Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKTIVITI MERANCANG PROGRAM & PENGURUSAN PANDU PUTERI TUNAS Pada hari ketiga perkhemahan Pandu Puteri,

iaitu 11 September 2013 (Rabu), ceramah tentang merancang program dan pengurusan pandu puteri telah diadakan bersama Puan Punitha. Seramai 46 orang ahli Pandu Puteri telah terlibat dalam ceramah ini. Patrol Rafflesia merupakan fasilitator kepada Puan Punitha pada slot ini. Ceramah ini telah dimulakan dengan aktiviti kumpulan yang menarik. Kami telah dibahagikan kepada 2 kumpulan besar untuk menjalankan aktiviti mengikut patrol masing-masing. Dalam stesen A, kami diberikan seminit untuk membuka kotak yang disediakan dan mengingat semua barang yang terdapat dalam kotak tersebut. Kemudian, kami dikehendaki untuk mencatat nama barang pada kertas yang diberikan. Stesen B pula merupakan aktiviti yang agak mencabar. Kami diberikan seminit juga untuk membaca catalog jualan murah di pasar raya dan dikehendaki untuk mengingati nama barang dan juga harga promosi barang tersebut. Dalam dua aktiviti ini, kami mendapati bahawa puan bukan sekadar untuk membuat menghilangkan kebosanan dan keletihan kami, malah juga memupuk semangat kerjasama kami antara ahli kumpulan. Seterusnya, ceramah telah bermula. Kami telah diarahkan supaya duduk dalam bulatan kecil supaya suara puan dapat didengar dengan jelas dalam dewan yang terpaksa berkongsi dengan unit beruniform yang lain. Seperti yang kita tahu bahawa, ketika kita merancang sesuatu program, kita haruslah menyediakan kertas kerja dan buat persediaan sebelum program berlangsung,semasa dan selepas program tersebut tamat. Puan telah memberi penjelasan yang ringkas tetapi senang untuk kami ingati. Dalam ceramah ini, kami telah membuat perbincangan dengan Puan Punitha tentang perkara-perkara yang harus kami mengambil perhatian dalam melaksanakan sesuatu program terutamanya melibatkan gerak kerja luar Pandu Puteri Tunas. Hal ini kerana jika berlaku sesuatu kemalangan, guru pembimbing yang harus bertanggungjawab atas keselamatan murid sendiri.

Selain itu, Puan Punitha juga berkongsi dengan kami tentang perkara penting semasa perkhemahan terutamanya pemilihan tapak perkhemahan. Walaupun topik ini agak lewat kerana kami sudah tiga hari berkhemah di dalam hutan, maka maklumat yang telah puan sampaikan kepada kami adalah amat berguna kepada kami pada masa hadapan. Sebagai maklumat tambahan, puan juga berkongsi dengan kami tentang tugas pegawai perkhemahan termasuk komanden kem, juru masak, juru pertolongan cemas dan lain-lain jawatan. Kami diberitahui bahawa adalah kami akan menjadi seorang guru penasihat unit beruniform di sekolah nanti, oleh itu adalah wajib kepada kami untuk mengetahui pengetahuan tentang pengurusan Pandu Puteri Tunas. Melalui ceramah ini, kami mendapati bahawa selain mengurus program Pandu Puteri, sebagai seorang bakal guru, kami perlu tahu juga semua tentang merancang program dan pengurusan sesuatu unit beruniform mahupun persatuan dan kelab di sekolah. Oleh itu, ceramah yang telah disampaikan oleh Puan Punitha adalah amat berguna dan bermanfaat kepada kami pada masa akan datang. Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh: .. (OLIVER WONG XIANG LIANG) Ketua Patrol Melur Pandu Puteri Kadet Ipg Kampus Tuanku Bainun