Anda di halaman 1dari 1

1.4.

5 PERAYAAN BAGI PENGANUT AGAMA KRISTIAN

HARI NATAL / HARI KRISMAS Penganut kristian terdiri daripada kaum Cina dan India yang beragama kristian. Menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham. Krismas juga dikenali sebagai Hari Natal Disambut pada 25 Disember setiap tahun di seluruh dunia. Pada hari ini, penganut agama Kristian mengambil peluang mengunjungi gereja. Sambutan perayaan ini disertai dengan kemeriahan seperti lampu, pokok krismas, dan juga amalan memberi hadiah kepada keluarga dan sahabat handai. Hari krismas juga popular dengan mitos 'Santa Claus' bagi kanak-kanak.

1.4.6 PERAYAAN BAGI MASYARAKAT SIAM DI KELANTAN

PESTA SONGKRAN Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisional Siam dimana masyarakat Siam di Kelantan menyambut perayaan ini. Songkran disambut berdasarkan kepada Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta mandi air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai.

Rajah 12 dan 13

Anda mungkin juga menyukai