Anda di halaman 1dari 4

MASALAH

AWAL

MURID

DAN

SEKOLAH

MASALAH

Antara masalah yang bakal ditimbulkan oleh murid termasuklah membuat bising dan berjalan-jalan dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan yang lain ketika sesi pengajaran. Ada kalanya disebabkan kenakalan itu, mereka seolah-olah tidak menghiraukan guru yang sedang mengajar di hadapan kelas. Sifat kenakalan yang sebegini tidak boleh di benarkan kerana menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Sifat kenakalan mereka akan menjadi lebih ketara semasa melakukan aktiviti di dalam kelas sebagai contoh semasa melakukan aktiviti berkumpulan.

Menurut Harry K.Wong ( 1998) kebanyakan masalah tingkah laku disebabkan oleh guru sendiri. Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to teach students how to follow procedure.

Sebagai seorang guru, saya ingin mewujudkan satu persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas-kelas saya. Saya ingin murid-murid memberi tumpuan yang sebaik mungkin setiap kali kelas dijalankan dan mendapatkan sebanyak mungkin input yang disampaikan.

ANALISIS

MASALAH

Sebelum mencadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah di atas, saya telah melakukan analisis bagi mencari punca-punca yang menyebabkan masalah tersebut berlaku. Setiap kali saya memerhatikan guru yang sedang mengajar didalam kelas, terdapat beberapa orang murid suka membuat bising dan tidak fokus kepada pengajaran. Beberapa andaian awal yang satu termasuklah:

1. Kemungkinan murid-murid yang membuat bising tersebut tidak memahami apa yang disampaikan dalam kelas.

2. Kebiasaannya, murid-murid yang biasa menimbulkan masalah dalam kelas tersebut terdiri dari kumpulan yang lemah dan tidak berminat dengan pelajaran.

3. Adakah pengajaran guru membosankan dan tidak memenuhi stratergi pengajaran dan pembelajaran selaras dengan ilmu pedagogi guru?

Setelah menganalisis dan membuat refleksi kepada andaian awal, saya mendapati murid-murid yang

pandai juga biasanya akan membuat bising dalam kelas. Hal ini berlaku biasanya, setelah mereka terlalu cepat menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru dalam sesuatu aktiviti berbanding dengan kawan-kawan mereka dari golongan murid yang lemah. Setelah tugasan disiapkan, mereka akan membuat bising dan berjalan-jalan di dalam kelas.

Selain itu, jika dilihat dari perspektif yang lain penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek matematik turut menyukarkan murid untuk memahami perkara yang diajar. Hal ini juga telah turut menimbulkan kecenderungan mereka untuk membuat bising.

CADANGAN

Penyelesaian kepada murid-murid yang bermasalah ini adalah, dengan saya sendiri mengambil beberapa langkah yang boleh bagi mengatasi masalah yang ditimbulkan oleh murid seperti yang dinyatakan di atas. Ini termasuklah dengan cara mengingati nama setiap murid. Ini akan memudahkan guru untuk berinteraksi dengan setiap murid terutamanya yang bermasalah. Dengan cara ini murid akan lebih takut untuk menimbulkan masalah.

Selain itu, penyusunan semula kedudukan muri-murid dalam kelas juga boleh dilakukan dengan cara meletakkan murid yang bermasalah di hadapan guru bagi memudahkan pemantauan dilakukan. Dengan cara ini murid akan memberi lebih tumpuan kepada setiap pengajaran guru.

Cadangan-cadangan

lain

yang

mungkin

berkesan

termasuklah:

1. Guru merancang P&P yang melibatkan aktiviti yang bersesuaian dan dapat menarik minat murid, dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu kreatif.

2. Memotivasikan murid dengan memberi peneguhan positif (seperti satu jawapan yang baik, bagus kerana berani mencuba). Ini memberi kepuasan kepada murid kerana sumbangan mereka dihargai oleh guru dan kawan-kawan.

3. Semasa melakukan aktiviti kumpulan atau berpasangan guru mestilah membuat pemantauan. Guru haruslah pantau dan bergerak dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain. Semasa pemantauan dilakukan guru bolehlah memberi semangat jika aktiviti sukar atau cuba mencadangkan strategi yang lebih mudah.

TEMPOH 21/6/2009 hingga 9/7/2009 ( 2

PENYELESAIAN minggu)

TINDAKAN

SUSULAN

Saya akan memantau semua permasalahan yang timbul diatas dengan mengemasmkini segala tindakan dan langkah-langkah penambahbaikan saya seperti yang dicadangkan tadi. Hal ini bagi membolehkan tempoh sasaran bagi menyelesaikan masalah ini dapat dicapai dan tidak berlarutan berpanjangan.

KESIMPULAN Secara kesimpulannya, masalah murid dan sekolah ini bukanlah menjadi isu besar yang menjadi masalah utama saya untuk melaksanakan praktikum saya hingga tamat. Murid-murid adalah generasi yang bakal menaungi kesejahteraan bangsa dan negara pada masa akan datang. Maka, setiap masalah yang berlaku ada penyelesaiannya, terpulanglah kepada guru itu sendiri untuk mengatasinya. PENULISAN JURNAL REFLEKTIF JURNAL REFLEKTIF MINGGU KESEMBILAN (22 OGOS 26 OGOS 2010 ) A. BISIKAN HATI Minggu ini merupakan minggu kesembilan praktikum berjalan, minggu-minggu terakhir banyak mengajar saya tentang niat asal seorang guru adalah menyampaikan ilmu dan memastikan semua pelajar dapat menerima ilmu yang disampaikan dan mempraktikkannya dalam kehidupan mereka. Jika terdapat pelajar yang tidak memahami apa yang disampaikan oleh saya sebagai seorang guru ini menunjukkan bahawa P&P saya tidak berjaya sepenuhnya. Minggu ini merupaka minggu peperiksaan bagi pelajar-pelajar menengah atas iaitu pelajar tingkatan 4,5 dan enam. Jadi sepanjang minggu ini saya tidak melaksanakan P&P bagi pelajar tingkatan 4. Sebaliknya saya hanya melaksanakan pelajaran minor. Masalah komunikasi semakin kurang dan saya kurang berkomunikasi denan pelajar sebaliknya melaksanakan aktiviti daripada pelajar. B. CATATAN PERISTIWA ATAU KEJADIAN MASALAH Pada minggu ini bahasa arab tetap dalam matapelajaran mutolaah. Kaedah yang digunakan dalam pelajaran ini adalah mendengar dan membaca petikan bahasa arab seterusnya menterjemahkan ke

dalam bahasa Melayu. Tiada masalah komunikasi yang berlaku kerana kaedah yang digunakan hanya berpandukan teks petikan yang hanya dibaca olh guru dan pelajar. C. PERASAAN ATAU PANDANGAN TENTANG CATATAN Proses pembelajaran pada minggu ini berjalan seperti yang dirancang. Ini kerana hanya mata pelajaran minor sahaja yang dapat dilaksanakan iaitu bahasa arab, sebaliknya pelajar tingkatan 4 sedang menjalani peperiksaan percubaan SMRA. D. ANALISIS TERHADAP SEBAB SESUATU TINDAKAN Seperti minggu kelapan, saya perlu memperbaiki komunikasi saya terutamanya komunikasi dalam bahasa arab bukan sahaja demi tuntutan oleh unit praktikum dalam matapelajaran minor, sebaliknya demi masa depan saya sendir. Setiap guru yang berada di aliran pengajian Islam perlu mahir berbahasa arab untuk kemudahan di masa-masa akan datang. Juga menjadi tempat rujukan pelajarpelajar. E. CADANGAN TINDAKAN UNTUK MENGATASI Saya perlu memperbaiki kelemahan yang masih ada pada diri diri saya . Saya juga perlu belajar berkomunikasi bahasa arab dengan guru-guru bahasa arab yang banyak pengalaman di sekolah saya untuk melatih saya membiasakan diri berkomunikasi dengan pelajar di dalam kelas walaupun menggunakan kalimah-kalimah yang mudah. Ia akan meningkatkan lagi tahap komunikasi saya. F. TEMPOH MASA PENYELESAIAN Saya akan terus berusaha memeperbaiki lagi kelemahan komunikasi yang ada pada diri saya terutamanya dalam bahasa arab. Pada masa-masa akan datang saya akan cuba menggunakan bahasa arab di dalam kelas sepanjang P&P walaupun sedikit demi sedikit. G. CARA MEMENUHI KEJAYAAN Guru yang cemerlang adalah guru yang berjaya mendidik anak-anak pelajarnya menjadi insan yang berguna. Komunikasi yang berkesan adalah faktor utama dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, di mana pelajar tiak bosan dengan penyampaian isi pengajaran guru.