Anda di halaman 1dari 2

SOALAN 1:

Purata adalah nilai titik tengah antara nilai yang tertinggi dan terendah bagi sesuatu item. Formula bagi purata :

SOALAN 2:

PERWAKILAN DATA Dalam perwakilan data terdapat pelbagai peringkat yang merangkumi peringkat mengumpul,

mengurus, mewakilkan data, membuat analisa dan menginterpretasikan data kepada bentuk yang lebih mudah difahami secara visual seperti carta dan graf. Dalam bahasa mudah, setelah semua data diperolehi, ia akan dipersembahkan ke dalam bentuk yang mudah ditafsirkan oleh pengguna seperti carta dan graf. Terdapat pelbagai bentuk carta dan graf yang digunakan dalam persembahan statistik iaitu piktogram, carta bar, carta palang, graf garisan, histogram dan lain-lain. Semasa menginterpretasikan data ke dalam bentuk carta dan graf inilah banyak berlaku miskonsepsi di kalangan murid. Antara miskonsepsi yang sering berlaku dalam perwakilan data ialah perwakilan secara simbol dan gambar. Penggunaan simbol dan gambar dengan sebahagian atau pecahan dan bilangan item kerapkali memberikan interpretasi yang salah kepada murid. Kesilapan ini akan mempengaruhi jawapan murid. Contohnya interpretasi yang salah berkaitan piktogram. Piktogram ialah satu bentuk paparan data bergambar khas untuk data kuantitatif seperti data diskret dan data selanjar. Setiap palang dalam histogram bercantum pada sempadan kelas antara satu sama lain. Piktogram ialah perwakilan data yang paling mudah dan ia menggunakan gambarajah yang diwakili oleh siri simbol yang piawai (sama nilai). Di dalam piktogram, data yang ditunjukkan atau diwakilkan berbentuk simbol atau gambar. Kesilapan sering berlaku apabila simbol atau ruang dilukis secara tidak sekata, berbeza saiz dan ruang di antara simbol dan tidak kemas. Ini menyebabkan murid tersalah kira bilangan perwakilan simbol. Tambahan pula, jika murid yang selalu mengambil jalan mudah mengira perwakilan simbol dengan hanya memerhati ruang di antara simbol kemudian membuat anggaran bilangan simbol pada baris yang berikutnya tanpa melihat dengan teliti. Bagi mengatasinya, guru berperanan untuk menjelaskan cara-cara menginterpretasi

piktogram dengan betul langkah demi langkah. Murid-murid juga hendaklah selalu diingatkan agar meneliti setiap perwakilan simbol dan sentiasa merujuk kekunci yang diberi. Gunakan contoh yang jelas supaya murid dapat memperkembangkan kemahiran melukis simbol dengan betul dan mewakili

data dengan tepat. Guru boleh membimbing murid menggunakan teknologi seperti perisian komputer sebagai pengayaan. Di samping itu, miskonsepsi yang sering berlaku dalam topik piktogram ini adalah kesilapan menginterpretasi data yang melibatkan simbol atau gambar yang diwakili sebahagian(pecahan) bilangan item. Murid yang lemah dalam penguasaan fakta asas akan menghadapi kesukaran mengira jumlah bilangan perwakilan simbol. Oleh yang demikian, cara mengatasi kesukaran ini guru bolehlah menggalakkan murid mengira bilangan perwakilan hanya dengan fakta asas sahaja tanpa melibatkan operasi pecahan. Terdapat juga miskonsepsi yang berlaku berkaitan carta palang. Carta palang ialah graf khas yang menggunakan palang atau bar untuk menunjukkan saiz data terutamanya bagi data kualitatif. Dalam carta palang menegak, palang-palang yang menegak dari bawah ke atas digunakan manakala bagi carta palang melintang, palang-palang dilukis dari kiri ke kanan.Jika terdapat perbezaan di antara subkategori, carta palang berganda akan digunakan. Antara perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam graf palang ialah tajuk dan tujuan graf tersebut, paksi-paksi yang mewakili label palang dan bilangan item di setiap palang serta skala yang diberikan. Namun, ada juga graf palang yang boleh mengelirukan sekiranya tidak dibina dengan betul. Miskonsepsi boleh berlaku berkaitan dengan skala pada paksi yang dibina tidak bermula dengan 0 dan selang nombor yang tidak sesuai.

Miskonsepsi murid-murid dalam pengendalian data berkaitan piktograf

Piktograf atau piktogram digunakan untuk menunjukkan data dalam bentuk visual. Piktograf boleh dilukiskan dalam bentuk horizontal (horizontally)atau mengufuk (vertically) menggunakan dua paksi. Kita selalu menggunakan bentuk visual atau gambar sebagai perwakilan sesuatu jumlah atau kuantiti. Perwakilan ini dinamakan sebagai petunjuk (Key). Miskonsepsi yang selalu berlaku berkaitan piktograf ialah kegagalan murid

menghubungkaitkan kegunaan petunjuk (Key) pada sesuatu piktograf dengan bilangan atau jumlah sebenar. Sering kali terjadi murid hanya membilang gambar yang terdapat pada piktograf jika diminta menyatakan bilangan atau jumlah bagi sesuatu kategori. Murid tidak dapat menggunakan petunjuk (Key) yang diberi dengan sebaiknya. Situasi ini terjadi mungkin disebabkan kecuaian atau kurang kefahaman murid tentang kegunaan petunjuk (Key) tersebut. Lantas menyebabkan kesilapan murid dalam memberikan jawapan sebenar. Miskonsepsi ini jika dibiarkan berterusan akan menyebabkan kegagalan murid untuk melakukan beberapa aktiviti lanjutan yang berkaitan dengan pengendalian data. Contohnya jika

murid diminta melukiskan graf, sudah pasti graf yang dilukiskan itu tidak menunjukkan frekuensi yang betul. Data yang ditafsirkan dari graf tersebut akan memberikan jawapan yang berbeza atau salah daripada data sebenar.

Anda mungkin juga menyukai