Anda di halaman 1dari 4

Konvokesyen Prasekolah SK Tan Sri Ghazali Jawi 2011 Kertas Kerja Majlis Konvokesyen Prasekolah SK Tan Sri Ghazali

Jawi 1.0 PENDAHULUAN Majlis Konvokesyen Prasekolah adalah suatu majlis gilang-gemilang yang dirancang murid prasekolah SK Tan Sri Ghazali Jawi. Majlis konvokesyen ini diadakan bagi meraikan kejayaan murid-murid prasekolah yang telah berjaya menamatkan pelajaran di kelas masing-masing. Buat pertama kalinya pada majlis ini akan diadakan secara persendirian. Murid-murid prasekolah yang menerima pendidikan awal di kelas prasekolah adalah insan dan aset yang amat penting dalam pembangunan negara. Pendidikan secara langsung atau tidak langsung yang didedahkan akan menyediakan mereka kepada proses dan pengalaman yang cukup berkesan dalam hidup mereka kelak. Pengalaman tersebut akan memberi kesan dalam menyubur dan memantapkan potensi individu. Oleh itu Majlis Konvokesyen Prasekolah adalah suatu aktiviti yang akan membentuk pengalaman pembelajaran yang unik dan paling berharga khasnya murid-murid prasekolah. 2.0 RASIONAL Konvokesyen Prasekolah adalah suatu projek yang dinamik dan menarik kepada semua pihak khasnya kepada murid-murid prasekolah di daerah ini. Ini adalah kerana Konvokesyen Prasekolah Peringkat Sekolah ini adalah yang julung kali diadakan secara berasingan. Oleh itu usaha ini akan memberi peluang kepada semua pihak khasnya para guru dan murid prasekolah dalam menimba ilmu dan pengalaman untuk melaksanakan projek ini. Semoga usaha begini dapat melonjakkan imej sekolah dan seterusnya menjadi pemangkin kepada Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan. 3.0 MATLAMAT 3.1 Untuk memberi penghargaan dan pengalaman indah serta rasa dihargai oleh semua pihak dalam diri murid-murid prasekolah. 3.2 Untuk memberi peluang menimba pengetahuan dan pengalaman kepada semua warga pendidik prasekolah dalam mengendalikan majlis yang berprestij ini. 3.3 Untuk mengeratkan kerjasama dan perpaduan dalam melaksanakan aktiviti seumpamanya ini dan seterusnya melahirkan semangat kecintaan terhadap pendidikan prasekolah. 4.0 OBJEKTIF 4.1 Untuk menghargai usaha dan ketrampilan serta penglibatan murid-murid prasekolah yang telah berjaya menamatkan pelajaran di prasekolah. 4.2 Untuk memupuk semangat daya saing dan memberi peluang kepada murid-murid untuk membina sikap berani, bertanggungjawab dan berktrampilan dalam aktiviti seumpamanya.

1 Prasekolah Daerah Hulu Perak Berkualiti, Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

Konvokesyen Prasekolah SK Tan Sri Ghazali Jawi 2011 4.3 Untuk mendidik murid-murid prasekolah agar sentiasa menghargai setiap jasa para pendidik dan ibu bapa yang menghargai mereka melalui majlis sebegini. 5.0 TARIKH Tarikh yang dicadangkan ialah pada 18 Oktober 2011 (Selasa). 6.0 TEMPAT Dewan SK Tan Sri Ghazali Jawi 7.0 SASARAN PENGLIBATAN 47 orang murid 7.1 TETAMU Para tetamu adalah terdiri selain daripada Tuan PPD, para jawatankuasa dan guru-guru. 7.2 IBU BAPA / WARIS Semua ibu bapa dan waris murid prasekolah adalah dijemput untuk menghadiri majlis ini. 8.0 JAWANTANKUASA Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Arif b. Abd Jabbar (Guru Besar) : Pn. Hjh. Nigar Begum bt. A.B Khan (Penolong Kanan Pentadbiran) : En. Wqn Mohd Ghani b. Wan Mohd Jamil (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) : En Mohamad Shafarun b. Abdullah (Penolong Kanan Kokurikulum) : Pn. Noorul Dalilah bt. Harun (Penyelaras / Guru Prasekolah Permata Hati 2) : Pn.Zainatul Ashikin bt. Mohd Mohaidin (Guru Prasekolah Permata Hati 1) : Pembantu Tadbir SKTSGJ

Naib Pengerusi 1

Naib Pengerusi 2

Naib Pengerusi 3

Setiausaha

Pen. Setiausaha

Bendahari

AHLI-AHLI JAWATANKUASA : 1. PPM 2. Guru Agama Prasekolah 2 Prasekolah Daerah Hulu Perak Berkualiti, Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

Konvokesyen Prasekolah SK Tan Sri Ghazali Jawi 2011 JAWATANKUASA KERJA 1. Pendaftaran 3. Buku Program 4. Persiapan Pentas/ Dewan/Siaraya 5. Sijil /Cenderamata VIP 6. Pengacara 7. Bacaan doa 8. Jamuan 9.Keselamatan 10. Persembahan murid 11.Penyelia Peserta 12. Dokumentasi : Pn. Hjh Saniah bt. Bili : Pn. Zainatul Ashikin bt. Mohd Mohaidin : Guru dan murid-murid tahun 6 : Pn. Rosdiana bt. Abd Maji : Pn. Zalinawati : Ustaz Mohd Thakapi b. Mat Arif : Kaaum Ibu AJK Komuniti Prasekolah : Kaum Bapa -AJK Komuniti Prasekolah : Pn. Norhasmida bt. Abd. Salim : Pn. Noraini bt. Ahmad Basri : Juruteknik SKTSGJ

9.0 ATURCARA Majlis akan diadakan dalam seperti yang dicadangkan : 7.30 8.00 pagi Pendaftaran ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 8.00 pagi Murid mengambil tempat di dalam dewan. Tetamu mengambil tempat di dalam dewan. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 8.15 pagi Ketibaan Yg. Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran, Tn. Abdul Wahid bin Nuruddin Doa Lagu Negaraku Lagu Perak Lagu Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan Bacaan Surah Pendek Ucapan Wakil Murid Ucapan Yg. Berusaha Tuan Pegawai Pelajaran 3 Prasekolah Daerah Hulu Perak Berkualiti, Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan

Konvokesyen Prasekolah SK Tan Sri Ghazali Jawi 2011 Penyampaian sijil Persembahan Jamuan Bersurai.

10.0 KEWANGAN Hadiah 1. Hadiah dan sijil 47 org X RM 10.00 2. Reben dan Pembalut B. Jamuan 1. Jamuan Murid 2. Godies

= RM470.00 =RM 13.50

47 org X RM 4.50 47 org X RM2.00

= RM211.50 = RM 94.00 RM 789.00

Pendapatan A) Bayaran penyertaan : (BKKP/PCG) 11.0 PENUTUP

RM789.00

Maka , marilah sama-sama kita rapatkan barisan, kita bersatu dan bekerjasama secara jitu untuk menjayakan majlis Anugerah Konvokesyen Prasekolah peringkat sekolah untuk tahun 2011 ini. I nsyaAllah.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..

..

Disahkan oleh : .....

4 Prasekolah Daerah Hulu Perak Berkualiti, Perak Sentiasa Di Puncak Kecemerlangan