Dilarang melakukan kerja memaku karana khuatir bayi alami kecacatan. Tidak keluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul haiwanbertujuan hindari bayi dari terkena badi. Digalakkan bekerja supaya mudah bersalin. Dilarang beri nama sebelum dilahirkan. Melihat bentuk perut wanita hamil ketika kandungan usia 4 bulan keatas bagi menentukan jantina bayi dikandung. 2) Selepas Lahir a. Berpantang. Ibu berpantang selama 40 hari. Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana bimbang masuk angin. b. Kenduri. Diadakan setelah bayi umur sebulan. c. Mencukur rambut. Cukur rambut kerana beranggapan rambut bayi baru lahir adalah rambut sementara. d. Memberi nama. Nama terdiri dari 3 perkataan iaitu: i. Patah pertama nama keluarga. ii. Patah kedua nama generasi. iii. Patah ketiga nama panggilan bayi. ADAT RESAM KEMATIAN ADAT RESAM PERKAHWINAN 1) Merisik Untuk selidik latar belakang si gadis yang dihajati. 2) Meminang Seorang wakil dipilih untuk berkunjung ke rumah si gadia untuk berbincang perkara berkaitan perkahwinan. 3) Bertunang Hari pertunangan dilakukan berdasarkan calendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan. Upacara bertukar cincin dilakukan. 4) Majlis Perkahwinan Hari perkahwinan akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua pihak. Kemuncak upacara perkahwinan masyarakat Cina ialah sebelah malam iaitu jamuan makan. Sebagai bukti perkahwinan, pasangan pengantin akan tandatangani 2 pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa saksi. Rajah 17 1) Semasa Kematian Mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai beri penghormatan terakhir. Mayat disapu minyak wangi & disolek untuk harumkan si mati di alam akhirat. Mayat diusung ke jerat cina / kubur. Pelbagai lagu akan mengiringi perjalanan. Ahli keluarga si mati memakai baju warna hitam. 2) Semasa Pengebumian Mayat dimasukkan ke dalam liang lahad yang lubangnya besar supaya muat keranda. Cina tradisonal akan memasukkan pelbagai harta milik si mati ke dalam liang lahad. 3) Selepas Kematian Ahli keluarga akan jalani adat berkabung. Baju hitam dipakai hingga hari perkabungan tamat.