Anda di halaman 1dari 15

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

1.0
1.1

Pengenalan
Hiburan
Hiburan ialah sesuatu perbuatan atau kegiatan yang direka bentuk untuk menghiburkan jiwa serta menenangkan hati. Hiburan ialah apa sahaja aktiviti yang boleh menghibur dan memberikan keseronokan tetapi tidak bertentangan dengan mana-mana peraturan mahupun undang-undang. Ini kerana tujuan hiburan adalah hanya untuk mengurangkan tekanan dan bukannya menyalahi undang-undang. Contoh-contoh hiburan adalah nyanyian, tarian, lakonan, perjudian, dan sebagainya.

1.2

Kapitalisme
Kapitalisme berasal dari perkataan capital yang bermaksud modal. Kapitalisme adalah suatu sistem yang mempunyai unsur-unsur kebebasan individu bagi mempunyai harta dan alat perusahaan serta perkembangan penuh bagi institusi-institusi kewangan. Ia dikenali sebagai laissez faire. Pada umumnya, sistem ini merangkumi konsep kebebasan bagi inisiatif persaingan, mewarisi, dan pemdorong keuntungan. Matlamat utama kapitalisme ialah mengaut keuntungan dengan sebanyak yang mungkin.

2.0

Perkembangan hiburan
Dalam tahun 1960-an, hiburan utama bagi kebanyakan orang adalah mendengar opera, membaca buku dan menonton wayang sahaja. Kini hiburan telah berkembang dengan lebih mendalam seperti mendengar muzik, menonton TV, konsert, karoke dan lain-lain lagi. Perkembangan ini dapat mempengaruhi persaingan media massa dan menarik perhatian penonton dengan memaparkan siaran-siaran yang menarik. Selain itu, dengan kemajuan elektronik dan teknologi, hiburan juga semakin maju. Berbagai jenis television, radio, komputer atau laptop yang semakin canggih membuat para penonton semakin berpuas hati dengan menyaksikan tontonan tersebut. Internet yang merupakan dunia tanpa sempadan membolehkan para penonton menikmati tayangan-tayangan dari luar negara seperti Running Man dari Korea selatan, American Idol dari Amerika Syarikat, dan lain-lain.

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

3.0
3.1

Sektor hiburan yang melibatkan kapitalisme


Perjudian
Perjudian adalah satu permainan atau hiburan di mana pemain bertaruh untuk memilih satu pilihan di antara beberapa pilihan. Pemain yang kalah akan memberikan taruhannya kepada pemenang. Pada asalnya, permainan ini dicipta untuk berseronok dengan rakan-rakan. Para pemain tidak mementingkan kemenangan tetapi hanya untuk hiburan semata-mata. Tetapi, sektor perjudian telah berkembang menjadi sesuatu yang mementingkan kemenangan dan mengaut keuntungan. Contoh perjudian adalah seperti di kasino, pertaruhan sukan(bola sepak dan lumba kuda), permainan kad (Inggeris atau Cina), permainan domino, permainan dadu , permainan syiling, mahjong dan lain-lain. Perjudian boleh membuat seseorang ketagih dan memberikan sepenuh tumpuan mereka sehingga mengabaikan tanggungjawab dalam perkara lain. Ini kerana perjudian akan membawa ketidaktetapan pendapatan kepada seseorang dimana, pemain sentiasa mengalami situasi menang-kalah. Bila ketagihan menjadi serius, para penjudi akan bertaruh sebarangan untuk memastikan kemengangan mereka. Mereka sanggup mempertaruhkan keluarga dan rakan mereka demi meraih kemenangan yang diingini. Matlamat syarikat perjudian adalah untuk mengaut keuntungan. Mereka tidak akan bersimpati terhadap sesiapa malah akan terus menggalakkan pemain untuk berjudi walaupun pemain telah kehilangan semua harta benda yang telah dipertaruhkan.

3.2

Pelacuran
Pelacuran adalah penjualan khidmat seksual, seperti seks oral atau hubungan seks, biasanya untuk wang, namun kadang-kadang juga untuk dadah, barang kemas ataupun hartanah. Seseorang yang melacurkan diri disebut pelacur. Kebanyakan pelacur adalah perempuan, namun ada juga pelacur lelaki. Selain itu, kapitalisme menempatkan perempuan sebagai objek seksual dan objek eksploitasi untuk kepentingan perniagaan. Hal ini tidak boleh dilepaskan dengan ideologi seksisme yang berkembang dalam masyarakat kapitalistik. Seksisme merupakan ideologi yang dikembangkan kapitalisme untuk mencari justifikasi atas tindakan mengeksploitasi

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

perempuan, baik sebagai tenaga kerja murah, sebagai pasar, mahupun sebagai komoditas. Di sini, pornografi hadir kerana pandangan seksisme dalam masyarakat kapitalis sangat memerlukan media ekspresi yang dapat dikomoditaskan. Pada masa yang sama, kapitalisme juga menyuburkan fahaman liberalisme dan materialisme dalam kalangan masyarakat. Kewujudan fahaman inilah yang memudahkan pelbagai industri kapitalis banyak melibatkan kaum perempuan berkembang pesat, tanpa mengindahkan halal haram, termasuk di dalamnya nilai-nilai moral. Industri pelacuran, penyeludupan, pornografi pornoaksi dan industri hiburan semacam pertandingan raturatuan yang merosakkan akhlak bahkan menjadi sektor ekonomi bayangan yang menjanjikan untung besar, baik bagi para pengusaha maupun bagi negara (sumber cukai).

3.3

Filem dan muzik


Filem dapat dilihat sebagai satu medium untuk menstrukturkan proses pengeluaran makna dalam masyarakat. Kebanyakan filem beroperasi dalam industri kapitalis yang mempunyai matlamat untuk mengaut keuntungan. Mendengar muzik pula adalah sejenis hiburan manakala mempelajari dan memahaminya adalah sejenis bidang. Pada zaman sekarang, drama dan muzik Korea semakin berkembang dalam kalangan golongan remaja. Dengan menggunakan peluang ini, banyak penerbit filem melaburkan wang yang banyak bagi meningkatkan pendapatan atau keuntungan syarikat tersebut, contohnya drama Korea dan Taiwan yang dilakonkan oleh pelakon terkenal untuk menarik perhatian penonton. Hal ini membawa trend dalam kalangan generasi muda yang menjadi peminat untuk menyokong idola yang mereka suka dan membazirkan duit dalam membeli produk-produk yang diwakili oleh idola mereka. Harga tiket tersebut boleh mencecah beratus-ratus ringgit. Malah, kebanyakan filem ini lebih berunsurkan keganasan dan juga kepuasan nafsu yang boleh membawa kepada keutuhan budaya dan moral masyaraka. Perkara seperti ini terjadi kerana para penerbit hanya mementingkan keuntungan. Di samping itu, drama filem biasanya akan meningkatkan keinginan para peminat untuk melancong ke luar negara. Contohnya, runningman adalah program television

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

Korea yang mempamerkan makanan dan tempat pelancongan yang menarik kepada penonton. Walaubagaimanapun, terdapat sesetengah generasi muda yang tidak berkeupayaan untuk melancong ke luar negara. Justeru itu, mereka akan menggunakan semua duit simpanan mereka untuk melancong. Mereka tidak mempunyai rancangan untuk masa depan.

3.4

Pusat Hiburan (Pub dan disko)


Pub merupakan tempat bagi masyarakat untuk bergaul, makan dan minum. Ia diperkenalkan berasaskan budaya barat seperti Britain. Kebanyakan pub menawarkan pelbagai jenis bir, wain, spirit, dan minuman ringan. Permainan seperti kuiz dan dart juga disediakan di pub. (Harvey Holton, 2008) Manakala disko ataupun kelab malam ialah tempat yang lebih menjurus kepada generasi muda di mana terdapat dance floor dan DJ booth. Ia merupakan tempat hiburan yang bertemakan keseronokan. Disko biasanya dibuka sehingga lewat malam. Tarikan utama di disko ialah muzik yang kuat, menari dan minum. (Bill Bryson, 2003) Kemunculan pub dan disko boleh menimbulkan beberapa masalah sosial. Pusatpusat hiburan ini boleh merosakkan dan mengotorkan pemikiran remaja sehingga melakukan perlakuan yang tidak bermoral. Ia menyumbang berlakunya kes jenayah seperti bergaduh, mencuri, merompak dan merogol. Selain itu, tempat-tempat ini juga senang dijadikan sarang penagihan dadah, seks bebas dan pergaulan bebas. Pengambilan alkohol yang berlebihan turut memudaratkan kesihatan masyarakat dan meningkatkan tahap kemalangan jalan raya. Terdapat beberapa cara bagi pub dan disko untuk mengaut keuntungan, antaranya mengenakan bayaran untuk masuk ke kelab itu. Setiap orang dikehendaki membayar bayaran tertentu per entry. Bukan itu sahaja, pub dan disko juga mengenakan cukai yang tinggi atas harga makanan dan minuman seperti cukai perkhidmatan dan cukai kerajaan. Untuk memaksimumkan keuntungan, pub juga menyediakan perkhidmatan bar tabs. Bar tabs memudahkan pelanggan untuk berbelanja dan menggalakkan pelbagai pesanan minuman. (Douglas Robert Brown, 2006).

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

4.0

Kesan negatif hiburan melibatkan kapitalisme

Hiburan pada masa kini lebih terarah kepada kapitalisme di mana apa yang ingin dikecapi hanyalah berdasarkan kepada keuntungan semata-mata. Jika berdasarkan kepada keuntungan semata-mata maka ianya akan membuahkan sesuatu yang bersifat negatif jika tidak ditangani dengan berkesan. Beberapa kesan buruk hiburan yang melibatkan kapitalisme adalah pembaziran, keruntuhan akhlak dan eksploitasi terhadap wanita. Pembaziran di sini tertumpu dari segi kewangan serta masa yang diperuntukan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah ini. Penjualan harga tiket sesuatu konsert atau sesuatu pertandingan misalnya mencecah puluhan, beratus-ratus malah beribu-ribu ringgit Malaysia. Timbulnya persoalan di sini apakah hiburan yang dikecapi hanya beberapa jam atau minit dengan harga tiket yang bermula dari dua digit ke atas mampu memberikan input yang berguna kepada penontonnya? Faktor keruntuhan kebanyakan Tamadun Islam pada zaman dahulu berpunca daripada masalah berkaitan hiburan yang melampau. Salah satu contoh yang dapat dilihat dan diteladani daripada peristiwa ini adalah keruntuhan khalifah Abbasiyyah kerana mereka tidak terlepas daripada gaya hidup hedonisme dan suka berfoya-foya. Hiburan yang diketengahkan oleh Barat seperti filem yang sarat dengan unsur lucah, minum arak, lelaki berimejkan samseng dan sebagainya mampu menghanyutkan masyarakat lantas menjurus ke arah kefasikan. Fahaman kapitalisme adalah antara cabaran besar yang dihadapi oleh kaum wanita. Mereka mudah terpedaya oleh kelompok pedagang tanpa nilai yang menggunakan pelbagai bentuk kegiatan yang bersifat glamour dan tawaran kebendaan yang lumayan. Contoh kelicikan kalangan kapitalis untuk memperdagangkan kehormatan wanita boleh dilihat menerusi penganjuran acara yang dikenali sebagai pertandingan Ratu Cantik. Ramai di kalangan wanita teruja dengan penganjuran ini dan ada yang terkeliru dengan kelicikan ini pada hal mereka secara tersirat sedang diperdagangkan kapitalis untuk keuntungan kebendaan semata.

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

Dalam erti kata yang lain, sebarang bentuk penganiyaan terhadap wanita sama ada secara emosi, budaya dan layanan hendaklah ditegah. Akibat daripada pujukan kebendaan yang dibentangi oleh kalangan kapitalis menyebabkan kaum wanita keliru dan inilah salah satu cabaran yang amat besar dihadapi oleh kaum wanita pada zaman ini.

5.0

Langkah-langkah untuk mengatasi isu ini


Islam telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat tidak terbabas dari landasan syariat. Sebagai umat Islam kita perlu bijak memilih hiburan dan cara untuk berhibur. Sesungguhnya, hiburan yang sebenar adalah hiburan yang mengingatkan kita kepada Tuhan Maha Pencipta, Allah SWT. Hiburan itu haruslah halal secara syariah, misalnya olah raga lari, memanah, renang, dan sebagainya. Selain itu, pihak kerajaan mestilah mengambil sikap cakna yang serius dalam membangunkan modal insan di kalangan rakyat. Bahkan pihak-pihak berwajib juga bertanggungjawab dalam memastikan pencegahan keruntuhan moral terutama dalam bab hiburan. Kementerian harus memberikan amaran keras kepada masyarakat supaya tidak terjebak dalam sebarang kegiatan yang haram. Bagi pusat hiburan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan, lesen mereka tidak seharusnya diperbaharui. Contohnya, Kerajaan Johor memansuhkan lesen pusat hiburan keluarga di seluruh negeri mulai tahun depan. Keputusan ini diambil kerana kebanyakan pengusaha pusat hiburan keluarga sering menyalahgunakan lesen bagi tujuan yang tidak sihat seperti perjudian, selain pencetus budaya lepak serta kegiatan maksiat lain (Abd Latif, 2013). Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas (Task Force) untuk memantau dan mengambil tindakan pembanterasan terhadap kegiatan hiburan haram ini. Pihak polis akan menambah operasi serbuan di premis hiburan dan membuat tangkapan serta rampasan. Kementerian Dalam Negeri akan mempertingkatkan penguatkuasaan dan perundangan dalam membanteras hiburan haram ini dengan kerjasama semua Jabatan/Agensi/Kementerian. Kementerian sentiasa berusaha untuk

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

memelihara hak asasi masyarakat dan pada masa yang sama membantu mengekalkan keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam. Kementerian juga mengalu-alukan orang ramai untuk memberikan maklumat berkenaan hiburan haram dengan menghubungi Rakan Cop di talian.

6.0

Kesimpulan
Industri hiburan semakin berkembang maju. Kemajuan industri ini dapat dilihat melalui monopoli media massa yang lebih mengutamakan keuntungan berbanding dengan membentukan akhlak. Situasi kini sudah pasti memberi impak yang negatif kepada generasi akan datang. Tiga pihak terutama iaitu pihak berkuasa, media massa dan ibu bapa, perlu mengambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak berkuasa hendaklah lebih peka dalam membuat peraturan yang menghadkan hiburan yang keterlaluan sehingga menjejaskan pemikiran masyarakat. Selain itu, media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Hal ini dapat menghindari masyarakat daripada terjerumus dalam pendedahan hiburan yang terlampau. Peranan ibu bapa amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka supaya mengelakan anak-anak mereka terpengaruh dengan semua budaya yang tidak berfaedah ini.

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

Rujukan
AbangNara. (January 31, 2013). Drama Sahara Di Astro Prima Dikecam Oleh Orang Ramai. Retrieved Nov 5, 2013, from http://beautifulnara.com/drama-sahara-di-astro-prima-dikecamoleh-orang-ramai/ Abu Bakar Bin Yang (t.t.). Islam dan Hiburan. Diakses daripada http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8300-islam-dan-hiburan Brown, D.R. (2006). The professional bar and beverage managers handbook: How to operate a financially successful bar, tavern and nightclub. Atlantic Publishing Group: Washington Bryson, B. (2003). The rough guide to Singapore. Amazon.com MPH Holton, H. (2008). Working and living Spain. Amazon.com MPH KH. M. Shiddiq Al Jawi.(2013). Bahaya Hiburan dan Permainan, daripada 2 November 2013. http://islam-full.blogspot.com/2013/07/bahaya-hiburan-dan-permainan.html Leong,.L.C.(2010). Isu Mengenai Perjudian Haram. Portal Berita KDN, daripada 1 November 2013. http://portal.ikdn.gov.my/2010/06/isu-mengenai-perjudian-haram/ Manhal,.(2012). Islam dan Hiburan, daripada 1 November 2013. http://www.manhal.pmram.org/2012/05/islam-dan-hiburan-batasan-dalam.html Mardzelah Makhsin. (2006). Sains Pemikiran & Etika: Kapitalisme (hlm. 79-80). Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Melvister. (2013, June 17). Tiket konsert Linkin Park Live di Malaysia 19 Ogos 2013. Solida WordPress Theme. Retrieved fromhttp://www.melvister.com/2013/06/tiket-konsert-linkin-parklive-di-malaysia-19-ogos-2013.html Nash InformationServices, LLC. (1997-2013). The numbers box office data, movie stars, idle speculation. Retrieved from http://www.the-numbers.com/movies/1997/TITAN.php Syalikha Sazili. & Mohd Khairie Khalid. (2013, July 23). Peserta Islam nekad tanding ratu cantik. Berita Harian Online. Retrieved from http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PesertaIslamnekadtandingratucantik/Article Staff Berita Semasa. (February 13, 2012). Filem Malaysia : Lambakan Filem Tempatan Hari Ini Kualiti @ Kuantiti Semata? Retrieved Nov 5, 2013, from http://www.beritaterkini.my/senaraifilem-malaysia

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE-1


PERJUMPAAN SERTA PEMBAHAGIAN TUGASAN KEPADA AHLI KUMPULAN

TARIKH : 15/10/2013 TEMPAT : Foyer Library MASA : 10.30 pagi PENGERUSI : Denial Bin Mohd Haris Tan KEHADIRAN : Siva Sanggary a/p Sambath : Nur Amira Husna Binti Mohamad Zaki : Chan Yee Tung : Wong Kah Man : Khor Pei Qi : Lim Chow Nee : Siti Khadijah Bt Mohamad : Gan Mee Chin : Wong Li Yin : Chan Yee Tung AGENDA 1. 2. 3. 4. Sesi pengenalan antara ahli kumpulan 3 Pembentangan idea mengenai tugasan yang diberi oleh pensyarah Perbincangan tentang pembahagian tugas antara ahli kumpulan Penetapan tarikh untuk perjumpaan yang seterusnya AGENDA / PERKARA ALUAN PENGERUSI Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan ucapan terima kasih kepada semua yang hadir pada mesyuarat kali ke-1 Setiap ahli kumpulan memperkenalkan diri masing-masing TINDAKAN

BIL 1.

PENGERUSI

2.

PEMBENTANGAN IDEA Setiap ahli kumpulan melontarkan idea dan kefahaman masing-masing mengenai tajuk yang diberi iaitu hiburan dan kapitalisme SETIAUSAHA

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

3.

PEMBAHAGIAN TUGAS Semua idea yang dilontarkan, dikumpul dan dijadikan sebagai rangka dalam menyiapkan tugasan yang diberi. Setiap ahli menawarkan diri untuk menyiapkan subtopik yang terdapat dalam rangka tersebut PENETAPAN TARIKH Pengerusi mendapatkan persetujuan ahli kumpulan yang lain dalam menetapkan tarikh perjumpaan yang seterusnya untuk mengelakkan berlakunya pertembungan dengan aktiviti yang lain. PENGERUSI & AHLI KUMPULAN

4.

PENGERUSI

Disediakan oleh :

...................................................................................... (NUR AMIRA HUSNA BINTI MOHAMAD ZAKI) Setiausaha, Kumpulan 3, Universiti Utara Malaysia.

10

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE-2


PENYEMAKAN TUGASAN TARIKH : 22/10/2013 TEMPAT : Foyer Library MASA : 10.30 pagi PENGERUSI : Denial Bin Mohd Haris Tan KEHADIRAN : Siva Sanggary a/p Sambath : Nur Amira Husna Binti Mohamad Zaki : Chan Yee Tung : Wong Kah Man : Khor Pei Qi : Lim Chow Nee : Siti Khadijah Bt Mohamad : Gan Mee Chin : Wong Li Yin : Chan Yee Tung AGENDA 1. Penyemakan tugasan yang diberikan 2. Penetapan tarikh untuk perjumpaan yang seterusnya

BIL 1.

AGENDA / PERKARA PENYEMAKAN TUGASAN Semua subtopik disemak oleh pengerusi Segala masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan ketika menyiapkan tugasan dapat diselesaikan pada perjumpaan kali ini PENETAPAN TARIKH Pengerusi mendapatkan persetujuan ahli kumpulan yang lain dalam menetapkan tarikh perjumpaan yang seterusnya untuk mengelakkan berlakunya pertembungan dengan aktiviti yang lain.

TINDAKAN

PENGERUSI & AHLI KUMPULAN

2.

PENGERUSI

11

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

Disediakan oleh :

.. (NUR AMIRA HUSNA BINTI MOHAMAD ZAKI) Setiausaha, Kumpulan 3, Universiti Utara Malaysia.

12

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE-3


PERJUMPAAN TERAKHIR TARIKH : 29/10/2013 TEMPAT : Foyer Library MASA : 10.30 pagi PENGERUSI : Denial Bin Mohd Haris Tan KEHADIRAN : Siva Sanggary a/p Sambath : Nur Amira Husna Binti Mohamad Zaki : Chan Yee Tung : Wong Kah Man : Khor Pei Qi : Lim Chow Nee : Siti Khadijah Bt Mohamad : Gan Mee Chin : Wong Li Yin : Chan Yee Tung AGENDA 1. Penyemakan tugasan yang diberikan 2. Penyerahan tugasan yang telah siap

BIL 1.

AGENDA / PERKARA PENYEMAKAN TUGASAN Semua subtopik disemak oleh pengerusi Segala masalah yang dihadapi oleh ahli kumpulan ketika menyiapkan tugasan dapat diselesaikan PENYERAHAN TUGASAN Semua ahli kumpulan menyerahkan subtopik masingmasing untuk disatukan Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kerjasama ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan yang diberikan pada waktu yang ditetapkan

TINDAKAN

PENGERUSI & AHLI KUMPULAN

2.

PENGERUSI & SETIAUSAHA

13

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

Disediakan oleh :

.. (NUR AMIRA HUSNA BINTI MOHAMAD ZAKI) Setiausaha, Kumpulan 3, Universiti Utara Malaysia.

14

SGDN1043/Group 3 (B)/Hiburan dan Kapitilisme

Isi Kandungan
1.0 1.1 1.2 2.0 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 4.0 5.0 6.0 Pengenalan ........................................................................................................................... 1 Hiburan ............................................................................................................................. 1 Kapitalisme....................................................................................................................... 1 Perkembangan hiburan......................................................................................................... 1 Sektor hiburan yang melibatkan kapitalisme ....................................................................... 2 Perjudian........................................................................................................................... 2 Pelacuran .......................................................................................................................... 2 Filem dan muzik ............................................................................................................... 3 Pusat Hiburan (Pub dan disko)......................................................................................... 4 Kesan negatif hiburan melibatkan kapitalisme .................................................................... 5 Langkah-langkah untuk mengatasi isu ini ........................................................................... 6 Kesimpulan .......................................................................................................................... 7

Rujukan ........................................................................................................................................... 8 MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE-1 .................................................................... 9 MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE-2 .................................................................. 11 MINIT MESYUARAT KUMPULAN 3 KALI KE-3 .................................................................. 13

15

Anda mungkin juga menyukai