Anda di halaman 1dari 5

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK FELDA ULU TEBRAU 2013 ANJURAN UNIT KOKURIKULUM SK FELDA ULU TEBRAU, PASIR

GUDANG, JOHOR.

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Perdana Unit Beruniform SKFUT 2013 ini adalah salah satu aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Unit Kokurikulum, SK Felda Ulu Tebrau, Pasir Gudang, Johor. Program ini boleh disertai oleh pelajar yang menjadi ahli-ahli yang terpilih daripada setiap badan-badan unit beruniform SK Felda Ulu Tebrau, Pasir Gudang, Johor . Ia akan diadakan di Padang SK Felda Ulu Tebrau pada 6 hingga 7 Oktober 2013. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk

menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

2.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan. 3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi. 3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar. 3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 6 Oktober 2013 hingga 7 Oktober 2013 ( Rabu - Khamis) 4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam 4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam.

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana, 5.1 Kawasan untuk perkhemahan yang agak luas untuk pelbagai aktiviti. 5.2 Kemudahan dewan dan prasarana perkhemahan yang lengkap. 5.3 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN 6.1 6.2 Jumlah peserta : 100 orang (pelajar Tahun 6)

Jumlah fasilitator : 10 orang guru Unit Beruniform SKFUT

7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN Pengerusi Timbalan Pengerusi Penyelaras Ketua fasilitator Fasilitator : En. Zakaria bin Bahron (Guru Besar) : En. Zainal Abidin bin Mohd Amin (Penolong Kanan Kokurikulum) : En. Mohd Fazli bin Jaafar : En Jumali bin Jamion : 1. En. Mohamad Mahathir bin Baharudin 2. En. Jumali bin Jamion 3. En. Jantan bin Ismail 4. Cik Eliya Azura bte Ibrahim 5. Pn Sri Mawati bte Bahari 6. Pn. Zarina bte Jamari 7. En. Shaharuddin bin Abd Jamal 8. Pn. Puziah bte Sabirin 9. Pn Siti Hajar binti Kamsani 10. En. Md Fahrul Fadzidy : En. Zainal Abidin bin Mohd Amin : En. Mohd Fazli bin Jaafar : Pn. Siti Hajar binti Kamsani : En. Jantan bin Ismail : En. Nahar bin Dzulkefli

Jawatankuasa pelaksana Pengerusi Penyelaras Setiausaha Kem Komandan Pen. Kem Komanden

AHLI JAWATANKUASA AJK Kerohanian : En. Mohd Suheil bin Mohamad Rubani AJK Hadiah dan Sijil : Pn. Mornida bte Moin Pn Ruzita bte Sapar AJK Kebajikan : Pn. Saniah bte Ahmad AJK Peralatan : En. Mohd Nasiruddin bin Zakariah En Mohd Fahmy bin A. Rahim AJK Dokumentasi : Pn Siti Irina bte Ismail AJK Kebersihan : En Yusuf bin Md Nor AJK Keselamatan : En Ridzuan bin Ahmad

8.0 PERBELANJAAN Bil Perkara 1 Makanan dan minuman (Hari 1) 1. Minum pagi 2. Makan Tengahari 3. Minum petang 4. Makan malam 5. Minum malam Kuantiti (RM) Jumlah (RM)

1.50 x 100 orang 3.50 x 100 orang 0.70 x 100 orang 3.50 x 100 orang 0.70 x 100 orang

150.00 350.00 70.00 350.00 70.00 990.00 150.00 150.00 350.00 70.00 720.00 1710.00

(Hari 1. 2. 3. 4.

ke -2) Sarapan Minum pagi Makan Tengahari Minum petang

1.50 x 100 orang 1.50 x 100 orang 3.50 x 100 orang 0.70 x 100 orang

2.

Hadiah 1. Peserta Lelaki Terbaik 2. Peserta Perempuan Terbaik 3. Pertandingan Kawad kaki 4. Pertandingan Ikhtiar Hidup 5. Pertandingan Kebudayaan 6. Pertandingan Binaan Gajet 7. Pertandingan Pertolongan Cemas

5.00 x 1 piala 5.00 x 1 piala 20.00x 2 hamper 20.00x 2 hamper 20.00x 2 hamper 20.00x 2 hamper 20.00x 2 hamper

5.00 5.00 40.00 40.00 40.00 40.00 40.00 210.00

Peralatan 1. Khemah A-Tent (4 Person) 2. Kayu Penyapu (1 meter) 3. Anduh 4. Arang 5. Sijil 6. Bateri

250.00 x 4 buah 4.00 x 30 batang 3.00 x 50 helai 5.00 x 2 Beg 85.00 x 10 rim 10.00 x 3 butir

1000.00 120.00 150.00 10.00 850.00 30.00 2160.00 4080.00

JUMLAH

9.0 SUMBER KEWANGAN Bil 1 Sumber Bantuan Kewangan Kokurikulum (BKK) 1. Peralatan 2. Makanan dan Minuman (Hari ke-2) 3. Hadiah Sumbangan PIBG 1. Makanan dan Minuman ( Hari 1) JUMLAH KESELURUHAN Kuantiti Jumlah (RM) 2160.00 720.00 210.00

3090.00

990.00 4080.00

990.00 4080.00

10.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, .. (Mohd Fazli bin Jaafar) Penyelaras Unit Beruniform SK Felda Ulu Tebrau, Pasir Gudang, Johor.

Disemak oleh, .. (Zainal Abidin bin Mohd Amin) GPK Kokurikulum SK Felda Ulu Tebrau, Pasir Gudang, Johor

Disahkan oleh, ..... (Zakaria bin Bahron) Guru Besar SK Felda Ulu Tebrau,, Pasir Gudang, Johor.

Anda mungkin juga menyukai