Anda di halaman 1dari 1

Teknik simulasi menggunakan strategi berpusatkan murid.

Teknik simulasi ialah Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaansebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan. semula Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu danmencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran. Penerapan nilai dapat dilihat apabila adanya kerjasama yang baik apabila mereka diberi tugasan untuk melakonkan sesuatu masalah atau isu yang diberikan. Sebagai contoh, guru boleh membuat aktiviti simulasi semasa menjalankan pengajaran adab berbual yang terdapat dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan darjah 4 iaitu berbual dengan sopan dan berbual tidak sopan. Oleh itu, mereka akan bekerjasama antara satu sama lain untuk melakonkan dua situasi yang berbeza tersebut. Dalam pada masa yang sama, dengan adanya aktiviti berkenaan membolehkan murid mengalami sendiri apa yang terjadi dalam kehidupan seharian mereka ketika berbual di telefon. Oleh itu, secara tidak langsung penerapan nilai akan terjadi apabila mereka melakonkan perkara yang positif iaitu berbual dengan sopan dalam telefon dan mengetahui kesan positif dengan melakukan sedemikian.

Anda mungkin juga menyukai