Anda di halaman 1dari 4

SENARAI SURAT PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN KOKURIKULUM Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.

. 24/1998 ; Penglibatan Guru dan Murid Dalam Aktiviti Pasukan Pakaian Seragam Anjuran Agensi Kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2000 ; Panduan Keselamatan Diri Pelajar Semasa Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Kegiatan Kokurikulum dan Sukan Di Dalam dan Di Luar Kawasan Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2006 ; Panduan Perbelanjaan Peruntukan Kokurikulum Sekolah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2007 ; Peruntukan Waktu Untuk Kegiatan Kokurikulum di Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2007 ; Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum

PERANAN IBUBAPA DAN GURU Peranan ibubapa dan guru dalam kehidupan anak-anak berkeperluan khas adalah amat penting. Ibubapa dan guru perlulah sama-sama berusaha dan saling membantu dalam memastikan segala aktiviti anak-anak berkeperluan khas sama ada dari segi kurikulum mahupun kokurikulum mereka berjalan dengan sebaik-baiknya. Penglibatan ibubapa dan guru dalam segala hal anak-anak berkeperluan khas dapat membantu meneguhkan perkembangan dan pertumbuhan mereka tersebut sekaligus mengukuhkan kehidupan dan membantu mereka untuk berjaya. Ibu bapa pastinya menginginkan yang terbaik untuk anak. Ibu bapa sepatutnya lebih mengenali anak, peka pada setiap tingkah mereka serta mengesan minat dan bakat yang ada dalam diri mereka lebih-lebih lagi anak-anak berkeperluan khas. Selain itu, ibu bapa juga harus memastikan anak-anak berkeperluan khas ini terlibat sama dengan aktiviti kokurikulum sama ada anjuran Program Pendidikan Khas mahupun aktiviti anjuran sekolah. Anak-anak berkeperluan khas tidak seharusnya diasingkan daripada aktiviti-aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian, ibu bapa hendaklah menjalinkan hubungan baik dengan guru dan sekolah. Guru adalah orang yang akan membantu anak-anak berkeperluan khas selain daripada keluarga dan orang terdekat. Ibu bapa tidak seharusya malu untuk bercerita hal berkaitan anak walaupun ianya sulit. Guru perlu dimaklumkan tentang tingkah laku anakanak berkeperluan khas supaya guru dalam mengawal dan mengawasinya sepanjang anak mengikuti kurikulum dan kokurikulum di sekolah. Komunikasi antara ibu bapa dan guru amatlah penting. Ibu bapa dan guru masingmasing mempunyai perspektif dan idea untuk membantu anak-anak berkeperluan khas dalam aspek yang berbeza. Oleh yang demikian, komunikasi dan kolaborasi adalah amat penting demi kebaikan anak-anak berkeperluan khas. Tidak seharusnya wujud sedikitpun jarak pemisah antara ibu bapa dan guru. Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang aktif dalam melibatkan diri dengan apa-apa program berkaitan anak mereka. Ibu boleh membantu sedikit sebanyak dalam aktiviti kokurikulum dengan menjadi sukarelawan, memberi dana untuk memudahkan aktiviti-aktiviti bagi anak-anak berkeperluan khas dilaksanakan dan sekaligus membantu memberi peluang kepada anak-anak mereka untuk bersosialisasi, berdisiplin, melatih kemahiran motor dan lain-lain semasa terlibat dengan aktiviti-aktiviti kokurikulum tersebut.

Ibu bapa yang mendekatkan diri dengan penglibatan sekolah dalam memberi sumbangan mahupun idea yang bernas untuk aktiviti-aktiviti bersesuaian dapat membantu perkembangan anak-anak berkeperluan khas itu kelak. Aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan dapat memperkembangkan perkembangan fizikal, sosial dan emosi dalam kalangan anak-anak itu sendiri. Pastinya dengan aktiviti yang dijalankan secara tidak langsung mewujudkan hubungan yang akrab serta komunikasi yang baik antara pelajar dan ibu bapa jika aktiviti tersebut adalah aktiviti bersama ibu bapa. Seperti mana yang semua tahu, profesion guru merupakan suatu pekerjaan yang amat mulia lebih-lebih lagi dalam berbakti mendidik anak-anak istimewa yang pastinya memerlukan kesabaran yang amat tinggi. Guru sebagai pengajar hendaklah merancangkan aktiviti yang sesuai bagi murid-murid berkeperluan khas bukan sahaja aktiviti kurikulum pengajaran di dalam kelas, tetapi juga aktiviti kokurikulum. Guru harus lebih aktif, kreatif dan kritis dalam memikirkan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang hendak dijalankan dan bersesuaian bagi murid-murid berkeperluan khas. Guru juga boleh dikatakan sebagai pengurus. Guru haruslah bijak mengurus muridmurid berkeperluan khas, aktiviti-aktiviti untuk mereka dan mengurus kewangan Pendidikan Khas. Melibatkan hal peruntukan kewangan Pendidikan Khas, ada pihak pengurusan sekolah yang menyalahgunakan peruntukan ini. Di sinilah guru-guru Pendidikan Khas harus memainkan peranan yang sewajarnya. Guru Pendidikan Khas haruslah tegas dalam mengurus peruntukan kewangan yang diberikan ini dan menggunakannya untuk kemudahankemudahan bagi murid-murid Pendidikan Khas dan segala aktiviti bagi mereka. Oleh yang demikian, guru perlu bijak dalam merancang dan mengatur aktiviti bagi murid-murid berkeperluan khas ini dan menggunakan peruntukan kewangan yang diberikan dengan sebaiknya dan sewajarnya agar tidak disalahguna. Selain itu, guru Pendidikan Khas juga perlu berusaha meningkatkan martabat Program Pendidikan Khas di mata sekolah, komuniti dan masyarakat. Guru perlu memastikan murid-murid berkeperluan khas ini dapat melibatkan diri seperti juga murid-murid tipikal di aliran arus perdana yang lain. Mereka tidak seharusnya disisih daripada menjalankan aktivitiaktiviti kokurikulum dan aktiviti-aktiviti luar. Murid-murid Pendidikan Khas juga memerlukan keseimbangan daripada aspek kurikulum dan kokurikulum seperti murid lain. Di sini, guru memainkan peranan penting dalam menjadi ejen pemangkin bukan sahaja kepada

kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah Program Pendidikan Khas. Kesimpulannya, ibu bapa dan guru masing-masing mempunyai peranan yang penting dalam membantu perkembangan anak-anak berkeperluan khas. Ibu bapa dan guru bukan sahaja perlu mementingkan aspek kurikulum akademik semata-mata tetapi perlulah seimbang dari aspek kokurikulum juga. Ini adalah penting dalam menjamin kehidupan anak-anak berkeperluan khas di masa hadapan. Penglibatan golongan istimewa dalam kegiatan kokurikulum haruslah diperluaskan. Ini bertujuan memberi peluang kepada murid-murid berkeperluan khas mengumpul pengalaman di samping berlajar, berkomunikasi dan bersosial dalam suasana yang muhibah yang melibatkan murid-murid tipikal lain.Seperti yang diperkatakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mhamud, pembudayaan kokurikulum untuk semua harus dipraktikkan secara teransang dan berkesan kepada semua murid di peringkat sekolah dan semua pihak yang terlibat perlu memantapkan peranan masing-masing.

Beri Nilai