Anda di halaman 1dari 12

ISI KANDUNGAN

Bil. Perkara

Muka Surat

PENGENALAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT)

4-7

PENILAIAN Contoh Lembaran Kerja

8 9

4 5 6

Kesesuaian Pemilihan Kaedah PENUTUP BIBLIOGRAFI

10 11-12 13

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

PENGENALAN Pendidikan Prasekolah di Malaysia memberi penekanan kepada usaha bagi menyediakan kepada kanak-kanak yang berumur empat hingga enam tahun peluang pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Kaedah utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada tahap ini ialah pembelajaran yang berpusatkan murid, menekankan kepada konsep inkuiri penemuan, pendekatan pembelajaran secara bersepadu, bertema, belajar melalui bermain, pembelajaran kontekstual dan berasaskan projek. Segala perancangan dan pelaksanaan pembelajaran dalam kelas prasekolah ini perlu mengambil kira kesesuaian dengan tahap perkembangan kanak-kanak dan perbezaan pengetahuan sedia ada murid. Melalui pengalaman pembelajaran yang mereka alami di sekolah, kanak-kanak ini diharapkan mampu untuk membuka minda mereka ke arah konsep dan kemahiran yang lebih luas berbanding sebelum ini. Sejajar dengan itu, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan mula dilaksanakan pada tahun 2010 di seluruh negara. Kurikulum ini digubal dengan memberikan penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dipelajari dan diaplikasikan oleh murid-murid. Bagi pembelajaran matematik di dalam kelas prasekolah, pemahaman guru terhadap psikologi perkembangan kognitif kanak-kanak dan aplikasinya di dalam pengajaran dan pembelajaran guru adalah amat penting dalam pembelajaran matematik yang berkesan. Murid-murid hanya dapat memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh yang demikian, guru perlu menumpukan perhatian terhadap perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah. Aktiviti serta teknik pengajaran dan pembelajaran matematik kanak-kanak yang hendak dijalankan mestilah dirancang dengan rapi mengikut langkah-langkah kecil untuk membolehkan murid menguasai sesuatu konsep atau kemahiran. Aktiviti yang dirancangkan hendaklah dijalankan untuk kumpulan kecil atau individu. Kesediaan amat penting jika kita berkehendakkan pembelajaran secara efektif. Oleh itu, langkah-langkah kecil tertentu perlu diambil kira untuk menyediakan kanak-kanak tersebut untuk langkah selanjutnya dengan mengintergrasikan serta mengukuhkan pembelajaran yang lalu dengan tahap yang ada sekarang.

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (SLOT)

Hari Masa Tunjang Utama Fokus Standard Kandungan Standard Pembelajaran

: Isnin : 8.00 pagi 9.00 pagi : Sains dan Teknologi : (ST 7.0) Konsep Nombor : (ST 7.1) Memahami nombor 1-10 : (ST 7.1.5) Memadankan angka 1-10 dengan bilangan objek yang betul.

Objektif Pelajaran

: Pada

akhir

pengajaran

dan

pembelajaran

murid

dapat

memadankan objek dengan simbol 1 10. Kemahiran Utama Kosa Kata : Mengenal nombor dan simbol. : Satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh. Alatan dan Bahan : Kad nombor dan kad gambar

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

LANGKAH PENGAJARAN 1. Guru menyanyikan lagu Nombor dengan murid

Nombor (melodi Balik Kampung)

Nombor 1 mulakan mengira nombor 2 inilah rupanya, nombor 3, 1 tambah 2 nombor 4 jangan adik lupa....,

Nombor 5 juga nombor 6 nombor 7 juga nombor 8 nombor 9 juga 10 mari kira janganlah tak kira

ooooo nombor 1... ooooo nombor 2..... oooooo nombor 3.. 4...5...... oooooo nombor 6 ooooooo nombor 7 oooooo nombor 8.... 9... 10. 2. Guru menyebut nombor mengikut urutan 1-10. PERMAINAN PERTAMA (Permainan Cari Pasangan) 3.1 Guru mengedarkan kad-kad nombor (1-10) dan kad gambar (1-10) seperti berikut kepada murid;

3.

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

3.2 Guru mengarahkan murid mencari padanan/pasangan mereka. Contohnya, murid yang ada kad nombor 4 akan mencari kawan yang ada kad gambar yang mempunyai bilangan gambar yang berjumlah 4. 3.3 Guru meminta murid dengan pasangan mereka untuk beratur mengikut urutan 110. 3.4 Guru meminta murid untuk menyebutkan semula nombor mengikut urutan dan menyanyikan semula lagu yang telah dipelajari.

4.

PERMAINAN KEDUA (Permainan Padan Dengan Betul) 4.1 Selepas murid menyanyikan lagu Nombor pada akhir Permainan Pertama, guru mengumpulkan kad gambar mengikut jenis haiwan di hadapan kelas seperti berikut;

4.2 Kemudian, guru meminta murid untuk melekatkan kad gambar tersebut di bahagian tempat kosong pada kad nombor yang telah dilekatkan oleh guru di hadapan kelas.
5

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

4.3 Langkah 4.2 tersebut diulang-ulang oleh murid yang berlainan (secara kerjasama) sehinggalah mereka mendapat jawapan yang betul.

Kad nombor yang mempunyai ruang kosong.

Kad nombor yang belum tepat dengan bilangan objek.

Kad nombor yang telah sempurna dilekatkan dengan bilangan objek.

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

PENILAIAN Pendidikan prasekolah adalah peringkat terpenting bagi membentuk emosi, fizikal, sosial, dan perkembangan pemikiran kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun sebagai persediaan untuk melangkah ke sekolah rendah.. Semasa belajar di prasekolah kanak-kanak memperoleh asas komunikasi, kemahiran sosial, dan kemahiran lain yang positif dari aspek fizikal, kognitif, emosi, rohani dan nilai estetika. Oleh itu, penilaian adalah salah satu aspek yang harus diberi penekanan oleh guru bagi menentukan pencapaian dan perkembangan seseorang kanak-kanak sepanjang mereka mengikuti pembelajaran di prasekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia (2003) menyatakan penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dan dijalankan secara berterusan. Ianya adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan kanak-kanak dengan menggunakan pelbagai kaedah. Penilaian ini bertujuan untuk mengenal pasti pelbagai kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan dipertingkatkan. Penilaian yang dijalankan hendaklah direkodkan dengan tepat dan jelas seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1996) dan disebutkan lagi dalam Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah) 1997, yang ditulis dalam perenggan: 5. (1) Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid-muridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Dalam aktviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang ini, kaedah penilaian ataupun pentaksiran yang digunakan ialah dengan menggunakan lembaran kerja. Lembaran kerja yang diberikan kepada murid ini adalah bagi memperkukuhkan lagi kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang telah mereka pelajari pada hari tersebut selain menguji tahap kefahaman murid terhadap cara penyampaian dan kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar topik tersebut. Ini akan memudahkan guru untuk merancang aktiviti pemulihan dan pengayaan yang seterusnya. Lembaran kerja yang diedarkan ini juga sesuai dengan peringkat umur dan tahap perkembangan murid-murid. Mereka tidak akan rasa tertekan dan selesa semasa menyiapkan tugasan tersebut. Guru juga bebas beredar dari satu murid ke satu murid untuk membimbing semasa aktiviti ini berjalan. Berikut adalah contoh lembaran kerja yang diedarkan oleh guru kepada murid:-

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

Nama

: ..................................................................

Padankan nombor dengan bilangan objek dengan betul.

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

Kaedah pengajaran yang menggunakan permainan merupakan suatu kaedah yang sangat efektif bagi mengajar murid-murid terutamanya kanak-kanak prasekolah. Apatah lagi semasa guru mengajar matematik. Bermain adalah sesuatu yang sukar untuk kanak-kanak. Sesuatu yang bagi orang dewasa mudah, bodoh dan comel mungkin sebaliknya kepada kanak-kanak. Dengan bermain, kanak-kanak dapat meneroka keadaan sekelilingnya, memahami sesuatu, membina fizikal, kognitif, emosi dan sosial skil bersama orang lain. Dalam permainan Cari Pasangan, kanak-kanak akan dapat membina hubungan dengan keadaan sekelilingnya dan orang-orang di sekelilingnya. Semasa mencari pasangan yang betul, mereka akan dapat membina pola dan membina skema mereka sendiri. Mereka akan dapat bergerak bebas dengan kedua-dua kakinya untuk meneroka keadaan sekeliling. Terdapat dua aspek di dalam kemahiran fizikal iaitu kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus. Kedua-dua ini tentu sekali dapat dimantapkan dengan permainan yang telah dirancang ini. Contohnya kemahiran motor kasar dapat diperolehi daripada aktiviti-aktiviti seperti berjalan atau berlari semasa mencari pasangan dan lain-lain lagi. Kemahiran motor halus pula dapat dipertingkatkan semasa permainan Padan Dengan Betul yang menuntut kemahiran koordinasi mata dan tangan kanak-kanak. Contoh aktiviti ini ialah menampal kad gambar pada kad nombor dengan tepat. Kedua-dua kemahiran ini telah diseimbangkan agar kemhiran fizikal kanak-kanak dapat berkembang dengan baik. Aspek kognitif adalah satu penekanan yang semakin penting dewasa ini. Kanak-kanak yang kurang diberikan pendedahan daripada aspek ini akan menyebabkan mereka kurang daripada aspek pembelajaran kelak. Aspek kognitif yang ditekankan dalam kaedah ini adalah pemikiran kritis dalam membuat pengiraan jumlah objek dengan simbol nombor yang betul. Selain daripada aspek kognitif, kanak-kanak juga perlu dididik tentang emosi yang stabil. Kanak-kanak perlu digalakkan untuk mengenalpasti perasaan orang lain, meluahkan perasaan sendiri supaya ketegangan dan tekanan dapat dielakkan. Semasa mereka mencari pasangan, mereka perlu berkomunikasi antara satu dengan yang lain bagi mencari objek yang sama dengan objek yang mereka pegang. Kejayaan mereka amat bergantung kepada cara berkomunikasi di antara mereka. Oleh kerana kebanyakan kanak-kanak bermain dengan supervision yang minimal daripada orang dewasa, kanak-kanak perlu digalakkan untuk bermain sesama sendiri supaya mereka mengenal keperluan orang lain, bertolak ansur, bekerjasama dan membina nilai-nilai murni daripada situ. Aktiviti-aktiviti dalam kaedah yang dirancang oleh guru ini amat menggalakan murid untuk bermain sesama sendiri dan memupuk nilai-nilai murni.

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

PENUTUP Perkembangan awal dalam bidang matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi untuk melihat kebolehan mereka. Walaupun pelbagai kajian awal telah dijalankan mengenai perkembangan awal kanak-kanak dalam kebolehan matematik tetapi masih tidak jelas kalau kemahiran ini merupakan sebahagian daripada kemahiran konseptual atau prosedur. Pengetahuan tentang bagaimana pengetahuan ilmu dalam bentuk konsep dan ilmu dalam bentuk prosedur berinteraksi adalah penting dalam mengetahui bagaimana kanakkanak belajar membilang dan mengira. Pandangan bagaimana kedua-dua ilmu ini berinteraksi telah menjadi perbahasan dalam perkembangan pengetahuan matematik awal kanak-kanak. Sebagai contoh, ada pengkaji yang menyatakan bahawa kanak-kanak membina prosedur untuk membilang dan mengira berdasarkan prinsip mengira yang mereka tahu (Gelman & Gallistel, 1978; Gelman & Meck,1986). Peringkat awal pemerolehan kemahiran matematik adalah penting, kerana ini akan mempengaruhi persepsi dan sikap kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik sepanjang hayat mereka. Kanak-kanak prasekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari ahli keluarga, rakan, televisyen dan permainan mereka. Pengetahuan informal yang mereka bawa ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan memahami matematik formal yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal. Secara ringkasnya, perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai persamaan, tidak kira budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanak-kanak dapat mengembangkan kebolehan asas dalam pemikiran tentang matematik. Walaubagaimanapun, tidak bermakna pemikiran dan perkembangan kanak-kanak adalah seiras tetapi ia menunjukkan corak perkembangan pemikiran yang sama. Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, kanak-kanak daripada beberapa latar belakang yang berbeza memperolehi pemikiran melalui proses yang sama. Oleh itu, adalah salah kalau kita membuat tanggapan yang kanak-kanak akan belajar matematik tanpa mengambilkira bagaimana persembahannya atau cara pengajarannya. Kanak-kanak perlu membina atau mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri. Cara ini akan menolong kanak-kanak memahami dan menggunakan kemahiran matematik dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah. Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema adalah menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatu kurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan
10

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama. Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti. Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan, berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak. Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan. Sebagai kesimpulan, pengalaman amat penting dalam sesebuah pembelajaran. Mengikut Saunders (1992) pelajar mempunyai kebolehan dari segi kognitif dan mengadaptasi diri dan mengubahsuai pengetahuan yang diperolehi dalam membina sesuatu pengetahuan yang baru.

11

TU 20003 Pengajaran Matematik Kanak-Kanak

BIBLIOGRAFI

Bahagian Pembangunan Kurikulum. 2010. Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Fatimah Salleh,Khadijah Zon dan Zurida Ismail.1993/94. Kurikulum Pendidikan Awal: Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44

Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Haliza Hamzah, Joy N.Samuel, Rafidah Kastawi (2008). Perkembangan kanak-kanak untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang. (1997). Matematik KBSR dan strategi pengajaran. Edisi ke 2. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Nik Azis Nik Pa.(2008). Isu-isu kritikal dalam pendidikan matematik. KL: Universiti Malaya.

Rohani Abdullah (2004). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Seow, Siew Hua.(1995). Pengajaran matematik KBSR. Selangor D.E.: Fajar Bakti Sdn Bhd.

12