Anda di halaman 1dari 7

Rakaman Pengembara

Semanis Secawan Kopi Aceh, Sepahit Badai Sang Tsunami!


Oleh Shafiq Azli Mohd Salleh

Pada pagi 9 Jun itu, saya mendarat di Bandara Internasional Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh. Kembara kali ini , saya berseorangan sahaja hanya berbekalkan beberapa maklumat yang saya selidiki pada kali ini. Antaranya adalah Wiki Travel, Lonely Planet dan Google Map. Sebelum itu, saya sudah bertolak menaiki bas dari Besut, kemudianya menaiki komuter ke KL Sentral, dan terus ke LCCT Sepang menaiki Sky Bus. Sememangnya kembara kali ini menuntut saya untuk berkorban tenaga dengan perjalanan yang agak memenatkan,. Ketika di dalam penerbangan, saya sempat berbual dengan Pak Sabri, seorang peniaga bakso di Jalan Raja Bot berhampiran Pasar Chow Kit. Kebetulan dia pulang ke kampung berikutan ada beberapa hal yang hendak diuruskan. Pak Sabri merupakaan pemaustatin tetap (PR) di Malaysia hamper 20 tahun. Malah, anak-anaknya mendapat taraf warganegara Malaysia. Dia menceritakan beberapa perkara tentang Aceh terutama isu GAM ( Gerakan Aceh Merdeka) dan tsunami. Ramai sanak saudara Pak Sabri hanyut ditelan arus tsnami. Sebelum saya turun dari perut kapal terbang, teringiang-ngiang kata Pak Sabri yang begitu menikam. Shafiq, kalau datang ke Aceh jangan cari Nasi Kerabu. Carilah Nasi Guri h yang enak dan Kopi Aceh yang pekat manis!.

Pak Sabri sempat memberikan tips-tips untuk mengembara di bumi Aceh antaranya caracara berkomunikasi, penginapan murah, tempat-tempat menarik dan banyak lagi. Malah, Pak Sabri sempat memberikan nombor telefon kepada saya serta menasihatkan saya untuk membeli sim kad Indonesia untuk memudahkan saya menghubunginya kelak jika ada kecemasan yang berlaku. Apabila mendarat, sesudah selesai urusan imigresen di lapangan terbang, Pak Sabri dengan baik hati menumpangkan saya ke Banda Aceh. Perjalanan dari Bandara Internasional Iskandar Muda ke Banda Aceh mengambil masa lebih kurang 20 minit. Keadaaan suasana kiri dan kanan jalan terasa seperti di kampung. Kehijauan sawah padi yang menguning, gunungganang yang megah berdiri, serta suasana mendamaikan membuat saya selesa berada di sini. Sampai di Banda Aceh, saya terus daftar masuk ke Hotel Wisata dengan kadar bayaran 100 000 rupiah untuk semalam. Bilik yang agak selesa dan serta sesuai untuk backpackers seperti saya. Seterusnya, saya meneruskan agenda dengan menukarkan ringgit kepada Rupiah di pengurup wang yang berdekatan. Saya sengaja menukarkan di sini kerana kadar tukaran di lapangan terbangan jauh lebih rendah berbanding di sini. Saya meneruskan perjalanan ke Masjid Raya Baiturahman. Masjid ini menjadi sejarah kerana masjid ini tidak menimpa sebarang kerosakan yang serius usai tsunami sedangkan peristiwa tsunami telah meranapkan beribu-ribu bangunan di Aceh. Saya solat jamak Zuhur dan Asar di sini. Pada masa yang sama, saya memerhatikan keadaan di sini agak berbeza di

Malaysia. Di sini, tiada tabir yang memisahkan antara saf lelaki dan saf perempuan. Di samping itu, di sini kain telekung juga mempunyai pelbagai warna yang aneka ragam, berbeza di Malaysia yang mempunyai hanya warna putih.

Seterusnya, saya sempat menemubual beberapa orang yang berada di masjid itu ketika itu. Mereka memberikan tunjuk arah berdasarkan peta yang saya dapatkan terlebih dahulu di lapangan terbang. Mereka memberitahu saya untuk menggunakan perkhidmatan seperti Ojek, becak dan labi. Ojek adalah motosikal, becak adalah seperti beca di Malaysia namun menggunakan kuasa enjin motosikal, serta labi seakan-akan pick up atau pun tuk-tuk kalau di Thailand. Di sini, pengangkutan awam sangat banyak serta ramai sahaja yang berada di tepi jalan menunggu para penumpang memberikan sesuap nasi mereka setiap hari. Masjid Raya Baiturahman adalah masjid yang mempunyai sejarah yang sangat panjang. Masjid ini asalnya dibina ketika awal-awal pemerintahan Kesultanan Aceh. Masjid ini sememangnya menjadi salah satu kebanggaan dan landmark di bumi Aceh. Kemudianya, apabila penjajah Belanda datang ke Aceh kerana mahu membolot hasil bumi Aceh yang kaya dengan pelbagai sumber seperti buah pala, perusahaaan rempah dan banyak lagi, pihak Syarikat Hindia Timur Belanda telah membakar masjid ini dan menamakan Banda Aceh sebagai Koetadraja. Demi mendapatkan sokongan masyarakat setempat berikutan sentimen penentangan terhadap Belanda begitu kuat dengan diketuai oleh Cut Nyak Dien, Teuku Umar dan Cut Mutia, pihak Belanda telah membina kembali Masjid Raya Baiturahman dengan reka bentuk yang tersendiri. Seni bina masjid ini telah mengambil ciri-ciri reka bentuk Arab dicampur dengan elemen-elemen kejuruteraan Barat dari Sepanyol. Pihak Belanda telah mengupah seorang pakar pembinaan dari Turki bagi menyiapkan masjid ini. Saya berbual dengan seorang tukang becak yang bernama Mohd Rizal. Katanya pada saya, dia berasal dari wilayah Aceh Tenggara, di daerah Lhoksomawe yang relatif masa untuk sampai ke sana lebih kurang 6 jam waktu perjalanan. Dia datang mencuba nasib di Banda Aceh demi mencari sesuap rezeki dan sekarang Aceh sudah menjadi tempat pelancongan yang

semakin meningkat naik sekarang. Becak yang dibawanya seperti di Beca di Malaysia, Cuma yang membezakan adalah beca menggunakan basikal, manakala Becak menggunakan motorsikal. Dia telah mempelawa saya untuk memulakan kembara Aceh dengan melawat Muzium Tsunami yang tidak terletak jauh dari Masjid Raya. Pelawaan Rizal tidak dapat saya tolak kerana saya berseorangan dan maka saya memilih untuk mengikut sahaja. Apabila saya berada di dalam Muzium Tsunami ini, saya terpukau dengan reka bentuk luaran dan dalaman yang sangat berbeza. Dari luar, anda akan melihat Muzium ini seperti sebuah bahtera yang baru mengharung badai di lautan. Namun, di dalamnya penuh informasi-informasi tentang peristiwa badai sang tsunami yang pernah menjilat seluruh Banda Aceh pada tanggal 26 Disember 2004. Kini, Aceh bangkit melupakan badai yang pernah menjadi sejarah silam mereka. Di Muzium Tsunami ini juga terdapat Pusat Penerangan Tsunami. Pusat ini ditubuhkan bertujuan bagi menghasilkan kesedaran tentang ancaman tsunami kepada rakyat Aceh andainya berlakunya lagi gempa bumi di dasar laut. Di hadapan Muzium Tsunami, terdapat beberapa lagi tempat menarik yang boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki antaranya Monumen Kapal Terbang. Monumen ini dibina adalah sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Aceh yang berjaya membeli kapal terbang Douglas DC-3 sebagai menentang kemaraan Belanda yang ingin kembali menawan seluruh Indonesia usai Proklamasi Kemerdekaan Indoesia . Saya melihat budaya rakyat Aceh sangat unik. Mereka sangat menghargai tetamu yang datang ke sini serta sangat menghormati pelancong-pelancong yang datang. Ini dibuktikan dengan keramahan mereka serta manis senyuman yang mereka ukirkan. Ketika saya datang di sini, saya mempelajari 2 perkataan baru yang asing di Malaysia namun digunakan di Aceh.

Di sini mat saleh dipanggil bule , manakala pelancong dipanggil wisatawan. Pada mulanya, saya ingat bule itu adalah bulan dalam bahasa kita, rupanya tidak. Begitulah dunia bahasa, sentiasa dinamik dan berubaha-ubah mengikut tempat dan keadaan di sekeliling. Jika datang ke Aceh, jangan lupa berkunjung ke Muzium Cut Nyak Dien. Muzium yang terletak di Kampung Lampisang, Mukim Lok Ngha berdekatan dengan Pantai Lhampuk. Muzium ini adalah rumah asal kepunyaan Cut Nyak Dien, seorang srikandi Aceh yang berhati waja menentang penjajah Belanda. Di sini, anda akan dapat merasakan aura seorang pejuang dan pahit maung penjajahan Belanda di tanah Aceh. Cut Nyak Dien anak kepada Teuku , telah mengetuai penentangan penjajah Belanda disertai oleh Teuku Omar, pahlawan Meulaboh. Ramai yang gugur ketika Perang Aceh berlangsung. Korban di pihak Belanda sendiri telah mencecah 2000 orang, melebihi korban Perang Napoleon. Anda dapat menyaksikan senarai-senarai askar Belanda yang terkorban di Perang Aceh di The Kheurkoof yang bersebelahan dengan Muzium Tsunami. Di dinding dinding kuburan tercatat nama-nama penjajah Belanda yang kini tertanam di tanah Aceh, lengkap dengan peristiwa pertempuran dan tahun terbunuh. Ini jelas

membuktikan penentangan rakyat Aceh kepada Belanda begitu hebat sehingga memaksa Belanda menurunkan segala bala tentera ke Aceh. Sejarah telah membuktikan tanah Aceh adalah wilayah terakhir yang berjaya ditawan Belanda daripada seluruh kepulauan Indonesia. Selain itu, saya sempat menjejak kaki ke Muzium Aceh. Di sini, anda dapat mengkaji kembali sejarah Kesultanan Aceh yang suatu dahulu menjadi kerajaan Islam yang terkuat di dunia. Selepas kejatuhan Kesultanan Melaka, Kesultanan Aceh pula menjadi pengganti. Pelabuhan Aceh menjadi pilihan para pedagang Timur dan Barat kerana cukai yang dikenakan penjajah Portugis di Pelabuhan Melaka sangat tinggi. Ini menjadikan Kesultanan Aceh semakin kuat diketuai oleh Sultan Iskandar Muda. Di sini, saya dapat melihat beberapa manuskrip dan

dokumen dokumen yang menceritakan hubungan baik Kesultanan Aceh dengan Empayar Islam Turki Uthmaniyyah. Terdapat surat-surat lama yang menunjukkan wujudnya hubungan baik antara kedua-dua belah pihak.

Di Aceh, tidak lengkap pengembaraan anda jika anda tidak melawat tempat saksi tsunami. Saya bergerak menauiki becak dari Rex Peunayong ke Desa Lampulo, 5 kilometer ke selatan Aceh. Di sini, anda dapat melihat bot yang tersangkut di atap sebuah rumah serta menjadi satu sejarah kerana berjaya menyelamatkan seramai 50 orang daripada dihanyutkan air deras. Kini, bot di atas rumah ini menjadi salah satu tempat bersejarah dan dijadikan tempat pelancongan. Botnya seakan-akan bot nelayan di Malaysia. Saya sempat bertanya pada penjaga tempat ini yang bernama Widya Maulina Yusuf berusia 15 tahun. Widya, kalau abang bertanya tak mengapa ya?. Tanyalah bang. Saya bisa menjawabnyan. Waktu terjadinya tsunami, Widya berada di mana ya?. Waktu itu Widya umurnya berapa?. Waktu itu saya masih umur 5 tahun bang. Yang saya ingat, saya masih tidak mengerti apa yang berlaku waktu itu. Seingat saya, ibu saya berjaya memaut saya dan menaiki bot yang tersangkut di atas rumah ini. Bot ini besar jasanya pada kami!. Saya hampir terkedu apabila mendengar kata-kata Widya. Katanya lagi, waktu itu rakyat Aceh masih belum mengenal apa maknanya sebenarnya tsunami. Apa yang mereka tahu waktu tsunami datang menghempas tanah Aceh, air laut naik dengan begitu cepat.

Selain bot ikan di di Desa Lampulo, pastikan anda berkunjung ke Kapal Apung PTLD di Kecamatan Aceh Besar berdekatan dengan Pelabuhan Ulee Lhue. Kapal Apung ini asalnya kapal pengangkut tenaga elektrik yang membekalkan kuasa eletrik di Aceh. Ketika terjadinya tsunami, Kapal Apung ini telah dihanyutkan sejauh 5 kilometer dari pantai dan terdampar jauh di sebuah kampong. Kini, Kapal Apung ini juga menjadi salah satu tempat pelancongan yang menarik untuk dikunjungi. Saban hari, ada sahaja pelancong asing akan datang ke sini sambil melihat pemandangan Banda Aceh dari atas kapal. Saya dapat memerhatikan seluruh Aceh dikelilingi gunung-ganang yang kehijauan. Mungkin ini menjadi salah faktor Aceh digelar Negeri di Atas Awan!. Saya awalnya berhajat mahu ke Pulau Sabang, pulau yang cantik serta dihiaskan lagi dengan keindahan batu karang. Namun memikirkan saya hanya beseorangan serta kos dan masa yang tidak mencukupi, saya terpaksa menangguhkan hasrat ini. Jika mahu ke sana, saya perlu menaiki feri dari Pelabuhan Ulee Lhue yang menghadap Laut Andaman. Kata orang, tidak lengkap pengembaraan di Aceh jika tidak merasa sendiri enak Kopi Aceh. Kopi Aceh sangat istimewa dan orang

Anda mungkin juga menyukai