Anda di halaman 1dari 71

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA


FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL & VOKASIONAL
http://www.uthm.edu.my

MBE 12802 PENYELIDIKAN KUALITATIF DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN : KRITIK JURNAL

PEMILIHAN KERJAYA

Disediakan oleh Normala Binti A.Manaf GB120180

Disediakan untuk Prof. Madya Dr. Mohamad Hisyam bin Mohd. Hashim

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL


DENGAN HIKMAH, KITA MENEROKA WITH WISDOM, WE EXPLORE

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 1

Tajuk :

Faktor Peramal Minat Belia Untuk Menjadi Nelayan: Satu Kajian Di Mukim Kuala Besut, Terengganu

Penulis :

Wan Mohd Zaifurin Wan Nawang @ Wan Ahmad, Ibrahim Mamat & Abdul Majid Mohd Isa Jurnal Teknologi, 50(E) Jun 2009: 2952 Universiti Teknologi Malaysia

Sumber :

1.0

Paradigma

Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan Teori Perkembangan Kerjaya yang dibangunkan pada tahun 1952 dan Teori Pemilihan Kerjaya Holland tahun 1959 dan dikemaskini dalam tahun-tahun berikutnya. Kedua-dua Teori ini memberi fokus kepada tipologi dan banyak dipengaruhi oleh Teori Tret serta Faktor. Sidek Mohd Noah (2003) menyatakan bahawa Teori Pemilihan Kerjaya Holland dibina berasaskan Teori Keselarasan Individu-Persekitaran dan ia mempunyai enam prinsip asas seperti berikut: (i) Pemilihan kerjaya seseorang individu ialah ekspresi personaliti, iaitu minat kerjaya, (ii) (iii) Inventori minat ialah inventori personaliti, Setiap individu mempunyai stereotaip sendiri berhubung dengan dunia pekerjaan yang akan mempengaruhi dalam membuat keputusan berkaitan pemilihan kerjaya, (iv) Individu-individu dalam sesuatu bidang kerjaya mempunyai personaliti dan sejarah perkembangan peribadi yang serupa, (v) Individu dalam kumpulan yang mempunyai personaliti serupa akan bertindak balas dengan cara sama terhadap situasi dan masalah di samping membentuk suatu persekitaran interpersonal tipikal, dan (vi) Kepuasan, kestabilan dan pencapaian di dalam kerjaya bergantung kepada darjah keselarasan antara jenis personaliti dengan

persekitaran pekerjaan.

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Jelas di sini bahawa penulis telah mengkaji dengan mendalam tentang setiap teori yang menjadi paradigma kepada penyelidikannya. Pemilihan kedua-dua teori sangat sesuai dan bertepatan dengan objektif kajian beliau. Melihat kepada enam prinsip bagi teori tersebut ia menunjukkan bahawa penulis akan mengkaji berkaitan trait personaliti responden. Paradigma bagi penyelidikan ini sangat jelas dan andaian yang dibuat oleh penulis sangat kuat di mana asas yang kukuh dilihat melalui teoriteori yang digunakan.

2.0

Strategi / Tradisi

Kajian yang dilakukan merupakan kajian diskriprif. Hal ini dapat dilihat di mana penulis mengkaji profil sosioekonomi responden, mengukur tahap minat responden dalam kerjaya nelayan, mengkaji perbezaan minat, mengkaji perkaitan faktor dan meramal sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi minat responden dalam kerjaya nelayan. Strategi yang digunakan adalah korelasi dan perbandingan. Ini dapat diihat melalui dua hipotesis nul yang utama yang dikemukakan oleh penulis, iaitu: Ho. Tidak wujud perbezaan signifikan minat responden dalam kerjaya nelayan mengikut profil sosioekonomi, dan Ho. Tidak wujud perkaitan signifikan faktor-faktor yang mempengaruhi minat responden dalam kerjaya nelayan.

Bagi hipotesis yang pertama, penulis cuba melihat sama ada terdapat perbezaan minat berdasarkan profil sosioekonomi. Penyelidikan korelasi ini merujuk kepada penyelidikan yang mencari hubung kait atau perhubungan antara pemboleh ubah dengan menggunakan kaedah statistik korelasi tanpa mencari sebab dan penyebabnya. Melalui hipotesis nul itu ia juga selari dengan objektif yang ke empat iaitu menentukan perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi minat responden dalam kerjaya nelayan. Melalui kajian korelasi ini, penulis dapat meramalkan perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi minat responden terhadap kerjaya nelayan berdasarkan maklumat yang diperolehi berhubung dengan perhubungan setiap pemboleh ubah yang diselidik.

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

3.0

Tujuan Penyelidikan

Penulis telah menyatakan secara umum tujuan kajian ini dilaksanakan di bahagian abstrak iaitu mengkaji minat belia dalam kerjaya nelayan di Mukim Kuala Besut. Penulis turut menyenaraikan objektif kajian di mana objektifnya adalah seperti berikut : (i) (ii) (iii) Mengkaji profil sosioekonomi responden, Mengukur tahap minat responden dalam kerjaya nelayan, Mengkaji perbezaan minat responden dalam kerjaya nelayan mengikut profil sosioekonomi, (iv) Menentukan perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi minat

responden dalam kerjaya nelayan, dan (v) Meramal sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi minat

responden dalam kerjaya nelayan.

Melihat kepada tujuan secara umum penulis cuba memberi gambaran yang luas berkaitan kajiannya. Melalui sebaris ayat yang ringkas dan mudah difahami, pembaca akan faham dengan apa yang akan ditulis di dalam jurnal ini. Objektif kajian yang ditulis oleh penulis sangat jelas dan teratur di mana penulis akan mengkaji terlebih dahulu profil sosioekonomi responden dan minat mereka terhadap kerjaya nelayan. Selepas mendapatkan data berkaitan, penulis melihat sama ada terdapat perbezaan minat berdasarkan profil sosioekonomi. Bagi mengkaji dengan lebih mendalam, penulis cuba menentukan adakah terdapat hubungan di antara faktor-faktor yang mempengaruhi minat responden dalam kerjaya nelayan. Bagi menjadikan kajian ini lebih bermakna penulis bertindak untuk meramal sumbangan faktor-faktor yang dikaji dalam mempengaruhi minat. Satu perkara yang boleh dibaiki di sini adalah berkaitan pemilihan tajuk. Berdasarkan objektif atau tujuan kajian adalah kurang sesuai penulis menggunakan tajuk Faktor Peramal Minat Belia Untuk Menjadi Nelayan: Satu Kajian Di Mukim Kuala Besut, Terengganu.

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Dari aspek undang-undang penulis dilihat telah mendapatkan bukti bagi menyokong setiap pemboleh ubah. Walau bagaimanapun adalah lebih baik jika penulis mengkaji dengan lebih mendalam lagi berkaitan faktor yang mempengaruhi minat belia dalam kerjaya nelayan. Penulis telah mengenalpasti faktor-faktor tersebut iaitu program latihan, perancangan, kemahiran, kemudahan perikanan, keperluan, pengalaman, faedah, dorongan serta pemasaran. Kajian-kajian lepas yang dikemukakan oleh penulis dilihat kurang kukuh dan masih boleh dipertikaikan lagi.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Seramai 365 orang responden di kalangan anak Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Besut dan anak bukan Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Kuala Besut telah dipilih sebagai responden kajian. Walau bagaimanapun adalah tidak dapat dikenalpasti sama ada responden ini mencukupi bagi menggambarkan keseluruhan populasi nelayan di Mukim Kuala Besut, Terengganu. Penulis juga tidak menyatakan cara pemilihan sampel dibuat. Adalah lebih baik jika penulis menyatakan terlebih dahulu populasi belia di Mukim Kuala Besut, Terengganu. Setelah mengetahui populasi, penulis perlu menggunakan kaedah yang sesuai bagi menentukan dan memilih sampel yang bersesuaian. Sememangnya penulisan penulis dari aspek reka bentuk ini agak kurang jelas.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Penulis hanya menyatakan instrumen diagihkan kepada responden. Walau bagaimanapun dapat dilihat penulis telah menggunakan kaedah soal selidik bagi mengumpulkan data berdasarkan penerangan penulis iaitu sebanyak 54 item skala pemarkatan lima mata (1 - Sangat Tidak Minat, 2 - Tidak Minat, 3 - Tidak Pasti, 4 Minat dan 5 - Sangat Minat) dalam Bahagian B instrumen telah dibentuk untuk mengukur faktor-faktor yang dijangka mempengaruhi minat responden dalam kerjaya nelayan. Sebanyak 21 item skala pemarkatan (1 - Sangat Tidak Setuju, 2 Tidak Setuju, 3 - Tidak Pasti, 4 - Setuju dan 5 - Sangat Setuju) dalam Bahagian C
5

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

instrumen telah dibentuk untuk mengukur minat responden dalam kerjaya nelayan. Melalui penjelasan di atas dapat dikenalpasti bahawa penulis telah menggunakan skala likert. Adalah lebih baik jika penulis membuat temubual bagi menyokong data yang dibuat melalui soal selidik.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Penulis tidak menyatakan dengan jelas perisian yang digunakan untuk menganalisis data. Adalah diandaikan penulisan menggunakan perisisan SPSS berdasarkan pernyataan penulisa seperti di bawah: Jumlah skor minat setiap responden seterusnya diketegorikan kepada tiga tahap; iaitu rendah, sederhana dan tinggi mengikut nilai julat tertentu. Bagi menentukan perbezaan minat responden dalam kerjaya nelayan mengikut profil sosioekonomi signifikan atau tidak, Ujian ANOVA Sehala dan Ujian-t Dua Sampel Bebas telah digunakan. Analisis Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi minat responden dalam kerjaya nelayan. Manakala Analisis Regresi Pelbagai digunakan bagi meramal sumbangan faktor-faktor yang mempengaruhi minat responden dalam kerjaya nelayan.

Adalah memadai jika penulis menulis sebaris ayat berkaitan perisian yang digunakan bagi memudahkan pembaca mengenalpasti kaedah menganalisis data yang digunakan.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Penulisan penulis berkaitan isu kesahan dan kebolehpercayaan agak lemah. Penulis hanya menyatakan data kajian ini dikumpul dengan menggunakan instrumen yang diprauji terlebih dahulu. Instrumen yang telah diperbaiki diagihkan. Penulis tidak menyatakan ujian apa yang digunakan bagi memastikan instrumen tersebut tiada isu kesahan dan juga kebolehpercayaan.

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Penulis telah menyatakan dapatan kajian secara umum di bahagian abstrak di mana minat belia untuk menceburi kerjaya nelayan berada pada tahap yang sederhana. Tiga faktor utama yang mempengaruhi minat mereka ialah program latihan, faedah dan pemasaran. Penulisan penulis berkaitan dapatan kajian adalah jelas dan mudah difahami oleh pembaca. Walau bagaimanapun cara penulisan yang agak sama bagi setiap dapatan agak membosankan. Bagi memastikan penulisan yang menarik untuk dibaca, penulis boleh menulis dengan menggunakan pendekatan yang berlainan seperti menggunakan graf atau rajah yang bersesuaian. Bagi mengukuhkan dapatan kajian, penulis juga telah menyatakan dapatan kajian mereka sejajar dengan kajian lepas. Penulis turut menyatakan implikasi kajiannya kepada sektor perikanan dan telah mengemukakan beberapa cadangan yang membantu meningkatkan lagi sektor tersebut. Perlu diingat bahawa kajian ini hanya boleh digunakan bagi Mukim Kuala Besut, Terengganu dan adalah lebih baik jika penulis mencadangkan agar kajian yang sama dibuat di lokasi yang berlainan bagi memberikan gambaran yang lebih luas berkaitan minat belia untuk menjadi nelayan. Secara keseluruhannya kajian ini dilaksanakan dengan baik. Walau bagaimanapun jika aspek penulisan diperbaiki ia akan memberi impak yang lebih baik.

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 2

Tajuk :

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor

Penulis : Sumber :

Asnul Dahar Minghat & Siti Azizah Disun Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4 December 2011, Pages 58-76 / ISSN: 2231-7376

1.0

Paradigma Penyelidikan

Dalam kajian ini tiada teori yang jelas yang dijadikan sebagai asas kepada kajian ini. Walau bagaimanapun penulis telah membuat andaian berdasarkan kajiankajian lalu di mana penulis mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus.

2.0

Strategi / Tradisi

Kajian ini merupakan kajian diskriptif di mana dapat dilihat di sini penulis mengkaji pengaruh faktor-faktor yang telah dikenalpasti iaitu faktor minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian. Pada pandangan saya kajian yang dilaksanakan agak mudah kerana tidak menggunakan kaedah korelasi mahupun perbandingan.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Apabila membaca penulisan di abstrak, penulis telah memilih pendekatan yang begitu mudah iaitu menggunakan tajuk dan ditulis kembali sebagai tujuan kajian iaitu mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian berdasarkan empat faktor iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Adalah lebih baik jika penulis menulis tujuan kajian di bahagian abstrak menggunakan ayat mengenalpasti pengaruh minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Jahiatan Pakaian. Ayat ini dirasakan lebih sesuai digunakan jika melihat objektif kajian yang ditulis oleh penulis dengan lebih khusus iaitu : (i) Mengenalpasti pengaruh minat pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian. (ii) Mengenalpasti pengaruh kemudahan bengkel terhadap pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian. (iii) Mengenalpasti pengaruh kerjaya terhadap pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian. (iv) Mengenalpasti pengaruh sikap pelajar dalam memilih kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian.

Penulisan yang jelas dan tepat adalah sangat penting dalam sesuatu kajian. Ini bagi memastikan maksud yang ingin disampaikan dapat diterjemahkan oleh pembaca dengan tepat dan mudah.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Prosedur yang dikemukakan oleh penulis amat jelas di mana penulis telah mengemukakan empat pemboleh ubah iaitu minat, kemudahan bengkel, kerjaya dan sikap pelajar. Pemboleh ubah yang dikemukakan oleh penyelidik juga telah dibuktikan secara kukuh melalui kajian yang dibuat oleh penyelidik-penyelidik lain. Faktor yang pertama iaitu minat, penulis telah mengenalpasti 4 kajian yang dilaksanakan sebelum ini dan ini cukup kuat untuk dijadikan salah satu pemboleh ubah.Begitu juga dengan faktor-faktor lain. Melalui pembacaan yang dibuat jelas pemboleh ubah yang dikemukakan oleh penulis telah memberi nilai terhadap kajian ini. Bagi kajian seperti ini pemboleh ubah yang dikenalpasti perlulah mempunyai bukti yang kukuh mengapa ia dipilih sebagai salah satu pemboleh ubah. Tanpa bukti yang kukuh kajian yang dibuat akan dipertikaikan dan tidak dipercayai.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Penulis telah menggunakan keseluruhan populasi sebagai responden iaitu seramai 43 orang pelajar tingkatan empat yang mengambil kursus Rekaan dan
9

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Jahitan Pakaian di dua buah sekolah menengah akademik dalam daerah Muar, Johor. Ini menunjukkan bahawa persampelan tidak berlaku. Walau bagaimanapun kenyataan yang dibuat di bahagian abstrak dan di bahagian sampel kajian agak bertentangan. Penulis menyatakan di bahagian abstrak seramai 43 responden sebagai sampel manakala penerangan yang lebih lanjut di bahagian sampel kajian menunjukkan semua populasi dipilih. Ini akan mengelirukan pembaca. Walau

bagaimanapun masalah persampelan tidak berlaku di dalam kajian ini.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang telah diedarkan kepada responden bagi mendapatkan maklum balas. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik adalah salah satu kaedah yang paling popular digunakan di kalangan penulis kerana mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data juga senang diproses untuk dianalisis. Memandangkan hanya seramai 43 responden adalah lebih baik jika penulis dapat melaksanakan temu bual. Kebaikan melaksanakan temubual ini adalah penulis dapat mengetahui sesuatu maklumat dengan lebih mendalam bagi menyokong data yang diperolehi secara statistik.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Window versi 12.0 memang tidak dapat dipisahkan. Penggunaan SPSS ini sangat tepat kerana pelbagai analisa secara statistik dapat dibuat. Selain dari menganalisa data, ujian kebolehpercayaan juga dapat digunakan menggunakan perisian ini. Agak mengecewakan kerana analisa yang digunakan hanyalah analisa peratusan dan min. Walau bagaimanapun analisa yang digunakan adalah tepat berdasarkan objektif yang ditetapkan oleh penulis.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Penulis telah menggunakan Model Cronbach Alpha bagi tujuan menguji skala kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Kajian rintis telah
10

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya, Johor yang melibatkan 10 orang pelajar yang mengambil kursus Rekaan dan Jahitan Pakaian. Melihat kepada jumlah yang terlibat hanya 10 orang ia sudah cukup memadai. Isu kesahan dan kebolehpercayaan tidak timbul di dalam kajian ini kerana penulis telah mendapat keputusan bagi nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha melebihi 0.6. Ia menunjukkan bahawa kajian ini mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi apabila pekali Cronbach Alpha di antara 0.8 hingga 1.0 diperoleh. . 9.0 Persembahan Dapatan Kajian

Penulis telah menggunakan jadual bagi setiap dapatan kajian di mana ia mengandungi peratusan dan min. Setiap dapatan kajian telah diulas dengan baik dan disertakan dengan keputusan kajian-kajian lalul. Ini dapat menunjukkan bahawa dapatan kajian yang diperolehi sejajar dengan kajian yang lain. Walau

bagaimanapun penulis tidak menyatakan batasan kajian mereka sama ada kajian tersebut mempunyai had-had tertentu dan data yang diperolehi boleh

digenarisasikan untuk populasi yang lain. Dalam kajian ini juga, penulis tidak menyatakan apakah implikasi dari hasil dapatan kajiannya terhadap bidang rekaan dan jahitan dan cadangan bagi menambahbaik kajian yang dilakukan. Secara keseluruhannya penulis telah membincangkan dengan baik bagi setiap faktor yang dikaji. Perbincangan yang dibuat adalah terperinci disertai dengan bukti kukuh penulisan kajian-kajian lepas.

11

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 3

Tajuk :

Kekongruenan Personaliti-Persekitaran Kursus Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar

Penulis : Sumber :

Mastura binti Mahfar, Ishak bin Mad Shah & Hamdan bin Abdul Kadir Jurnal Kemanusiaan bil. 12, Dis 2008

1.0

Paradigma Penyelidikan

Asas teori kepada kajian ini ialah Teori Tipologi Kerjaya Holland (1985) yang telah diasaskan oleh John L. Holland pada tahun 1959. Kemudiannya, ia telah dikemaskinikan pada tahun 1966, 1973, 1978 dan 1985. Teori perkembangan kerjaya yang popular ini amat berguna dalam perspektif kajian ini kerana ianya mudah difahami dan boleh diaplikasikan serta diuji secara emperikal mengikut kesesuaian individu dan persekitaran (Holland & Rayman, 1986). Teori ini mempunyai tiga keperluan komponen utama iaitu individu, persekitaran dan keselarasan antara individu dan persekitaran. Jelas di sini bahawa penulis mempunyai halatuju penyelidikan yang jelas di mana berdasarkan teori yang dipilih penulis akan dapat membuat andaian berkaitan personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan pelajar. Beberapa prinsip penting telah dikemukakan oleh Holland (1973) sebagai asas teorinya iaitu : (i) Pemilihan kerjaya adalah berdasarkan ekspresi personaliti individu di samping identifikasi dengan stereotaip pekerjaan secara spesifik. (ii) Minat seseorang itu lahir daripada personalitinya. 3. Individu daripada jenis pekerjaan yang sama mempunyai persamaan dari segi pola personalitinya. (iii) Keselarasan antara personaliti dan persekitaran akan meningkatkan prestasi pencapaian, kestabilan dan kepuasan pekerjaan.

12

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Terdapat empat saranan yang telah dikemukakan dalam Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973, 1985) sepertimana berikut. (i) Dalam budaya kita, hampir semua individu boleh dikategorikan dalam salah satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigative (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C) atau ringkasnya RIASEC. Menurut Holland (1973), setiap personaliti itu terhasil daripada ciri-ciri interaksi antara pelbagai kebudayaan, keturunan dan desakan individu termasuklah rakan sebaya, kelas sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Situasi yang sedemikian akan menimbulkan minat di kalangan individu. (ii) Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan didominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik (R), Investigative (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C). Misalnya, individu yang mempunyai personaliti Realistik akan turut mendominasi persekitaran Realistik dan begitulah untuk persekitaran seterusnya. (iii) Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan

kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut. Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran berkenaan. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti Realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran Realistik. (iv) Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya. Menurut Holland (1973), sekiranya kita mengetahui tentang pola-pola personaliti dan persekitarannya, secara tidak langsung kita akan dapat meramal perkara berkaitan pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

13

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Melalui empat saranan yang dinyatakan telah menjadi asas kepada kajian ini bagi melihat kepentingan keselarasan personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik. Apabila paradigma penyelidikan yang dipilih tepat ia akan membantu memudahkan lagi pelaksanaan penyelidikan tersebut.

2.0

Strategi / Tradisi

Kajian tinjauan secara deskriptif ini digunakan untuk melihat beberapa aspek seperti pola personaliti-persekitaran kursus dan tahap darjah kongruen di kalangan pelajar. Kajian ini juga berbentuk kajian ex-post facto jenis korelasi iaitu mengkaji pembolehubah atribut iaitu pembolehubah yang telah berlaku atau sedia wujud dalam unit sosial sebelum bermula sesuatu kajian. Pembolehubah ini sukar dikawal atau dimanipulasi. Penyelidikan ex post facto melibatkan aktiviti penyelidik mengkaji hubungan antara dua atau lebih pembolehubah. Walau bagaimanapun, tiada sebarang manipulasi pemboleh ubah bebas dilakukan kerana pemboleh ubah bebas dianggap telah wujud atau telah berlaku. Dalam kajian ini, pembolehubah atribut ialah darjah kongruen personalitipersekitaran kursus yang turut dikenali sebagai pembolehubah bebas manakala pembolehubah bersandar ialah pencapaian akademik. Pengkaji ingin melihat sama ada wujud hubungan antara pencapaian akademik pelajar dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran mereka. Oleh kerana pembolehubah bebas tidak dapat diolah, penulis tidak dapat menentukan hubungan sebab-musabab. Maka, penekanan kepada sejauh manakah kekuatan hubungan antara kedua-dua pembolehubah akan diberi keutamaan dalam kajian ini.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Kajian yang dijalankan oleh penulis adalah mengenalpasti sama ada terdapatnya hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus di kalangan pelajar tahun satu Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia)(SHR) di samping mengenalpasti pola personalitipersekitaran kursus dan tahap darjah kongruen personaliti- persekitaran kursus pelajar berasaskan kod tiga huruf Holland. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti pola personaliti-persekitaran kursus, mengenalpasti tahap darjah kongruen
14

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

personaliti-persekitaran kursus dan menentukan hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pelajar. Adalah lebih baik jika penulis menyenaraikan tujuan penyelidikan secara bernombor berbanding menulisnya di dalam satu perenggan. Apabila penulis menulisnya secara bersambung ia akan menyebabkan pembaca rasa bosan berbanding jika ditulis secara nombor, pembaca akan dapat membacanya dengan lebih mudah dan jelas.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Walaupun terdapat hubungan yang dikaji iaitu menentukan hubungan antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus pelajar, penulis tidak menyatakan hipotesis null bagi hubungan tersebut. Walau bagaimanapun ia tidaklah menjadi suatu kesalahan. Apa yang lebih penting adalah penulis dapat menyatakan pemboleh ubah yang digunakan. Melalui pemboleh ubah berdasarkan teori yang digunakan penulis boleh membuat ramalan dan mempunyai bukti yang kukuh bagi menyokong andaian awal.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Seramai 90 orang pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Penulis tidak menyatakan secara terperinci berkaitan populasi yang dikaji. Sebagai pembaca ia hal ini agak samar di mana pembaca tidak mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan responden kajian. Adalah menjadi tanda tanya di pemikiran pembaca sama ada ia data yang dipungut sudah cukup menggambarkan kumpulan pelajar tahun satu kursus Sarjana Muda Sains (Pembangunan Sumber Manusia), Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, semester dua, sesi 2006/2007, UTM Skudai.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Instrumen yang dipilih oleh penulis merupakan instrumen yang dibina oleh pengkaji lain di mana alat kajian yang digunakan ialah soal selidik Self Directed
15

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Search (SDS)-Form Easy yang telah diubahsuai oleh Amla (1984). Ini tidaklah menjadi satu kesalah. Alat kajian yang dipilih ini bertujuan mengenalpasti minat kerjaya seseorang individu berdasarkan jenis personaliti dan persekitaran mereka. Instrumen yang dipilih adalah sesuai kerana penulis mempunyai saiz sampel yang agak besar.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Terdapat dua peringkat penganalisisan data yang telah dilakukan oleh penulis iaitu melibatkan statistik deskriptif kiraan min skor bagi mengenalpasti taburan demografi responden, pola personaliti-persekitaran dan tahap darjah kongruen responden kajian. Ujian korelasi Pearson r pula digunakan bagi melihat hubungan antara pembolehubah bersandar iaitu pencapaian akademik dengan pembolehubah bebas iaitu darjah kongruen personaliti- persekitaran responden kajian. Indeks korelasi akan menerangkan kekuatan dan arah hubungan antara kedua-dua pembolehubah yang diuji bagi hipotesis nol dalam kajian ini. Bagi menterjemah kesignifikanan hubungan antara pembolehubah kajian sama ada mempunyai korelasi yang rendah atau tinggi, maka nilai p dirujuk iaitu terdapat hubungan signifikan kekongruenan personaliti-persekitaran kursus dan

hubungannya dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar apabila nilai p< 0.05. Petunjuk kekuatan sesuatu pekali korelasi adalah berdasarkan nilai yang menghampiri 1.0 adalah sangat kuat berdasarkan skala yang dibentuk oleh Rowntree (1981). Apa yang dilihat kekurangannya di sini adalah penulis tidak menyatakan perisian apa yang digunakan walaupun umum mengetahui kebanyakan penyelidik menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Window sebagai perisian bagi mengalisis data kajian seperti ini.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Penulis telah menyatakan bahawa nilai kebolehpercayaan soal selidik Self Directed Search (SDS)-Form Easy yang telah diubahsuai oleh Amla (1984) adalah tinggi iaitu berada dalam julat 0.85 hingga 0.97. Penulis tidak perlu melaksanakan

16

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

kajian rintis bagi mendapatkan nilai kebolehpercayaan soal selidik berikut, cukuplah dengan mengambil nilai kebolehpercayaan yang telah diuji oleh pengkaji lepas.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Penulis telah memaparkan dapatan kajian melalui jenis analisa yang dilakukan iaitu melalui analisa deskriptif dan analisa inferensi. Walaupun agak ringkas tetapi data yang diperolehi sudah cukup menterjemahkan hasil dapatan kajian. Penulis juga telah membincangkan hasil kajian dengan baik sekali. Setiap apa yang dibincangkan akan dikaitkan dengan kajian pengkaji-pengkaji lepas. Ini bagi memastikan segala penemuan adalah sejajar dengan kajian tersebut. Penulis turut memberi cadangan bagi memastikan kajian yang dibuat memberi impak kepada pihak yang terlibat. Secara keseluruhannya, saya merasakan kajian yang dilaksanakan oleh penulis sangat menarik dan digarap dengan baik sekali. Walau pun dapatan kajian tidak menunjukkan hubungan di antara pencapaian akademik dengan darjah kongruen personaliti-persekitaran kursus, sumbangan dan kepentingan implikasi kajian ini wajar diberikan tumpuan oleh pihak universiti dalam menekankan kepentingan pemilihan kursus yang bersesuaian dengan minat dan personaliti pelajar.

17

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 4

Tajuk : Penulis : Sumber :

Aspirasi Kerjaya Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti M.H Mohamad, M.A Radzali & F.Azhar Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008

1.0

Paradigma Penyelidikan

Di dalam kajian ini penulis menggunakan Model Teori Sosial Kognitif Kerjaya. Teori yang digunakan sangat bertepatan di mana elemen di dalam teori ini telah digariskan di dalam objektif kajian. Sehubungan itu penulis membuat andaian berdasarkan teori yang digunakan bahawa tiga elemen yang penting di dalam menentukan aspirasi kerjaya pelajar adalah kepercayaan keupayaan diri, tahap jangkaan hasil dan hubungan tahap kepercayaan keupayaan diri dengan perlajuan pelajar. Paradigma penyelidikan penulis sangat jelas dan di awal pembacaan, pembaca akan lebih mudah memahami ke mana halatuju yang akan di bawa oleh penulis.

2.0

Strategi / Tradisi

Apa yang jelas di sini adalah kajian ini merupakan kajian diskriptif . kajian yang berbentuk tinjauan ini juga menggunakan strategi korelasi. Penyelidikan korelasi dapat menilai kekuatan dan arah hubungan atau ikatan antara pemboleh ubah yang diselidik. Ini adalah selaras dengan objektif yang ditentukan oleh penulis iaitu mengenalpasti hubungan tahap kepercayaan keupayaan diri dengan perlajuan pelajar.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Penulis hanya menulis objektif kajian di bahagian abstrak iaitu untuk mengenal pasti tahap kepercayaan keupayaan diri, tahap jangkaan hasil serta hubungan tahap kepercayaan keupayaan diri dengan kelakuan pelajar ke arah
18

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

mencapai aspirasi kerjaya. Objektif yang dibina sangatlah bertepatan dengan teori yang digunakan. Apabila sesuatu landasan yang dilalui betul, seserang itu akan sampai ke destinasinya. Ini bermakna apabia teori yang digunakan bersesuaian dengan objektif sudah pasti tujuan penyelidikan akan dapat dicapai tidak kira bagaimana keputusannya.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Seperti yang telah dibincangkan di bahagian awal, kajian yang dijalankan adalah meliputi tiga elemen penting dalam teori sosial kognitif kerjaya. Tiga elemen penting teori ini digariskan dalam objektif kajian iaitu untuk mengenal pasti tahap kepercayaan keupayaan diri, tahap jangkaan hasil serta hubungan tahap kepercayaan keupayaan diri dengan kelakuan pelajar ke arah mencapai aspirasi kerjaya. Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh penulis, pemboleh ubah bagi kajian ini dapat dilihat dengan jelas. Penulis juga telah mendapatkan bukti yang kukuh sebelum mengemukakan pemboleh ubah tersebut dan ini akan membantu penulis untuk membuat ramalan di akhir penyelidikannya. Jika dilihat sememangnya salah satu tradisi yag telah digunakan adalah korelasi. Walau bagaimanapun tiada satu pernyataan yang berbentuk hipotesis null atau hipotesis alternatif yang dikemukakan oleh penulis. Penulis hanya menulis secara dasar berkaitan hubungan yang dicari di bahagian objektif dan penulis tidak menunjukkan betapa pentingnya hubungan korelasi yang merupakan matlamat di akhir kajian.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Penulis telah menyatakan seramai 275 orang responden yang telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak mudah daripada semua kursus di keempat-empat kolej komuniti iaitu Kolej Komuniti Bukit Beruang, Kolej Komuniti Selandar, Kolej Komuniti Alor Gajah dan Kolej Komuniti Jasin. Walau bagaimanapun tidak dapat dikenalpasti populasi bagi kajian ini. Memandang terdapat 3 kumpulan pengajian iaitu semester1, semester 2 dan semester 4 adalah lebih baik penulis menggunakan teknik persampelan rawak berstrata. Ia bertujuan bagi memberi
19

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

jaminan bahawa pelajar dari ketiga-tiga kumpulan termasuk sebagai responden. Berbanding dengan teknik pengumpulan secara rawak kemungkinan pelajar dari salah satu semester akan tercicir.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Penulis telah menggunakan borang soal selidik sebagai kaedah pengumpulan data. Penggunaan instrumen kajian perlu tepat ia merupakan alat penting untuk memperolehi maklumat bagi mencapai objektif kajian. Ia juga dapat menentukan jenis data yang diperolehi dan ini mempengaruhi jenis analisis penyelidik. Melalui penggunaan borang soal selidik penulis dapat mengumpulkan data dengan mudah dan cepat dan ia sememangnya sangat sesuai bagi yang melibatkan sampel yang ramai.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Adalah tidak dapat dipastikan jenis perisian yang digunakan oleh penulis kerana tidak dinyatakan di dalam penulisan jurnal ini. Walau bagaimanapun penulis telah membuat analisis statistik deskriptif. Ini berdasarkan kepada penulisannya yang menunjukkan responden berkeyakinan terhadap kursus yang diambil apabila tahap jangkaan hasil mereka adalah tinggi (skor min = 4.30). Walau bagaimanapun kajian juga menunjukkan tahap keupayaan diri responden berada pada tahap yang sederhana (skor min = 3.33). Satu lagi yang menunjukkan bahawa penulis telah membuat analisis data berdasarkan kenyataan penulis iaitu hasil analisis korelasi mendapati bahawa tahap kepercayaan keupayaan diri mempunyai hubungan yang sederhana (r = 0.509) dengan kekerapan pelajar melakukan aktiviti aspirasi kerjaya.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Terdapat isu kesahan dan kebolehpercayaan bagi penulisan jurnal ini. . Pada dasarnya penulis telah menggunakan Teori Sosial Kognitif Kerjaya bagi menentukan pemboleh ubah tetapi apa yang menjadi tanda tanya kepada pembaca adalah penulis tidak menyatakan sama ada penulis telah melakukan kajian rintis atau ujian
20

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

lain bagi mengesahkan soal selidik. Bagi memastikan kajian ini mempunyai unsur kesahan dan kebolehpercayaan adalah sewajarnya penulis menyatakan apa yang telah dilakukan atau ujian yang telah dilaksanakan.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Dari aspek persembahan dapatan kajian, penulis telah menggunakan jadual, carta pai dan graf disertakan dengan penerangan bagi setiap dapatan. Kepelbagaian yang ditunjukkan oleh penulis sangat baik walau bagaimanapun dari aspek perbincangan dapatan kajian perlu diperbaiki. Merujuk kepada penulisannya tidak kesemua dapatan penulis dikaitkan dengan kajian lepas. Sehubungan dengan itu pembaca tidak dapat membuat perbandingan dan membuatkan dapatan kajian ini begitu longgar. Penulis juga tidak menyatakan implikasi kajian dan tiada cadangan dibuat bagi menjadikan kajian ini lebih bermakna. Secara keseluruhannya penulisan jurnal kurang baik walau bagaimanapun jika penulis dapat membaiki kelemahan yang dinyatakan sudah pasti ia akan memberi impak kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti ini.

21

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 5

Tajuk :

Kecenderungan Terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Mengikut Persepsi Peserta Skim Usahawan Siswa

Penulis : Sumber :

Norasmah Hj Othman & Salmah Ishak Jurnal Teknologi, 56 (Sains Sosial), Sept. 2011: 47 63 Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia

1.0

Paradigma Penyelidikan

Penulis jurnal ini berpegang kepada perspektif positivis untuk mendapatkan huraian secara umum serta ingin memahami fenomena iaitu ingin mengetahui kecenderungan terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan mengikut persepsi peserta Skim Usahawan Siswadi (SUS). Jika dilihat ini berbeza dengan situasi semasa di mana kebanyakan siswazah mempersepsikan bidang keusahawanan sebagai pilihan kedua atau terakhir kerana kurangnya kesedaran terhadap potensi kerjaya tersebut.

2.0

Strategi / Tradisi

Berdasarkan pernyataan penulis di bahagian abstrak jelas di sini bahawa penulis melaksanakan kajian diskriptif tinjauan. Strategi ini bersesuaian dengan objektif penulis di mana penulis hanya meninjau kecenderungan siswazah terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan. Secara amnya kajian tinjauan dilakukan untuk memperlihatkan insiden, kekerapan dan taburan sesuatu populasi yang telah dikenalpasti.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Tujuan penyelidikan yang telah dilaksanakan oleh penulis adalah untuk meninjau kecenderungan siswazah terhadap pemilihan kerjaya keusahawanan.

22

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Tujuannya agak mudah iaitu melihat persepsi pelajar sama ada mereka mempunyai perspektif positif atau sebaliknya.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Berdasarkan beberapa teori dan kajian lepas, penulis dilihat dapat mengenalpasti beberapa pemboleh ubah di dalam kajian ini. Walau pun tidak ditulis secara nyata tetapi pembaca dapat mengenalpasti pemboleh ubah tersebut berdasarkan penulisannya. Antaranya seperti keperluan persepsi positif, sikap sebagai usahawan, pengalaman dan pendidikan. Atribut-atribut ini diyakini dapat mempengaruhi pemilihan siswazah di dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya mereka.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Dari aspek rekabentuk penyelidikan, penulis telah menyatakannya dengan jelas. Penulis telah menerangkan bagaimana sampel kajian yang dipilih ditentukan. Bermula dari populasi, penulis telah mengikut prosedur yang sistematik. Sampel kajian dipilih menggunakankan kaedah pemilihan secara rawak berstrata. Pemilihan kaedah ini bertujuan untuk memastikan setiap individu yang dipilih (dalam kajian ini mengikut tahun) benar-benar dapat membantu penulis memahami fenomena yang dikaji. Pada peringkat permulaan, pengkaji menyatakan bahawa saiz sampel yang sesuai adalah 364 orang berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan (1970) dan hanya 266 soal selidik sahaja dikembalikan. Walau bagaimanapun kadar pulangan sebanyak 78.1 peratus sudah mencukupi untuk dianalisis dan seterusnya dijadikan sebagai dapatan kajian. Dari segi pemilihan sampel untuk temuduga, penulis telah mengambil pendekatan menggunakan teknik snowballing. Teknik ini sesuai digunakan apabila senarai nama subjek penyelidikan sukar diperolehi. Melalui teknik ini penyelidik tidak mengetahui siapa yang harus dipilih sebagai peserta. Sehubungan itu penyelidik boleh merujuk kepada individu yang mengetahui dan seterusnya membuat pemilihan sampel.

23

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Apa yang penting di sini adalah di dalam melaksanakan temubual tidak ada satu kaedah yang boleh menetapkan saiz sampel atau subjek yang sesuai dan ini berbeza dengan kaedah soal selidik.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Dua kaedah yang telah digunakan oleh penulis di dalam penyelidikannya. Kaedah utama yang yang digunakan adalah soal selidik. Soal selidik merupakan instrumen utama bagi pengumpulan data kerana ia mampu memberikan maklumat yang tepat. Kaedah temu bual pula hanya digunakan dengan tujuan untuk membuat susulan bagi mendapatkan penjelasan yang lebih terperinci ke atas fenomena yang dikenalpasti dalam beberapa dapatan yang diperoleh menerusi pendekatan kuantitatif. Walaupun reka bentuk yang dipilih ini hampir menyamai reka bentuk kajian yang disarankan oleh Creswell dan Clark (2007) iaitu sequential explanatory mixed methods namun penggunaan kaedah temu bual dalam kajian ini berlainan fungsi. Justeru, penekanan terhadap kaedah temu bual tersebut tidak seberat kaedah temu bual yang digunakan dalam kajian kualitatif sebenar.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Penulis hanya membuat analisis diskriptif iaitu min dan frekunsi. Walau pun analisis yang digunakan agak mudah, penulis tidak menyatakan perisian yang digunakan bagi menganalisis data yang diperolehi. Bagi kaedah tembual pula analisis yang dilakukan oleh penulis agak samar. Ini menyukarkan pembaca untuk mengetahui dan mengenalpasti kaedah yang digunakan.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Bagi memastikan instrumen boleh digunakan dalam kajian, ujian Cronbach Alpha telah digunakan untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik. Hasil ujian Cronbach Alpha menunjukkan bahawa indeks kebolehpercayaan bagi mengukur tingkah laku atau kecenderungan pemilihan kerjaya keusahawanan adalah 0.823
24

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

dan nilai kesahan pula melebihi 0.3. Instrumen ini adalah baik dan boleh diguna pakai kerana kebolehpercayaan melebihi 0.6 dan kesahan melebihi 0.3. Bagi kaedah temu bual pula, semakan pengkodan menerusi kaedah penentuan kebolehpercayaan antara penilai (inter-rater reliabilty) telah dilaksanakan. Kebolehpercayaan antara penilai digunakan untuk melihat setakat mana tahap persetujuan antara dua atau lebih individu yang kebiasaannya penilaian dibuat dalam bentuk peratusan. Hasil analisis semakan pengkodan daripada enam penilai, pengkaji mendapat kebolehpercayaan yang tinggi bagi kaedah temu bual iaitu 92.65 peratus. Melalui kenyataan yang telah dibuat oleh penulis, jelas di sini bahawa keduadua kaedah adalah dipercayai.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Penulis telah menggunakan jadual bagi menterjemahkan dapatan kajiannya. Setiap dapatan yang ditemui diperbincangkan dengan agak baik di mana dapatannya berjaya dikaitkan dengan kajian terdahulu. Keputusan yang diperolehi telah menyamai kebanyakan teori. Walau bagaimanapun aspek yang perlu diperbaiki di mana penulis tidak

menyatakan implikasi kajiannya terhadap kerjaya keusahawanan. Jika dilihat dapatan yang diperolehi sememangnya menarik dan mampu menyumbang kepada pemilihan keusahawanan sebagai kerjaya di kalangan siswazah. Penulis juga boleh memberi cadangan bagi menambah baik kajian yang telah dilakukan. Secara keseluruhannya jurnal ini pada tahap sederhana. Terdapat aspek yang kurang jelas dan perlu diperbaiki.

25

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 6

Tajuk :

Trait Personaliti Di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Penulis : Sumber :

Faizah Bte Abd Ghani & Mohd Kamil Bin Mat Deris http://eprints.utm.my/10265/2/Mohd_Kamil_Bin_Mat_Deris.pdf

1.0

Paradigma Penyelidikan

Berdasarkan

yang

telah

diutarakan

Teori

Holland,

penulis

cuba

mengenalpasti keselarasan profil personaliti terhadap profesionalisme perguruan serta mengetahui personaliti yang lebih baik untuk menjadi guru dikalangan pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (kemahiran hidup) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Terdapat isu di sini di mana pembaca tertanya-tanya apakah yang diperkatakan di dalam Teori Holland sehingga penulis memilih teori tersebut sebagai satu sumber untuk mengenalpasti keselarasan profil personaliti pelajar. Sewajarnya penulis perlu menceritakan sedikit sebanyak berkaitan Teori Holland terutamanya hal yang membincangkan tentang trait personaliti. Kemungkinan penulis merasakan ia tidak berapa penting tetapi bagi pembaca ia akan dapat memberi gambaran yang jelas tentang kajian yang dilakukan.

2.0

Strategi / Tradisi

Kajian ini menggunakan diskriptif tinjauan di mana dapat dilihat penulis cuba mengkaji dan mengenaalpasti trait personaliti pelajar. Strategi yang digunakan sememangnya selalu digunakan bagi pengkaji yang melaksanakan penyelidikan secara kuantitatif. Ini kerana ia sangat sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat bagi melibatkan kumpulan yang besar dengan menggunakan sampel yang kecil. Ia sangat berguna apabila penyelidik hendak mengumpul data berhubung dengan fenomena yang tidak dapat diperhatikan secara langsung seperti kajian yang dilaksanakan oleh penulis.
26

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

3.0

Tujuan Penyelidikan

Secara umumnya kajian ini adalah untuk mengkaji trait personaliti di kalangan pelajar kemahiran hidup Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Walau bagaimanapun objektif kajian adalah seperti berikut : (i) Mengenalpasti trait personaliti pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup) tahun 4. (ii) Mengenalpasti ciri-ciri trait personaliti yang dominan dengan pelajarpelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan UTM Skudai. (iii) Mengenalpasti keselarasan trait personaliti pelajar dengan bidang perguruan yang diceburi.

Melihat kepada tujuan kajian ini ia sememangnya ia selaras dengan tajuk kajian. Penulis tidak lari dari membicarakan trait personaliti pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Berdasarkan

Teori

Holland,

penulis

mengeneralisasikan

apa

yang

diperkatakan di dalam teori tersebut kepada kajiannya. Tidak banyak yang boleh dibincangkan di sini kerana penulis tidak membicarakan berkaitan teori tersebut. Ini bermakna pembaca perlu mendapatkan bacaan lain bagi mengenalpasti atributatribut yang digunakan oleh penulis dengan lebih mendalam. Jika penulis menyatakannya ia akan menjadikan kajian ini lebih jelas dan memberi gambaran yang luas.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Antara aspek penting yang perlu ditekankan di dalam menentukan sampel yang baik adalah perwakilan dan kecukupan. Langkah penting ini perludijalankan

27

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

dengan mengikut prosedur yang betul di mana pengkaji perlu mengetahui populasi kajiannya. Dalam kajian ini penulis telah memenuhi aspek tersebut di mana penulis telah mengenalpasti sampel sebanyak 99 responden berdasarkan jumlah populasi seramai 132 orang pelajar. Penentuan sampel ini dilakukan dengan merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel yang dikemukakan oleh Krejcie & Morgan di mana jadual yang digunakan ini mempunyai 95% aras keyakinan bagi mendapatkan jumlah sampel minimum.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Penulis telah menggunakan borang soal selidik bagi mengumpul data kajian. Kaedah yang digunakan ini dapat membantu penulis menjalankan kajian dengan lebih cepat. Sememangnya kaedah pengumpulan data menggunakan borang soal selidik merupakan kaedah yang paling popular dan digemari oleh para pengkajia penyelidikan kuantitatif.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Penulis tidak menyatakan bagaimana data-data demografi yang dikumpul dianalisis iaitu di bahagian A soal selidik. Data demografi yang dimaksudkan adalah taburan maklumat peribadi reponden seperti jantina, bangsa, umur dan tahap pencapaian akademik. Kemungkinan penulis menggunakan Microsoft Office Excel sahaja berdasarkan keputusan kajian yang hanya ditunjukkan dalam bentuk peratusan. Walau bagaimanapun tidak mustahil jika penulis turut menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Bagi bahagian B soal selidik, penulis telah menggunakan kod tiga huruf Holland berdasarkan kenyataan penulis iaitu Dapatan kajian yang diperolehi adalah lebih tertumpu kepada kod tiga huruf setiap individu dalam kajian yang dijalankan. Kod tiga huruf setiap responden kajian dikaji oleh penyelidik dengan

membandingkan kod tiga huruf yang diperolehi untuk setiap responden dengan kod tiga huruf Holland iaitu Sosial, Enterprising, Realistik (SER). Sebagai pembaca yang tidak mengetahui kaedah ini mungkin tidak memahami bagaimana analisis data dilakukan. Penulis tidak menceritakan bagaimana proses menganalisis data tersebut
28

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

dilakukan. Adalah lebih baik penulis menerangkan sedikit bagaimana data tersebut di analisi.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Di dalam konteks penyelidikan kesahan bermaksud mengukur apa yang sepatutnya diukur. Ia bermaksud instrumen penyelidikan yang digunakan haruslah mampu mengukur dengan tepat apa yang penyelidik ingin ukur. Kebolehpercayaan di dalam penyelidikan pula merujuk kepada dua situasi : (i) ketekalan sesuatu ukuran; walaupun diulangi beberapa kali; dan (ii) kestabilan sesuatu ukuran pada sepanjang masa (Kirk & Miller, 1986). Jika keputusan yang sama sentiasa diperolehi dengan menggunakan kaedah atau metodologi yang sama, maka penyelidikan tersebut boleh dipercayai. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan alat ukuran SDS-Form Easy yang merupakan versi terjemahan Amla dengan menggunakan kaedah back translation. Amla (1992) telah mengumpulkan data dari populasi pelajar-pelajar baru Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 1987/1988 seramai 2,231 orang dengan menggunakan kaedah Counterbalance bagi mendapatkan kesahan ujian SDS yang telah diterjemahkan. Nilai kebolehpercayaannya adalah tinggi iaitu berada dalam julat 0.85 hingga 0.97 (Amla, 1992). Ini bermakna penulis tidak melaksanakan kajian rintis dan hanya menggunakan keputusan penyelidik lain. Keadaan sebegini tidak menjadi masalah dan sewajarnya penulis menggunakan nilai kebolepercayaan tersebut.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Analisis deskriptif menunjukkan trait personaliti yang diperolehi oleh responden ini adalah sosial, artistik dan convensional(SAC) untuk item kesukaan manakala sosial, enterprising dan realistik(SER) untuk item kecekapan. Dapatan kajian juga menunjukkan majoriti responden mempunyai trait personaliti SER dan trait ini berpadanan dengan kod tiga huruf Holland. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan 61.6% responden mempunyai tahap padanan yang baik dari segi darjah kongruen personaliti yang berdasarkan kepada Indeks kongruen Iachan.

29

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini menunjukkan terdapat keselarasan antara trait personaliti dengan kerjaya perguruan yang dipilih. Apabila membaca dapatan kajian banyak yang bermain di minda pembaca. Perkataan padanan sering digunakan di sini. Keadaan ini berlaku kerana penulis tidak memberikan maklumat yang lengkap tentang apa yang telah dilaksanakan terutama di bahagian kaedah mengumpul data dan menganalisis data. Ayat Indeks Kongruean Iachan muncul secara tiba-tiba di bahagian perbincangan. Ia sememangnya mengelirukan pembaca. Sewajarnya penulis menerangkan sedikit apa yang dimaksudkan dengan Indeks Kongruean Iachan. Apa fungsi indeks tersebut di dalam kajian ini. Dari segi persembahan penulis tidak menggunakan sebarang rajah, jadual ataupun diagram untuk memaparkan keputusan. Penggunaan diagram ini sememangnya sangat membantu pembaca memahami dengan mudah dan jelas selain mengelak kebosanan dengan membaca baris demi baris. Peratusan yang ditulis adalah lebih baik jika dipaparkan melalui carta pai. Secara keseluruhannya kajian ini menarik tetapi penulisan jurnal yang agak membosankan mengurangkan minat untuk membaca.

30

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 7

Tajuk :

Tret Personaliti Dan Faktor Pemilihan Kerjaya Dalam Bidang Perguruan Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

Penulis : Sumber :

Faizah Bte. Abdul Ghani & Nina Raynelda Binti Ahmad Kamil http://eprints.utm.my/11961/1/Tret_Personaliti_Dan_Faktor_Pemilihan _Kerjaya_Dalam_Bidang_Perguruan_Di_Kalangan_Pelajar_Sarjana_ Muda_Teknologi_Serta_Pendidikan.pdf

1.0

Paradigma Penyelidikan

Dua teori yang mendokong kepada paradigma kajian ini adalah Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) dan Teori Ginzberg. Teori Tipologi Kerjaya Holland

menyatakan tentang darjah kekongruenan tret personaliti manakala Teori Ginzberg pula digunakan bagi mengenalpasti faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya pelajar. Kedua-dua teori yang digunakan dilihat bersesuaian dengan tujuan penyelidikan iaitu mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, sesi 2008/2009. Teori-teori ini dapat membantu penulis membuat andaian berkaitan pembolehubah dan

seterusnya jangkaan hasil dapatan kajiannya.

2.0

Strategi / Tradisi

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian berbentuk korelasi dimana ianya melibatkan pengumpulan data bagi menentukan perkaitan di antara dua ataupun lebih pembolehubah yang saintifik. Penyelidikan korelasi menilai kekuatan dan arah hubungan atau ikatan antara pemboleh ubah yang diselidik. Analisis inferensi korelasi Pearson r digunakan untuk melihat hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti responden dengan faktor pemilihan kerjaya responden.

31

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Berdasarkan objektif penulis iaitu mengenalpasti hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) dengan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan yang diceburi, terdapat empat hipotesis yang diramalkan oleh penulis. Keempat-empat hipotesis itu melihat hubungan antara faktor-faktor tertentu dengan darjah kongruen tret personaliti. Faktor-faktor tersebut adalah minat, keluarga, ganjaran dan persekitaran.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Tujuan kajian ini ialah mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, sesi 2008/2009. Kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif seperti berikut : (i) Mengenalpasti faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM Skudai. (ii) Mengenalpasti profil tret personaliti di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM Skudai. (iii) Mengenalpasti tahap darjah kongruen tret personaliti yang dominan terhadap pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), UTM Skudai. (iv) Mengenalpasti hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti pelajar SPH dengan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan yang diceburi.

Pada pandangan saya, tujuan kajian ini sangat jelas dan berpadanan dengan tajuk yang dibuat oleh penulis. Terdapat kepelbagaian dari segi objektif yang ditetapkan dan ia tersusun.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Berdasarkan teori yang digunakan penulis menentukan pemboleubah bagi penyelidikannya. Pembolehubah tidak bersandar bagi kajian ini adalah tret
32

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

personaliti

yang

mengkaji

tentang

darjah

kongruen

personaliti,

manakala

pembolehubah bersandar pula adalah faktor pemilihan kerjaya. Empat hipotesis dibina seperti berikut : Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tret personaliti dengan faktor minat terhadap bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup). Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tret personaliti dengan faktor keluarga terhadap bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tret personaliti dengan faktor ganjaran terhadap bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tret personaliti dengan faktor persekitaran terhadap bidang perguruan yang diceburi oleh pelajar-pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Berdasarkan keempat-empat hipotesis tersebut ini menunjukkan bahawa penulis telah membuat ramalan dan berjaya memperoleh bukti yang kukuh bagi menyokong keempat-empat hipotesis ini.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Seramai 76 orang pelajar daripada tahun satu, dua dan empat SPH, sesi 2008/2009, UTM telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan

persampelan rawak berlapis. Responden bagi tahun 1 SPH adalah terdiri daripada seksyen (2),tahun 4 SPH pula terdiri daripada seksyen (4), manakala bilangan responden bagi tahun 2 diambil secara keseluruhan kerana bilangan pelajar bagi tahun 2 hanya terdiri daripada 38 orang pelajar dan kelas tidak dibahagikan kepada beberapa seksyen. Bilangan keseluruhan populasi adalah seramai 95 orang pelajar

33

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

yang terdiri daripada 27 orang pelajar tahun 1, 38 orang pelajar tahun 2 dan 30 orang pelajar tahun 4. Penulis telah menggunakan kaedah yang tepat di dalam kajiannya kerana melihat kepada taburan populasi yang tidak seragam (heterogenous) kaedah persampelan rawak berlapis yang digunakan adalah sangat sesuai. Selain itu kaedah ini sesuai digunakan untuk membuat perbandingan di antara beberapa populasi. Di dalam mendapatkan jumlah bilangan sampel yang minimum bagi kajian ini, pengkaji telah merujuk kepada Jadual Krejcie & Morgan (1970) yang mepunyai 95 % aras keyakinan. Berdasarkan jadual tersebut, sejumlah 76 orang telah dipilih untuk dijadikan sampel kajian.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Penulis menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Instrumen yang digunakan adalah kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) bagi meninjau tret personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan pula digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan personaliti. Terdapat persoalan di mana ada yang bertanya sama ada seseorang penyelidik boleh menggunakan soal selidik pengkaji lain atau tidak. Isu ini sewajarnya tidak timbul kerana pengkaji sememangnya boleh menggunakan soal selidik yang sama walau bagaimanapun perlu diingat pengkaji perlu menyatakan dengan tepat sumber tersebut didapati.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Dalam kajian yang dilaksanakan oleh penulis terdapat dua jenis analis data statistik yang terlibat iatu analisa statistik diskriptif dan analisa statistik inferensi. Statistik diskriptif memberi gambaran awal data yang dikumpul dan digunakan dalam sesuatu penyelidikan. Hanya satu embolehubah dari set data yang dianalisis. Data boleh diringkaskan dengan menggunakan ukuran kecenderungan memusat, min, mod dan median. Selain itu dataa juga boleh dianalisis berdasarkan ukuran serakan iaitu varians dan sisihan piawai.

34

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Statistik inferensi pula ialah hasil daripada ujian statistik yang dapat digunakan untuk membuat inferens tentang data penyelidikan dan mengaitkan dapatan kepada sampel atau populasi. Ia dilaksanakan berasaskan ujian hipotesis null di mana di dalam kajian ini empat hipotesis null telah dikemukakan oleh penulis. Semasa memilik teknik analisis data, andaian bagi teknik tersebut perlu dipatuhi. Antara andaian yang lazimnya perlu dipatuhi adalah data perlu bertaburan normal dan mempunyai sampel yang bebas. Dalam kajian ini penulis telah menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) Version 16.0.1 for Windows bagi menganalisis data-data yang diperolehi.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Apabila menggunakan seseorang penyelidik menggunakan instrumen yang telah dibina oleh pengkaji lain, penyelidik tersebut tdak perlu membuat kajian rintis. Sebaliknya penyelidik boleh menggunakan maklumat atau nilai kebolehpercayaan sedia ada bagi memastikan istrumen itu dipercayai. Keadaan ini bertepatan dengan apa yang telah dilakukan oleh penulis di mana penulis menggunakan nilai Croanbach Alpha 0.7082 yang telah dikaji oleh Norlia Melawi (2000) untuk mendapatkan faktor pemilihan kerjaya responden. Walau bagaimanapun tidaklah menjadi kesalahan jika terdapat pengkaji yang ingin melaksanakan kajian rintis bagi mendapatkan nilai Croanbach Alpha di dalam kajiannya.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Bagi persembahan data kajian, penulis dilihat lebih gemar menggunakan jadual berbanding graf atau rajah. Ini dapat dilihat di mana kesemua dapatan kajiannya diilustrasi menggunakan jadual. Penulis telah membincangkan dapatan kajiannya dengan jelas walau bagaimanapun penulis kurang menggunakan kajian lepas bagi melihat sama ada dapatan kajiannya sejajar dengan penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik-penyelidik lain. Penulis juga telah membincangkan kepentingan kajiannya kepada

Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Pengajian Tinggi, Fakulti Pendidikan dan


35

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

pelajar. Sewajarnya penulis perlu mengwujudkan bahagian kesimpulan dengan memberi cadangan penambahbaikan agar kajian yang dilakukannya dapat diperluaskan lagi. Secara umumnya, kajian kuantitatif yang dilaksanakan ini telah dihasilkan dengan baik sama ada dari aspek prosedur atau tatacara pelaksanaannya dan juga penulisan jurnal ini sendiri.

36

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 8

Tajuk :

Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang

Penulis : Sumber :

Asnul Dahar Bin Minghat & Noor Zalilah Binti Mansor http://eprints.utm.my/11703/1/Pemilihan_Bidang_Kejuruteraan_ Elektrik_Dan_Elektronik_Sebagai_Pembentukan_Awal_Kerjaya_Di_Se kolah_Menengah_Teknik_Daerah_Seberang_Perai.pdf

1.0

Paradigma Penyelidikan

Pemilihan pendekatan penyelidikan yang sesuai bukan sahaja penting malah merupakan tunjang kepada reka bentuk sesuatu penyelidikan. Penyelidik perlu memahami paradigma pemikiran penyelidikan serta rangka operasi sesuatu kaedah penyelidikan terutamanya apabila wujud keperluan untuk memilih satu dari dua kaedah penyelidikan. Isu paradigma di dalam penyelidikan adalah kritikal di mana seseorang penyelidik tidak wajar melibatkan diri dalam usaha penyelidkan sekiranya tidak jelas tentang paradigma penyelidikan yang akan digunakan (Guba & Lincoln, 1994). usaha penyelidikan Kajian yang dilaksanakan penulis merupakan kajian yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Ia berspektif pospotivism dan mempunyai objektif tertentu. Ini kerana dapat dilihat penulis berminat untuk mengenalpasti faktor-faktor tertentu mempengaruhi pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya.

2.0

Strategi / Tradisi

Strategi yang digunakan oleh penulis adalah diskriptif tinjauan. Tidak terdapat kaedah korelasi, perbandingan mahupun eksperimental. Penulis menggunakan pendekatan yang selamat dan ia agak mudah pelaksanaannya berbanding menggunakan strategi lain. Kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif

37

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

adalah berdasarkan kategori kuantiti yang menggunakan angka, skor dan kekerapan.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Kajian yang dibuat oleh penulis adalah bertujuan untuk mengenalpasti faktorfaktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik sebagai pembentukan awal kerjaya berdasarkan empat faktor iaitu minat, pengaruh luar, bimbingan dan kaunseling kerjaya dan situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera. Objektif kajian secara terperinci adalah seperti berikut:(i) Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (ii) Mengenalpasti faktor pengaruh luar mempengaruhi pelajar dalam proses pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (iii) Mengenalpasti faktor bimbingan dan kaunseling kerjaya

mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik. (iv) Mengenalpasti faktor situasi pekerjaan sebagai seorang jurutera mempengaruhi pelajar dalam pemilihan kerjaya di bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Berdasarkan objektif yang telah digariskan ia bersesuaian dengan tajuk yang dikemukakan oleh penulis. Walau bagaimanapun melihat kepada pendekatan objektif kajian ini, ia dilihat agak mudah.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Dari segi prosedur penyelidk, saya merasakan kajian ini agak lemah. Ini kerana tidak dapat dikenalpasti bagaimana penulis menentukan faktor minat, pengaruh luar, bimbingan dan kaunseling kerjaya serta situasi pekerjaan dijadikan pembolehubah. Penulis langsung tidak menyatakan sebarang teori atau kajian lepas sebagai bukti kukuh terhadap kajiannya. Adakah penulis menyenaraikan faktor38

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

faktor tersebut berdasarkan andaian peribadi atau sebaliknya dan ini yang menjadi tanda tanya pembaca. Undang-undang atau prosedur penyelidik perlu dititikberatkan di dalam melaksanakan penyelidikan. Ini kerana jika ia tidak dititikberatkan, penyelidikan tersebut tidak akan memberi makna hanya berdasarkan pandangan peribadi seorang penyelidik.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Reka bentuk penyelidikan ini jelas di mana penulis menyatakan bagaimana sampel kajian ditentukan. Berdasarkan populasi sebanyak 127 orang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Teknik di Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang dipilih sebagai sampel. Penentuan bilangan sampel ini dirujuk menggunakan Jadual Krejcie dan Morgan. Kaedah pemilihan sampel yang digunakan oleh penulis adalah secara rawak mudah. Persampelan rawak mudah bermakna setiap unsur dalam populasi mempunyai peluang memilih. Kaedah ini mudah untuk dibentuk bagi yang melibatkan populasi kecil. Walaubagaimanapun ia agak mengelirukan bagi populasi yang besar.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Penulis menggunakan set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian ini. Kaedah soal selidik lebih mudah untuk mendapatkan kerjasama daripada responden. Mereka bebas memilih dan menyuarakan pandangan, penilaian mengikut kehendak soal selidik serta tahu apa yang difikirkan untuk menjawab. Dalam kajian ini penulis telah menggunakan soal selidik yang berdasarkan skala kadar dengan menggunakan skala lima mata. Menurut Azizi et. al (2007), Penggunaan skala lima mata mempunyai kelebihan berikut : (i) (ii) Penyediaan yang lebih mudah. Kaedah ini berasaskan data empirikal berkaitan maklum balas subjek berbanding pendapat subjektif para juri.

39

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

(iii)

Kaedah ini menghasilkan lebih banyak skala sama jenis dan meningkatkan kemungkinan satu unit sikap diukur dan ini dapat meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Bagi mendapatkan data kekerapan, peratus dan min, kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 11.5. Semenangnya penggunaan SPSS sangat popular di kalangan penyelidik kuantitatif.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kajian rintis telah dijalankan dengan melibatkan seramai 10 orang pelajar tingkatan 4 bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di Sekolah Menengah Teknik Kluang, Joho. Pemilihan pelajar ini dipilih kerana untuk menyamai dengan kajian yang akan dijalankan. Tujuan ia dijalankan adalah untuk menentukan nilai kebolehpercayaan dan kesahan item soal selidik. Hasil daripada kajian rintis ini menunjukkan nilai indeks kebolehpercayaan item soal selidik ini adalah = 0.711. Berdasarkan nilai tersebut ia sudah memadai untuk memastikan soal selidik itu dipercayai dan boleh digunakan.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Bagi

data

kuantitatif,

hasil

analisis

statistik

diskriptif

hendahlah

dipersembahkan terlebih dahulu sebelum hasil analisa statistik penaakulan. Dalam kajian ini, penulis telah menggunakan jadual bagi membantu kefahaman pembaca. Perlu diingat bahawa sebagai penyelidik kita tidak perlu menyatakan semula dalam teks kesemua statistik yang terdapat di dalam jadual. Kesalahan ini telah dilakukan oleh penulis di mana penulis telah menerangkan semula kesemua dapatan yang terdapat di dalam jadual. Sewajarnya penulis hanya memberisedikit ulasan tentang hasil analisis statistik yang diperolehi. Bahagian perbincangan menjelaskan apa yang akan ditemui oleh pembaca. Pendahuluan perbincangan yang baik akan memberi panduan kepada pembaca
40

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

untuk memahami apa yang ditulis oleh penyelidik. Berdasarkan perbincangan yang ditulis, penulis telah membuat perbandingan antara dapatannya dengan dapatan penyelidik lain. Sesestengah penyelidik hanya menggunakan idea mereka sematamata bagi mengolah perbincangan tanpa menghubungkaitkan dapatan penyelidikan sendiri dengan penyelidikan lain. Penulisan perbincangan sedemikian adalah sesuatu yang tidak baik. Penulis telah membuat kesimpulan di bahagian akhir jurnal dan telah menyatakan dapatan utama. Waau bagaimanapun sumber rujukan tidak dicatatkan di dalam kesimpula. Adalah lebih baik jika penulis menyatakan implikasi kajian tersebut dan membuat cadangan penambahbaikan.

41

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 9 Tajuk : Pemilihan Kerjaya Di Sektor Pembinaan Oleh Pelajar Pengajian Teknik Kursus Kejuruteraan Awam: Satu Tinjauan Penulis : Sumber : Adnan Ahmad, Dr. Sukri Saud & Norida Mohd Shariff http://fabserver.utm.my/download/ConferenceSemiar /ICCI2006S1PP22.pdf

1.0

Paradigma Penyelidikan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, paradigma bermaksud daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Selain itu, paradigma boleh diklasifikasikan sebagai contoh atau model yang jelas tentang sesuatu. Bagi definisi umum pula, paradigma bermaksud lingkungan atau batasan pemikiran (seseorang atau sesuatu organisasi) pada sesuatu masa yang dipengaruhi oleh pengalaman, pengetahuan, kemahiran, dan kesedaran yang ada. Paradigma penyelidikan bagi kajian ini adalah berobjektifkan faktor-faktor pendorong ke arah pemilihan kerjaya.

2.0

Strategi / Tradisi

Strategi yang digunakan oleh penulis merupakan tinjauan. Kaedah tinjauan ialah kaedah penyelidikan deskriptif dan bukannya eksperimental. Ia amat popular dalam penyelidikan sains sosial. Secara umumnya ia digunakan untuk mengetahui tentang sikap, kepercayaan, nilai, demografi, tingkah laku, pendapat, tabiat, keinginan, idea dan lain-lain maklumat berkaitan dengan sekumpulan orang. Melalui kaedah tinjauan maklumat yang tepat diperolehi bagi mewakili satu kumpulan yang besar.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Secara umunya penulis ingin mengenalpasti faktor-faktor pendorong ke arah pemilihan kerjaya di sektor pembinaan bagi pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam.
42

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Bagi sesesuatu penyelidikan objektif penyelidikan adalah sasaran-sasaran spesifik yang ingin dicapai bagi memastikan tujuan penyelidikan di capai. Dalam kajian ini penulis tidak menyatakan objektif kajiannya.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Tiada

hipotesis bagi kajian ini disebabkan penulis tidak menggunakan

strategi korelasi. Walau bagaimanapun penulis telah menyenaraikan empat pemboleh ubah yang didapati dari kajian lepas. Keempat-empat pembolehubah tersebut adalah seperti berikut: (i) (ii) (iii) (iv) Penguasaan matapelajaran PKA Faktor luaran iaitu pengaruh ibubapa, rakan sebaya, guru dan media Situasi pekerjaan di sektor pembinaan itu sendiri Aktiviti kelab bimbingan dan kerjaya sekolah

Melihat kepada faktor yang pertama iaitu penguasaan matapelajaran PKA. Penggunaan PKA atau pun apa jua singkatan perlu diperjelaskan oleh penulis atau penulis. Sebagai pembaca saya tertanya-tanya apakah PKA itu bermakna Pengajian Kejuruteraan Awam dan ini akan menimbulkan salah tafsiran. Faktor-faktor yang dikenalpasti diperolehi oleh penulis berdasarkan kajian lalu. Hal ini amat penting kerana sekiranya penyelidik tidak merujuk teori atau kajian lalu apa-apa jua faktor yang diketengahkan akan kekal sebagai spekulasi sahaja atau lebih berat lagi sebagai tuduhan yang tidak berasas.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Seramai 121 orang responden terdiri daripada pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam di pilih secara rawak berkelompok daripada Sekolah Menengah Teknik di seluruh Negeri Melaka. Jumlah sampel ini adalah berdasarkan populasi seramai 404 orang di Institut Pengajian Teknik. Walau bagaimanapun adalah tidak diketahui populasi yang dimaksudkan mewakili kumpulan mana. Satu lagi perkara yang mengelirukan pembaca adalah penggunaan Sekolah Menengah Teknik dan Institut Pengajian Teknik. Adakalanya penulis dilihat menggunakan Sekolah Menengah Teknik dan adakalanya Institut Pengajian Teknik. Sebagai pembaca ia sangat
43

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

mengelirukan kerana dari segi penulisan merujuk kepada perkara yang sama tetapi hanya pengguaan istilah yang berlainan. Jelas di sini penulis tidak konsisten di dalam penulisannya. Sepertiyang telah dinyatakan tadi penulis menggunakan kaedah persampelan rawak secara berkelompok. Secara amnya persampelan rawak berkelompok adalah sama seperti persampelan rawak, cuma bezanya, sesebuah kumpulan dipilih secara rawak dan bukannya individu dan setiap individu dalam kumpula terpilih dijadikan sampel. Kaedah ini sesuai digunakan jika populasi ialah melibatkan sejumlah sekolah kerana tidak memakan masa. Walau bagaimanapun pemilihan sampel secara ini mungkin tidak berkesudahan dengan sampel yang mewakili populasi sebenar.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A yang melibatkan biodata responden dan bahagian B yang melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Walau bagaimanapun tidak dapat dipastikan bagaimana instrumen ini ditadbir sama ada melalui pos, internet dan sebagainya. Seperti yang yang diketahui bahawa kaedah soal selidik amat mudah dikendalikan tetapi kekurangannya ialah responden tidak berpeluang untuk menyatakan pendapatnya secara lisan kepada penyelidik untuk jawapan yang diberi. Oleh itu penyelidk harus menyediakan ruang khas untuk responden menulis pendapatnya tentang jawapan yang diberi atau menulis komen berkenaan soal selidik itu sendiri.

7.0

Kaedah Menganalisis Data Data maklumat yang diperolehi telah diproses dan di analisis dengan

menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Science versi 13.0 dan penghuraian berdasarkan frekuensi, peratus dan min.

44

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Sesuatu instrumen boleh dipercayai jika instrumen berkenaan memberi dapatan yang konsisten setiap kali pengukuran dibuat. Jika seseorang penyelidik menggunakan instrumen yang sama untuk mengesan pencapaian sekumpulan pelajar yang sama pada dua waktu yang berbeza, dapatan mestilah hampir sama. Konsistensi ini akan membuatkan penyelidik yakin bahawa dapatannya mewakili pencapaian pelajar yang diuji. Bagi memastikan instrumen tersebut boleh dipercayai ujian kepercayaan perlu dilaksanakan seperti yang telah dilakukan oleh peunulis jurnal ini. Walau bagaimanapun penulis tidak menyatakan prosedur statistik yang digunakan dan kemungkinan penulis menggunakan Cronbach Alpha yang biasanya digunakan oleh penyelidik lain. Nilai kebolehpercayaan alat kajian yang digunakan oleh penulis adalah =0.84. Berdasarkan nilai ini ia sudah cukup untuk menentukan kebolehpercayaan instrumen tersebut.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Persembahan dapatan kajian yang dibuat oleh penulis agak hambar. Ini kerana tiada perbincangan lanjut yag diulas. Penulis hanya menceritakan dapatan kajiannya di bahagian kesimpulan secara umum. Perbandingan di anatara kajian yang dilakukannya dengan kajian penyelidik lain tidak dinyatakan. Penulis lebih terdorong untuk menulis berkaitan cadangan kajian berbanding hasil yang didapati. Sewajarnya penulis tidak terlalu menumpukan cadangan dan cukup dengan dua hingga tiga baris ayat. Secara umumnya, saya mendapati penulisan yang dibuat terlalu longgar. Tajuk yang diutarakan tidak mencerminkan keseluruhan kajian yang dilaksanakan.

45

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 10

Tajuk :

Profil Dan Keselarasan Kerjaya Di Dalam Dunia Pekerjaan Maskulin Dan Feminin Di Daerah Petaling

Penulis : Sumber :

Noraini Ismail & Sidek Mohd Noah Jurnal Teknologi, 44(E) Jun 2006: 3144 Universiti Teknologi Malaysia

1.0

Paradigma Penyelidikan

Paradigma penyelidikan penulis sangat jelas. Penulis menggunakan Teori Holland sebagai hala tuju bagi kajiannya. Teori Tipologi Holland berpendapat bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan ciri-ciri individu. Pemilihan kerjaya yang selaras akan dapat mengurang dan mengelak daripada berlakunya pertukaran kerja. Implikasi daripada kenyataan ini ialah perlunya mendapatkan individu yang betul untuk pekerjaan yang betul supaya guna tenaga dapat dipertingkatkan ke tahap yang semaksima mungkin. Beliau juga menegaskan bahawa apabila wujud keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis

persekitaran, maka individu dikatakan berada dalam kerjaya yang selaras atau sesuai. Keselarasan ini seterusnya akan dipamirkan melalui kesungguhan dan keterampilan individu dalam kerjayanya. Berdasarkan pernyataan di atas ia sangat membantu penulis di dalam melaksanakan kajiannya. Perlu diingat jika paradigma penyelidikan jelas ia akan membantu memudahkan sesuatu penyelidikan. Jika di peringkat ini penyelidik masih teragak-agak untuk menentukan paradigma penyelidikan sudah pasti perjalanan penyelidikannya bertambah sukar.

2.0

Strategi / Tradisi

Penulis melaksanakan kajian deskriptif dan ex-post facto bagi

mengenal

pasti profil dan keselarasan kerjaya guru dan polis yang bekerja di daerah Petaling. Kajian deskriptif adalah sejenis kajian yang bermatlamat untuk menerangkan keadaan semasa sesuatu fenomena yang sedang berlaku, mendapatkan penjelasan
46

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

dengan sempurna serta meneroka bidang yang belum dikaji untuk mendapatkan maklumat yang tepat. Kajian deskriptif adalah bertujuan untuk menentukan keadaan sebenar yang berlaku semasa sesuatu kajian itu dijalankan. Kajian korelasi pula melibatkan pengumpulan dua atau lebih set data daripada sekumpulan subjek dengan tujuan untuk menentukan hubungan antara data-data tersebut (Tuckman, 1988). Kajian korelasi umumnya dijalankan untuk melihat keteguhan pertalian atau hubungan antara pembolehubah-pembolehubah dan tidak dapat menentukan sama ada A menyebabkan B, di mana A dan B adalah pembolehubah. Menurut Tuckman (1988), korelasi tidak semestinya berimplikasikan sebab musabab.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti profil dan keselarasan kerjaya guru dan polis di daerah Petaling. Secara khusus kajian ini adalah untuk: (i) Mengenal pasti sama ada wujud bentuk profil tertentu ciri-ciri maskulin dan feminin di kalangan individu yang terlibat dalam kerjaya guru dan polis. (ii) Mengenal pasti tahap keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran kerja bagi guru dan polis. (iii) Menentukan sama ada wujud keselarasan antara jenis personaliti dan persekitaran kerja guru dan polis.

Tujuan

yang

dikemukakan

oleh

penulis

adalah

teratur

di

mana

pendekatannya secara umum kepada yang lebih khusus.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Teori Tipologi Holland juga menggambarkan bahawa kaum lelaki lebih tertumpu kepada personaliti Realistik, Investigatif, dan Enterprising. Mereka yang tergolong di dalam personaliti tersebut mempunyai ciri-ciri seperti agresif dan kurang sosial. Tiga jenis personaliti ini dianggap lebih menonjolkan ciri-ciri maskulin dan sesuai dalam persekitaran kerja yang kasar, liat dan mencabar. Dalam konteks kajian ini, kerjaya guru mewakili pekerjaan feminin dan kerjaya polis mewakili pekerjaan maskulin. Kod tiga-mata Holland (Holland, 1989) untuk kerjaya polis ialah

47

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Sosial-Realistik-Enterprising (S-R-E) dan kerjaya guru ialah Sosial-EnterprisingArtistik (S-E-A). Pemboleh ubah yang dikenalpasti oleh penulis adalah berdasarkan kepada Teori Holland. Secara tidak langsung, penulis mempercayai yang penyelidikannnya boleh menjadi nilai dan boleh digeneralisasikan.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Subjek kajian adalah terdiri daripada 255 orang iaitu pegawai polis lelaki dan pegawai polis wanita mewakili persekitaran kerja maskulin seramai 100 orang manakala guru lelaki dan guru wanita sekolah menengah mewakili persekitaran kerja feminin seramai 155 orang. Guru-guru ini terdiri daripada guru-guru dari empat buah sekolah yang berlainan latar belakang. SMK Sultan Abdul Samad terdiri daripada 50 orang guru, SMK(L) Bukit Bintang terdiri daripada 40 orang guru, SMK(P) Taman Petaling terdiri daripada 40 orang guru dan SMT Shah Alam terdiri daripada 25 orang guru. Berdasarkan pernyataan di atas penulis telah menggunakan kaedah persampelan rawak berlapis dengan mengambil kira program pengajian serta jantina pelajar bagi memilih sampel kajian. Di dalam persampelan rawak berlapis, setiap ahli populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai ahli sampel. Teknik ini sering menjadi pilihan sekiranya populasi tidak homogen dari segi ahli populasi dan terdapat subkumpulan yang ketara. Subkumpulan yang khusus atau strata dipilih untuk sampel mengikut nisbah atau kadar subkumpulan berkenaan di dalam populasi. Kaedah ini sesuai dilaksanakan terutamanya yang melibatkan perbandingan jantina seperti kajian yang dilaksanakan penulis iaitu feminin dan maskulin.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan B. Bahagian A mengandungi item-item untuk mendapatkan data peribadi responden termasuklah jantina, bangsa, umur, taraf perkahwinan, kelulusan akademik, jawatan, tempoh kerja, dan tangga gaji. Bahagian B pula ialah alat ukuran Vocational Preference Inventory (VPI) yang telah dibentuk
48

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

oleh John L. Holland yang telah diterjemah oleh Sidek Mohd Noah menggunakan teknik penterjemahan balik seperti yang disarankan oleh Brislin (1970). Penggunaan soal selidik yang dibangunkan oleh penyelidik terdahulu tidak menjadi kesalahan malah ia memudahkan penyelidik melaksanakan kajiannya dengan lebih cepat kerana penyelidik tidak perlu melaksanakan kajian rintis bagi menentukan kesahan dan keboleh percayaan instrumen.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Data

yang

diperoleh

daripada

soal

selidik

kemudiannya

dianalisis

menggunakan statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik deskriptif yang digunakan dalam kajian ini termasuklah min, kekerapan, peratusan, dan pangkatan. Statistik deskriptif digunakan untuk menghuraikan ciri-ciri variabel seperti demografi responden dan sebagainya. Ia digunakan untuk membuat kesimpulan mengenai data numerikal. Ia tidak boleh dibuat generalisasi daripada sampel kajian kepada populasi. Statistik inferensi pula digunakan jika ingin menghuraikan hubungan di antara variabel-variabel kajian dan juga mengaitkannya dengan ciri-ciri sampel kepada populasi kajian. Sebab itulah jika kita mahukan generalisasi keputusan kajian, maka kita perlu memikirkan agar kita menggunakan analisis data melalui statistik inferensi dalam kajian kita. Dengan kata lain, di antara prosedur untuk membuat generalisasi mengenai populasi yang dikaji adalah dengan menggunakan analisis data secara statistik inferensi. Walaubagaimanapun, untuk menggunakan statistik inferensi dalam kajian, kita perlu memenuhi andaian statistikal (statistical assumptions) yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Untuk menentukan tahap keselarasan antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran atau program pengajian yang pelajar ikuti, alat statistik Kandells Coefficient of Concordance (W), jenis dua hujung dengan aras keertian 0.05 telah digunakan oleh penulis. Perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) diaplikasikan oleh penulis untuk menganalisis kesemua data yang diperolehi. Walau bagaimanapun tidak dinyatakan versi perisian tersebut.

49

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Di dalam penulisan jurnal ini, penulis telah mengemukakan ujian-ujian kesahan dan kebolehpercayaan yang dilaksanakan oleh penyelidik sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Pelbagai dapatan dicapai dan berdasarkan keputusan ini penyelidik menggunakannya bagi membuktikan instrumen yang digunakan boleh dipercayai. Tindakan yang dilakukan oleh penulis adalah tepat ini kerana sememangnya penulis tidak perlu membuat kajian rintis untuk penyelidikannya sukup sekadar maklumat yang berjaya dikumpulkan.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Saya sangat tertatik dengan cara persembahan dapatan kajian yang diterjemahkan oleh penulis. Berdasarkan jadual yang dibina, penulis menghuraikan isi-isi penting dapatan kajiannya. Penulis turut membincangkan dengan lebih mendalam dapatan tersebut dengan mengaitkan sumber atau kajian-kajian yang telah dilakukan penyelidik terdahulu. Di sini pembaca dapat membuat perbandingan di antara dapatan kajian penulis dengan dapatan pengkaji lain. Dengan penulisan yang tersusun pembaca dapat memahaminya dengan mudah. Penulis turut menyatakan implikasi kajiannya terhadap kerjaya polis dan guru serta memberi cadangan penambahbaikan. Secara keseluruhannya kajian ini berjaya mencapai tujuan dan matlamatnya dan aspek penulisan dan prosedur penyelidikan wajar dicontohi.

50

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 11

Tajuk :

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM

Penulis : Sumber :

Yusof Boon & Siti Zafirah Mohd Ilias Journal of Technical, Vocational and Engineerng Education, Volume 1, March 2011,Page 22-40/ISSN: 2231-7376

1.0

Paradigma Penyelidikan

Berdasarkan penulisan jurnal ini didapati penulis mengaplikasikan dua teori utama. Teori-teori tersebut adalah Teori Trait dan Faktor dan Teori Pemilihan Kerjaya Holland. Teori Trait dan Faktor adalah teori yang sudah diasaskan oleh Frank Parson, iaitu bapa perkembangan bimbingan kerjaya dan juga merupakan penulis buku Choosing the Vocation pada tahun 1909. Buku ini menerangkan bagaimana untuk memilih sesuatu kerjaya yang terbaik. Beliau adalah orang pertama yang mengemukakan pendangan tentang cara-cara membuat sesuatu pemilihan kerjaya, iaitu apa yang dipanggil sebagai true reasoning. Intipati Teori Trait dan Faktor yang dikemukakan oleh Frank Parson. Penulisan meringkaskan apa yang dikemukakan oleh beliau adalah seperti berikut: (i) Setiap individu mempunyai kelebihan dan trait-trait yang unik. keperluan dalam berbagai-bagai pekerjaan. (ii) Oleh yang demikian, terdapat set kualiti yang agak homogenius yang mana kedua-duanya perlu untuk mencapai kejayaan dalam setiap pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang dalam mana-mana kategori pekerjaan. (iii) Kaedah pengujian iaitu satu cara pengukuran trait individu yang objektif adalah kaedah yang terbaik bagi meramal kejayaan seseorang dalam pekerjaan masa hadapan. (iv) Setiap individu berusaha mengenal pasti trait-traitnya dan mencari jalan untuk hidup dan bekerja. Pekerjaan yang sesuai penting supaya individu
51

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

dapat menggunakan segala kebolehan-kebolehan yang dimilikinya secara terbaik dan berkesan.

Teori yang kedua iaitu Teori Pemilihan Kerjaya Holland adalah satu teori yang berasaskan kepada personaliti individu ataupun gaya tingkah laku individu. Menurut Peterson & Nisenholtz (1999) faktor utama yang menyumbang kepada pemilihan kerjaya individu menurut teori ini adalah jenis personaliti individu tersebut ataupun gaya tingkah laku. Menurut John L. Holland iaitu pengasas kepada teori ini, setiap individu membentuk personaliti tersendiri hasil interaksi yang berlaku antara ciri-ciri individu yang diwarisi, aktiviti-aktiviti yang didedahkan kepadanya dengan minat serta kebolehan yang terhasil disebabkan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti itu. Jenis personaliti individu adalah sesuatu yang terhasil akibat daripada personaliti genetik dan juga faktor persekitarannya. Berdasarkan kenyataan yang diterangkan oleh penulis berkaitan kedua-dua teori ini, dapat dilihat bahawa kedua-dua teori ini amat penting di dalam menentukan pemilihan kerjaya. Pemilihan teori yang dibuat oleh penulis sememangnya menunjukkan paradigma penyelidikan yang dipilih tepat dan bersesuaian dengan penyelidikannya.

2.0

Strategi / Tradisi

Strategi yang dipilih oleh penulis merupakan diskriptif tinjauan. Kajian ini juga dikenali sebagai kajian survei yang merupakan kajian penyelidikan yang bukan berbentuk eksperimen. Ia sangat sesuai dalam penyelidikan sosial terutamanya bidang pendidikan. Kajian tinjauan perlu dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi. Sampel yang dipilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan dan gambaran umum tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Sehubungan dengan itu salah satu tujuan melaksanakan tinjauan adalah untuk membuat kenyataan umum (generalization) tentang sesuatu populasi. Di dalam kajian ini, nyata bahawa kaedah yang digunakan oleh penulis sesuai dengan tujuan penyelidikan.

52

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

3.0

Tujuan Penyelidikan Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti faktorfaktor yang mempengaruhi

pemilihan profesion. Bagi menyokong tujuan kajian objektif kajian yang dibentuk oleh penulis adalah seperti berikut : (i) Mengenalpasti sama ada faktor minat luaran mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar. (ii) Mengenalpasti sama ada faktor minat dalaman mempengaruhi pemilihan profesion perguruan dikalangan pelajar. (iii) Mengenalpasti sama ada faktor pencapaian akademik pelajar sebelum memasuki profesion perguruan mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar.

Merujuk kepada tujuan kajian ini ia sejajar dengan tajuk yang dikemukakan dan berpadanan dengan teori-teori yang digunakan.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Seperti yang telah diulas di bahagian paradigma menunjukkan bahawa penulis telah mempunyai atribut-atribut yang jelas berdasarkan dua teori yang disandarkan. Kedua-dua teori ini sememangnya mempengaruhi pelaksanaan penyelidikannya. Dalam kajian ini tiada hipotesis dibangunkan. Ini kerana penulis hanya ingin meninjau dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar. Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti berdasarkan teori tersebut digunakan untuk membolehkan penulis membuat ramalan dan memperoleh bukti yang kuat.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Seramai 108 orang Pelajar Tahun Empat Perdana Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Jentera, dan Kemahiran Hidup) terlibat dalam kajian ini di mana populasi kajian terdiri daripada Pelajar Tahun 4 Perdana JPTK, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

53

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Pelajar yang dimaksudkan adalah daripada kursus SP(A/E/J/H) iaitu seramai 150 orang. Pemilihan sampel telah dibuat secara rawak tetapi tidak diketahui bagaimana penulis menentukan bilangan sampel yang terlibat di dalam kajian yang dilaksanakan ini. Jika dilihat kebanyakan penyelidik lebih gemar menggunakan Jadual Krejcie dan Morgan (1970) bagi menentukan bilangan sampel.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Berdasarkan penulisan jurnal ini telah menunjukkan kaedah soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Penulis telah

menerangkan secara terperinci bagaimana soal selidik ini dikendalikan. Antara kelebihan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik adalah proses memungut data yang cepat, digemari dan mudah untuk ditadbirkan. Selain itu, penyelidik boleh memilih saiz sampel yang besar, keupayaan generalisasi terhadap saiz populasi lebih besar, berkesan dan tepat. Kaedah ini feksibiliti dari segi item soal selidik. Berdasarkan kelebihan penggunaan instrumen ini tidak mustahil ia sering digunakan oleh penyelidik untuk mengumpul data kajian. Walau bagaimanapun terdapat kekurangan penggunaan kaedah ini iaitu cara sampel memahami item soal selidik mungkin berbeza, bergantung kepada latar belakang pendidikan dan pengalaman. Item yang ditadbirkan tidak boleh diubah suai semasa pentadbiran penyelidikan sedang berjalan. Selain itu, kesahan item diragui justeru sampel mungkin memberi jawapan berpandukan tingkah laku yang sampel suka, bukan tingkah laku sampel yang sebenar.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Tugas akhir penyelidik selepas semua jawapan soal selidik kajian tinjauan dikumpul dan direkodkan ialah merumus kesemua maklum balas responden supaya dapat menghasilkan satu kesimpulan. Bagi kajian ini penulis telah menganalisis data dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Window versi 15.0.

54

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Nilai indeks kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang telah dijalankan untuk soal selidik tersebut ialah 0.745. Ini membuktikan bahawa instrumen yang digunakan boelh dipercayai.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Hasil analisis menunjukkan faktor minat dalaman dari aspek motivasi diri dan keyakinan diri merupakan sebab utama pemilihan kerjaya ini. Faktor yang mempengaruhi pemilihan profesion ini ialah faktor minat luaran dengan aspek yang paling menonjol ialah aspek masyarakat. Faktor terakhir yang mempengaruhi pemilihan profesion perguruan ialah faktor pencapaian akademik sebelum memasuki profesion perguruan. Dapatan kajian menunjukkan responden tidak bersetuju bahawa pemilihan profesion ini adalah disebabkan kelayakan masuk yang rendah dan proses pembelajaran yang mudah. Jelas di sini bahawa ia menunjukkan profesion ini bukanlah dipilih sebagai pilihan yang terakhir. Persembahan dapatan kajian diterjemahkan ke dalam bentuk jadual bagi memudahkan pembaca memahami dapatan kajian tersbut. Penulis turut

membincangkan penemuannya dengan penemuan pengkajia terdahulu bagi tujuan perbandigan.

55

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 12

Tajuk :

Personality Traits, Vocational Interests, and Career Exploration: A Cross-Cultural Comparison Between American and Hong Kong Students

Penulis :

Weiqiao Fan, Fanny M. Cheung, Frederick T. L. Leong, and Shu Fai Cheung

Sumber :

Journal of Career Assessment 20(1) 105-119 The Author(s) 2012 Reprints and permission: sagepub.com/journalsPermissions.nav DOI: 10.1177/1069072711417167 http://jca.sagepub.com

1.0

Paradigma Penyelidikan

Berdasarkan penulisan jurnal ini didapati penulis mengaplikasikan dua teori utama. Teori-teori tersebut adalah Teori Trait dan Faktor dan Teori Pemilihan Kerjaya Holland. Kedua-duanya teori ini sangat mempengaruhi kajian yang dilaksanakan oleh penulis.

2.0

Strategi / Tradisi

Strategi penyelidikan yang dilaksanakan oleh penulis adalah penyelidikan korelasi. Penyelidikan ini merupakan penyelidikan jenis deskriptif kerana ia menerangkan hubungkait atau perhubungan sedia ada antara pemboleh ubah. Dengan mengetahui hubung kait atau perhubungan ini, seseorang penyelidik dapat menerangkan sesuatu fenomena atau meramalkan sesuatu fenomena.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Kajian ini bertujuan membandingkan corak hubungan antara personaliti, minat vokasional, dan eksplorasi kerjaya dalam satu rangka kerja bersepadu.

56

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Di dalam kajian ini dua hipotesis telah di bina di mana kedua-duanya bertujuan untuk melihat hubungan.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Persampelan merupakan proses memilih kumpulan individu untuk sesuatu penyelidikan daripada satu kumpulan individu yang mewakili kumpulan besar yang dipilih. Melalui persampelan ia dapat menjimatkan kos penyelidikan dan juga menjimatkan masa. Walau bagaimana perlu dipastikan teknik persampelan yang dilakukan perlulah tepat. Dalam kajian ini seramai 369 pelajar Amerika dan 392 pelajar Hongkong telah dipilih sebagai sampel kajian.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Pengumpulan data menggunakan soal selidik. Penulis telah menerangkan prosedur pengedaran soal selidik.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Penulis tidak menyatakan perisian yang digunakan namun begitu penulis menyatakan bahawa telah menggunakan analisis statistik MANOVA.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan merujuk kepada konsistensi responden memberi jawapan. Dengan menggunakan beberapa kaedah, kebolehpercayaan terhadap soal selidik yang dibina oleh penyelidik boleh diuji. Ada beberapa model kepercayaan yang boleh digunakan iaitu Model Split-Half, Model Guttman, Model Paralled, Model Scrict Paraller dan Model Cronbach Alpha. Penulis telah menjalankan kajian rintis walau bagaimapun tidak dinyatakan model kepercayaan yang digunakan.
57

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Daripada persembahan dapatan kajian ini dapat dilihat penulis menggunakan rajah bagi memudahkan lagi pemahaman pembaca. Perbincangan yang dibuat sangat baik di mana terdapat perbandingan dengan kajia-kajian lepas.

58

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 13

Tajuk :

Peranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya

Penulis : Sumber :

Lau Poh Li, Ahmad Shamsuri Muhamad Chew Fong Peng ATIKAN, 1(2) 2011

1.0

Paradigma Penyelidikan

Kajian yang dilaksanakan oleh penulis adalah kajian kualitatif yang mana ia lebih berpegang dengan perspektif konstruktivisme yang memahami realiti pengalaman manusia berdasarkan kehidupan mereka sendiri. Pengukuran kajian kualitatif lebih bersifat subjektif. Ini bermakna penyelidik konstruksionis mampu menginterpretasi kepelbagaian makna dan bersifat relatif (cara yang berbeza) bergantung kepada setiap individu yang berbeza. Dalam kajian ini penulis juga telah mengemukakan pelbagai teori yang berkaitan dengan penyelidkannya. Adakah penyelidikan yang tidak berasaskan teori dianggap kurang berkualiti?. Penyelidikan dianggap kurang berkualiti jika pengkaji gagal untuk meneliti sumber-sumber diketahui umum dan disiplin ilmu yang relevan secara menyeluruh untuk mengenal pasti teori yang sesuai untuk dijadikan landasanbagi kajian yang hendak dijalankan. Dalam konteks ini, pengkaji dianggap cuai dalam menjalankan tugas penyelidikannya. Sebaliknya, jika pengkaji mendapati tidak ada teori tahap makro atau teori tahap pertenganan yang sesuai untuk dijadikan landasan bagi penyelidikan yang hendak dijalankan selepas dia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya, maka dia boleh menggunakan teori tahap mikro sebagai landasan bagi penyelidikannya. Menurut Camp (2001), penyelidikan yang gagal untuk menggunakan sekurang-kurangnya teori tahap mikro sebagai landasan kajian sebaik-baiknya dikonsepsikan semula sebab penyelidikan tersebut tidak mempunyai sebarang kerangka teori yang kukuh. Soalan di atas boleh ditanya dalam bentuk yang lain, iaitu, "Adakah semua kajian perlu berlandaskan teori yang tertentu?" Jawapannya ialah ya. Tidak kira betapa tidak sempurnanya sesuatu teori, teori kasar sentiasa
59

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

lebih baik daripada tiada teori langsung. Teori adalah satu alat yang amat penting dalam mengenal pasti keteraturan dalam data yang tidak teratur. Teori juga menyediakan jalan untuk mengembangkan pengetahuan dalam disiplin ilmu yang tertentu. Dalam konteks ini timbul satu soalan, iaitu, "Adakah teori yang kompleks lebih baik daripada teori yang mudah?" Pada dasarnya, teori yang digunakan tidak sepatutnya lebih kompleks daripada apa yang diperlukan untuk menjawab soalan kajian. Teori boleh terdiri daripada dua konsep dan saling hubungan antara mereka atau lima belas konsep dan saling hubungan antara mereka. Pemilihan teori adalah bergantung kepada skop kajian.

2.0

Strategi / Tradisi

Tradisi yang digunakan oleh penulis adalah kajian kes. Ia bermakna penulis mengkaji tentag menganalisis berkaitan peranan kaunselor dan perkhidmatan kaunseling kerjaya bagi orang kurang upaya. Melalui kajian kes penyelidik biasanya mengkaji sesuatu entiti atau fenomena dalam satu tempoh masa. Kajian kes yang paling mudah adalah merupakan deskripsi tentang sesuatu peristiwa manakala yang lebih kompleks melibatkan tempoh masa yang panjang. Kajian kes kualitatif biasanya dijalankan penyelidik bagi meneroka, membuat interpretasi dan memndapat pemahaman yang mendalam tentang sesuatu kes bukannya untuk menguji sesuatu hipotesis. Di dalam kajian ini penulis meneroka interaksi faktor-faktor yang signifikan berkaitan kerjaya di kalangan orang kurang upaya.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Tujuan kajian dibentuk bagi menjelaskan hala tuju kajian. Pernyataan ini biasanya dikemukakan dengan mengunakan sebaris ayat. Di dalam jurnal ini, penulis dilihat tidak menyatakan tujuan kajian. Walau bagaimanapun setelah membaca keseluruhan jurnal mungkin ia boleh disimpulkan bahawa tujuannya adalah membicarakan bagaimana peranan kaunselor dalam usaha membantu golongan orang kurang upaya. Adalah lebih baik jika penulis menggunakan perkataan tujuan atau objektif bagi menerangkan tujuan penyelidikan dilaksanakan.
60

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

Dalam kajian ini, penulis dilihat lebih banyak membincangkan teori-teori yang berkaitan. Penggunaan teori merupakan satu keperluan bagi semua penyelidikan yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Teori mengandungi pemboleh ubah yang diperlukan oleh penyelidik untuk menyuluh penyelidikan yang dijalankan. Apabila penyelidik menggunakan sesuatu teori dalam kajian kes yang dijalankan, ia akan cuba mendapatkan gambaran tentang domain-domain berkaitan dalam data yang dikumpulkan serta hubungan antara pemboleh ubah dalam kes yang diselidik. Hal ini akan kelihatan seolah-olah penyelidik menjadikan teori yang telah dikenal pasti sebagai acuan yang diletakkan ke atas data yang diperolehnya. Perkara ini akan membantu penyelidik melihat pola yang timbul dalam data yang diperolehinya.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Rekabentuk penyelidikan kualitatif bergantung kepada tujuan kajian. Berbeza dengan kuantitatif, tiada satu kriteria yang ditetapkan di dalam menentukan sampel, menggunakan pelbagai bentuk bukti dan data, tidak ada ujian statistik untuk mengukur kesignifikan keputusan kajian adalah antara aspek-aspek yang terdapat di dalam reka bentuk kualitatif. Pertimbangan tentang kebergunaan dan

kebolehpercayaa adalah ditentukan oleh penyelidik dan pembaca. Dalam kajian yang dilakukan oleh penulis ia berfokuskan kepada persekitaran di mana penulis melihat masalah yang dihadapi oleh golongan orang kurang upaya di dalam mendapatkan pekerjaan.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Data kualitatif merujuk kepada maklumat atau data berbentuk teks atau ayatayat yang tidak mempunyai struktur tertentu dan tidak mungkin dapat dirumuskan dalam bentuk nombor atau statistik seperti data kuantitatif. Dalam kajian yang dilakukan oleh penulis didapati penulis tidak menyatakan bagaimana data dikumpulkan.
61

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Penulis tidak menyatakan bagaimana data yang dikumpul dianalisis. Data kualitatif biasanya terlalu banyak dan berpunca dari pelbagai sumber. Proses pengumpulan data kualitatif tidak akan berakhir walaupun proses analisis bermula sebaliknya akan berlaku secara berterusan kerana makluumat yang kurang sempurna akan terus ditambahbaik. Proses pengumpulan data dan analisis sebenarnya tidak berlaku secara linear malah diintegrasikan sebagai fasa yang bertindan.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kebolehpercayaan data dalam kajian ini amat rendah adalah kerana kajian ini tidak menerangkan dan menyatakan tentang prosedur, reka bentuk, pengumpulan data dan analisis data yang digunakan dalam kajian ini. Bagi memastikan maklumat yang diperoleh dalam penyelidikan kualitatif lebih tepat dan sah dari segi konstruk serta boleh dipercayai, bukti daripada sumber maklumat yang berlainan adalah sangat penting. Makluat yang didapati dari satu sumber boleh disahkan dengan merujuk kepada perkara yang sama dari sumber yang lain. Proses menentusahkan melalui sumber yang berlainan ini dikenali sebagai trangulasi.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Terdapat pelbagai cara, gaya dan pendekatan di dalam mempersembahkan dapatan kajian kualitatif. Di dalam kajian ini penulis telah mencadangkan untuk memboleh kaunselor membantu golongan kurang upaya di dalam menangani masalah berkaitan kerjaya. Secara kesimpulannya saya mendapati kajian yang dilakukan oleh penulis ini agak longgar. Penulis tidak membekalkan maklumat-maklumat penting kepada pembaca.

62

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 14

Tajuk :

Personality Traits and Career Strategies as Determinants of Career Satisfaction

Penulis : Sumber :

Tan Fee Yean & Khulida Kirana Yahya Jurnal Pengurusan 33(2011) 53 - 59

1.0

Paradigma Penyelidikan\

Berdasarkan teori kerjaya kognitif sosial dan model bersepadu gelagat proaktif, kajian ini mencadangkan strategi kerjaya akan bertindak sebagai faktor perantara dalam hubungan antara ciri personaliti individu dengan kepuasan kerjaya. Keputusan regresi menunjukkan ciri personaliti individu dan strategi kerjaya mempunyai hubungan dengan kepuasan kerjaya.

2.0

Strategi / Tradisi

Strategi bagi penyelidikan ini adalah menggunakan hubungan korelasi. Penyelidikan ini cuba mencari kaitan antara pemboleh ubah dengan menggunakan kaedah statistik korelasi tanpa mencari sebab/ penyebabnya berlaku sesuatu fenomena. Ia juga menilai kekuatan dan arah hubungan atau kaitan antara pembolehubah yang diselidik.

3.0

Tujuan Penyelidikan

Kajian ini bertujuan mengkaji perhubungan di antara ciri personaliti individu dan strategi kerjaya yang mempengaruhi kepuasan kerjaya.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik

63

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Hipotesis kajian biasanya digunakan di dalam kajian kuantitatif untuk menyatakan perhubungan dan perbezaan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah. Ia juga merupakan ramalan yang dibuat pengkaji tentang sesuatu perhubungan atau perbezaan dalam penyelidikan inferensi sebelum data dipungut. Dalam penulisan ini penyelidik tidak menyatakan hipotesis yang berkaitan dengan kajiannya.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Berdasarkan kajian ini penulis memaklumkan bahawa sebanyak 531 sampel telah dipilih di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Walau bagaimanapun penulis tidak menyatakan bagaimana sampel ini dipilih.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Data dikumpul melalui soal selidik yang diedarkan kepada ejen insurans di kawasan utara Semenanjung Malaysia. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan memggunakan teknik soal selidik sebagai alat pengumpulan data. Berikut adalah antara kelebihan menggunakan teknik soal selidik. (i) Melibatkan kos yang rendah apabila maklumat yang diperolehi adalah dari orangramai. (ii) (iii) Responden boleh menjawab mengikut kesesuaian masa mereka. Maklumat yang diperolehi mudah untuk dianalisa.

Antara kelemahan yang terdapat pada teknik soal selidik adalah Ketidak anjalan iaitu tiada ruang maklumat tambahan dan tidak boleh melakukan susulan pantas.

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Penulis tidak menyatakan perisian yang digunakan untuk menganalisis data. Penulis hanya menyatakan Regresi Hierarki Pelbagai telah digunakan untuk mengkaji hubungan di antara ciri-ciri personaliti individu, strategi kerjaya dan

64

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

kepuasan kerjaya. Tidak banyak yang dapat dibincangka di sini memandangkan maklumat yang ditulis tidak mencukupi.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Penulis telah menyatakan bahawa kajian rintis telah dilakukan. Kajian rintis dijalankan untuk menguji soal selidik yang disediakan oleh penyelidik, dan hal ini untuk memperolehi kesahihan dan kebolehpercayaan soal selidik serta untuk membaiki kelemahan yang ada dalam prosedur kajian. Walau bagaimanapun penulis tidak menyatakan dengan terperinci keputusan yang didapati dari kajian rintis tersebut.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Keputusan kajian memaparkan sokongan sebahagian terhadap strategi kerjaya (tarikan antara perseorangan, mencari sokongan sosial dan pencalonan diri) sebagai perantara antara hubungan ciri personaliti individu (keterbukaan) dengan kepuasan kerjaya. Perbincangan tentang dapatan hasil kajian serta implikasi kajian turut disertakan.

65

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Kritik Jurnal 15

Tajuk :

Tinjauan Faktor-faktor Pendorong Kejayaan Kerjaya Ahli Akademik: Konteks Universiti Penyelidikan di Malaysia

Penulis : Sumber :

Al-Mansor Abu Said Roziah Mohd Rasdi SOSIOHUMANIKA, 5(2) 2012

1.0

Paradigma Penyelidikan

Paradigma bagi kajian kualitatif ini adalah berdasarkan teori. Kajian ini telah meninjau teori-teori kejayaan kerjaya seperti Teori Sosial Kognitif Kerjaya (TSKK), Model Lanjutan TSKK, Model Perilaku Proaktif, dan Model Bersepadu Kejayaan Kerjaya. Berdasarkan teori-teori tersebut, penulis akan membangunkan satu rangka kerja teori untuk mengukur kejayaan kerjaya ahli akademik di Universiti Penyelidikan di Malaysia.

2.0

Strategi / Tradisi Kajian literatur ini bertujuan untuk membangunkan satu rangka kerja teori

untuk mengukur kejayaan kerjaya ahli akademik di Universiti Penyelidikan di Malaysia. Rangka kerja kajian ini disokong oleh TSKK atau Teori Sosial Kognitif Kerjaya (Lent, Brown & Hackett, 1994); Model Lanjutan TSKK (Lent & Brown, 2006; Riordan, 2007 dan 2011; dan Crant, 2000); serta bukti-bukti empirikal yang telah dijalankan pada masa lepas. Jelas di sini bahawa kajian ini menggunakan strategi Grounded Theory.Ia memberi penekanan kepada pembinaan teori.

66

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

3.0

Tujuan Penyelidikan

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk membangunkan satu rangka kerja teori untuk mengukur kejayaan kerjaya ahli akademik di Universiti Penyelidikan di Malaysia.

4.0

Undang-undang / Prosedur Penyelidik Kajian ini telah meninjau teori-teori kejayaan kerjaya seperti Teori Sosial

Kognitif Kerjaya (TSKK), Model Lanjutan TSKK, Model Perilaku Proaktif, dan Model Bersepadu Kejayaan Kerjaya. Berdasarkan teori-teori tersebut, kajian literatur ini telah meramalkan beberapa faktor individu (seperti modal insan, personaliti individu, dan modal sosial) serta faktor kontekstual (seperti sokongan organisasi dan kesesuaian individu-persekitaran) dalam mempengaruhi kejayaan kerjaya ahli akademik. Di samping itu, kajian ini juga menerangkan tentang pengaruh perilaku proaktif seseorang individu dalam mencetuskan penglibatan mereka dalam aktivitiaktiviti pengurusan strategi melancarkan kejayaan kerjaya. Jelas di sini bahawa reka bentuk bagi kajian kualitatif adalah fleksibel di mana penyelidikan ini lebih memberi tumpuan kepada proses daripada hasil atau produk.

5.0

Reka bentuk Penyelidikan

Proses penyelidikan kualitatif adalah induktif, penyelidik membina abstrak, konsep, hipotesis dan teori daripada data yang dikumpul. Dalam kajian ini penulis tidak menyatakan apakah sampel yang yang dipilih.

6.0

Kaedah Pengumpulan Data

Penyelidik biasanya membentuk sesuatu teori dengan menggunakan pelbagai peringkat pengumpulan data. Dalam kajian ini penulis mengumpulkan pelbagai data dari teori-teori yang telah dibangunkan. Teori-teori dikaji sebelum pengumpulan data dengan tujuan untuk mengembang dan menambah teori sedia ada.

67

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

7.0

Kaedah Menganalisis Data

Di dalam kajian ini penganalisisan data dibuat dengan membandingkan dan menghubungkaitkan kategori-kategori yang timbul dari maklumat yang dikumpul. Antara ciri-ciri utama pendekatan ini ialah perbandingan data dengan kategorikategori yang timbul melalui pengumpulan dan analisis data secara serentak dan persampelan teoritikal pelbagai kumpulan untuk memaksimumkan persamaan dan perbezaan maklumat. Kaedah perbandingan konstan dalam menganalisis data sering digunakan dalam kajian bentuk ini untuk membandingkan sesuatu kategori, segmen dan dimensi fenomena yang dikaji. Teori baru mula terbentuk apabila penyelidik mengesan idea dan tema baru timbul daripada apa yang diperkatakan oleh subjek kajian atau dari peristiwa yang telah diperhatikan. Hipotesis tentang perkaitan antara pelbagai idea atau kategori yang timbul diuji dan konstruk yang terbentuk memberi konsep dan pemahaman baru.

8.0

Isu Kesahan dan Kebolehpercayaan

Rangka kerja kajian ini disokong oleh Teori Sosial Kognitif Kerjaya (Lent, Brown & Hackett, 1994); Model Lanjutan Teori Sosial Kognitif Kerjaya (Lent & Brown, 2006; Riordan, 2007 dan 2011; dan Crant, 2000); serta bukti-bukti empirikal yang telah dijalankan pada masa lepas. Hal ini mewujudkan kebolehpercayaan ke atas instrumen di mana instrumen merupakan penulis itu sendiri.

9.0

Persembahan Dapatan Kajian

Persembahan dapatan kajian ini tidak digarap menggunakan rajah ataupun graf. Penulis lebih berminat untuk menulis perbincangan berbanding gambaran. Secara keseluruhannya saya merasakan kajian ini sangat menarik di mana kaedah kualitatif yang diketengahkan berjaya memberi impak.

68

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Rujukan

Adnan A., Sukri S. & Norida M. S. (2006). Pemilihan Kerjaya Di Sektor Pembinaan Oleh Pelajar Pengajian Teknik Kursus Kejuruteraan Awam: Satu Tinjauan.http://fabserver.utm.my/download/ConferenceSemiar/ICCI2006S1PP22.pdf

Al-Mansor A. S & Roziah R (2012). Tinjauan Faktor-faktor Pendorong Kejayaan Kerjaya Ahli Akademik: Konteks Universiti Penyelidikan di Malaysia,

SOSIOHUMANIKA, 5(2) 2012.

Asnul D.M. & Noor Zalilah M.(2006). Pemilihan Bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik Sebagai Pembentukan Awal Kerjaya Di Sekolah Menengah Teknik Daerah Seberang Perai, Pulau Pinang

http://eprints.utm.my/11703/1/Pemilihan_Bidang_Kejuruteraan_ Elektrik_Dan_Elektronik_Sebagai_Pembentukan_Awal_Kerjaya_Di_Sekolah_Menen gah_Teknik_Daerah_Seberang_Perai.pdf

Asnul, D. M. & Siti A. D(2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rekaan Dan Jahitan Di Daerah Muar, Negeri Johor. Journal of Technical, Vocational & Engineering Education, Volume 4 December 2011, Pages 58-76 / ISSN: 2231-7376.

Faizah A.G & Mohd Kamil M. D. (2010). Trait Personaliti Di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

http://eprints.utm.my/10265/2/Mohd_Kamil_Bin_Mat_Deris.pdf

Faizah A.G. & Nina A.K (2011) Tret Personaliti Dan Faktor Pemilihan Kerjaya Dalam Bidang Perguruan Di Kalangan Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

http://eprints.utm.my/11961/1/Tret_Personaliti_Dan_Faktor_Pemilihan_Kerjaya_Dala m_Bidang_Perguruan_Di_Kalangan_Pelajar_Sarjana_Muda_Teknologi_Serta_Pend idikan.pdf

69

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Lau P.L, Ahmad S.M & Chew F.P (2011). Peranan Kaunselor dan Perkhidmatan Kaunseling Kerjaya bagi Orang Kurang Upaya. ATIKAN, 1(2) 2011.

Norasmah H.O & Salmah I.(2011). Kecenderungan Terhadap Pemilihan Kerjaya Keusahawanan Mengikut Persepsi Peserta Skim Usahawan Siswa. Jurnal Teknologi, 56 (Sains Sosial), Sept. 2011: 4763 Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia. Mastura M., Ishak M. I & Hamdan A.K (2008). Kekongruenan PersonalitiPersekitaran Kursus Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar. Jurnal Kemanusiaan bil. 12, Dis 2008.

M.H Mohamad, M.A Radzali & F.Azhar (2008).Aspirasi Kerjaya Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008 Universiti Teknologi Malaysia, 22-23Oktober 2008.

Noraini I. & Sidek M.N.(2006). Profil Dan Keselarasan Kerjaya Di Dalam Dunia Pekerjaan Maskulin Dan Feminin Di Daerah Petaling. Jurnal Teknologi, 44(E) Jun 2006: 3144 Universiti Teknologi Malaysia.

Tan F.Y & Khulida K. Y.(2011). Personality Traits and Career Strategies as Determinants of Career Satisfaction (Ciri Personaliti dan Strategi Kerjaya sebagai Penentu kepada Kepuasan Kerjaya) Jurnal Pengurusan 33(2011) 53 59.

Weiqiao F., et al.l (2012). Personality Traits, Vocational Interests, and Career Exploration: A Cross-Cultural Comparison Between American and Hong Kong Students. Journal of Career Assessment 2012 20: 105 originally published online 29 August 2011 DOI: 10.1177/1069072711417167.

W. Mohd Z.W.N, Ibrahim M. & A. Majid M. I(2009).Faktor Peramal Minat Belia Untuk Menjadi Nelayan: Satu Kajian Di Mukim Kuala Besut, Terengganu. Jurnal Teknologi, 50(E) Jun 2009: 2952 Universiti Teknologi Malaysia.

Yusof. B. & Siti Zafirah M.I (2011). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Profesion Perguruan Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Perdana, Jabatan
70

Penyelidikan Kualitatif Dalam Penyelidikan MBE12802

Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM. Journal of Technical, Vocational and Engineerng Education, Volume 1, March 2011,Page 2240/ISSN: 2231-7376.

71

Anda mungkin juga menyukai