Anda di halaman 1dari 2

Latar belakang Haba ialah sejenis tenaga yang tidak dapat dibentuk atau dimusnahkan.

Haba dapat diperolehi dengan menukarkan satu tenaga kepada satu tenaga yang lain. Haba boleh dibahagikankepada beberapa kelas, iaitu haba eletrik, haba mekanik, haba nukleus, haba suria dan haba kimia. Sebagai contoh, tenaga elektrik ditukarkankepada tenaga mekanik atau tenaga sawat bagi menggerakkan compressor. Manakala tenaga suria boleh menjalankan sistem penyaman udara suria dan tenaga mekanik pula boleh menjalankan sistem penyaman udara kenderaan. Haba berpindah dari satu tempat ke satu tempat atau dari satu bahan kesatu bahan lain melalui berbagai-bagai cara. Proses pemindahan haba berlaku dari suhu yang tinggi ke suhu yang rendah dan berhenti apabila suhu kedua-duanya seimbang. Cara haba berpindah ialah melalui pengaliran, perolakan dan sinaran. Pengaliran atau konduksi adalah pemindahan haba melalui jirim dari tempat yang bersuhu tinggi ke tempat yang bersuhu rendah disebabkan oleh kewujudan suatu perbezaan suhu disepanjang jirim itu.Pemindahan haba secara konduksi berlaku di antara objek yang bersentuhan secara langsung dengan syarat terdapat perbezaan suhu di antaranya. Pemindahan haba di dalam pepejal berlaku secara konduksi. Pemindahan haba secara konduksi ini berlaku melalui perlanggaran zarah-zarah iaitu tenaga haba tenaga kinetik! dipindahkan semasa perlanggaran berlaku di antara zarah-zarah yang bergetar dengan lebih laju dari bahagian yang bersuhu tinggi! dengan zarah-zarah yang bergetar dengan lebih perlahan bahagian yang bersuhu lebih rendah!. "leh itu, logam adalah konduktor haba yang sangat baik bagi pengaliran haba. Selain itu, perolakan adalah pemindahan haba dalam satu bahagian bendalir oleh pergerakan cecair yang dipanaskan. Cecair dan gas adalah bendalir yang boleh mengalir. #elombang elektromagnet yang bergerak melalui angkasa lepas dipanggil sinaran. $pabila gelombang elektromagnet bersentuh dengan objek maka akan memindahkan haba kepada objek itu. #elombang elektromagnet bergerak melalui ruang kosong dan matahari memanaskan bumi melalui sinaran gelombang elektromagnet.

Anda mungkin juga menyukai