Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS (PROGRAM MOTIVASI MINDA CEMERLANG BAGI MURID TAHUN 6 SESI 2013)

BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera... Yang berusaha, Encik Kamarudin bin Said, Guru Besar Cemerlang Sekolah Kebangsaan Kuala Pilah Yang dihormati, Guru Penolong Kanan 1 Encik Sanusi bin Jamaludin, Guru Penolong Kanan HEM Encik Mohd Sahib bin Rahmat, Guru Penolong Kanan Kokurikulum Encik Mohd. Yusri bin Mohd Zaali, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bagi mewakili jawatankuasa, majlis mengalu-alukan kehadiran Yang berusaha, Puan Sakdiah Bt Md Amin dan hadirin sekalian ke PROGRAM MOTIVASI MINDA CEMERLANG BAGI MURID TAHUN 6 SESI 2013.

Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati....

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Ustaz Mohd Fais bin Abd Rahman untuk bacaan doa. Dipersilakan... Amin,amin ya robalalamin

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Mohd Fais bin Abd Rahman di atas bacaan doa sebentar tadi.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadratnya kerana masih diberi peluang untuk bersama-sama di dewan yang penuh barakah ini bagi mengikuti slot pengisian ilmu bersempena dengan Program Motivasi Minda Cemerlang. Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan sedikit latar belakang penceramah kita pada hari ini. Nama diberi : Puan Sakdiah bt Md Amin Umur : Asal : Status /Keluarga : Berkahwin Jawatan terkini : Ketua Kursus Kokurikulum di Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah, Selangor.

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah jemputan untuk menyampaikan ceramahnya. Dipersilakan....

Terima kasih diucapkan kepada Tuan penceramah di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga segala ilmu yang disampaikan dapat memberikan manfaat kepada kita semua.Insyaallah...

Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Sakdiah bt Md Amin atas perkongsian ilmu sebentar tadi.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________ untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada pihak penceramah dengan diiringi oleh En. Safar Ershad bin Majeran.

Dewa sakti melayang ke Daik Hendak mencari Dewa Jaruga Kalau ada budi yang baik Sampai ke mati orang tak lupa

Jawatankuasa pengelola mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak di dalam menjayakan majlis ini.

Saya sebagai pengacara majlis pada hari ini, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung. Sehingga kita bertemu lagi di lain kesempatan.

Silalah, hadirin dan hadirat sekalian menjamu selera apa yang ada selepas majlis.

Wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...