Anda di halaman 1dari 18

Pengetua sekolah agama dituduh rasuah lebih RM1 juta

JOHOR BAHRU 15 Okt. - Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan 14 pertuduhan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan suapan berjumlah RM1,120,462.40 bagi syarikat milik isterinya, bermula 2011. Tertuduh, Bachok@Abdul Samad Abdul Latip, 65, yang merupakan Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di Jalan Jaafar, Benut, Pontian dalam tempoh setahun antara Julai 2011 hingga Julai 2012. Dia didakwa mengarahkan kakitangan dan guru sekolah tersebut untuk mengeluarkan 14 baucar dan 14 cek Maybank Islamic yang berbeza nilai dalam tempoh tersebut dan ditandatangani tertuduh bagi membuat bayaran kerja membekal makanan di asrama sekolah itu kepada Zainab Enterprise yang merupakan syarikat milik isterinya. - UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20121015/ma_01/Pengetua-sekolahagama-dituduh-rasuah-lebih-RM1-juta

INTEGRITI DALAM PENDIDIKAN. 1. Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam pelanggan berdasar sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.Kod etika dan piagam pelanggan diamal dan dihayati oleh anggota organisasi yang akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksana amanah dan kuasa yang dipertanggungjawab dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. 2. Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada masa depan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan sifat penyayang akan memberi impak baik.Murid ibarat pokok yang ditanam perlu disirami dan dibajai dengan kasih sayang. Guru pula menjadi lautan yang luas dan murid menjadi ikan.Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau. Benih yang baik jatuh ke darat menjadi gunung. Guru juga perlu memupuk kerjasama dan permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat. 1

3. Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap murid. Di antaranya ialah seperti berikut:a. Sentiasa memikirkan masa depan murid. b. Ada tahap kesabaran yang tinggi. c. Bersifat pengasih dan penyayang. d. Pupuk suasana seronok belajar. e. Beri pengharapan baru. f. Bentuk roh dan sahsiah terpuji. g. Ada kapasiti mengubah murid menjadi yang terbaik. 4. Fungsi guru memupuk integriti:a. Sebagai pendidik (Muallim). b. Sebagai a good motivator. c. Sebagai a good coach. d. Sebagai a good preacher (Murabbi). 5. Ditangan guru akan terletak satu amanah merealisasi misi nasional bagi mencapai wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Teras kedua dan teras ketiga menyatakan peranan pendidikan secara langsung.Teras kedua meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Dan teras ketiga menangani masalah ketidakseimbangan sosioe konomi yang berterusan secara membina dan produktif. Guru berkeupayaan melahirkan modal insan kelas pertama bila bekerja dengan niat yang ikhlas dan ada sifat penyayang terhadap murid-muridnya yang tertanam di sanubarinya. Minda kelas pertama adalah ciri-ciri modal insan yang akan memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.Ia merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik ke arah pembangunan tamadun dengan acuan imej tersendiri. 6. Tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama adalah melalui peningkatan terhadap keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan, pengukuhan keupayaan sains, R&D dan inovasi serta pembentukan masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.Dalam konteks ini pendekatan guru mengajar dan murid belajar perlu dijadikan amalan profesyen guru di sekolah.Guru yang berintegriti dan beretika sangat diperlukan dalam pendidikan.Etika dan integriti yang dimiliki oleh seseorang guru akan menjadikan seseorang guru itu bertanggungjawab kepada Tuhannya. http://noddenberek12kbr.blogspot.com/2008/08/integriti-dalam-pendidikan.html

INTEGRITI GURU Integriti merupakan rumusan kepada pemulihan martabat guru di mata masyarakat. Jika selama ini warga guru sudah semakin hilang sengatnya dimata masyarakat, ia berkait rapat dengan integriti. Sebagai golongan yang diamanahkan oleh ibubapa dan diberi kepercayaan untuk mendidik dan membentuk survival anak-anak mereka di masa hadapan, guru-guru harus membalas kepercayaan tersebut dengan keyakinan yang tidak berbelah bagi. Guru-guru dikenali oleh ibubapa sebagai insan yang mahir dalam selok belok pendidikan. Kebanyakan ibubapa masa kini tidak lagi melihat tugas guru untuk membentuk sahsiah anak mereka kerana terlalu banyak isu yang berbangkit dari masa ke semasa. Ibubapa masa kini lebih mempersoalkan pencapaian akademik anak mereka berbanding perkara lain kerana inilah perkara yang ditekankan oleh sekolah. Peperiksaan yang menjadi penentu aras kebolehan pencapaian anak-anak mereka. Ibubapa mana yang tidak mahu guru membentuk juga sahsiah anak mereka tetapi memandangkan trend masyarakat yang mementingkan pencapaian dalam peperiksaan maka ibubapa juga seolah terlupa tentang peluang pembinaan sahsiah yang sewajarnya dididik oleh guru melalui tingkahlaku mereka sendiri yang menjadi teladan. Isu-isu teknikal sering menjadi bahan rungutan ibubapa terhadap guru hari ini seperti tidak memeriksa buku latihan, tidak memberi kerja rumah yang mencukupi, kertas soalan yang tidak bermutu, menyemak buku latihan secara sambil lewa, gagal menghabiskan sukatan pelajaran apabila peperiksaan semakin hampir dan pelbagai lagi isu teknikal yang berkaitan. Isu pembentukan sahsiah pula hanya berkisar kepada permasalahan disiplin yang timbul seperti gejala sosial yang semakin merebak seperti merokok, gangsterisme, melepak, dadah dan sebagainya. Apabila diajukan persoalan ini maka ianya menjadi perbincangan sosial dan guru-guru meminta mereka tidak dijadikan penyebab lantas mengaitkan juga kegagalan ibubapa memikul peranan mendidik sahsiah anak-anak mereka. Alasan guru-guru mudah, masa yang terhad di antara guru dan pelajar di samping tugasan mengajar pelajar yang ramai menyebabkan pembentukan sahsiah pelajar tidak 3

dapat ditumpukan sepenuhnya. Guru sering berharap agar ibubapa tidak melepaskan tanggungjawab tersebut kebahu mereka semata-mata tetapi perlu bersama-sama memikul tugas mengikut masa dan tempat pelajar tersebut berada. Ibubapa pula sering menunding jari mereka kepada keupayaan guru kerana tugasan mereka yang sibuk dari pagi hingga ke malam tidak mengizinkan mereka mendidik sahsiah anak-anak tambahan pula mereka tidak mempunyai kemahiran formal sebagaimana guru yang dilatih untuk membentuk sahsiah pelajar. Maka, tunding menunding berterusan dari tahun ke tahun tanpa penyelesaian tetapi kesan yang ketara gejala sosial semakin bertambah parah di kalangan remaja sekolah dicelah-celah perselisihan guru guru dan ibubapa. Semakin lama kita membicarakannya semakin parah keadaannya. Pepatah Guru kencing berdiri anak murid kencing berlari perlulah difahami maksudnya dan dijadikan peringatan sepanjang masa. Maksud sebenar pepatah tersebut iaitu sebagai seorang guru perlulah menonjolkan sifat terpuji dalam diri tidak kira di mana sahaja kita berada samada dihadapan pelajar ataupun dibelakang mereka. Inilah maksud sebenar pepatah tersebut yang perlu menjadi pegangan guru-guru. Jika sebelum ini guru-guru merasakan bahawa pepatah tersebut berkait dengan teladan mereka akan dicontohi oleh pelajar maka hari ini kita perlu merenung lebih jauh lagi berhubung tindakan kita yang konsisten di mana-mana sahaja. http://reformasimindaguru.blogspot.com/2011/01/integriti-guru.html Nilai, Etika, Integriti PENJELASAN Nilai, Etika dan Integriti adalah tiga kata kunci terpenting yang mendasari PIN perlu diperjelaskan. NILAI Satu set pegangan yang menjadi asas bagi pembentukan sikap dan kelakuan individu. Set pegangan ini menentukan kriteria perlakuan yang baik atau sebaliknya, yang diingini atau tidak dan positif atau negatif. ETIKA Etika ialah himpunan nilai dan moral yang menjadi piawai bagi tingkah laku individu, organisasi dan profesyen. 4

INTEGRITI Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. 1. Integriti Individu Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu dengan apa yang dikotakannya; keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu. Apabila dia bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya. 2. Integriti Organisasi Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi tercermin dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. 3. Integriti Penjawat Awam Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan awam, integriti bermaksud melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Dengan demikian penjawat itu perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di bawahnya dan kepada pihak lain. Kesimpulan Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap, teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi kerana akhirnya seseorang itu bertanggungjawab kepada Tuhannya. http://integritiguide.blogspot.com/p/penjelasan-etika-dan-integriti-adalah.html

Integriti Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris yang membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya menjurus kearah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa DBP, 1985, ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dll. http://ms.wikipedia.org/wiki/Integriti Apa Itu Integriti? Maksud Integriti Apa itu integriti? Di mana-mana sahaja sering dibualkan tentang kurangnya integriti di kalangan orang ramai, pekerja di sektor awam dan swasta, organisasi hatta mereka di kampung juga tidak terkecuali. Masing-masing sibuk bercakap tentang integriti. Jadi apakah maksud sebenar integriti ini? Secara ringkasnya, integriti boleh dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu; kedua integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi. Di peringkat individu, integriti ialah keselarasan di antara tindakan dengan prinsip moral, etika dan undang-undang; serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan kepentingan umum. Sementara itu di peringkat organisasi tercermin dalam perumusan dan perlaksanaan kod etika, piagam pelanggan atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika berkenaan ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi (corporate culture). Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi bermaksud 'code of behavior'. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik mengikut lunaslunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun, nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun. Soalnya, mengapa integriti ini sukar dicapai? Terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi. Pada satu tahap amalan tidak berintegriti 6

seperti memberi dan menerima rasuah ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh sebilangan ahli masyarakat. Sebenarnya, kita tidak perlu melihat terlalu jauh atau besar tentang masalah tiadanya integriti. Tidak perlu sangat untuk kita bincang bagaimana rasuah telah menjadi barah kepada si polan itu atau si polan ini. Sebelum kita membincangkan tentang masalah integriti di kalangan orang lain, elok kita halusi diri kita sendiri. Dalam masa 24 jam, berapa kali kita mandi sehari, berapa kali kita memberus gigi, membersihkan bilik tidur, melakukan ibadat, membaca buku, menyiapkan tugasan, bertanya khabar ibu bapa, sahabat, rakan, dan macam-macam perkara lain yang kita anggap remeh. Anda tahu jawapannya. Secara ringkasnya, integriti ini merujuk kepada cara kita bertingkah laku. Apakah tujuan kita melakukan itu dan ini? Bagaimana dengan niatnya? dan lebih penting ialah cara atau kaedah untuk mencapai tujuan dan niat itu mestilah dilakukan dengan betul. Maksud betul ialah mengikut ajaran agama dan mematuhi undang-undang. http://blogapakahitu.blogspot.com/2012/11/apa-itu-integriti-maksud-integriti.html Terap budaya integriti dalam P&P

Datuk Sufaat Tumin (tiga dari kiri) bersama pemenang Pertandingan Pidato Integriti Piala Menteri Pelajaran Malaysia 2013 antara Instiitut Pendidikan Guru di Auditorium Institut Integriti Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Guru disaran membudayakan elemen integriti dan etika secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai satu usaha membina serta memelihara generasi masa depan yang berpekerti mulia. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan), Datuk Sufaat Tumin berkata, pembudayaan integriti adalah satu proses berterusan yang turut melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan dan media massa yang kini semakin terhakis. Dalam Institut Pendidikan Guru (IPG), pembudayaan menuntut pemimpin bertindak sebagai suri teladan manakala anggota lain pula menzahirkan kod itu dalam tindakan mereka. 7

"Penerapan integriti ini selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan 20132025 agar setiap murid dipersiap untuk berani menghadapi cabaran dan menegakkan keadilan serta menyelesaikan konflik," jelasnya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam pertandingan akhir Pidato Integriti Antara Institut Pendidikan Guru (IPG) Piala Menteri Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur barubaru ini. Yang turut hadir Timbalan Rektor IPG Malaysia, Dr. Lee Boon Hua dan Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr. Mohd. Tap Salleh. Pertandingan yang bertemakan Integriti Asas Kelangsungan Generasi itu kali keempat diadakan dan disertai 50 bakal guru mewakili 25 IPG. Menurut Boon Hua, guru berperanan besar dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk melahirkan generasi Malaysia yang mengamalkan integriti dalam menjalankan tugas sama ada sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. "Guru berperanan menerapkan nilai murni yang berkaitan integriti supaya budaya yang mulia ini tersemai dalam jiwa anak-anak sejak mereka kecil lagi." tegasnya. Malah, katanya, sebagai r kepada murid-murid dan masyarakat, sudah tentu guru-guru perlu menunjukkan nilai integriti yang tinggi untuk dicontohi. Sebagai bakal pendidik, pengetahuan tentang integriti ini amat berguna untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sebagai salah satu cabang ilmu yang merentas kurikulum," tambahnya. Dalam pertandingan itu, johan disandang oleh penuntut IPG Kampus Datuk Razali Ismail, Hulu Terengganu, Muhammad Iqbal Zahamuddin manakala naib juara pula menjadi milik Ronald James dari IPG Keningau dan Syafiq A.Ghani dari IPG Perlis menduduki tempat ketiga. Sementara itu, Muhammad Iqbal ketika ditemui berkata, usahanya menyertai pertandingan itu buat kali ketiga tahun ini akhirnya membuahkan hasil. "Walaupun pernah dua kali gagal, saya menjadikannya sebagai pendorong untuk membaiki kelemahan. "Saya mengambil masa kira-kira seminggu untuk membuat persediaan menyertai pertandingan ini, kata pemuda kelahiran Pahang itu. Kemenangan itu melayakkan Muhammad Iqbal membawa pulang wang tunai RM3,000, piala iringan, trofi dan sijil penyertaan. Pemenang tempat kedua menerima RM2,000 manakala tempat ketiga pula menerima RM1,000. http://malaysiadaily.my/terap-budaya-integriti-dalam-pp/

Peranan Institut Integriti Malaysia Antara peranan yang dipikul oleh IIM ialah: Mengendalikan penyelidikan berkaitan dengan integriti institusi dan masyarakat. Menganjurkan persidangan, seminar dan forum. Menghimpunkan pendapat pelbagai sektor mengenai kemajuan atau halangan kepada pelaksanaan integriti. Menerbitkan dan mengedarkan bahan-bahan bercetak, mengubal dan melaksanakan program-program latihan dan pendidikan. Mengemukakan perakuan-perakuan dasar bagi peningkatan integriti dan etika. Memberikan khidmat nasihat kepada kerajaan mengenai program-program dan strategi-strategi bagi meningkatkan integriti; dan Mewujudkan jaringan dengan organisasi antarabangsa bagi membolehkan peranan dan sumbangan IIM diiktiraf diperingkat antarabangsa.

http://www.iim.org.my/objektif Pensyarah, 2 rakan didakwa palsukan invois lebih RM2j

Abdul Aziz Abdul Kadir (tengah) bersama Samad Sapari (hadapan) dan Mohamad Farhan Chua Abdullah (kiri) ketika hadir di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU 27 Jun - Seorang pensyarah kanan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 20 pertuduhan memalsukan invois berjumlah RM2.09 juta, lima tahun lalu. Tertuduh, Abdul Aziz Abdul Kadir, 49, yang merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan Petroleum UTM dan bekas Pengurus Kanan, Bahagian Teknologi, Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), Samad Sapari, 49, serta ahli perniagaan, Mohamad Farhan Chua Abdullah, 46, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa dengan curang menggunakan dokumen palsu untuk memperdaya MTDC bagi menuntut dana daripada perbadanan itu antara Ogos 2009 dan November 2010. Menurut kertas pertuduhan, mereka didakwa memalsukan dokumen berbentuk invois membabitkan enam syarikat tempatan berlainan dengan nilai berbeza. Ia melibatkan 10 invois daripada Extra Basic Sdn. Bhd., dengan jumlah mencecah RM1.25 juta, manakala masing-masing dua invois palsu daripada Chuan Li Steel Construction (M) Sdn. Bhd., AJ Analytical Services & Trading dan Kurawah Fire System Sdn. Bhd., dan satu invois daripada Capin Pro Resources Sdn. Bhd. yang berjumlah RM853,000. Mereka turut didakwa menggunakan tiga invois palsu daripada Dysha Global Holdings Sdn. Bhd., dengan nilai RM120,000 dan satu invois daripada Capin Pro Resources Sdn. Bhd., berjumlah RM68,800. Perbuatan dengan niat bersama itu dilakukan di Pejabat Monitoring And Goverment Liaison, Malaysia Technology Corporation Sdn. Bhd., Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Ketiga-tiga tertuduh didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 468 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Ghafar Abd. Latif, manakala tertuduh, Abdul Aziz dan Samad diwakili peguam bela, Muhammad Nor Izzat Nordin dan Mohamad Farhan diwakili peguam bela, Mohamad Fairoz Elyas Majeed. Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini sebagai sebutan semula kes.

http://www.utusan.com.my/utusan/Mahkamah/20130628/ma_02/Pensyarah-2-rakandidakwa-palsukan-invois-lebih-RM2j

10

Integriti dan autoriti profesion guru tanggungjawab bersama ISTILAH 'guru' sering memberi gambaran tentang peranan utamanya dalam pembangunan sumber manusia, iaitu sebagai pendidik dalam proses pembentukan dan kematangan sahsiah para pelajar. Tidak dapat dinafikan bahawa profesion keguruan merupakan profesion utama dalam hidup kerana ia melibatkan proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individuindividu, anggota keluarga dan masyarakat yang seterusnya akan menentukan hala tuju sesebuah negara. Tekad Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein baru-baru ini untuk memartabatkan profesion keguruan merupakan niat murni yang mesti disambut bersama oleh segenap anggota masyarakat kerana tugas ini tidak mesti terbeban di pundak kerajaan semata-mata. Secara tidak langsung, gandingan bersama setiap anggota masyarakat ke arah meninggikan profesion keguruan merupakan salah satu bukti penghargaan mereka terhadap tenaga guru yang telah dicurahkan dalam proses menyampaikan ilmu pengetahuan dan mendidik anak-anak bangsa. Selain itu, memartabatkan profesion keguruan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, sama ada daripada pihak pentadbir atau kerajaan, kalangan guru itu sendiri, anggota masyarakat mahu pun badan-badan bukan kerajaan (NGO) supaya integriti dan autoritinya sentiasa diyakini dan terpelihara. Hal ini merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana sekiranya sesuatu pihak sudah tidak mempercayai dan meyakini integriti dan autoriti keguruan, maka sukarlah bagi guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hasil pengajaran dan pembelajaran yang diterima pelajar pula akan dipersoalkan kesahihannya disebabkan kewibawaan profesion keguruan itu sendiri yang telah tercalar. Dalam masa yang sama, kerajaan juga mengalami masalah dalam mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap kewibawaan guru. Pelbagai cara dan langkah terpaksa diambil dan dilaksanakan, yang ternyata menyebabkan kerajaan terpaksa mengeluarkan sejumlah perbelanjaan yang besar. Oleh yang demikian, antara peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan ialah meningkatkan kandungan kursus-kursus pedagogi, pengurusan dan psikologi kepada guru-guru supaya ilmu-ilmu ini dapat diaplikasikan secara praktikal dalam pengajaran di kelas-kelas. Selain itu, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran haruslah memperkukuh dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guru-guru bagi memastikan mereka melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan 11

penuh dedikasi. Hal ini juga adalah bagi mengelakkan para guru menyeleweng daripada tugas yang telah diamanahkan. Guru juga perlu berperanan dengan menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang pengkhususan masing-masing. Hal ini akan menambah keupayaan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih berkesan kepada para pelajar. Di samping itu juga, guru haruslah mempelbagaikan pendekatan, kaedah dan teknik semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) supaya pengajaran guru dapat diterima dan dihayati dengan baik oleh pelajar, di samping memenuhi objektif sesuatu pengajaran. Antara lain yang harus dititikberatkan guru ialah mendisiplinkan diri mereka sendiri, dan dalam masa yang sama juga perlu mendisiplinkan para pelajar kerana mereka akan menjadi contoh ikutan buat para pelajar. Dalam hal ini, pepatah Arab ada menyatakan bahawa: "Jangan lakukan perbuatan yang anda tegah. Perbuatan demikian aibnya amatlah parah." Anggota masyarakat turut memainkan peranan yang penting dalam membantu memartabatkan profesion keguruan. Institusi-institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu sentiasa mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah, memberi maklumat dan kerjasama kepada guru-guru dalam menjalankan aktiviti atau program pembinaan ilmu dan sahsiah dalam kalangan pelajar. Jika kita hanya mengharapkan guru bagi menangani semua masalah berkaitan pelajar tanpa bantuan pihak-pihak luar, ternyata keadaan ini amat rumit dan sukar mencapai kejayaan. Justeru, peranan semua pihak merupakan faktor utama dalam memartabatkan profesion keguruan seperti mana yang ditekadkan oleh kerajaan. Ini kerana profesion keguruan itu sendiri merupakan satu profesion mulia yang sewajarnya diangkat dan disanjung. Ketinggian profesion ini telah dinyatakan melalui sabda Rasulullah SAW: "Orang yang mengajar orang lain akan kebaikan, seluruh makhluk Allah termasuk ikan di laut memohon keampunan Allah untuknya."

http://mstar.com.my/kolumnis/cerita.asp?file=/2008/5/16/KOLUM/Pendapat/Integriti_dan_ autoriti_profesion_guru_tanggungjawab_bersama&sec=mstar_kolum

12

Rogol, cabul murid dalam makmal

27 Jan 2012

MAHKAMAH Sesyen di Kota Bharu, Kelantan di dalam bangunan ini semalam menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas Hock Soon (gambar kecil) selepas didapati bersalah merogol dan mencabul seorang murid berusia 12 tahun tiga tahun lalu.

KOTA BHARU Perbuatan jahat seorang guru sains dan bahasa Cina yang sanggup memperkosa serta mencabul seorang murid darjah enam berbalas apabila dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan tujuh sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam. Tertuduh, Yek Hock Soon, 29, dari Sitiawan, Perak, didapati bersalah oleh Hakim Rofiah Mohamad selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kedua-dua tuduhan itu. Hock Soon yang telah berkahwin dan baru mendapat seorang cahaya mata dua bulan lalu dituduh merogol mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun tiga bulan di makmal sains sebuah sekolah jenis kebangsaan di Pasir Puteh di antara pukul 8 pagi hingga 3 petang awal bulan Ogos 2009. Dakwaan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara lebih 30 tahun serta sebat jika sabit kesalahan. Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa mencabul kehormatan mangsa di tempat sama pada pukul 12.15 tengah hari 17 Ogos 2009 mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun, denda atau sebat. Dalam penghakimannya, Rofiah mengatakan, dia mengambil kira kepentingan awam serta hubungan tertuduh dengan mangsa sebagai guru dan murid dalam menjatuhkan hukuman. Hubungan itu sepatutnya suci dan bertanggungjawab. Jenayah seperti ini penting untuk dibendung oleh perundangan. Selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela, saya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan lima sebatan bagi kesalahan merogol serta tiga tahun 13

penjara dan dua sebat bagi kesalahan mencabul. Hukuman itu hendaklah dijalankan secara berasingan, kata Rofiah. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0127&pub=Kosmo&sec=Nega ra&pg=ne_05.htm

Tonggak 12

20 October 2008

Diilhamkan oleh Y.Bhg. Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Bin Abdul Hamid pada 2 Mac 1992 ucapan Perasmian Seminar Nilai Dan Etika di Hotel Pan Pacific, Kuala Lumpur. Tonggak 12 ialah dasar, panduan dan pokok kepercayaan yang menjadi asas sesuatu tindakan yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan perkhidmatan awam di semua peringkat. Tonggak 12 mengemukakan panduanpanduan, contoh-contoh nilai dan etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu. Ini didasarkan kepada kepercayaan bahawa nilainilai yang penting akau membentuk peribadi yang tertentu dan peribadi ini pula akan mempengaruhi pembentukan sesebuah.

1. Menghargai Masa 2. Ketekunan membawa kejayaan 3. Kemuliaan kesederhanaan 4. Ketinggian peribadi 5. Kekuatan sifat baik hati 6. Kewajipan menjalankan tugas 7. kebijaksanaan berhemat 8. Keutamaan kesabaran 9. Peningkatan bakat 10. Pengaruh teladan 11. Keseronokan bekerja 12. Nikmat mencipta http://www.youblisher.com/p/206693-Tonggak-12/

14

NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM DEFINISI NILAI

2007

Nilai adalah ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Mengikut kajian sejarah, ilmu, kebijaksanaan, keadilan dan iktidal ( temperance ) merupakan nilai-nilai utama masyarakat. ( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam INTAN,1991 ) DEFINISI ETIKA Etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Seseorang anggota perkhidmatan awam berkewajipan memahami tanggungjawab terhadap peranan dan perilaku seseorang pekerja dalam kerajaan. ( Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam-INTAN, 1991 )

DEFINISI ETIKA Etika merupakan prinsip moral atau nilai akhlak atau tingkah laku yang menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan. Prinsip moral dan kesedaran akhlak ini tidak boleh dicapai oleh seseorang tanpa menjalin perhubungan sosial dengan orang lain. ( Shukri Ahmad & Razali Mat Zin, 2001-Adab & Etika Kerja dalam Organisasi ) TERAS PERKHIDMATAN AWAM 1 . BERAZAM MENINGGIKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM 2 . BEKERJA DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB 3 . BERUSAHA MENGIKIS SIKAP MEMENTINGKAN DIRI 4 . BERKHIDMAT DENGAN PENUH MUHIBAH DAN KEMESRAAN 5 . BEKERJA KE ARAH MEMAJUKAN PEMIKIRAN RAKYAT DAN PEMBANGUNAN NEGARA 6 . BEKERJASAMA DALAM MEMBENTERAS KELEMAHAN DAN MUSUH NEGARA 7 . BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA LANGKAH-LANGKAH MENINGKATKAN NILAI DAN ETIKA DALAM PERKHIDMATAN AWAM I) Panduan Perkhidmatan Cemerlang ( 1979) II) Penggunaan Kad Perakam Waktu 15

III) Kempen Bersih, Cekap dan Amanah (1982) IV) Dasar Pandang Ke Timur V) Peggunaan Tanda Nama VI) Kepimpinan Melalui Teladan VII) Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran Awam VIII) Tonggak Dua Belas X) Citra Karya (Rukun Negara, Perintah Am, Arahan Perbendaharaan, PKPA.)

NILAI DAN ETIKA DALAMPERKHIDMATAN AWAM NILAI-NILAI PERIBADI ASAS TAAT SETIA AMANAH BERTANGGUNGJAWAB IKHLAS DEDIKASI / TEKUN BERDISIPLIN http://etikanilai.blogspot.com/ Akauntabiliti keguruan 3.0 Akauntabiliti keguruan. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. 3.1 Akauntabiliti guru terhadap Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar16

pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. 3.3 Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.

17

3.4 Masyarakat dan Negara Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat . 3.5 Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursus-kursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. http://pismpgemilang.blogspot.com/2011/07/etika-profesion-keguruan.html

18

Anda mungkin juga menyukai