Anda di halaman 1dari 7

Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik

________________________________________________________________________________________________

Sistem Saraf Autonomik (Autonomic Nervous System)

1.0 Pengenalan
Organ-organ di dalam tubuh badan kita (viscera) seperti jantung, perut, dan usus
adalah dikawal oleh sistem yang dinamakan sistem saraf autonomik (Autonomic
Nervous System/ANS). Autonomik secara umumnya bermaksud ‘self-governed’
(pemerintahan sendiri).Sistem ini boleh didefinisikan sistem saraf motor yang mengawal
kelenjar-kelenjar, otot-otot kardiak, dan otot licin. Juga dikenali sebagai sistem motor
visera untuk membezakannya daripada sistem motor somatik yang mengawal otot-otot
rangka.
Organ sasaran utama sistem saraf autonomik ialah visera toraks dan bahagian rongga
abdomen dan sesetengah struktur dinding badan, termasuklah sistem salur darah
cutaneus, kelenjar peluh, dan otot piloerektor. Sistem saraf autonomik ialah sebahagian
daripada sistem saraf periferi dan ia mengawal banyak organ dan otot-otot di dalam
badan. Dalam kebanyakan situasi, kita tidak sedar tentang pergerakan sistem saraf
autonomik ini kerana fungsi-fingsinya yang berlaku tanpa dikawal atau secara
automatik. Sebagai contoh, kita tidak sedar apabila salur-salur darah kita berubah saiz
atau apabila jantung kita berdegup dengan lebih pantas.
Walaubagaimanapun, penggunaan terapi biofeedback menunjukkan bahawa
sesetengah orang dapat dilatih untuk mengawal beberapa fungsi sistem saraf
autonomik seperti kadar denyutan jantung atau tekanan darah.
Efektor visera tidak bergantung pada fungsi sistem saraf autonomik, tetapi
menyesuaikan aktivitinya mengikut keperluan badan. Contohnya, jantung tetap
berdenyut walaupun semua saraf autonomik mengalami masalah, tetapi sistem saraf
autonomik mengawal kadar denyutan jantung semasa bersenam atau berehat. Jika
saraf somatik yang mengawal otot rangka tidak dapat berfungsi, otot-otot menjadi
lumpuh – dan tidak dapat lagi berfungsi. Tetapi jika saraf autonomik yang mengawal
kardiak atau otot licin tercedera, otot-otot lebih peka terhadap gerakbalas (denervation
hypersensitivity).
Sistem saraf autonomik penting dalam dua waktu:
Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik
________________________________________________________________________________________________

1. Pada waktu kecemasan atau tertekan (memberi kesan ‘fight or flight’)


2. Pada waktu bukan kecemasan yang membolehkan kita berehat dan menghadam
makanan (rest and digest)
Sistem saraf autonomik mengawal:

• Otot-otot:
Kulit (folikel-folikel rambut dan otot-otot licin)
Sekitar salur-salur darah (otot-otot licin)
Mata (iris, otot licin)
Perut, usus, dan pundi kencing (otot licin)
Jantung (otot nadi)
• Kelenjar-kelenjar

2.0 Pusat kawalan fungsi autonomik


Sistem saraf autonomik bukanlah sistem saraf yang dikawal secara sendiri. Semua
output asalnya daripada sistem saraf pusat dan semua inputnya dari korteks serebral
(cerebral cortex), hipotalamus, medula oblongata, dan cabang somatik sistem saraf
periferi.

2.1 Korteks Serebral (The Cerebral Cortex)


Walaupun selalunya kita tidak dapat mengawal sistem saraf autonomik secara sedar,
sangat jelas bahawa minda dapat mempengaruhinya. Kemarahan dapat menaikkan
tekanan darah, ketakutan membuatkan denyutan jantung bertambah kencang,
memikirkan makanan yang sedap dapat membuatkan perut kita berkeroncong,
memikirkan tentang imej seksual akan merangsang pengaliran darah ke organ seks,
dan kemurungan dapat menghalang fungsi-fungsi seksual. Sistem anggota badan
(limbic system) merupakan satu bahagian ‘lama’ pada korteks serebral, terlibat dalam
pelbagai respons emosi dan ada hubungan yang meluas dengan hipotalamus, kawasan
di mana beberapa nucleus kawalan autonomik berada. Oleh itu, sistem tubuh badan
menyediakan ruang yang menghubunngkan antara pancaindera (sensory) dan
pengalaman-pengalaman mental dengan sistem saraf autonomik.
Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik
________________________________________________________________________________________________

2.2 Hipotalamus
Jika kawasan major sistem saraf pusat yang mengawal sistem motor somatik adalah
motor korteks yang utama. Kawasan hubungan kecil yang berada pada lantai otak
mengandungi banyak nucleus untuk fungsi-fungsi yang primitif seperti lapar, dahaga,
dan regulasi haba (thermoregulation), emosi dan seksualiti. Rangsangan artificial
daripada pelbagai kawasan hipotalamus dapat mengaktifkan respon tipikal sistem saraf
simpatetik (fight or flight) atau kesan tipikal parasimpatetik (tenang). Output daripada
hipotalamus bergerak secara besar-besaran kepada nukleus-nukleus dalam
kebanyakan kawasan kaudal (ekor) tangkai otak, dan daripada situ ke saraf-saraf
kranial dan neuron-neuron simpatetik pada saraf tunjang.

2.3 Otak tengah, Pons, dan Medula Oblongata (Midbrain, Pons, and Medulla
Oblongata)
Kawasan-kawasan ini adalah rumah kepada sejumlah nukleus-nukleus autonomik,
pusat-pusat kardiak dan kawalan vasomotor, air liur, pengecutan dan pembesaran anak
mata, serta beberapa fungsi primitif yang lain. Kebanyakan nukleus-nukleus adalah
dalam formasi reticular yang memanjang dari medula ke hipotalamus. Output
autonomik daripada nukleus-nukleus ini bergerak dari saraf tunjang dan akumulator,
muka, glossopharyngeal, dan saraf vagus.

2.4 Saraf tunjang


Refleks autonomik seperti membuang air besar (defecation), membuang air kecil
(urination), ereksi, dan ejakulasi adalah berada di dalam saraf tunjang. Untungnya otak
membenarkan proses membuang air besar dan kecil dilakukan secara sedar. Namun
apabila terdapat kecederaan-kecederaan yang memisahkan sebahagian hubungan di
antara saraf tunjang dari otak, refleks autonomik sahaja yang akan mengawal
pengeluaran urin dan najis.

3.0 Bahagian-bahagian dalam Sistem Saraf Autonomik


Sistem saraf autonomik terbahagi kepada 2 bahagian/ subsistem:
1. Sistem saraf Simpatetik (Sympathetic Nervous System)
2. Sistem Saraf Parasimpatetik (Parasympathetic Nervous System)
Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik
________________________________________________________________________________________________

Terdapat perbezaan anatomi dan fungsi-fungsi di antara kedua-dua bahagian ini, tetapi
selalunya bertindak pada organ yang samadan mungkin bekerjasama atau mempunyai
kesan yang berbeza.
3.1 Sistem saraf simpatetik (Sympathetic Nervous System)
Sistem saaf simpatetik bermula dari saraf tunjang. Secara spesifik, sel-sel saraf
tunjang. Secara spesifiknya, sel-sel badan neuron yang pertama (neuron
pregangalionik) terletak di dalam saraf tunjang toraks dan lumbar. Akson-akson
daripada neuron-neuron ini dibawa kepada rantaian gangliayang terletak berhampiran
saraf tunjang. Dalam kebanyakan kes, neron ini akan melakukan proses sinaps dengan
neuron yang lain di dalam (post-ganglionic neuron) ganglion . beberapa neuron
preganglionik dipindahkan kepada ganglia yang lain yang berada di luar rantaian
simpatetik dan melakukan proses sinaps di situ. Neuron post-ganglionikkemudiannya
dipindahkan ke kawasan sasaran – samada otot atau kelenjar.
Dua lagi fakta tentang saraf-saraf simpatetik: proses sinaps yang berlaku di dalam
ganglion menggunakan acetylcholine sebagai neurotransmitter, manakala sinaps yang
berlaku di dalam neuron post-ganglionik menggunakan norepinephrine sebagai
neurotransmitter. Namun begitu terdapat satu pengecualian: neuron post-ganglionik
simpatetik yang merangsang kelenjar peluh menggunakan acetylcholine.
Memberi kesan tindakan ‘lawan atau lari’ (fight or flight) dengan cara meningkatkan
penjanaan tenaga badan dan menghentikan proses penghadaman.
Melencongkan aliran darah jauh dari usus perut (Gastro-intestinal/GI) dan kulit
melalui proses penyempitan salur darah (vasoconstriction).
Darah mengalir ke otot-otot rangka, kadar paru-paru dikekalkan dan ditingkatkan
(sehingga 1200% dalam kes otot rangka)
Membesarkan bronkiol paru-paru, yang membenarkan pertukaran oksigen yang
lebih banyak pada alveolar.
Meningkatkan kadar denyutan jantung dan kontraksi sel-sel nadi kardiak (miosit)
yang membekalkan mekanisma yang membekalkan mekanisma untuk
meningkatkan pengaliran darah darah ke otot-otot rangka.
Memmbesakan anak mata dan merehatkan lensa/kanta mata untuk
membenarkan lebih banyak cahaya memasuki mata.
Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik
________________________________________________________________________________________________

Berlaku proses pengembangan (vasolidation) salur koronari untuk jantung.


Memberhentikan proses peristalsis.

3.2 Sistem Saraf Parasimpatetik (Parasympathetic Nervous System)


Sel-sel badan sisten saraf parasimpatetik terletak di dalam saraf tunjang (sacral region)
di dalam medula oblongata. Dalam medula, saraf kranial ΙΙ, V , ΙΧ, dan
membentuk fiber preganglionik simpatetik. Fiber preganglionik daripada medula atau
saraf tunjang membawa impuls kepada ganglia berhampiran dengan organ sasaran
dan berlaku proses sinaps di situ. Proses sinaps ini menggunakan acetylcholine
sebagai meurotransmitter. Daripada ganglion ini, neuron post-ganglionik membawa
impuls ke organ sasaran dan menggunakan acetylcholine sekali lagi pada terminalnya.
Memberikan kesan tindakan ‘rehat dan hadam’ (rest and digest), menyebabkan sistem
saraf kembali tenang dan menjalankan fungsi-fungsinya yang biasa, dan proses
penghadaman berjalan seperti biasa.
Melebarkan salur darah supaya dekat dengan usus perut (gastro-intestinal/GI)
untuk meningkatkan pengaliran darah ke kawasan ini. Proses ini penting untuk
menghadamkan makanan, disebabkan lebih banyak metabolisma diperlukan di
perut untuk badan.
Sistem saraf Parasimpatetik boleh mengecilkan diameter bronkiol apabila
keperluan oksigen berkurangan.
Ketika proses akomodasi/penyesuaian diri , sistem saraf parasimpatetik
menyebabkan berlakunya pengecutan pada anak mata dan lensa.
Sistem saraf parasimpatetik merangsang pengeluaran air liur, dan aktiviti
peristalsis, proses penghadaman dan penyerapan nutrien-nutrien oleh badan.
Ia turut melibatkan ereksi pada organ seks melalui saraf pelvik splanknik (pelvic
splanchnic nervous) 2-4.

Berikut merupakan ringkasan tentang kesan stimulasi simpatetik dan parasimpatetik.


Kesannya adalah bertentangan di antara satu sama lain.
Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik
________________________________________________________________________________________________

Sasaran Kesan simpatetik dan jenis Kesan parasimpatetik (otot)


reseptor
Mata

Iris Pembesaran anak mata Pengecilan anak mata

Otot silia dan lensa Pengenduran untuk visual jauh Pengecutan untuk visual

tiada dekat

Kelenjar lakrimal (air mata) Pengeluaran


Sistem integumentari (kulit)

Kelenjar peluh merokrin Pengeluaran (muscarinic) Tiada kesan


(penyejukan)

Kelenjar peluh apokrin (bau) Pengeluaran Tiada kesan


Otot piloerektor Ereksi rambut Tiada kesan
Tisu adipos Pengurangan pemecahan lemak Tiada kesan

Meningkatkan pemecahan
lemak
Medula adrenal Pengeluaran hormon (nikotin) Tiada kesan
Sistem peredaran darah

Daya dan kadar jantung Meningkat Berkurangan

Arteri koronari Pengembangan Sedikit pengembangan

Pengecutan

Salur darah visera Pengecutan Pengembangan

Salur darah otot rangka Pengembangan Tiada kesan

Salur darah kulit Pengecutan Pengembangan, kemerah-


merahan

Platlet (pembekuan darah) Pembekuan meningkat Tiada kesan


Sistem pernafasan

Bronki dan bronkiol Pembesaran (bronchodilation) Pengecilan


(bronchoconstriction)

Kelenjar mukus Pengurangan pengeluaran Tiada kesan

Peningkatan pengeluaran
Sistem perkumuhan

Buah pinggang Mengurangkan pengeluaran urin Tiada kesan


Anatomi dan Fisiologi: Sistem Saraf Autonomik
________________________________________________________________________________________________

Dinding pundi kencing Tiada kesan Kontraksi

uretra Kontraksi, penahanan urin Rehat, urin dikeluarkan


Sistem penghadaman

Kelenjar liur Pengeluaran mukus tebal Pengeluaran sedikit serous

Usus perut Berkurangan Meningkat

Cecair usus perut Berkurangan Meningkat

Hati Pemecahan glikogen sintesis glikogen

Pengeluaran enzim pankreas Berkurangan meningkat

Pengeluaran insulin pankreas Berkurangan tiada kesan

Meningkat
Sistem pembiakan

Ereksi organ seks Tiada kesan Stimulasi

Pengeluaran kelenjar Tiada kesan Stimulasi

Orgasm, peranan otot licin Stimulasi Tiada kesan

Uterus Rehat Tiada kesan

Kontraksi bersalin