Anda di halaman 1dari 1

1.4.

8 PERAYAAN MASYARAKAT DI SABAH DAN SARAWAK

PESTA GAWAI DAYAK

Pesta Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta ini juga dikenali sebagai Pesta Gawai. disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun. Pesta ini disambut meriah dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria.

PESTA KAAMATAN

Pesta Kaamatan atau Pesta Menuai ini disambut oleh kaum Kadazan / Dusun sebagai meraikan tuaian yang baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain di Sabah. Disambut sepanjang bulan Mei bermula awal bulan. Kemuncak pesta adalah peraduan ratu cantik, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan atau "ketua bomoh.

PESTA KAUL MELANAU

Kaul Melanau atau pesta Melanau adalah hari kebesaran dan perayaan yang dirayakan oleh orang Melanau di Sarawak. Bertujuan menghargai pelbagai jenis semangat, seperti semangat laut, tanah, hutan, dan kebun. Disambut pada akhir Mac atau awal April setiap tahun.

Masyarakat Bajau di persisiran pantai timur Sabah merayakan perayaan ini. 'Lepa dalam bahasa Bajau ialah sampan atau bot. Diadakan pertandingan Lepa tercantik yang dihakimi berdasarkan dari corak, tarian yang dipersembahkan di atasnya, 'sambulayang' (layar) dan tapis-tapis ( bendera ). REGATTA LEPA Acara lain seperti sukan air iaitu pertandingan mendayung, SEMPORNA berlayar, bermain perang-perang, lumba berenang, atau pertandingan menangkap itik.

Rajah 15