Anda di halaman 1dari 26

HBPE2203

UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

PENGENALAN SEGAK Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur. SEGAK mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat. Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Definisi Kecergasan Fizikal Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya. Falls, 1980

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Ujian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK)
Pengenalan : Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Gopeng, Gopeng. Ujian ini telah dilaksanakan terhadap murid Tahun Enam Ibnu Khaldun iaitu seramai 18 orang murid terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Matlamat Program SEGAK Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkatkan dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum Objektif Program SEGAK Objektif ujian ini dijalankan adalah untuk memastikan murid dapat : 1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; 2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; 3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; 4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik, 5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Prosedur Program SEGAK Murid Tahun Enam perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal sperti yang telah dicadangkan dalam buku panduan. Prosedur dan teknik ujian yang akan dilaksanakan adalah mengikut

peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma. Ujian ini dijalankan semasa waktu pengajaran Pendidikan Jasmani dan hasil ujian diperolehi pada hari ujian ini dijalankan. Semua murid Tahun Enam telah dilatih secukupnya pada waktu Pendidikan Jasmani sebelum ini iaitu selama sebulan. Murid akan melakukan ujian ini secara individu. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini. 2

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Sebagai persedian awal, sebelum ujian ini dijalankan semua murid akan melakukan aktiviti memanas badan. Ujian ini telah dilaksanakan mengikut urutan secara berterusan iaitu : i. ii. iii. iv. Naik Turun Bangku ( 3 minit ) Tekan Tubi ( 1 minit ) Ringkuk Tubi Separa (1 minit ) Jangkauan Melunjur

Aktiviti Memanaskan Badan Murid mesti melakukan aktiviti memanaskan badan sebelum memulakan ujian kecergasan ini seperti; i. Regangan otot bahu, tangan, pinggang dan kaki. ii. Lari setempat, lompat, skip atau turun naik bangku

Di akhir ujian ini, semua murid akan melakukan aktiviti menyejukan badan sebelum dibenarkan kembali ke bilik darjah. Di antara aktiviti memanaskan badan ialah : i. ii. Berjalan perlahan-lahan selama 3 minit. Regang otot bahu, tangan, pinggang dan kaki perlahan-lahan.

Faktor-Faktor Keselamatan Faktor keselamatan sebelum ujian ini dijalankan dititikberatkan bagi memastikan semua murid dapat melaksanakan ujian SEGAK ini. Semua murid Tahun Enam perlu memakai pakaian Pendidikan Jasmani. Murid yang akan dikecualikan menjalani ujian ini jika i. ii. iii. disahkan oleh Pegawai Perubatan tidak layak mengambil ujian kecergasan fizikal; mengidap penyakit kronik, tidak sihat pada waktu ujian.

Alatan dan kawasan ujian juga dipastikan selamat serta sesuai dengan ujian yang hendak dijalankan. Sepanjang ujian SEGAK ini dijalankan, guru akan mengawasi semua aktiviti yang akan dilakukan oleh murid Tahun Enam ini

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Ukuran Antropometrik Nama Ujian Objektif Tahap Jantina Alatan dan kemudahan Indeks Jisim Badan (BMI-for-age) Menilai komposisi badan individu Murid Tahun 6 Ibnu Khaldun Lelaki dan Perempuan i. 11 murid lelaki ii. 7 murid perempuan i. Pengukur tinggi ii. Penimbang berat iii. Borang skor i. Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur ketinggian dalam meter. ii. Rujuk jadual untuk mengenal pasti komposisi berat badan. Tiga orang murid lelaki tidak dibenarkan untuk menjalani ujian ini kerana kesihatan tidak mengizinkan dan telah mendapat rawatan di Klinik Kesihatan .

Prosedur

Catatan

Formula BMI Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg) Tinggi (m) x Tinggi (m)

Jadual BMI Lelaki Umur (Tahun) 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Kurang berat <14.0 <14.2 <14.6 <15.0 <15.4 <16.0 <16.6 <17.2 <17.8 Normal 14.0 14.2 14.6 15.0 15.4 16.0 16.6 17.2 17.8 18.6 19.4 20.2 21.0 21.8 22.6 23.4 24.2 24.8 Berisiko Berat Berlebihan >18.6 - 21.0 >19.4 - 22.2 >20.2 - 23.2 >21.0 - 24.2 >21.8 - 25.2 >22.6 - 26.0 >23.4 - 26.8 >24.2 - 27.6 >24.8 - 28.2 Berat berlebihan >21.0 >22.2 >23.2 >24.2 >25.2 >26.0 >26.8 >27.6 >28.2

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Perempuan Umur (Tahun) 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Kurang berat <14.8 <14.0 <14.4 <14.8 <15.3 <15.8 <16.3 <16.8 <17.3 Normal 14.8 14.0 14.4 14.8 15.3 15.8 16.3 16.8 17.3 19.2 19.9 20.8 21.6 22.5 23.2 24.0 24.5 25.2 Berisiko Berat Berlebihan >19.2 - 21.8 >19.9 - 22.9 >20.8 - 24.0 >21.6 - 25.2 >22.5 - 26.2 >23.2 - 27.2 >24.0 - 28.0 >24.5 - 28.8 >25.2 - 29.6 Berat berlebihan >21.8 >22.9 >24.0 >25.2 >26.2 >27.2 >28.0 >28.8 >29.6

(Rujukan: National Centre For Chronic Disease Prevention And Health Promotion 2000)

Prinsip Latihan Untuk mengelakkan kecederaan dan meningkatkan prestasi, murid perlu mematuhi prinsip-prinsip latihan kecergasan seperti berikut: i. Prinsip tambah bebanan - Ketika menjalani latihan, penambahan beban perlu dibuat secara beransur- ansur berdasarkan kemampuan agar tidak mendatangkan kecederaan. Keadaan ini melatih otot bekerja lebih kuat seterusnya meningkatkan kecergasan. ii. Prinsip perbezaan individu - Kemampuan dan keupayaan individu adalah berbeza. Guru harus menyesuaikan aktiviti latihan mengikut keupayaan individu. iii. Prinsip kekhususan - Latihan fizikal yang dijalankan perlulah diberikan berdasarkan keperluan kecergasan individu dan jenis sukan yang diceburi. iv. Prinsip kebolehbalikan - Kesan atau hasil latihan bukanlah sesuatu yang kekal. Sekiranya latihan tidak dilakukan secara berterusan, penurunan dalam prestasi akan berlaku v. Prinsip kepelbagaian latihan - Program latihan perlu dipelbagaikan untuk mengekalkan minat individu dalam sesuatu aktiviti bagi mengelakkan rasa bosan atau tiada minat untuk melakukan aktiviti tersebut 5

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Pelaporan i. ii. iii. Murid perlu merekod hasil ujian mereka. Guru mengesahkan ujian yang telah dilakukan oleh murid. Guru melaporkan hasil ujian dalam laporan Penilaian Kendalian Sekolah.

Laporan Ujian SEGAK. Bagi melapor dan menganalisis data yang diperoleh, maka daripada skor ujian, guru akan mencari min, median, mod, sisihan piawai serta varian skor-skor kumpulan murid yang telah menjalani ujian ini. i. Apakah Min

Min ialah purata sesuatu set data ataupun skor. Min mudah dikira,sekiranya bilangan data adalah kecil,tetapi agak susah dikira bagi data yang banyak. Min adalah satu kaedah yang selalu digunakan untuk mengukur kecenderungan memusat yang mewakili purata artimatik suatu set pencerapan. Ia dikira dengan mencampurkan jumlah skor dan dibahagikan dengan jumlah bilangan skor. ii. Apakah Mod

Mod ialah nilai yang paling kerap berulang dalam set data. Ia diwakili oleh titik tertinggi dalam keluk taburan sesuatu set data. Nilai mod pula boleh diperoleh dengan menyusun data yang tidak terkumpul itu secara menaik atau menurun. iii. Apakah Median Median ialah skor tengah apabila jumlah bilangan skor adalah ganjil atau nilai purata dua skor di tengah-tengah taburan jika jumlah bilangan skor adalah genap dalam satu susunan taburan menaik atau menurun iv. Apakah Sisihan Piawai

Sisihan Piawai ialah ukuran kebolehubahan atau sebaran skor-skor.

Ia merupakan sejauh mana skor berubah keliling min. Semakin kecil nilai sisihan piawai, semakin kecil sebaran skor dalam taburan. Ini membawa implikasi bahawa data adalah berhampiran antara satu sama lain (homogen). Begitu juga, semakin besar nilai sisihan piawai, semakin besar sebaran skor dalam taburan. Ini bermakna data adalah tersebar luas antara satu sama lain (heterogen).
6

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

v.

Apakah Varian.

Varian dianalisis bagi membuat inferen tentang sama ada sampel yang diambil daripada populasi mempunyai min yang sama atau tidak. Dengan ini, kita dapat membandingkan min lebih daripada dua sampel. Ia juga adalah cara yang baik untuk menentukan ketepatan min. Analisis Data Skor Ujian SEGAK. Data ini dianalisis setelah skor-skor diberikan kepada murid. Data ini diproses dan dianalisis menggunakan perisian Microsoft Office Excel. Berikut merupakan contoh borang ujian SEGAK bagi sekolah rendah
TAHUN 5 BIL JENIS UJIAN PENGGAL 1 ( APRIL ) Bil.Ulangan /Masa/Jarak 1 2 3 4 Naik Turun Bangku Tekan Tubi Ringkuk tubi Separa Jangkauan Melunjur JUMLAH SKOR Gred Skala ( A/B/C/D ) INDEKS JISIM BADAN Tarikh Ujian Tandatangan Guru PJPK Skor PENGGAL 2 ( OKT. ) Bil.Ulangan /Masa/Jarak Skor

ULASAN GURU

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Berikut Merupakan Norma Skor Bagi Ujian SEGAK Murid Tahun 5. NORMA SKOR SEGAK LELAKI 11 TAHUN SKOR Naik Turun Bangku Tekan Tubi Ringkuk Tubi Separa Jangkauan Melunjur

5
78 ke atas 16 ke atas 19 ke atas 39 ke atas

4
79 hingga 101 13 hingga 15 16 hingga 18 32 hingga 38

3
102 hingga 124 9 hingga 12 12 hingga 15 25 hingga 31

2
125 hingga 147 7 hingga 8 8 hingga 13 18 hingga 24

1
148 ke atas 6 ke bawah 7 ke bawah 17 ke bawah

NORMA SKOR SEGAK PEREMPUAN 11 TAHUN SKOR Naik Turun Bangku Tekan Tubi Ringkuk Tubi Separa Jangkauan Melunjur

5
86 ke atas 21 ke atas 18 ke atas 36 ke atas

4
87 hingga 111 17 hingga 20 15 hingga 17 31 hingga 35

3
112 hingga 136 13 hingga 16 11 hingga 14 25 hingga 30

2
137 hingga 161 9 hingga 12 8 hingga 10 19 hingga 24

1
162 ke atas 8 ke bawah 7 ke bawah 18 ke bawah

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Ujian SEGAK yang dijalankan kepada murid Tahun 6 Ibnu Khaldun UJIAN 1 TAHAP TUJUAN JANTINA : : : : NAIK TURUN BANGKU MURID TAHUN 6 UNTUK MENILAI DAYA TAHAN KARDIOVASKULAR LELAKI DAN PEREMPUAN

ALATAN DAN KEMUDAHAN i. ii. iii. iv. v. Bangku ketinggian 30.5 cm (1 kaki) Jam Randik Borang skor Rakaman metronome ( 96 detik) Radio CD

Pengurusan dan organisasi Aktiviti dijalankan secara berpasangan Letakkan bangku di atas lantai yang rata dan selamat ( pastikan bangku tidak bergerak semasa ujian dijalankan) Sediakan rakaman atau metronome rentak 96 detik seminit

Prosedur i. ii. Ujian dijalankan dengan murid memakai kasut sukan yang sesuai. Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (mana yang sesuai)diletakkan di atas bangku iii. iv. Penguji akan memberikan isyarat mula. Murid melakukan pergerakan naik dan turun (kaki kiri naik, kaki kanan turun diikuti kaki kiri turun, kemudian kaki kanan dan seterusnya). Keseluruhan tapak kaki mesti memijak permukaan bangku v. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 96 detik seminit selama 3 minit tanpa berhenti 9

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

vi.

Selepas tamat aktiviti, murid akan duduk serta merta.

vii. viii.

Kadar nadi diambil selepas 5 saat tamat aktiviti. Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid akan dibatalkan

10

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

UJIAN 2

: :

TEKAN TUBI (LELAKI) TEKAN TUBI SUAIAN (PEREMPUAN) UNTUK MENILAI KEUPAYAAN DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT SERTA BAHU BADAN

TUJUAN

TAHAP

MURID TAHUN 6

ALATAN DAN KEMUDAHAN i. ii. iii. iv. Kawasan lapang yang rata Span (5cm lebar x 15 cm panjang x 10 cm tinggi) Jam randik Tilam senaman

Pengurusan dan Organisasi Ujian dilaksanakan secara berpasangan Murid A melakukan ujian dan murid B sebagai pencatat Prosedur i. Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan jari-jari kaki. ii. Badan diluruskan (tekan tubi) -mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan lurus lutut bengkok dan kaki disilang. iii. iv. Badan diluruskan (tekan tubi suaian) Turunkan badan dengan membengkokkan siku hingga dada menyentuh span yang tingginya 10cm. v. vi. vii. viii. Luruskan tangan seperti kedudukan sedia. Kira satu ulangan lakuan. Tekan tubi diteruskan sehingga 1 minit. Skor dikira sekiranya murid melengkapkan prosedur 1-3. Sekiranya murid tidak berupaya meneruskan tekan tubi, skor diambil hanya setakat murid berhenti. 11

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

ix.

x.

Ujian akan ditamatkan sekiranya murid gagal melakukan aktiviti dengan sempurna mengikut arahan dan prosedur yang ditetapkan.

12

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

UJIAN 3 TUJUAN

: :

RINGKUK TUBI SEPARA UNTUK MENGUJI DAYA TAHAN DAN KEKUATAN OTOT ABDOMEN

TAHAP JANTINA

: :

MURID TAHUN 6 LELAKI DAN PEREMPUAN

Alatan dan kemudahan i. ii. iii. iv. v. Pita lekat bersaiz 2.5 cmPita ukur Jam randik Metronome (50 detik seminit) Pelapik getah Penanda 15 cm panjang

Pengurusan dan Organisasi Lekatkan penanda dengan pita pelekat secara selari pada lantai di kiri dan kanan Jarak antara kedua-dua penanda ialah 10 cm. Prosedur i. ii. Ujian dijalankan dengan murid mamakai kasut sukan yang sesuai. Murid A baring dengan lutut bengkok 90 darjah dan tapak kaki sentiasa menyentuh lantai.Buka kaki seluas bahu. iii. iv. Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari penanda pertama. Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menggelongsor hingga menyentuh penanda kedua. v. Bahagian bawah atau belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal. vi. Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman metronome dengan kadar 50 detik seminit selama 1 minit. vii. Murid B akan mengambil skor dan ulangan murid A. 13

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

viii.

Ujian akan ditamatkan sekiranya : Murid A berhenti melakukan ujian Jari tidak menyentuh penanda kedua dan Tumit diangkat Tidak mengikut rentak rakaman metronome dua kali berturut-turut.

14

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

UJIAN 4 TUJUAN

: :

JANGKAUAN MELUNJUR UNTUK MENGUKUR FLEKSIBILITI BAHAGIAN BELAKANG BADAN, PAHA DAN PINGGUL.

TAHAP JANTINA

: :

MURID TAHUN 6 LELAKI DAN PEREMPUAN

ALATAN DAN KEMUDAHAN i. ii. Alat pengukur jangkauan Borang skor

Pengurusan dan organisasi Gunakan alat pengukur jangkauan yang standard Prosedur i. ii. iii. Murid duduk melunjur tanpa kasut. Tumit kaki diletakan di belakang penanda 23 cm. Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Tapak tangan kanan ditindih di atas belakan tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. Dagu rapat ke dada. Jangkauan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa menyentap. Murid akan diberi 3 percubaan berturut-turut. Percubaan terbaik akan diambil kira. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan.

15

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

16

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Data dan Analisis Ujian SEGAK Bagi Murid Lelaki

JENIS UJIAN DAN SKOR NAMA MURID

JANTINA

Indeks Jisim Badan (BMI)

Naik Turun Bangku

Skor

Tekan Tubi

Skor

Ringkuk Tubi Separa

Skor

Jangkauan Melunjur

Skor

Azaman Razali Muqri Azhar Ramli Hairul Riezal Azizul

L L L L L L L L

22 16 18 15 16 16 18 17

108 180 126 120 108 85 120 174

3 1 2 3 3 4 3 1

34 30 37 30 37 31 32 30

5 5 5 5 5 5 5 5

17 18 30 28 23 25 21 25

4 4 5 5 5 5 5 5

35 30 26 43 37 32 39 36

4 3 3 5 4 4 5 4

Analisis Min Mod Median Sisihan Piawai Varian

Naik Turun Bangku 1 3 3 1.2 1.3

Tekan Tubi 5 5 5 0.0 0.0

Ringkuk Tubi Separa 4 5 5 0.5 0.3

Jangkauan Melunjur 3 4 4 0.7 0.5

17

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Data dan Analisis Ujian SEGAK Murid Perempuan

JENIS UJIAN DAN SKOR

RESPONDEN

JANTINA

Indeks Jisim Badan (BMI)

Naik Turun Bangku

Skor

Tekan Tubi

Skor

Ringkuk Tubi Separa

Skor

Jangkauan Melunjur

Skor

Jamaliah Kamalia Azizah Qhalisha Roziah Aminah Huzaimah

P P P P P P P

22 25 19 19 29 19 21

114 120 108 108 168 120 120

3 3 4 4 1 3 3

25 26 27 29 26 27 31

5 5 5 5 5 5 5

22 11 20 13 22 21 25

5 3 5 3 5 5 5

27 31 23 28 28 27 41

3 4 3 3 3 3 5

Analisis Min Mod Median Sisihan Piawai Varian

Naik Turun Bangku 1 3 3 1.2 1.3

Tekan Tubi 5 5 5 0.0 0.0

Ringkuk Tubi Separa 5 5 5 0.5 0.0

Jangkauan Melunjur 3 3 3 0.6 0.5

18

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Data Keseluruhan Ujian SEGAK


JENIS UJIAN DAN SKOR JANTINA Indeks Jisim Badan (BMI)

NAMA MURID

Naik Turun Bangku

Skor

Tekan Tubi

Skor

Ringkuk Tubi Separa

Skor

Jangkauan Melunjur

Skor

Azaman Razali Muqri Azhar Ramli Hairul Riezal Jamaliah Kamalia Azizah Qhalisha Roziah Aminah Huzaimah Amalina

L L L L L L L L P P P P P P P

22 16 18 15 16 16 18 17 22 25 19 19 29 19 21

108 180 126 120 108 85 120 174 114 120 108 108 168 120 120

3 1 2 3 3 4 3 1 3 3 4 4 1 3 3

34 30 37 30 37 31 32 30 25 26 27 29 26 27 31

5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

17 18 30 28 23 25 21 25 22 11 20 13 22 21 25

4 4 5 5 5 5 5 5 5 3 5 3 5 5 5

35 30 26 43 37 32 39 36 27 31 23 28 28 27 41 Jangkauan Melunjur 3 5 4 0.8 0.6

4 3 3 5 4 4 5 4 3 4 3 3 3 3 5

Analisis Min Mod Median Sisihan Piawai Varian

Naik Turun Bangku 1 4 3 0.5 0.4

Tekan Tubi 5 5 5 0.0 0.0

Ringkuk Tubi Separa 3 5 5 0.9 0.6

19

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Rumusan Dan Dapatan Keseluruhan Ujian. Daripada data yang telah dianalisis, didapati tidak terdapat perbezaan yang ketara antara skor murid lelaki dan murid perempuan. Ini kerana jika dilihat daripada varian yang diperoleh hanya sekitar 0.0 hingga 1.4 sahaja. Ini menunjukkan tiada perbezaan yang ketara antara skor masingmasing. Analisis Ujian Naik Turun Bangku. Ujian naik turun bangku ini adalah bertujuan untuk mengukur daya tahan kardiovaskular murid. Daripada analisis keseluruhan tersebut menampakkan min bagi ujian ini adalah 2. Ini bermakna bahawa kebanyakan murid mempunyai daya tahan kardiovaskular yang rendah. Berikut merupakan jadual tahap mengikut skor.

SKOR

ULASAN Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal

CADANGAN AKTIVITI Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurangkurangnya 20 minit setiap kali.

dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan Kekalkan kecergasan fizikal dengan

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Tingkatkan kecergasan fizikal dengan

Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Perlu mempertingkatkan kecergasan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani. Perlu menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan daya tahan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.

otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

20

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Analisis Ujian Tekan Tubi. Min dan mod bagi ujian ini mendapat skor yang memberansangkan iaitu skor 5. Ini menunjukkan bahawa majoriti murid mempunyai keupayaan daya tahan dan kekuatan otot tangan serta otot bahu yang baik. Berikut merupakan jadual tahap mengikut skor.

SKOR

ULASAN Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal

CADANGAN AKTIVITI Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurangkurangnya 20 minit setiap kali.

dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan Kekalkan kecergasan fizikal dengan

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Tingkatkan kecergasan fizikal dengan

Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Perlu mempertingkatkan kecergasan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani. Perlu menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan daya tahan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.

otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

21

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Analisis Ujian Ringkuk Tubi Separa Hasil daripada analisis ini juga, didapati majoriti murid mendapat skor 5. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai daya tahan dan kekuatan otot abdomen yang amat baik. Ini juga berkemungkinan daripada daripada indeks jisim badan (BMI) mereka juga rata-ratanya dan boleh dikatakan majoriti mereka mempunyai berat badan yang ideal. Oleh yang demikian, mereka juga mempunyai daya tahan dan kekuatan abdomen yang baik. Berikut merupakan ulasan dan cadangan yang boleh diberikan kepada murid berdasarkan skor.

SKOR

ULASAN Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal

CADANGAN AKTIVITI Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurangkurangnya 20 minit setiap kali.

dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan Kekalkan kecergasan fizikal dengan

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Tingkatkan kecergasan fizikal dengan

Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Perlu mempertingkatkan kecergasan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani. Perlu menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan daya tahan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.

otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

22

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Analisis Ujian Jangkauan Melunjur. Analisis min, median dan mod menampakkan skor 4. Ini bermakna murid-murid mempunyai fleksibiliti dan kelenturan yang baik juga. Ini juga berkemungkinan mereka mempunyai BMI yang ideal, maka kelenturan mereka juga baik. Berikut merupakan ulasan dan cadangan yang diberikan kepada murid berdasarkan skor yang mereka perolehi

SKOR

ULASAN Tahniah. Kekalkan kecergasan fizikal

CADANGAN AKTIVITI Lakukan latihan 3 kali seminggu sekurangkurangnya 20 minit setiap kali.

dengan meneruskan latihan berkala supaya tidak berlaku kebolehbalikan Kekalkan kecergasan fizikal dengan

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Tingkatkan kecergasan fizikal dengan

Lakukan latihan 3 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

meneruskan latihan berkala dan melakukan prinsip tambah bebanan. Perlu mempertingkatkan kecergasan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

fizikal. Dapatkan nasihat guru Pendidikan Jasmani. Perlu menjalani latihan yang khusus untuk membina kekuatan dan daya tahan

Lakukan latihan 4 kali atau lebih seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali

Disiplinkan diri. Lakukan aktiviti tekan tubi selama 5 minit setiap pagi dan petang. Lakukan riadah dan bersukan setiap hari.

otot dengan bimbingan guru Pendidikan Jasmani.

23

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

Cadangan Penambahbaikan Bagi Proses Pelaksanaan. Sepanjang ujian SEGAK ini dijalnkan , terdapat beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti. Antaranya adalah : 1. Didapati beberapa orang murid tidak melakukan aktiviti memanaskan badan dengan baik. Ini menyebabkan mereka berkemungkinan mendapat kecederaan selepas ujian ini. Bagi menambahbaik lagi, guru PJK seharusnya memastikan terlebih dahulu semua murid melakukan aktiviti memanaskan badan terlebih dahulu sebelum melakukan ujian. Aktiviti memanas badan ini dilakukan secara berkumpulan. Jika didapati mereka tidak melakukan aktiviti memanaskan badan dengan baik, maka mereka tidak dibenarkan melakukan ujian. 2. Dari aspek peralatan juga perlu ditambahbaik lagi. Ini kerana, semasa murid melakukan ujian tekan tubi, mereka tidak disediakan dengan pelapik bagi melapik dan meletakkan lutut (murid perempuan) semasa melakukan tekan tubi. Ini boleh menyebabkan kecederaan berlaku pada murid. 3. Dari aspek murid sendiri, terdapat murid yang sukar untuk mengenalpasti nadi mereka sendiri semasa melakukan ujian naik turun bangku. Ini menyebabkan mereka mungkin tersilap mengira denyutan nadi mereka. Hal ini menyebabkan tahap keesahan dan kebolehpercayaan ujian menjadi rendah. 4. Terdapat juga murid yang agak malu untuk melakukan item-item ujian ini. Terutamanya murid-murid perempuan. Ini kerana mereka agak malu untuk melakukan aktiviti bersamasama dengan murid-murid lelaki. Ini mungkin kerana mereka tidak mahu diejek mahupun ditertawakan oleh murid-murid lain. Cadangannya, pada masa akan datang, guru perlu menjalankan ujian ini mengikut jantina. Sehari untuk murid lelaki dan keesokkannya untuk murid perempuan pula. Ini penting kerana bagi meningkatkan tahap keesahan dan kebolehpercayaan ujian itu sendiri. Murid yang menjalankan ujian ini akan memberikan komitmen dan berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi mencapai skor dan tahap yang lebih tinggi.

24

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

5. Perlu diwujudkan jawatankuasa yang dapat mengambil tindakan susulan selepas ujian ini dijalankan. Contohnya, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu mengadakan postmortem bagi mengambil tindakan susulan kepada murid-murid yang didapati tidak mencapai tahap yang diinginkan. Ini kerana pada lazimnya, selepas ujian ini dijalankan, skor diambil dan disimpan begitu sahaja tanpa mengambil tindakan susulan kepada murid- murid yang terlibat. Ini menampakkan bahawa ujian ini tidak memberi impak dan kesan yang maksimum kepada murid seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara iaitu melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

4,087 patah perkataan 25

HBPE2203
UJIAN,PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

HBPE 2203
UJIAN, PENGUKURAN DAN PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN JASMANI

SEMESTA SEPTEMBER / 2013

NAMA NO. K/P

: AL HASSAN BIN ERON : 631110-01-5483

NO. MATRIK : 631110015483001

26

Anda mungkin juga menyukai