Anda di halaman 1dari 43

Maksud Etika 1.

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka, 1995) 2. Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus Oxford, 1994). 3. Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. 4. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah. Maksud Etika Profesional Semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Skop Etika Profesional 1. Mencakupi sebahagian besar kehidupan ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi seperti mencuci kereta, menanam bunga dll. 2. Dalam Islam, etika ialah akhlak yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya. Etika Perguruan Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Kepentingan Etika Guru Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana: 1. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. Sesuai untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 4. Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. 5. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.

6. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam organisasi (INTAN, 1991). Piagam Pelanggan 1. Guru tidaklah harus bertingkahlaku sehingga begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionalnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. 2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. 3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. 4. Tanggungjawab utama guru ialah terhadap muridnya. Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. 5. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya. 6. Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama atau kepercayaan. 7. Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat. 8. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan lainlain. 9. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain. 10. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan. 11. Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. 12. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. 13. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna. 14. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya. 15. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'role model' kepada muridnya. 16. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.

17. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. 18. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya. 19. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya. 20. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain. 21. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat pekerjaan. 22. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan prinsip-prinsip berikut:1. 2. 3. 4. 5. 6. Niat yang betul Perlakuan yang baik Pengerak ke arah kebaikan Memperkotakan apa yang dikatakan Berdisiplin dan beradab Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha organisasi

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu adalah: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Amanah Benar Bijaksana Bersyukur Dedikasi Ihklas Penyayang

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA Seseorang guru mestilah mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Pelajar juga mestilah menghormati masyrakat tempat guru berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang penduduk negara. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik.

RASIONALNYA KERUNTUHAN AKHLAK DAN KEMEROSOTAN DISIPLIN PELAJAR BERPUNCA DARI GURU Disiplin adalah asas utama mekanisme pengawalan sekolah. Disiplin sekolah biasanya diasaskan kepada etika, nilai, akhlak dan standard tingkah laku yang mulia. Bagi mencorakkan disiplin sekolah yang berkesan, semua guru harus menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Kelemahan yang jelas di sekolah yang menjadi punca keruntuhan akhlak dan kemerosotan disiplin berleluasa di kalangan pelajar ialah guru-guru tidak diberi kuasa bertindak mempertahankan disiplin. Disiplin sekolah secara rasminya adalah menjadi tanggungjawab guru disiplin, guru besar dan guru penolong kanan. Keadaan ini menyebabkan sebilangan besar guru-guru di sekolah mengambil sikap lepas tangan dan tidak menunjukkan komitmen bagi menangani masalah disiplin yang dilakukan oleh murid-murid samada di sekolah mahupun di luar sekolah. Murid-murid yang nakal dan suka melanggar disiplin menjadi lebih berani dan bebas melakukan perbuatan yang melanggar peraturan dan undang-undang kerana mereka tahu guru-guru tidak mempunyai kuasa yang boleh dilakukan ke atas mereka. Malah dalam keadaan tertentu, murid-murid ini dengan berani mencabar kewibawaan guru yang mereka tidak sukai. Bagi setengah-setengah guru yang merasa keselamatan mereka terancam akan mengambil sikap tidak peduli dan membiarkan sahaja apa yang dilakukan oleh murid-murid yang bermasalah ini. Masyarakat guru terpaksa membodohkan diri mereka sendiri, membutakan mata, membisukan suara dan membenamkan rasa kekecewaan mereka sebagai golongan pendidik yang dayus dan tidak berwibawa. Jika dahulu guru amat mementingkan nilai kasih sayang dalam mendidik para pelajar tetapi hari ini nilai kasih sayang sebegini jarang benar dapat dilihat dan setengahnya langsung hilang disebabkan kepentingan yang bersifat material. Menurut Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dalam akhbar Utusan Melaysia yang bertajuk Bukan Salah Sistem PM: Kelemahan Penyampaian Mata Pelajaran Punca Gejala Sosial (1997) menegur sikap sesetengah guru yang tidak memberi pengajaran menyeluruh kepada murid, sebaliknya hanya menumpukan perhatian mengajar mata pelajaran yang ditugaskan kepada mereka. Sehubungan dengan itu, menurut Perdana Menteri, sistem pendidikan tidak boleh dipersalahkan tetapi sikap guru yang hanya sekadar menyampaikan maklumat mengenai mata pelajaran yang dipertanggungjawabkan ke atasnya sahaja perlu diperbetulkan. Di samping itu, ketidakseimbangan nisbah guru wanita dan lelaki yang kian meruncing di sekolah rendah dan menengah telah menimbulkan isu di mana guru wanita telah menyebabkan disiplin pelajar kian merosot. Sifat wanita yang lemah-lembut telah menjadi isu di mana pelajar tidak takut kepada guru wanita. Dalam artikel yang bertajuk Disiplin: Jangan Prejudis Guru Wanita (1997) telah menyatakan kata-kata Yang Dipertua Persatuan Kebangsaan Pengetua Sekolah-sekolah Menengah Malaysia (PKPSM), Saleha Othman tentang ketidakseimbangan bilangan guru lelaki dan wanita yang kian ketara bukan disebabkan Kementerian Pendidikan memberikan lebih tempat kepada guru wanita, tetapi kekurangan golongan lelaki yang memohonnya. Dalam artikel yang sama juga menerangkan kenyataan Siva Subramaniam iaitu kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan 280,000 tenaga pengajar tempatan adalah wanita. Walau bagaimanapun adakah semua tindakan disiplin hanya boleh dilakukan dengan tindakan yang keras seperti yang terkenal dengan merotan atau mana-mana tindakan keras disiplin yang lain. Masyarakat merasa bimbang kerana guru lelaki lebih berkemampuan mengambil tindakan tegas dan keras berbanding guru wanita. Guru disiplin boleh mendisiplinkan pelajar dengan menggunakan kelembutan seperti menggunakan pendekatan psikologi dan kaunseling serta mengenal pasti punca permasalahan yang sebenar.

1.0

Teori Maslow PENGENALAN

Motivasi merupakan satu penggerak dari dalam hati seseorang untuk melakukan atau inginkan mencapai sesuatu matlamat. Motivasi boleh juga dikatakan sebagai rancangan atau kehendak untuk menuju kejayaan dan mengelakkan dari kegagalan hidup. Dengan kata lain motivasi adalah proses menghasilkan tenaga oleh keperluan diarahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Seseorang yang mempunyai motivasi bermakna ia telah memperolehi kekuatan untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam kehidupan.. Dalam satu-satu kelompok kumpulan, motivasi menjadi penggerak kepada kejayaan kumpulan. Dengan adanya motivasi, maka wujudlah kerjasama, sifat suka tolong-menolong antara satu sama lain. Motivasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang pendidikan. Guru dan murid memerlukan motivasi untuk mengerakkan dirinya untuk mencapai kualiti kerja atau kejayaan yang lebih cemerlang. Di sini motivasi boleh ditakrifkan sebagai kebolehan atau persetujuan yang dilaburkan untuk mengembangkan tenaga demi mencapai matlamat atau juga penghargaan. Oleh yang demikian motivasi adalah merupakan keadaan apabila keperluan manusia itu dipenuhi dengan diberi ganjaran dan sesuatu status yang baik. Ekoran daripada itu, mereka akan bekerja dengan lebih baik kerana tiada lagi kebimbangan, rasa selamat dan kehidupan yang terjamin telah tersedia untuk mereka. Begitu juga dengan kepuasan, jika seseorang itu diberi motivasi, maka secara tidak langsung kehendak mereka telah dipenuhi . Terpenuhnya kehendak dan kemahuan oleh seseorang itu boleh memberikan suatu kepuasan yang tidak terhingga pada diri seseorang. Pada masa yang sama guru juga menjadi motivator kepada pelajar-pelajarnya untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Seorang guru yang baik mesti mempunyai motivasi yang dinamik, cekap dan sentiasa berusaha untuk memajukan serta meningkatkan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Guru yang bermotivasi juga mempunyai tenaga untuk menjadi penggerak kepada pelajar-pelajarnya. Pelajar yang bermotivasi ialah pelajar yang mempunyai minat untuk belajar bagi mencapai matlamatnya. Mereka akan mendengar dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada pelajarannya. Mereka aktif di dalam dan di luar kelas, mudah bertindak dan sedia menerima teguran dan arahan guru. Mereka boleh berdikari dan suka memberikan pandangan dan pendapat dalam kelas. Pelajar-pelajar seperti ini mempunyai penggerak dalam dirinya untuk mencapai kecemerlangan akademik dan juga dalam hidup keseluruhannya. Oleh itu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di sekolah boleh dicapai melalui guru dan pelajar yang sentiasa bermotivasi. Ahli-ahli psikologi berpendapat bahawa tingkah laku manusia boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor. Adakalanya manusia bertindak berdasarkan perasaan dan nalurinya sendiri dan juga kadang-kala dipengaruhi oleh persekitaran sekeliling. Melalui apa cara pun, manusia bertindak untuk mencapai sesuatu matlamat dan ia akan mencari jalan yang paling mudah untuk mancapai matlamat tersebut. Apa yang mendorong manusia bertindak untuk sesuatu tujuan itu ialah apa yang dinamakan motivasinya Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang tindakan manusia ini kita perlulah mengkaji beberapa teori yang berkaitan. Jadi teori yang akan diketengahkan disini ialah tentang teori motivasi Maslow. 2.0 Teori Motivasi Maslow Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkatperingkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri. Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah.

1. Keperluan Estetik 2. Keperluan Mengetahui 3. Penyempurnaan Diri 4. Penghargaan Kendiri 5. Kasih Sayang 6. Keselamatan 7. Fisiologi Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ontological individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran sosial merupakan faktor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan. 2.1 Keperluan Fisiologi Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran. Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks. Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh. Melalui keperluan ini, setiap individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing. Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan seks. Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan seks yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu. 2.5 Keperluan Keselamatan Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. Demikianlah tiaptiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza.. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia

sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak. Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini. Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau mood guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

2.3 Keperluan Kasih-sayang Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasihsayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap. Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya.

2.4 Keperluan Penghargaan Kendiri Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang lain. Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri.

Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, Orang yang mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar itu. Rasa ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini. Rasa ingin tahu ini juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka. Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan membaca buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum dialaminya. Oleh itu menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah. 2.5 Keperluan Penyempurnaan Kendiri Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain. Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengaan persekitarannya. Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia. Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya. Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sikiranya individu itu diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran hidup ini.Manakal perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya.Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan persenoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya. Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu menyediakan segala jenis pengalaman hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi bimbingan kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih jenis

pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka. Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak. 2.6 Keperluan Mengetahui Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. Ia berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif. 2.7 Keperluan Estetik Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah . Dalam konteks sekolah pula, pelajar perlu digalakkan supaya lebih melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mengembangkan otak kanan mereka seperti dalam bidang drama, muzik dan sebagainya. 3.0 APLIKASI Tugas guru semakin mencabar semasa menjalankan tugasnya sebagai pendidik dewasa ini.Dalam pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlaku dalam situasi yang bermakna,berfaedah dan menyeronokan.Guru merupakan penggerak kepada muridnya supaya berjaya dalam pembelajaran. Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan serta-merta kepada muridnya apabila mereka memperlihatkan tingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atau hadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi aras motivasi serta meningkatkan prestasi murid-muridnya. Guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minat muridnya. Guru mesti menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik, menyeronokkan dan bermanafaat. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksi dalam kumpulan. Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid merasa bosan. Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai unsur aktiviti seperti proses penyelidikan, keseronokan dan sebagainya.Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencari maklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari.Guru juga boleh mengadakan lawatan sambil belajar ke tempattempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai dengan pelajaran.Ini adalah berguna untuk pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana mereka dapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar.Selain itu, guru boleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu mengajar seperti carta, peta dan sebagainya. Guru menggalakkan murid-murid menggunakan pelbagai bahan rujukan.Guru tidak boleh mengharapkan kepada buku teks sahaja.Guru perlu menggunakan pelbagai bahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif seperti bahan dari internet, komik, CD-ROM , bahan-bahan daripada akhbar dan bahan-bahan bacaan lain.Murid mesti digalakkan untuk menghasilkan ciptaan berdasarkan idea-idea dan minat sendiri.

4. 0 KRITIKAN Teori Maslow tentang keperluan telah menerima kritikan. Terdapat dua kelemahan teori motivasi Maslow. Pertamanya tentang keperluan individu. Keperluan individu tidak selalunya mengikut susunan hierarki sepertimana yang telah dinyatakan di atas tadi. Keduanya, keperluan seseorang murid berbeza kerana menjadi ketara mengikut tempoh atau masa sesuatu tugas dijalankan. Walau bagaimanapun strategi Maslow membuat kategori keperluan, menentukan hierarki yang mustahak amat bermanfaat dalam meninggikan motivasi kerja. 4.1) Teori kognitif Tentang Motivasi. Penganut teori-teori kognitif berpendapat bahawa individu bermotivasi apabila mereka mengalami keadaan ketidakseimbangan kognitif atau satu keinginan mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah. Guru perlu menentukan muridnya mengalami keinginan mencari maklumat atau penyelesaian. Guru juga perlu memastikan pembelajaran berlaku. 4.2) Teori Motivasi Pencapaian. Menurut teori ini, pencapaian seseorang individu cenderung untuk berjaya atau mencapai kejayaan ke aras yang paling tinggi.Pada masa yang sama, mereka akan mengelakan kemungkinan mengalami kegagalan.Apabila murid berjaya, mereka membina matlamat yang realistik bagi diri mereka dan kejayaan tersebut telah menguatkan keperluan untuk pencapaian selanjutnya.

5.0 PENUTUP Sesuatu matlamat pada satu peringkat berjaya dicapai akan menimbulkan perasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahui langkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang pelajar demi hendak memenuhi kehendak pelajar. Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat pelajar mengembangkan potensinya. Jelaslah bahawa keperluan itu mempunyai matlamat yang mesti dicapai bagi memenuhkan keperluan tersebut. Matlamat ini mempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang pelajar yang memerlukannya. Teori Hiraki Maslow tegas memberi konsep bahawa perkembangan individu atau pelajar ini perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itu merupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan. Oleh itu bagi meninggikan atau mempertingkatkan lagi proses pengajaran juga pembelajaran di dalam kelas, guru seharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang pelajar. Dengan menyedari keperluan seseorang pelajar guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.

BIBLIOGRAFI 1. Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Drs. Wasty Soemato (1987), Psikologi Pendidikan, Jakarta, PT Bina Aksara. 3. Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. Lingren (1959), Psychology of Personal and Social Adjustment, Second Edition, New York. American Book Company. 5. Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

6. Moustakas (1953), Children in Play Therapy, New York, McGraw-Hill Book Company.

7. Rohaty Mohd. Majzud (1992), Psikologi Perkembangan,Kuala Lumpur, 8. Saedah, Zainun, Tunku Mohani (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.. 9. Sufean Hussain (1993). Pendidikan di Malaysia : Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka TAJUK :Tingkahlaku yang melanggari norma-norma hidup 1.0 Pendahuluan Kematian seorang pelajar tingkatan dua , Mohd Zulkarnain Rahim dari Sekolah Menengah Datuk Abdul Rahman Yassin (SDARY) Tampoi, Johor Bahru dipercayai dipukul samseng telah memeranjatkan semua pihak. Ibu bapa pelajar berkenaan dengan begitu hampa kehilangan seorang anak yang disayangi. Kes ini menimbulkan kebimbangan dikalangan ibu bapa terhadap keselamatan anak anak mereka di sekolah. Kadar jenayah dan masalah sosial yang semakin meningkat, khususnya dikalangan remaja dan pelajar sekolah bukan sahaja membimbangkan ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, tetapi ia turut memberi impak terhadap kredibiliti sekolah sebagai agen kawalan sosial yang seharusnya berperanan dalam pembentukan moral dan tingkah laku generasi muda. Bagi golongan yang terlibat dalam gejala negatif ini sudah tentunya mempunyai sebab sebab tersendiri mengapa mereka berkelakuan demikian. Bagi kumpulan pelajar ini yang melanggar norma masyarakat setempat ataupun dalam institusi sekolah dikenali sebagai disiplin mereka dikategorikan sebagai devian dan delinkuen. Mungkin perkataan ini asing bagi kita kerana ianya jarang digunakan dalam bahasa seharian kita. Kita lebih gemar memberi label bagi kumpulan ini sebagai samseng, perogol, kaki ponteng, penagih dadah, homoseksual, lesbian dan sebagainya. Mereka yang melanggar norma masyarakat setempat inilah dikenali sebagai satu kumpulan yang bertingkahlaku devian dan apabila golongan ini merujuk pada mereka yang masih bersekolah atau belia maka mereka ini ialah delinkuen. 2.0 Definisi Deviant deviant behaviour, especially sexual behaviour, is considered to be strange and morally unacceptable. Delinquent someone especially a young person who breaks the law or behaves in ways their society does not approve. Longman Dictionary of Contemporary English Kelakuan yang melanggar jangkaan yang diinstitusikan, iaitu jangkaan yang dikongsi dan diiktiraf sebagai sah dalam sesuatu sistem sosial

~Albert Cohen, Deviance and Control Kelakuan yang menyimpang secara significant daripada norma-norma yang ditentukan untuk individu dalam status sosial , ia tidak dapat dipelihara secara abstrak tetapi perlu dikaitkan dengan norma-norma yang dianggap oleh masyarakt sebagai munasabah dan morally binding bagi orang menduduki status yang berlainan. Robert Merton, Anomie and Social Structure Kelakuan mengikut arah yang tidak dipersutujui, yang bertentangan dengan norma dan darjatnya melebihi had toleransi sesuatu masyarakat M.B Clinard Sociology of Deviant Behaviour Jelas bahawa devians dan delinquent rata rata membawa maksud tingkahlaku yang melanggar norma-norma masyarakat tertentu. Devian lebih merujuk kepada tingkahlaku ini secara umum manakala delinkuen pula menumpukan sesuatu had umur yang lebih menumpukan pelajar sekolah dan belia. Masyarakat dalam perbincangan ini adalah merujuk kepada institusi sekolah. Seperti yang kita sedia maklum norma-norma dalam sesebuah institusi sekolah adalah dikenali sebagai disiplin. Disiplin pula sering dirujuk sebagai masalah pelajar atau salah laku pelajar. Kita seharusnya memandang perkataan disiplin ini dalam erti kata sebenar yakni, disiplin merupakan satu garis panduan yang disediakan untuk mengawal tingkah laku pelajar. Norma membawa pengertian peraturan dan garis panduan yang dikongsi bersama, sesuai dengan situasi. Norma memberi garis panduan bagaimana individu bertingkah laku dalam masyarakat. Menurut kamus Longman , Discipline ~ a practise of making people obey rules and orders. Jelas menunjukkan bahawa disiplin disini adalah merujuk kepada kebiasaan yang diamalkan dalam mematuhi garis panduan dan arahan. Oleh itu adalah tidak wajar apabila disiplin dikaitkan dengan tingkah laku pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Jelas, disiplin merupakan garis panduan menakala devian ataupun delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang tidak mematuhi garis panduan ini. Apakah pula perkaitan antara devian dan delinkuen dengan disiplin. ? Sebelum melihat perkaitan ini kita akan melihat apakah sebenarnya yang dikatakan devian dan delinkuen.

Devian Apabila seseorang itu melanggar peraturan atau norma yang ditetapkan oleh sesuatu masyarakat tertentu dan dalam kes ini masyarakat dikatakan sebagai institusi sekolah , maka individu ini dikatakan bersifat devian. Devian lebih merujuk kepada tingkah laku atau pun behaviour seseorang tanpa mengira umur dan tidak bersifat konvensional . Delinkuen Delinkuen pula merupakan sekumpulan manusia yang mempunyai ciri-ciri khasnya mereka yang masih bersekolah dan belia. Kumpulan ini merupakan devian dalam masyarakat yang tertentu, yakni sekolah merupakan tumpuan perbincangan kita.

3.0 Faktor-Faktor Devian dan Delinkuen Di Kalangan Pelajar Sekolah Alaf baru memperlihatkan keruntuhan moral dikalangan pelajar sekolah. Keruntuhan ini pula merupakan salah satu faktor yang akan memberi kesan kepada generasi yang akan datang. Teori interaksionalisme berpendapat bahawa devian dan delinkuen sebagai satu proses sosial yang biasa. Ia merupakan salah satu proses yang harus dilalui oleh segolongan remaja dalam mengharungi alam menjelang kedewasaan. Ia juga dilihat sebagai satu proses neutrilisasi dalam interaksi mereka. 3.1 Faktor Sekolah Menurut Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu berkelakuan devian dan delinkuen. Faktor petama merupakan kesalahan guru yang gagal berperanan dalam bilik darjah. Apakah peranan yang harus dimainkan oleh guru agar pelajarnya tidak terjerumus kearah devian dan delinkuen? Seseorang guru seharusnya menjadi contoh kepada pelajarnya. Contoh disini lebih memberatkan tentang perawakan dan nilai-nilai murni. Pelajar menganggap guru sebagai idola mereka. Apabila guru memberikan contoh yang kurang baik maka pelajar tidak boleh dipersalahkan apabila mereka mewarisi ciri ciri seseorang yang devian atau delinkuen. Sebagai seorang guru yang tidak mempunyai nilai murni adalah tidak munasabah apabila pelajar disabitkan dengan kesalahan yang guru itu sendiri tidak mengamalkannya. Contoh yang paling ketara dalam dunia hari ini ialah merokok. Adalah tidak wajar bagi seseorang guru disiplin mengenakan sekatan kepada pelajar yang merokok , walhal guru sendiri dilihat merokok dikantin sekolah dan sebagainya. Faktor lain yang tidak kurang pentingnya yang telah digariskan oleh Amir adalah sikap guru yang tidak menghormati murid. Terdapat pepatah inggeris yang mengatakan give respect and take respect. Hormat menghormati merupakan salah satu nilai murni yang perlu diamalkan oleh setiap individu tanpa mengira umur, darjat, keturunan dan agama. Apabila kita menghormati seseorang , sudah tentunya kita akan dihormati. Ini merupakan proses interaksi sosial yang biasa dalam sesuatu masyarakat. Andainya terdapat guru yang tidak menghormati pelajarnya sebagai seorang pelajar yang mempunyai hak tersendiri , maka pelajar tersebut akan bertindak balas untuk memenuhi kehendak nalurinya membalas dendam dan ini akan ditafsirkan sebagai tingkah laku devian dan delinkuen. Adakah ini adil? Sebagai contoh apabila pelajar A lewat tiba ke sekolah kerana mempunyai masalah dalam perjalanan ke sekolah, tidak diberi peluang untuk membela diri dan memberi penjelasan , sebaliknya terus didenda oleh guru. Apakah kesan yang tertinggal dalam jiwa pelajar A? Pelajar A memerlukan seseorang guru yang ingin mendengar penjelasannya. Tetapi sebaliknya tidak diindahkan dan ia akan meninggalkan bibit bibit hitam dan menyimpan dendam terhadap guru tersebut. Ini akan berlarutan dan apabila dalam situasi lain pelajar A tidak menghormati guru berkenaan ianya akan dikategorikan segai tingkah laku devian dan delinkuen. Siapakah yang harus dipersalahkan dalam hal ini?

3.2 Faktor Luaran Apabila dipandang dari sudut yang lain pula, apabila pelajar bertingkah laku devian dan delinkuen dalam aspek aspek yang tidak mungkin diwarisi dalam persekitaran sekolah seperti merogol, menonton video lucah, adalah tidak adil jika sekolah dijadikan punca mereka berkelakuan sedemikian. Mereka lebih dipengaruhi oleh media yang dengan sewenang-wenangnya meyebarkan unsur unsur negatif ini. Ini merupakan salah satu kesan negatif akibat modenisasi. Ini merupakan gejala dari pengaruh faktor luaran. Keluarga seharusnya menjadi contoh dan memastikan agar anak-anaknya tidak bertingkahlaku devian dan delinkuen.

Kadangkala sesuatu tingkah laku yang biasa diamalkan dalam kelompok keluarga seperti merokok , atau meminum arak tidak dilihat sebagai devian . Apabila tingkah laku ini diamalkan dalam kelompok lain seperti institusi sekolah maka ianya dianggap sebagai devian. Bagaimanakah keadaan ini harus dinilai? Disini pepatah melayu yang berbunyi Masuk kandang kambing, mengembek . Masuk kandang lembu manguak haruslah diamalkan. Kita seharusnya menghormati budaya atau subudaya masyarkat setempat. 4.0 Devian dan Delinkuen Di Kalangan Pelajar Sekolah Negeri Sembilan Apabila meneliti statistik Laporan Displin 2001, Unit Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. ( Rujuk Lampiran 1), laporan salah laku jenayah di kategorikan kepada lapan bahagaian dan sub-sub bahagiannya. Pada tahun 2000 Tingkah laku jenayah mencatatkan kes yang mencecah 970 bebanding dengan 1600 pada tahun sebelumnya yang memperlihatkan penurunan sebanyak 630 kes. Antara tingkah laku jenayah ini ialah seperti berjudi, mencuri, melawan guru, melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kongsi gelap, penyalah gunaan dadah, membawa senjata berbahaya, mencabul kehormatan mengancam, menceroboh, mengedar dadah, menunjuk perasaan dan bertaruh secara bear-besaran. Walaupun perangkaan mencatatkan penurunan secara keseluruhan namun tumpuan harus diberikan pada kes menyalahgunakan dadah. Pada tahun 2000 terdapat sebanyak 6 kes berbanding dengan 1 kes pada tahun 1999. Ini mencatatkan peningkatan sebanyak 83.33%. Tumpuan juga harus diberikan pada kes menunjuk perassan/ piket dan Ganggu Sekolah. Kes ini mencatat peningkatan sebanyak 21.28%. Mungkinkah tingkah laku ini adalah akibat daripada contoh contoh yang dipertontonkan oleh media yang menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi pelajar kearah tingkahlaku devian dan delinkuen? Analisa tingkahlaku lucah pula memperlihatkan sub kategorinya sebagai berumbu-cumbuan, berkhalwat, membawa bahan lucah ke sekolah, mengintai pelajar perempuan, menggunkan kata-kata lucah dan perbuatan lucah, dan melukis dan menulis kata kata dan gambar lucah. Salah laku ini mencatat penurunan sebanyak 121 kes secara keseluruhan iaitu sebanyak 71%. Namun bagi kes seperti bercumbu-cumbuan dan berkhalwat ia menctat peningkatan sebanyak 59.1% dan 31.8% masing-masing. Tingkah laku ini juga sudah tentunya bukan merupakan satu tingkah laku yang diwarisi dari guru guru sekolah sebaliknya merupakan punca makro seperti yang dinyatakan oleh Amir Hassan Dawi dalam bukunya Penteorian Sosiologi dan Kurikulum. Bagi kes-kes seperti kekemasan diri, tidak pentingkan masa, tingkah laku biadab, tingkah laku musnah dan tingkah laku menipu, rata-rata mencatatkan penurunan yang amat memberangsangkan. Ternyata aktivitiaktiviti pemulihan yang dijalankan disekolah-sekolah sekitar Negeri Sembilan dalam menangani tingkah laku devian dan delinkuen berjaya setakat tahun 2000. Bagi kes ponteng pula ianya mencatat penurunan sebanyak 4475 kes. Kes yang harus diberi perhatian di sini ialah masalah ponteng peperiksaan dan ponteng asrama yang mencatat peningkatan sebanyak 54.5% dan 64% masing-masing. Secara keseluruhannya sekolah-sekolah di Negeri Sembilan telah berjaya dalam memainkan peranan sebagai agen kawalan sosial dalam meminumkan kadar pelajar mereka dari bertingkah laku devian dan delinkuen. Apakah yang telah dilakukan oleh mereka sehingga penurunan dalam semua kes menjadi begitu ketara, iaitu penurunan sebanyak 10, 040 kes. Tenyata peranan sekolah adalah amat penting dalam membantu pelajar pelajar normal dan pelajar-pelajar devian dan delinkuen ini dari terus terjebak tanpa mendapat bantuan yang sewajarnya. Apabila meneliti perancangan yang telah digariskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) (Lampiran 2), ternyata JPNS tidak memandang mudah akan kemudaratan yang akan dibawa oleh mereka yang bertingkah laku devian dan delinkuen dan mungkin juga mereka yang mungkin menjadi salah seorang dari mereka di masa hadapan. Perancangan sahaja juga tidak mungkin dapat menagani masalah ini tanpa pelaksanaan yang efisyen oleh sekolah sekolah di seluruh Negeri Sembilan. Dengan adanya pihak pengurusan dan guru guru yang prihatin

terhadap betapa bahayanya gejala sosial ini, maka terbukti bahawa kadar pelajar-pelajar yang bertingkah laku devian dan delikuen di sekolah-sekolah Negeri Sembilan adalah terkawal. 5.0 Peranan Sekolah Di Alaf Baru Peranan Sekolah dialaf baru adalah begitu mencabar dalam menangani tingkah laku devian dan delinkuen di kalangan pelajar sekolah. Sekolah berhadapan dengan pelbagai tuntutan baru. Sekolah perlu lebih berperanan dalam mencorakkan perkembangan nilai-nilai yang baik supaya pelajar-pelajar dapat berfikiran lebih rasional dan tidak menjerumukan diri mereka kearah golongan yang dikatakan sebagai devian dan delinkuen. Pelajar pelajar yang dilahirkan oleh sekolah pada alaf baru juga seharusnya bukan sekadar robot yang cekap, pintar dan mahir tanpa memiliki nilai-nilai moral yang selaras dengan perubahan dan pembangunan. Sekolah perlu mempunyai mekanisme pengawalan sosial yang berkesan bagi membolehkannya mengawal gejala-gejala buruk dan membenteras kes jenayah yang melibatkan pelajar sekolah. Bagi mencorakkan disiplin sekolah, semua guru harus menunjukkan komitmen dan diberi tanggungjawab bagi menguatkuasakan disiplin. Salah satu faktor yang meyebabkan pelajar bertingkah laku devian yang makin berleluasa ialah kera guru-guru tidak diberi kuasa untuk mempertahankan disiplin.

Rujukan Abd. Rahim Abd. Rashid, 2000, Wawasan & Agenda Pendidikan, Utusan Publications, K.L Abd. Rahim Abd. Rashid, 2001, Nilai-Nilai Murni Dalam Pendidikan, Utusan Publications, K.L. Ting Chew Peh, 1997, Konsep Asas Sosiologi, DBP.K.L. Steven Box (terjemahan Cheu hock Tong),1997,Devians, Realiti dan Masyarakat, DBP, K.L. Amir Hasan Dawi, 2002, Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Quantum Books, Tanjong Malim. Sekolah Pembangunan Sosial UUM,1998, Pengenalan Kepada Sains Sosial, Utusan Publications.K.L Shahril @ Charil Marzuki,1999,Isu Pendidikan Di Malaysia, Utusan Publications. K.L TAJUK : PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION. BINCANGKAN. 1. Pengenalan Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati

antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan CarrSaunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. 2. Konsep Profesion dan nilaitaranya Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya. 3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion 3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang

guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid, menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 3.2 Mempertingkatkan Profesionalisme Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998) 3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. 3.4 Mahir Menggunakan IT Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru

( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

4. Penutup Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi.

Rujukan Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Guru mestilah berusaha untuk mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dan dengan rumahtangga. Guru juga mestilah merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. Guru patut memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar dan ibu bapa terhadap guru. Pendahuluan Ada beberapa istilah yang harus diterangkan dahulu maksudnya sebelum kita melanjutkan pembicaraan kita mengenai tajuk kertas ini. Pertama sekali adalah keguruan. Maksudnya pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan lain-lain sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan kepada kerjaya-kerjaya yang lain seperti kod etika dan sebagainya. Kod etika adalah aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan, pengubatan dan sebagainya. Ketiga, nilai-nilai yang menyertai setiap kerjaya itu seperti memberi perkhidmatan yang sebaik-baiknya kepada pelanggan dan sebagainya. Ini semua adalah nilai. Keempat pengamalan, memang semua kerjaya mementingkan amalan. Sebab setiap pemegang kerjaya itu dipanggil pengamal(practitioner) dalam bidang tertentu seperti keguruan, pengubatan, kejuruteraan dan lainlain. Tetapi sebelum sampai kepada amalan, nilai-nilai kerjaya itu harus dihayati(intemalized) lebih dahulu, ini yang membawa kita kepada aspek terakhir pada kertas ini, iaitu penghayatan.

Kelima penghayatan, iaitu penghayatan nilai-nilai. Kalau ilmu seperti matematik, perubatan dan lain-lain dipelajari, maka nilai-nilai seperti keikhlasan, kejujuran, dedikasi dan lain-lain itu dihayati. Kalau mahu dipertegaskan lagi kertas ini sebenarnya diharapkan menjawab persoalan bagaimana cara membimbing guru-guru pendidikan Islam agar menghayati nilai-nilai yang terkandung dalam etika keguruan itu. Oleh yang demikian marilah kita membicarakan dahulu di bawah ini apakah dia etika keguruan itu. Etika Keguruan Sebenarnya kod etika pada suatu kerjaya adalah sifat-sifat atau ciri-ciri vokasional, ilmiah dan aqidah yang harus dimiliki oleh seorang pengamal untuk berjaya dalam kerjayanya. Lebih ketara lagi ciri-ciri ini jelas pada kerjaya keguruan. Dari segi pandangan Islam, maka agar seorang muslim itu berjaya menjalankan tugas yang dipikulkan kepadanya oleh Allah S.W.T pertama sekali dalam masyarakat Islam dan seterusnya di dalam masyarakat antarabangsa maka haruslah guru itu memiliki sifat-sifat yang berikut: 1. Bahawa tujuan, tingkah laku dan pemikirannya mendapat bimbingan Tuhan (Rabbani), seperti disebutkan oleh surah Al-imran, ayat 79, "Tetapi jadilah kamu Rabbani (mendapat bimbingan Tuhan)". 2. Bahawa ia mempunyai persiapan ilmiah, vokasional dan budaya menerusi ilmu-ilmu pengkhususannya seperti geografi, ilmu-ilmu keIslaman dan kebudayaan dunia dalam bidang pengkhususannya. 3. Bahawa ia ikhlas dalam kerja-kerja kependidikan dan risalah Islamnya tujuan mencari keredhaan Allah S.W.T dan mencari kebenaran serta melaksanakannya. dengan

4. Memiliki kebolehan untuk mendekatkan maklumat-maklumat kepada pemikiran murid-murid dan ia bersabar untuk menghadapi masalah yang timbul. 5. Bahawa ia benar dalam hal yang didakwahkannya dan tanda kebenaran itu ialah tingkah lakunya sendiri, supaya dapat mempengaruhi jiwa murid-muridnya dan anggota-anggota masyarakat lainnya. Seperti makna sebuah hadith Nabi S.A.W, "Iman itu bukanlah berharap dan berhias tetapi meyakinkan dengan hati dan membuktikan dengan amal". 6. Bahawa ia fleksibel dalam mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran dengan menggunakan kaedah yang sesuai bagi suasana tertentu. Ini memerlukan bahawa guru dipersiapkan dari segi professional dan psikologikal yang baik. 7. Bahawa ia memiliki sahsiah yang kuat dan sanggup membimbing murid-murid ke arah yang dikehendaki. 8. Bahawa ia sedar akan pengaruh-pengaruh dan trend-trend global yang dapat mempengaruhi generasi dan segi aqidah dan pemikiran mereka. 9. Bahawa ia bersifat adil terhadap murid-muridnya, tidak pilih kasih, benar. Seperti makna firman Allah S.W.T dalam surah al Maidah ayat ke 8, ia mengutamakan yang

"Janganlah kamu terpengaruh oleh keadaan suatu kaum sehinga kamu tidak adil. Berbuat adillah, sebab itulah yang lebih dekat kepada taqwa. Bertaqwalah kepada Allah, sebab Allah Maha Mengetahui apa yang kamu buat". Inilah sifat-sifat terpenting yang patut dipunyai oleh seorang guru Muslim di atas mana proses penyediaan guruguru itu harus dibina. Buku-buku pendidikan telah juga memberikan ciri-ciri umum seorang guru, ciri-ciri itu tidak terkeluar dan sifatsifat dan aspek-aspek berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Tahap pencapaian ilmiah Pengetahuan umum dan keluasan bacaan Kecerdasan dan kecepatan berfikir Keseimbangan jiwa dan kestabilan emosi Optimisme dan entusiasme dalam pekerjaan Kekuatan sahsiah Memelihara penampilan(mazhar) Positif dan semangat optimisme Yakin bahawa ia mempunyai risalah(message)

Dari huraian di atas jelaslah bahawa seorang guru Muslim memiliki peranan bukan sahaja di dalam sekolah, tetapi juga diluarnya. Oleh yang demikian menyiapkannya juga harus untuk sekolah dan untuk luar sekolah. Maka haruslah penyiapan ini juga dipikul bersama oleh institusi-institusi penyiapan guru seperti fakulti-fakulti pendidikan dan maktab-maktab perguruan bersama-sama dengan masyarakat Islam sendiri, sehingga guru-guru yang dihasilkannya adalah guru yang soleh, membawa perbaikan (muslih), memberi dan mendapat petunjuk untuk menyiarkan risalah pendidikan Islam. Petunjuk (hidayah) Islam di dalam dan di luar adalah sebab tujuan pendidikan dalam Islam untuk membentuk generasi-generasi umat Islam yang memahami dan menyedari risalahnya dalam kehidupan dan melaksanakan risalah ini dengan sungguh-sungguh dan amanah dan juga menyedari bahawa mereka mempunyai kewajipan kepada Allah S.W.T dan mereka harus melaksanakan tugas itu dengan sungguh-sungguh dan ikhlas. Begitu juga mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggung jawab, maka mereka menghadapinya dengan sabar, hati-hati dan penuh prihatin. Begitu juga mereka sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakatnya, maka mereka melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab, amanah, professionalisme dan kecekalan. Dengan demikian umat Islam akan mencapai cita-citanya dalam kehidupan dengan penuh kemuliaan, kekuatan, ketenteraman dan kebanggaan. Sebab Allah S.W.T telah mewajibkan kepada diriNya sendiri dalam surah al-Nahl ayat ke 97, "la tidak akan mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat baik" Setelah berpanjang lebar tentang kod etika keguruan dalam pandangan pendidikan Islam, marilah kita tutup bahagian ini dengan suatu misal atau model yang menjamin bahawa bila dilaksanakan dengan sungguh-sungguh dan penuh ketekunan maka masyarakat akan hidup bahagia dan individu-individu dan kumpulan-kumpulan akan hidup dengan tenteram. Model ini tergambar dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud, "Katakanlah(wahai Muhammad) marilah aku bacakan apa yang dihararamkan kepadamu oleh Tuhanmu. Hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan, sebab Kamilah yang memberi mereka dan kamu rezeki. Jangan kamu mendekati perkara-perkara buruk yang terang-terangan dan yang tersembunyi. Jangan kamu membunuh diri yang dihararamkan kamu membunuhnya kecuali dengan kebenaran, itulah wasiat Allah kepadamu, mudah-mudahan kamu berakal. Jangan kamu mendekati harta anak yatim kecuali untuk yang lebih baik sehinggalah ia dewasa. Sempumakanlah ukuran dan timbangan dengan adil. Allah tidak memberi beban seseorang kecuali yang disanggupinya. Jika kamu berkata, maka berbuat adillah walaupun kepada sanak saudara. Sempurnakanlah janjimu kepada Allah. Itulah pesanNya bagimu, mudah-mudahan kamu ingat. Sungguh inilah jalanKu yang

lurus, maka ikutilah olehmu, jangan kamu ikut jalan-jalan lain nescaya kamu bercerai-berai dari jalanNya. Itulah pesanNya bagimu, mudah-mudahan kamu bertaqwa Ayat-ayat ini mengandungi sepuluh perakuan(wasaya) penting dalam kehidupan individu dan kumpulankumpulan Islam dan kemanusiaan. Ia merupakan perlembagaan Ilahi dalam pendidikan dan bimbingan akhlak dan sosial yang intinya adalah sebagai berikut; 1. Jangan mensyarikatkan Allah S.W.T. 2. Berbuat baik kepada ibu bapa. 3. Jangan membunuh anak kerana takut miskin. 4. Jangan mendekati perkara-perkara buruk. 5. Jangan membunuh manusia. 6. Jangan mendekati harta anak-anak yatim. 7. Sempurnakanlah timbangan dan ukuran dengan adil. 8. Tidak boleh dibebani seseorang lebih dari kemampuannya. 9. Berbuat adillah dalam berkata-kata walaupun pada kaum kerabat. 10. Sempumakanlah janjimu dengan Allah S.W.T. Selepas huraian tentang kod etika dalam keguruan, marilah kita bahas tentang penghayatan dan pengamalan nilai. Penghayatan dan Pengamalan Nilai-Nilai Penghayatan Masalah penghayatan (internalization) sesuatu perkara berlaku bukan hanya pada pendidikan agama saja tetapi pada aspek pendidikan, pendidikan pra-sekolah, pendidikan sekolah, pengajian tinggi, pendidikan latihan perguruan dan lain-lain. Sebab adalah terlalu dangkal kalau pendidikan itu hanya ditujukan untuk memperoleh ilmu (knowledge) dan ketrampilan (skill) saja tetapi yang lebih penting dari itu semua adalah penanaman sikap (attitude) yang positif pada diri pendidik terhadap hal yang menjadi tumpuan pendidikan. Pendidikan ilmu (knowledge) terutama yang berkenaan dengan fakta-fakta dan ketrampilan tidaklah terlalu rumit sebab tidak terlalu banyak melibatkan nilai-nilai. Tetapi sebaliknya pendidikan sikap di mana terlibat nilai-nilai yang biasanya berasal dari cara-cara pemasyarakatan yang diperoleh oleh kanak-kanak semasa kecil, apa lagi kalau objek pendidikan itu memang adalah nilai-nilai yang tidak dapat dinilai dengan betul atau salah tetapi dengan baik atau buruk, percaya atau tidak percaya, suka atau tidak suka dan lain-lain lagi. Dalam keadaan terakhir ini pendidikan tidak semudah dengan pendidikan fakta atau ketrampilan. Pendidikan nilai-nilai, yang selanjutnya kalau diulang-ulang sebab diteguhkan akan berubah menjadi penghayatan nilai-nilai, mempunyai syarat-syarat yang berlainan dengan pendidikan fakta-fakta ketrampilan. 1. Pertama sekali nilai itu mestilah mempunyai model. Yang bererti tempat di mana nilai itu melekat supaya dapat disaksikan bagaimana nilai-nilai itu beroperasi. Ambillah suatu nilai seperti kejujuran. Nilai ini bersifat mujarrad(abstract), jadi tidak dapat diraba dengan pancaindera. Tidak dapat dilihat dengan mata, rupanya bagaimana. Tidak dapat dicium baunya, harum atau busuk dan sebagainya. Pendeknya, supaya nilai yang bernama kejujuran itu dapat disaksikan beroperasi maka ia harus melekat pada suatu model, seorang guru, seorang bapa, seorang kawan dan lain-lain. Kalau model tadi dapat mencerminkan nilai-nilai yang disebut, kejujuran itu pada dirinya, maka kejujuran itu boleh menjadi perangsang. Itu syarat pertama. Syarat yang kedua kalau kejujuran itu dapat menimbulkan peneguhan pada diri murid-murid maka ia akan dipelajari, ertinya diulang-ulang dan kemudian berubah menjadi penghayatan. Syarat kedua agak rumit sedikit, sebab selain daripada nilai kejujuran itu sendiri, juga model tempat kejujuran itu melekat diperlukan berfungsi bersama untuk menimbulkan peneguhan itu. Dengan kata-kata yang lebih sederhana, seorang guru atau ibu yang mengajarkan kejujuran kepada

murid atau anaknya, haruslah ia sendiri lebih dahulu bersifat jujur, kalau tidak maka terjadi pertikaian antara perkataan dan perbuatan. Dalam keadaan terakhir ini, guru sebagai perangsang(stumulus) telah gagal sebagai model, sebab ia tidak akan memancing tingkahlaku kejujuran dan murid-muridnya. 2. Oleh sebab model tempat melekatnya nilai-nilai yang ingin diajarkan kepada murid-murid adalah manusia biasa, dengan pengertian dia mempunyai kekurangan-kekurangan, maka nilai-nilai yang akan diajarkan itu boleh menurun nilainya disebabkan oleh kekurangan-kekurangan yang ada pada model itu, malah ada kemungkinan anak didik mempelajari nilai sebaliknya. Jadi daripada jujur dia menjadi tidak jujur, jika pada model itu timbul sifat-sifat atau tingkah laku yang tidak meneguhkan kejujuran itu. Sebagai misal, ada murid-murid yang benci kepada matematik sebab ia tidak suka kepada guru yang mengajarkan matematik, kalau sikap ini dikembangkan, murid-murid boleh benci kepada semua yang berkaitan dengan matematik, seperti pelajaran sains misalnya. Oleh sebab itu dikehendaki dari guruguru, terutama pada tingkat-tingkat sekolah dasar agar mereka melambangkan ciri kesempumaan dari segi jasmaniah dan rohaniah. Dengan kata lain syarat penghayatan nilai-nilai sangat bergantung pada peribadi model yang membawa nilai-nilai itu. 3. Semua guru, terlepas daripada mata pelajaran yang diajarkannya, adalah pengajar nilainilai tertentu. Sebab guru-guru sama ada sedar atau tidak, mempengaruhi murid-muridnya melalui kaedah-kaedah dan strategi-strategi pengajaran yang digunakan yang sebahagian besarnya termasuk dalam kawasan "kurikulum informal. Sebagaimana setiap guru, apapun yang diajarkannya, adalah seorang guru bahasa maka setiap guru juga adalah seorang pengajar nilai-nilai. Bila seorang guru memuji seorang murid, maka ia meneguhkan sesuatu tingkahlaku. Bila guru menghukum seorang murid, maka ia menghukum tingkahlaku tertentu. Malah bila guru tidak mengacuhkan seorang murid, maka murid tersebut mungkin merasa bahawa guru tidak menyukai perbuatannya. Ini semua adalah nilai-nilai. Begitu juga dengan pendidikan agama, sebahagian, kalau tidak sebahagian besar, nilai-nilai agama itu sendiri tidak diajarkan oleh guru-guru agama di sekolah, tetapi oleh guru-guru matematik, geografi, sejarah dan lain-lain. Kalau mereka mencerminkan nilai-nilai Islam dalam cara berpakaian, bersopan-santun, beribadat atau dengan kata lain kalau amal mereka mencerminkan nilainilai Islam. Malah sebaliknya, mungkin ada setengah-setengah guru-guru agama sendiri tidak menjadi perangsang nilai-nilai Islam itu, kalau tidak menjadi perangsang negatif yang boleh menimbulkan sifat anti-agama pada diri murid-murid, iaitu jika perangai mereka sehari-hari bertentangan dengan nilainilai Islam, walaupun mereka sendiri mengajarkan agama. Jadi jangankan menghayati agama, sebaliknya murid-murid semakin menjauhi kalau tidak membenci segala yang berbau agama. Inilah sebahagian syarat-syarat yang perlu wujud untuk penghayatan nilai-nilai. Oleh sebab pendidikan agama merupakan pendidikan ke arah nilai-nilai agama, maka orientasi pendidikan agama haruslah ditinjau kembali sesuai dengan tujuan tersebut. Pendidikan agama sekadar untuk lulus ujian mata pelajaran agama sudah lewat masanya. Orientasi sekarang adalah ke arah kemasyarakatan yang bermotivasi dan berdisiplin. Ini tidaklah mengesampingkan bahawa dalam pelajaran agama itu sendiri ada perkara-perkara yang bersifat fakta-fakta dan ketrampilan-ketrampilan. Maka pada yang terakhir ini juga berlaku kaedah pengajaran fakta-fakta dan ketrampilan. Tetapi memperlakukan semua pendidikan agama sebagai pengajaran fakta-fakta dan ketrampilanketrampilan saja adalah suatu kesalahan besar yang perlu diperbaiki dengan segera. Sebab kalau tidak maka suatu masa nanti akan timbul dalam masyarakat Islam sendiri ahli-ahli agama yang tidak menghayati ajaran agama atau orang-orang orientalis yang berdiam di negeri-negeri Timur.

Pengamalan Pengamalan nilai-nilai adalah kelanjutan daripada penghayatan nilai. Nilai-nilai yang sungguh-sungguh dihayati akan tercermin dalam amalan sehari-sehari. Sebab penghayatan itu pun berperingkat-peringkat, mulai dari peringkat yang paling rendah sampai kepada peringkat tinggi, seperti tergambar pada gambarajah di bawah,

Kelima: Peringkat Perwatakan Keempat : Peringkat Organisasi Ketiga : Peringkat Penilaian Kedua : Peringkat Gerak balas Pertama : Peringkat Penerimaan Bila nilai-nilai itu dihayati sampai ke peringkat perwatakan maka ia sebati dengan sahsiah dan sukar untuk diubah dan sentiasa terpancar dalam amalan sehari-hari.

Kesimpulan Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai maka ia perlu dihayati dan diamalkan, bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. Di situ juga telah dinyatakan perakuan yang sepuluh (al-Wisaya al-'Asyarah) tentang segala kerjaya seorang muslim yang tercantum dalam al-Quran (al-An'am: 151-153). Pendahuluan Definasi Etika Perkataan etika berasal daripada Bahasa Inggeris ethic.Perkataan ethic itu pula dari bahasa Greek ethos yang membawamaksud sikap atau adat yang menentukan tingkah laku sesuatugolongan. Ia terbahagi kepada dua: i) Normatic iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. ii) Matacthic iaitu yang terbahagi kepada dua : analitic yang berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik atau jahat dan critical yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika. (Mustafa Haji Daud - Etika Pengurusan 1996) Etika merupakan displin falsafah yang memberi perhatiankhusus kepada penilaian kritikal terhadap norma dan piawai yangmewajarkan kelakuan perseorangan serta antara individu. (AbdulRahman Md. Aroff Teori Etika dan Amalan Moral 1999) Guru merupakan agen moral, kerana mereka terlibat dengan manusia yang mempunyai unsur nilai iaitu nilai baik atau jahat. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara mempunyai matalamat untuk memenuhi tuntutan JERImewujudkan insan yang seimbang (holistik) dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Keadaan ini sudah tentunya memerlukan satu tatasusila/etika yang perlu diikuti oleh semua guru. Setiap organisasi perlu mempunyai kod etika profesion sebagi panduan tingkah laku setiap ahli. Bidang pendidikan juga tidak dapat lari dari membina kod etikanya sendiri. Kementerian Pendidikan Malaysia membina kod etika ini menggunakan istilah Tatasusila Profesion Perguruan Malaysia. Guru memainkan peranan penting dan merupakan nadi kepada pembentukan manusia. Guru sangat perlu bagi melahirkan insan yang seimbang dari semua segi. Pembangunan insan harus

diseimbangkan agar nilai-nilai moral masyarakat supaya sentiasa terpelihara. Mahathir (1999), guru-guru dituntut agar mempunyai sahsiah dan akhlak yang boleh diteladani oleh pelajar dan masyarakat di samping menguasai pelbagai ilmu, antara lain dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi maklumat, bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Guru memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk watak, sahsiah dan moral pelajar. Usaha ini perlu dimulakan dengan mewujudkan sekolah dengan watak yang dapat dibanggakan oleh para pelajar, ibu bapa dan masyarakat setempat. Pembangunan insan cemerlang menjadi begitu penting sekali bagi negara yang akan menjadi negara maju pada awal abad yang akan datang. Abdul Shukor (1999), asuhan guru yang berkesan meninggalkan ingatan dan menjadi amalan yang berpanjangan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang dikasihi Tuan Guru Besar, guru-guru, para ibu bapa serta pelajarpelajar sekalian. Tajuk pidato yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah "Profesion Perguruan Adalah Suatu Yang Bernilai Tinggi". Sesungguhnya para pendidik pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum. Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilainilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Para hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Pada hari ini, marilah kita mengenang sumbangan para guru kepada anak bangsa di negara kita. Guru merupakan golongan pendidik yang banyak berjasa serta menabur bakti untuk memberi pendidikan kepada anak-anak kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar memberi penghormatan serta pengiktirafan yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru-guru mereka yang sentiasa bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita. Kita juga harus meletakkan martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej

dan kualiti perkhidmatan mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh sebab itu profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat. Pada hadirin dan hadirat yang saya hormati sekalian, Kita perlu sama-sama merealisasikan Wawasan 2020 seperti yang diilhamkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Kerajaan menghargai sumbangan guru dengan mengistiharkan tanggal 16 Mei pada setiap tahun bermula dari Tahun 1975 sebagai Hari Guru. Ini salah satu usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan mengenang jasa-jasa baik para guru. Saya berharap para guru akan terus berusaha untuk menyemaikan dan menyuburkan budaya ilmu di kalangan anak-anak agar kita dapat mencapai sebuah negara yang maju dan unggul pada masa depan. Guru ialah orang yang menyampaikan ilmu kepada anak-anak kita supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan, rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh Al-Quran: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah S.A.W. Mereka diberikan tanggung-jawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah S.A.W. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah S.A.W selepas kewafatan baginda. Sidang Hadirin Yang Di Hormati Sekelian, Imam Ghazali menyatakan, tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada perutusan Rasulullah S.A.W. Disamping menjadi Rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Allah menegaskan: Ertinya: Maka sesungguhnya kewajipan Rasul kami hanyalah menyampaikan amanat Allah dengan terang. Rasulullah s.a.w juga bersabda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah: Ertinya: Sesungguhnya aku diutus sebagai seorang guru.

Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada Al-Quran Al-Karim, Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Mujaadilah ayat 11 yang bermaksud : "Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Melalui ayat itu diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para ulamak. Pendidikan adalah aset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset mahal dalam pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati diri atau keperibadian yang unggul. Sidang Hadirin Yang Di Hormati Sekalian, Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologi-teknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi, dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui 'online'. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Tahniah diucapkan kepada para guru! Penguasaan ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, insya-Allah akan dapat melahirkan generasi yang berilmu, bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan kehendak pergolakan dunia pada alaf baru ini. Sesungguhnya Allah SWT telah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu di kalangan kita semua. Oleh yang demikian, profesion perguruan adalah merupakan satu profesion yang tinggi nilainya di sisi Allah SWT dan sepatutnya kita menyanjung tinggi terhadap jasa yang mereka curahkan kepada anak bangsa kita. Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam firmannya di dalam Surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud; "Katakanlah : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal sahajalah yang dapat menerima pelajaran" Akhir sekali, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa profesion perguruan ini adalah suatu yang bernilai tinggi. Marilah sama-sama kita tingkatkan martabat ini di mata masyarakat demi merealisasikan sebuah negara yang mempunyai bangsa yang terkenal dengan kekayaan ilmuannya di mata dunia. Saya akhiri pidato saya pada hari ini dengan serangkap pantun : Tetak buluh panjang sepuluh, Jangan dijolok sarang tebuan, Angkat tangan jari sepuluh, Salah silap harap maafkan. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan saya sendiri, saya sudahi dengan ucapan, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullah.

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya kepada demokrasi, kebebasan perseorangan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.

Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah terkumpul sejak zaman berzaman, dan menyediakan mereka untuk menghadapai cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tinggnya. I. TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. 2. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan satu cara pakaian, pertuturan dan tingkahlaku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

II. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBU BAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan eknonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. III. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara atau pun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

2. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberi sumbangan cergas untuk meningkatkan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharihari dengan baik. IV. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION KEGURUAN 1. Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru. 3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkan sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang beru dalam profesion keguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan. 6. Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru. CATATAN: Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi peringkat rendah, menengh dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR 1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal lain. 2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama. 3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam matapelajaranmatapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran. 5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar. 6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya. TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA 1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. 2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. 3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya. 4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. 5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar. 6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka. TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA 1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun Negara. 2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan agama. 3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat. 4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. 5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat. 6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik. TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION PERGURUAN 1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru. 2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguhsungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial. 4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu dalam profesion perguruan. 5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan. 6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru. Catatan : Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan. PERKARA-PERKARA AM TATALAKU PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM Taat Setia: Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan kerajaan. Larangan: 1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan peribadinya. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya. 2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai perkhidmatan awam. 3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah persendirian atau kepentingan peribadi. 4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan martabat perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awamnya. 5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan tekanan untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah tuntutan secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain perkhidmatan awam. 6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah. Sikap: 1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap terhadap tugas. 2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan yang lain dalam perkhidmatan awam. Pekerjaan Luar: 1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan luar melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya. 2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk berbuat demikian oleh ketua jabatan. Hadiah: 1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang bentuk hadiah. 2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau mana-mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak mereka.

3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung apa jua bentuk hadiah daripada atau kepada mana-mana orang sekalipun. Keraian: 1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa jua bentuk dan jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang. 2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk membuat sebarang faedah peribadi. Memiliki Harta: 1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa tata-tertib yang berkenaan. 2. Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan dikirimkan melalui ketua jabatan mereka. 3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu olehnya, isteri dan anak-anaknya. 4. Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang pegawai pentadbiran awam bagi pihak isteri atau anak-anaknya. 5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu dibuat untuk tujuan rekod. Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan: 1. Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh menyelenggarakan taraf hidupnya melebihi daripada pendapatan rasminya yang sah. 2. Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya, dia mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan yang munasabah kepada pihak yang berkuasa lembaga tata tertib yang berkenaan di atas saraan itu. 3. Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang atau menjadi penjamin kepada seseorang peminjam atau dengan apa jua yang boleh menyebabkan dirinya terhutang wang kepada mana-mana orang kecuali yang diperbekalkan dalam Perintah Am Bab D, 1980. Kesusahan Hutang: 1. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan kesusahan disebabkan oleh bebanan hutangnya yang begitu berat sekali. 2. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh membawa kepada terjejas perkhidmatannya. 3. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan biasa perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau pemegang-pemegang harta. Meminjamkan Wang: 1. Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga kepada orang lain. 2. Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk cagaran ataupun tidak. Spekulasi: 1. Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga komoditi sama ada tempatan ataupun luar negara. 2. Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti dengan harga yang tinggi sekali. Refel Dan Loteri: 1. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta persendiriannya. Penerbitan Buku: 1. Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain bentuk karya dengan kebenaran. Kenyataan Awam: 1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu dasar atau keputusan kerajaan.

2. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun dalam bentuk-bentuk lain. 3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa kenyataan sama ada yang dibuat olehnya ataupun orang lain. 4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai perkara-perkara berhubung dengan kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu. Penyunting: 1. Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting sebarang akhbar dan majalah kecuali dengan kebenaran. 2. Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan akhbar dan majalah. 3. Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana-mana penerbitan, termasuk surat khabar ataupun majalah. 4. Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas termasuk kerja-kerja penyuntingan, memberi sumbangan tenaga, buah fikiran dan kewangan terhadap penerbitan jabatan dan kakitangan, penerbitan profesional dan segala penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik. Kegiatan Politik: Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah dibahagikan kepada dua kupulan: Kumpulan A: 1. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan ikhtisas sebagai kelayakan masuk kerja. 2. Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah air melainkan hanya menjadi ahli biasa. Kumpulan B: 1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A. 2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah parti politik. 3. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada pihak kerajaan. Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman: 1. Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara yang berbangkit dari tugasnya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. 2. Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman melalui peguam bela dan peguam cara bersabit dengan perkara yang berbangkit dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam. Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti: 1. Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat kebenaran: bagi seseorang pegawai perkhidmatan itu boleh disabitkan dengan tindakan tatatertib. 2. Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak lebih daripada tujuh hari dalam satu bulan, tindakan tatatertib boleh diambil terhadapnya. 3. Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan pembuangan kerja atau lain-lain hukuman. 4. Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua gaji ataupun saraan hidup. 5. Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas selama tujuh hari dalam satu bulan itu pihak lembaga tatatertib apabila menerima laporan daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan buang kerja ataupun turun pangkat mengikut perbekalan Perintah Am 26. 6. Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan hidup selama tempoh dia tidak hadir bertugas.

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________ 4.0 KESIMPULAN Pendidikan adalah pemangkin kepada pembinaan Negara Bangsaterutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awalpelajar dan diteruskan pada peringkat yang tinggi.Usaha perlu diteruskan untukmemperkukuh perkongsian nilai dan patriotisme melalui aktiviti-aktiviti yangmelibatkan pelbagai kaum etnik di sekolah. Di sinilah peranan dantanggungjawab guru memainkan peranan.Walau bagaimana pun, semua usahake arah membina bangsa perlu perancangan yang teliti dan berterusan. Kesimpulannya,Pembinaan Negara Bangsa menjadi semakinpenting dalam era globalisasi ini.Tun Dr. Mahathir Mohamad, (1991) menyatakanmembentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masahadapan yang dikongsi bersama.Bangsa ini mestilah sejahtera, berintegrasiwilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya, menikmati kehidupan bersamayang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuahBangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelahbagi terhadap bangsa tersebut. Dalam era ini, maklumat, modal serta manusia, sistem nilai, budaya dankepercayaan dari pelbagai negara mengalir secara bebas dan pantas.Oleh itu,usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak sangatdiperlukan bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai sepertiucapan Yang Amat Berhomat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi (1999)kitamempunyai tanggung jawab yang besar dalam pembangunan bangsa dannegara ini.Kita juga mempunyai peranan yang penting dalam pembentukkanminda dalam jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kitacapai. Oleh itu, menyedari hakikat ini sebagai seorang pendidik di sebuahinstitusi pendidikan saya juga memainkan peranan yang penting untukmelahirkan warganegara glokal yang mampu bertindak dengan bijak untukmenghadapi cabaran dan ancaman globalisasi dan liberalisasi.Saya berusaha PNBM/ IPTHO/NOV08____________________________________________________________________________ ______ 18

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________ untuk menghasilkan sumber manusia yang mampu berfikir secara global danbertindak secara local untuk kepentingan negara dan bangsa. Justeru, pelajardapat menjadikan nilai budaya Malaysia sebagai asas kepada kemajuan negaradan bangsa, serta dapat berkongsi identiti, lambang, kebudayaan, nilai, dansemangat yang menjadi ciri dan hasrat negara bangsa seperti dalam ucapanYang Amat berhormat Dato' Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak dalamPerhimpunan Agung UMNO (2005), warga glokal yang kita hasratkan ialahwarga yang berakar nasional dan berakal internasional, maksudnya di sampingkita hebat dalam negara, kita juga berperanan di arena antarabangsa.Akar kitaberpaksi di kota dan desa, namun akal kitamenerjah ke serata dunia.Wargaglokal bertunjangkan budaya Malaysia dan ajaran Agama yang suci.Dimensibaru kita menuntut kita melonjak ke hadapan dengan memperkukuh daya saingbangsa untuk menjadi antara yang terbaik di pentas dunia.Kita semakinbersinar dalam dunia yang serbamencabar.Kita inginkan Malaysia sebagaicontoh, menjadi jenama antarabangsa.Kejayaan inilah menjadi asas untukmenjana warga glokal seterusnya. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme,berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dab beradabserta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa perlu difahami dandiamalkan sepenuhnya.Pendidikan merupakan pemangkin kepada PembinaanNegara Bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnyapada peringkat awal perkembangan pelajar.

Oleh itu, saya akan sentiasa berusaha bagi memastikan Bahasa Malaysiadigunakan sebagai bahasa pengantar di kalangan pelajar, pelajar dapat bergauldengan rakan-rakan yang pelbagai kaum dengan harmoni, sentiasamenghormati lagu negara ku dan Jalur Gemilang serta sentiasamempertahankan negara di samping meningkatkan imej negara, melibatkan diridengan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan, serta mengamalkan nilai-nilaiIslam dalam kehidupan mereka.Diharapkan nilai-nilai yang telah ditanam dandipupuk di peringkat sekolah ini akan terus diamalkan oleh pelajar apabila PNBM/ IPTHO/NOV08____________________________________________________________________________ ______ 19

KPLI-KDC-PEM K2______________________________________________________ mereka meninggalkan alam persekolahan.Secara tidak langsung wawasan membina negara bangsa dengan sendirinya akan tercapai. BIBLIOGRAFI 1.Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. 2.Rancangan Malaysia Ke-9 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 20062010 edisi pelancaran(2006), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. 3.Dr. Tajul Ariffin Noordin (2008) Penghayatan komponen paradigma pendidikan bersepaduPendidik Bil 44 (Jan 2008 ), . Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor 4.Badrunsham Dahalan (2008) Guru mesti mampu imbangi kehendak masyarakat, tanggungjawabPendidik Bil 51/Ogos 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor. 5.MALAYSIA, Buku Rasmi Tahunan 2004, Jabatan Penerangan Malaysia. 6.Merealisasikan Misi Nasional, Temu Bual Eksklusif "Di Sebalik Rancangan Malaysia Ke-9" Bersama Y.A.B Perdana Menteri (2006), Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Dasar Cetak (M) Sdn. Bhd. 7.Pelan Integrasi National (2006), Institut Integriti Malaysia. 8.Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) Rancangan Malaysia Ke 9 Pelan IndukPembangunan Pendidikan (2006 -2010). Putrajaya. 9.Mohd. Fuad Razali (2008) 6 Sikap Penting Pacu Kejayaan PIPP Pendidik Bil44/Jan 2008. Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Warisan. Selangor. 10.Mohamed Idris Shah, Che Su Mustaffa, Fuziah Shaffie (1994) Sejarah Pembangunan Bangsa dan Negara Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. 11.Penyunting: Mohd. Tap b. Salleh (1993).Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam.Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).Kuala Lumpur, Malaysia. http://www.scibd.com/doc/296829/Pn . Salma www.ppdhl.net/ PNBM/

IPTHO/NOV08____________________________________________________________________________ ______ 20 Saya Lihat,Saya Dengar,Saya Baca ,Saya Fikir ,Saya Tulis http://duniacikgu.wordpress.com/2008/06/10/akauntabiliti-perguruan/ Akauntabiliti keguruan June 10, 2008 byyusriwahab 1.0 Konsep keguruan Menurut Kamus Dewan (1970), guru bererti pendidik, pengajar dan pengasuh. Jika dihuraikan dengan lebih mendalam lagi, pendidik bermaksud orang yang memelihara dan melatih. Pengajar ialah seorang yang menjadi petunjuk kepada orang lain, manakala pengasuh memberi makna orang yang memelihara, menjaga dan mendidik. Manakala keguruan ialah sesuatu yang mempunyai perkaitan dengan bidang menuntut ilmu atau tempat mendapatkan ilmu seperti sekolah, tempat belajar, pengajaran dan pembelajaran dan sebarang perkara yang mempunyai perkaitan dengan guru. 2.0 Konsep Akauntabiliti Mengikut Kamus Dwibahasa , perkataan akauntabiliti di huraikan sebagai bertangungjawab kepada seseorang atau bertangugjawab terhadap sesuatu. Menurut Tan Sri Ahmad Sarji , konsep akauntabiliti adalah satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut . Akauntabiliti juga adalah mengenai displin dan keperluan untuk memberikan justifikasi dan menerima keberrtangungjawaban terhadap sesuatu keputusan yang telah diambil. 3.0 Akauntabiliti keguruan. Akauntabiliti keguruan bermakna tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan juga membawa maksud berkenaan dengan tanggungjawab guru terhadap profesionalisme keguruan. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru yang dimaksudkan di atas merangkumi akautabiliti guru terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Akauntabiliti guru terhadap : 3.1 Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjaga profesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak di hormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru

gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktiviti berfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental dan fizikal. 3.3 Sekolah Sekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru juga bertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah. Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadap perkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin, kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah. 3.4 Masyarakat dan Negara Sebagai seorang guru , beliau hendaklah menjalankan tugas untuk menyebarkan cita dan matlamat pendidikan negara berlandaskan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara. Guru hendaklah Memupuk nilai dan sikap murni pelajar dan sesuai dengan masyarakat berbilang bangsa dalam diri pelajar. Guru hendaklah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat. Selain itu guru hendaklah mengeratkan persefahaman dan kerjasama di kalangan guru dan ibu bapa pelajar. Guru haruslah bersopan santun dan bertingkahlaku baik dalam segala aktiviti sosial bagi mewujudkan suasana harmoni. Guru perlu sentiasa berusaha untuk memenuhi tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara dengan tidak menyebarkan ajaran yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara. Guru juga hendaklah sering memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang dapat membimbing mereka menjadi warganegara yang setia, bertanggungjawab, menghormati orang lebih tua dan perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Di samping itu guru hendaklah menghormati masyarakat di tempat guru tersebut berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab sebagai ahli masyarakat. Guru juga perlu menggalakkan kerjasama di antara guru dengan ibubapa dan masyarakat, serta mengamlkan tingkah laku soppan yang diterima oleh masyarakat . 3.5 Profesion Keguruan Guru haruslah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar. Ini termasuklah memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dan menyertai seminar pendidikan seperti kursuskursus yang dianjurkan oleh jabatan pendidikan atau pihak pentadbiran sekolah. Ini di lakukan dengan merancang dan melaksanakan strategi pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum. Guru juga hendaklah mengajar dengan fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. 4.0 Penutup Dengan dapat memahami prinsip akauntabiliti , guru dapat memahami tanggungjawabnya yang sebenar. Penghayatan akauntabiliti haruslah di hayati sepenuhnya kerana akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Ini kerana penghayatan tersebut membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akuntabilitinya terhadap sekolah, diri sendiri , murid-murid dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan. Peningkatan dalam bidang tersebut melambangkan tingginya kualiti seseorang guru yang juga akan meningkatkan taraf profesionalisme keguruan. Selain itu guru juga dapat melaksanakan tugas itu dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi sekiranya guru tahu tanggungjawabnya terhadap

kerjayanya. Kesedaran kepada akauntabiliti akan menjadikan seseorang guru itu lebih bertanggungjawab terhadap tanggungjawab yang di laksanakannya. Oleh yang demikian, akauntabiliti perlulah dihayati oleh semua guru. Sekiranya seseorang guru itu mengabaikan akauntabiliti terhadap tugas dan tanggungjawabnya , maka tanggungjawabnya tidak dapat di jalankan dengan baik dan akan gagal melahirkan modal insan seperti yang di cita-citakan negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatan yang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan. Rujukan Mok Soon Sang(2003),Ilmu Pendidikan Untuk KPLI Sekolah Rendah:Komponen 1&2 Psikologi Pendidikan & Pedadogi.Kumpulan Budiman,Subang Jaya. Sumber http://www.geocities.com/kulanz_salleh/article/ilmu_pendidikan/perguruan_sebagai_satu http://perkhidmatanawam.blogspot.com/2007/06/dewan-rakyat-200-aduan-salah-laku-guru.html LAGI. 29 JUNE 2007 Dewan Rakyat: 200 aduan salah laku guru Berita Harian Laporan Magendran Rajagopal dan Norliza Wasilan

81 kes termasuk jenayah syariah, hutang selesai dalam lima bulan KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran menerima 200 aduan berhubung pelbagai salah laku guru di seluruh negara sejak Januari lalu hingga 15 Mei tahun ini. Timbalan Menterinya, Datuk Noh Omar, berkata daripada jumlah itu, 81 kes diselesaikan dengan mengenakan tindakan sewajarnya berdasarkan kesalahan. Antara kesalahan ialah tidak hadir bertugas (37 peratus), cabul dan gangguan seksual (17 peratus), terbabit dalam rasuah dan disiasat Badan Pencegah Rasuah (15 peratus), pelanggaran tatakelakuan tidak jujur, tidak amanah dan ingkar perintah (10.5 peratus), penyalahgunaan dadah (9.5 peratus), kecurian (enam peratus), jenayah syariah (tujuh peratus) dan keterhutangan serius (satu peratus). Noh berkata, daripada jumlah itu, 22 guru dibuang kerja, senamuak (22 kes), turun gaji dan lucut hak emolumen (masing-masing 17 kes), diberi amaran (10 kes), selesai secara pentadbiran (lima kes), dibebaskan (empat kes), turun pangkat (dua kes) dan tangguh gaji (satu kes). Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Mat Yasir Kasran (BN-Sabak Bernam) yang ingin mengetahui jumlah guru yang terbabit pelbagai kesalahan dan jenis tindakan.

Mengenai usaha kementerian memartabat profesyen perguruan, Noh berkata, menerusi Bahagian Sumber Manusia di Cawangan Kaunseling dan Keutuhan, pihaknya mengguna pakai Program 3P (Perkembangan, Pencegahan dan Pemulihan) bagi memastikan tahap profesionalisme guru. "Sehingga 30 April lalu, 88 pegawai dan kakitangan kementerian dirujuk kepada cawangan itu untuk tujuan kaunseling. Sesi itu membolehkan mereka membuat penyesuaian diri sebelum dibenarkan menyertai semula sistem organisasi," katanya. Menjawab soalan Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) mengenai guru dari Semenanjung yang menolak untuk mengajar ke kawasan pedalaman, terutama di Sabah dan Sarawak, Noh berkata mereka yang enggan mengikut arahan dianggap sebagai ingkar perintah. "Guru tidak mahu bertugas apabila surat bertugas dikeluarkan dianggap ingkar perintah kerana membabitkan arahan bertugas, oleh itu, kita sedia maklum semua kakitangan, termasuk guru adalah penjawat awam yang perlu menurut perintah dan berkhidmat untuk negara," katanya. Mengenai jumlah guru di sekolah yang tidak seimbang, Noh berkata, kementerian berkuasa menentukan penempatan guru di sesebuah sekolah untuk mengajar. "Ada negeri yang guru lebih, ada yang kurang, ada daerah kurang dan ada yang lebih, ini mungkin disebabkan kita terlalu mengikut kehendak guru yang mahu kementerian membuat pertimbangan semula berhubung penempatan mereka sebelum ini. "Kementerian akan menentukan penempatan mereka kerana lebih tahu keperluan guru. Jika guru mempunyai masalah kesihatan dan keselamatan dalam keluarga dan membuat rayuan, kita sedia pertimbangkan," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NUTPdedahsalahlakuguruwanita/Article

NUTP dedah salah laku guru wanita Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bharian.com.my 2011/03/02 Ibu bapa buat laporan anak lelaki sering diusik dalam kelas KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendedahkan ada guru wanita didakwa mengusik pelajar lelaki, terutama yang dikatakan memiliki paras rupa atau penampilan menarik di sekolah menengah. Presidennya, Hashim Adnan, berkata perbuatan guru wanita sedemikian didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ibu bapa pelajar terbabit sehingga ada yang membuat aduan kepada NUTP. Setakat ini, ada tiga ibu bapa menghubungi NUTP mengadu guru wanita mengambil kesempatan terhadap anak lelaki mereka di sekolah. Satu daripada aduan membabitkan seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat mendakwa pipinya selalu dicubit-cubit manja oleh seorang guru wanita di kelas kerana meminati rupa parasnya yang menarik, bukan kerana hukuman disiplin. Perbuatan itu bukan saja menyebabkan pelajar terbabit sering berasa segan dan serba-salah, malah menjadi bahan ejekan atau gurauan rakan sekelas terhadapnya, katanya ketika dihubungi semalam. Kes guru didakwa mencabul kehormatan atau merogol pelajar di sekolah menjadi tajuk berita sejak kebelakangan ini, termasuk kelmarin, akhbar melaporkan 11 pelajar perempuan Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di Ampang di sini, mengadu dicabul guru disiplin ketika merotan mereka kerana tidak hadir perhimpunan, Jumaat lalu. Guru lelaki itu didakwa meletakkan tangannya pada dada pelajar terbabit kononnya bagi merasai denyutan jantung sebelum merotan punggung mereka. Namun, jarang dilaporkan mengenai kes guru wanita yang terbabit dalam salah laku membabitkan pelajar lelaki. Hashim berkata, dakwaan membabitkan kedua-dua guru lelaki mahupun wanita harus dibendung bagi mengelakkan masyarakat semakin hilang kepercayaan terhadap integriti dan kredibiliti pendidik di sekolah. Justeru, katanya, semua guru mesti bersikap profesional ketika menjalankan tugas, termasuk ketika mengambil tindakan berbentuk fizikal terhadap pelajar. Disarankan guru lelaki atau wanita yang dikesan mahupun didapati ada tanda atau kecenderungan melakukan usikan tidak wajar terhadap pelajar berlainan jantina, ditukarkan untuk bertugas di sekolah lelaki atau perempuan sepenuhnya, katanya.

Perkembangan Kognitif. Kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu. Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. Untuk mengkaji perkembangan kognitif kita akan membincangkan dua teori utama perkembangan kognitif oleh ahli psikologi Switzerland, Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia, Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting di dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak.

cool_man

3 years ago 2,943 viewed

Send To Friend

IM Article

Share

Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga , strategi bermaksud rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan . Ingatan atau mengingat merupakan proses memanggil balik atau menyebut dan menulis fakta atau kejadian yang berlaku selepas beberapa lama. Ingatan sangat asas dan mustahak kepada pemikiran dan tindakan . Pelbagai teknik, strategi dan cara untuk mengekalkan atau memanjangkan tempoh ingatan . Sekiranya anda hendak mengingat kembali , maklumat baru . Ingatan juga boleh berlaku dengan mengingat maklumat yang sama atau serupa . Sekarang kita beralih pula kepada maksud kognitif . Dalam Kamus Dewan Edisi Ketiga m/s 691 kognitif telah didifinisikan sebagai segala perkara yang berkaitan dengan kognisi seperti proses pembelajaran , pemahaman dan pemerolehan pengetahuan . Proses kognitif ini hendaklah dianggap sebagai satu fenomena yang kita tidak boleh lihat secara langsung. Ahli psikologi kognitif mengkaji proses seperti itu dengan membuat pemerhatian tentang tingkah laku manusia dan membuat kesimpulan terhadap proses mental di sebaliknya.. Pemerhatian atau pengalaman individu terhadap permahamannya dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pengaturan kendiri semasa proses pembelajaran . Kesimpulannya melalui kemahiran ini pelajar akan dapat membentuk soalan-soalan bagi menguji pemahamannya sendiri.

Advertisement

Random

Highlight

Ahli-ahli kognitif seperti Kurt Koffka, Wolfgang Kohler dan Max Wertheimer bersepakat untuk menolak pendapat ahli-ahli behaviourisme iaitu kaedah lace w:st="on"cuba lace jaya. Justeru, mereka telah bersatu hati mengemukakan teori geslalt. Gestalt adalah fonem yang berasal daripada German, yang bermaksud ,satu keseluruhan, bentuk atau konfigurasi. Fonem fonem ini menunjukkan bertapa pentingnya hubung kaitan antara satu dengan yang lain.Menurut ahli-ahli kognitif murid-murid membentuk struktur kognitif dalam ingatan sewaktu tempoh pembelajaran . Setiap individu yang belajar akan terdedah dengan proses menyusun segala pengalaman dan akan menyimpannya sebagai ingatan. Wolfgang Kohler salah seorang ahli kognitif telah menjalankan dua eksperimen terhadap cimpanzi dalam membentuk teori gestalt. Eksperimen pertama, Kohler telah menempatkan seekor cimpenzi yang dalam kelaparan di dalam sebuah sangkar. Di luar sangkar cimpanzi tersebut , di letakkan beberapa batang buluh yang berlainan ukuran panjangnya beserta dengan sebiji pisang yang tidak boleh di capi oleh cimpanzi tersebut. Usaha pertama yang di lakukan oleh cimpanzi tersebut ialah dengan melontar kayu pada pisang. Kemudian cimpanzi tersebut mula sedar bahawa kayu yang ada boleh di gunakan untuk mencapai pisang tersebut. Cimpanzi pintar yang bernama sultan di dapati boleh menyambung dua batang kayu dalam usaha untuk menarik pisang ke kandang. Akhirnya cimpanzi tersebut berjaya memperolehi pisang. Eksperimen Wolfgang Kohler yang kedua ialah dengan memasukkan seekor cimpanzi ke dalam kandang dan pisang di gantung di bumbungkandang yang tinggi. Beberapa buah kotak di letakkan di atas lantai kandang tersebut. Cimpanzi memulakan usahanya untuk mendapat sebiji pisang di atas bumbung yang tinggi dengan cara melompat beberapa kali. Malangnay usaha ini tidak membantu cimpanzi tersebut untuk mendapatkan pisang itu. Seterusnya cimpanzi tersebut memerhati sekeliling kandang dan aecara tiba-tiba cimpanzi tersebut mengheret satu demi satu kotak yang di letakan oleh Kohler di lantai kandang. Ia menyusun kotak-kotak tersebut secara bertindih-tindih seperti tangga. Kemudian memanjat kotak-kotak tersebut, akhirnya usaha cimpanzi itu berhasil. Eksperimen Kohler ini telah menerangkan bahawa cimpanzi-cimpanzi tersebut berjaya melihat masalah sebagai satu keseluruhan yang bersatu menurut Kohler cerdik akal atau fenomena a-ha tidak bergantung kepada pengalaman lalu dan bukan sebagai pemindahan khas. Dimana teori ini melihat kebolehan individu mengamati atau memahami sesuatu masalah secara tiba-tiba. Setelah dapat mengaitkan unsur-unsur yang relevan dalamnya. Konsep celik akal ini perlu diaplikasikan oleh guru sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Bagaimana seorang guru itu perlu mengaplikasikan konsep kognitif ini di dalam kelas? Untuk mencapai matlamat ini guru tersebut perlu sentiasa mendorong muridmurid atau pelajarnya untuk berfikir secara divergen, konvergen, induktif, deduktif, kreatif, kritis dan menaakul dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru yang cemerlang akan sentiasa memastikan anak murid atau pelajarnya mempunyai atau sering membina kebolehan untuk membuat perbandingan antara perkara yang difahami dengan mudah yang dimaksudkan dalam bahan bacaan. Untuk memenuhi keperluan atau tuntutan ini, guru tersebut haruslah memberi atau mengajar pelajarnya supaya membuat pengukuhan kendiri. Dalam hal ini pelajar perlu memerhati dirinya sendiri. Contohnya, pelajar perlu menyiapkan atau menyelesaikan kerja rumah sebelum menikmati hidangan. Ini adalah antara cara pengukuhan kendiri yang boleh diambil oleh pelajar supaya dapat membina keyakinan positif. Pemerhatian perlu untuk membuat perbandingan dan memberi tumpuan kepada pelajar-pelajar. Tumpuan dan pemerhatian yang dilaksanakan oleh guru terhadap pelajar perlu untuk mendorong pelajar menjadi lebih yakin. Pemerhatian yang positif akan merangsang pelajar untuk berusaha dengan gigih untuk menyiapkan tugasan walaupun tugasan tersebut amat sukar baginya. Selain itu, pengawalan bermaksud penguasaan individu terhadap pemahamannya. Strategi dibentuk bertujuan untuk meningkatkan kawalan dan pengaturan kendiri semasa proses pembelajaran. Misalnya penguasaan pengiraan dengan menggunakan jari oleh murid berusia tujuh tahun. Pengaplikasian jari dalam pengiraan itu membantu murid tesebut untuk memahami konsep pengiraan sebenar. Sebagai contoh, 3 + 5 = 8, murid tersebut akan menggenggamkan kedua-dua tangannya. Kemudian murid tersebut akan membuka tiga jari tangan kiri dan jari tangan kanan. Hasilnya, dia akan membuka lapan jari. Murid tersebut boleh mencipta soalan dari kaedah ini. Misalnya, 4 + 4 jawapan juga lapan dan 6 + 2 juga lapan. Melalui kaedah ini, murid atau pelajar akan belajar membentuk lebih banyak soalan bagi menguji pemahamannya sendiri. Pengawasan amat perlu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru itu perlu bijak mengawasi situasi bilik darjah agar sentiasa berada dalam keadaan terkawal dan selamat. Selain itu, guru juga perlu mengurus pelajarnya dari segi emosi, tingkah laku dan disiplin bagi membolehkan setiap sesi pembelajaran berjalan lancar. Hasil dari pengawasan ini, maka lahirlah pelajar yang berdisiplin, bermotivasi dan memberi tumpuan dalam pelajarannya dan proses mengingat subjek yang dipelajari mudah dilaksanakan. Kesimpulannya, proses kognitif perlu dititikberatkan oleh guru dan perlu diterapkan di sekolah bagi memudahkan para pelajar untuk mengingati perkara yang telah dipelajarinya. Melalui cara ini, murid-murid di sekolah dapat mengaplikasi pelajaran dengan lebih baik.Para pelajar yang mudah mengingat fakta dan dapat berfikir dengan lebih bijak secara kritis dan kreatif.

Guru rogol murid ditahan polis


Oleh NUR AISHAH AMIN nuraishah.amin@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Seorang guru tuisyen di Rawang dekat sini ditahan polis semalam kerana dipercayai merogol seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun dalam dua kejadian baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berumur 22 tahun dan masih bujang itu ditahan hingga Rabu ini untuk membantu siasatan. Katanya, penahanan ke atas guru lelaki itu dibuat ekoran laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Rawang pada 21 Jun lalu. "Siasatan awal mendapati, mangsa dan suspek mempunyai hubungan sebagai pasangan kekasih," katanya ketika dihubungi semalam. Menurut Abdul Rahim, pihaknya difahamkan, mangsa kini telah berpindah ke sekolah lain. Dalam laporan polis yang diterima pada 21 Jun lalu, mangsa dikatakan pertama kali melakukan hubungan seks bersama lelaki terbabit di rumah suspek di Taman Garing Utama, Rawang, pada April lalu. Kejadian kedua dilaporkan pada 18 Jun lalu sebelum mengadu kepada ibu bapanya yang kemudian membawa mangsa ke Hospital Selayang untuk membuat pemeriksaan. Dalam pada itu, ibu mangsa yang merupakan guru disiplin di sekolah lain dikatakan mahu menarik semula laporan yang dibuat kerana malu. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0705&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm