian itu berlaku mengikut proses tertentu dan bertepatan dengan kehendak sesuatu perkara dalam soalan yang ditanya.

Kaedah MJK
Contoh membawa maksud contoh dari segi lokasi dan jenis sesuatu perkara atau kejadian itu. Sebab membawa maksud sebab berlakunya sesuatu perkara atau kejadian itu yang mana menyebabkan berlakunya sesuatu proses tertentu. Kesan akibat yang terjadi jika sesuatu perkara atau kejadian itu berlaku secara berleluasa dan berlebihan daripada keadaan yang sepatutnya berlaku.

Contoh Kaedah MJK - ABC


Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan luluhawa kimia? Jawapan: Luluhawa kimia bermaksud proses pereputan dan penyepaian batuan yang melibatkan perubahan kimia batuan tersebut di sesuatu tempat secara insitu oleh agen-agen atmosfera seperti hujan, suhu dan matahari contohnya proses larutan, pengoksidaan dan pengkarbonan.

ABC
Apa proses pereputan dan penyepaian batuan yang melibatkan perubahan kimia batuan tersebut di sesuatu tempat. Bagaimana secara insitu oleh agenagen atmosfera seperti hujan, suhu dan matahari Contoh proses larutan, pengoksidaan dan pengkarbonan.

ABC
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan pergerakan jisim? Jawapan: Pergerakan jisim bermaksud proses pergerakan bahan regolit yang mengalami pergerakan ke bawah cerun secara besarbesaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti dan air bertindak sebagai pelicin serta kekurangan litupan tumbuhan. Contoh kesotan tanih,tanah runtuh dan gelangsaran.

ABC
Apa Proses pergerakan bahan regolit yang mengalami pergerakan ke bawah cerun. Bagaimana secara besar-besaran disebabkan oleh pengaruh tarikan graviti dan air bertindak sebagai pelicin serta kekurangan litupan tumbuhan. Contoh Kesotan tanih, tanah runtuh dan gelangsaran.

Kaedah MJK - ABS


Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan jerebu? Jawapan: Jerebu bermaksud partikel terampai di atmosfera dalam ketebalan yang tinggi. Partikel terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan. Ia disebabkan aktiviti manusia dan faktor semulajadi seperti aktiviti perkilangan dan letusan gunung berapi.

ABS
Apa jerebu bermaksud partikel terampai di atmosfera dalam ketebalan yang tinggi. Bagaimana partikel terampai ini terbentuk di dalam keadaan cuaca kering dan udaranya yang stabil yang menghasilkan satu lapisan kabus nipis menyelimuti ruang atmosfera di sesuatu kawasan. Sebab ia disebabkan oleh aktiviti manusia dan faktor semulajadi seperti aktiviti perkilangan dan letusan gunung berapi.

ABS
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan pulau haba? Jawapan: Pulau haba bermaksud perbezaan suhu antara pusat bandar dengan pinggir bandar. Biasanya suhu lebih tinggi di pusat bandar berbanding pinggir bandar yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil dan bangunan tepu bina serta kekurangan litupan tumbuhan.

ABS
Apa pulau haba bermaksud perbezaan suhi antara pusat bandar dengan pinggir bandar. Bagaimana biasanya suhu lebih tinggi di pusat bandar berbanding dengan pinggir bandar. Sebab yang disebabkan oleh pembakaran bahan api fosil, bangunan tepu bina dan kekurangan litupan tumbuhan.

Kaedah MJK - ABK


Soalan Apakah yang anda tahu berkaitan putaran bumi? Jawapan: putaran bumi bermaksud bumi berputar pada paksinya seniri dengan kecondongan 23 daripada satah tegak dari barat ke timur selama 23 jam 56minit bagi satu pusingan 360 dengan kelajuan 1700km/jam di khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar. Akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon waktu dan fajar dan senja.

ABK
Apa bumi berputar pada paksinya sendiri. Bagaimana dengan kecondongan 23 daripada satah tegak dari barat ke timur selama 23 jam 56 minit bagi satu pusingan 360 dengan kelajuan 1700km/jam di khatulistiwa dan di kutub kelajuannya sifar Kesan akibat kejadian ini, berlaku kejadian siang dan malam, perbezaan zon waktu dan fajar dan senja.

ABK
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan peredaran bumi? Jawapan: Peredaran bumi bermaksud bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur dengan kecondongan 66 dalam masa 365 hari dengan kelajuan 107 280 km/jam mengikut lawan jam. Kesannya menyebabkan berlaku kejadian empat musim dan kejadia siang dan malam yang tidak sama panjang.

ABK
Apa bumi beredar dalam satu orbit yang berbentuk bujur Bagaimana dengan kecondongan 66 dalam masa 365 hari dengan kelajuan 107 280 km/jam mengikut lawan jam Kesan kesannya menyebabkan berlaku kejadian empat musim dan kejadian siang dan malam yang tidak sama panjang.

Kaedah MJK - ACC


Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan sumber alam? Jawapan: Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada semua bahan asli yang bermanfaat kepada manusia. Terbahagi kepada dua jenis iaitu yang boleh diperbaharui dan yang tidak boleh diperbaharui seperti air, hutan, gas asli dan bijih timah.

ACC
Apa Sumber alam bermaksud sumber semula jadi yang terdiri daripada semua bahan asli yang bermanfaat kepada manusia. Ciri terbahagi kepada dua jenis iaitu yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui. Contoh air, hutan, gas asli dan bijih timah.

ACC
Soalan Apakah yang dimaksudkan dengan bandaraya global? Jawapan: Bandaraya global bermaksud bandar yang menempatkan pelbagai aktiviti ekonomi yang bertaraf global, pusat pasaran saham sedunia, pusat kewangan dunia, persidangan antarabangsa, mercu tanda global, contohnya London, Tokyo,New York dan Paris.

ACC
Apa Bandar yang menempatkan pelbagai aktiviti ekonomi bertaraf global Ciri pusat pasaran saham sedunia, pusat kewangan dunia, persidangan antarabangsa, mercu tanda global. Contoh London, Tokyo,New York dan Paris.

Bagaimana pelajar boleh membuat pilihan atau menentukan sama ada menggunakan ABC, ABS, ABK atau ACC?

ABC
Amat sesuai digunakan untuk soalan konsep yang melibatkan soalan berkaitan proses yang berlaku terhadap sesuatu kejadian atau perkara. Misalnya pada contoh luluhawa kimia dan pergerakan jisim.

ABS
Merupakan kejadian atau fenomena yang melibatkan berlakunya campur tangan aktiviti manusia, kebanyakannya berpunca daripada aktiviti manusia dan sedikit sebanyak juga berpunca daripada faktor semulajadi, misalnya jerebu dan pulau haba.

ABK
Sesuai untuk menjawab soalan berkaitan dengan kejadian atau bahan semula jadi dan membawa kesan kepada manusia di bumi dalam melakukan aktiviti bagi meneruskan kelangsungan hidup. Contohnya kejadian putaran bumi dan peredaran bumi.

ACC
Kaedah ini agak istimewa iaitu hanya digunakan untuk menjawab soalan konsep dalam Geografi kertas 2.

SEKIAN
TERIMA KASIH!!!

Anda mungkin juga menyukai