Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN A (20 MARKAH) Jawab semua soalan 1. Teknologi Pendidikan dianggap sesuai dan berkesan untuk membantu ...

(A) (B) (C) (D) pembelajaran supaya lebih realistik. pembelajaran ke tahap sebenar individu. pengajaran supaya lebih berkesan dan menarik. pengajaran merentas kurikulum pengajaran.

2.

Teknologi pendidikan adalah penting dalam kurikulum pendidikan guru sebab ia dapat... (A) (B) (C) (D) meningkatkan peratusan kelulusan peperiksaan memberi kesedaran tentang teknologi pendidikan penting kepada guru membiasakan guru-guru pelatih menggunakan alat bantu mengajar memberii kefahaman dan kemahiran tentang aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik kepada guru-guru

3.

Berdasarkan kon pengalaman Dale, guru yang ingin memberikan pengalaman ikonik kepada pelajar boleh memilih pendekatan... (A) (B) (C) (D) lawatan tunjuk cara tontonan video paparan teks melalui tayangan Powerpoint

4.

Gambaran tentang empangan hidro sebagai sumber tenaga dapat disaksikan oleh murid melalui media tayang. Keadaan ini lebih tepat merujuk kepada... (A) (B) (C) (D) media membantu mengatasi keterbatasan kos media membantu mengatasi keterbatasan panca indera media membantu mengatasi keterbatasan ruang media membantu mengatasi keterbatasan waktu

5.

Berikut adalah fungsi media pengajaran kecuali (A) (B) (C) (D) pelaksanaan proses pengurusan berkesan. pelaksanaan pembelajaran kendiri. pelaksanaan pembelajaran secara langsung. pelaksanaan pendidikan jarak jauh.

6.

Berdasarkan model ASSURE antara prosedur pembinaan dan pemilihan bahan mengajar ialah... (A) (B) (C) (D) analisis kos mencetak bahan kemudahan capaian kenal pasti objektif pengajaran

7.

Warna pertengahan merujuk kepada... (A) (B) (C) (D) campuran warna primer dan sekunder. campuran dua warna tertier. campuran dua warna sekunder. campuran dua warna primer.

8.

Bagi menghasilkan satu reka bentuk grafik yang baik, prinsip berikut adalah perlu kecuali (A) (B) (C) (D) Unity. mudah. penegasan. kepelbagaian .

9.

Guru ingin menunjukkan satu suasana atau keadaan hidupan di dasar laut. Media tiga dimensi (3D) yang paling sesuai ialah... (A) (B) (C) (D) spesimen model keratan rentas diorama tayangan video

10.

Lensa yang merakamkan gambar selari dengan pandangan mata manusia ialah... (A) (B) (C) (D) wide angle lens standard lens telephoto lens micro lens

11.

Bagaimanakah ISO berfungsi? (A) (B) (C) (D) Membolehkan lebih banyak cahaya masuk ke dalam kamera Menetapkan tahap sensitiviti sensor terhadap cahaya. Memberikan hasil foto yang lebih menarik. Membolehkan kamera merakan foto dengan lebih banyak.

12.

Keadaan key stone atau herotan semasa menggunakan OHP berlaku kerana... (A) (B) (C) (D) kedudukan OHP yang terlalu dekat dengan skrin pertemuan garisan cahaya pada skrin tidak pada kedudukan 90 tombol laras pada tiang penganjur tidak berfungsi kedudukan skrin yang tidak dicondongkan .

13.

Menggunakan bahan lut sinar ____________ akan membolehkan guru menayangkan dan menutup gambar atau perkataan secara satu persatu atau kesemuanya pada satu masa. (A) (B) (C) (D) Jenis tindan-tindih Jenis tetingkap Jenis tulis-terus Jenis cetakan

14.

Mikrofon jenis klip atau lavalier mic merujuk kepada pick-up pattern jenis... (A) (B) (C) (D) uni-directional bi-directional omni-directional super-directional

15.

Antara peralatan yang diperlukan untuk menerbitkan sesuatu video adalah seperti berikut, kecuali (A) (B) (C) (D) firewire mikrofon kamera video projektor

16.

Di dalam pangkalan data, setiap rekod adalah unik. Keunikan ini boleh dibina melalui ciri... (A) (B) (C) (D) primary key table form querry

17.

Antara berikut fungsi manakah yang membolehkan kita membuat penjajaran teks dalam Microsoft Words kecuali (A) (B) (C) (D) menggunakan hentian tab menggunakan pembaris (ruler) words menggunakan butang penjajaran (align button) menggunakan kemudahan page break

18.

Berikut adalah kegunaan Microsoft Powerpoint kecuali (A) (B) (C) (D) menyelitkan transisi mencipta rumus matematik menghasilkan imej 3D mempersembahkan informasi dalam format grafik

19.

Karya yang telah berakhir tempoh hak cipta boleh ... (A) (B) (C) diambil, dicetak dan dijual tanpa perlu izin dari pemiliknya diambil, dicetak dan dijual dengan izin dari pemiliknya diambil, dicetak dan dijual dengan membayar separuh royalti kepada pemiliknya (D) diambil dicetak dan dijual dengan meminta kebenaran daripada tribunal hakcipta.

20.

Dua faktor yang penting dalam penggunaan informasi dari internet untuk kegunaan akademik ialah... (A) (B) (C) (D) popular dan bebas (popular and independant) tepat dan kebolehpercayaan (acurate and reliable) kebolehpercayaan dan poular (reliable and popular) tepat dan popular (acurate and popular)

BAHAGIAN B (40 MARKAH) Jawab semua soalan. 1. (a) Huraikan empat cara bagaimana media dikatakan dapat mengatasi masalah dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid yang pelbagai kebolehan. (i) (ii) ___________________________________________________ ___________________________________________________

(iii) (iv)

___________________________________________________ ___________________________________________________ (6 markah)

(b)

Pilih satu media pengajaran dan jelaskan pembahagian media tersebut berdasarkan konsep media menurut Torkelson. Jenis media _________________________ (i) (ii) (iii) ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ (4 markah)

2.

(a)

Apabila anda meletakkan mod kamera kepada AF lalu memfokus kepada suatu objek tetapi lensa tidak dapat memfokus subjek tersebut. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? (i) ____________________________________________________

(ii) _____________________________________________________ (iii) _____________________________________________________ (6 markah) (b) Mod A pada kamera Nikon atau AV pada kamera Canon berfungsi dengan cara (i) (ii) ___________________________________________________ ___________________________________________________ (4 markah) 3. (a) Senaraikan empat cara terbaik untuk memilih password. (i) (ii) ___________________________________________________ ___________________________________________________

(iii) (iv)

___________________________________________________ ___________________________________________________ (4 markah)

(b)

Sebagai seorang pengguna, anda dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakan terhadap aset ICT di tempat anda bertugas. Senaraikan tiga tanggungjawab atau akauntabiliti anda sebagai pengguna ICT. (i) (ii) (iii) ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ (6 markah)

4.

(a) Seorang guru hendak menerbitkan satu video pendidikan untuk tujuan pengajaran. Nyatakan 6 langkah penerbitan yang diperlukan mengikut urutan. (i) (ii) (iii) (iv) (v) (vi) ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ (6 markah)

(b)

Senaraikan dan huraikan empat jenis pergerakan kamera video. (i) (ii) (iii) (iv) ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________

(4 markah) BAHAGIAN C (40 markah) Jawab dua soalan sahaja.

1.

(a) Seorang guru telah menggunakan gambar di atas sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran di kelas. Huraikan prinsip reka letak visual berdasarkan gambar tersebut. (10 markah) (b) Menghasilkan media bahan bantu mengajar memerlukan ketelitian dan perancangan. Huraikan bagaimana anda menggunakan Model ADDIE untuk menghasilkan media yang anda pilih. (10 markah)

2.

(a) Menggunakan media gambar foto sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu pilihan kepada guru. Jelaskan tiga kekuatan dan dua kelemahan media ini dalam pengajaran dan pembelajaran. (10 markah) (b) Terdapat pelbagai jenis bahan audio yang boleh dijadikan bahan rangsangan sepanjang proses pengajaran. Senaraikan lima jenis aktiviti yang boleh dipadankan dengan bahan audio. Berikan huraian anda. (10 markah)

3.

(a) Perisian Hamparan Elektronik amat membantu tugas seorang guru. Anda dikehendaki menyenaraikan lima peranan perisian ini. Berikan penjelasan bagi setiap peranan melalui contoh yang anda pilih. (10 markah) (b) Penggunaan media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dikatakan memberi kesan yang amat baik kerana melibatkan pancaindera serta pelbagai media. Anda diminta untuk membina satu bahan bantu mengajar yang dapat dikategorikan sebagai media interaktif. Buat satu gambaran mental, senaraikan lima ciri media interaktif yang anda akan terapkan dalam bahan bantu tersebut.. (10 markah)

Soalan tamat.

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Peperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian 2010

PROGRAM PERGURUAN PENDIDIKAN PENGAJIAN EMPAT TAHUN (SEKOLAH RENDAH)

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

NO. KOD : EDU3105

TARIKH: NOVEMBER 2010

PERATURAN MEMBERI MARKAH

BAHAGIAN A 20 Markah

SOALAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

JAWAPAN C D A C A D A D C B B B B C D A D C A B

20 X 1 markah = 20 markah

BAHAGIAN B (40 markah) Jawab semua soalan. 1. (a) Huraikan empat cara bagaimana media dikatakan dapat mengatasi masalah dan meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid yang pelbagai kebolehan. (i) Media dapat mengatasi masalah ruang contohnya saiz media yang terlalu besar dapat dirakam gambarnya dan ditunjukkan kepada murid. (ii) Media dapat mengatasi masalah masa contohnya peristiwa lalu dapat diceritakan kepada murid melalui buku atau media lain. (iii) Media dapat mengatasi masalah pancaindera contohnya media untuk murid buta atau pekak mempunyai kriteria berbeza. (iv) Media memberi satu gambaran, pengalaman dan persepsi yang sama kepada semua murid. (v) Media memudahkan guru memperjelaskan mesej kepada semua murid. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 3 fakta + huraian x 2 markah = 6 markah Jumlah = 6 markah (b) Pilih satu media pengajaran dan jelaskan pembahagian media tersebut berdasarkan konsep media menurut Torkelson. Jenis media _Cerita Si Tenggang (contoh) (i) Mesej - Isi cerita (ii) Bentuk mesej - audio (iii) Saluran mesej cd/siaran radio 1 fakta = markah 1 fakta + huraian = 1 markah 4 fakta + huraian x 1 markah = 4 markah Jumlah = 4 markah 2. (a) Apabila anda meletakkan mod kamera kepada AF lalu memfokus kepada suatu objek tetapi lensa tidak dapat memfokus subjek tersebut. Apakah sebenarnya yang sedang berlaku? (i) Jarak - kedudukan kamera dan objek terlalu dekat sehingga menyebabkan kamera gagal memfokus. Contohnya lensa 18135mm mempunyai jarak minima memfokus pada 1.5 kaki, objek yang kurang dari jarak ini tidak dapat difokus. (ii) Permukaan objek tidak berstruktur seperti permukaan berwarna putih, bersinar seperti cermin. Sebaliknya permukaan objek perlu berstruktur seperti garisan atau ciri-ciri 3 dimensi.

(iii) Objek di luar fokus objek tidak termasuk dalam kawasan/point untuk difokus 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 3 fakta + huraian x 2 markah = 6 markah Jumlah = 6 markah

(b)

Mod A pada kamera Nikon atau AV pada kamera Canon berfungsi dengan cara (i) (ii) (iii) (iv) Kamera berfungsi secara separa automatik. Pengguna menentukan f-stop yang dikehendaki. Kamera menentukan kelajuan bukaan shutter. Gambar yang dihasilkan bergantung kepada kemahiran jurugambar memilih apertur yang sesuai mengikut keadaan. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 2 fakta + huraian x 2 markah = 4 markah Jumlah = 4 markah

3.

(a)

Senaraikan empat cara terbaik untuk memilih password. (i) Gunakan kombinasi huruf dan nombor (ii) Lebih dari 6 aksara (iii) Tukarkan password secara berkala (iv) Hindarkan guna password yang berpola dan sistematik (v) Gunakan karektor khusus huruf kecil huruf besar dan aksara khusus 1 fakta = markah 1 fakta + huraian = 1 markah 4 fakta + huraian x 1 markah = 4 markah Jumlah = 4 markah

(b)

Sebagai seorang pengguna, anda dipertanggungjawabkan ke atas semua tindakan terhadap aset ICT di tempat anda bertugas. Senaraikan tiga tanggungjawab atau akauntabiliti anda sebagai pengguna ICT. (i) Menghalang mendedahkan maklumat kepada pihak yg tidak dibenarkan (ii) Memeriksa maklumat dan memastikannya tepat dan lengkap (iii) Mematuhi standard prosedur, langkah dan garis panduan keselamatan (iv) Menjaga kerahsiaan kata laluan

1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 3 fakta + huraian x 2 markah = 6 markah Jumlah = 6 markah 4. (a) Seorang guru hendak menerbitkan satu video pendidikan untuk tujuan pengajaran. Nyatakan 6 langkah penerbitan yang diperlukan mengikut urutan. (i) Tetapkan Tujuan dan Objektif (ii) Buat Penyelidikan dan Sediakan Bahan (iii) Pilih Bahan-Bahan yang Sesuai (iv) Menulis Skrip (v) Bersedia Membuat Penggambaran (vi) Sediakan bahan grafik (vii) Sediakan bahan dan peralatan (viii) Mulakan penggambaran (ix) Menyunting (x) Membuat rakaman audio (xi) Preview (xii) Guna dalam pengajaran (xiii) Buat penilaian (calon memilih hanya 6 langkah dan disusun mengikut urutan. sekiranya tidak mengikut urutan, markah ditolak bagi setiap fakta) 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 6 fakta + huraian x 2 markah = 6 markah Jumlah = 6 markah (b) Senaraikan dan huraikan empat jenis pergerakan kamera video. (i) Dolly pergerakan kamera mara ke hadapan dan mengundur ke belakang (ii) Tilt pergerakan kamera pada kedudukan low angle atau high angle iaitu tilt-up atau tilt-down (iii) Pan pergerakan kamera dari kiri ke kanan atau sebalik pada satu kedudukan (iv) Track pergerakan kamera yang selari dengan pergerakan objek seperti merakam acara larian 100m di mana teknik ini amat berguna untuk tujuan photo finish. (v) Truck pergerakan kamera berdasarkan mekanisma yang membawanya seperti dalam kenderaan. (vi) Crane menggunakan kren untuk merakam gambar pada kedudukan tinggi, rendah dan sebagainya. 1 fakta = 1 markah 4 fakta + huraian x 1 markah = 4 markah

Jumlah = 4 markah BAHAGIAN C (40 markah) 4. (a) Seorang guru telah menggunakan gambar di atas (rujuk soalan) sebagai bahan bantu dalam proses pengajaran di kelas. Huraikan prinsip reka letak visual berdasarkan gambar tersebut. (10 markah)

Jawapan Jawapan hendaklah merujuk kepada Prinsip Asas Grafik CASPER (i) (ii) Contrast Warna, imej, font yang digunakan jelas kerana terdapat perbezaan warna ketara iaitu hitam dan putih. Alignment susunan gambar, subjek utama, tulisan sejajar.

(iii) Simplisiti gambar yang digunakan mudah dilihat dan ditafsir oleh murid sekolah rendah. tidak terdapat unsur lain yang menyebabkan gambar sukar diterjemahkan. (iv) Proximity jarak antara teks, jarak imej dalam gambar, dan jarak antara teks dan gambar menunjukkan susunan yang standard. Tiada unsur kecacatan yang ketara menyebabkan gambar yang digunakan selesa pada mata yang memandang. (v) Emphasis gambar yang digunakan menunjukkan dengan jelas subjek utama dengan meletakkannya di tengah gambar. Watak lain dalam gambar juga memberi fokus kepada subjek utama di samping banner yang digunakan bagi menjelaskan lagi peristiwa.

(vi) Repetition aspek ketekalan dalam penggunaan warna ditunjukkan walaupun hanya warna hitam dan putih. Mata huruf yang digunakan juga sama untuk nama semua watak dalam gambar. Begitu juga tajuk gambar yang menggunakan font yang sesuai untuk menggambarkan suasana ria. Teknik lukisan secara out-line juga digunakan dengan baik tanpa dicampur-adukkan dengan teknik lain dalam keseluruhan gambar yang dihasilkan. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 5 fakta + huraian x 2 markah = 10 markah Jumlah = 10 markah

(b)

Menghasilkan media bahan bantu mengajar memerlukan ketelitian dan perancangan. Huraikan bagaimana anda menggunakan Model ADDIE untuk menghasilkan media yang anda pilih. (10 markah)

Jawapan Calon dikehendaki memilih SATU media. Calon perlu sentiasa mengaitkan media yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan model ADDIE. A-(Analysis) Analisis D-(Development) Pembangunan mengenalpasti masalah, keperluan murid membuat analisis tentang persekitaran pembelajaran, latar belakang murid menentukan objektif, matlamat pengajaran mengenalpasti tentang reka bentuk, struktur, pendekatan pengajaran, teori pembelajaran. mengaitkan penggunaan, kesesuaian media dengan perkara di atas. kerja-kerja pembangunan bahan mengikut spesifikasi keperluan. membina media sendiri, mengubahsuai media mengikut keperluan selari dengan objektif dan aktiviti. media yang dipilih digunakan dalam pengajaran. mengaitkan media dengan aktiviti, langkahlangkah semasa sesi pengajaran di peringkat set induksi /perkembangan /penilaian. menilai keberkesanan media dalam mencapai objektif pengajaran. menilai keberkesanan media diperingkat pelaksanaan aktiviti menyatakan keperluan menulis refleksi terhadap media, kekuatan/kelemahan pada bahagian refleksi. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 5 fakta + huraian x 2 markah = 10 markah Jumlah = 10 markah

D-(Design) Reka bentuk

I-(Implementation) Pelaksanaan

E-(Evaluation) Penilaian

5.

(a) Menggunakan media gambar foto sebagai bahan bantu mengajar merupakan satu pilihan kepada guru. Jelaskan tiga (3) kekuatan dan dua (2) kelemahan media ini dalam pengajaran dan pembelajaran. (10 markah)

Jawapan Kekuatan (i) Gambar asli Murid dapat melihat gambar asli dan mendapat gambara sebenar tentang aspek yang dipelajari seperti warna objek, bentuk objek, suasana atau peristiwa yang berlaku.

Merangsang minda gambar foto dapat menggerakkan minda murid melalui ciri-ciri yang terdapat pada gambar. (iii) Mengandungi banyak maklumat gambar foto merakam satu objek utama di samping gambar lain yang menyokong. Melalui cara ini murid akan mendapat banyak maklumat. (iv) Menceritakan satu keadaan yang tidak mampu/amat sukar dinyatakan secara lisan atau bertulis. (v) Menunjukkan peringkat demi peringkat sesuatu proses berlaku. (vi) Boleh dirujuk pada bila-bila masa. (ii) Kelemahan (i) Tiada pergerakan gambar pegun tuidak mampu menceritakan tentang satu proses yang melibatkan pergerakan secara berterusan. (ii) Manipulasi gambar foto kini mampu dimanipulasi oleh pengguna sehingga menipu orang yang melihatnya. (iii) Tidak bersuara gambar foto menyampaikan maklumat tanpa suara. (iv) Bukan gambaran sebenar walaupun merakam gambar yang lengkap tetapi saiz sesuatu benda tidak dapat ditentukan saiznya. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 5 fakta + huraian x 2 markah = 10 markah Jumlah = 10 markah

(b)

Terdapat pelbagai jenis bahan audio yang boleh dijadikan bahan rangsangan sepanjang proses pengajaran. Senaraikan lima jenis aktiviti yang boleh dipadankan dengan bahan audio. Berikan huraian anda. (10 markah)

Jawapan i. Mengajuk bunyi/suara aktiviti ini membolehkan murid mengajuk bunyi yang didengar seperti sebutan bunyi huruf, perkataan, mengajuk bunyi haiwan dan sebagainya. aktiviti nyanyian merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan selalunya mendapat sambutan daripada murid. Selain belajar menyebut, murid berpeluang menyebut perkataan dan seni kata lagu mengikut rentak/tempo. murid boleh diberi kemahiran mendengar secara fisiologi dan psikologi. Mendengar secara fisiologi lebih merujuk kepada keupayaan mendengar bunyi iaitu sama ada murid dapat mendengar atau mengalami masalah pendengaran. Manakala mendengar secara psikologi merujuk kepada keupayaan memaham maksud atau isi yang hendak disampaikan. bahan audio mampu membimbing murid untuk bergerak mengikut nada dan tempo. Kebiasaannya bahan audio digunakan untuk aktiviti senaman, tarian dan pergerakan. bahan audio mampu membina mod murid seperti mod sedih, gembira, harmoni, lucu dan sebagainya. Menggunakan bahan audio, guru mampu membina mod dan minat murid dalam pelajaran. guru boleh menggunakan bahan audio untuk aktiviti bercerita seperti mengajuk percakapan, bercerita dengan iringan muzik dan sebagainya. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 5 fakta + huraian x 2 markah = 10 markah Jumlah = 10 markah 6. (a) Perisian Hamparan Elektronik amat membantu tugas seorang guru. Anda dikehendaki menyenaraikan lima (5) peranan perisian ini. Berikan penjelasan bagi setiap peranan melalui contoh yang anda pilih. (10 markah)

ii. Menyanyi

iii. Mendengar

iv. Pergerakan

v. Membina mod

vi. Bercerita

Jawapan (i) (ii) Membantu guru membuat pengiraan markah murid, mencari gred, dan menentukan kedudukan. Memudahkan guru membuat penyisihan seperti membuat pengasingan nama murid mengikut jantina, kaum, agama, rumah sukan, mengikut abjad dan sebagainya. Membantu guru membina graf 2D atau 3D bagi menunjukkan pecahan data yang diambil. Membolehkan guru mengajar subjek bahasa atau subjek lain di mana Hamparan Elektronik boleh diguna sama fungsinya seperti perisian lain. Membolehkan guru membuat latihan mengisi tempat kosong bagi membolehkan murid mengisi jawapan dan mendapat respon segera seperti komen atau markah yang diperolehi oelh murid tersebut. Memudahkan guru menguruskan data seperti maklumat staf, peralatan, peralatan sukan, bahan dan peralatan makmal dan sebagainya. Membantu dalam menyediakan laporan yang merujuk kepada petunjuk angka, rajah, graf dan sebagainya. Selain itu dapat membantu guru menyediakan laporan kewangan seperti wang perolehan, perbelanjaan, dan urusan lain yang berkait dengan kewangan. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 5 fakta + huraian x 2 markah = 10 markah Jumlah = 10 markah (b) Penggunaan media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran dikatakan memberi kesan yang amat baik kerana melibatkan pancaindera serta pelbagai media. Anda diminta untuk membina satu bahan bantu mengajar yang dapat dikategorikan sebagai media interaktif. Buat satu gambaran mental, senaraikan lima (5) ciri media interaktif yang anda akan terapkan dalam bahan bantu tersebut. (10 markah) Jawapan (i) Antara Muka - Media interaktif mengandungi antara muka yang mengandungi reka bentuk/gambar yang mengaitkan media dengan tajuk atau subjek. contohnya untuk media yang dikaitkan dengan mata

(iii) (iv)

(v)

(vi) (vii)

pelajaran Matematik Tahun 3, pastinya antara muka perisian ini mengandungi gambar atau susunan objek yang berkait dengan angka. (ii) Menu dan submenu Media Interaktif dilengkapi dengan Menu Utama dan terdapat Submenu yang disusun mengikut cita rasa pengarang. Kebiasaannya Menu dan Submenu ini ditandai dengan butang, gambar, huruf, perkataan atau apa sahaja yang boleh diklik dan dhubungkan dengan benda, fail, atau tajuk lain. Susunan butang/ikon navigasi Perisian multimedia dilengkapi dengan butang navigasi seperti GO, BACK, HOME, MAIN MENU, atau ke bahagian lain seperti LATIHAN, PETIKAN, SOALAN, JAWAPAN dan sebagainya. Animasi terdapat unsur animasi seperti imej dalam format .gif yang menunjukkan gerakan yang kadangkala berkait dengan tajuk. Selain itu teks perkataan, gambar juga dianimasikan dengan menggunakan kemudahan yang terkandung dalam perisian. Audio Menggunakan audio dalam persembahan multimedia merupakan daya penarik kepada pengguna. Bentuk audio yang digunakan dalam penghasilan media interaktif dan selalunya digunakan sebagai respon/tindak balas kepada pilihan pengguna seperti muzik, kesan bunyi, atau suara yang memberi penerangan. Aneka Pilihan terdapat menu yang memberi ruang kepada pengguna untuk memilih bahagian yang mereka inginkan sama ada ingin terus menjawab soalan atau memulakan perayauan dari mula. Pautan Media interaktif juga dikaitkan dengan pautan kepada laman sesawang dan fail lain. Hal ini bertujuan memberi peluang kepada pengguna mendapat maklumat lain yang berkaitan. Tidak berturutan non-linear. - Kandungan aplikasi multimedia yang baik adalah tidak berturutan dari segi penyampaiannya. Pengguna boleh meneroka aplikasi dengan cepat tanpa mengikut turutan sambil membina hala tuju sendiri. Kaedah ini adalah lebih berkesan dibandingkan dengan cara biasa di mana pengguna perlu melihat satu demi satu kandungan yang disampaikan. 1 fakta = 1 markah 1 fakta + huraian = 2 markah 5 fakta + huraian x 2 markah = 10 markah Jumlah = 10 markah

(iii)

(iv)

(v)

(vi)

(vii)

(Viii)

Nota :

Pemeriksa dibolehkan memberi pertimbangan kepada jawapan calon yang dikira sesuai dan berkait dengan soalan. Soalan tamat.