Anda di halaman 1dari 2

Soalan. Huraikan 3(TIGA) aspek bagaimana KBSR dapat membantu proses pembelajaran murid.

Nota: Satu aspek, satu perenggan dan minima keseluruhan 200 patah perkataan) _______________________________________________________________________________

JAWAPAN.

Salam sejahtera, Pada pendapat saya, saya yakin bahawa kita semua maklum akan KBSR (KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH) yang bermatlamat memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan inilah yang meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Jurus kepada perkara yang dipersoalkan, pelancaran KBSR dapat membantu proses pembelajaran murid dari pelbagai aspek yang berkesan positif dalam membentuk sistem pembelajaran dan pengajaran yang cemerlang. Antara aspek pelancaran KBSR ini yang dapat membantu proses pembelajaran murid,terkandunglah tiga aspek berikut yang akan dihuraikan saya pada hari ini. Pertamanya, KBSR dapat membantu proses pembelajaran murid dengan memperkukuhkan Kemahiran asas 3M murid yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Perkara tersebut terbuktilah dengan adanya inisiatif seperti pelaksanaan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang meliputu aktiviti seperti permainan simulasi,lakonan,permainan,demonstrasi (tunjuk cara),lawatan,bercerita,projek yang membuat pelajar berinteraksi dengan guru. Aktiviti-aktiviti ini turut meliputi kemahiran mendengar,bertutur serta membaca dan menulis yang sudah pun terang lagi bersuluh membuktikan bahawa pelancaran KBSR dapat membantu dalam proses pembelajaran murid dari aspek pembangunan kemahiran asas murid. Tamsilan pula, KBSR juga dapat membantu dari segi penggabungjalinan kemahiran yang merupakan satu proses yang menggabungjalinkan pelbagai bidang kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mewujudkan sebuah sistem pelajaran yang intergratif dan menyeluruh.Apabila wujudnya persoalan seperti, 'apakah tujuan inisiatif penggabungjalinan kemahiran?',di sinilah dapat anda mencari penyelesaian jika itulah antara persoalan yang berpantulan dalam kotak pemikiran anda. Tujuan pengganbungjalinan ini dilaksanakan adalah bagi membantu murid dalam penguasaan pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.Apabila disorat dari demensi yang lain strategi ini juga pula boleh dikatakan penting untuk menarik minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran

serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna.Proses inilah yang akan membuka ruang dan peluang bagi pertumbuhan dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelabagai aktiviti yang dilaksanakan.Apabila kita lebih mengupas proses penggabungjalinan ini maka terdapatlah kita sedar bahawa terdapat tiga jenis penggabungjalinan kemahiran iaitu penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu mata pelajaran, penggabungjalinan kemahiran daripada mata pelajaran lain dan penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum.Implikasi proses ini memberi impak yang positif. Hal ini dibuktikan apabila objektif bagi setiap mata pelajaran dapat dicapai di samping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan bermakna yang juga merupakan satu pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh oleh murid daripada mata pelajaran lain. Selain itu, murid juga berpeluang menyatupadukan kemahiran yang perlu ada dalam kehidupan. Kemahiran yang diperoleh dapat diaplikasikan dalam aktiviti seharian seperti membaca, menulis, melukis dan mengira.Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan dapat mengelakkan kebosanan di samping menggalakkan proses pertunbuhan dan perkembangan murid-murid secara seimbang , harmonis dan bersepadu. Tuntasnya, semua perkara di atas tamat di satu titik konklusinya iaitu, KBSR membantu dalam proses pembelajaran murid dari aspek penggabungjalinan kemahiran. Akhirnya,KBSR juga berperanan penting dalam membantu murid memahami perkara yang diajar oleh guru. Perkara ini boleh dirumus gulung dan diperkatakan sebagai KBSM membantu dari aspek pencapaian murid secara tidak langsung. Hal ini terang lagi bersuluh dengan adanya inisiatif guru seperti menyesuaikan objektif P&P mengikut kebolehan murid,mempelbagaikan teknik yang lebih berkesan,menggunakan pelbagai bahan sesuai dengan minat, keperluan dan kebolehan,menggunakan bahasa yang sesuai,memberi perhatian yang rapi secara individu atau kumpulan serta memberi peluang bercuba yang cukup kepada setiap murid. Sebagai titik tolak dari tiga aspek KBSR dalam membantu proses pembelajaran murid yang telah saya nyatakan di atas saya menegaskan bahawa pelancaran KBSR banyak mendatangkan impak yang berkesan secara positif kepada proses pembelajaran murid walaupun ianya telah digantikan denagan rancangna KSSR. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai