Anda di halaman 1dari 4

Sepanjang menjalani kursus SCE 3115:PenyelidikanTindakan II Sains Pendidikan Rendah, saya telah memperolehi pelbagai pengalaman amat bermakna

dan bermanfaat bagi saya sebagai seorang bakal guru. Pengalaman menjalani kajian tindakan ini telah memantapkan keperibadian diri saya sebagai seorang guru. Proses menjalani kerja kursus ini telah melengkapkan diri saya dengan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk penulisan ilmiah. Walaupun penulisan ilmiah merupakan sesuatu yang tidak asing bagi saya sepanjang menjalani kursus PISMP bagi major Sains, namun demikian melalui penulisan laporan kajian tindakan yang telah dijalankan, saya telah didedahkan dengan cara penulisan laporan yang berbentuk ilmiah dengan berkesan. Tindakan pensyarah pembimbing saya yang telah membetulkan kesilapan saya dan meminta saya melakukan penambahbaikan beberapa kali telah memperbaiki dan memantapkan cara penulisan saya. Penambaikkan yang dilakukan dari semasa ke semasa telah meningkatkan kualiti laporan saya. Seterusya, melalui penulisan laporan kajian tindakan, saya telah mempelajari cara mempersembahkan data serta maklumat dalam penulisan ilmiah secara sistematik dan tersusun. Apabila dibandingkan dengan draf laporan yang pertama dan terkini, saya telah menyedari bahawa pada mulanya, maklumat serta data hasil kajian tindakan yang dijalankan tidak dipersembahkan secara sistematik dan mengelirukan pembaca. Setelah melakukan

penambahbaikkan beberapa kali, laporan yang terkini dapat menyampaikan kandungan kajian tindakan yang dijalankan dengan jelas tanpa mengelirukan pembaca. Bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pensyarah pembimbing saya telah menyedarkan saya bahawa penggunaan jadual dan rajah yang sesuai, penggunaan struktur ayat yang betul serta penyusunan maklumat mengikut urutan yang betul merupakan aspek-aspek yang harus ditekankan bagi memudahkan pembaca memahami kajian tindakan yang dijalankan tanpa sebarang kekeliruan. Kemahiran ini dapat saya mengaplikasikan bukan sahaja dalam menjalankan kajian tindakan yang selanjutnya, malah juga dalam tugasan-tugasan yang lain. Bukan itu sahaja, malah kajian tindakan yang dijalankan telah menggalakkan proses pemikiran yang berterusan dalam diri saya. Sepanjang menjalankan kajian tindakan ini, pelbagai isu dan persoalan yang telah dibangkitkan hasil perbincangan dengan pensyarah-pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan telah menggalakkan saya berfikir dengan lebih mendalam bagi menilai keberkesanan kajian saya. Proses pemikiran yang berterusan sepanjang melaksanakan kajian

tindakan ini telah menggalakkan saya melakukan lebih banyak pembacaan bagi menjawab persoalan yang timbul. Proses pemikiran dan pembacaan yang berterusan bagi memastikan kajian yang dijalankan memberi impak yang positif kepada warga pendidik telah membantu saya mengembangkan pengetahuan saya dalam kajian ini. Ini telah membantu saya menjawab persoalan yang ditanya oleh pensyarah saya semasa pelaksanaan seminar. Selain itu, perancangan seminar yang juga merupakan salah satu komponen utama dalam kursus ini telah membuka ruang bagi saya untuk mempelajari sesuatu yang baru dan bermanfaat. Pertama sekali, melalui perancangan seminar, saya telah didedahkan dengan prosedur-prosedur yang perlu dilaksanakan bagi menjalankan seminar penyelidikan tindakan dengan Berjaya seperti penyediaan kertas kerja, pembentukan ahli jawatankuasa, pembahagian tugas, penempahan tempat serta peralatan, penyediaan sijil, penyediaan serta pengedaran jemputan, pelaksanaan latihan dan banyak lagi. Walaupun saya ditugaskan untuk menyediakan sijil, namun demikian melalui mesyuarat serta perbincangan dengan ahli jawatankuasa yang lain, saya telah mengetahui cara pelaksanaan tugasan dalam bidang-bidang yang lain. Ini telah membantu melengkapkan diri saya dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mengelola sebuah seminar. Sekiranya saya ditugaskan untuk mengelola sebuah seminar atau program-program lain apabila ditugaskan ke sekolah, saya mempunyai keyakinan bahawa saya dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan baik. Penglibatan dalam aktiviti seminar sudah tentu dapat membantu mengembangkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan oleh seorang guru selain kemahiran mengajar. Pada pandangan saya, seminar yang telah dirancang telah dapat dilaksanakan dengan berjaya disebabkan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pelajar guru Sains 1 dan Sains 2. Walaupun pelbagai masalah telah ditempuhi pada saat-saat akhir, kerjasama di antara kami telah memastikan setiap tugasan dijalankan dengan baik bagi menjayakan seminar ini. Semangat tolong menolong antara satu sama lain telah mempermudahkan pelaksanaan seminar ini seperti yang dirancang. Kerjasama yang jelas ditonjolkan telah membuka mata saya bahawa kerjasama dalam sesebuah organisasai merupakan aset yang amat penting bagi mencapai sesuatu matlamat. Tambahan pula, tunjuk ajar, bimbingan, dorongan serta teguran yang diberikan oleh pensyarah pembimbing sepanjang masa juga merupakan kunci kejayaan seminar ini.Panduan yang diberikan oleh mereka telah memandu kami ke arah kejayaan.

Bukan itu sahaja, malah pelaksanaan seminar penyelidikan tindakan telah mendedahkan saya dengan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi danteknik yang baru yang boleh diaplikasikan dalam amalan pendidikan. Persembahan rakan-rakan yang lain yang sangat berinformatif telah membuka ruang bagi saya untuk mengetahui pelbagai cara untuk menyampaikan ilmu dengan berkesan. Melalui persembahan rakan-rakan saya, saya telah mempelajari kaedah-kaedah yang baru seperti jadual hipotesis dan KLEW yang dapat saya manfaatkan apabila saya bertugas sebagai seorang guru. Pengetahuan yang diperolehi hasil persembahan rakan-rakan yang lain dapat saya aplikasikan dalam pengajaran saya kelak. Ini secara tidak langsung telah menyedarkan saya akan kepentingan menjalankan kajian tindakan oleh warga pendidik bagi meningkatan mutu dan kualiti pengajaran yang disampaikan kepada murid-murid. Kajian tindakan sebegini dapat membuka ruang kepada pendekatan-pendekatan yang baru dan berinovatif dalam pengajaran yang dapat diaplikasikan oleh guru-guru di sekolah. Walaupun proses menjalani kajian tindakan ini telah berjalan dengan lancar, namun demikian pelbagai masalah telah dihadapi bagi menjayakan kajian tindakan ini. Kesuntukan masa merupakan salah satu masalah yang telah saya hadapi sepanjang melaksanakan kajian ini. Saya terpaksa melakukan kajian tindakan dalam keadaan tergesa-gesa kerana terpaksa melaksanakan tugasan-tugasan lain sepanjang Intership dan tugasan kursus-kursus lain. Walau bagaimapun, pengalaman menjalankan tugasan yang banyak dalam jangka masa yang singkat merupakan satu pengajaran bagi saya bahawa pengurusan masa yang efektif adalah amat penting dalam melaksanakan sesuatu tugasan. Tanpa pengurusan masa yang efektif, sesuatu tugasan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Tambahan pula, saya juga telah menyedari bahawa kerjakerja pada saat-saat akhir adalah amat penting bagi mengelakkan sebarang masalah. Akhir sekali, persembahan kajian tindakan saya di hadapan pensyarah serta rakan-rakan yang lain telah membina keyakinan dalam diri saya. Walaupun pada mulanya, saya berasa takut, namun demikian pengalaman mempersembahkan kajian saya di hadapan warga Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah membina keyakinan dalam diri saya untuk berucap. Pengalaman sebegini dapat meningkatkan keyakinan serta keberanian dalam diri saya dan menghilangkan rasa rendah diri dalam diri saya. Oleh itu, pengalaman yang amat bermakna dan bermanfaat sepanjang menjalankan kajian tindakan ini dapat saya jadikan sebagai panduan serta ikhtibar dalam menjalankan

tanggungjawab saya sebagai seorang guru. Kajian tindakan yang dijalankan telah membina dan memantapkan keperibadian diri saya sebagai seorang guru.

Anda mungkin juga menyukai